Wednesday, November 18, 2015

Yapeim lapor polis NOW peroleh dokumen cara tak sah



 
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini membuat laporan polis terhadap Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dengan menyatakan NGO itu memperolehi dokumen berkaitan yayasan itu secara tidak sah.

"Kami dapati dokumen yang didedahkan oleh NOW itu diperolehi melalui cara yang tidak sah, dengan sengaja memutarbelitkan fakta dan kebenaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yapeim Abibullah Samsudin kepada pemberita.

Bercakap di luar ibu pejabat polis Dang Wangi selepas membuat laporan polis itu, Abibullah ditemani Pengarah Undang-undang Yapeim Mohd Nasir Disa dan peguam Ahmad Seman.

Kira-kira 40 penyokong turut hadir menunjukkan solidariti kepada Yapeim.

NOW sebelum ini mendedahkan dokumen bocor yang mendakwa bahawa terdapat salah guna dana Yapeim.

Mohd Nasir berkata dokumen itu adalah benar, tetapi menegaskan mereka tidak menunjukkan gambaran keseluruhan.

Mohd Nasir berkata terdapat dokumen lain yang akan mendedahkan kebenaran yang sebenar.

Pancaroba


Pancaroba


Pancaroba


Orang China paling kuat menipu: Kajian pensyarah


Graf keputusan eksperimen pertama.
Graf keputusan eksperimen pertama.
NORWICH, Rabu – Seorang penyelidik dari University of East Anglia di Norwich, England merekrut lebih daripada 1,500 orang dari 15 buah negara untuk membuat kaji selidik atas talian yang melibatkan dua buah eksperimen.
Eksperimen ini direka bentuk untuk mengukur kejujuran bagi menentukan sama ada sifat seseorang itu berbeza mengikut negara masing-masing.
Kajian mendapati bahawa orang China paling tidak jujur, manakala orang Jepun dan British paling jujur.
Penulis kajian, Dr David Hugh-Jones, meninjau negara-negara yang dikaji itu berbeza mengikut kawasan, tahap pembangunan dan tahap kepercayaan sosial.
Negara-negara yang terlibat dalam eksperimen ini ialah Brazil, China, Greece, Jepun, Rusia, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Argentina, Denmark, United Kingdom, India, Portugal, Afrika Selatan dan Korea Selatan.
Graf keputusan eksperimen kedua.
Graf keputusan eksperimen kedua.
Dalam eksperimen yang pertama, responden telah diminta untuk membaling duit syiling dan memberitahu samada ia mendarat dengan “kepala” atau “ekor”.
Responden diberitahu sekiranya syiling itu mendarat dengan “kepala”, maka mereka akan mendapat ganjaran sebanyak $3 dolar atau $5 dolar.”
Jika jumlah responden dari mana-mana negara melaporkan syiling mendarat dengan “kepala” lebih daripada 50%, maka penipuan dapat dikenalpasti di situ.
Dalam eksperimen pertama ini, 70% daripada responden China berbohong manakala hanya 3.4% daripada peserta British melakukan perkara yang sama.
Kesimpulan daripada eksperimen pertama, empat negara paling tidak dipercayai di Asia ialah China, Jepun, Korea Selatan dan India.
Bagi eksperimen kedua, responden diminta untuk melengkapkan kuiz muzik di mana mereka akan diberikan ganjaran wang juga sekiranya mereka dapat menjawab semua soalan dengan betul.
Mereka tidak dibenarkan melayari internet untuk mencari jawapan dan perlu menyemak setiap kotak bagi mengesahkan jawapan mereka sendiri.
Tiga daripada soalan tersebut, telah dipilih pada tahap yang sangat sukar. Jadi, jika jawapan yang diberikan adalah betul, kemungkinan besar mereka telah menipu dalam kuiz tersebut.
Responden-responden Jepun didapati paling jujur dalam kuiz ini, dengan diikuti oleh responden British.
Turki didapati paling kuat menipu di dalam jawapan mereka pada eksperimen kedua ini, dengan China mengikuti di belakang.
“Perbezaan kejujuran dapat ditemui antara negara-negara ini, namun ianya tidak sama dengan apa yang orang jangkakan,” kata Dr Hugh-Jones.
“Kepercayaan mengenai kejujuran didorong oleh ciri-ciri psikologi, seperti unjuran diri. Yang menghairankan, orang lebih pesimis mengenai kejujuran masyarakat di negara sendiri berbanding masyarakat negara lain.
“Hal ini boleh terjadi kerana masyarakat lebih terdedah kepada berita-berita mengenai kecurangan yang berlaku di negara sendiri berbanding negara orang lain,” katanya. – Agensi

