Sunday, December 1, 2013

Aishah janji pulang

London: Kakak Siti Aishah Abdul Wahab menganggap pertemuan pertamanya dengan ‘hamba’ pemimpin Maoist ekstrem sejak lebih 40 tahun semalam sebagai detik campuran gembira dan sedih.
Menurut Kamar Mahtum Abdul Wahab, 73, Siti Aishah dalam keadaan baik tetapi menganggap adiknya seperti orang lain berbanding insan yang pernah dikenalinya.
Kata Kamar Mahtum, pada permulaannya dia tidak mengenali Siti Aishah.

“Dia nampak sangat berbeza - 40 tahun lebih tua dan wajah gadis yang jelita dulu sudah tiada. Namun, saya juga semakin tua sekarang,” katanya.
Dalam pertemuan itu, kata Kamar Mahtum, perkara pertama dilakukannya dengan Siti Aishah adalah berdakapan selepas mereka terputus hubungan sekian lama. 
“Saya menangis - pertama kerana lega, kemudian kerana marah dan kecewa.

“Siti Aishah bertanya saya mengenai ibu dan saya memberitahunya ibu kami sudah tiada 19 tahun lalu,” katanya.

Siti Aishah adalah seorang daripada tiga wanita diselamatkan polis Britain selepas dijadikan ‘hamba’ selama 30 tahun.

Mereka dikatakan terpengaruh dengan ajaran komunisme dan Maoist tegar yang diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Aravindan Balakrishnan dan isterinya Chanda Pattni.

Di sebalik laporan media mengenai ‘perhambaan’ itu, Siti Aishah sebaliknya menafikan dia didera secara mental dan fizikal.

Dalam pertemuan selama 40 minit di lokasi rahsia dan dikawal ketat polis semalam, Siti Aishah berkata, dia gembira hidup di tempatnya kini dan mempunyai ramai kawan.

Kamar Mahtum berkata, dia diberitahu, Siti Aishah bekerja dan melakukan “tugas penting” di tempatnya, namun tidak dinyatakan maksud kenyataan itu lebih lanjut.

Siti Aishah juga bertegas mendakwa, dia tidak pernah bersendirian di London dan ada orang yang menjaganya.

Memetik pengakuan Siti Aishah, Kamar Mahtum berkata, adiknya itu berasa dirinya dihargai dan disayangi di tempat tinggalnya.

Malah, kata Kamar Mahtum, Siti Aishah berkata, tanpa saudara-mara dia juga boleh hidup dengan selamat seperti dibuktikan selama 40 tahun lalu.

“Saya sangat kecewa,” katanya.

Namun Kamar Mahtum mendakwa, Siti Aishah berjanji untuk pulang bertemu warisnya di Malaysia selepas siasatan mengenai kes itu selesai.

Media tempatan menganggarkan kes itu mungkin berlanjutan sehingga setahun untuk disiasat.

Kamar Mahtum berkata, dia mahu anaknya mengenali Siti Aishah secara langsung, terutama apabila melihat Siti Aishah “lebih British berbanding Malaysia” kerana tinggal di Britain terlalu lama.

“Dia menegur dengan lembut cara saya berpakaian kerana menganggap ia tidak sesuai dipakai dalam suhu sejuk.

“Apabila saya cuba bercakap Melayu dengannya, dia bertanya mengapa saya begitu ketika dia tidak mendengar bahasa itu selama 40 tahun,” katanya.

Kamar Mahtum menunjukkan surat yang ditulisnya untuk Siti Aishah, wanita terbabit tak dapat memahaminya.

Kata Kamar Mahtum, kali terakhir dia bertemu Siti Aishah ialah pada 1967 ketika adiknya berpindah ke London bersama tunangnya.

Pertemuan semalam diawasi kira-kira 10 anggota polis dan wakil wakil dari Kedutaan Malaysia. - Agensi

Tiga pesanan kakak untuk Siti Aishah

London: Baca al-Quran, tulis surat dan pulang ke Malaysia menjadi tiga pesanan Kamar Mahtum Abdul Wahab, 73, kepada adiknya, Siti Aishah sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia.
Menurut blog Tukar Tiub, pesanan terbabit disampaikan sendiri oleh Kamar Mahtum kepada adiknya ketika mereka berjumpa untuk kali terakhir, kelmarin.
Pertemuan berlangsung selama 40 minit di sebuah rumah yang terletak enam jam perjalanan dari London itu berlangsung dengan penuh emosi.
Kehadiran mereka dikawal 10 anggota polis dan wakil kedutaan Malaysia.
Kamar Mahtum juga dikatakan terpaksa menukar kereta dua kali di dua rumah sebelum tiba ke destinasi dituju.
Kamar Mahtum memberi hadiah kepada adiknya iaitu sejadah, jubah dan kain tudung.

