Friday, May 10, 2013

SMS fitnah: Salahudin minta penjelasan Celcom



Anis Nazri, 10 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa syarikat telekomunikasi, Celcom memberi penjelasan berhubung penggunaan nombor telefon beliau oleh pihak tertentu yang menyebarkan sms berbaur perkauman.

Tambah Salahuddin, beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa bukan calang-calang orang yang boleh melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya gesa Celcom untuk memberi penjelasan bagaimana nombor saya boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan sms berbaur perkauman, kelmarin, sedangkan ia bukan daripada saya," kata beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sehubungan itu, Salahuddin turut membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu, tengah malam tadi sejurus beliau selesai berceramah di Kota Bharu.

Beliau turut dipanggil untuk memberikan keterangan kira-kira setengah jam oleh pihak polis pagi tadi, dan dalam masa sama menggesa polis segera membuat siasatan berhubung kes itu.

Kelmarin, Salahuddin menerima sms dari beberapa nombor yang memarahi beliau ekoran kononnya beliau menyebarkan sms berbaur hasutan dan perkauman melalui nombor telefon bimbitnya.

Sms itu berbunyi 'cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal. Chinese are not the king maker. Sekarang masa melayu bersatu untuk ajar cina, sebarkan.'

Bagaimanapun Salahuddin menafikan sms itu dihantar oleh pihaknya dan meminta Celcom untuk menghentikan khidmat panggilan keluar dari telefon bimbitnya buat sementara waktu.

Selain Salahuddin, turut menjadi mangsa ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan menyebar mesej "mampus melayu...hidup cina.."

Beliau dikatakan akan membuat laporan polis berhubung kes itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19150-sms-fitnah-salahudin-minta-penjelasan-celcom#.UYz6m0p1F8F

Pelik, pelik betul terutama orang Melayu di Malaysia ni

NGO dan Mahasiswa Hantar ‘Keranda’ Untuk Pengerusi SPR

PUTRAJAYA 10 MEI : Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan mahasiswa mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof agar meletakkan jawatan segera.
Ia berhubung pelbagai dakwaan kegagalan suruhanjaya itu dalam mengendalikan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) lepas dengan telus dan adil.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, pada 18 Mei ini satu himpunan lebih besar rakyat membantah penipuan SPR akan diadakan dalam masa terdekat yang akan diumumkan kemudian.
“Kami menuntut dengan jelas untuk dikembalikan semula sistem demokrasi, dengan kebangkitan rakyat hari ini kamu tidak berjaya melenyapkan suara kami,
“Wahai anak muda kekalahan dan kemenangan itu tidak terletak hanya di atas kertas undi, kekalahan adalah apabila kita terus berdiam diri, percayalah apabila kita terus bangkit kemenangan berada di pihak kita dengan negara ini perlu diselamatkan,” kata Badrul Hisham.

Desakan itu dilakukan kira-kira 50 orang daripada pelbagai NGO dan mahasiswa di hadapan Bangunan SPR di sini dengan kebanyakkan mereka memakai baju hitam simbol matinya demokrasi di negara ini.
Mereka turut membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis ‘PRU 13 adalah yang paling kotor’ mereka turut melaungkan ‘Tukar SPR’ dan ‘Anak Muda Mahukan Keadilan’.
Turut kelihatan juga ialah kira-kira lebih 20 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang semasa ucapannya berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk Abdul Aziz memberikan respon terhadap tuntutan mereka.
“Kami sebagai badan bebas dan juga pemerhati politik merasa kecewa dengan unsur – unsur penipuan yang berlaku sebab itu kita berjumpa dengan SPR untuk mendapatkan penjelasan apa sebenar yang berlaku.
“SPR tidak wajar bersikap bias, kita menolak sebarang unsur penipuan yang berlaku,” kata Safwan.

UMNO MENPERMAINKAN SUMPAH

DATO' SERI DR.ANWAR IBAHIM.

DATO' SERI DR.ANWAR IBAHIM.
' DALAM BEBERAPA MINGGU AKAN DATANG KAMI AKAN MEMBANTANGKAN BUKTI KEPADA ORANG RAMAI BAHAWA PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK MEMENANGI PILIHAN RAYA INI MELALUI ' PENIPUAN DAN PENYELEWANGAN.' KATA ANWAR IBRAHIM-Malaysiakini.

