Wednesday, November 26, 2014

Curi motor


Kuda terbang di Jeddah ketika hujan


Pihak berkuasa roboh pengadang prodemokrasi


Wartawan mengerumuni tapak bantahan ketika kerja-kerja merobohkan pengadang dijalankan. Sierra Leone. - Foto: AFP
Wartawan mengerumuni tapak bantahan ketika kerja-kerja merobohkan pengadang dijalankan. Sierra Leone. - Foto: AFP 
26 November 2014


HONG KONG - Pihak berkuasa Hong Kong bertindak merobohkan beberapa pengadang yang didirikan penunjuk perasaan prodemokrasi, semalam.

Puluhan pekerja majlis perbandaran yang dikawal lebih 100 anggota polis, mengalihkan dua pengadang utama yang didirikan di daerah Mongkok, sejak dua bulan lalu.

Pada masa sama, polis turut mengarahkan penunjuk perasaan yang masih berdegil supaya meninggalkan kawasan tersebut.

"Saya tidak akan berganjak, biar polis datang dan menangkap saya.

"Ini adalah peluang untuk mencapai demokrasi sekali dalam seumur hidup. Saya bersedia untuk pergi ke penjara," kata seorang pesara, Ng Pun-tuk kepada AFP.

Difahamkan, sebelum ini beberapa pertempuran ganas antara kumpulan penunjuk perasaan dengan polis anti rusuhan tercetus sekitar kawasan itu.

Mongkok adalah satu daripada tiga tapak protes utama, di mana beribu-ribu penunjuk perasaan berkhemah bagi menuntut agar diadakan pilihan raya bebas apabila Hong Kong memilih pemimpinnya pada 2017, dipetik dari laporan CNA.

Polis Turki diberi lebih kuasa


Penunjuk perasaan boleh ditahan tanpa sebarang dakwaan jika rang undang-undang diluluskan Parlimen.
Penunjuk perasaan boleh ditahan tanpa sebarang dakwaan jika rang undang-undang diluluskan Parlimen. 
26 November 2014


ANKARA - TURKI . Kerajaan Turki semalam, mengemukakan rang undang-undang kepada Parlimen untuk memberi pasukan polis kuasa menggunakan senjata terhadap penunjuk perasaan sekali gus membuat lebih banyak tangkapan ketika perhimpunan.

Media Hurriyet Daily News melaporkan, rang undang-undang itu akan membolehkan polis menahan penunjuk perasaan yang membahayakan keselamatan diri sendiri atau individu lain, selain akan dibenarkan bertindak balas menggunakan molotov koktel dan mercun.

Jika diluluskan Parlimen, ia akan memberi kuasa kepada pihak berkuasa Turki menahan peserta protes tanpa sebarang dakwaan sehingga 24 jam jika mereka ditangkap semasa demonstrasi haram, dan tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 48 jam jika ditangkap semasa protes ganas.

Selain itu, rang undang-undang yang dicadangkan kepada Parlimen turut memberi tumpuan terhadap beberapa topik lain termasuk memperluaskan kuasa gabenor dan mengubah struktur polis dan pengawal pantai, dipetik dari laporan Press TV.

Speaker: Jangan politikkan isu beri kereta


Shamsudin (kiri) menerima kunci kereta dari Speaker Dun, Hannah Yeoh, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin, semalam.
Shamsudin (kiri) menerima kunci kereta dari Speaker Dun, Hannah Yeoh, sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin, semalam.
SHAH ALAM - Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh memberi amaran kepada ahli Dun supaya tidak mempolitikkan isu pemberian kemudahan kereta kepada Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias.

Hannah berkata, kerajaan negeri sudah pun meluluskan pemberian kereta dan kemudahan kepada ketua pembangkang pada sidang Dun yang lepas.

"Saya mohon supaya janganlah politikkan isu pemberian kereta ini. Saya dengar dalam dewan tadi ada yang berkata pemberian kereta ini hanya gimik menteri besar untuk beri kereta kepada ketua pembangkang.

