Tuesday, July 16, 2013

Lebih bertenaga lepas hisap darah


Pittsburg: Ramai pasangan yang mempunyai tradisi mingguan, tetapi kebanyakannya tidak seaneh yang dikongsi oleh Lia Benninghoff dan Aro Draven.

Mereka yang menjalani kehidupan seperti pontianak, meminum darah masing-masing seminggu sekali.

Lia, 20, bertemu Draven, 38, di laman web mencari jodoh Februari lalu. Kedua-duanya sukakan gaya kehidupan ‘gothic’ dan Draven mahukan hubungan yang lebih intim.

“Apabila dia menjelaskan bahawa perkongsian darah akan menjadikan kami lebih rapat, saya meminta dia untuk mencuba menghisap darah saya,” kata Lia.
Foto
DRAVEN hiris tangan dengan pisau cukur agar darah dapat dihisap Lia.


Foto
LIA (kiri) dan Draven minum darah masing-masing.

“Draven menghiris anggota tubuhnya dengan pisau cukur dan menawarkan saya darahnya. Saya kemudian menghiris anggota tubuh saya dan dia menghisap darah saya.


“Saya merasakan lebih bertenaga apabila darahnya meresapi tubuh saya. Ia pengalaman magis lebih intim daripada seks.”

Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada hari Halloween depan.

Tetapi, mereka belum memberitahu ibu bapa Lia bahawa mereka sudah bertukar menjadi pontianak.

“Ibu bapa saya sangat gembira dengan hubungan saya bersama Draven, tetapi mereka tidak tahu kami pontianak dan Draven yang mengubah saya,” katanya.

Bagaimanapun, bukan mereka saja yang menjalani kehidupan seperti itu.

Julia Caples, 45, juga adalah pontianak dari Wilkes, Barre, Pennsylvania yang menghisap hampir dua liter darah setiap bulan.

Dia menghisap darah penderma yang ditemuinya ketika sesi perjumpaan ghaib atau pengunjung kedai pelik yang dibukanya dekat kediamannya.

“Ketika saya berikan darah untuk dihisap dan turut menghisap darah mereka, saya rasa lebih kuat dan lebih sihat,” katanya.

“Secara santifik, tiada khasiat yang banyak dalam darah, tetapi mungkin terdapat beberapa nilai berharga yang kita belum temui lagi.” - Agensi

Bekas ketua Parti Islam dipenjara 90 tahun


Dhaka: Bekas ketua parti Islam Bangladesh dihukum penjara 90 tahun semalam atas “kesalahan kemanusiaan” ketika negara itu berperang mendapatkan kemerdekaan pada 1971.

Satu tribunal dianggotai tiga hakim mengumumkan keputusan itu dalam mahkamah di Dhaka.


Menurut panel hakim, Ghulam Azam yang pernah mengetuai Jamaat-e-Islami berhak mendapat hukuman mati, tetapi dipenjara atas faktor usia.

Azam, 91, berada dalam kandang tertuduh ketika penghakiman dibacakan manakala penunjuk perasaan berkumpul di luar menuntut dia dihukum.


Pihak pendakwa dan peguam bela berkata, mereka akan membuat rayuan. Azam mengetuai Jamaat-e-Islami mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan Pakistan dalam peperangan.


Beliau adalah antara tokoh parti itu yang disabitkan kesalahan oleh sebuah tribunal ditubuhkan pada 2010 oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina untuk membicarakan pihak yang didakwa bersubahat dengan Pakistan dalam perang selama sembilan bulan itu. - AP

Demokrasi cara UMNO

Gambar sekitar Ulama' Al Azhar bermuktamar di Masjid Azhar dalam rangka memprotes rampasan kuasa pihak tentera.

Gambar sekitar Ulama' Al Azhar bermuktamar di Masjid Azhar dalam rangka memprotes rampasan kuasa pihak tentera.

Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"
‪#‎mesirkini‬

Terkini

Terkini : Para ulama' Azhar membawa kain kafan di atas lengan mereka dan berarak di dalam perarakan membantah rampasan kuasa tentera ke atas legitimasi Mursi.