‘Silent Walk’

KOTA KINABALU: Young civil rights activist Jan Chow, said ‘harassment’ by the police over her involvement in the ‘Silent Walk’ protest against alleged election fraud in the country, would not deter her from continuing with her activities. 

Masjid

 Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Masjid ,
Sekiranya diletakkan orang yang ahli dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran masjid, Insyallah masjid akan berkembang.

1- Duit kutipan tabung masjid, ada sesetengah masjid yang mencecah RM250,000 setahun.

2- Duit itu boleh dilaburkan semula dengan pembelian aset seperti rumah, tanah hasil, melabur dalam pelaburan patuh syariah dan pembiayaan untuk projek yang memberi pelaburan menguntungkan.

3- Kebiasaannya duit kutipan digunakan untuk membayar bil bil utiliti, derma khairat , pengurusan masjid, kematian, bulan puasa dan sebagainya.

******************************
4- Dengan sumber kewangan tersebut, pelbagai perkara boleh dilaksanakan untuk membantu anak khariah, contoh di (kedah).
Kedah merupakan kawasan tanaman Padi.

A- Duit digunakan untuk membeli mesin padi, dan mesin padi itu digunakan untuk tuai hasil padi dengan kos sewa paling minimum. Beli kubota, beli lorry ka. Atas harta masjid.

B - Duit itu boleh dgunakan untuk beli tanah komersial, atau dibeli lot-lot kedai komersial untuk sewaan semula agar duit masjid berkembang.

C - Duit itu digunakan untuk membeli ternakan fidlot seperti lembu, kambing, ayam dan dijual semula kepada anak khariah dengan untung minimum.

******************************

Saya yakin, pasti progam program seperti yang saya nyatakan di atas ada dalam perancangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, mungkin kekangan seperti penglibatan anak khariah yang dari puak-puak tua sahaja, masalah masalah yang membantut usaha di atas dilakukan.

Sekiranya ada pemilihan jawatankuasa masjid, sila lantik golongan professional untuk sama-sama memperkukuhkan sayap gerakan masjid. 

Insyaallah, sama-sama berusaha.

* Bersepah aih budak U anak khariah yang menganggur. Suruh jaga lembu hak masjid pun boleh aih. Yang perempuan, jaga perusahaan kuih ka, batik ka yang milik masjid.

PENTING ! SILA BACA !

* Sekiranya anda Tok Imam, atau ada hubungan dengan jawatankuasa Masjid, harap dapat usulkan cadangan saya ini kepada jawatankuasa masjid.

* Sekiranya anda ada pangkat dan jawatan dalam Jabatan Hal Ehwal Islam, sila usulkan cadangan saya ini sekiranya belum ada dalam perancangan.

* Sekiranya, anda mampu melaksanakan usul saya ini, mohon gunakan tenaga anda untuk laksanakan. In Sya ALLAH, ada balasannya di timbangan.

******************************

Ahli jawatankuasa masjid pun terdiri dari geng Vespa,Lambretta sahaja, geng seluar ketat kaki bawah buka luaih..

Kita perlukan geng-geng 125Z, geng Evo10, geng Iphone5,
baru ada perubahan.


- Anak pelajar yang 12 A lazimnya tiada seorang pun bercita-cita nak jadi Tok Imam masjid...Ini bukan salah saya, ini bukan salah anda, ini bukan salah masyarakat.
Tepuk dada, tanya dunia.


Guruh Petir

:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.


Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
qaryah ramadhan dibina..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang SULTAN dan RAJA sebuah negeri di Malaysia? 

YANG BERKOPIAH dan sekadar BERBAJU MELAYU serta BERKAIN PELIKAT itu adalah SULTAN MUHAMMAD V, "Sultan negeri Kelantan Darul Naim". Di sebelahnya yang BERJUBAH PUTIH dan BERKOPIAH adalah MENTERI BESAR negerinya. 

Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan Darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM. 

Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!

Hadiah dari BN untuk rakyat Johor

Tok berehat sekejap....ramai tukang picit...

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar


Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:


1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tengok. (jatuh kapir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tengok. (jatuh kapir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

- abg min

Tolong SHAREEE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain.