Tiga perkara tekad pilih Islam: Bekas Diplomat Jerman


murad
Susunan Athirah Huda Zalhe
NAMA Dr Murad Hoffmann bukanlah asing dalam kalangan cendikiawan Muslim. Bekas duta Jerman yang pernah bertugas di Algeria dan Maghribi ini bukan hanya terkenal kerana beliau seorang mualaf, tetapi juga disebabkan pemikirannya mengenai Islam seperti mana hasil penulisan bukunya yang diterjemah ke dalam pelbagai bahasa.
Antara buku yang terkenal ialah ‘Diary of a German Muslim’ dan ‘Journey to Islam’ yang mengisahkan bagaimana Hoffman yang berasal dari keluarga Katolik memutuskan untuk memeluk agama Islam.
Meskipun ramai yang tidak mengetahui apa sebenarnya punca yang membuatkan beliau mengambil keputusan untuk bertukar agama daripada seorang Katolik kepada Muslim, Dr Murad memberitahu, ada tiga perkara yang menjadi faktormendorong kepada keputusan itu.
Pertama, ketika beliau menjadi duta di Al-Jazair pada tahun 1962. Ketika tu Al-Jazair sedang memperjuangkan kemerdekaannya daripada Perancis. Perancis telah membuat kesepakatan dengan kumpulan pejuang, jika mereka sedia untuk melakukan gencatan senjata maka Perancis akan menyerahkan kedaulatan negara itu ke tangan mereka.
Namun, rakyat Perancis yang tinggal di Al-Jazair sengaja melakukan provokasi agar kumpulan pejuang membalas agar Perancis boleh mencari alasan untuk menyalahkan kumpulan pejuang kemerdekaan Al-Jazair.
Keteguhan kumpulan pejuang tersebut, yang sedikit pun tidak terkesan dengan provokasi itu membuat Dr Murad kagum.
“Saya sangat kagum dengan disiplin mereka, ia membuatkan saya tertarik untuk membaca al-Quran bagi mencari apa yang telah memberikan kekuatan yang begitu besar kepada pejuang-pejuang Al-Jazair itu.
“Saya berfikir, saya ingin bertukar agama meskipun belum secara rasmi. Dan saat itulah saya berfikir untuk meninggalkan semua ideologi Kristian,” kata Murad.
Murad berkata, faktor yang kedua adalah nilai kesenian Islam. Selain urusan diplomat beliau juga seorang pengkritik tarian ballet. Disebabkan itu, beliau sering ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyaksikan pertunjukan ballet dan mengkritiknya.
“Pertama kali menyaksikan hasil karya seni Islam di kota Sepanyol seperti Granada, Cordoba, Seville dan Andalusia, ia menyentuh saya dengan cara yang tidak pernah saya rasakan terhadap karya seni lain,” kata Murad.
Faktor ketiga yang menjadi pendorong untuknya mengambil keputusan memeluk Islam setelah beliau mengetahui bahawa semua ahli falsafah terbesar dan mahsyur di dunia adalah Muslim.
“Saya berasa kesal dengan diri saya kerana tidak mengetahui perkara tersebut,” katanya.
Sambung Murad, pemikirannya sangat dipengaruhi oleh pemikiran Ibnu Khaldun yang menjadi pelopor kepada ilmu sosiologi serta merupakan sejarawan pertama.
Pada tahun 1980, Jabatan Luar Negeri Jerman memberikan buku berupa pengetahuan mengenai Islam pada calon dutanya yang akan ditugaskan ke negara-negara Muslim. Kebetulan waktu itu bertepatan dengan hari ulang tahun anaklelaki Murad.
“Saya memberitahu kepada anak saya bahawa saya akan memberikan sesuatu tetapi bukan yang berkaitan dengan duit,” katanya.
Beliau mula menulis semua perkara yang penting yang ditemukannya dalam Islam. Semuanya sebanyak 14 muka surat.
Murad lalu menunjukkan tulisannya pada Imam Muslim dar Dusseldorf yang memberikan latihan pada diplomatik Jerman itu. Keesokannya, imam tersebut bertanya apakah Murad meyakini apa yang telah ditulisnya dan beliau menjawab “ya”.
“Jika kamu yakin, maka kamu adalah seorang Muslim,” kata Murad.
Beliau secara rasmi mengucapkan dua kalimah syahadat di Islamic Center Colonia pada September, 1980. Beliau kemudian memberitahu perihal keislamannya kepada Kementerian Luar Negeri Jerman dan menolak untuk ditugaskan ke Israel atau Vatikan.
Sejak itu Murad rajin menulis buku-buku Islam. Buku pertamanya, ‘Diary of a German Muslim’ sudah diterjemahkan ke pelbagai bahasa di seluruh dunia.
Kini, Murad sudah berusia 78 tahun dan faktor usia tersebut membuatnya membatasi aktiviti ke luar negeri.

