Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Sunnah Berbuka Puasa



1. Bilakah waktu berbuka ?

- Apabila tenggelam matahari (lihat perbahasan yang lalu, di bawah bab: D.Waktu berpuasa)

2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)

- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata:

[ كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591]

- Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

[ لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر ]

Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan

berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah r :

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

[ لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم ]

Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak

menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891]

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

- Dari Abu Hurairah, Nabi r bersabda :

[ لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون ]

Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan

berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. [HR Abu Daud : 2353]

3. Berbuka sebelum solat maghrib

- Dari Anas bin Malik :

[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356]

4. Dengan apa berbuka ?

- Dari Anas bin Malik :

[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud : 2356]

5. Apakah doa berbuka puasa ?

- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah r,

kerana Baginda r tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah r :

[ ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم ]

Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka,

imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. [HR At-Tirmidzi : 2526]

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi r ketika berbuka adalah :

[ ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شاء الله ]

Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357]

- Adapun doa :

[ اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت ]

Maksudnya : ” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi r). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi r. Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi r sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi r. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar, menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :

1. Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
2. Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’i
3. Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)

Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi r adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi r, maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah r.

6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi r bersabda :

[ من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746]

- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya: dari Miqdad, Nabi r bersabda :

[ اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني ]

Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].
 

Saturday, August 13, 2011

Rugi lepas peluang beramal bulan puasa

RAMADAN yang datang mengunjungi setiap tahun benar-benar terkesan apabila dapat memperbaharui semula iman dalam jiwa yang telah pudar dimamah detik selama sebelas bulan. Kemanisan iman semakin terasa apabila ibadat puasa dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kesungguhan.
Hasil kesungguhan inilah akan dapat menghapuskan dosa kesalahan kita yang lalu. Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan serta kesungguhan, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Ibadat puasa dilakukan dengan sempurna akan melahirkan kegembiraan, kekuatan dan seterusnya membina roh serta jiwa kuat dan jitu. Sabda Rasul SAW bermaksud: “Orang berpuasa akan menikmati dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu tuhannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan serta kesungguhan, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu. - Riwayat Bukhari
Doa dipersembahkan pada Ramadan akan diberi keutamaan oleh Allah SWT kerana kita berdoa dalam keadaan berpuasa. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ada kelebihan tersendiri di mana doa mereka akan terus diangkat kepada Rabbul Jalil.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Malam Ramadan akan menyaksikan ganjaran besar dari Allah SWT dengan solat didirikan serta pembebasan daripada api neraka. Diserikan pada setiap malam Ramadan dengan seruan: “Wahai pencinta kebaikan, majulah ke hadapan dan pencipta kejahatan silalah undur ke belakang.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Rasul SAW sentiasa berpesan kepada sahabat supaya memperbaharui taubat dan memperbanyakkan amalan kebajikan pada Ramadan. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Pada bulan ini adanya malam yang lebih baik daripada seribu bulan, malamnya disediakan pahala ibadat sunat yang sangat banyak, satu kebajikan akan digandakan sehingga 70 kali.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah).

Jika dilihat kepada apa dilakukan oleh Baginda SAW, jelas bahawa gandaan usaha dipertingkatkan khususnya pada Ramadan. Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi SAW adalah orang yang paling pemurah pada Ramadan.
Berdasarkan Ibnu Abbas, kita dapati ramai yang menganjurkan program berbuka puasa setiap hari dengan mengundang fakir dan miskin. Ini adalah suatu perkembangan sihat pada Ramadan.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan pada yang berpuasa akan mendapat ganjaran sama seperti mereka yang berpuasa.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Amalan bertambah dengan tilawah al-Quran bertepatan bulan yang diturunkan al-Quran sehingga Ramadan juga disebut bulan al-Quran.

Bagi mereka yang tidak menggunakan peluang ini dan berterusan melakukan dosa pada Ramadan, Nabi SAW menyebut dalam sabdanya bermaksud: “Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan kejahatan dan kemaksiatan pada Ramadan, maka Allah tidak memerlukan apa-apa daripada puasanya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pernah Baginda SAW menyebut ‘amin’ ketika naik mimbar pada satu Jumaat. Apabila ditanya Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya aku mendengar Jibrail menyebut: Amat rugilah mereka yang mendapat peluang Ramadan sedangkan dia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.”

Ramadan adalah peluang sekali dalam setahun untuk meraih keuntungan besar daripada tawaran diberikan Allah SWT.

Kata-kata hikmah menyebut: “Mereka yang paling rugi ialah orang yang melepaskan peluang terbaik mereka dan sesiapa yang terlepas satu peluang, dia akan mencipta angan-angan yang berpanjangan.”

Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) -bharian

Wednesday, August 10, 2011

Umat Islam di Sweden berpuasa lebih 18 jam

KAHERAH 9 Ogos - Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah.
Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.
Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.
"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.
Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.
Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.
"Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.
Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.
"Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.
Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu. - AGENSI, utusan