Mereka berarak ke Medan Rabiatul Adawiyah yang jaraknya lebih 20km

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

[Pesanan Dr Solah Sultan kepada Dr Mursi dan Para Tentera]



Ketika ditanya oleh wartawan, sekiranya diberi peluang untuk beliau menulis surat kepada Dr Mursi, apakah yang akan diperkatakan kepadanya?

Dr Solah Sultan menjawab :
"Akanku katakan padanya; Dr Mursi, sesungguhnya Allah bersama kamu, dan bersama kamu jua kehendak rakyat yang telah mengundi kamu, mereka di belakangmu dan bersamamu di setiap pelusuk Mesir, teguh lah! Dan kau akan kembali menjadi pemimpin Mesir, tapi hendaklah kau menjadi pemimpin yang melayan pembuat-pembuat kejahatan selayaknya"

Dan pesanan buat tentera-tentera Mesir :

"Saya memohon kepada kalian, demi Allah percayalah bahawa kami sebahagian dari kalian dan kalian adalah sebahagian dari kami. Kami menyayangi kalian dan menghargai jasa kalian dalam mempertahankan kubu pertahanan dan kami diingatkan dengan peringatan perang "Asyir min Ramadhan" (Perang Oktober).

Kami tidak akan lupa pada sejarah, perjuangan dan perlindungan yang kalian berikan dalam mempertahankan kubu-kubu ini.

Ingin aku katakan bahawa tembakan-tembakan kalian ini sepatutnya menakutkan tentera-tentera Zionis dan dihalakan kepada tentera-tentera Zionis, bukan dihalakan kepada rakyat dan saudara-saudara kalian.

Sebagaimana hadith nabi ada menyebut : "Meruntuhkan Ka'bah satu persatu itu lebih rendah dari membunuh seorang Muslim tanpa hak"

Di dalam hadith Nabi lagi menyebut : "Sesiapa yang berkomplot dalam membunuh seorang muslim walau dengan sepatah perkataan, dia tidak akan menghidu bau syurga".

Jangan sia-siakan dunia dan akhirat kalian dengan membunuh saudara-saudara Mesirmu. Aku memohon kepada kalian demi Allah, fahamilah bahawa kami adalah saudara-saudaramu, bahawa kami adalah orang-orang kesayanganmu.

Kami tidak akan membalas kepada kalian kecuali cinta dan kasih sayang melainkan Al-quran yang selalu kami bawa bersama ini akan berada di antara kami dan kalian semua.

Maka bertaqwalah kepada Allah dalam muamalah anda bersama kami sebagaimana kami bertaqwa kepada Allah dalam bermuamalah bersama kalian"

Sumber : RNN
‪#‎mesirkini‬

Terkini

Terkini : Ribuan demonstran telah berkumpul di Medan Ramsis dan Masjid Fath sebagai persediaan untuk demonstrasi selepas solat Maghrib nanti.

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬
 

Perarakan besar-besaran dari Masjid Mursalin menuju ke Giza.

Perarakan besar-besaran dari Masjid Mursalin menuju ke Giza.

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

Ulama' Al Azhar berkumpul di hadapan Masyaikhah Azhar

Ulama' Al Azhar berkumpul di hadapan Masyaikhah Azhar sebagai tanda sokongan terhadap Legitimasi dan penolakan terhadap Kudeta dan selepas itu akan bergerak menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah.

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

Modul sejarah Islam diperkenal

Modul sejarah Islam diperkenal di Britain
Modul sejarah Islam mula diperkenalkan di sekolah awam di Britain menjelang tahun depan.
LONDON - ENGLAND. Pelbagai usaha kini giat dilakukan bagi mengubah persepsi Islamophobia di Britain.

Dipetik Press TV, selepas kejayaan stesen televisyen Channel 4 menyiarkan siaran azan sepanjang Ramadan, kini  Setiausaha Pendidikan Britain, Michael Gove mengumumkan untuk memasukkan modul sejarah Islam sebagai subjek baru di sekolah-sekolah awam seluruh Britain.

Perubahan tersebut dibuat selepas draf awal kurikulum baru itu dikritik Muslim Council of Britain (MCB).