"Untuk pengetahuan, pemberian kepada ketua pembangkang ini adalah sudah diputuskan melalui Jawatankuasa Pengurusan Dewan yang Shamsuddin juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kemudian kita hantar keputusan ini dalam sidang Dun yang lepas dan ia diluluskan.

"Pemberian yang kita buat semalam (kelmarin) sebenarnya sudah pun diluluskan dan penyerahan semalam cuma acara biasa saja dan kita harap pemberian kereta itu boleh memberi manfaat kepada ketua pembangkang. Ianya tidak ada kena mengena dengan gimik menteri besar," katanya dalam sidang media di Dewan Annex, hari ini.

Sebelum itu, sidang Dun gamat dengan segelintir Adun yang mempertikaikan pemberian kereta kepada ketua pembangkang dan mendakwa ia sekadar gimik menteri besar.

PAS harap Malaysia tidak jadi 'syurga' dagangan manusia


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa Kementerian Luar Negeri lebih agresif terhadap jenayah yang merentasi sempadan supaya Malaysia tidak menjadi 'syurga' dagangan manusia.
Katanya, kementerian perlu melihat isu itu yang melibatkan pelarian Rohingya khususnya di Thailand yang berada di sempadan negara ini.
"Pelarian Rohingya didagangkan atau diminta wang tebusan sehingga melepasi sempadan negara ini.
"Di Pulau Pinang pelarian ini mencecah 12,000 orang. Mereka berada di negara ini tanpa apa-apa jaminan mereka terdedah kepada penjenayah," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.
Namun beliau yakin kementerian boleh mengatasi jenayah sempadan iti kerana isu berkenaan bukan sekadar dalam negara tetapi ia adalah isu antarabangsa.
Mujahid turut mempersoalkan beberapa konvensyen PBB yang ditandatangni oleh Malaysia khususnya mengaitkan hak asasi manusia, wanita, kanak-kanak dan diskriminasi agama dan kaum.
"Saya kira kita ambil sikap terbuka, apa kriteria dan syarat penerimaan sesuatu perjanjian itu. Tidak semestinya kita terima secara total.
"Saya setuju isu ini agak sensitif. Sejauh mana kementerian mendapat kesesuaian daripada konvesnyen ini," katanya.
Ini penting katanya, ia sebahagian bentuk penyesuaian yang diterima oleh Malaysia daripada konvensyen PBB tanpa menggadai maruah negara ini. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Budak 8 tahun punyai berat luar biasa

YATIMIN ABDULLAH  |  26 November 2014 2:46 AM
MUHAMMAD MUKHRIZ MUHAMMAD MARZUKI (tengah) yang mempunyai berat
MUHAMMAD MUKHRIZ MUHAMMAD MARZUKI (tengah) yang mempunyai berat badan 120 kilogram, bahagia bersama keluarganya di Kampung Pohon Gelulor, Chetok, Mas Kelantan.UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
PASIR MAS 25 Nov. – Dalam usia baru mencecah lapan tahun, Muhammad Mukhriz Muhammad Marzuki sepatutnya riang bermain dengan rakan-rakan seusia, namun itu semua tidak dapat dinikmatinya berikutan beratnya kini mencecah 120 kilogram menyebabkan pergerakannya terhad.
Bapa kepada kanak-kanak berke-naan, Muhammad Marzuki Che Haron, 47, berkata, tubuh Muhammad Mukhriz yang besar menyebabkan dia menghadapi masalah untuk bergerak.
Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan anaknya memerlukan bantuan orang lain setiap kali ingin bangun dari tempat duduk atau tidur.
“Berat badan anak saya mula naik sejak dia berusia empat tahun selepas kerap diserang penyakit sawan. Saya percaya pertambahan berat badan Muhammad Mukhriz berpunca daripada kesan ubat yang diambil ketika merawat penyakitnya.
“Pola pemakanan anak saya sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya, malah dia tidak begitu kerap mengambil makanan ringan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pohon Gelugor, Chetok dekat sini hari ini.
Muhammad Marzuki berkata, sejak menerima rawatan penyakit sawan, berat badan anak lelakinya itu tidak pernah turun sehingga sekarang walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor dan mencuba pelbagai produk untuk menguruskan badannya, namun semua usaha tersebut gagal.
Pesara tentera itu memberitahu, setiap hari dia akan mememani anak keempat daripada lima beradik itu berjalan kaki sejauh satu kilometer bagi membantunya me-nguruskan badan.
“Sebagai bapa saya cukup risau dengan keadaan fizikalnya kerana beratnya ternyata jauh berbeza de-ngan kanak-kanak lain.
“Setiap kali ke sekolah, saya akan bekalkan Mukhriz dengan makanan kerana dia mengambil masa yang lama untuk bergerak ke kantin,” ujarnya.
Muhammad Marzuki berharap ada pihak yang sudi membantu anaknya untuk menguruskan badan bagi membolehkan dia kembali menikmati kehidupan normal se-perti kanak-kanak lain.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/budak-8-tahun-punyai-berat-luar-biasa-1.29355#sthash.FCGIBTwd.dpuf

