Showing posts with label khianat. Show all posts
Showing posts with label khianat. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

SEBUAH MASJID DI AS BINAAN SEORANG IMAM ASAL INDONESIA DIBAKAR


Sebuah masjid di Kota Joplin, Missouri, Amerika Serikat, diduga menjadi korban pembakaran oleh orang tidak dikenal dalam selang waktu kurang dari satu hari setelah penembakan mematikan di kuil Sikh di Wisconsin.

Berdasarkan keterangan dari Biro Investigasi Federal (FBI), insiden yang masih belum bisa disimpulkan sebagai bagian dari serangan kebencian itu (Islamophobia) terjadi pada pukul 03.40 waktu setempat, tepat satu jam sebelum kaum Muslim melaksanakan ibadah Shalat Subuh.

"Masjid tersebut benar-benar hancur," ujar juru bicara kantor Sheriff Jasper County, Sharon Rhine.

Sharon mengatakan bahwa tidak ada korban jiwa dan belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab dan ditangkap dalam insiden tersebut.

Menurut infromasi yang diterima, imam masjid yang dibakar tersebut adalah seorang Warga Negara Indonesia yang bernama Lahmudin, namun hingga kini masih belum bisa diwawancarai karena masih terus berkoordinasi dengan aparat keamanan atas insiden itu.

Sebelumnya masjid tersebut pernah mendapatkan serangan serupa pada tanggal 4 Juli 2012 lalu. Seorang pelaku melemparkan bom molotov ke bagian atap masjid tersebut tapi hanya menyebabkan kerusakan kecil.

Pelaku pelemparan bom molotov tersebut juga sudah diketahui identitasnya dari rekaman kamera pengintai yang ada di lokasi, saat ini pihak FBI juga menawarkan hadiah 50.000 dolar AS untuk informasi yang mengarah pada penangkapan pelaku di balik insiden Juli, tapi hingga saat ini belum ada orang yang ditangkap.

Juru bicara FBI Bridget Patton mengatakan bahwa kedua insiden tersebut terjadi pada tengah malam, dan pihaknya akan "menunggu hasil dari pemeriksaan mengenai penyebab kebakaran tersebut".

"Jika diketahui ada unsur kesengajaan dalam serangan itu kami akan melakukan investigasi untuk melihat apakah ada korelasi antara insiden hari ini dan yang terjadi pada tanggal 4 Juli," tambah Patton.

Namun, menurut komunitas Muslim lokal, yang berjumlah sekitar 125 orang masjid tersebut kerap mendapatkan serangan sejak didirikan pada tahun 2007.

"Kami kerap kali diserang," kata mantan anggota dewan masjid, Navid Zaidi (47). "Papan nama kami dibakar, kotak surat kami beberapa kali dihancurkan. Bahkan papan nama kami pernah ditembaki," tambahnya.

Zaidi juga mengeluhkan bahwa tidak ada tersangka yang ditanggkap sejak serangan 4 Juli lalu. "Selama 27 tahun saya di AS, saya belum pernah melihat adanya pelaku yang ditangkap," katanya.

Pada hari Ahad, 5 Agustus 2012 dalam serangan penembakan di Kuil Sikh Wisconsin dinyatakan bahwa seorang pria bersenjata menembak dan membunuh enam orang sebelum dia ditembak oleh seorang polisi. (baca: http://www.muslimdaily.net/berita/lokal/mantan-tentara-as-penembak.html )
 

Wednesday, September 21, 2011

Rumah Mat Sabu dikhianat



Nurul Huda menunjukkan kesan terbakar di hadapan pagar 
rumahnya di Seksyen 19, Shah Alam dipercayai perbuatan khianat.


SHAH ALAM – Selepas seminggu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan, kediaman keluarga Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Jalan Belat 19/32C di Seksyen 19 di sini pula menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, bahagian pagar rumah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah disimbah minyak tanah sebelum dibakar.
Ketika kejadian, anak kedua Mat Sabu, Nurul Huda, 28, berada di rumah itu manakala ahli politik itu dan isterinya berada di utara tanah air.
Mat Sabu mengikuti satu program politik di Pulau Pinang manakala isterinya, Normah Alwi, 57, pula menetap di Perlis untuk menjaga ibu bapanya yang dimasukkan ke hospital.
Seorang lagi anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam, 23, yang turut menetap di rumah sama belum pulang kerana bertemu rakan di luar.
Nurul Huda yang merupakan seorang peguam berkata, dia terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah pada pukul 12 tengah malam sebelum dikejutkan dengan bunyi pintu pagar dibuka.
“Pada mulanya saya tidak hirau kerana menyangka adik (Ahmad Saiful) pulang.
“Selepas itu, saya dengar jiran menjerit memaklumkan ada api depan pagar rumah,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Nurul Huda, dia kemudian bergegas keluar dan mendapati api sudah terpadam, tetapi pagar masih panas.
Dia yang memeriksa kawasan rumahnya kemudian menemui satu botol berwarna kuning dipercayai bekas minyak tanah.
Wanita itu mendakwa, sebelum kejadian jirannya ternampak kelibat dua lelaki berlari ke arah jalan besar.
“Sebelum ini saya memang rasa tidak sedap hati kerana tiga lampu jalan tidak menyala.
“Selepas ayah menerima SMS (ugutan), kami memang selalu berjaga-jaga,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam semalam.