Dalam kenyataan sebelum ini, MCB kecewa kerana bahan berkaitan Islam gagal dijadikan sebagai sumber rujukan di sekolah.

Difahamkan, subjek itu akan diperkenalkan awal tahun depan.

Pengerusi Masjid Lancashire, Salim Mulla berkata, perubahan tersebut adalah 'kemenangan' besar kerana semua orang memerlukan pemahaman lebih baik berkaitan agama Islam.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Pendidikan Blackburn Diocese menyambut baik cadangan tersebut.

"Seperti kita ketahui, tamadun awal Islam banyak memberi sumbangan besar dalam sejarah dunia dan ia perlu diperjelaskan kepada umum terutama kepada masyarakat di Britain," katanya.

Sejak insiden pembunuhan askar pada 22 Mei lalu, masyarakat Islam yang menjadi penduduk minoriti di Britain dilaporkan terus menjadi sasaran keganasan kumpulan pelampau.

Lautan Pro-Demokrasi [Anti-Rampasan Kuasa]

Lautan Pro-Demokrasi [Anti-Rampasan Kuasa] Dari semua lapisan masyarakat di salah satu jalan utama di Kaherah.

Sumber : Twitter IkhwanWeb

serangan polis dan samseng terhadap pro Mursi di Ramsis dan Giza

Adik ini merupakan salah seorang mangsa yang tercedera dalam kejadian serangan polis dan samseng terhadap pro Mursi di Ramsis dan Giza beberapa jam lepas.

Sumber : نبض رابعة

Korban pertama dalam serangan beberapa jam lepas di Medan Ramsis.

Korban pertama dalam serangan beberapa jam lepas di Medan Ramsis.

Pasukan polis dipercayai turut dibantu oleh samseng upahan bersenjata menyerang penunjuk perasaan pro demokrasi di Ramsis dan Giza.

Semoga Allah kurniakan syahid ke atas beliau.

Sumber : نبض رابعة

7 Kematian dan 261 Kecederaan dalam Kejadian Malam Semalam



Ketua Unit Kecederaan dan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Dr Khalid Al Khatib telah memberitahu pada hari ini 7 kematian dan 261 kecederaan dalam serangan yang dilakukan oleh polis dengan bantuan samseng keatas pro legitimasi malam semalam sehingga awal pagi hari ini di Medan Ramsis dan Jambatan Oktober, Medan Nahdhah dihadapan Universiti Kaherah dan jalan El Bahr el A'zom.

Dan beliau menjelaskan lagi dalam penerangan rasminya bahawa 137 orang dari kalangan yang tercedera telah keluar dari hospital-hospital setelah baik keadaan mereka dan 124 orang yang tercedera masih lagi menerima rawatan.

Beliau berkata lagi, 'Sesungguhnya serangan-serangan yang berlaku di medan Ramsis dan Jambatan Oktober telah mengakibatkan 134 kecederaan dan 2 kematian. 5 orang tercedera di hadapan Medan Rabiatul Adawiyah, seramai 114 tercedera dan 4 kematian di Medan Nahdhah serta lapangan Universiti Kaherah, dan 8 yang tercedera dan 1 kematian di Jalan El Bahr el A'zom.

Sumber : IkhwanOnline

[Penolakan Abdullah Juul dan Erdogan terhadap Baradei dan Mansour : Kami tidak mengenali presiden Mesir kecuali Mursi]

[Penolakan Abdullah Juul dan Erdogan terhadap Baradei dan Mansour : Kami tidak mengenali presiden Mesir kecuali Mursi]

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menolak permintaan untuk bertemu dengan Muhammad Al-Baradei, anggota Barisan Penyelamat, dan salah seorang dari pengkomplot rampasan kuasa tentera ke atas presiden sah Mesir Dr Muhammad Mursi .

Turut tertulis dalam keratan akhbar "Aksham" Turki, Erdogan menolak pertemuan itu kerana mengira bahawa ianya adalah salah satu percubaan bagi menghalalkan rampasan kuasa tentera ke atas presiden Mursi, dan sudah pasti itu adalah sesuatu yang tidak dipersetujui oleh Erdogan dengan bantahan yang keras, beliau juga mengesahkan bahawa Turki tidak mengenali presiden sah Mesir kecuali Dr Mursi.