Menurut blog itu lagi, Siti Aishah turut bertanya mengenai ibu dan seorang lagi kakaknya.

Bagaimanapun, selepas mengetahui kedua-duanya sudah meninggal dunia, Siti Aishah hanya menitiskan air mata.
Kamar Mahtum turut memujuk adiknya supaya pulang bersama ke Malaysia dan ingin memperkenalkan Siti Aishah dengan empat anaknya.

Bagaimanapun, adiknya menjelaskan, dia lebih senang di Kota London dan mungkin melawat kakaknya satu hari nanti.
Menurut blog itu, Siti Aishah tidak mempedulikan harta pusaka mahupun kekayaan yang mungkin diwarisinya di Malaysia.

Katanya, dia punya tugas untuk diselesaikan di sana, malah tidak pernah rasa sunyi kerana mempunyai ramai kawan.
Walaupun gagal memujuk adiknya pulang, Kamar Mahtum menjelaskan matlamatnya ke London tercapai dan mereka berangkat pulang, semalam.

Al-Fatihah! Dato' Fauzi Shaari kembali ke Rahmatullah



Sunday, December 1, 2013
Al-Fatihah! Dato' Fauzi Shaari kembali ke Rahmatullah

Dato' Fauzi Shaari, bekas Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) PDRM yang menyertai Pas sedikit masa lalu telah menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi.

Allahyarham yang meninggal jam 8.50 malam ini telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Selayang tiga hari yang lalu apabila secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dirumahnya di Shah Alam.

Antara yang terakhir menziarahi beliau di hospital adalah Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Haji Ahmad Yacob semalam.

Allahyarham juga merupakan calon Parlimen Larut pada PRU13 setelah menyertai PAS tahun lalu.

Jenazah Allahyarham akan di bawa kerumahnya di Sec 10, Shah Alam dan akan dikebumikan jam 11 pagi esok.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Amin.

Kakak: Siti Aishah janji pulang dalam 9 bulan

Bekas guru percaya kakaknya jadi hamba di LondonSiti Aishah Abdul Wahab - Foto Ihsan The Telegraph oleh Dean Nelson

SEPANG -  Siti Aishah Abdul Wahab yang dikatakan dijadikan hamba selama 30 tahun di London berjanji akan pulang ke Malaysia selepas sembilan bulan, kata kakaknya, Kamar Mahtum.
 
Kamar Mahtum, 79, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari London berkata semasa pertemuan beliau dengan Siti Aishah di satu lokasi rahsia di sana Khamis lepas, adik bongsunya itu berjanji akan balik secepat mungkin selepas kerjanya di sana selesai.
 
"Dia banyak aktiviti di sana, di sana dia buat kerja-kerja sukarelawan membantu orang tapi saya sudah pujuk dia supaya pulang ," katanya yang tiba di KLIA bersama-sama aktivis politik Hishamuddin Rais kira-kira 7.40 pagi ini.
 
Katanya beliau lega apabila melihat adiknya sihat dan gembira berada di sana kerana menurut laporan akhbar seolah-olah Siti Aishah tidak sihat.
 
"Dia sihat fizikal dan lebih gemuk dari saya, dia juga merindui keluarga di Malaysia namun katanya keringatnya untuk membantu orang susah di sana masih diperlukan," katanya.

Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di selatan London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
 
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School Economics di United Kingdom.
 
Namun ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pelajarannya.
 