MH370: Sampai Bila Nak Digantung Tak Bertali?


Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 7:00 AM
Khairul Anwar Rahmat.

PETALING JAYA: Ketiadaan sijil kematian susulan status pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini bukan sahaja menyukarkan proses pernikahan suami salah seorang penumpang pesawat malang itu, malah beberapa waris lain turut berhadapan pelbagai masalah lain sejak tragedi itu berlaku 8 Mac lalu.
Beberapa waris penumpang pesawat yang hilang itu turut mengadu menghadapi beberapa kesukaran dalam menyelesaikan pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa.
Aduan tersebut disampaikan kepada Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam) yang dalam dilema mengenai apa yang patut dilakukan mengenai status pesawat yang masih 'tergantung tidak bertali' itu.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, beberapa waris telah menemuinya untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan
yang dihadapi.
"Mereka datang mengadu masalah pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa. Buat masa ini, mereka hanya dapatkan khidmat nasihat daripada kami," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada waris yang mahu kes tersebut dibawa ke mahkamah.

"Setakat ini belum ada waris yang mahu membawa kes ini ke peringkat pemfailan. Sekarang, hanya di peringkat khidmat nasihat sahaja," katanya.
Bagaimanapun, Khairul berkata, beliau sedia membantu sekiranya ada waris yang mahukan bantuan guaman bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
"Insya-Allah kalau mereka datang kami sedia membantu, jika ada waris yang mahu mendapatkan bantuan guaman," katanya.
Khairul yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Johor berkata, beliau akan mengetengahkan isu status MH370 ketika membahaskan ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis ini.
"Insyallah, perkara ini akan dibahaskan pada Khamis ini. Kita mahu status pesawat tersebut dimuktamadkan dengan segera agar waris dapat meneruskan kehidupan masing-masing," katanya.
Beliau berkata, keputusan untuk memuktamadkan status pesawat tersebut perlu dibuat dengan mengambil kira pandangan terkini daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat pakar yang boleh mengesahkan pencarian tersebut sudah berakhir.
"Kerajaan juga perlu ambil kira hasil analisis teknologi satelit yang mengatakan pencarian sudah muktamad supaya suatu tempoh yang munasabah ditetapkan dalam mengisytiharkan status pesawat itu. Tidak perlu tunggu tempoh empat atau tujuh tahun untuk mengesahkan kematian," katanya.
Jelas beliau, sekiranya terdapat alasan kukuh yang menyokong kepada keputusan tersebut, sijil kematian bolehlah dikeluarkan dengan segera bagi memudahkan proses tuntutan insurans dan pampasan kepada waris mangsa.

