Saturday, March 23, 2013

ABU

Isu Taib Mahmud: SPRM siasat dakwaan Global Witness



23 Mac 2013
Datuk Mustafar Ali
Datuk Mustafar Ali
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap dakwaan kumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung penyelewengan yang didedahkan melalui satu video bertajuk ‘Inside Malaysia’s Shadow State’ .

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan perkara itu.

“Berdasarkan bukti-bukti baru yang kita peroleh, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan Global Witness cuba menyerang Ketua Menteri Sarawak dan dilihat satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air.

Katanya, apa yang mereka lakukan tidak sesuai, satu tipu helah, tidak 'gentleman', tidak beretika dan tindakan tidak bertamadun.

Kelmarin, Monetary Authority of Singapore menyanggah dakwaan video tersebut bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia.

'Saya bukan Papa Gomo'



Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.

"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.

"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tida

8 mayat lagi mayat pengganas Kiram dibawa keluar



LAHAD DATU 23 Mac - Pasukan keselamatan mengeluarkan lapan mayat pengganas Kiram dari kawasan perkampungan Tanjung Batu di sini semalam.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mayat pengganas yang dibawa keluar seramai 38 orang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan juga telah mengesan enam lagi mayat pengganas yang akan dibawa keluar hari ini. - Utusan


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130323/dn_25/8-mayat-lagi-mayat-pengganas-Kiram-dibawa-keluar#ixzz2OLxPQoXo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki dipercayai Menteri Pertahanan Sulu ditahan di Semporna



PASUKAN keselamatan menjejaki saki-baki pengganas Kiram di kawasan berpaya dengan bantuan anjing pengesan dalam Ops Daulat di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu hari ini. - Foto Ihsan Kementah
LAHAD DATU 23 Mac - Pasukan keselamatan menahan lelaki dipercayai Menteri Pertahanan Sulu bersama isterinya di kawasan paya di Semporna di sini awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan suami isteri berusia lewat 40-an itu dilakukan kira-kira 1.30 pagi ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130323/dn_23/Lelaki-dipercayai-Menteri-Pertahanan-Sulu-ditahan-di-Semporna#ixzz2OLwnqiS2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemilik blog Papagomo dipukul samseng?



KUALA LUMPUR 22 Mac - Pemilik blog Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris dikatakan dipukul oleh samseng selepas wajahnya disiarkan oleh media arus perdana dan laman-laman sosial hari ini.
Ekoran kejadian itu, Wan Muhammad Azri yang disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan gambar seorang lelaki yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu dengan lelaki lain di dalam blognya semalam, terpaksa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut blog TokGuru86, mangsa telah dipukul oleh dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa besar di sekitar Segambut, di sini.
Blog tersebut turut memaparkan beberapa keping gambar individu yang membelakangi kamera dengan kepala berdarah yang didakwa sebagai Wan Muhammad Azri.
"Beliau sekarang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur," kata tokguru86.blogspot.com.
Bagaimanapun, Wan Muhammad Azri gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130322/je_10/Pemilik-blog-Papagomo-dipukul-samseng#ixzz2OLwPOflP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjara Sleman diserang, 4 tahanan ditembak mati



JAKARTA 23 Mac - Sekumpulan orang bersenjata api menyerang Penjara Cebongan, daerah Sleman di Yogyakarta awal hari ini dan menembak mati empat suspek kes serangan seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang ditahan di penjara itu.
Ketua Polis Yogyakarta Brig Jen Sabar Raharjo berkata serangan pada kira-kira 2 pagi itu melibatkan 17 orang yang bersenjata api, yang masuk ke penjara dengan cara melompat pagar.
Para penyerang kemudian memaksa petugas penjara menunjukkan sel yang menempatkan empat suspek kes pembelasahan terhadap seorang anggota komando tentera darat Indonesia sehingga mati, di Hugo's Cafe, Sleman.
"Para penyerang mengacukan senjata api dan memaksa petugas penjara menunjukkan kunci sel. Empat orang mati dengan luka tembakan," kata Sabar Raharjo di Yogyakarta, Sabtu.
Kumpulan penyerang itu katanya telah membawa semua CCTV yang ada di penjara itu sementara seorang petugas penjara dipukul ketika mereka memintanya menunjukkan kunci sel berkenaan.
Berikutan serangan itu, penjara tersebut kini dikawal ketat oleh sejumlah anggota polis dan tentera.
Sementara itu Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia Djoko Suyanto telah meminta Panglima TNI dan Ketua Polis Negera segera menyiasat kejadian serangan berkenaan.
Agensi berita Antara memetik beliau sebagai berkata meminta pihak berkuasa segera menangkap dan membawa ke pengadilan siapa saja yang terlibat dalam kejadian itu.
Setakat ini pihak polis telah menyoal siasat sejumlah saksi berhubung kejadian berkenaan namun ia belum dapat mengenal pasti kumpulan yang bertanggungjawab.
Pihak polis enggan membuat sebarang andaian sebelum ada bukti jelas mengenai kumpulan yang bertanggungjawab. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130323/lu_10/Penjara-Sleman-diserang-4-tahanan-ditembak-mati#ixzz2OLtHoQbv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Panduan Jimak Yang Betul Bagi Suami Isteri

Sentiasa Panas: Panduan Jimak Yang Betul Bagi Suami Isteri:
Kongsikanlah. Kepada suami isteri ianya sekadar pengetahuan tentang cara yang betul, cara yang tuntut oleh Islam supaya dikurniakan anak yang soleh. 




Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”.

Antara cara yang tidak elok: 

  1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

  2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

  3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

  4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

  5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta

  6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

  7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq,pelampau yang melewati batas.

  8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta Pada jalan yang tidak haq.

  9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir. Dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

  10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhir.



Antara cara yang dituntut: 

  1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

  2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

  3. Pada malam Khamis. Anak yang bijaksana di kalangan yg bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

  4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

  5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

  6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

  7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

  8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.