Bahaya Besar Menanti Jika Edra Energy Dijual - Rafizi


Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 4:27 PM

KUALA LUMPUR: Penjualan aset tenaga pegangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Berhad adalah satu bahaya besar dan akan memberi kesan kepada rakyat dan 33,000 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dakwa Rafizi Ramli.

Naib presiden PKR itu berkata walaupun perkara itu masih dalam perancangan, beliau berkata kerajaan dilihat sudah membuat keputusan untuk menjualnya kepada syarikat asing dengan harga yang lebih tinggi pada harga melebihi harga pasaran.

“Saya yakin kerajaan telah membuat keputusan untuk menjual aset ini kepada syarikat China dan Qatar, hanya tunggu untuk diumumkan.

“Ini satu bahaya besar kepada rakyat kerana kita berdepan dengan kemungkinan tarif elektrik yang tinggi dan kita tak tahu pun sama ada ia disebabkan oleh penjualan kepada konsortium China dan Qatar,” katanya di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Ahli Parlimen Pandan ini berkata kerajaan sanggup berdepan kemarahan rakyat dan satu lagi kontroversi politik dengan menjual aset tenaga ini, asalkan hutang 1MDB dapat dikurangkan.

Beliau mendakwa, apabila perjanjian jual beli tenaga (PPA) dirunding kembali dalam tahun 2016 dan 2022, kerajaan akan memberi terma kewangan yang memihak kepada syarikat asing tanpa diketahui rakyat.

“Jika mereka menang, mereka sentiasa boleh berunding tentang tarif tanpa kita tahu kerana rundingan PPA adalah rahsia dan tak pernah didedahkan kepada rakyat,” katanya.

Katanya selain kesan dari segi tarif, penjualan aset tenaga itu juga bakal memberi kesan kepada sektor tenaga di negara ini dan akan menjejaskan peluang pekerjaan kakitangan dalam sektor tenaga.

Ditanya mengenai langkah yang paling sesuai untuk menangani isu ini, beliau berkata 1MDB perlu ditutup dan mereka yang disiasat dan didapati bersalah perlu dikenakan tindakan undang-undang.

“Apa yang mereka lakukan sekarang sebenarnya memberi kesan kepada sektor dan industri lain yang berjalan begitu baik, tetapi kerana 1MDB ia mula lemah menjadi dan menjejaskan industri lain juga,” katanya.

