Sunday, February 26, 2012

MB nasihat Badrolamin cuti satu bulan - Nasional

MB nasihat Badrolamin cuti satu bulan - Nasional - Sinar Harian:
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrolamin Bahron bercuti sebulan sehingga siasatan dakwaan khalwat beliau selesai.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Abdul Khalid melalui e-mel telah menyampaikan cadangan tersebut agar Badrolamin dapat menumpukan perhatian kepada kes tersebut.

“Menteri Besar kini berada di Pahang, hanya berhubung dengan saya melalui e-mel, beliau memaklumkan kepada saya agar Dr Badrolamin mengambil cuti sebulan sementara beliau dapat mengendalikan kes ini dengan baik.

“Kita akan bincang Isnin ini (esok) bila beliau akan mula bercuti. Pejabat Menteri Besar akan membuat satu mesyuarat ringkas untuk bincangkannya tetapi kita akan minta beliau bercuti selama sebulan,” katanya.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat kes tersebut secara adil kerana bukan sahaja melibatkan pentadbiran cekap, tetapi juga melibatkan maruah individu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga meminta Badrolamin memberikan sepenuhnya kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Pahang bagi membersihkan nama beliau.

“Kita perlu berhati-hati dalam kes sebegini, kalau maruah seseorang tentu ia melibatkan keluarga, anak-anak dan masa depan mereka. Sebab itu Kerajaan Negeri memberikan kelapangan kepada beliau,” katanya.

Dalam pada itu katanya, masih terlalu awal untuk Kerajaan Negeri membuat telahan berhubung isu ini kerana ia masih baru, malah Badrolamin mendakwa ketika beliau ditangkap, wanita berkenaan tiada dalam bilik tersebut.

“Perkara itu berlaku di Pahang, ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor untuk campur tangan secara dekat.

“Kalau berlaku di Selangor, paling tidak kita boleh bertanya kepada beliau apakah SOP yang dilakukan pada kejadian tersebut. Tetapi (ia berlaku) di Pahang walaupun ia melibatkan kakitangan awam Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau juga difahamkan, sepanjang Badrolamin bercuti kelak, portfolionya akan dipegang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Abdul Aziz.

Semalam, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama wanita berstatus isteri orang dalam sebuah bilik hotel di Balok, Pahang kira-kira jam 3 pagi.

Beliau yang enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR lain selama tiga hari berakhir hari ini.


'via Blog this'

Surat Tun Mahathir kepada Ehud Barak didedah kepada umum awal minggu depan

Berita Harian Online | Surat Tun Mahathir kepada Ehud Barak didedah kepada umum awal minggu depan: SEKINCHAN: Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak awal minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau sudah
mengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum.
"Wisma Putra memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu
diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis
surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu
negara Palestin yang berdaulat," katanya di SJKC Yoke Kuan di sini.

Beliau berkata, surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses
kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dulu hingga sekarang.

Katanya, isu surat itu dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini, tetapi yang sebenarnya mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap Israel. - BERNAMA

'via Blog this'

NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah

Berita Harian Online | NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah: KUALA LUMPUR: National Feedlot Corporation (NFC) hari ini melahirkan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya pengerusinya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT), menegaskan kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

"NFC terkejut dan bingung bahawa pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma
perunding perhubungan awamnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas
nasihat peguamnya Shafee Abdullah.

Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di
sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung
perkara itu.

Semalam, Syed Ismail berkata, polis mencadangkan supaya Mohamed Salleh, suami
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil didakwa bagi pertuduhan pecah amanah.

Beliau berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang
disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lalu bagi
menyiasat beberapa perkara lain.

"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam
masa terdekat," katanya ketika dihubungi.

Isu NFC, yang diterajui Mohamed Salleh sebagai pengerusi eksekutif mula
mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan
terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan
meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara
terhadap daging import. - BERNAMA

'via Blog this'

WAJAH WANITA YANG DITANGKAP BERSAMA UST. BADRUL?

Benarkah ini wajah wanita ditangkap khalwat bersama pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin Bahron di Hotel Swiss Garden, Pahang?

Wanita tersebut, Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang merupakan isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.