[Sumber]

'via Blog this'

Angka korban rusuhan agama meningkat



YANGON 22 Mac - Jumlah kematian akibat rusuhan agama yang berlaku di bandar Meiktila, tengah Myanmar sejak dua hari lalu, meningkat kepada 20 orang ketika rusuhan dilaporkan merebak ke beberapa buah perkampungan lain, hari ini.
Konflik darah itu turut memaksa Presiden Myanmar, Thein Sein mengumumkan perintah darurat di kawasan terlibat selepas pihak berkuasa gagal mengawal situasi berkenaan.
Perintah darurat dikuat kuasakan ke atas empat bandar iaitu Meiktila, Wandwin, Malaing dan Tharzi di tengah wilayah Mandalay.
Sekeping gambar yang menunjukkan keadaan huru-hara di bandar Meiktila turut didedahkan selepas sekumpulan perusuh Buddha diketuai oleh golongan sami, menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam sejak kelmarin.
Seorang wartawan tempatan, U Aung Soe berkata, dia melihat 15 mayat rentung bergelimpangan di jalanan, awal hari ini.
Beliau turut menganggarkan angka kematian sebenar melebihi 40 orang.
"Perusuh Buddha menyerang rumah-rumah penduduk Islam di kawasan perkampungan di luar Meiktila hari ini," katanya.
Associated Press memetik kenyataan Ahli Parlimen dari Meiktila, U Win Htein sebagai berkata, sebanyak lima masjid dibakar dalam kejadian rusuhan tersebut.
Katanya, angka kematian telah mencecah 20 orang dan tindakan penduduk tempatan menghalang pihak berkuasa memadamkan kebakaran memburukkan lagi keadaan.
Dalam pada itu, sekumpulan wartawan menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan mereka selepas mereka dipaksa menyerahkan memori kad kamera oleh beberapa sami Buddha, dengan seorang daripadanya bersenjatakan pedang.
Semalam, sekumpulan penduduk Buddha merusuh di kawasan penduduk Islam di Meiktila sebagai membalas dendam terhadap kematian seorang sami sehari sebelum itu.
Seorang jurugambar tempatan, Wunna Naing berkata, situasi di kawasan itu tidak ubah seperti kawasan pembunuhan.
"Pihak polis juga tidak mampu berbuat apa-apa dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang turut dibunuh," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130323/lu_06/Angka-korban-rusuhan-agama-meningkat#ixzz2OLf4PtpK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

30 terbunuh, 200 cedera kem pelarian terbakar di utara Thailand



BANGKOK 23 Mac - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera apabila sebuah kem pelarian yang menempatkan rakyat Myanmar terbakar di utara Thailand, petang semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan di kem Mae Surin di wilayah Mae Hong Son dan hanya dapat dipadamkan sepenuhnya dua jam kemudian.
"Kebakaran itu memusnahkan sebanyak 100 buah rumah sementara. Terdapat 30 orang terbunuh dan banyak lagi yang cedera," kata seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Thailand.
Kejadian yang memusnahkan kem yang menjadi tempat tinggal kira-kira 3,700 pelarian Myanmar dipercayai berpunca akibat aktiviti memasak.
"Kebanyakan yang terbunuh merupakan wanita, warga emas dan kanak-kanak. Kira-kira 200 mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital,’" kata seorang pegawai perisikan kanan kebangsaan.
Menteri Dalam Negeri Tahiland, Jarupong Ruaengsuwan dalam pada itu memberitahu AFP bahawa kerajaan akan menyiasat punca kebakaran itu.
"Saya kesal akan kejadian ini dan ramai orang yang terkorban. Sepatutnya mangsa yang terbunuh tidaklah seramai ini, oleh itu saya akan menyiasat punca kebakaran itu," katanya.
Sebanyak 10 khemah dibina di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar dengan menempatkan kira-kira 136,000 pelarian yang mula menetap di situ sekitar 1980-an. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130323/lu_04/30-terbunuh-200-cedera-kem-pelarian-terbakar-di-utara-Thailand#ixzz2OL9Ocwwr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ustaz Azhar Idrus: Jangan salah pilih pemimpin



Jangan salah pilih pemimpin
Azhar Idrus (tiga, kiri) dan Haslin (empat, kiri) bersama kepimpinan negeri yang hadir mengikuti Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate, malam kelmarin.
KOTA BHARU - Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.

Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.

“Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya.

Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini.

Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula.

Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.

Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan.

“Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan.

“Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini.

Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan.

Keganasan ragut 52 nyawa



Pertempuran baru meletus, semalam di Bangladesh menjadikan jumlah korban meningkat kepada 52 orang dalam keganasan berpunca daripada sabitan kesalahan seorang pemimpin Islam dalam jenayah perang pada era perang merdeka 1971.

Ketua polis tempatan, Nahidul Islam berkata, seorang penarik beca maut apabila ratusan penyokong kerajaan dan pengikut Jamaat-e-Islami bertempur menggunakan kayu di sebuah pasar di Gaibandha.


Jamaat-e-Islami menganggap keputusan tribunal itu bersifat politik dan mendakwa 50 pengikutnya ditembak mati seperti ‘burung buruan’ kelmarin.

Pertempuran berlaku di seluruh negara selepas Naib Presiden Jamaat-e-Islami, Delwar Hossain Sayedee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merogol dan jenayah lain ketika Bangladesh memperjuangkan kemerdekaannya.


Delwar didapati bersalah oleh sebuah tribunal jenayah perang. Kini dikenali sebagai penceramah garang, Delwar orang ketiga disabitkan kesalahan oleh tribunal itu. Sementara itu, kawalan keselamatan ditingkatkan di ribuan masjid di Bangladesh sebelum solat Jumaat semalam manakala pengawal sempadan ditempatkan di semua bandar utama.


Polis pula melarang sejumlah demonstrasi yang dirancang di beberapa lokasi berisiko manakala sesetengah pintu masjid terbesar di Bangladesh, Baitul Mukarram dikunci bagi mengehadkan jumlah orang yang datang. Kawalan keselamatan turut ditingkatkan di beberapa perkampungan penganut Hindu selepas rumah dan kuil mereka diserang di daerah Noakhali dan Chittagong.

Seorang lelaki penganut Hindu turut terbunuh.


Ketua kumpulan hak asasi manusia Ain O Salish Kendra Sultana Kamal berkata, kelmarin hari paling buruk dalam catatan keganasan politik Bangladesh sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Pakistan pada 1971.

Jangan main isu Kudeta!



Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro semalam memberi amaran kepada rakyat Indonesia supaya tidak bermain dengan isu rampasan kuasa terhadap kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin kononnya akan ada tunjuk perasaan besar-besaran pada 25 Mac depan untuk mendesak penggulingan kerajaan Susilo.


“Siapa yang hendak merampas kuasa. Pihak mana yang menguasai senjata? “TNI (Tentera Nasional Indonesia) bukan. Tetapi TNI tidak akan berbuat demikian,” kata Menteri Pertahanan itu selepas menyaksikan perlepasan pasukan Aerobatik Jupiter ke Langkawi di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur.

Menurut Purnomo, rampasan kuasa tidak akan berlaku ke atas kerajaan Susilo.


“Tidak akan ada rampasan kuasa. Jika terjadi atau ada pihak yang mahu bertindak menggulingkan kerajaan, kita akan serbu mereka.


“Jangan main-main dengan kedaulatan Negara Kesatuan Republik Indonesia,” kata Menteri Pertahanan Indonesia itu.

Bashar berang ulama terbunuh



Presiden Syria semalam berikrar menghapuskan golongan pelampau yang dipersalahkan atas insiden pengebom berani mati yang membunuh ramai orang, termasuk ulama terkenal, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Bouti.

Sambil memberi amaran kepada pejuang antikerajaan yang cuba menggulingnya, Bashar al-Assad berkata, tentera Syria akan “menghapuskan” serta membersihkan negara itu daripada “kuasa kegelapan.” “Mohammad Said adalah tokoh mewakili kehendak sebenar Islam dalam menghadapi kuasa kegelapan dan ideologi ekstrem.


“Darah anda dan cucu anda, serta semua rakyat Syria yang syahid tidak akan dipersia-siakan kerana kami akan meneruskan pemikiran anda untuk menghapuskan kegelapan mereka dan membersihkan negara ini daripada mereka,” katanya. Kenyataan itu dibuat ketika Kementerian Kesihatan Syria mengesahkan, jumlah korban akibat serangan pengebom berani mati di dalam masjid itu meningkat kepada 49 orang.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki meletupkan dirinya di sebuah masjid di tengah Damsyik, sekali gus mengorbankan Mohammad Said, 84, yang ketika itu sedang menyampaikan kuliah agama.


Turut terkorban, cucu Mohammad Said dan 84 yang lain cedera.


Sejak sekian lama, Mohammad Said - yang dikenali di seluruh dunia kerana banyak buku tulisannya - adalah penyokong kuat Bashar.

Himpunan bantah PRU-13 di Kelana Jaya tiada permit - KPN



ISMAIL Omar (kanan) bercakap pada sidang media mengenai berita terkini kawalan Pilihan Raya Umum ke 13, yang diadakan di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, di Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 7 Mei - Polis Diraja Malaysia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan Suara Rakyat, Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya esok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana merupakan perhimpunan haram.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sebarang perhimpunan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Polis Daerah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130507/je_04/Himpunan-bantah-PRU-13-di-Kelana-Jaya-tiada-permit---KPN#ixzz2ScEQ30Hc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumlah kematian meningkat



Kerajaan Myanmar semalam mengisytiharkan perintah berkurung di bandar raya ini selepas kekacauan antara penduduk Islam dengan Buddha mencetuskan kebimbangan kemungkinan pertumpahan darah akibat sengketa agama tahun lalu kini merebak ke tengah negara itu.

Dua puluh lima orang, hampir semuanya penduduk Islam terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila penduduk beragama Buddha merusuh berikutan satu perkelahian di sebuah kedai emas milik seorang lelaki Islam.


Beberapa buah masjid dibakar oleh perusuh terbabit Ratusan penduduk Islam terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari perlindungan di sebuah stadium, kata pegawai tempatan. “Apabila saya keluar dari kereta, sekumpulan lelaki menyerang saya dengan pedang dan pisau,” kata seorang lelaki Islam yang diserang ketika dalam perjalanan ke stadium itu.

Dalam pada itu, beberapa mayat mangsa yang terbunuh dalam keganasan dua hari lalu masih dilihat bergelimpangan di sekitar jalan raya.


Kekacauan itu menyusuli keganasan penduduk Buddha di Rakhine tahun lalu yang meragut 180 nyawa kaum Rohingya dan menyebabkan lebih 120,000 orang hilang tempat tinggal.’

Netanyahu marah kenyataan PM Turki



Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam menyelar menyelar Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana menyamakan Zionis dengan Fasis.

Ia adalah perkembangan terbaru berkait dengan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin retak sejak tiga tahun lalu.


“Perdana Menteri Benjamin Netanyahu denga keras mengecam kenyataan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang menyamakan Zionis dengan Fasis. “Kami merasakan kenyataan itu berunsur pembohongan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat pemimpin Zionis itu.

Recep dilapor membuat kenyataan menyamakan Zionis dengan Fasis ketika mempengerusikan forum Ketamadunan Sekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna baru-baru ini.


“Perlu untuk kita menimbangkan bahawa seperti Zionis atau anti-Semitisme atau Fasis, Islamophobia dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.


“Meletakkan kebencian agama adalah perkara yang sama dalam ideologi di sebalik pembentukan Israel,” kata pemimpin Turki itu. Turki dan Israel yang pernah menjadi sekutu rapat mengalami keretakan hubungan ekoran serbuan Israel ke atas kapal misi kemanusiaan yang dalam pelayaran ke Gaza pada 2010.

Keganasan tentera Zionis itu menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh. - AFP

Wanita ketagih minum darah


Seorang wanita mengaku, dia memerlukan 36 liter darah babi setiap minggu untuk memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan darah.

Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu, dia meminum darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.


“Saya ketagih darah sama seperti seseorang perokok ketagih rokok.

“Darah itu diminum ketika saya membaca, berehat atau melukis,” katanya.


Bekerja sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis.


“Jika saya meminum Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum darah sebenar,” katanya.

Michelle berkata, dia lebih gemar meminum darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.


Pada masa sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia - sama ada lelaki atau wanita.

“Darah lelaki berbeza daripada darah wanita,” katanya. Walaupun ketagih, Michelle tidak menganggap dirinya sebagai ‘pontianak’ sebaliknya manusia biasa yang sangat menikmati kesedapan darah.


Katanya, dia menghisap darah terus dari tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.