Ini kerja haprak Dr Mahathir

Ku sangka arab lalu ku berbahasa arab. Tapi uncle ni jawab : " saya warga negara!!!". Asal Pakistan, kerja jual carpet tapi dapat IC masa di Sandakan. Layak mengundi didun Sura. Ini kerja haprak Dr Mahathir

orang kuat mca mengambil keputusan meninggalkan barisan nasional bersama tujuh ahli parleman yang dimenangi .

orang kuat mca mengambil keputusan meninggalkan barisan nasional bersama tujuh ahli parleman yang dimenangi ..tekanan bertalu talu dari bangsa cina yang tidak menyukai najib soi lek mengambil jalan selamat...berita lanjut menyusul.....kejutan besar barisan nasional semasa bentuk kerajaan nanti...najib tidak popular...

Dua bersaudara....dua ulama kebanggaan malaysia...

Desas Desus IGP Ismail Omar bakal Didesak UMNO Meletak Jawatan.

 Desas Desus IGP Ismail Omar bakal Didesak UMNO Meletak Jawatan.. dan dia bakal digantikan Tim IGP Khalid Bakar yg Pro UMNO dalam PDRM.. ini Adalah Kerana UMNO Mahu Membuat Persediaan Operasi dan Tangkapan Besar Besaran Pemimpin PR !! Apakah Pihak Polis Sendiri Menyedari Penipuan Terbesar Pilihanraya..

Apakah Mahathir kini akan Memaksa Najib untuk memulakan Operasi Lalang.. Dan Mereka Memerlukan Ketua Polis yg Baru untuk diperkudakan! Ape pun Polis Sejak Akhir Akhir ini Menyedari Sandiwara di Lahad Datu dan Penipuan Terbesar Pilihanraya..

Ape pun..Lagi Kuat UMNO Tekan Rakyat..!! Lagi Cepat Kejatuhan UMNO..

PEYOKONG MCA BANTAH TINDAKAN UMNO MERAMPAS KERUSI MCA

 PEYOKONG MCA BANTAH TINDAKAN UMNO MERAMPAS KERUSI MCA SEWENANG-WENANGNYA. BANTAHAN DJANGKAKAN SEMAKIN HANGAT MENJELANG PENGUMUMAN CALON OLEH NAJIB HARI SELASA NI (16 APRIL 2013).

MCA dah bersuara.. UMNO diam membisu.. Sepakat lah sangat eh? Kenapa x keluar berita kat TV? Kalau boleh TV3suku interview le sekali dan tayangkan pada umum.. Maklum la, pengundi BN nak gak tau apa cerita sebenar...

Ni baru kat Serdang, belum Johor lagik.. Bila dah diambang kejatuhan, macam2 yg UMNO buat sampai kawan sebantal sendiri mengamuk! Kah kah kaaaaaaaaaaaaaahh!!

Yang Mengeluh Susah Itu Kebanyakkan Orang Melayu.... Yang Mengundi UMNO Itu Kebanyakkan Orang Melayu....

‘Saya tidak terlibat’



Foto
NOR Amalina menunjukkan ruangan Facebook yang menggunakan gambarnya.
Foto
NOR Amalina menjadi mangsa ‘cybertrooper’ dari negara jiran yang memalsukan akaun laman Facebook (FB)nya untuk mencerca bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Oleh Nurul Huda Kosnon
Kuala Lumpur: Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan bunuh orang ramai apabila fotonya dipercayai digunakan ‘cybertrooper’ dari negara jiran yang memalsukan akaun laman Facebook (FB) mencerca bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di hospital di Pulau Pinang seterusnya membangkitkan kemarahan orang ramai.

Foto Nor Amalina Nawi, 24, bersama temannya dimuat naik pada 13 Ogos 2012 dan dijadikan foto paparan utama FB didaftarkan dengan nama Lynn Rosmizan yang mencerca Azizan dengan kata-kata kesat selain banyak memaparkan bahan tulisan, foto dan video mengutuk pemimpin dan parti pembangkang dipercayai bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat dan melaga-lagakan penyokong kerajaan dan pembangkang.


Terdapat dua laman FB disyaki palsu menggunakan nama Lynn Rosmizan dengan kedua-duanya menggunakan foto Nor Amalina sebagai gambar profil didaftarkan di Singapura iaitu di Pasir Ris dan Woodlands pada Ogos dan Disember lalu.