Dakwa
Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau."Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Dr.Badrulamin ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi Dr.Badrulamin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

Dr.Badrulamin dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya.Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan di Hotel Swiss Garden.
sumber dppwm.com http://idahsalam.blogspot.com/

Hari gembira bertukar tragedi

Hari gembira bertukar tragedi - Semasa - Sinar Harian:
Kemalangan
KULAIJAYA – Hasrat seorang pekerja buruh binaan untuk mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam kemalangan jalan raya di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi, semalam berhampiran lampu isyarat di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru-Air Hitam membabitkan enam kenderaan termasuk empat kereta, satu lori dan sebuah jentolak.
Ketika kejadian, mangsa, Rahmat Manal, 45, dikatakan sedang dalam perjalanan bersama isterinya dari kediaman mereka di Taman Dawani, Senai untuk ke Dewan Raya Kulai bagi menuntut BR1M berjumlah RM500.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada lori yang dipandu lelaki berusia 41 tahun gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta yang dipandu mangsa.
“Pelanggaran itu kemudiannya menyebabkan lori dan kenderaan mangsa terbabas ke hadapan dan melanggar empat kenderaan termasuk jentolak yang berada di hadapan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduknya dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya patah pada bahagian jari kaki namun keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Zulkefly berkata, pemandu lori berkenaan turut mengalami kecederaan ringan dan telah ditangkap manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, pemandu jentolak yang hanya ingin dikenali sebagai Zul berkata, lori yang melanggar kenderaan mangsa dipandu dalam keadaan laju dan turut memintas beberapa kenderaan lain sebelum kejadian berlaku.
“Ketika itu kami sedang berhenti di laluan kiri ketika lampu isyarat merah, tiba-tiba sebuah lori datang dari arah belakang dalam keadaan laju dan terus merempuh kenderaan mangsa yang berada di belakang jentolak saya.
“Kejadian ini menyebabkan tayar jentolak pecah pada bahagian kanan hadapan dan mengalami kerosakan akibat hentaman yang terlalu kuat.
“Malah pelanggaran berkenaan turut menyebabkan lori berkenaan ternaik di atas kenderaan mangsa dan terpaksa ditarik menggunakan kren untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.
Katanya, beliau bersama beberapa penduduk yang berada di kawasan sekitar turut membantu mengeluarkan isteri mangsa yang masih hidup sebelum dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, majikan mangsa yang ingin dikenali sebagai Roslan berkata, mangsa meminta kebenaran cuti daripadanya untuk mengambil wang BR1M dan pulang ke kampungnya di Pontian.
“Dia telah bekerja selama dua tahun bersama saya dan setahu saya dia merupakan seorang pemandu yang cermat dan tidak gemar memandu laju.
“Kemalangan yang menimpa Rahmat amat mengejutkan saya, tambahan pula kami baru sahaja bertemu dua hari lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang pelik,” katanya.

'via Blog this'

Pemimpin PKR: Saya hanya bantu 'isteri orang lari rumah'

Pemimpin PKR: Saya hanya bantu 'isteri orang lari rumah' - Nasional - Sinar Harian: SHAH ALAM - Seorang pemimpin PKR yang ditahan di sebuah hotel dekat sini awal pagi semalam, dipercayai kerana berdua-duaan dengan isteri orang berkata, wanita yang didakwa bersamanya hanya datang berjumpa bagi menyelesaikan masalah keluarganya.

Pemimpin dari Selangor ini berkata, wanita berkenaan datang menemuinya untuk mengadu masalah dihadapinya dan beliau juga telah menasihatkan agar dia pulang semula ke rumahnya.

Dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pemimpin berkenaan kepada Sinar Harian, beliau mendakwa cuba menyelesaikan masalah rumah tangga wanita berkenaan.

“Kes isteri orang lari dari suami datang ke hotel di Kuantan tempat retreat....Ana (saya) nasihat pulang semula,” katanya lagi.

Difahamkan suami wanita berkenaan mengetahui berita penangkapan itu.

Laporan media menyebut, pemimpin itu ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat Kuantan awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya.

Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu

'via Blog this'

