Showing posts with label gaddafi. Show all posts
Showing posts with label gaddafi. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Anak bongsu Gaddafi maut, setahun selepas bapa dibunuh

TRIPOLI: Anak bongsu Muammar Gaddafi dilapor terbunuh dalam pertempuran semalam, setahun selepas pembunuhan bekas pemimpin Libya itu.
Terdapat laporan bercanggah mengenai sama ada Khamis Gaddafi terbunuh ketika pertempuran atau dia cedera parah dan kemudian mati.

Jurucakap Kongres Kebangsaan Libya, Omar Hamdan berkata, Khamis, 28, mati dalam pertempuran tetapi tidak memberi butir lanjut.

Mayatnya dikatakan ditemui semalam selepas pertempuran sengit antara tentera pro-Gaddafi dengan kumpulan militia yang setia kepada kerajaan Libya di bandar Bani Walid.

Menurut laporan agensi berita Al-Arabiya yang dipetik oleh NBC News, sumber mendakwa Khamis ditemui dalam keadaan cedera parah, ditangkap dan kemudian mati.

Sebelum ini, beberapa laporan menyatakan, dia terbunuh, termasuk ketika serangan udara Nato pada Ogos 2011.

Tentera kerajaan mendakwa, 13 orang terbunuh dan 121 cedera dalam pertempuran hari keempat untuk menguasai bandar itu, semalam.

Laporan mengenai kematiannya disambut secara besar-besaran di Misrata, bandar yang pernah dikepung selama enam bulan oleh Briged ke-32 yang diketuai Khamis.

Mayatnya dipercayai dibawa ke bandar itu, yang ketiga terbesar di Libya, tempat sama mayat bapanya dihantar selepas dibunuh oleh pejuang pada 20 Oktober tahun lalu.

Terdahulu, kerajaan Libya berkata, tenteranya menahan jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang mendakwa dirinya Moussa, menyangkal kenyataan itu dan berkata, dia tidak berada di Libya.

Khamis, yang belajar di sebuah akademi tentera di Russia, masih belum berkahwin. Abangnya, Saif al-Islam, ketika ini berada di penjara, menunggu untuk dibicarakan. Pasukan Briged ke-32 yang diketuainya didakwa terbabit merogol, membunuh dan menyeksa kumpulan penentang bapanya. - DM

Saturday, September 10, 2011

Jeneral Gaddafi kini di Burkina Faso

NIAMEY: Beberapa jeneral yang setia kepada Muammar Gaddafi kini berada di Burkino Faso setelah tiba dari Niger.
Menurut sumber etnik Tuareg, sekumpulan jeneral dan pegawai kanan yang rapat dengan Gaddafi memasuki Niger menerusi Agadez empat minggu lalu sebelum meneruskan perjalanan ke Niamey untuk mengeluarkan wang di bank milik Libya dan terus ke Burkina Faso.

Perdana Menteri Niger, Brigi Rafini berada di Burkina Faso semalam untuk berunding dengan Presiden Blaise Comapaore. - AP

Monday, September 5, 2011

'Gaddafi perlu dibicara di Libya'





2011/09/05

TENTERA anti-Gaddafi menemui periuk api disimpan di dalam sebuah rumah di Tripoli, semalam.
TENTERA anti-Gaddafi menemui periuk api disimpan di dalam sebuah rumah di Tripoli, semalam.
Jenayah sepanjang pemerintahan wajar diadili tanpa ambil kira dakwaan ICC

LONDON: Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, perlu dibicarakan di negara itu kerana jenayah yang dilakukan sepanjang pemerintahannya tanpa mengambil kira dakwaan yang dikenakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadapnya.
Penyelaras bersama Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Britain, Guma al-Gamaty, berkata Gaddafi perlu dibicarakan di Libya berikutan banyak jenayah yang dilakukan sejak berkuasa pada tahun 1969.
ICC yang beribu pejabat di The Hague, mengeluarkan waran tangkap ke atas Gaddafi kerana jenayah kemanusiaan yang dilakukan ketika pemberontakan di Libya, bersama waran untuk anaknya, Seif al-Islam dan ketua perisikan beliau.

“ICC cuma akan membicarakan Gaddafi atas jenayah yang dilakukan sejak enam bulan lalu. Gaddafi bertanggungjawab ke atas banyak jenayah yang dilakukan sejak 42 tahun pemerintahannya, beliau perlu dibicarakan dan menjawab semua tuduhan dalam perbicaraan di Libya,” katanya kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Beliau berkata terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada hukuman mati sesuai untuk Gaddafi tetapi menambah: “Mahkamah adil dan saksama dan akan memenuhi semua piawaian antarabangsa.”