Siasatan 1MDB: Tak Ada Keperluan Panggil Najib - PAC


Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 2:37 PM

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk prosidingnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusinya Datuk Hasan Arifin berkata PAC melihat sebagai 'tidak ada keperluan' untuk memanggil beliau.
"Tak ada keperluan...," jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertamanya selepas mengambil alih jawatan pengerusi PAC daripada Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Kenyataannya itu dilihat sedikit bercanggah daripada ketegasan Nur Jazlan sebelum ini yang berkata PAC akan mempertimbangkan untuk memanggil Najib memberi keterangan bagi membantu siasatan PAC terhadap 1MDB.
"Saya tak tahu tentangnya (kenyataan Nur Jazlan)…tak ada keperluan untuk panggil PM," ulangnya sekali lagi.
Ahli Parlimen Rompin itu turut menegaskan bahawa isu 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib.
"Biar orang awam tahu, ia telah dinyatakan dalam laporan interim Ketua Audit Negara," katanya.
Mengenai adakah ahli perniagaan Jho Low yang didakwa mempunyai kaitan dengan isu 1MDB akan dipanggil Hasan berkata beliau boleh dipanggil tetapi menjadikan alasan kesukaran mengesannya sebagai kekakangan.
"Kita boleh panggil Jho Low tetapi kita juga kena lihat dalam kerangka undang-undang sama ada beliau terlibat dalam apa-apa berkaitan 1MDB…polis pun tak dapat mengesannya, bagaimana kita nak cari," katanya.
Hasan bagaimanapun berkata, dalam mesyuarat hari ini, isu 1MDB tidak dibincangkan sebaliknya PAC bermesyuarat mengenai isu kos pembaikan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan isu projek di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang tidak menjadi.

'Gadis Belon' Akan Kemuka Representasi Supaya Pertuduhan Menghina Ditarik


Diterbitkan: Selasa, 17 November 2015 1:57 PM

KUALA LUMPUR: Penari Bilqis Hijjas yang didakwa berkelakuan menghina bagi membangkitkan kemarahan pada sambutan Hari Kebangsaan lalu, yang turut dihadiri perdana menteri dan isteri, dengan melepaskan belon berwarna kuning, akan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara supaya pertuduhan terhadapnya ditarik balik.
Peguam Michelle Yesudas yang mewakili Bilqis, 36, yang dikenali sebagai 'Gadis Belon', memaklumkan kepada Majistret Muhamad Faizal Ismail pihaknya akan menghantar surat itu sebelum 16 Dis depan.
Mahkamah menetapkan 16 Dis ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan representasi itu dan dua hari untuk perbicaraan kes itu bermula 28 Jan tahun depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi.
Pada 23 Sept lepas, anak perempuan kepada arkitek terkenal tanah air, Hijjas Kasturi itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkelakuan dengan cara menghina bertujuan membangkitkan kemarahan di mana keamanan mungkin terganggu di pusat beli-belah, di aras 5, Pavilion, Jalan Bukit Bintang, pada pukul 3.15 petang, 31 Ogos lepas.
Bilqis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos lalu, tujuh belon kuning dilepaskan dari tingkat lima di pusat beli-belah itu sewaktu Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.
Belon yang dilepaskan itu antaranya tertulis perkataan 'Democracy', 'Justice', 'Corruption' dan 'Free Media'. 

Umno Siasat Dalang Mahu Najib Letak Jawatan


Diterbitkan: Rabu, 18 November 2015 1:53 PM
Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Umno sedang menjalankan siasatan bagi mengesan ‘dalang’ di peringkat cawangan yang menggesa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melatakkan jawatan.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, gesaan yang kononnya datang dari pemimpin akar umbi peringkat cawangan itu sebagai usaha untuk melemahkan parti.
"Kita akan siasat dan lihat masalah dalang-dalang yang ingin melemahkan parti yang sedang utuh dan kuat.
"Kita tiada masalah. Kita ada lebih kurang 25,000 cawangan. 30 cawangan ini pun kita tidak tahu siapa dan cawangan-cawangannya. Inilah masalah ada orang yang cuba menjadi dalang mengeruhkan keadaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.
Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang, memohon Najib meletak jawatan.
Jurucakap kumpulan itu, Rushdan Mohamed berkata Najib perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno kerana skandal berpanjangan yang melanda dirinya telah menjadikan beliau sebagai liabiliti.
Ku Nan berkata setelah penelitian dibuat, terdapat kekeliruan dari segi jumlah cawangan yang membuat gesaan itu.
"Saya tengok nama (ada) 15 cawangan. Saya tak tahulah. Tidak tahu mainan siapa," katanya.
Katanya sebagai setiausaha agung parti, siasatan akan diteruskan walaupun percaya Najib masih mendapat sokongan padu ahli.
"Saya tidak gusar, runsing. Saya percaya bahawa presiden umno masih lagi dapat sokongan penuh dari ahli-ahli Umno," katanya.
Pada Selasa, Rushdan yang juga ketua Umno cawangan Rista Villa Perdana Putra dalam satu sidang akhbar di Kajang berkata Najib perlu meletakkan jawatan jika beliau sayangkan parti, kerana begitu banyak masa telah pun diberikan kepadanya untuk menyelesaikan beberapa masalah seperti GST dan dana RM2.6 bilion.
Berada di kalangan akar umbi dan pengundi, Rushdan berkata, beliau tidak dapat nampak bagaimana Umno dan BN boleh dipilih semula pada PRU-14 jika isu-isu ini tidak dapat diselesaikan dan Najib terus kekal.

Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin, Matthias tidak mengikut SOSMA



Oleh Maria Uffa Zulkafeli



BEKAS Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (dua dari kanan) dan peguam, Matthias Chang (dua dari kiri) dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini selepas mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan terhadap mereka adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). - Foto Ghazali Kori
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan pertuduhan dihadapi bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Khairuddin dan Matthias dilepaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Khairuddin, 53, dan Chang, 65, didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di lima lokasi antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547), yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Lima lokasi itu adalah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid serta ahli keluarga Khairuddin dan Matthias.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daun memberitahu mahkamah, pendakwaan kemungkinan besar akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Hakim menetapkan 12 Januari tahun depan bagi pengurusan kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.
Isteri Khairuddin, pelakon Datin Seri Umie Aida membayar jaminan manakala adik Chang membayar jaminan bagi pihak Chang.
Mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan di Penjara Sungai Buloh lebih dua bulan.
Kedua-duanya memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi memohon beberapa perintah antaranya pertuduhan yang dihadapi mereka tidak tertakluk di bawah SOSMA dan sehubungan itu memohon mahkamah melepaskan mereka dengan jaminan.
Dalam Keputusannya, Mohd Azman berkata kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan tidak boleh dibaca bersama SOSMA.
Beliau menjelaskan SOSMA digubal mengikut Perkara 149(1) Perlembagaan Persekutuan dengan enam Resital yang mempunyai ciri-cirinya sendiri untuk dilaksanakan bagi memastikan ketenteraman awam.
"Walau bagaimanapun resital SOSMA hanya menetapkan empat daripada enam resital, tidak termasuk Resital (e) berkaitan perkhidmatan perbankan dan kewangan," katanya.
Hakim juga berkata beliau berpandangan dengan ketiadaan Resital (e), Parlimen tidak pernah bercadang untuk memasukkan perkhidmatan perbankan dan kewangan ke dalam Resital SOSMA 2012.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali juga turut hadir di mahkamah.
Pada 13 Oktober, Khairuddin dan Chang memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi memohon beberapa perintah antaranya pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan tidak tertakluk di bawah SOSMA dan memohon mahkamah melepaskan mereka dengan jaminan.
Pada 19 Oktober, Mohd Azman merujuk kes mereka ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan isu perlembagaan pertuduhan itu dan pada 3 November, Mahkamah Persekutuan menyerahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan memerintahkan mahkamah itu memutuskan sama ada pertuduhan Khairuddin dan Chang tertakluk di bawah SOSMA.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa langkah Mahkamah Tinggi merujuk persoalan perlembagaan itu adalah tidak kompeten kerana tidak memenuhi ketetapan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Di luar mahkamah, Dr Mahathir ketika ditanya pemberita berhubung keputusan itu berkata ia akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman.
Sementara itu, Umie Aida berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan mahkamah hari ini.

Tawar kapal perang

Manila: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semalam menawarkan sebuah kapal perang kepada Filipina sebagai sebahagian daripada pakej bantuan bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) kepada sekutunya di Asia Tenggara yang bimbangkan usaha China memperluaskan kawalannya di Laut China Selatan.
Obama membuat tawaran itu di atas kapal perang tentera laut Filipina, sejurus tiba di Manila untuk menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang juga dihadiri Presiden China, Xi Jinping.
“Lawatan saya ke sini menunjukkan betapa pentingnya komitmen kita untuk memastikan keselamatan perairan di rantau ini serta kebebasan berlayar,” katanya.
Filipina dilaporkan menerima bantuan bernilai AS$79 juta (RM346 juta) untuk memperkukuhkan keselamatan maritimnya pada tahun kewangan ini - penerima besar di Asia Tenggara, kata Rumah Putih.