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai status agama Siti Aishah, Kamar Mahtum berkata: "Dengan saya dia sudah bagi tahu tapi antara dia dengan Allah hanya dia sahaja yang tahu".  - Bernama

Sesal Arun Soal Bohong Terhadap Mahatma Gandhi

dr arun gandhi 268x300 Sesal Arun Soal Bohong Terhadap Mahatma GandhiSUATU hari, Mahatma Gandhi mengajak anaknya Arun Gandhi ke suatu tempat. Mahatma hari ini akan memberikan satu ceramah di daerah yang sangat jauh dari tempat tinggalnya.
Sambil menunggu ayahnya ceramah, Arun membawa mobilnya ke bengkel. Ternyata membetulkan mobil hanya memerlukan waktu sebentar. Untuk menghabiskan waktu menunggu ayahnya yang sedang ceramah, Arun pergi menonto bioskop.
Keasyikan menonton bioskop, Arun lupa harus menjemput ayahnya. Tergopoh-gopong Arun segera ke tempat ayahnya berceramah. Ketika sampai, ayahnya sudah menunggunya.
Entah karena alasan malu atau takut, Arun berbohong bahwa ia menunggu mobil diperbaiki di bengkel.
Namun tanpa sepengetahuannya, ternyata Mahatma menelefon bengkel lebih dahulu, sehingga sang ayah tahu Arun berbohong.
Mahatma tertunduk sedih. Sambil menatap Arun, sang ayah berkata, “Arun, sepertinya ada sesuatu yang salah dengan ayah dalam mendidik dan membesarkan kamu, sehingga kamu tidak punya keberanian untuk berbicara jujur kepada ayah. Untuk menghukum kesalahan ayah ini, biarlah ayah pulang dengan berjalan kaki sambil merenungkan di mana letak kesalahannya.”
Ketika menceritakan kisah tersebut, Arun berkata: “Sungguh saya begitu menyesali perbuatan saya tersebut. Sejak saat itu seumur hidup, saya selalu berkata jujur pada siapapun.”
“Seandainya saja saat itu ayah menghukum saya, mungkin saya akan menderita atas hukuman itu, dan mungkin hanya sedikit saja menyadari kesalahan saya. Tapi dengan tindakan mengevaluasi diri yang dilakukan ayah, meski tanpa kekerasan, justru memiliki kekuatan luar biasa untuk mengubah diri saya sepenuhnya,” sesalnya.
Arun dewasa kemudian menjadi seorang dokter. []sumber

Siti Aishah nafi jadi hamba


LONDON 30 Nov. - Siti Aishah Abdul Wahab, rakyat Malaysia yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di sini, menafikan mengalami situasi tersebut sepanjang berada di London.
Siti Aishah, 69, mendakwa dia gembira dan menerima layanan baik daripada rakan-rakannya.
Menurut kakak kandungnya, Kamar Mahtum, 73, yang dipetik oleh laman web berita Daily Telegraph, Siti Aishah kelihatan bersahaja ketika mereka mengadakan pertemuan di sebuah lokasi rahsia, di sini semalam.
"Aishah tidak sedikit pun menunjukkan reaksi tertekan atau takut dengan situasi kini.
"Apabila saya menanyakan keadaannya, Aishah memberitahu bahawa dia tidak menjadi hamba kepada mana-mana pihak dan gembira berada di London bersama rakan-rakannya," katanya.
Bagaimanapun, Siti Aishah tidak menyatakan lebih lanjut tentang pekerjaannya di bandar raya ini.
Kamar turut menyatakan bahawa adiknya itu berjanji untuk pulang ke tanah air selepas semua siasatan selesai.
"Kami berharap segalanya akan diselesaikan dengan segera dan Aishah boleh pulang ke kampung halaman tidak lama lagi.
"Aishah kini sudah tidak lagi fasih berbahasa Melayu, namun itu tidak menjadi halangan kami sekeluarga untuk terus menyayanginya," ujarnya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_05/Siti-Aishah-nafi-jadi-hamba#ixzz2mCKJAatE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Siti Aishah nafi jadi hamba