Tuesday, September 20, 2011

Akibat dari fitnah utusan


Rumah Mat Sabu cuba dibakar individu tidak dikenali

20/09/2011 12:46pm



SHAH ALAM 20 Sept. – Rumah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba dibakar oleh individu tidak dikenali selepas disimbah ceceair dipercayai petrol pada pukul 12.40 malam tadi.
Bagaimanapun hanya sebahagian pagar rumah di Jalan Belat 19/32C di Seksyen 19 di sini itu yang terjejas.
Ketika kejadian hanya anak kedua beliau, Nurul Huda Mohamad, 28, berada di rumah.
Laporan mengenai kejadian itu dibuat Nurul Huda di Balai Polis Seksyen 15 di sini sejurus selepas kejadian. - Utusan

Thursday, March 3, 2011

Mahathir Khianat Melayu Nafi Nikmati Kekayaan Minyak Kelantan

Mahathir Khianat Melayu Nafi Nikmati Kekayaan Minyak Kelantan
Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.

Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.

Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.

Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!

Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.

Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.

Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.

95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian UMNO semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.

Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu DSAI. Kuasa UMNO tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh Tun M?

Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.

Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?

Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun.

Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana UMNO mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun UMNO Khianati Melayu'.

Saturday, January 15, 2011

Nik Aziz tegur penulis blog khianati beliau



KOTA BHARU 14 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau marah dengan penulis blog termasuk propembangkang kerana memperbesarkan isu pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau akan menegur penulis blog propembangkang kerana menulis cerita 'khianat' terhadapnya mengenai isu tersebut pada majlis dialog tertutup dengan golongan tersebut di Kuala Lumpur esok.
"Isu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong saya tutup buku dah, bahkan saya sudah sebut, pendirian saya semasa jumpa tempat sulit dengan tempat terang serupa sahaja.
"Tetapi tentulah kena tegur blogger, nak dengar atau tidak itu dia punya pasal. Macam kawan kita (yang) buat khianat kepada kita, kita kena sebut kepada dia jangan buat begitu, dia nak dengar atau tidak itu dia punya pasal, dosa dia tanggung.
"Blogger atau tok guru atau ibu bapa, bahkan sesiapa pun serupa sahaja, hidup atas dunia ini kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah, menumpang makan butir padi Allah buat, menumpang udara Allah buat, menumpang segala-gala," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas tujuan pertemuan beliau dengan lebih 150 penulis blog pada Majlis Makan Malam dan Dialog di sebuah hotel di Kuala Lumpur esok.
Program anjuran Kerajaan Pas Kelantan itu akan turut dihadiri beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan telah dirancang sejak tahun lalu sebagai sebahagian persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Namun isu pertemuan di Istana Terengganu pada 24 Disember tahun lalu dijangka dibangkitkan penulis blog propembangkang yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Nik Abdul Aziz sebelum ini.
Pertemuan yang telah menghangatkan kembali isu penyatuan antara UMNO dan Pas dikatakan telah membimbangkan beberapa pihak dalam pakatan yang didokongi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Kemuncak kebimbangan itu jelas dilihat apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa memberi penjelasan mengenai pertemuan itu kepada pemimpin tertinggi pembangkang lain termasuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Friday, November 26, 2010

Tarif air: Jelas Umno BN khianati rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tuntutan Syabas yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat.
DPPWP juga, katanya kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan Syabas untuk menaikkan kadar tarif air berkenaan jika  kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.
“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama Syabas selama 30 tahun dengan meletakkan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat,” ujarnya.
Katanya, DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berharap Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat Syabas dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang.
“DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum Rakyat ke Istana Negara,” ujarnya.
Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, katanya maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus itu.
Tambahnya, hatta pihak menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti.
“Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikkan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti Syabas hari ini?” soalnya.
Dalam hal ini, katanya rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas.
“Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini,” katanya.
Hakikatnya, kata beliau mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus dan kerajaan negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri.
“Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan,” ujarnya lagi.