Showing posts with label Mohamad Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mohamad Sabu. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Mat Sabu: 'Arab Spring' mungkin berlaku jika PRU13 diseleweng

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

“Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya.

"... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang percaya 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Pandangan itu diberi susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Kata Musa, pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka untuk membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.

Tuesday, January 24, 2012

‘BN Menang, Malaysia bankrap’


ALOR SETAR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berulang kali melaungkan ‘BN Menang, Malaysia bankrap’ kepada hadirin di Konvesyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, Sabtu lalu, supaya dijadikan sebagai salah satu slogan yang akan dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya umum akan datang.
Sejajar dengan moto konvensyen “Bersihkan Malaysia”, Mohd Sabu menggesa seluruh rakyat bersiap sedia dengan seluruh kekuatan dan persiapan mentaliti yang teguh untuk menentang keangkuhan Umno-Bn yang selama ini menganggap parti itu sahaja yang mampu mentadbir negara ini.
“Dalam pemikiran rakyat hari ini, semua memikirkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Anwar Ibrahim tertangkap dalam fitnah liwat.
“Adakah Najib Razak? Muhyiddin Yassin? Jauh sekali Rosmah Mansor, kerana rata-rata rakyat inginkan Pakatan rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim memimpin negara,” katanya ketika berucap di konvensyen tersebut.
Dalam pada itu, beliau yang meminta Kerajaan Pusat membebaskan peranan media untulebih bersikap adil dan saksama, tidak ubah seperti ‘meminta sisik pada ikan keli’, tanda tidak ada penghujungnya.
Ini katanya menggambarkan kegelisahan dan ketakutan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Razak berdepan dengan kekua tan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita hadapi kekangan media yang bersikap tidak adil. Sedarkah kita, kita mengemukakan lapan tuntutan pilihan raya bersih dan adil (Bersih 2.0). Dalam semua tuntutan ini, tuntutan paling sukar dilaksanakan oleh pemerintah membebaskan media.
“Kita hanya ada satu pilihan iaitu menerusi media alternatif seperti Suara Keadilan, Harakah, termasuklah TV Selangor maka PAS, KeADILan dan DAP mesti memperkasakan media ini,”jelasnya.
Mohd Sabu berkata negara sedang mengalami situasi ke arah negara bankrap disebabkan pengurusan kewangan negara yang boros dan salah peranca ngan pengurusan.
Beliau di akhir ucapan turut memberikan slogan baru “BN Menang Malaysia Bankrap” dan meminta seluruh perwakilan berdiri dan melaungkannya.

‘BN Menang, Malaysia bankrap’:

Wednesday, August 31, 2011

Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno


BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah.
Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM).
Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah.
"Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah," jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif.
Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem 'Bukit Kepong' arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai.
Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah. 
Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British.
Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium.
"Contohnya pandangan Imam Khomeini sendiri jelas tentang Komunis. Semasa hayatnya dia sendiri mengatakan blok komunis bakal tinggal kenangan dalam muzium. Hari ini benar-benar berlaku," katanya.
Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato' Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja.
Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara.
"Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah," tegasnya.harakahdaily