Setiap hisapan, katanya, boleh berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.


Kata Michelle, dia juga pernah menghisap darah daripada orang lain sebelum ini.


“Ia tidak membahayakan sesiapa kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil darahnya.


“Setiap daripada mereka juga disahkan bebas daripada sebarang penyakit, termasuk HIV,” katanya. Ketagihan kepada darah itu bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.


Katanya, jika tertekan, dia menoreh tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak itu, kata Michelle, dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.


Ibunya juga diberi tahu mengenai tabiat aneh itu.


“Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan menganggap saya pelik,” katanya.

Sedia perang Hizbullah



Di sebuah padang berdebu di selatan padang pasir di Israel, pasukan tentera rejim Zionis membuat persediaan berperang menghadapi musuh biasa mereka, gerila Hizbullah di Lubnan.

Ketika perang saudara di Syria semakin sengit, perancang tentera semakin gelisah jika konflik itu merebak ke Israel dan berpotensi mengheret kumpulan pejuang Islam Lubnan itu yang memang bersekutu dengan Presiden Bashar al-Assad.


Selepas berperang dengan Hizbullah pada 2006, tentera Israel berkata, mereka memperoleh pengajaran penting dan bersedia menyebabkan kemusnahan lebih dahsyat ke atas kumpulan berkenaan jika mereka bersengketa lagi. Sempadan Israel - Lubnan masih lengang sejak perang dulu berakhir. Namun, Hizbullah menambah kekuatan senjatanya dan membayangi perang terhadap Israel di seluruh dunia.

Kejatuhan Bashar atau serangan terhadap satu lagi sekutu Hizbullah, Iran mungkin mencetuskan perang besar-besaran terbaru. Komander kanan tentera Israel berkata, ketegangan semakin dirasakan akibat isu Syria.


Pada 2006 serangan udara Israel selama berminggu-minggu membunuh lebih 1,000 orang termasuk pejuang Hizbullah serta memusnahkan kemudahan infrastruktur utama mereka.


Bagaimanapun, serangan itu gagal menghalang Hizbullah daripada melancarkan kira-kira 4,000 roket ke Israel dan perang itu berakhir melalui perjanjian diusahakan PBB. Ketika sebahagian besar perjanjian itu masih bertahan, Israel berkata, Hizbullah menambah bilangan simpanan senjatanya secara sistematik.

Antara kekuatan mereka kini ialah puluhan ribu roket dan misil lebih berkuasa dan mampu mengenai mana-mana sasaran di Israel.


Beberapa pegawai tentera berkata, perang Israel dengan Hizbullah hanya menunggu masa untuk meletus.

Bashar takut orang mati



Rejim Presiden Bashar al-Assad bukan sasaja takut kepada kumpulan penentang yang berjuang untuk menumbangkannya.

Malah, mereka yang terbunuh juga mencetuskan ketakutan kepada rejim itu.


Perkembangan ini dapat dilihat apabila rejim itu melaksanakan prosedur terbaru, memeriksa keranda dengan alasan keselamatan.

Pihak berkuasa negara itu kini melarang keranda yang hendak dikebumikan ditutup.


Keluarga si mati hanya boleh menggunakan kain kafan untuk menutup jenazah dan keranda itu mesti tidak ditutup dengan papan.


Dalam peraturan baru itu, keranda yang dibawa ke masjid hendaklah dibiarkan terbuka, begitu juga ketika disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Keranda yang sudah sedia terbuka turut diperiksa anggota keselamatan sebelum dibenar melakukan pengebumian.


“Apabila mereka mula menyelongkar keranda anak lelaki saya, saya lebih rela mati di situ juga daripada melihat dia dimalukan seperti itu walaupun dia sudah mati,” kata seorang wanita yang anaknya terbunuh baru-baru ini.

Upacara pengebumian secara tradisional yang memakan masa panjang juga dilarang sejak beberapa bulan revolusi bermula kerana ia kerap berakhir dengan demonstrasi menentang rejim. Ketika ini, hanya dua kereta dibenarkan dalam upacara pengebumian, sebuah membawa jenazah dan satu lagi membawa keluarga si mati. Kedua-duanya akan diperiksa dengan rapi. “Anda tidak akan tahu apa syaitan ini boleh lakukan,” kata seorang anggota keselamatan kepada pemandu kereta jenazah ketika dia memeriksa keranda seorang pemuda yang terbunuh.


“Mereka mungkin sembunyikan bahan letupan dalam keranda,” katanya. Anggota keluarga si mati juga diperiksa dengan rapi selepas pemeriksaan dokumen pengenalan diri.

Golongan kaya Russia guna ambulans


Moscow: Polis menjalankan siasatan khas selepas ada laporan mendakwa, beberapa ambulans diubah suai dengan hiasan mewah untuk disewa tokoh tertentu yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas.

Jurucakap polis berkata, pemeriksaan rawak akan dilakukan ke atas ambulans di Moscow ekoran beberapa syarikat mengiklankan “perkhidmatan teksi ambulans” dengan sewaan RM605 sejam di Internet.


Sumber berkata, pemandu kenderaan itu akan memasang siren kecemasan untuk melepasi kesesakan lalu lintas di bandar raya Moscow.

Ketika pengguna jalan raya memberi laluan kerana menyangka ambulans berkenaan membawa orang sakit, kenderaan itu sebenarnya mengangkut ahli perniagaan yang ingin pergi ke mana-mana lokasi dengan segera. Seorang sumber pihak berkuasa berkata, sebuah ambulans sudah dikenal pasti. “Pemandu itu nampak mencurigakan dan tidak kelihatan seperti pemandu ambulans.


“Ketika kenderaan itu diperiksa, polis mendapati bahagian dalamnya dihias seperti limosin untuk digunakan penumpang berkemampuan,” katanya. - Agensi

Kawah besar di Tanduo



Selain nyawa 10 anggota pasukan keselamatan, kawah besar di dalam kampung akibat bom pesawat pejuang serta rumah musnah manakala yang masih utuh kelihatan berlubang terkena tembakan mortar dan kereta perisai, antara harga yang perlu dibayar sebelum Jalur Gemilang dapat dikibarkan pada sebatang kayu di Kampung Tanduo.