LONDON 30 Nov. - Siti Aishah Abdul Wahab, rakyat Malaysia yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di sini, menafikan mengalami situasi tersebut sepanjang berada di London.
Siti Aishah, 69, mendakwa dia gembira dan menerima layanan baik daripada rakan-rakannya.
Menurut kakak kandungnya, Kamar Mahtum, 73, yang dipetik oleh laman web berita Daily Telegraph, Siti Aishah kelihatan bersahaja ketika mereka mengadakan pertemuan di sebuah lokasi rahsia, di sini semalam.
"Aishah tidak sedikit pun menunjukkan reaksi tertekan atau takut dengan situasi kini.
"Apabila saya menanyakan keadaannya, Aishah memberitahu bahawa dia tidak menjadi hamba kepada mana-mana pihak dan gembira berada di London bersama rakan-rakannya," katanya.
Bagaimanapun, Siti Aishah tidak menyatakan lebih lanjut tentang pekerjaannya di bandar raya ini.
Kamar turut menyatakan bahawa adiknya itu berjanji untuk pulang ke tanah air selepas semua siasatan selesai.
"Kami berharap segalanya akan diselesaikan dengan segera dan Aishah boleh pulang ke kampung halaman tidak lama lagi.
"Aishah kini sudah tidak lagi fasih berbahasa Melayu, namun itu tidak menjadi halangan kami sekeluarga untuk terus menyayanginya," ujarnya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_05/Siti-Aishah-nafi-jadi-hamba#ixzz2mCKJAatE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas pemimpin PULO terima pengampunan diraja


YALA 29 Nov.- Bekas pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO), Abdul Rahman Abdulkadir atau Haji Bedo Betong adalah antara 12 banduan yang dibebaskan selepas menerima pengampunan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.
Pengampunan itu adalah bersempena hari keputeraan baginda yang akan disambut pada 5 Disember ini dan hari ulang tahun kelahiran Permaisuri Sirikit pada 12 Ogos lepas.
Faktor usia Abdul Rahman yang kini berusia 74 tahun menyumbang kepada pembebasannya.
Sebelas inividu lain menerima pengampunan kerana berkelakuan dan berakhlak baik ketika menjalani hukuman.
Mereka dibebaskan semalam di Penjara Wilayah Yala dan antara yang hadir ialah Kolonel Polis, Tawee Sodsong iaitu Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) yang juga Pengerusi Majlis Pembebasan Banduan.
Abdul Rahman dipenjarakan sejak 22 Januari 1999 selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah beliau disabitkan dengan kesalahan pemberontakan.
Beliau dipenjarakan di Penjara Bankuang, Bangkok dan di Songkhla sebelum dipindahkan ke Penjara Yala pada Ramadan lepas.
Sementara itu, anak Abdul Rahman, Muhammad Asri Baso, 43, ketika ditemui Bernama, bersyukur atas pembebasan ayahnya.
"Kami bernasib baik kerana ayah dibebaskan dan ini adalah satu kebebasan yang besar dan mendapat keadilan daripada pihak kerajaan," katanya menambah keluarganya hidup dalam keadaan susah selepas bapanya dipenjarakan.
Dalam pada itu Tawee berharap semua banduan yang dibebaskan menggunakan peluang yang diberi oleh kerajan untuk memulakan hidup baharu dan menyumbang kepada negara.
SBPAC sedia membantu mereka memanfaatkan pengetahuan yang diraih sepanjang dalam tahanan untuk membina hidup baharu, katanya. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_11/Bekas-pemimpin-PULO-terima-pengampunan-diraja#ixzz2mCJj2C1P
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Situasi Bangkok semakin buruk