“Pemerhati antarabangsa daripada pertubuhan hak kemanusiaan dan organisasi dipercayai lain serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dibenarkan memantau. Ia akan menjadi perbicaraan yang adil, sesuatu yang Gaddafi tidak pernah berikan kepada penduduk Libya yang mengkritiknya sejak 42 tahun lalu,” katanya. 
“Masa sudah berlalu. Tawaran rundingan kepadanya oleh NTC beberapa bulan lalu dan beliau tidak pernah menerima. Juga sukar bagi Gaddafi dan anaknya mencari tempat selamat atau negara yang mahu menerima mereka,” katanya.

Mengenai waran tangkap ICC, beliau berkata pilihan mereka amat terhad. 

“Apa yang akan mereka hadapi jika ditangkap ialah ditahan dan dilayan dengan baik. Mereka akan dipastikan selamat dan berdepan dengan perbicaraan serta menjawab semua jenayah yang dilakukan,” katanya. 

Sementara itu, Britain dilaporkan pernah menjemput dua anak lelaki Muammar Gaddafi, ke ibu pejabat unit pasukan khas (SAS), ketika bekas Perdana Menteri, Tony Blair, cuba menjalin hubungan dengan rejim Libya, lapor akhbar The Sunday Times.

Dalam pendedahan terbaru daripada dokumen perisikan yang diperoleh media dan kumpulan hak di Tripoli, akhbar berkenaan melaporkan Blair juga membantu seorang lagi anak Gaddafi, Seif al-Islam, dengan tesis kedoktorannya. – AFP 

Sunday, September 4, 2011

Barat, Gaddafi bekerjasama



LONDON 3 Sept. - Perisikan Britain dan Amerika Syrikat (AS) dilapor bekerjasama rapat dengan rejim Muammar Gaddafi sehingga menawarkan bantuan kepada pemimpin Libya itu, menurut laporan hari ini yang memetik fail yang ditemui di Tripoli.
Akhbar harian Britain, The Independent melaporkan, dokumen rahsia yang ditemui di pejabat bekas Menteri Luar Libya, Mussa Kussa itu turut menunjukkan Britain memberikan butiran mengenai penentang-penentang rejim yang hidup dalam buangan kepada perisikan Gaddafi.
Penemuan itu juga mendapati pejabat bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair meminta supaya pertemuan yang diadakan dengan pemimpin Libya itu pada 2004 di Tripoli perlu dibuat di khemah Bedouin, lapor akhbar itu.
Bagaimanapun belum ada reaksi balas dari Britain mahupun AS mengenai laporan tersebut.
Menurut The Independent, dokumen tersebut meningkatkan persoalan tentang hubungan Britain dan AS dengan Kussa dan rejim Gaddafi ketika kuasa Barat cuba membawa Libya keluar daripada pengasingan.
Kussa ke Britain pada Mac lalu dan berpaling tadah kepada rejim, tetapi walaupun dituduh mencabul hak asasi manusia beliau tetap dibenarkan terbang ke Qatar pada bulan berikutnya.
The Independent melaporkan, dokumen yang ditemui itu termasuklah surat-surat dan faks kepada Kussa dengan kepala surat 'Ucapan daripada MI6' (Perkhidmatan Perisikan Luar Britain) dan ucapan peribadi Krismas yang ditandatangani oleh seorang perisik kanan Britain menggunakan julukan 'Rakan anda'.
Akhbar itu turut memetik dokumen rahsia pentadbiran AS yang menyatakan 'dalam kedudukan' untuk menghantar Shaykh Musa, anggota kumpulan Pejuang Islam Libya yang merupakan rangkaian al-Qaeda kepada rejim Gaddafi.
"Kami menghormati permintaan anda berhubung tuntutan mengekstradisi Musa," kata dokumen itu. - AFP

Wednesday, August 31, 2011

Kisah Tragis Pengasuh Anak Keluarga Ghadafi


Kaki dan tangannya diikat. Mulutnya diplaster. Lalu disiram dengan air mendidih.



Shwygar Mullah (CNN)

Shwygar Mullah masih merintih kesakitan ketika  menjalani perawatan di unit luka terbakar Rumah Sakit Tripoli, Libya, Selasa waktu setempat, 30 Ogos 2011. Pengasuh cucu pemimpin Libya Muammar Ghaddafi itu mengalami luka terbakar serius setelah disiram air mendidih oleh salah seorang  menantu Ghadafi.

Wanita berusia 30 tahun itu adalah pengasuh anak yang bekerja di rumah Hannibal, salah satu putera Ghaddafi. Ia tak boleh menghindar ketika  isteri Hannibal, Aline, menyiramnya dengan air mendidih sebab dianggap gagal menenangkan anak menangis.

Jurnalis CNN yang bertemu Mullah di bekas rumah mewah Hannibal. Mengenakan topi dan kain penutup wajah, Mullah perlahan memperlihatkan luka bakar yang mengerikan di wajah dan sekujur tubuhnya. Melepuh dan merah.