Pengibaran bendera Malaysia itu menandakan kampung berkenaan yang paling teruk terjejas berikutan Op Daulat, kini bersih daripada ancaman pengganas. Kampung Tanduo menjadi pusat krisis pencerobohan pengganas kerana pengganas diketuai Abgimuddin Kiram berada di kampung itu sejak mereka menceroboh pada 12 Februari lalu.


Serangan ofensif Op Daulat oleh pasukan keselamatan bermula 5 Mac lalu, menyebabkan beberapa rumah penduduk musnah terkena bom yang digugurkan pesawat F-18D dan Hawk MK-208 yang melakukan serangan udara selama kira-kira 10 minit.


Ketika serangan, penduduk kampung sudah dipindahkan ke kawasan penempatan disediakan di Dewan Embara Budi, Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di Felda Sahabat. Dianggarkan seramai 180 penduduk menghuni Kampung Tanduo.


Dapat dilihat dengan jelas kawah besar yang terjadi akibat serangan itu, manakala rumah penduduk ada yang berlubang akibat tembakan mortar dan kereta perisai.


Serangan pasukan keselamatan menyebabkan pengganas terbabit yang dianggarkan lebih 100 orang melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk yang terletak berhampiran yang kini sedang digeledah dalam operasi pembersihan pasukan keselamatan.

Kampung Tanduo terletak berhampiran pantai dan kebanyakan penduduknya berketurunan Suluk bekerja sebagai di Felda Sahabat, menjadi nelayan dan berniaga.


Op Daulat bagi menghapuskan pengganas juga menyebabkan haiwan ternakan seperti kerbau, ayam, kambing serta pokok kelapa sawit, musnah dan berdasarkan tahap kemusnahan itu, sukar kampung berkenaan boleh dibangunkan semula, tambahan pula ramai penduduknya yang ditemui, enggan kembali tinggal di sana.

Malah, mereka sebaliknya bertekad membina rumah baru di kawasan lain dan cuba melupakan tragedi pahit yang memusnahkan kehidupan aman sejahtera mereka.


Seorang penduduk Kampung Tanduo Laurus Aman, 33, berkata apa yang berlaku di kampungnya menyebabkan dia bersama ahli keluarga yang lain enggan pulang.


“Lebih baik saya mencari penghidupan baru dan melupakan apa yang berlaku,” katanya.

Lapan ditahan



Tiada senjata api ditemui daripada lapan lelaki di dalam sebuah bot laju dipercayai rakyat Filipina yang ditahan ketika cuba menceroboh masuk perairan Zon Merah berhampiran pantai Kampung Sungai Bilis di sini, awal pagi semalam, kecuali 300 tong minyak kosong dan wang tunai 369,000 peso (RM28,346.51).

Dalam kejadian jam 12.15 pagi itu, pasukan keselamatan yang mengepung perairan Zon Merah menyedari kehadiran sebuah bot laju lalu memintas dan menahan bot berkenaan.


Apabila diperiksa, ada lapan lelaki berusia antara 17 dan 28 tahun dalam bot berkenaan dan pemeriksaan lanjut menemui tong minyak kosong serta wang tunai berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya menyoal siasat semua lelaki terbabit bagi mengetahui tujuan mereka berada di perairan berkenaan.


“Tiada senjata api ditemui daripada mereka dan siasatan lanjut dijalankan,” katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di Felda Residence Sahabat, di sini petang semalam.


Menurutnya, semua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 130 c (1) (a) dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) jika siasatan mendapati mereka terbabit dengan pengganas.

Mengenai Kampung Tanduo yang menjadi pusat Op Daulat, Hamza berkata, keadaan keselamatan di kampung berkenaan dan Sungai Nyamuk semakin baik serta tiada pertempuran berlaku dalam tempoh 48 jam lalu.


Beliau berkata, walaupun gerakan pembersihan dan penggeledahan dijalankan, namun bilangan anggota keselamatan yang melakukan operasi itu dikurangkan berikutan keadaan bertambah baik.

Bagaimanapun menurutnya, penduduk kampung belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana Majlis Keselamatan Negara (MKN)menilai kerosakan yang berlaku akibat krisis pencerobohan pengganas itu.


“Orang ramai dinasihatkan tidak memasuki kawasan Zon Merah kerana pasukan keselamatan masih menjalankan tugas,” katanya.


Sementara itu, Mohd Zaki berkata pihaknya yang menjejaki saki-baki pengganas di kawasan Kampung Tanjung Batu menemui kesan menunjukkan kehadiran mereka di kawasan itu.


“Kami mendapati ada kesan saki-baki pengganas yang baru di kampung itu, tetapi setakat ini belum menemui mereka. Pertempuran juga tidak berlaku,” katanya.


Mengenai laporan pihak berkuasa Filipina menahan 35 pengganas yang melarikan diri dari Lahad Datu, Hamza berkata, terpulang kepada pihak berkuasa negara itu menangani kes itu kerana semua mereka adalah warga Filipina yang ditahan di perairan negara itu.


Beliau menegaskan perairan di kawasan Zon Merah dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Tiga kubur, tiga mayat ditemui



Lahad Datu: Tiga lagi kubur yang setiap satu dipercayai mengandungi satu mayat, iaitu sebahagian daripada 15 pengganas yang mati ditembak pada 1 Mac lalu, ditemui berdekatan antara satu sama lain oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, semalam.

Pertempuran pada hari berkenaan turut mengorbankan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mencederakan tiga anggota lain tetapi pasukan keselamatan dilapor berjaya menembak mati 12 pengganas. Empat hari kemudian Ops Daulat dilancarkan.


Bagaimanapun, ketika operasi penggeledahan dan pembersihan dilakukan, hanya sembilan mayat ditemui dalam satu lubang besar yang ditutup dengan papan.

Pemeriksaan seterusnya yang dilakukan kemudian menemui beberapa lagi kubur baru, termasuk tiga kubur ditemui semalam, menjadikan 15 mayat ditemui di Kampung Tanduo.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semua mayat berkenaan dipercayai dikebumikan rakan pengganas secara tergesa-gesa. Menurutnya, dengan penemuan tiga lagi mayat semalam, jumlah pengganas yang ditembak mati sepanjang Ops Daulat yang masuk hari ke-11 semalam, kini 61 orang.


