Friday, August 10, 2012

Khairy Nampak Kain Orang Terselak, Lupa Seluar Dalam Sendiri Carik...



Khamis, 09 Ogos, 2012.


Oleh: MSO

Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kepelbagai tema hari kemerdekaan diperkenakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai raksasa berkepala tiga seperti mana dalam mitos Yunani. Aduh... sedap bunyi komen Khairy Jamaluddin! Komen beliau itu sudah tidak terpakai lagi kerana kalau beliau meng up-date kan pengetahuannya komen itu tidak relevan. 

Kesemua negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menggunakan tema sama yang diluluskan oleh PR iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Timbul sedikit kekalutan dan keplebagaian itu disebabkan Pakatan Rakyat lewat dalam mengemukakan tema khusus. Kalau PR awal-awal lagi menyediakan tema dan slongan khusus nescaya kepelbagai itu tidak timbul.


Bertolak dari itu tidak timbul Pakatan Rakyat berkepala tiga seperti mana dakwa Khairy. Pakatan Rakyat tetap berkepala satu walaupun tubuhnya tiga. Kalau PR berkepala tiga sudah pasti Kedah dan Kelantan tidak akan akur dengan kehendak PR yang mencadangkan tema hari kemerdekaan hendaklah seragam kerana mereka sudah pun ada tema sendiri. Tidak salah kalau Kedah dan Kelantan enggan mematuhi atau bersetuju dengan tema khas itu.


Apabila keduanya akur sedia untuk menggunakan tema utama itu menandakan negeri PR dan pemimpinnya bersatu hati. Khairy tidak patut cuba mencari untung di sebalik pertelingkahan yang sudah selesai itu.

Kesian Khairy kerana silap dalam membuat andaian dan provokasi yang rapuh ia mudah dipatahkan. Kerja Khairu itu samalah menggunakan lastik terbalik di mana batunya terpelanting ke atas dahinya sendiri. Sepatutnya beliau tidak ikut memberi komen hal-hal remeh begitu, serahkan saja kepada bloger upahan dari Umno. Apakah Khairy tidak cukup orang untuk menjadi bloger hisap jari?

Bila Khairy tuduh Pakatan Rakyat berkepala tiga sebenarnya Khairy terlupa untuk meneropong dirinya dulu. Dia terlupa bahawa di dalam komponen partinya juga terutamanya sayap kanan, Pemuda juga mempunyai kepala tiga. Inilah Khairy kerana ghairah hendak perkenakan orang terlupa kepada diri sendiri.

Kerana asyik mengenap orang, beliau hanya nampak kain orang terselak tetapi terlupa seluar dalamnya sendiri bekah dan carik.

Bolehkah Khairy menafikan bahawa Pemuda Umno kini tidak berpecah? Pemuda Umno kini berpadu erat? Sebenarnya pemuda Umno kini mempunyai kepala tiga seperti dalam mitos Yunani itu. 

Satu kepala diheret oleh Khairy, satu lagi oleh Razali Ismail dan satu lagi oleh Mukhriz Mahathir Mohamad. Sedarkan Khairy bahawa baik Razali dan Mukhriz dan kuncu-kuncunya sudah tidak bersetia kepada ketua (Khairy)?

Yang mengikuti bontot Khairy kini tidak berapa ramai sebab Khairy tidak dapat memberi sumbangan kewangan menerusi projek kerajaan. Khairy tidak ada projek melainkan idea yang tidak pernah disanjung oleh ahli Umno. 

Al maklumlah Khairy hanya setakat menantu bekas perdana menteri. Dia tidak pun memegang apa-apa jawatan eksekutif yang mampu mengagihkan wang. Setakat menjadi pengerusi, ah... saya sendiri tidak ingat apa nama badan yang beliau dilantik menjadi pengerusi itu.

Berbeza dengan Razali Ismail yang menjadi timbalan menteri belia dan suka dan Mukhriz menjadi menteri Perdagangan dan Industeri Antarabangsa. Dajat dan kedudukan Razali dan Mukhriz lebih tinggi dari Khairy. 