Suka cium kaki ibu

AFP
Istanbul: Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam dituduh menindas wanita apabila berkata, mereka tidak boleh disamakan dengan lelaki.
Beberapa akhbar Barat dan kumpulan feminis menyifatkan kenyataan itu sebagai kontroversi terbaru yang dicetuskan oleh pemimpin Turki berkenaan.
Bercakap pada satu persidangan mengenai wanita dan keadilan, Recep berkata Tuhan mencipta lelaki dan wanita berlainan sifat dan kumpulan feminis tidak akan memahami status istimewa golongan ibu dalam Islam.
“Anda tidak boleh meletakkan wanita dan lelaki pada taraf yang sama. Ia bertentangan dengan azali. Mereka dicipta dengan sifat berbeza. Dan Islam meletakkan wanita di tempat paling istimewa dalam masyarakat iaitu keibuan,” katanya kepada peserta persidangan yang terdiri daripada wanita, termasuk anaknya, Summeye.
“Ada yang memahami keadaan ini dan ada yang tidak. Anda tidak akan dapat menerangkannya kepada feminis kerana mereka tidak akan menerima konsep keibuan,” katanya.
Beliau juga mengakui sering mencium kaki ibunya.
“Saya sering berbuat demikian kerana ia berbau syurga. Dia akan tersipu-sipu, kadang kala menangis. Islam mengajar kita berapa tinggi darjat wanita dalam Islam. Ia mengajar kita syurga itu di bawah tapak kaki ibu,” kata Recep.
Presiden Turki itu berkata: “Anda tidak boleh menempatkan seorang ibu yang menyusu bayinya setaraf dengan lelaki. Anda tidak boleh menyuruh wanita melakukan kerja yang sama dilakukan lelaki seperti pada zaman komunis. Anda tidak boleh menyuruh merek keluar dan mengusahakan tanah pertanian.”
Beliau merujuk kepada amalan ketika dan selepas Perang Dunia Kedua di negara Komunis seperti Soviet Union yang mengerah wanita melakukan kerja berat.
Recep sebelum ini mencetuskan kemarahan kumpulan feminis apabila berkata, setiap wanita Turki perlu mempunyai tiga anak dan mencadangkan supaya hak menggugurkan kandungan dihadkan serta kawalan terhadap pil pencegah hamil.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11788#sthash.pAiBpOjU.dpuf

Wanita cantik gagalkan usaha berhenti merokok


Taipei: Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan lelaki yang cuba berhenti merokok semakin banyak menghisap rokok sebaik melihat gambar wanita cantik.
Menurut penyelidik dari Taiwan itu, wajah wanita cantik merangsang pemikiran lelaki untuk menganggap keadaan semasa lebih penting berbanding masa akan datang atau dengan perkataan lain, pengaruh nikotin lebih diperlukan daripada kesihatan - menyebabkan impian mereka untuk berhenti merokok, musnah.
Kajian itu dilakukan dengan membabitkan 76 responden lelaki yang dalam proses berhenti merokok.
Responden dibahagi kepada dua kumpulan. Separuh daripadanya diberikan gambar wanita cantik berpakaian seksi. Manakala yang lain diberikan gambar wanita berwajah sederhana.
Semua responden kemudian diberikan ujian penilaian daya tumpuan dan didapati, pemikiran mereka yang melihat wanita cantik mudah terganggu.
Ujian terakhir dilakukan dengan membawa responden ke sebuah bilik merokok. Mereka dibenarkan menghisap rokok sambil mengisi borang kaji selidik.
Hasil kajian mendapati, responden yang ditunjukkan gambar wanita cantik mudah tergoda malah menghisap rokok dua kali ganda lebih banyak.
Penyelidik dari Univerisiti Perubatan Kaohsiung itu merumuskan, gambar wanita cantik dapat mengurangi daya kawalan minda untuk menahan daripada merokok dan tidak semuanya yang cantik itu baik. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11800#sthash.pA0hvRJc.dpuf