Penunjuk perasaan antikerajaan membaling batu ke arah sebuah bas membawa anggota pergerakan Baju Merah dalam perjalanan ke Stadium Rajamangala di Bangkok bagi menyertai demonstrasi menyokong kerajaan, semalam. - AFP
BANGKOK 30 Nov. - Situasi di Bangkok semakin meruncing apabila beribu-ribu penunjuk perasaan menyerbu dua bangunan komunikasi utama negara, hari ini ketika pergerakan kumpulan Baju Merah berhimpun bagi menunjukkan sokongan kepada kerajaan.
Keadaan itu membimbangkan ekoran boleh mencetuskan pertempuran antara kedua-dua kumpulan penunjuk perasaan jika mereka bertembung ketika pasukan keselamatan hanya memantau dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan itu menyerbu bangunan Organisasi Telefon Thailand (TOT) dan Pihak Berkuasa Komunikasi Thailand (CAT) yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan komunikasi tempatan dan antarabangsa.
Mereka mengepung sebahagian daripada pejabat TOT berdekatan kompleks kerajaan di pinggir bandar Bangkok.
Bagaimanapun, Menteri Maklumat dan Teknologi Komunikasi, Anudith Nakornthap menegaskan bahawa perkhidmatan komunikasi di negara ini tidak akan terjejas biarpun kumpulan penunjuk perasaan menyerbu kedua-dua bangunan tersebut.
"Rakyat tidak perlu risau kerana tunjuk perasaan tersebut tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan komunikasi, selain kerajaan mempunyai sistem sokongan sekiranya berlaku sebarang kecemasan," katanya yang dipetik akhbar, The Nation.
Jurucakap Pergerakan Awam untuk Demokrasi yang turut menyertai tunjuk perasaan tersebut, Ekkanat Phompan berkata, Jabatan Hal Ehwal Awam dan Zoo Dunsit turut menjadi sasaran mereka.
"Rancangan kami adalah untuk memastikan kerajaan lumpuh menjelang Isnin depan," katanya.
Dalam pada itu, Baju Merah berikrar meningkatkan jumlah demonstrasi di Bangkok hari ini dan berikrar melindungi kerajaan.
Lebih 13,000 penyokong Baju Merah daripada 32 daerah di seluruh Thailand menyertai perhimpunan yang diadakan di Stadium Rajamangala.
Sementara itu, penunjuk perasaan antikerajaan menyerang sebuah teksi dan sebuah bas yang membawa pengikut Baju Merah dalam dua kejadian berasingan berdekatan Stadium Rajamangala namun tiada kecederaan dilaporkan. - dpa/AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_04/Situasi-Bangkok-semakin-buruk#ixzz2mCJT32Bq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3,000 tentera dikerah mengawal keselamatan di Bangkok


BANGKOK 1 Dis. - Thailand akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera untuk mengukuhkan keselamatan ketika penunjuk perasaan semakin mengganas di Bangkok, semalam.
“Bermula malam tadi, beberapa kumpulan tentera telah dihantar untuk mengawal keselamatan," kata jurucakap polis, Piya Utaya, sambil memberitahu, seramai 2,730 anggota tentera itu terdiri daripada tentera darat, laut dan udara.
Langkah itu diambil selepas berlaku keganasan di ibu negara Thailand, menyebabkan dua orang cedera kerana ditembak penunjuk perasan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_01/3000-tentera-dikerah-mengawal-keselamatan-di-Bangkok#ixzz2mCJN0IPI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat Islam Thai mahu sengketa selesai aman

Rakyat Islam Thai mahu sengketa di Bangkok selesaiPATTANI - THAILAND. Penyokong dan penentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra di luar ibu kota Bangkok semakin lantang menunjukkan sokongan mereka.
  
Di lima wilayah selatan, walaupun menghadapi keganasan, penduduknya yang beragama Islam mahukan masalah tersebut diselesai secara aman.

Hari ini, lebih 300 orang penduduk mewakili pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Pattani untuk mengisytihar pendirian menyokong masalah diselesaikan secara aman dan menghargai sistem demokrasi negara itu.
  
Mereka yang mewakili Majlis Agama Islam di lima wilayah selatan (Pattani, Yala, Narathiwat , Songkhla dan Satun), pemimpin tempatan, wakil Sekolah Agama Islam, pemimpin agama tempatan, pelajar dan kumpulan sivik menyatakan pendirian teguh mereka supaya masalah politik yang sedang melanda negara diselesaikan dengan cara aman dan menghargai sistem demokrasi negara.
  
Mereka juga menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Yingluck.   

Waederamae Matmangchik, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, meminta pihak penentang kerajaan supaya berunding agar tidak merosakkan negara.
  
Ditemubual di majlis tersebut, beliau berkata yang bersengkata semuanya rakyat Thai dan penyelesaian melalui rundingan membantu negara terus maju.  - Bernama

Polis perketat kawalan di Bangkok


SEBUAH teksi diserang oleh penunjuk perasaan antikerajaan berdekatan sebuah stadium di Bangkok.