Bagaimanapun, cubaan mengakses laman FB Lynn Rosmizan yang didaftarkan di Pasir Ris itu malam tadi gagal selepas dipercayai sudah dipadamkan pemiliknya. Sebuah lagi akaun FB Lynn Rosmizan yang tidak membicarakan hal politik dan didaftar di Woodlands pada 13 Disember 2012 masih wujud.



Nor Amalina berkata, dia dimaklumkan rakannya, kelmarin melalui satu pesanan ringkas memberitahu namanya kini sedang hangat diperkatakan di laman FB itu.


“Saya terus membuka Facebook dinyatakan dan terkejut gambar digunakan itu adalah saya bersama kawan lelaki saya, tapi ia menggunakan nama individu lain.

“Facebook itu menerima kecaman hebat daripada lebih 700 pengguna (kini lebih 1,000 komentar) yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan mengugut mahu membunuh sekiranya dapat mengesan saya,” katanya.

7 disyaki pengganas mati ditembak



Jakarta: Polis Indonesia menembak mati tujuh suspek pengganas dalam serbuan sejak dua hari lalu.

Ada di kalangan mereka turut didakwa terbabit dengan komplot untuk mengebom kedutaan Myanmar, kata pihak berkuasa semalam.
Tiga belas suspek ditahan hidup-hidup ketika unit elit polis menyerbu beberapa rumah di pulau Jawa, dalam operasi anti-keganasan terbesar di Indonesia sejak beberapa bulan lalu.

Selain menyiasat kaitan dengan komplot mengebom kedutaan selepas kemarahan memuncak di Indonesia berikutan keganasan anti-Islam di Myanmar, polis menyasarkan pengumpul dana mereka di Poso, Sulawesi Tengah.

Dalam serbuan terbaru, polis menembak mati tiga suspek di sebuah rumah sewa di daerah Kebumen, Jawa Tengah dan menahan empat lain pagi semalam selepas 15 jam berbalas tembakan, kata jurucakap polis, Boy Rafli Amar.

Mereka menentang dan membalas tembakan, katanya kepada media sambil menambah lelaki terbabit disyaki terbabit dalam rompakan bagi membiayai kumpulan militan digelar Mujahidin Indonesia Timur (MIT).

Bom paip, bom tangan dan pistol dirampas dari kediaman itu, kata ketua polis tempatan, Heru Prisasono.
Amar berkata, polis juga menyiasat jika mereka dikaitkan dengan satu komplot yang dibongkar minggu lalu untuk mengebom kedutaan Myanmar.

Lelaki ditembak mati

Kelmarin, polis menembak tiga lelaki disyaki terbabit dalam komplot Myanmar yang berkurung di sebuah rumah di Bandung, Jawa Barat. Pembunuhan itu diikuti pertempuran tujuh jam apabila lelaki terbabit membaling bom buatan ke arah polis.

Dalam satu serbuan berasingan pada hari sama, polis di daerah Batang, Jawa Tengah, menembak mati seorang lelaki dan menahan suspek kedua yang merompak kedai barang kemas untuk membiayai aktiviti pengganas. Polis melakukan kira-kira 10 serbuan di seluruh Jawa.

Menurut sumber, lelaki terbabit dilaporkan menganggotai rangkaian pengganas bertanggungjawab mengimport senjata dari Filipina dan bekerja dengan seorang pengganas, Abu Omar.

Mereka berjaya kumpul 1.8 bilion rupiah (RM549,000) hasil rompakan selain terbabit dalam kebakaran di Pasar Glodok di Jakarta, katanya.

Operasi anti-keganasan itu dilakukan selepas polis minggu lalu menahan dua lelaki disyaki merancang mengebom kedutaan Myanmar di sini.