“Sehingga jam 5 petang semalam, 27 mayat sudah dibawa dibawa keluar dari kawasan operasi dan kami percaya ada 10 lagi mayat pengganas yang belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu. Semua mayat berkenaan didapati sudah reput," katanya.

Menurutnya, Malaysia memberi tempoh tiga hari kepada Filipina untuk menuntut mayat rakyatnya yang terbunuh dalam Ops Daulat, selepas mereka menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.


Hamza berkata, tempoh itu yang mematuhi kehendak Konvensyen Geneva, diberi melalui satu surat rasmi kepada Manila yang akan dikeluarkan selepas mayat pengganas selesai dibedah siasat.

“Jika tidak ada maklum balas dalam tempoh tiga hari, kita akan kebumikan mengikut cara yang sesuai. Kalau orang Islam ikut cara Islam,” katanya pada sidang akhbar, semalam.bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat, dekat sini, semalam.

Sabah jadi mangsa UMNO

WEDNESDAY, 20 MARCH 2013

Saudara Pengarang,

PERDANA Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.


Tuntutan kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu dengan begitu mudah.
Setelah sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.

Pada tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.

Pada hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati Pucuk'.

Pada tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada APMM.

Dengan itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun 2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.

Sebanyak 71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada APMM.

Dengan itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara.

APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.

Lebih kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.

Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.

Sebuah syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.

Setiap kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.

Pejabat pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan

Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.

Bot-bot APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.

Pada keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan.

Semasa Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka meninggalkan kawasan operasi.

Pada masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.

Bot APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh PM dan TPM.

Ketua Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.

Alasan itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM 130 juta untuk pembaikan.

Sehubungan itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.

Salam Hormat,
WARGA PERSISIR PANTAI

Sumber - Sabahkini
 

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya memperuntukkan sebanyak RM13 juta setiap tahun

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya memperuntukkan sebanyak RM13 juta setiap tahun untuk menghargai sumbangan daripada warga emas negeri. Pencapaian ini direalisasikan atas dasar anti-rasuah dalam negeri yang menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mencatitkan lebihan bajet setiap tahun. Manakala, penghargaan ini tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Anda pilih siapa? Sila "LIKE" dan "SHARE"!

-----

Di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, Setiap warga emas telah mendapat secara sistematik RM100 setiap tahun sebagai dividen anti-rasuah. Penghargaan ini diberikan tanpa mengambil-kira kaum, agama, jantina dan juga persefahaman politik.

Perbelanjaan negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM400 juta pada tahun 2008 ke RM1.1 bilion pada 2013, bermakna rakyat telah menerima manfaat berlipat-ganda selama 5 tahun ini.

Pada masa yang sama, walaupun perbelanjaan meningkat begitu banyak, kerajaan Pulau Pinang dapat menghapuskan defisit bajet dan memulangkan lebihan setiap tahun berturut-turut. Lebihan bajet mencapai rekod sebanyak RM138 juta pada tahun 2011.

Kesemua ini tidak dapat dicapai semasa pentadbiran BN kerana mereka "tidak mampu". Atau adakah cerita sebenar bahawa kekayaan kerajaan telah diselewengkan dan dibazirkan selama ini bawah pimpinan BN?

Syria akan kembali jadi ibukota khilafah

Hadith2 berkaitan Syam:

حَدَّثَنَا حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحَضْرَمِيُّ حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ حَدَّثَنِي بَحِيرٌ عَنْ خَالِدٍ يَعْنِي ابْنَ مَعْدَانَ عَنْ ابْنِ أَبِي قُتَيْلَةَ عَنْ ابْنِ حَوَالَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَصِيرُ الْأَمْرُ إِلَى أَنْ تَكُونُوا جُنُودًا مُجَنَّدَةً جُنْدٌ بِالشَّامِ وَجُنْدٌ بِالْيَمَنِ وَجُنْدٌ بِالْعِرَاقِ قَالَ ابْنُ حَوَالَةَ خِرْ لِي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ فَقَالَ عَلَيْكَ بِالشَّامِ فَإِنَّهَا خِيرَةُ اللَّهِ مِنْ أَرْضِهِ يَجْتَبِي إِلَيْهَا خِيرَتَهُ مِنْ عِبَادِهِ فَأَمَّا إِنْ أَبَيْتُمْ فَعَلَيْكُمْ بِيَمَنِكُمْ وَاسْقُوا مِنْ غُدُرِكُمْ فَإِنَّ اللَّهَ تَوَكَّلَ لِي بِالشَّامِ وَأَهْلِهِ

Telah menceritakan kepada kami Haiwah bin Syuraih Al Hadhrami, telah menceritakan kepada kami Baqiyyah, telah menceritakan kepadaku Bahir, dari Khalid yaitu Ibnu Ma'dan dari Ibnu Abu Qutailah dari Ibnu Hawalah, ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Keadaannya sampai kalian menjadi tentara-tentara yang terpisah-pisah, pasukan di Syam, pasukan di Yaman, dan pasukan di Irak." Ibnu Hawalah berkata; pilihkan (tempat terbaik) untukku wahai Rasulullah apabila aku mendapati hal tersebut! Beliau berkata: "Hendaknya kalian menetap di Syam karena sesungguhnya Syam adalah bumi Allah yang paling terpilih, Allah memilih hamba-hamba pilihannya menuju kepadanya. Adapun jika kalian menolak maka hendaknya kalian menetap di Yaman, dan minumlah dari telaganya, karena sesungguhnya Allah telah menjamin untukku Negeri Syam dan penduduknya."