Mereka juga dapat mengadakan aktiviti pemuda menggunakan peruntukan kementerian itu. Jadi apabila kita sudah tidak ada apa-apa yang tinggal hanya abok saja siapa nak ikut dan sokong kita? Bukankah ahli-ahli Umno tidak ubah seperti serigala kelaparan?

Makanya di Ramadhan ke 20 hari ini elok kalau Khairy bermahasabah diri sendiri. Memerhati kepada pemuda Umno yang berkepala tiga itu. 

Khairy kena ingat dua kepala itu kini sedang mengangga luas ke arahnya. Kalau Khairy tidak pandai 'mengolek' beliau boleh naas nanti, bila-bila masa saja akan ditelan raksasa bernama Razali dan Mukhriz.

Untuk Khairy... daripada sibuk menegur kain orang terselak lebih baik cuba menjahit seluar dalam sendiri yang bekah dan carik itu. 

Hehe... jangan marah Mat Maslan tentu tersenyum membaca catatan ini. Tetapi awas Mat kamu pun kena berhati-hati dan jaga mulut sikit. Kalau tidak... han...


Nizar.

SYABAS dihebah-hebohkan sebagai perompak dan penyamun air Selangor



Jumaat, 10 Ogos, 2012.




Patut umno dok geram tazkirah kat masjid, kata syabas perompak dan penyamun air selangor.

Saya rasa jika lebih tersebar luas lagi tuduhan perompak dan penyamun kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), termasuk dalam tazkirah, akhirnya syarikat itu, bosnya Tan Sri Rozali Ismail dan Umno akan benar-benar dilihat orang ramai sebagai perompak dan penyamun air Selangor.

Politik, politiklah - Umno maki PAS, PAS maki Umno; Umno makin PKR, PKR maki Umno. Suka hati hampalah. Tapi jangan libatkan air yang jadi keperluan asas rakyat. Jangan kerana hasrat jahat nak naikkan tarif air, berpolitik macam syaitan.

Bagi yang belum jelas, punca asal pergaduhan Syabas yang disokong Umno Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ialah kerana kerajaan Selangor sekat tarif air dinaikkan seperti yang digiankan oleh Syabas.

Saya copy and paste laporan di bawah:

Berdasarkan perjanjian dengan kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu, Syabas diberi hak untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali.

Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus.

Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus. Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.

Bagaimanapun, kerakusan itu dihalang oleh kerajaan PR yang memerintah Selangor selepas pilihan raya umum 2008.

Mau tarif air di Selangor naik mencanak di atas keperitan rakyat? Undi BN.


Penarik Beca
 

Tok Kenali atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialahAwang) dilahirkan di Kenali, Kelantan



Tok Kenali atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialahAwang) dilahirkan di Kenali, Kelantan pada tahun 1868 Masihi. Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan sistem pengajian pondok yang terdapat di Negara ini amnya dan di Kelantan, khususnya.

Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang datang ‘mengaji’ dari setiap pelosok negara termasuk dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Selatan Siam: “Belajar rajin-rajin” dan “balik buka pondok!”

Beliau dianggap wali kerana dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai karamah seperti berjalan d ipermukaan air, dapat berada di banyak tempat dalam jangka masa yang singkat, mempunyai mulut yang masin (berlakunya beberapa perkara setelah dikatakan oleh beliau) dan juga dapa tmengetahui perkara-perkara yang akan berlaku seperti kedatangan Jepun dan peristiwa banjir besar.

Beliau meninggal duniad alam usia 65 tahun pada 19 November, 1933.

TENAGA PENTING MAJALAH PENGASUH

Beliau merupakan tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama. Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan 5 tahun di Mesir.

Beliau membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di sampingmengajar, Tok Kenali juga aktif dalampenulisan.

GANDINGAN ULAMA DAN UMARA

Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan.

Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat. Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar) Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Haji Nik Mahmud bin Ismail sering berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran.

Beliau pernah bertanyakan TokKenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju.

Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali. Bagindalah yang memerintahkan TokKenali menterjemah kitab induk Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.

MENGAJAR DI MASJID MUHAMMADI

Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, Tok Kenali juga mengajar di Masjid Muhammadi. Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar).

Sejak itu, pondok-pondok kecil didirikan dengan banyak di sekeliling masjid itu yang didiami pelajar-pelajar yang dating serata negeri di Tanah Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur ketika itu.

SECEBIS RIWAYAT

1868 – Dilahirkan di Kampung Paya, Kenali, Kelantan.

1886 – Belayar ke Mekah untuk menuntut ilmu.

1908 – Pulang ke Kelantan untuk mengajar agama.

1916 – Membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

1918 – Mengetuai penerbitan majalah Pengasuh.

1933 – Meninggal dunia.

Setiap peradaban melahirkan tokoh besar



Setiap peradaban melahirkan tokoh besar. Peradaban Islam telah melahirkan banyak ilmuwan ternama dunia sejak abad ke-9 hingga abad ke-20. Mereka meneliti dan berusaha menjelaskan tentang alam semesta, mulai dari galaksi yang sangat jauh hingga hal-hal terdekat dengan kehidupan mereka. Umumnya, mereka menguasai lebih daripada satu bidang ilmu, baik ilmu agama mahupun ilmu sosial. Apapun bidang ilmunya, para ilmuwan Muslim adalah tokoh-tokoh hebat yang mencipta penemuan baru di mata dunia.

Sebagai contoh, pada abad ke-9, lahir Al-Khawarizmi yang terkenal sebagai tokoh matematik dan astronomi dan Al-Kindi yang terkenal sebagai tokoh falsafah; pada abad ke-10 lahir Al-Farabi yang terkenal sebagai tokoh falsafah; pada abad ke-11 lahir Ibnu Haitam yang terkenal sebagai tokoh fizik dan matematik; dan Ibnu Sina yang terkenal sebagai tokoh falsafah dan hampir semua bidang ilmu yang berkembang pada ketika itu; pada abad ke-12 lahir Ibnu Rusyd yang terkenal sebagai tokoh perubatan, biologi, fizik dan astronomi; Ibnu Tufail yang terkenal sebagai tokoh perubatan metamatik dan falsafah; dan Umar Khayyam yang terkenal sebagai tokoh matematik, astronomi dan kesusasteraan; pada abad ke-13 lahir Ibnu Nafis yang terkenal sebagai tokoh perubatan dan kimia; pada abad ke-14 lahir Ibnu al-Munzir yang terkenal sebagai tokoh perubatan haiwan; pada abad ke-15 lahir Ibnu Majid yang terkenal sebagai tokoh astronomi dan geografi; pada abad ke-19 lahir Ja’afar Syarif yang terkenal sebagai tokoh perubatan dan pada abad ke-20 lahir Abdus Salam yang terkenal sebagai tokoh fizik.

Mungkin di kalangan kita umat Islam tidak lupa, bahkan pernah mendengar ataupun sudah membaca karya terbesar Imam Al-Ghazali, iaitu Ihya’ Ulum Ad Din. Mari kita sejenak menghayati tokoh besar yang telah melahirkan hasil karya yang tersohor dan hingga kini ditatapi dan dikaji oleh umat Islam di sepanjang masa dan zaman.

Al-Ghazali merupakan seorang ahli teologi, falsafah, dan sufi besar dalam Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 450H/1058M di kota Gazalah dekat Tus, Khurasan, bahagian utara Iran. Namanya dinisbahkan kepada tempat kelahirannya. Nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Di bidang keilmuan, pada mulanya beliau mendalami ilmu fiqh, kemudian mempelajari secara mendalam ilmu kalam dan ilmu falsafah. Setelah namanya harum sebagai seorang sarjana, pada tahun 1091 Al-Ghazali dilantik menjadi Guru Besar Undang-Undang oleh Nizam al-Mulk (1018-1092), perdana menteri Sultan Maliksyah (1072-1092) dari dinasti Seljuk, di Madrasah Nizamiyah di Baghdad. Beliau sempat mengajar di madrasah itu selama empat tahun dan pada zaman itulah beliau menulis karyanya Maqasid al-Falasifah dan Tahafut al-Falasifah.