Myanmar dilanda keganasan antara penganut agama sejak beberapa bulan lalu yang menyebabkan ramai majoriti penduduk Islam maut dan kehilangan tempat tinggal.
AFP/AGENSI

Menghasut: Polis mungkin panggil Anwar - Ketua Polis Negara


KUALA TERENGGANU 10 Mei - Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung tindakan pemimpin pembangkang itu yang dipercayai menyampaikan ceramah berbaur hasutan dalam perhimpunan di Kelana Jaya, Selangor kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya tindakan Anwar menyertai himpunan itu dikhuatiri boleh mengancam perpaduan dan keselamatan negara, ketua pembangkang itu perlu dipanggil untuk membantu siasatan.
Beliau seterusnya menegaskan, polis tidak akan teragak-agak bertindak termasuk memanggil sesiapa saja atau mana-mana individu yang dikesan dapat membantu siasatan.
"Sesiapa juga yang kita percaya boleh bantu siasatan, kita akan panggil, tak kira siapa," katanya kepada pemberita selepas melawat Supritendan Ghazali Daud di Hospital Pakar Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130510/dn_17/Menghasut-Polis-mungkin-panggil-Anwar---Ketua-Polis-Negara#ixzz2SsYhbvQP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sebelum dan Selepas " BLACKOUT 505"

Sebelum "BLACKOUT 505"
Selepas " BLACKOUT 505"

ADA BERANI???

Jihad politik lebih afdal....

LAAA..RUPA2NYA PEMIMPIN DAN PENYOKONG2NYA SAMA2 PENING..

mamak bendahara berkata....

DARI UTARA,SELATAN, TIMUR DAN BARAT RATUSAN RIBU RAKYAT DATANG ....


RABU 
8 MEI 2013 @ 9.00MLM (DUA HARI SAHAJA SELEPAS PTU 13)

STADIUM KELANA JAYA

DARI UTARA,SELATAN, TIMUR DAN BARAT
RATUSAN RIBU RAKYAT DATANG
BUKAN UNTUK MENERIMA BR1M


MEREKA HADIR DENGAN RELA
MENCIPTA GELOMBANG KEBANGKITAN
DALAM SATU WADAH PERPADUAN
TANPA PEDULI RAS DAN KASTA
TANPA MENGIRA APA BANGSA DAN FAHAMAN UGAMA

MEMBAWA SATU TEKAD YANG JITU
UNTUK MENGHANCURKAN KETIDAKADILAN
MENENTANG RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA
MENZAHIRKAN KEBENCIAN KEPADA PENGAMALAN KRONISMA
DAN PENYELEWENGAN DANA RAKYAT
YANG BERLELUASA BERLAKU DI HADAPAN MATA KEPALA MEREKA.

MAKA BERSUARALAH MACAI..."KALAU TAK SUKA..MASAK PAKAI KAYU API JE LA.."...HIKHIKHIK....

rahim nafi bawa masuk bangla...

lu pikiaqla sendiri!....

jemput minum dulu....

MENGAPALAH SAMPAI JADI BEGINI?



Setelah sekian lama mengikuti perkembangan kisah ini, akhirnya saya rasa kena jugak dimasukkan di Page ini sebagai rekod. Ia juga peringatan untuk saya dan kita semua.

http://www.facebook.com/adlinbinti.abdjalil


Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.

MELAYU ITU


Karya: Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat, Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran".

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.


Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.

Kami rakyat Malaysia membantah/ menolak keputusan PRU13!!!


Kami rakyat Malaysia membantah/ menolak keputusan PRU13!!! Banyak bukti penipuan!!! Kami mahu pilihanraya semula!!! Foto:http://kerabubersuara.blogspot.com/2013/04/terkini-gambar-dan-video-tg-nik-aziz.html

bangla blackout....

yang patut mereka pikir, mereka tidak pikir, yang tak patut mereka pikir, itu pula yang mereka terhegeh hegeh...
1)ada blackout tanda umno menipu, akur sudah...
2)pengundi bangla terbukti wujud, jangan tanya berapa banyak...

pm satu bangla...
umno umno...

turun jangan tak turun.....

LEDAKAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT AKAN MENGADAKAN HIMPUNAN TERBESAR DINEGERI PAKATAN RAKYAT..PADA SABTU MALAM BESOK PERHIMPUNAN PROTES PRU 13 YANG TIDAK DIIKTIRAF OLEH PAKATAN AKAN DIADAKAN DI NEGERI PULAU PINGAN JAM 8.30 MALAM ...DISERTAI PEMBEWRITA LUAR NEGARA LIPUTAN DARI ALJAZERA .CNN REUTER.DAN BANYAK LAGI....BERAMAI RAMAI DATANG AMANAT DARI PEMIPIN PAKATAN RAKYAT....SABTU MALAM BESOK...MALAM BESOK..

padan muka hangpa

utusan meloya juga yang disuruh baca....