Tambahan, bahawa presiden Turki Abdullah Juul telah pun menolak pelawaan bertemu mereka pada hari Isnin yang lepas selepas menerima surat daripada Adly Mansour-yang telah dilantik oleh As-Sisi yang diterima dari kedutaan Mesir di Ankara.

Penolakan ini adalah sebagai bantahan dari mengiktiraf kelangsungan kerajaan baru di Mesir. Mereka menegaskan "Kami tidak mengenali presiden Mesir selain Mursi"

Sumber : IkhwanOnline
‪#‎mesirkini‬

4 Mati Sementara Lebih 300 Orang Cedera Akibat Serangan Polis


Polis Mesir Menembak

Oleh:Ustaz Abdul Malik
Menurut Penyelaras Hospital awam dataran Raba’ah,Dr.Hisyam Ibraheem :
“Angka kematian serangan polis semasa umat Islam sedang solat terawih di Ramsis meningkat kepada 4 kematian sementara lebih 300 orang cedera.”
Lebih 10,000 orang penyokong Mursi semalam menunaikan solat terawih di Masjid Al-Fath Ramsis.Semasa rakaat kedua,mereka, pasukan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup menembak mereka yang sedang solat.
Polis turut menggunakan ‘khidmat’ samseng (baltoji) mengepung mereka yang cuba menyembunyikan di dalam masjid beberapa jam. Lebih 1,000 orang termasuk wanita terperangkap dalam masjid kerana dikepung.
Begini mereka melayan rakyat, Sedangkan pelekat di kenderaan polis tertera slogan “Keamanan anda keprihatinan kami,keselamatan anda matlamat kami.”

Perjalanan panjang dari Ikhwanul Muslimin

- Perjalanan panjang dari Ikhwanul Muslimin sejak ia mula diilhamkan oleh Hassan Al Banna pada tahun 1928 kemudian diteruskan oleh Syed Qutub pada tahun 1951 hingga akhirnya selepas 84 tahun Ikhwanul Muslimin berjaya menaikkan Dr Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah . Namun beberapa hari yang lalu, Dr Morsi telah digulingkan oleh Tentera .

Mari seluruh rakyat Malaysia khususnya berdoa dengan doa yang dikongsi oleh saudara saya ini untuk Kesejahteraan dan Keselamatan Jutaan yang berhimpun di Mesir juga Dr Morsi dan seluruh kepimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir mahupun seluruh dunia .

Bismillahirahmanirahim ..

Allahhummanshur Ikhwanal Muslimiina Fii Mishr Fii Falestin Fii Suriah
Allahumamaj Al Mursi Fi Amanika W Iyadzika
Allahhummanshut Ikhwanal Muslimina Fii Kuli Makan Wafi Kulli Zaman...

Amin ..

Pendedahan Tentang Calon PAS PRK Kuala Besut




KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long(gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini.

Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS.

Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

gambar sekitar hari penamaan calon di Dun Besut semalam

- gambar sekitar hari penamaan calon di Dun Besut semalam, turut dihadiri ramai pemimpin tertinggi PAS termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat & Presiden PAS sendiri Tuan Guru Haji Hadi Awang . 

‪#‎KOLARPUTIH‬

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH



Dikeluarkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Terengganu. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : “Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

·Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di

antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: {Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.} (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa’bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: {Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang.} (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1-Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2-Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis shohih.

3-Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4-Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Biodata Ringkas Che Long calon PAS di Kuala Besut .

Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan

- Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah, berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :

1. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi

2. Saluran TV " Arabiah" mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

3. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

4. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

5. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

5. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

6. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

7. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi

Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera

Sumber : Al Jazeera

Beginilah style pilihanraya dalam negara kita sejak dulu

Beginilah style pilihanraya dalam negara kita sejak dulu. Puluhan tahun miskin tanpa mampu miliki rumah sendiri yang baik, datang pilihanraya maka dapatlah rumah Alhamdulillah. Selepas ni jalanraya akan diturap, setelah puluhan tahun tidak menikmati jalan tar dalam kampung pendalaman mereka. Ertinya, mahu pembangunan segera mesti tunggu pilihanraya kecil.