BANGKOK - Polis mengetatkan kawalan keselamatan di ibu kota Thailand di sini semalam selepas beribu-ribu penunjuk perasaan berikrar akan menawan pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra untuk melumpuhkan pentadbirannya.
Kumpulan penunjuk perasaan tersebut berkumpul di luar bangunan sebuah kumpulan syarikat telekomunikasi di kota raya ini.
Berdepan sokongan yang kian merudum, mereka mula bertindak ganas dengan memecah masuk ke dalam ibu pejabat tentera di sini kelmarin.
Tindakan itu dilakukan untuk mendesak angkatan bersenjata supaya memihak kepada mereka dalam pergelutan kuasa yang melibatkan usaha melemahkan pengaruh abang Yingluck iaitu bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.
"Lusa (hari ini), kita akan mengumumkan kemenangan kita dan kekalahan rejim Thaksin," kata ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban di hadapan beribu-ribu penyokongnya lewat kelmarin.
Menjelang tengah hari semalam, beberapa ribu penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan pejabat syarikat telekomunikasi kerajaan, TOT Plc.
Mereka juga merancang untuk mengepung ibu pejabat polis, Rumah Kerajaan dan sebuah zoo.
"Kita perlu melanggar undang-undang sedikit untuk mencapai matlamat kita," kata Suthep.
Beliau merupakan bekas timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran sebelum ini yang ditewaskan oleh Yingluck pada pilihan raya 2011.
Dalam perkembangan berkaitan, beratus-ratus anggota polis mengosongkan bas dan van yang berada berdekatan pejabat perdana menteri di Rumah Kerajaan.
Seorang pegawai polis memberitahu agensi berita Reuters bahawa kira-kira 5,000 anggota polis akan ditempatkan di lokasi tersebut menjelang lewat semalam.
Ancaman Suthep itu memburukkan lagi konflik antara golongan kelas pertengahan bandar dengan penyokong Yingluck dan Thaksin yang terdiri daripada penduduk desa.
Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 sebelum didapati bersalah atas tuduhan rasuah dua tahun kemudian.
Beliau hidup di luar negara sejak tahun 2008 untuk mengelak daripada hukuman penjara tetapi masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kerajaan pimpinan Yingluck.
Semalam Suthep menggesa penyokongnya supaya menamatkan rejim Thaksin dengan menutup kompleks pentadbiran kerajaan sebelum menawan Kementerian Buruh, Hal Ehwal Luar, Pendidikan dan Dalam Negeri hari ini.
Namun, kerajaan Yingluck berikrar akan terus mentadbir negara dan mengawal ketenteraman awam. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2mAyhQtW8 
Hakcipta terpelihara 

Aishah enggan pulang Malaysia dulu



LAMAN rumah yang didakwa tempat Balakrishnan mengurung tiga wanita termasuk Aishah di London.