Wanita pertama India rimas dijaga 24 jam

New Delhi: Isteri Perdana Menteri India Narendra Modi yang tidak tinggal serumah dengan pemimpin itu, mempertikaikan keputusan kerajaan menyediakan pasukan pengawal peribadi sepanjang 24 jam sehari walaupun ketika dia menaiki beca.
Jashodaben Modi, 62, yang menetap di Gujarat, negeri di barat India berkata, dia memfailkan petisyen untuk mengetahui mengapa keselamatannya dikawal sejak Modi dipilih menjadi perdana menteri pada Mei lalu.
“Saya dikelilingi lima pengawal keselamatan sepanjang masa. Saya atau keluarga terpaksa memasak dan menyediakan tempat tidur mereka. Ini amat menjengkelkan.
“Keadaan semakin huru-hara apabila saya terpaksa mengguna kenderaan awam dan mereka mengekori dengan menaiki kereta berhawa dingin,” kata Jashodaben.
Jashodaben, pesara guru, tinggal dengan abangnya sejak Modi mengambil keputusan untuk berpisah dengannya kira-kira 45 tahun lalu, ketika mereka masih remaja.
Jashodaben tidak pernah menimbang untuk meminta cerai.
Dia mula mendapat perhatian apabila Modi yang tidak pernah bercakap mengenai rumah tangganya mendedahkan status perkahwinannya ketika mengemukakan dokumen untuk bertanding pada pilihan raya awal tahun ini. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:06 AM


Narendra
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11804#sthash.FHmD0Jc9.dpuf

Rusuhan ganas 
di bandar Ferguson



MISSOURI 25 Nov. - Tunjuk perasaan ganas dan rusuhan tercetus di pekan Ferguson, hari ini selepas juri sebuah mahkamah di sini membuat keputusan tidak mengenakan dakwaan terhadap seorang pegawai polis berkulit putih yang menembak mati seorang remaja berkulit hitam pada Ogos lalu.
Rusuhan di pekan tersebut itu semakin buruk sehingga memaksa pasukan polis antirusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom pegun selepas penunjuk perasaan di luar Mahkamah St. Louis mula bertindak ganas dengan membaling batu ke arah sebuah balai polis dan membakar sebuah kenderaan pihak berkuasa.
Perusuh turut memecah masuk sebuah kedai telefon berdekatan dan sekurang-kurangnya 12 bangunan dibakar.
Rusuhan kali ini lebih buruk berbanding Ogos lalu, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Beberapa tunjuk perasaan turut diadakan di bandar-bandar lain, tetapi tiada laporan berlakunya rusuhan di luar Missouri.
Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama dan keluarga mangsa meminta penunjuk perasaan agar tidak bertindak ganas selepas hakim membuat keputusan mendapati pegawai polis terbabit, Darren Wilson tidak bersalah dan bertindak mempertahankan diri ketika menembak mati Michael Brown, 18, sebanyak 12 das pada Ogos lalu.
Pendakwa raya, Robert McCulloch berkata, Wilson melepaskan tembakan selepas bergelut dengan Brown dan tiada sebab dakwaan perlu dikemukakan terhadap beliau.
Keputusan berkenaan mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam penduduk Ferguson yang mahu Wilson dikenakan tindakan, terekoran laporan saksi yang me­nyatakan mangsa telah menyerah diri dan dikepung ketika dia ditembak mati.
Tetapi McMulloch berkata, bukti fizikal dan beberapa kenyataan saksi lain bercanggah dengan laporan berkenaan, sekali gus menimbulkan keraguan tentang dakwaan Wilson sengaja membunuh Brown.
“Keputusan terhadap sesuatu kes serius seperti mengenakan dakwaan terhadap seseorang atas tuduhan jenayah tidak boleh dibuat secara mudah, tetapi perlu melalui pemeriksaan terperinci terhadap semua bukti,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusuhan-ganas-8232-di-bandar-ferguson-1.29208#sthash.YcLdeqAF.dpuf