Al-Ghazali dianggap sebagai pembela kebenaran Islam yang terbesar sehingga digelar Hujjatul Islam atau “pembela Islam”. Sehingga sekarang orang muslim tetap tekun membaca karyanya yang terbesar, Ihya’ Ulum Ad din (Menghidupkan Kembali Ilmu Agama).

Disebabkan kehidupannya ‘terganggu’ oleh krisis kepercayaan dan keraguan, pada tahun 1095 Al-Ghazali meninggalkan Baghdad dan mengembara dari suatu tempat ke suatu tempat. Pada mulanya beliau pergi ke Damsyik, kemudian ke Hebron dan Baitulmaqdis, kemudian ke Mekah dan Madinah. Beliau menjalani kehidupan zuhud dengan mengembara selama 10 tahun. Setelah itu beliau kembali ke Nisabur pada tahun 1106, menjadi tenaga pengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah. Tidak berapa lama kemudian, beliau meninggalkan Nisabur, pergi ke Tus dan mendirikan halaqah (sekolah calon sufi) di tempat kelahirannya ini. Beliau mengurus halaqah ini hingga akhir hayatnya.

Perjalanan intelektual dan spiritual dalam menemukan kedamaian batin serta mengikuti jalan sufi telah beliau abadikan menerusi autobiografinya yang berjudul al-Munqiz min ad-Dalal (Pembebas daripada Kesesatan).

Al-Ghazali dianggap paling berjasa dalam ‘mendamaikan’ antara tasawuf dengan syariat sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam. Beliau juga berjasa mengembangkan serta menyebarkan aliran Asy’ariyah yang dianut oleh majoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Ghazali mengkritik pandangan dan penemuan para ahli falsafah dan akhirnya memilih tasawuf sebagai jalan menuju Tuhan. Dalam kritikannya terhadap para ahli falsafah menerusi karyanya Tahafut al Falasifah, beliau mengatakan bahawa ada tiga pendapat para ahli falsafah yang telah membawa mereka kepada kekufuran, iaitu bahawa alam ini adalah qadim, dalam erti tidak bermula dalam waktu; Tuhan tidak mengetahui bahagian sekecil-kecilnya dalam segala kejadian alam ini dan tidak ada kebangkitan jasmani pada hari kiamat.

Akhir sekali mari kita renungi sepotong ayat al-Quran dalam surah al-Mujaadalah ayat 11 yang bermaksud:

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”


Al-Ghazali sepintas lalu:

1058 – Lahir di Gazalah dekat Tus, Khurasan, bahagian utara Iran

1077-1085 – Berguru kepada al-Juwani (m. 1085 M), ahli fiqh dan Guru Besar Madrasah Nizamiyah

1090-1094 – Belajar dan mendalami bidang falsafah

1091 – Mengajar di Madrasah Nizamiyah, Baghdad

1095 – Menghadapi ‘konflik batin’, krisis kepercayaan dan sakit

1095-1105 – Meninggalkan Baghdad, melakukan pengembaraan sipiritual dan menjalani hidup zuhud

1106 – Kembali ke Nisabur dan mengajar di Madrasah Maimunah Nizamiyah

1108 – Meninggalkan Nisabur dan mendirikan sekolah sufi di Tus

1111 – Meninggal dunia di Tus

foto Replika Rumah Rasulullah saw.




Hadiahkan Al Fatihah kepada Siti Khadijah, insan yg begitu mulia disisi RAsulullah saw.
Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
“Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

· Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya.

· Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu.
· Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya.
· Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama.
· Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suaminya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha.
· Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya.
· Ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Sebagai seorang isteri..
· beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah.
· Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah.
· Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul.
· Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.

Almarhum Dato' Ishak Baharom


Masih kh kita ingat sejarah Bekas Mufti ini (Almarhum Dato' Ishak Baharom) salah seorang Mufti yg dipecat dn di gam gara2 mnyampaikn kbnaran ..dlm sejarah Umno baru. cuba kita ingt2. adakh siapa yg berani menegur kpimpinnnya.pnyelewengan dn korupsi pmimpin melainkn yg angguk2 dn geleng2 je..siapa yg berani menegur.akn di gam,di lokap dn di ISA

Jika anda di amanah untuk membelanjakan 12.7 bilion kepada rakyat Apa yang anda buat?

Ahhh...sudah..dah jadi kesalahan kat uitm....

Sampai macam tu sekali hang sayang MCA & MIC tu ye.... Hasil tarbiyyah umno..

Gambar diatas adalah kaabah palsu ciptaan kerajaan abrahah



1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? 
2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia? 
3.Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, 

4. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, 
5. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat). 

( Surah AL-Fiil:105: ayat 1-5)


SURAH Al-Fil mengandungi lima ayat. Ia termasuk dalam kategori surah Makiyyah dan di turunkan selepas surah Al-Kafirun.

Hubungan surah ini dengan surah Al-Humazah ialah dalam surah Al-Humazah, Allah SWT menjelaskan bahawa harta tidak dapat menjauhkan daripada seksaan Allah SWT. Dalam surah ini Allah SWT menyatakan bukti tentang perkara di atas menerusi kisah tentera bergajah.

Abrahah merupakan seorang Raja yang angkuh, dia telah mendirikan sebuah gereja yang paling besar di Yaman yang dinamakan Al-Qulais.
Abrahah menghantar wakil-wakilnya ke seluruh suku kaum Arab untuk mengerjakan haji di gereja tersebut, padahal orang-orang Arab mengangungkan Kaabah, BaitulAllah. Hasilnya, 
timbul kemarahan orang-orang Arab sehingga ada orang Arab yang pergi ke al-Qulais, membuang air besar dan menyapu najisnya pada dinding Al-Qulais. Dan tentu sekali Abrahah
marah akan tindakan itu.
Bermulalah sejarah tentera Abrahah dengan membawa gajah-gajah ingin menghancurkan Kaabah, tempat yang diagungkan suku kaum Arab itu. Abrahah dengan yakin akan kekuatan tenteranya untuk menyelesaikan misinya.
Apabila hampir tiba di Makkah, Panglima Abrahah telah merampas dan membawa balik kepada beliau binatang-binatang ternakan kaum Quraish dan merampas 200 ekor unta milik Abdul Mutalib (Datuk Nabi SAW) dan pergilah Abdul Mutalib menuntut haknya kepada Abrahah.

Abdul Mutalib, "Serahkan kembali milikku!".

Abrahah terkejut, kerana sangkaannya Abdul Mutalib ingin memohon agar Kaabah tidak diruntuhkan. Abdul Mutalib menyambung, "Unta-unta itu milik aku, dan Kaabah itu ada tuannya. Oleh itu serahkan semula unta-untaku. Kalau Kaabah itu rumah Tuhan, pasti Tuhan menjaganya. Kaabah ada Tuhan yang menjaganya!". Maka, Abrahah menyerahkan kembali unta-unta itu dan tidak menganggu penduduk Makkah.

Pada hari yang dirancang, Abrahah dan tenteranya ingin menuju terus ke Kaabah dan melunaskan hasrat mereka. Namun, gajah-gajah yang ditunggani tidak mahu bergerak apabila dihadapkan ke arah Kaabah. Jenuh di pukul dan di pukul gajah, tidak jua bergerak walau seinci.