Mudah - mudahan tiada rakyat miskin dan terpinggir mendoakan saban hari supaya diadakan pilihanraya kecil di kawasan mereka.

Sumber : Yb Nasruddin Hassan 

‪#‎KOLARPUTIH‬

Jenazah dihurung langau

Jenazah dihurung langau
Abdullah berkongsi pengalaman agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.
KEMAMAN – Dipercayai akibat gemar berfoya-foya dengan wanita di Thailand, jenazah seorang pendulang emas bukan sahaja dihurung langau, malah liang lahadnya turut digenangi air.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebuah kampung di daerah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah Musa berkata, kejadian yang berlaku pada 11 tahun lalu itu benar-benar menginsafkan.

Menurutnya, pendulang emas berusia 52 tahun ketika itu yang juga peneroka tinggal berdekatan dengan rumahnya, meninggal dunia selepas terjatuh dalam tandas ketika sedang minum di sebuah kedai makan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.

“Apabila mendapati arwah tidak keluar dari tandas, pelayan kedai itu pergi memeriksa sebelum menemui arwah terbaring dengan mulut berbuih. Kes dilaporkan kepada polis, namun polis mengesahkan tiada unsur jenayah.

“Walau telah dilap, buih pada mulut arwah masih keluar dan ketika memandikan jenazahnya, secara tiba-tiba, datang beberapa langau dan menghurungnya,” katanya yang membantu memandikan jenazah.

Bercerita lanjut, katanya, kerja-kerja pengebumian sedikit terganggu apabila liang lahad yang digali digenangi air kerana hujan lebat turun selepas selesai kerja-kerja menggali kubur dilakukan penduduk.

“Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang. Air dalam liang lahad waktu itu paras lutut. Biarpun ditimba berkali-kali, tetapi air tidak berkurang dan kami terpaksa juga semadikan jenazah dalam keadaan begitu,” katanya.

Kata Abdullah, sepanjang hayat, arwah hidup mewah kerana dia pakar mendulang emas, selain memperoleh hasil dari ladang kelapa sawit yang diusahakannya.

Difahamkan, setiap kali mempunyai wang banyak, arwah akan pergi berhibur ke Selatan Siam selama beberapa hari dan pernah mengajak penduduk kampung untuk pergi berhibur bersama samanya.

“Apabila orang kampung tanya buat apa pergi ke Thailand, arwah cakap nak cari ‘mek’,” katanya sambil memberitahu perkongsian pengalaman itu bukan untuk mengaibkan sesiapa, sebaliknya untuk dijadikan pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya dapat menghindari perbuatan yang ditegah apatah lagi pada Ramadan yang mulia ini.

Aset 14 anggota Ikhwanul Muslimin dibeku

Aset 14 anggota Ikhwanul Muslimin dibeku
ElBaradei mengangkat sumpah sebagai Timbalan Presiden sementara untuk hubungan luar di hadapan Presiden sementara, Adly Mansour (kanan) di Kaherah, kelmarin.
KAHERAH - MESIR. Pendakwa raya Mesir, kelmarin mengarahkan pembekuan aset milik 14 anggota gerakan Ikhwanul Muslimin menjelang kunjungan wakil Amerika Syarikat (AS), Bill Burns selama tiga hari ke negara itu.

AFP difahamkan, tindakan itu adalah sebahagian daripada proses siasatan diarahkan pendakwa raya, Hisham Barakat melibatkan sembilan pemimpin gerakan termasuk Presiden Mohammed Mursi dan Mursyidul Am, Mohamed Badie.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri sementara, Hazem el-Beblawi melantik bekas Duta Mesir ke Washington, Nabil Fahmy, 62, sebagai Menteri Luar sementara.

Pemimpin liberal, Mohamed ElBaradei, 71, pula dilaporkan turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Presiden sementara.

Sebelum ini, Ikhwanul Muslimin berkeras untuk tidak menyertai kerajaan baru pimpinan Hazem yang didakwa akan memulihkan keselamatan dan melancarkan proses pentadbiran bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Parlimen dan Presiden pada tahun depan.