Wanita kerakyatan Ethiopia itu datang ke Libya tahun lalu. Mengasuh dua anak Hannibal, awalnya semua berjalan lancar. Namun, memasuki bulan keenam siksaan mulai dirasa. "Saya dibakar oleh Aline, dan hal sama terjadi lagi tiga bulan berikutnya dengan keadaan lebih serius," katanya.

Dengan nada lemah, Mullah mengatakan bahawa Aline kehilangan kesabaran ketika anaknya tak berhenti menangis. "Dia membawa saya ke kamar mandi, mengikat tangan saya di punggung, mengikat kaki saya, dan menutup mulut saya. Lalu, dia mulai menuangkan air mendidih di kepala saya," katanya.

Setelahnya, Mullah dipaksa berdiri di luar rumah selama tiga hari. "Dia tidak akan membiarkan saya tidur, dan saya terus berdiri di luar yang dingin tanpa makanan. Dia juga mengancam akan melakukan hal serupa kepada staf jika membantu saya," ujarnya. "Saya dipaksa menonton anjing makan, sementara saya ditinggal kelaparan."

Keluar Ulat

Kengerian siksaan itu tampak di tubuhnya yang lemah dengan kulit hampir seluruhnya mengelupas. Di beberapa bahagian sudah kering, namun masih banyak yang masih basah.

Cairan bening pun tampak meleleh dari kulit kepalanya. Bahkan sempat ada ulat keluar dari kepalanya. Mungkin lukanya membusuk kerana setelah kejadian pertama ia dikurung tanpa pengubatan.

Mullah pertama kali tiba di rumah sakit sekitar bulan Jun . "Setelah tiga hari merawat Mullah, mereka (staf Hannibal) datang mengancam saya untuk menghentikan pengubatan atau saya akan mendapat masalah," kata direktur rumah sakit, Franka Ridha.

Namun, di tengah ancaman, sejumlah pengawal di kediaman Hannibal diam-diam membawa Mullah kembali ke rumah sakit untuk mendapat perawatan lanjutan.
• VIVAnewshttp://idahsalam.blogspot.com/

Anak Gaddafi lahirkan anak di Algeria

ALGIERS 30 Ogos - Anak perempuan Muammar Gaddafi, Aisha yang lari meninggalkan Libya bersama anggota keluarganya yang lain, melahirkan anak perempuan hari ini, kata pihak berkuasa Algeria.
“Aisha beranak awal pagi ini. Dia melahirkan anak perempuan. Ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,” kata pegawai kerajaan, yang enggan dikenali. - AFP, utusan

Sunday, August 28, 2011

Gaddafi terus diburu




TRIPOLI: Pihak pemberontak Libya telah menguasai Ras Jdir, sebuah pos di sempadan negara itu dengan Tunisia, yang dipercayai mungkin digunakan Encik Muammar Gaddafi untuk melarikan diri dari Libya, sedang usaha memburu beliau diteruskan semalam.

Sedang pertempuran terus berlaku di beberapa tempat dengan pihak pemberontak mengukuhkan kedudukan mereka di Tripoli, fokus operasi mereka kini beralih kepada era pasca Gaddafi dengan gesaan ke arah perdamaian dan satu peralihan secara aman.
Pihak pemberontak lewat kelmarin mendakwa telah mencapai satu kejayaan ketenteraan baru dengan menguasai Ras Jdir, manakala seorang pegawai Tunisia berkata pihak pro-Gaddafi melarikan diri sedang lebih 100 pemberontak tiba di tempat itu dan mengibarkan benderanya.
Sedang salah satu laluan untuk melarikan diri bagi Encik Gaddafi ditutup, agensi berita rasmi Mesir, MENA, memetik satu sumber pemberontak sebagai berkata bahawa satu konvoi enam kereta berperisai yang mungkin membawa para pegawai Libya, dan mungkin juga Encik Gaddafi, telah berlepas ke Algeria.

Sumber itu dipetik sebagai berkata bahawa sekumpulan kereta itu telah diiringi oleh askar-askar propemerintah sehingga ia tiba di bandar Ghadames di Algeria.Pihak pemberontak gagal mengejar mereka kerana kekurangan bekalan senjata dan peralatan.
'Kami rasa mereka membawa para pegawai tinggi Libya, mungkin juga membawa Gaddafi dan anak-anak lelakinya,' kata sumber itu.
Algeria enggan mengiktiraf Majlis Peralihan Negara (NTC) Libya kelmarin, sambil mendesak bahawa ia akan mematuhi dasar 'berkecuali ketat' yang dipegangnya sejak permulaan konflik di Libya.
Pihak pemberontak mahu mencari Encik Gaddafi supaya mereka boleh mengisytiharkan kemenangan sejak berlakunya pemberontakan terhadap pemimpin Libya itu enam bulan lalu. -- AFP.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/08/gaddafi-terus-diburu.html#more

Gaddafi: Mahu Runding Atau Helah?