Dan pada masa itulah kelihatan sekelompok awan bergerak menuju ke arah mereka, dan yang sebenarnya itu burung-burung Ababil yang membawa batu untuk dijatuhkan ke atas tentera Abrahah.

Bagi setiap batu kecil yang menimpa tentera Abrahah, akan menanggalkan daging-daging mereka. Satu persatu tentera dan gajah Abrahah gugur mati. Abrahah yang melihat keadaan itu mula berlari ke belakang, namun dia juga tidak terkecuali terkena bisa hujan batu yang hanya di bawa burung Ababil. Tubuh Abrahah telah menjadi sasaran anak-anak batu itu dan
dia menderita parah. Kerana itu ia telah dibawa keluar dari Makkah bersama-sama
tenteranya, sedangkan jari-jemarinya gugur sebatang demi sebatang sehingga sampai ke San'aa ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya. Tahun berlakunya peristiwa ini dinamakan Tahun Gajah.

Burung adalah sejenis binatang yang boleh terbang dan sentiasa berada di udara. Adakalanya mendarat di kawasan tempat tinggalnya. Di lihat dari sudut ketenteraan burung yang berpasukan-pasukan ini adalah sebuah tentera udara.Bagaimana pula tentera udara ini menghancurkan tentera darat? Dengan membawa batu yang terbakar iaitu sejenis bahan yang sememangnya boleh terbakar. Maka batu yang terbakar itu diumpamakan seperti bom. Jadi burung yang membawa batu terbakar itu adalah seperti jet yang membawa bom-bom.
Kisah tentera bergajah dan burung Ababil itu sememangnya kisah yang nyata di dalam Al-Quran.Sehingga di wahyukan dalam surah ke 105 iaitu Surah Al-Fiil. Tetapi kisah tersebut bukan setakat mati di situ sahaja sebagai cerita sejarah. Ia haruslah di ambil iktibar dan pelajaran. Maka apa pelajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah untuk mengalahkan tentera darat adalah melalui tentera udara! Allah Maha Besar. Allah itu Maha Berilmu. Allah sudah mengajarkan kepada umat Islam strategi ketenteraan lebih kurang 1400 tahun yang lampau.
Begitulah kisah Abrahah, dari seorang panglima perang yang menjadi Raja Yaman dan kemudiannya menjadi bongkak dan angkuh sehingga berani untuk menhancurkan Kaabah, rumah Allah. Tempat menunaikan haji dan umrah sehingga ke saat ini. Maha Suci Allah yang Merancang segala-galanya.
Pengajaran yang boleh diambil dari kisah tersebut, jika Allah SWT menghendaki membinasakan sejumlah besar tentera walau dengan seekor nyamuk sahaja, ia bukanlah suatu perkara yang mustahil bagi-Nya.
Ini mengandungi petunjuk yang lebih kuat terhadap kekuasaan Allah SWT dan kebesaran kekuasaan-Nya berbanding kebinasaan mereka yang disebabkan oleh burung-burung besar dan kejadian aneh yang boleh memusnahkan manusia.
Selain itu, ia juga menunjukkan kelemahan manusia dan kehinaannya di hadapan Allah SWT Yang Maha Kuasa. Sebabnya, mereka adalah makhluk yang dapat dibinasakan oleh seekor lalat, digigit nyamuk di tempat tidurnya dan ditimpa sakit oleh hembusan angin.
Perkara ini merupakan nikmat Allah SWT yang di limpahkan kepada penduduk Tanah Haram-Nya meskipun mereka penyembah berhala kerana melindunginya dengan kekuatan agama-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW meskipun Allah SWT menimpakan bencana kepada musuh-musuhnya iaitu tentera bergajah yang ingin menghancurkan Baitu Haram yang tidak berdosa itu.
Apabila dihayati kembali sejarah lalu dan dibawakankan pada rialiti dunia hari ini, sejarah mungkin berulang.
Dunia hari ini berhadapan dengan penindasan yang amat dahsyat, Umat islam di tindas oleh puak kuffar. Berlakunya pergolakan-pergolakan di negara-negara arab hari ini kerana kezaliman pemerintah yang cintakan pangkat dan kekayaan dunia sehinggakan nyawa rakyat tidak lagi berharga, anak kecil menjadi yatim piatu dan wanita menjadi balu, rumah-rumah ibadat orang Islam di musnahkan.
Persoalannya mengapakah kita di zaman ini dipermainkan sesuka hati oleh musuh Islam.
Mungkinkah kerana penyakit yang melanda umat hari ini yang terlalu cintakan dunia dan takut mati.
Kepada semua saudara seislam, jangan berhenti untuk terus mendoakan saudara-saudara Islam kita yang di tindas, kita tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk menolong mereka dan tidak mampu menjadi sukarelawan negara, tidak mampu juga untuk menyumbangkan wang berjuta. Tapi ingat saudaraku! Kita masih ada satu senjata iaitu doa kita untuk mereka.
Moga Allah menghantar pertolongannya sepertimana Allah menghantar tentera ababil yang memusnahkan bala tentera abrahah satu ketika dahulu.
Sesungguhnya agama islam adalah milik Allah dan Allah pasti akan memelihara kesucianya.
ولا تايئسوا من روح الله انه لا يايئس من روح الله الا القوم الكافرين