Terima Kasih kepada Pengundi2 BN.......

cuba larikan peti undi...

Sinar Harian melaporkan kelancaran perjalanan undi di Kelantan dicemari tindakan sekumpulan penyokong parti politik yang cuba melarikan peti undi ketika perjalanan ke pusat penjumlahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/2-direman-larikan-peti-undi-1.158696

makan gaji haram...

KETUA POLIS NEGARA NAK LETAK JAWATAN?

Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
BERITA PANAS!! KETUA POLIS NEGARA NAK LETAK JAWATAN..sumber dari Bukit Aman baru tadi pastikan KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR memberikan surat letak jawatan selepas desakan teruk dari pihak BN/UMNO yang mendesak beliau untuk tahan 28 penceramah kebangkitan rakyat #blackout. Beliau rasa bersalah selepas beliau sendiri tidak puas hati dengan cara cara penipuan SPR bersama BN/UMNO. Insiden ini sedang menjadikan Bukit Aman huru hara..kita tunggu berita selanjutnya..

#BNPENIPU, #BLACKOUT505

dulu dan kini

dulu dan kini

Cenderung cari pasangan dalam Internet



Singapura: Golongan bujang cenderung untuk mengenali bakal pasangan masing-masing di Internet sebelum bertemu secara bersemuka, menurut kaji selidik terhadap tabiat berpacaran dilakukan agensi mencari jodoh yang utama di Asia, Lunch Actually.

Penggunaan meluas media sosial dan kelajuan pantas jalur lebar mengubah cara orang bujang mencari cinta dengan 51 peratus di Singapura cuba mencari jodoh di Internet dan lebih 70 peratus menjejaki pasangan masing-masing secara digital.


Perkara ini diumumkan dalam persidangan media di mana Lunch Actually berkongsi angka berkenaan daripada kaji selidik mencari jodoh dwitahunan mereka.

Kaji selidik terhadap lebih 1,900 orang di tiga negara iaitu Hong Kong, Singapura dan Malaysia dijalankan pada Januari lalu. - AP

Tiga lagi suspek pengeboman Kedutaan Myanmar ditembak mati



JAKARTA 9 Mei - Polis Indonesia hari ini menembak mati tiga lagi suspek pengganas dalam beberapa serbuan, termasuk mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pengeboman di kedutaan Myanmar di negara ini.
Jurucakap polis, Boy Rafli Amar berkata, ketiga-tiga suspek itu ditembak mati ketika polis menyerbu sebuah rumah di daerah Kebumen di Jawa tengah, manakala empat lagi ditahan pada awal pagi ini.
"Sejak semalam, polis sudah menembak mati tujuh suspek pengganas dan ini merupakan operasi membanteras keganasan terbesar yang dilakukan Indonesia sejak beberapa bulan lalu,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_10/Tiga-lagi-suspek-pengeboman-Kedutaan-Myanmar-ditembak-mati#ixzz2SpwbDjio
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selatan Thailand masih terus bergolak



Pasukan pemusnah bom Thailand memeriksa kawasan letupan di tepi jalan yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan di Yala, kelmarin. - AFP
YALA 9 Mei - Empat anggota polis dan dua penduduk awam cedera dalam satu insiden letupan bom di tepi jalan di Ban Niang-Yaha di daerah Muang, pada awal pagi ini.
Menurut polis, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Letupan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan.
Di Pattani, satu letupan berlaku di belakang sebuah tadika di daerah Yaring.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Menurut polis, letupan itu berlaku pada pukul 7.30 pagi ini selepas pasukan polis peronda melintasi kawasan tadika tersebut.
Polis percaya bom itu diletakkan pada sebatang pokok di kawasan belakang tadika tersebut.
Satu laporan menyebut Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bakal mengadakan mesyuarat tergempar berhubung situasi yang bergolak di selatan Thailand. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130510/lu_03/Selatan-Thailand-masih-terus-bergolak#ixzz2Spvi3qiV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mahkamah nasihat Jimmy, Nursuhaila damai