TRIPOLI, 28 Ogos - Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menyatakan kesediaan untuk berunding mengenai peralihan kuasa, demikian menurut jurucakapnya hari ini.
Jurucakap itu memberitahu sebuah agensi berita bahawa perundingan akan diketuai oleh salah seorang anak Muammar, Saadi.
Pejuang-pejuang pemberontak kini menguasai kebanyakan kawasan di Libya termasuk ibu negara Tripoli. Muammar dipercayai masih bersembunyi di ibu negara Libya sejak ia jadi sasaran pemberontak. Lapor BBC menyebut tawaran terbaru ini satu lagi helah Muammar dan pengikutnya. (IH) 

LIBYA - Pengkalan Tentera Terakhir Ghaddafi Ditawan



Althaf
Ahad, 28 Agustus 2011 10:19:54
Hits: 44
TRIPOLI (Arrahmah.com) – Pasukan pemberontak Libya berhasil merebut pangkalan militer terakhir milik pemimpin buron Muammar Gaddafi di Tripoli lima hari setelah mereka berhasil menduduki pejabatnya di ibukota.Pemberontak menyatakan bahawa mereka merebut pangkalan pasukan elit Brigade 32 pimpinan Khamis Gaddafi -salah seorang putra diktator Gaddafi- pada hari Sabtu (27/8/2011) setelah salibis NATO melakukan serangan udara di kawasan tersebut.
Sejauh ini belum ada laporan mengenai jatuhnya korban jiwa.
sumber satuumat

Robert Mugabe bantu Gaddafi melarikan diri, didakwa dilihat di Zimbabwe sejak 24 Ogos lalu


http://keretaburuk12.blogspot.com/



HHRS 2.0 - Rekaan dalaman jet peribadi Mugabe. Rekaan gaya mewah. Mana-mana diktator di dunia ini adalah sama, menghabiskan wang rakyat.

Diterjemah dari fiqhislam

Gaddafi Melarikan Diri ke Zimbabwe dengan Pesawat Jet Pribadi Robert Mugabe
Muammar Kaddafi telah melarikan diri dari Libya ke Zimbabwe dengan menggunakan sebuah jet yang disediakan oleh Presiden Zimbabwe Robert Mugabe ketika pasukan pemberontak bergerak menuju wilayah asal pemimpin Libya yang digulingkan dari kekuasaannya ini.

Lawan politik Mugabe mendakwa perisik mereka melihatkedatangan Kaddafi di Zimbabwe dengan menaiki pesawat Tentera Udara zimbawe Rabu (24/8/2011) pagi. "Tidak diragukan lagi Kaddafi merupakan tetamu khas Mugabe," kata jurucakap Gerakan Perubahan Demokrasi pembangkang kepada harian The Sun.

Apabila meninggalkan Libya, Kaddafi dianggarkan bertolak dari pangkalan udara dari kawasan asalnya di bandar Sirte yang telah dibom oleh pesawat tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO, dalam masa beberapa hari. Bunker persembunyian Kaddafi di berhampiran bandar tersebut telah dihancurkan dengan hujan peluru berpandu peluru berpandu yang dimuntahkan oleh beberapa jet Tornado, Jumaat (26/8/2011)

Gaddafi lari ke Algeria?




Seorang pemberontak Libya bergambar sambil tangannya menunjukkan isyarat 'V' (kemenangan) di kerusi berbentuk ikan duyung diperbuat daripada emas milik anak perempuan Muammar Gaddafi, Aisha di rumahnya di Tripoli, kelmarin. - AFP


TRIPOLI 27 Ogos - Satu konvoi enam buah kereta Mercedes yang mungkin membawa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilihat menyeberangi Libya ke Algeria semalam, lapor agensi berita Mesir MENA yang memetik sumber pemberontak.

Laporan itu bagaimanapun masih belum disahkan Algeria atau Libya.
Menurut agensi berita MENA yang memetik sumber pemberontak, enam kereta Mercedes diiringi kereta perisai dan anggota tentera dilihat memasuki bandar Ghadames di Algeria semalam.
Sumber memberitahu, pemberontak tidak dapat mengejar konvoi tersebut kerana kekurangan senjata dan kelengkapan tempur.
"Kami rasa konvoi itu mungkin membawa pegawai tertinggi Libya iaitu Gaddafi serta anak-anaknya," lapor sumber terbabit.
Gaddafi terpaksa berundur dari kubu kuatnya, Bab al-Aziziya di Tripoli selepas ia ditawan pemberontak awal minggu ini.
Sehingga kini, lokasi sebenar pemimpin Libya itu bersama anak- anaknya masih menjadi tanda tanya dengan kumpulan pemberontak dilapor meneruskan pemburuannya dibantu kelengkapan serta perkhidmatan risikan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Dalam perkembangan berkaitan, pemberontak Libya semalam menawan Ras Jdir di sempadan Tunisia selepas ia dipercayai merupakan satu daripada jalan alternatif kepada Gaddafi untuk melarikan diri, namun kini ia telah disekat.
Sementara itu, Kesatuan Afrika (AU) semalam menggesa pembentukan sebuah kerajaan menyeluruh di Libya dengan mengatakan ia tidak boleh mengiktiraf kumpulan pemberontak sebagai wakil sah negara tersebut ketika pertempuran terus berlaku.
Penolakan tersebut menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Gaddafi kepada kesatuan tersebut memandangkan beliau merupakan antara pembiaya utama dan pernah memberi sejumlah besar wang kepada beberapa pemimpin Afrika. - AFP/Reuters