(HR Abu Daud)

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ آدَمَ ابْنُ ابْنَةِ أَزْهَرَ السَّمَّانِ حَدَّثَنِي جَدِّي أَزْهَرُ السَّمَّانُ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا أَوْ قَالَ مِنْهَا يَخْرُجُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عَوْنٍ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Adam cucu Azhar bin As Saman telah menceritakan kepadaku kakekku yaitu Azhar As Saman dari Ibnu 'Aun dari Nafi' dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ya Allah, berkahilah kami di negeri Syam kami, Ya Allah, berkahilah kami di negeri Yaman kami." Mereka (para sahabat) berkata; "Dan di daerah Najd kami?" beliau bersabda: "Ya Allah, berkahilah kami di negeri Syam kami, dan berkahilah kami di negeri Yaman kami." Mereka (para sahabat) berkata; "Dan di daerah Najd kami?" beliau bersabda: "Di sana akan terjadi gempa bumi dan fitnah-fitnah." Atau beliau bersabda: "Darinya akan muncul tanduk Syetan." Abu Isa berkata; "Hadits ini adalah hadits hasan shahih, gharib melalui jalur ini yaitu dari hadits Ibnu 'Aun. Dan hadits ini juga telah diriwayatkan dari Salim bin Abdullah bin Umar dari ayahnya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam."
(HR Tirmidzi)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَال سَمِعْتُ يَحْيَى بْنَ أَيُّوبَ يُحَدِّثُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ شِمَاسَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ
كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُؤَلِّفُ الْقُرْآنَ مِنْ الرِّقَاعِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طُوبَى لِلشَّامِ فَقُلْنَا لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir telah menceritakan kepada kami ayahku dia berkata; saya mendengar Yahya bin Ayyub bercerita dari Yazid bin Abu Habib dari Abdurrahman bin Syimasah dari Zaid bin Tsabit dia berkata; "Kami menulis Al Qur'an dari pelepah kurma di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Beruntunglah bagi penduduk Syam." Lalu kami bertanya; "Kenapa bisa seperti itu wahai Rasulullah?" beliau bersabda: "Sesungguhnya Malaikat dzat Yang Maha Pengasih (Allah) telah membentangkan sayapnya di atas negeri Syam." Abu Isa berkata; "Hadits ini adalah hadits hasan gharib, kami hanya mengetahui dari hadits Yahya bin Ayyub."
(HR Tirmidzi)

Semoga Allah memperlihatkan dan memberi kesempatan kepada diri kita untuk merasai nikmat hidup dinaungi oleh Islam, dengan tertegaknya daulah Khilafah islamiyah, yang dijanjikan yang terpusat di Syam, bumi yang diberkati..

dan semoga anugerah menjadi pejuang2 yang benar mengembalikan Islam itu dapat kita rebutkan kerana itulah kemulian terakhir untuk ummat akhir zaman ini, bagi membuktikan bisyarah nubuwwah, sebuah janji yang pasti akan berlaku, tanpa kita, atau dengan usaha2 dan tangan2 kita.

Al Fatihah

Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un.....


Gerakan Islam hari ini kehilangan tokoh agung. Saed Dr. Ramadhan Al Bouti telah syahid akibat pengebom berani mati sewaktu As-Syeikh sedang memberi kuliah di Masjid Al-Iman, Syiria saat usianya 84 tahun.

Al Fatihah | Kehilangan Tokoh Agung |

BUKTI PENIPUAN REJIM BASYAR



Media-media rejim termasuk media Barat melaporkan bahawa Syaikh Said Ramadhan Al-Buthi terbunuh kerana pengeboman yang dilakukan di masjid Iman semalam.

Sedangkan jika kita lihat di dalam gambar ini, tiada langsung kesan letupan atau kebakaran akibat pengeboman sebagaimana yang dilaporkan. Perhatikan lampu, kipas-kipas dan juga cermin masjid, malah tiada satupun lampu pecah akibat letupan yang didakwa tersebut.

Kenapa sebiji bom yang membunuh lebih 20 orang di dalam masjid tapi tiada memusnahkan barang yang berdekatan? Bahkan jika dilihat kepada mayat, kebanyakan daripada mereka seolah-olah ditembak dari jarak dekat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh rejim Basyar sebelum daripada ini dalam kebanyakan kes di Syria.

Hapus semua pengganas



 
Foto
Gambar yang dikeluarkan agensi berita rasmi Syria, SANA menunjukkan keadaan meja Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang terkorban dalam serangan bunuh diri di Masjid Iman, daerah Mazra, Damsyik semalam. - Foto AP

Foto
Jururawat meletakkan ubat pada bahagian yang terluka seorang mangsa serangan masjid Iman.

Bashar berikrar selepas ulama Sunnah antara korban serangan dalam masjid

Damsyik: Presiden Syria, Bashar al-Assad berikrar menghapuskan semua pelampau di negaranya yang dipersalahkannya atas serangan bom di Masjid Iman, tengah ibu negara, kelmarin.
Serangan itu menyebabkan 49 orang terbunuh termasuk ulama Sunnah terkenal, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang menyokong kuat pentadbiran Bashar.
Darah kamu dan cucu lelaki kamu serta semua lagi yang syahid tidak akan sia-sia kerana kami akan terus ikuti pendekatan kamu membersihkan negara ini daripada golongan seperti mereka,” Bashar al-Assad, Presiden Syria

Ketika memberi amaran kepada pemberontak yang cuba menggulingkannya, Bashar berikrar untuk menghapuskan pelampau hingga negara itu bersih daripadanya.

Pembunuhan al-Buti dianggap antara tragedi besar sejak pemberontakan berlangsung dua tahun lalu.

Konflik itu menyaksikan golongan militan menyertai kempen pemberontak dan ini kali pertama penyerang bunuh diri meletupkan bom dalam sebuah masjid.

Seorang cucu kepada ulama berusia 84 tahun itu juga antara korban serangan.
Dalam kenyataannya yang disiarkan agensi berita SUNA, Bashar berkata, al-Buti adalah simbol Islam sebenar menghadapi ideologi pelampau.

70,000 maut

“Darah kamu dan cucu lelaki kamu serta semua lagi yang syahid tidak akan sia-sia kerana kami akan terus ikuti pendekatan kamu membersihkan negara ini daripada golongan seperti mereka,” kata Bashar.

Krisis di Syria meletus pada Mac 2011 apabila bantahan aman berubah kepada pemberontakan.

Lebih 70,000 orang maut sehingga ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tidak diketahui bila jenazah al-Buti akan disemadi. Kerajaan mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung. - AP

TERHOT ! UMNO DIBELAKANG FITNAH LUCAH BLOGGER BN....