Vietnam - yang pernah bersengketa dengan AS, tetapi juga lantang bersuara terhadap China - menerima bantuan bernilai AS$40.1 juta (RM176 juta) manakala Indonesia yang belum mengemukakan tuntutan rasmi terhadap Beijing menerima hampir AS$20 juta (RM88 juta) untuk ‘melindungi kawasan maritimnya.’
Malaysia pula - yang bakal menerima kunjungan Obama Jumaat ini - akan menerima bantuan keselamatan maritim berjumlah AS$2.5 juta (RM11 juta).
Tawarannya itu bagi meyakinkan sekutunya bahawa AS komited untuk memastikan keselamatan di laut berkenaan, susulan China mendirikan pulau binaan di kawasan perairan yang turut dituntut milik beberapa negara lain termasuk Malaysia dan Filipina di rantau itu.
Obama dijadualkan menemui Xi hari ini pada pembukaan persidangan dua hari itu yang membabitkan pemimpin 21 negara lingkaran pasifik.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 7:06 AM


OBAMA berucap selepas memeriksa kapal Filipina, BRP Gregorio Del Pilar di Pelabuhan Manila.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93870#sthash.awTrTjms.dpuf

Pemimpin dunia sarung baju nenas di Filipina




Agensi - gambar fail persidangan APEC 2008 di Peru menyaksikan bekas Presiden AS, George W Bush (dari kanan), bekas Perdana Menteri Thailand, Somchai Wangsawat dan bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memakai jubah ponco.


MANILA - Barisan pemimpin paling berkuasa dunia akan memakai baju nenas pada Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadualkan membuka tirainya di Manila hari ini.
Baju tersebut merupakan pakaian tradisi kaum lelaki di negara Asia Tenggara itu.
Pereka fesyen selebriti Filipina, Paul Cabral bertungkus lumus selama empat bulan untuk menyiapkan baju itu, barong untuk setiap 21 pemimpin APEC.
Ia yang sebahagiannya diperbuat daripada fiber nenas, akan dipakai pada majlis pembukaan APEC di Manila hari ini.
Cabral bagaimanapun berdepan tugas berat untuk menepis reputasi lalu yang menyaksikan acara karpet merah APEC dilabel peragaan pakaian terburuk di dunia.
Pada tahun lalu, tunik yang dipakai oleh pemimpin-pemimpin APEC di China menjadi viral di internet kerana menyerupai uniform filem popular, Star Trek.
Selepas dunia dilanda krisis kewangan global pada 2008, jubah ponco yang dipakai oleh pemimpin APEC di Peru diejek sebagai guni ubi kentang, manakala barisan pemimpin berkenaan kelihatan tidak selesa memakai pakaian tradisional Vietnam, ao dai semasa berada di pentas untuk sesi fotografi.
Tradisi itu bermula pada 1993 apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton menyarung barisan pemimpin APEC dengan jaket kulit seperti yang dipakai oleh kru-kru pesawat pengebom AS.
Pakaian barong mempunyai tempat khas di dalam almari lelaki Filipina. Ia hanya dipakai pada acara istimewa seperti majlis perkahwinan.
“Sidang kemuncak ini menjadi gelanggang terbaik untuk menunjukkan barong dan bakat Filipina. Dunia menjadi penonton anda, tiada yang lebih hebat daripada itu,” kata Cabral.
Pereka fesyen terkenal itu berkata, dia yakin pakaian rekaannya tidak akan menjadi bahan ejekan.
“Saya langsung tidak bimbang. Saya hanya menumpukan kepada kerja saya,” katanya.
Menurut Cabral, rangka tinggi lampai Obama akan dibaluti dengan corak bermotifkan seni bena zaman pembaharuan Amerika.
Baju Presiden China, Xi Jinping pula menampilkan corak bambu, manakala Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memakai baju dengan motif perisai pahlawan Sarawak. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3rn2T60N2 
Hakcipta terpelihara