Anwar gesa kerajaan, Australia dengar suara anti-Lynas

Anwar gesa kerajaan, Australia dengar suara anti-Lynas - Nasional - Sinar Harian:
lynas_himpun
KUANTAN - Pakatan Rakyat (PR) kecewa dengan sikap kerajaan kerana lebih mementingkan soal keuntungan semata-mata apabila membenarkan projek memproses nadir bumi RM700 juta beroperasi di Gebeng dekat sini.
Meluahkan pendirian itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mengutamakan masa depan penduduk, bukannya hasil yang akan diperoleh daripada operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd.
Sehubungan itu kata beliau, projek ini akan dihentikan serta-merta sekiranya PR berjaya mengambil alih Putrajaya.
“Cukuplah cakap pasal duit, duit, duit. Sepatutnya kerajaan perlu memikirkan kesan akibat daripada kesan kemusnahan bukan sahaja kepada alam sekitar malah manusia, terutama generasi akan datang.
“Adakah kita mahu anak cucu kita mewarisi kesengsaraan ini? Jika tidak mahu, bantu saya untuk menghentikannya, dengan syarat, kita tawan Putrajaya,” katanya kepada 10,000 penyokong Himpunan Hijau 2.0 di padang MPK4, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Kuantan dan Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan dua lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat membantah kerana tidak diberi peluang untuk menyatakan suara mereka kepada kerajaan mengenai perkara ini.
Justeru, katanya, beliau akan menyampaikan mesej bantahan ini kepada kerajaan Australia dan mendesak mereka menarik balik projek Lynas.
“Saya tidak mahu orang luar korbankan rakyat di negara ini, jadi Lynas perlu ditutup. Saya akan sampaikan dan mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini.
“Bukan itu sahaja, 12 Mac nanti, saya bersama-sama pemimpin Pas dan DAP akan mengemukakan usul tergempar supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) membatalkan projek ini. Mereka jangan main-main dengan suara bantahan ini,” katanya.
Menurut Anwar, kerajaan juga telah menutup pintu rundingan apabila tidak mengendahkan pandangan Fuziah mengenai projek ini.
Justeru, untuk memastikan Lynas mendapat sokongan rakyat, beliau berkata, apa pihak telah memainkan isu perkauman dan meletakkan label kaum kepada mereka yang menyokong terhadap bantahan Lynas.
“Kita bantah Lynas bukan bererti kita sokong Cina sahaja. Kita berbuat demikian kerana ia adalah isu semua bangsa dan negara. Jangan cuba lagakan bangsa dengan isu itu.
“Ini kerana yang membantah bukan Cina sahaja, malah semua bangsa. Dalam al-Quran ada menyebut mengenai tanggungjawab manusia supaya menjaga alam sekitar,” katanya.
Menurutnya, mereka yang tidak menghormati alam sekitar bererti menghina al-Quran.

'via Blog this'

Dr M: Saya sudah lama mahu dedah surat kepada PM Israel

Dr M: Saya sudah lama mahu dedah surat kepada PM Israel - Nasional - Sinar Harian:
MAHATHIR
KOTA SAMARAHAN - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah lama berniat mahu mendedahkan isi kandungan perutusan surat kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Dr Mahathir berkata hasrat berkenaan ingin dilakukan beliau semasa menulis buku memoir "A Doctor In The House" namun atas sebab tertentu kerajaan melarang beliau daripada berbuat demikian.

"Saya memang mahu dedahkan isi kandungan surat kepada Israel itu dalam buku terbaru saya, tapi atas sebab tertentu kerajaan menghalang hasrat itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah "Patriotisme dan Politik" di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju untuk mendedahkan kandungan surat itu minggu hadapan dan berharap ia dapat memperbetulkan sangkaan buruk yang dilontar pihak tertentu terhadapnya ketika ini.

Beliau berkata pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepadanya sejak akhir-akhir ini berhubung dakwaan pembangkang yang cuba mengaitkannya dengan Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara Dr Mahathir dan Barak awal minggu depan.

Najib berkata surat itu menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Perdana Menteri berkata berkata isu surat itu dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan sekaligus mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap Israel.

'via Blog this'

PKR mahu Badrul Amin disiasat secara profesional

PKR mahu Badrul Amin disiasat secara profesional - Nasional - Sinar Harian:
Badrul Amin Baharon
SHAH ALAM - PKR mahu anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Dr Badrul Amin Baharon, yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) awal pagi semalam berhubung kejadian, didakwa berdua-duaan dengan seorang wanita, disiasat secara profesional.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional
"PKR mengambil maklum bahawa Dr. Badrul Amin Baharon diminta oleh Jabatan Agama Islam Pahang untuk membantu siasatan berikutan sebuah insiden di Kuantan pada 25 Februari 2012 (semalam).
"Justeru, PKR menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, PKR juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat.
Badrul Amin, 51, dijangka akan hadir di pejabat Jaip esok.

'via Blog this'

Rezeki ‘anak rahsia’ Whitney

myMetroRezeki ‘anak rahsia’ Whitney:TIDAK banyak diketahui mengenai Gordon, tetapi dia disayangi Whitney.
TIDAK banyak diketahui mengenai Gordon, tetapi dia disayangi Whitney.