KEADILAN: Fitnah lucah blogger BN papar wajah sebenar Umno

KUALA LUMPUR 21 MAC: KEADILAN menempelak pentadbiran Perdana Menteri menyebar fitnah jahat menggunakan blogger upahan bagi menjatuhkan lawan politik mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran percaya, serangan itu kerana Umno BN sedar mereka gagal meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

“Umno BN memperalat blogger mereka untuk sebar fitnah seperti dilakukan Papa Gomo terhadap Anwar dengan harapan sokongan kepada Pakatan Rakyat dapat disekat.

“Saya yakin, blogger fitnah ini mendapat kedudukan istimewa daripada Umno BN untuk melakukan perkara keji kerana sehingga hari ini belum ada apa-apa tindakan undang-undang diambil ke atas beliau,” kata Surendran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media tersebut selepas peguam Anwar itu memfailkan saman fitnah Ketua Umum KEADILAN berjumlah RM100 juta ke atas blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Saman itu setelah notis 48 jam untuknya memohon maaf dan menarik balik gambar fitnah lucah menyerupai Anwar dari blog itu gagal dilakukan.

Surendran berkata, antara bukti Umno BN begitu mesra dengan blogger tersebut apabila berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak pada Disember 2011.

“Kita harus tahu bahawa bukan semua orang dibenarkan menaiki kapal selam kerana kaitannya dengan aspek rahsia keselamatan negara.

“Pemilihan blogger itu untuk menaiki kapal selam tersebut menunjukkan keselamatan negara ketika ini boleh dikompromi dengan mudah,” kata Surendran.

Dalam samannya, Anwar yang turut diwakili peguam Latheefa Koya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Tegas Surendran, nilai saman yang difailkan sebenarnya ditanggung Umno BN kerana segala fitnah Papa Gomo itu direstui Umno BN.


Rupanya si Papagomo ni pernah kena penjara dan dibuang dari Polis sebab rasuah RM1000.

Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan : "Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman : "Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.304153219713112.1073741923.162138223914613&type=1

Pengganas wanita Sulu kebulur




RUMAH seorang penduduk Kampung Kembara Sakti, Lahad Datu yang terbakar selepas diceroboh empat lelaki bersenjata kelmarin.


LAHAD DATU - Sekumpulan wanita Sulu yang direkrut menjadi penembak tepat oleh gerombolan pengganas yang diketuai Azzumuddie Kiram yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu, kini dipercayai hidup menderita kerana tiada makanan.
Mereka kini dipercayai hilang arah menyembunyikan diri di dalam hutan selepas Azzumuddie sudah meninggalkan kumpulan tersebut manakala pasukan keselamatan pula giat melancarkan Ops Daulat bagi memburu saki-baki pengganas itu.
Baki pengganas wanita yang bersembunyi kini dipercayai hidup dalam keadaan kusut masai dan badan kurus kerana tiada makanan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, pihaknya percaya seramai lapan wanita menyertai puak pengganas Sulu dengan seorang daripada wanita itu telah ditembak mati dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.
"Memang ada wanita dalam kumpulan pengganas Sulu dan kita sudah menembak seorang daripada pengganas wanita itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2OJe587ig 
Hakcipta terpelihara 

Jamalul Kiram mahu saman



TINDAKAN pihak berkuasa mendakwa lapan pengganas Sulu di mahkamah kelmarin merupakan antara pendorong kepada tindakan saman Jamalul Kiram terhadap kerajaan Malaysia.


TAGUIG CUTY, Filipina - Pasukan peguam pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) kini dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan membangunkan dan merampas Sabah secara haram.
Memetik laporan akhbar dalam talian, The Manila Times.Net, saman yang dihantar kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu menyatakan tuntutan 'denda' sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion) daripada kerajaan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu, saman tersebut adalah jawapan kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan rakyat Filipina baru-baru ini.
Menurut Idjirani, ini merupakan saman kali ketiga yang dikemukakan oleh pihak Jamalul Kiram.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2OJe160Ld 
Hakcipta terpelihara 

PDRM pertimbang anggota Ops Daulat naik pangkat




KERETA perisai berantai ACV Adnan menyertai operasi memburu pengganas Sulu di Felda Sahabat, Lahad Datu semalam.


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan kenaikan pangkat untuk anggota yang bertugas dalam Ops Daulat di Sabah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Bagaimanapun, menurut beliau, keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diputuskan setelah insiden pencerobohan itu selesai.
"Kenaikan pangkat adalah berpandukan undang-undang yang ada, iaitu mengikut perkiraan tahun perkhidmatan, selain ada perkara lain yang perlu dilihat," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Sementara itu, Ismail menyelar kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh yang menuduh PDRM menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2OJdwvrwf 
Hakcipta terpelihara 

Tiga menteri Australia letak jawatan



CANBERRA - Tiga orang menteri Australia meletak jawatan semalam, sekali gus menunjukkan bahawa krisis pentadbiran Perdana Menteri Australia, Julia Gillard kian meruncing, enam bulan sebelum negara itu bakal mengadakan pilihan raya umumnya.
Menteri-menteri tersebut iaitu Chris Bowen, Martin Ferguson dan Kim Carr melepaskan portfolio masing-masing untuk menyokong pesaing Gillard yang juga bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd.
Setakat ini, sudah lima orang menteri telah meletak jawatan atau dipecat oleh Gillard berikutan timbul usaha untuk kembali melantik Rudd sebagai perdana menteri.
Peletakan jawatan menteri-menteri berpengalaman itu nyata memburukkan lagi reputasi kerajaan pimpinan Parti Buruh yang dilihat semakin tidak stabil.
Rudd bagaimanapun mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencabar Gillard.
"Tidak wujud tanda-tanda bahawa Rudd akan kembali menjadi pemimpin Parti buruh pada masa depan," jelas satu kenyataan daripada pejabat Rudd.
Rudd memberitahu, beliau enggan bertanding kerana tidak mempunyai sokongan majoriti yang jelas. "Tidak ada gunanya mewarisi parti yang berpecah-belah," kata Rudd.
Bowen dan Carr bersetuju dengan keputusan Rudd untuk tidak mencabar Gillard demi perpaduan Parti Buruh. Namun, Ferguson yang merupakan bekas Menteri Sumber dan Tenaga menegaskan Rudd perlu bertanding.
Gillard dijangka mengumumkan kabinet baharunya minggu depan. Beliau juga menyatakan rasa terkejut apabila Rudd enggan bertanding. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2OJGvjs8l 
Hakcipta terpelihara