LONDON - Selepas 40 tahun berpisah, Siti Aishah Abdul Wahab yang dijadikan hamba domestik di sini memberitahu kakaknya, Kamar Mautum, 79, bahawa dia tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
"Saya tidak memberi tekanan kepadanya kerana dia mungkin melarikan diri daripada saya," kata Kamar.
Menurut Kamar, dia diberi masa 40 minit untuk menemui Aishah setelah dibawa menaiki kenderaan Scotland Yard menuju ke satu lokasi rahsia petang Khamis lalu.
"Apabila sampai, saya pergi kepadanya dan kami berpelukan. Kami terus berpelukan dan saya menangis teresak-esak selama lima minit.
"Dia meletakkan kepala saya pada bahunya dan saya tidak dapat berhenti menangis," kata Kamar.
"Adik saya menitiskan air mata tetapi dia tidak menangis seperti saya," ujarnya.
Mata Kamar berkaca ketika dia ditemu bual akhbar Daily Telegraph. Kamar seorang wanita bertubuh kecil dengan mata bersinar dan berwajah lembut.
"Saya menangis kerana berasa lega dan kecewa. Saya marah, saya sedih, saya kecewa," jelasnya.
Menurut Kamar, adiknya kemudian berkata: "Awak datang dari jauh hanya untuk memarahi saya?"
Kata wanita warga emas itu, dia menangis semula apabila mendengar jawapan Aishah.
"Saya rasa bersalah kerana apabila saya bertemu dengannya, saya menzahirkan rasa tidak setuju saya tetapi itulah yang terpendam di dalam diri saya selama ini," kata Kamar.
"Mengapa dia boleh melakukan sebegini kepada kami?," Walaupun Kamar mahukan jawapan, dia dilarang daripada menyoal masa silam adiknya.
Aishah, Josephine Herivel, 57 dan Rosie Davies, 30 tinggal di sebuah kediaman yang diuruskan oleh pengikut Mao, Aravindan Balakrishnan dan isterinya Chanda yang didakwa mendera mereka secara fizikal dan mental selama bertahun-tahun.
Pasangan suami isteri itu ditangkap kerana disyaki melakukan paksaan dan perhambaan domestik. Mereka kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.
Sejak bertahun-tahun terpisah, Kamar tidak pernah mendapat berita daripada adiknya. Dia tahu Aishah telah memutuskan hubungan dengan tunangnya, Omar.
Dia juga berhubung dengan salah seorang adik-beradiknya, Mohamad yang menetap di barat bandar raya ini.
Kamar juga tahu bahawa Aisyah gagal dalam peperiksaannya selain mendengar khabar angin bahawa dia telah menyertai Forum Pelajar Malaysia dan Singapura, yang merupakan sebuah pertubuhan ekstremis.
"Kami telah banyak kali cuba menghubunginya," kata Kamar.
"Kami meminta rakan-rakan di London untuk mendapatkan Aishah. Apabila saudara lelaki saya keluar mencarinya, Aishah enggan menemuinya. Itu merupakan titik tolak hubungan kami terputus langsung," jelas wanita tersebut.
Kamar yang merupakan seorang pesara guru adalah antara segelintir anggota keluarga Aishah yang masih hidup.
Ibu bapa adik-beradik itu sudah meninggal dunia, begitu juga tujuh daripada 12 saudara mereka.
Dia sentiasa menjadi pelindung kepada adiknya, lebih-lebih lagi pada waktu ini.
"Dia sungguh kecil ketika kanak-kanak. Ketika itu, dia amat rapat dengan saya dan saya sentiasa melindunginya," kata Kamar.
"Jika dia mempunyai kerja yang banyak, saya akan membantunya. Kami belajar di sekolah rendah convent dan kami kerap bertukar pakaian seragam kerana saiz badan kami sama," tambahnya.
Apabila Aishah pertama kali datang ke England, dia telah merancang untuk kembali ke tanah air dalam tempoh empat atau lima tahun.
"Saya kemudian telah berputus asa kerana Aishah tidak pulang," katanya sedih.
"Saya mempunyai empat orang anak dan 11 orang cucu. Kesibukan itu sedikit sebanyak mengubat hati saya tetapi alangkah baik jika saya dapat berkongsi kegembiraan ini dengan adik saya. Dia tidak mengenali suami saya," jelas Kamar.
Pada detik pertemuan mereka, Kamar menunjukkan gambar perkahwinannya dan memaklumkan kepada Aishah bahawa ibu mereka telah memanggil namanya semasa dia sedang nazak.
Aishah, katanya, ialah seorang yang lemah lembut dan mudah terpengaruh.
Sisi tersebut mungkin digunakan oleh Balakrishnan untuk menarik Aishah menyertai gerakannya. Lelaki itu juga memujuk adiknya untuk mencabut dan membuang cincin tunangnya ke dalam Sungai Thames.
Pada pertemuan tersebut, Aishah memberitahunya bahawa dia mempunyai beberapa rakan di sini yang menjaganya.
"Apabila saya bertanya tentang agamanya, dia memberitahu dia mempunyai beberapa rakan yang alim dan menjawab 'keperluan saya mencukupi'," kata Kamar.
Menurut wanita itu, dia gembira kerana adiknya mempunyai rakan-rakan yang dapat menjaganya.
"Saya rasa Aishah lega kerana terlepas daripada seksaan itu tetapi dia bukan seorang yang akan menunjukkan rasa sedih," jelas Kamar.
"Dia tidak gembira tetapi berpendapat perjuangan itu (gerakan Mao) adalah sesuatu yang betul. Saya berpendapat kita perlu menghormati kehidupannya," tambahnya.
Adik-beradik itu bercakap menggunakan bahasa Inggeris kerana Aishah sudah lupa bagaimana untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Sebelum berpisah, adik-beradik itu membuat tiga janji yang setiap satu dimeterai dengan berjabat tangan.
"Pertama dia akan pulang ke rumah kami suatu hari nanti, kedua, dia akan membaca al-Quran dan ketiga dia akan mengutus surat kepada kami," ujar Kamar.
"Saya tidak mahu kehilangannya lagi," tambah wanita itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2mAxswMER 
Hakcipta terpelihara 

Pancaroba

Pancaroba

MashaAllah!

Pancaroba

Attabad Lake, Hunza Valley ~ Pakistan