LOS ANGELES: Anak lelaki ‘rahsia’ Whitney Houston dikatakan bakal menikmati sebahagian besar daripada kekayaan penyanyi itu tidak lama lagi.

Sumber keluarga Whitney berkata, Nick Gordon, 22, diselamatkan penyanyi itu dengan membawanya hidup di rumah sama di Atlanta, Georgia, ketika dia masih kecil.


Walaupun tidak pernah dijadikan anak angkat secara rasmi, Gordon memang mempunyai latar belakang bermasalah sebelum dilindungi Whitney.

Menurut sumber, Gordon sangat akrab dengan Whitney serta anak penyanyi itu dengan suaminya, Bobbi Kristina Brown, 18.


“Hakikatnya, Gordon seolah-olah abang kandung Bobbi,” katanya.


Sumber itu berkata, walaupun Whitney, 48, berdepan dengan pelbagai masalah kewangan dan peribadi di akhir hayatnya, penyanyi itu masih memiliki harta bernilai £20 juta (RM100 juta).

Ia semakin meningkat ekoran jualan album Whitney yang laris sejak kematiannya.


Sumber berkata, Gordon hampir pasti akan menerima sebahagian kekayaan ditinggalkan itu.

“Whitney sangat menyayangi Gordon seperti seorang ibu dengan anak kandungnya,” katanya.


Sumber itu berkata, jika nama Gordon tidak termasuk dalam wasiat ditulis Whitney, kekayaan itu akan diwarisi Bobbi.


Dalam keadaan itu, kata sumber berkenaan, Bobbi tentu akan memastikan Gordon tidak diabaikan demi Whitney,” katanya.


Pada masa sama, Gordon juga ada masalah sendiri.


Pada 2011, dia didakwa memiliki senjata api apabila cuba meleraikan pergaduhan Bobbi dengan bekas teman lelakinya. - TS


'via Blog this'

Bantah Lynas: 20,000 sertai Himpunan Hijau 2.0

Bantah Lynas: 20,000 sertai Himpunan Hijau 2.0:

KUANTAN, 26 Feb: Hampir 20,000 rakyat Malaysia khususnya masyarakat Kuantan hari ini turun ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 bagi menyatakan solidariti membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Perhimpunan yang diberi nama Himpunan Hijau 2.0 hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Pelbagai cara bantahan dizahirkan bukan sahaja dengan memakai baju hijau, malah juga dengan membawa kain rentang, pengikat kepala, poster dan payung mengecam tindakan Lynas itu.

Antaranya tulisan seperti 'Stop Lynas', 'Save Malaysia', 'No Toxic Cyanide' dan belbagai lagi.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya Tionghua turut melaungkan slogan 'Selamatkan rakyat, Hancur Lynas, Say no to Lynas, undur Lynas, Pilihan ditangan kita dan sebagainya.

Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka turut hadir memberi sokongan adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Himpunan yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu sekarang ini sedang berlangsung dengan ucapan wakil-wakil NGO dan tamat jam 11.20 pagi, sebentar tadi.


'via Blog this'

Bantah Lynas: Sejarah tercipta di Kuantan

Bantah Lynas: Sejarah tercipta di Kuantan: Puluhan ribu manusia yang berpakaian hijau kini sedang berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia.

Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan.

Mereka yang kebanyakan mewakili NGO dan parti politik pembangkang datang sejak awal pagi lagi. Beberapa pemimpin politik hadir memberi sokongan kepada himpunan berkenaan. Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub, Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Sehingga ini himpunan berjalan lancar tanpa gangguan. Perpindahan lokasi himpunan atas dasar keselamatan tidak menjadi masalah. Himpunan Hijau itu membuktikan bahawa sekiranya polis memberi kerjasama mereka dapat berhimpun secara aman.

Apa yang dicatat di Kuantan hari ini adalah satu sejarah. Belum pernah himpunan seramai itu berlangsung di negeri Perdana Menteri Najib Razak. Sudah pasti Najib khasnya dan BN perlu memikirkan sesutau yang lebih keras untuk menyekat kemarahan rakyat berhubung projek itu.

Sementara itu lawan web yang ditubuhkan oleh pihak pengajur untuk memberi laporan langsung himpunan berkenana telah dikucar oleh pihak tertentu. Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan tepaksa berkongsi maklumat di laman sosial blog dan Fb. SMS juga menjadi alat penghbung utama untuk melaporkan himpunan berkenaan. [*** 11:37 am 26/02/12] -http://www.msomelayu.blogspot.com/

'via Blog this'

Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Bahron

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Bahron:

'via Blog this'