Saturday, August 6, 2011

Anak lelaki Gaddafi terbunuh

BENGHAZI 5 Ogos - Pasukan pemberontak Libya hari ini berkata, anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis dan 30 orang yang lain terbunuh dalam serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di sebuah pusat operasi di barat bandar Zliten.
Jurucakap kumpulan militan revolusi, Mohammed Zawawi berkata, perisik yang berada di kawasan Gaddafi mengesahkan Khamis merupakan antara yang terkorban dalam serangan itu.
"Semalam, berlaku serangan udara oleh NATO di bilik operasi Gaddafi di Zliten dan kira-kira 32 orang tentera Gaddafi terbunuh.
"Antara mereka yang terbunuh ialah Khamis," kata Zawawi yang merupakan jurucakap untuk Tentera Revolusi Bersatu.
Khamis yang telah lama memimpin militia prokerajaan, dikatakan telah mengetuai perang di Zliten, kubu Gaddafi yang berjaya menyekat kumpulan pemberontak daripada mara ke Tripoli.
Serangan berlaku beberapa jam selepas Tripoli membawa kumpulan wartawan menyertai lawatan di pusat Zliten dalam usaha menafikan dakwaan bandar itu diserang. - AFPutusan

Thursday, May 12, 2011

Gaddafi muncul di kaca televisyen Libya


SIARAN televisyen Libya awal hari ini menyiarkan rakaman video menunjukkan Muammar Gaddafi muncul kali pertama selepas dikaitkan dengan khabar angin bahawa beliau turut terkorban atau cedera akibat serangan NATO terhadap kediamannya, di Tripoli, 30 April lalu. Video menunjukkan pemimpin Libya itu sedang mengadakan mesyuarat dengan pemimpin etnik, dengan Gaddafi memakai cermin mata hitam dan jubah hitam. - Foto AFP

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akhirnya muncul di kaca televisyen negara itu hari ini selepas beberapa minggu tidak berbuat demikian terutama selepas serangan NATO yang mengorbankan anak lelaki dan cucunya pada 30 April lalu. 


Gaddafi muncul hanya beberapa minit saja dengan kamera merakamkan gambarnya dari jarak jauh ketika beliau sedang duduk bersama beberapa pemimpin etnik negara itu.
Gaddafi bagaimanapun tidak bercakap dalam rakaman itu.
Pemimpin Libya itu tidak kelihatan atau tiada berita mengenainya sejak serangan NATO di kediamannya yang menyebabkan anaknya, Seif al-Arab Gadhafi terkorban. 

Sejak serangan itu, khabar angin merebak menyatakan Gaddafi turut cedera atau terbunuh dalam serangan itu. 

Bagaimanapun dengan penyiaran rakaman video mengenai Gaddafi itu, ia sekali gus melenyapkan tanggapan bahawa pemimpin Libya itu sudah terkorban. 

Malah, untuk menguatkan bukti Gaddafi masih hidup, lensa kamera rakaman mendekati satu siaran televisyen yang berhampiran Gaddafi yang menunjukkan Rabu, 11 Mei. - AFP 

Monday, May 2, 2011

Anak bongsu dan tiga cucu Gaddafi dilapor terbunuh dalam serangan Nato


AKIBAT SERANGAN: Rumah anak lelaki Encik Muammar Gaddafi, Encik Saif al-Arab, rosak teruk akibat serangan Nato semalam, menurut pemerintah Libya. -- Foto REUTERS


