Showing posts with label dron. Show all posts
Showing posts with label dron. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Serangan dron AS diperluas ke Afrika




         
WASHINGTON: Akhbar Washington Post semalam melaporkan, Rumah Putih mungkin meluaskan kempen serangan pesawat tanpa juruterbang terhadap al-Qaeda bagi mensasarkan pangkalan kumpulan itu di utara Afrika.

Jurucakap Majlis Keselamatan Presiden Barack Obama bagaimanapun enggan mengesahkan butir perbincangan mengenai hal itu.


Akhbar berkenaan berkata, perbincangan itu membabitkan pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA), Jabatan Negara dan Pentagon.

Jurucakap majlis itu, Tommy Vietor berkata: “Presiden (Barack Obama) sudah menjelaskan pendiriannya untuk memusnahkan rangkaian al-Qaeda. Kami berusaha melaksanakan matlamat itu setiap hari.” - AFP

Tuesday, October 2, 2012

3 militan terbunuh diserang dron tentera Amerika


       
MIRANSHAH (Pakistan): Sebuah dron Amerika Syarikat (AS) menyerang sebuah kenderaan dan membunuh sekurang-kurangnya tiga militan di bandar sempadan Pakistan - Afghanistan di Khaider Khel, Mir Ali, semalam.

Jurucakap pasukan keselamatan berkata, pesawat tanpa juruterbang itu melepaskan empat misil ke kenderaan terbabit. “Beberapa dron lain turut terbang di kawasan berkenaan ketika kejadian,” katanya. Sumber lain berkata, identiti mangsa serangan itu belum diketahui. Rangkaian kumpulan Haqqani - yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda - pernah dipersalahkan atas beberapa serangan maut di Waziristan Utara. Sejak sekian lama, Washington menuntut Pakistan bertindak ke atas kumpulan itu yang dituduh Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab menyerang kedutaan mereka di Kabul September tahun lalu. Haqqani dianggap bertindak sebagai “sayap bersenjata” agensi perisikan Pakistan.


Sebagai reaksi, Islamabad menuntut Kabul dan tentera AS berusaha lebih kuat menghalang Taliban negara itu menyeberang pasukan keselamatan Pakistan dari Afghanistan.

Serangan dron AS meningkat ketara di Pakistan sejak Mei lalu apabila Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Chicago gagal mencapai persetujuan menamatkan sekatan ke atas konvoi pengangkut bekalan untuk tentera pakatan itu di Afghanistan. - AFP

Negara pengganas


Moscow: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menganggap Israel negara pengganas kerana menyerang wilayah Syria pada 29 Januari lalu.

“Seperti pernah saya katakan dulu dan hari ini saya nyatakan sekali lagi - Israel negara berminda pengganas.


“Apa dan di mana keganasan yang mereka lakukan tidak penting,” katanya dipetik stesen televisyen al-Jazeera, semalam. Kenyataan Recep itu mengecam pendirian Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak yang berdalih kononnya serangan udara itu hasil pertemuan peringkat tinggi diplomat di Munich, Jerman. Kata Recep, tindakan Israel itu seolah-olah kemarahan anak manja yang meradang apabila keinginannya tidak dipenuhi. Pegawai Amerika Syarikat mengakui, serangan Israel itu disasarkan ke kompleks tentera yang menempatkan peluru berpandu.

Tel Aviv bimbang peluru berpandu berkenaan dihantar kepada kumpulan Hizbullah. Laporan terdahulu juga membayangkan, jet tentera Israel menyasarkan dua lokasi berasingan dalam serangan berkenaan. - Agensi

Thursday, September 27, 2012

Iran pamer dron jarak jauh




         
TEHERAN: Pengawal Revolusi Iran semalam mempamerkan pesawat tanpa juruterbang jarak jauh buatan tempatan.

Televisyen Iran melaporkan, dron berkenaan boleh menjejaki kebanyakan negara di Asia Barat, termasuk musuh ketatnya, Israel.
Pesawat itu yang dinamakan Shahed 129 mempunyai kemampuan terbang sejauh 2,000 kilometer dan berupaya membawa bom dan peluru berpandu, kata laporan itu.

Ia bagaimanapun tidak memberi butir lanjut mengenainya.




Israel mengancam untuk bertindak terhadap loji nuklear Iran, meningkatkan spekulasi mengenai serangan tentera sebelum pilihanraya Presiden Amerika Syarikat November depan.


Rejim Zionis itu mengkritik pendirian Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang mahukan sekatan antarabangsa ke atas Iran dan usaha diplomatik diberi masa bagi menyekat Iran daripada memperoleh senjata nuklear.

Iran menolak dakwaan ia berusaha menghasilkan senjata atom menerusi program nuklearnya, sebaliknya berkata, program itu bertujuan untuk menjana bekalan elektrik.

Ketua Cawangan Angkasa Lepas Pengawal Revolusi, Amir Ali Hajizadeh dipetik sebagai berkata Ahad lalu, Iran mungkin melancarkan serangan ke atas Israel sekiranya negara Yahudi itu bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atasnya.

Bercakap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York kelmarin, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, berkata, Israel tidak mempunyai asas di Asia Barat dan perlu ‘dihapuskan.’ - Reuters