Range Rover saman firma China

Kereta keluaran firma China, LandWind X7 (kiri) yang hampir menyamai
Kereta keluaran firma China, LandWind X7 (kiri) yang hampir menyamai kereta keluaran Jaguar Land Rover, Range Rover Evoque. – AGENSI
BEIJING 25 Nov. – Tindakan sebuah syarikat kecil pembuat kereta di China melancarkan model kereta terbaharunya yang menyerupai mo­del kereta Range Rover, membawa padah apabila syarikat gergasi kereta dari Britain itu menimbangkan untuk mengemukakan saman terhadap syarikat dari China itu atas dakwaan melanggar hak cipta.
Kereta model X7 keluaran firma LandWind itu hanya berharga 14,000 pound (RM73,443), dan hampir menyamai model kereta Range Rover Evoque keluaran syarikat Jaguar Land Rover yang berharga 40,000 pound (RM209,839).
Menurut laporan portal Mail Online, kereta buatan firma China itu mempunyai bentuk badan, lampu, penghadang radiator dan logo berwarna hijau di bonet hadapan, seolah-olah meniru reka bentuk ken­deraan keluaran Jaguar Land Rover.
Kereta X7 dipamerkan pada pertunjukan kenderaan di Guangzhou pada minggu lalu dan mengelirukan ramai peminat Range Rover Evoque serta membangkitkan kemarahan firma British berkenaan.
Ketua Eksekutif Jaguar Land Ro­ver, Dr. Ralf Speth berkata, isu syarikat China meniru reka bentuk produk syarikat lain sangat mengecewakan.
“Hak cipta (Range Rover Evoque) merupakan milik Jaguar Land Rover dan jika mereka meniru reka bentuk berkenaan, tindakan tersebut secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/range-rover-saman-firma-china-1.29192#sthash.5uo71Ozg.dpuf

Puteri Ameerah ketuai kempen benarkan wanita memandu

Wanita dilarang memandu di Arab Saudi namun larangan itu dijangka
Wanita dilarang memandu di Arab Saudi namun larangan itu dijangka akan ditarik balik tidak lama lagi. – AGENSI
RIYADH 25 Nov. – Puteri glamor Arab Saudi, Puteri Ameerah dilaporkan mengetuai kempen bagi membenarkan wanita memandu di negara ini.
Bekas isteri kepada seorang anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal itu dalam satu temu bual eksklusif bersama Mail Online berkata, beliau berharap larangan berkenaan akan ditarik balik tidak lama lagi.
Ameerah berkata, beliau menyokong supaya wanita di Arab Saudi diberikan hak yang sama dengan yang dinikmati wanita lain di seluruh dunia.
“Saya tidak percaya larangan itu akan kekal. Ia akan menjadi seperti perintah yang mahukan 20 peratus anggota Parlimen terdiri daripada wanita, satu perkembangan mengejutkan namun berlaku dengan pantas,’’ katanya.
Arab Saudi dilaporkan sedang membincangkan tentang ranca­ngan untuk menarik balik larangan wanita memandu, dan Ameerah berkata, kini hanya masa yang akan menentukan bila larangan itu akan ditarik balik.
“Adalah menjadi tugas dan kewajipan saya untuk menggunakan kuasa dan pengaruh saya bagi mengetengahkan isu-isu sepertu ini dan cuba mencari penyelesai­annya,’’ katanya yang mengaku memandu di kawasan gurun di Arab Saudi selepas wanita dilarang memandu di kawasan bandar.
Ameeerah percaya generasi baharu di Arab Saudi akan membentuk masa depan negara ini, terutamanya apabila ia membabitkan soal hak asasi wanita.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/puteri-ameerah-ketuai-kempen-benarkan-wanita-memandu-1.29190#sthash.K3CUpm3X.dpuf