TRIPOLI: Anak bongsu pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, dan tiga cucunya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), awal pagi semalam.
Rumah Encik Saif Al-Arab Gaddafi, 29 tahun, dilaporkan diserang oleh peluru berpandu Nato, kata jurucakap pemerintah Libya, Encik Mussa Ibrahim.Encik Gaddafi dan isterinya turut berada dalam rumah berkenaan ketika serangan udara itu dilancarkian tetapi disahkan tidak cedera.Ketiga-tiga cucu pemimpin Libya yang terkorban itu dilaporkan berumur bawah 12 tahun.Encik Saif merupakan anak keenam Encik Gaddafi dan beliau pernah menuntut di sebuah universiti Jerman tetapi tidak menghabiskan pengajiannya.Ibu Encik Saif adalah Cik Safiya Farkash iaitu isteri kedua Encik Gaddafi.Semalam, pegawai-pegawai Libya telah membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan kediaman elit.Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah.'Apa yang kita lihat sekarang ialah undang-undang rimba. Kami berpendapat sudah jelas kepada semua orang sekarang bahawa apa yang berlaku di Libya tidak ada kena mengena dengan usaha melindungi orang awam,' kata Encik Ibrahim.'Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini. Pemimpin kami (Encik Gaddafi) berada dalam keadaan sihat. Beliau tidak cedera. Isterinya juga berada dalam keadaan sihat,' tambah beliau.Menurut Encik Ibrahim, Encik Saif sedang 'berbual dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila beliau diserang bagi kesalahan yang beliau tidak lakukan.'Sementara itu, Nato telah menafikan pihaknya menyasarkan ahli keluarga Encik Gaddafi dalam serangan udara awal pagi semalam itu.'Nato akan terus melakukan serangan udara terhadap rejim ketenteraan di Tripoli, termasuk mengebom pusat perintah dan bangunan di kawasan Bab al-Azizya pada awal pagi ini (semalam),' katanya.Selasa lalu, Setiausaha Pertahanan Britain, Encik Liam Fox, dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat, Encik Robert Gates, memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat Nato tidak menyasarkan Encik Gaddafi secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat perintah tindakan ketenteraan.Serangan semalam dilancarkan beberapa jam selepas Encik Gaddafi meminta agar rundingan diadakan dengan negara-negara anggota Nato bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah berlarutan hampir dua bulan.Puak pemberontak dan Nato telah menolak tawaran rundingan itu. -- AP, AFP, Reuters.

Tuesday, April 26, 2011

Pejabat Gaddafi musnah dalam serangan udara Nato




SASARAN SERANGAN UDARA: Para penyokong Presiden Gaddafi memanjat salah satu bangunan yang musnah diserang Nato semalam. -- Foto AP


45 cedera termasuk 15 parah


TRIPOLI: Pejabat pemimpin Libya, Presiden Muammar Gaddafi, di Tripoli musnah dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) awal pagi semalam.
Seorang pegawai pemerintah Libya yang membawa wartawan melihat tempat kejadian di kawasan Bab al-Aziziyah itu, berkata 45 cedera dengan 15 parah dalam serangan itu.Katanya, beliau tidak tahu sama ada terdapat mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu.'Ia adalah cubaan membunuh Kolonel Gaddafi,' katanya.Tidak diketahui di mana Encik Gaddafi berada semasa serangan itu.Dalam serangan itu, sebuah bangunan yang menempatkan perpustakaan dan pejabat Presiden rosak teruk.Bangunan kedua, di mana Encik Gaddafi menerima kedatangan pemimpin luar negara turut musnah.Hanya dua minggu lalu, Encik Gaddafi telah menerima kedatangan delegasi yang dipimpin oleh Presiden Afrika Selatan, Encik Jacob Zuma, di dalam bangunan itu.Delegasi itu telah menggesa agar satu gencatan senjata dikuatkuasakan segera dan dialog diadakan di antara para pemberontak dan pemerintah.Mengulas serangan semalam, anak lelaki Encik Gaddafi, Encik Seif Al-Islam, berkata: 'Serangan para pengecut ke atas pejabat Muammar Gaddafi ini mungkin boleh menakutkan kanak-kanak tetapi kami tidak akan mengaku kalah dan kami tidak takut.'Serangan ke atas pejabat Encik Gaddafi itu dilancarkan selepas askar pemerintah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas bandar Misrata kelmarin, menyebakan sekurang-kurangnya 32 orang terkorban dan berdozen lain cedera.Bandar yang didiami 300,000 orang itu dikepung oleh askar yang taat dengan Encik Gaddafi sejak dua bulan lalu.Jurucakap pemerintah Libya, Encik Moussa Ibrahim, berkata serangan ke atas Misrata adalah sebagai tindak balas atas serangan pemberontak.Beliau menegaskan sebahagian besar bandar itu masih berada di bawah kawalan pemerintah.Salah seorang penduduk Misrata yang cedera, Encik Osama al-Shahmi, berkata askar Encik Gaddafi membedil bandar itu menggunakan roket.'Mereka tiada belas kasihan. Mereka melancarkan serangan secara bertubi-tubi. Seorang orang di Misrata kini yakin bahawa diktator itu harus diguling,' katanya.Sementara itu, di Washington, tiga anggota Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan Senat menyeru agar lebih banyak usaha dilakukan untuk mengguling Encik Gaddafi, termasuk menyasarkan serangan udara ke atas sekutu rapatnya. -- AFP, AP, Reuters

Cubaan bunuh Gaddafi


TRIPOLI: Tentera Nato memusnahkan beberapa bangunan dalam kompleks Bab al-Aziziyah yang menjadi tempat perlindungan Muammar Gaddafi, semalam.
Ketika anggota bomba cuba memadamkan kebakaran ekoran serangan itu, pegawai Gaddafi berkata, serangan berkenaan menunjukkan Nato cuba membunuh pemimpin Libya terbabit.