SHAH ALAM 9 Mei - Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley serta bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy dinasihatkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini supaya tidak memanjangkan isu anak demi kebajikan anak perempuan tunggal mereka, Zahra Rania.
Hakim Syarie, Mawardi Che Man yang mendengar permohonan bekas isteri Jimmy, Nursuhaila untuk mengantung perintah berhubung hak bermalam yang diberikan oleh mahkamah kepada Jimmy menasihati agar kedua-dua pihak tidak membuatkan perkara mudah menjadi rumit.
“Isu bermalam ini tiada pemberat, jika saya menggantung perkara yang tidak sahih akan menjadikan perintah asal tergantung.
“Saya menasihatkan lebih baik perintah mahkamah itu dipinda daripada digantung kerana ia akan mencacatkan perintah asal," kata beliau.
Mawardi juga mencadangkan sekiranya Nursuhaila ingin menggantung perintah, adalah lebih baik menggantung kesemua perintah bagi mengelakkan kelompongan dan ketidakadilan dalam undang-undang.
Beliau turut berharap agar mana-mana pihak tidak menggunakan undang-undang untuk kepentingan diri sendiri.
Pada 8 April lalu, mahkamah tersebut memberikan hak jagaan penuh Zahra Rania yang kini berusia setahun 10 bulan kepada Nursuhaila, 27, sementara Jimmy, 33, diberikan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya selama tiga hari setiap minggu iaitu Selasa, Rabu dan Khamis.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh turut dibenarkan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bersama Zahra Rania bermula tahun ini secara bergilir-gilir dengan Nursuhaila.
Terdahulu, peguam syarie, Sa‘adiah Din yang mewakili Nursuhaila menyatakan, pihaknya memfailkan permohonan penggantungan perintah tersebut pada 19 April lalu.
Tambahnya, hanya sebahagian perintah mahkamah yang ingin digantung iaitu hak bermalam dan yang selebihnya masih berjalan seperti biasa.
Mawardi kemudian memerintahkan kedua-dua pihak mengikut perintah yang telah diberikan dalam kes hadanah pada 8 April lalu sehingga kes pindaan itu didengar.
Beliau turut menetapkan 13 Mei ini untuk pihak pemohon memasukkan pindaan manakala 27 Mei dan 3 Jun masing-masing ditetapkan untuk kedua-dua pihak memasukkan afidavit jawapan dan afidavit balas.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Nursuhaila berkata, dia tiada niat untuk mengingkari perintah mahkamah dengan sengaja.
Menurutnya, dia tidak bermaksud menghalang Jimmy untuk melawat dan bersama anak mereka namun demi kebajikan anaknya yang masih bayi, dia membuat permohonan untuk hak bermalam ditangguhkan sehingga anaknya boleh mengurus diri sendiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130510/ma_02/Mahkamah-nasihat-Jimmy-Nursuhaila-damai#ixzz2SpvWIlnt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kereta peronda sport milik polis Dubai dipamer



BEBERAPA orang wanita melihat kereta Aston Martin One-77 yang akan digunakan polis Dubai di Pasar Perdagangan Arab, Dubai semalam.


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu - Tiga buah kereta sport milik polis di bandar raya ini dipamerkan kepada orang ramai di Pasar Perdagangan Arab di sini semalam.
Ketiga-tiga kereta yang dipamerkan itu ialah Lamborghini Aventador, Bentley Continental GT dan Aston Martin One-77.
Polis Dubai akan menggunakan kereta tersebut semasa membuat rondaan di beberapa buah kawasan di bandar raya ini.
Kereta sport Lamborhini Aventador buatan syarikat Automobili Lamborghini S.p.A di Itali itu boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam (km/j).
Ia berharga lebih AS$394,000 (RM1.17 juta).
Kelajuan maksimum yang dicatatkan kereta Bentley Continental GT yang dikeluarkan di kilang kenderaan itu di Crewe, England ialah 318 km/j.
Ia dijual pada harga permulaan AS$176,725 (RM525,580).
Kereta sport Aston Martin itu yang dikeluarkan dari kilang Gaydon, Warwickshire, United Kingdom boleh mencecah kelajuan 320 km/j.
Ia dianggarkan berharga AS$1.78 juta (RM5.29 juta). - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2SprbKHfw 
Hakcipta terpelihara