“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.”
Kemenangan islam pasti berlaku, janji Allah itu pasti

PANAS - Syarikat Judi Genting Dianugerahkan 12% Saham Felda

10 August 2012



KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.


"Menjadi tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya? Adakah ia menjadi proksi kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya," soal Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sebelum ini, Mazlan melalui NGO nya itu pernah mendedahkan pembabitan syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dalam FGVH.

Mereka juga mendakwa antara syarikat lain yang memiliki saham FGVH ialah Schroder Invest Management Ltd sebanyak 3,002,700 unit, Vanguard Group (9,369,894), Fidelity Inter (3,813,140) dan Rcm Capital (2,786,285).

"Tidak dapat dipastikan adakah FGVH mempunyai Unit Syariah yang memantau pelaburannya agar selari dengan kehendak syara'.

"Sempena bulan Ramadhan, kepada peneroka dan pembeli saham FGVH, sila semak pelaburan anda. Itupun kalau sensitif pada halal haram," katanya.

http://pkrl.blogspot.com/2012/08/panas-saham-fgvh-mengapa-syarikat-judi.html


Dicatat Oleh jeebond
 

Keadaan Lapar Rasulullah SAW


Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya - ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)

Abu Ya'la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma'uz Zawatid 10:325)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:38)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)

Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air.
(Kanzul Ummal 4:38)

Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma'uz Zawa'id 10:312)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan daiipada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!
(At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
Posted by azharjaafar
 —

Wanita Solehah Lebih Cantik Daripada Bidadari...




Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani.

Sungguh mulia dan sempurna seorang perempuan solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.

Seringkali orang bertanya, kenapa perlu adanya bidadari di syurga, sedangkan perempuan solehah itu sudah cukup mempesona, sudah cukup sempurna?

Sebenarnya, bidadari-bidadari syurga hanyalah memainkan peranan sebagai penyerlah kecantikan perempuan solehah tersebut. Bayangkan sebuah bintang yang bersinar paling gemerlap di langit, mana mungkin terserlah kecantikannya tanpa bintang-bintang lain yang kurang bersinar di sekeliling. Mana mungkin terserlah kecantikannya jikalau hanya bintang tersebut satu-satunya yang ada di langit. Samalah juga dalam hal ini, perempuan solehah di syurga akan terserlah kecantikannya dengan hadirnya bidadari-bidadari di sekelilingnya.

BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEREMPUAN SOLEHAH?

Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”

Si ayah pun menjawab: “Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”

Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”

“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.

“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”

Si puteri kecil mengangguk-angguk tanpa faham.

“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”

Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”

Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al-Bazzar).”