Pegawai Libya turut membawa wartawan asing melawat kawasan berkenaan untuk menunjukkan kesan serangan Nato.

Kompleks Bab al-Aziziyah itu menempatkan pelbagai pejabat utama kerajaan serta menjadi lokasi pertemuan Gaddafi dengan tetamu kehormat dari negara asing.

Pegawai media Gaddafi berkata, 45 orang cedera dalam serangan itu dan 15 daripadanya parah, manakala beberapa orang lagi masih hilang.

Bagaimanapun, kesahihan data itu tidak diperoleh kerana pegawai lain memberikan angka berbeza.


Kawasan itu pernah diserang sebelum ini tetapi Nato dilihat meningkatkan tumpuan ke Tripoli sejak beberapa hari lalu.

Sebuah kawasan didakwa kerajaan sebagai tempat meletak kenderaan adalah antara sasaran Nato, tetapi hasil serangan membuktikan kawasan berkenaan sebenarnya menempatkan sebuah kubu bawah tanah.
Baru-baru ini, AS mengumumkan rancangan menghantar pesawat tanpa juruterbang - digelar sebagai Predator - untuk membantu mengekang pergerakan tentera Gaddafi menentang pemberontak.

Predator melepaskan peluru pertamanya kelmarin.

Tidak dapat dipastikan sama ada serangan ke atas Bab al-Aziziyah semalam juga dilakukan Predator.

Serangan itu berlaku pada malam sama selepas Setiausaha Luar Britain, William Hague, membayangkan pesawat berkenaan mungkin digunakan untuk membunuh Gaddafi.

Ditanya mengenai kemungkinan itu, Hague berkata, siapa sasaran Predator bergantung kepada bagaimana kerajaan Libya bertindak balas. - AFP

Wednesday, April 20, 2011

Tiada bukti keganasan tentera Gaddafi

TRIPOLI - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Britain mendakwa tiada sebarang bukti menunjukkan tentera Libya yang setia kepada pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi menyerang penunjuk perasaan.


Penemuan mengejutkan itu bertentangan dengan kecaman kepada rejim Gaddafi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa pemimpin itu menggunakan tindakan keganasan terhadap pemberontak.


Seramai 13 anggota NGO yang terdiri daripada aktivis hak asasi manusia, pembuat filem dan aktivis politik melawat Libya, minggu lalu, namun tidak dapat dipastikan pihak yang membiayai lawatan itu.


Dalam laporannya, kumpulan itu mendakwa dapat mengaitkan kematian penduduk Libya dengan pengeboman pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan keganasan oleh pemerintahan Libya.


Kelmarin, kerajaan Gaddafi sekali lagi menuntut pakar asing bebas melawat Libya untuk menyiasat dakwaan keganasan terhadap orang awam di negara itu.


Libya juga bersetuju membenarkan PBB menghantar pasukan bantuan kemanusiaan ke bandar Misrata yang kini sedang menjadi rebutan kerajaan dan pemberontak.

Thursday, April 14, 2011

Negara Barat, Arab mahu Gaddafi berundur


DOHA: Kumpulan negara Barat dan Arab untuk pertama kali menggesa Muammar Gaddafi berundur tetapi negara anggota NATO bercanggah pendapat berhubung gesaan ditingkatkan serangan udara bagi menggulingkan beliau. 


Pendirian itu satu kemenangan moral bagi Britain dan Perancis yang mengetuai serangan udara dan menggesa perubahan rejim di Libya.
"Gaddafi dan rejimnya sudah kehilangan semua hak dan perlu berundur bagi membolehkan rakyat Libya menentukan masa depan mereka," menurut pernyataan terakhir mesyuarat bersama kumpulan negara Eropah, Liga Arab, Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Doha yang diperoleh Reuters.
Kumpulan itu juga bersetuju memberikan "bantuan kebendaan" kepada pemberontak Libya. 

Walaupun pernyataan itu tidak menyatakan butirannya, diplomat berkata sebilangan negara mungkin menafsirkannya sebagai pembekalan senjata. - Reuters 

Tuesday, April 12, 2011

Gaddafi terima pelan damai AU

USAHA DAMAI: Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, dikerumuni media di Bab al-Aziziyah, di Tripoli, selepas satu mesyuarat dengan delegasi lima pemimpin Afrika, kelmarin. -- Foto REUTERS


Kesatuan Afrika gesa Nato henti serangan
TRIPOLI (Libya): Rejim Encik Muammar Gaddafi di Libya telah menerima satu rancangan damai Kesatuan Afrika (AU) yang dibentuk bagi menyelesaikan konflik, kata Presiden Afrika Selatan, Encik Jacob Zuma, dari Tripoli kelmarin, sedang serangan udara memusnahkan 26 kereta kebal penyokong rejim.
Satu delegasi AU tiba di Libya sebelum itu bagi menjadi orang tengah dalam kedamaian sementara antara Encik Gaddafi dengan pemberontak yang mahu menyingkirkannya, sedang pesawat-pesawat perang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) terus menyerang pasukan rejim di bandar pelabuhan Misrata dan Ajdabiya di timur.Delegasi Encik Gaddafi itu telah menerima usul AU itu, tambah Encik Zuma, yang bersiap meninggalkan Libya Ahad lalu walaupun ahli-ahli delegasi lain AU itu akan berada di Tripoli semalaman sebelum ke Benghazi, 1,000 kilometer ke timur Tripoli.'Kami juga dalam kenyataan ini menyeru Nato agar menghentikan serangan-serangan bom bagi memberi peluang kepada gencatan senjata,' tegas Encik Zuma.Sejauh ini, para pemimpin pemberontakan itu telah menolak sebarang gencatan senjata yang akan membolehkan Encik Gaddafi atau anak-anak lelakinya terus berkuasa.Selain Encik Zuma, delegasi AU itu juga merangkumi tiga lagi pemimpin Afrika: Encik Amadou Toumani Toure dari Mali, Encik Mohamed Ould Abdel Aziz dari Mauritania, dan Encik Denis Sassou Nguesso dari Congo.Pengantara Afrika itu disambut di Tripoli oleh penyokong Encik Gaddafi yang memegang gambar pemimpin itu serta mengibarkan bendera hijau rejimnya.Mereka menyertai pemimpin Libya itu untuk mengambil gambar di luar sebuah khemah Badwi di halamannya di Bab al-Aziziya, sebelum dibawa menemui penyokongnya dan pergi ke satu destinasi yang tidak didedahkan.Sebelum itu, para pengantara AU telah mengulangi rayuan mereka supaya 'ditamatkan segera semua permusuhan' dan mencadangkan satu tempoh peralihan bagi melaksanakan pembaharuan.Bekas perdana menteri Britain, Encik Tony Blair, Ahad lalu memberitahu CNN bahawa Encik Gaddafi tidak harus dipandang rendah.'Apa pun yang dikatakan orang mengenainya, beliau telah berkuasa di situ lebih 40 tahun,' kata Encik Blair.Sementara itu, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak mati dan ramai cedera dalam serangan-serangan di Misrata dalam tiga minggu kebelakangan.Menurut Unicef, kanak-kanak berusia sekecil 9 bulan antara yang terbunuh itu. Kebanyakan mangsa lain berusia kurang 10 tahun.Unicef juga semalam berkata berpuluh ribu kanak-kanak menghadapi risiko kesihatan kerana kekurangan makanan dan air bersih. -- AFP, AP.
cyberita

Thursday, March 24, 2011

Libya akan menang perang: Gaddafi





2011/03/24

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyatakan kesediaan Libya untuk berperang ketika pemimpin Barat menimbang langkah seterusnya pada hari kelima serangan tentera bersekutu terhadap negara yang kaya dengan minyak itu. 

“Kita akan menang peperangan ini,” kata Gaddafi kepada penyokong di perkarangan bangunan Bab Al-Aziziyah di Tripoli yang menjadi sasaran peluru berpandu tentera bersekutu.
Awal semalam, Cable News Network (CNN) melaporkan, serangan udara tentera bersekutu dilancarkan sepanjang malam di bandar Misrata, timur Tripoli.
Pemberontak berkata mereka menghadapi serangan bertalu-talu di bandar Misrata yang dikepung tentera Gaddafi sejak beberapa minggu lalu. Antara yang terbunuh empat kanak-kanak, kelmarin. 

Sementara itu, Presiden Barack Obama tiba di Washington selepas memendekkan lawatan ke Amerika Latin berkata beliau menjangka penjelasan terhadap struktur arahan operasi tentera bersekutu dalam tempoh beberapa hari akan datang. 

Obama berkata ada sedikit pengurangan operasi pesawat tentera udara Amerika berikutan sekutu Barat mahu mewujudkan zon larangan terbang yang diluluskan Pertubuhan Bangsa Bangsa-Bersatu (PBB) bertujuan melindungi rakyat Libya. 

Kelmarin, pertempuran berlaku antara askar setia Gaddafi dengan pemberontak, ada laporan menyebut pemimpin Libya itu mencari jalan untuk keluar dari konflik. – AFP
bharian