Wednesday, July 16, 2014

Pergi mana-mana CDM25 jadi perhatian.

Pancaroba

Page Friends of BN - Barisan Nasional sekali lagi menyorok KEBENARAN KERAjaan UMNO/BN.. Mengapa 'ada' penghantaran minyak kelapa sawit ke ISRAEL pada bulan Julai 2014 ???

PERHATIKAN : Perkataan 'Collect Palm Oil' yg di'LOADING' dari pelabuhan Tanjung Pelepas, JOHOR dan DIHANTAR EKSPORT KE PELABUHAN ASHDOD, ISRAEL. KENAPA pelu memunggah minyak kelapa sawit dari MALAYSIA???

FAKTA:
Pelabuhan (Berlepas): Tanjung Pelepas, Johor
Tarikh: 3/7/2014

Pelabuhan (Destinasi): Ashdod, ISRAEL
Tarikh: 21/7/2014

Tujuan di Pelabuhan Pelepas, Johor:
Memunggah minyak kelapa sawit

Barang: Minyak kelapa sawit
Kuantiti: 3 Kontena (Size 20')

p/s: Patutler makcik pakcik FELDA sayang sgt2 pd KERAjaan UMNO/BN 

"SESUNGGUHNYA ORANG2 MUNAFIK ITU DITEMPATKAN pada tingkat yang paling bawah dari neraka...

Page Friends of BN - Barisan Nasional sekali lagi menyorok KEBENARAN wajah sebenar pemimpin2 UMNO/BN 'tali barut' ISRAEL & penyebar fitnah tegar UMNO !!!

"SESUNGGUHNYA ORANG2 MUNAFIK ITU DITEMPATKAN pada tingkat yang paling bawah dari neraka... Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.." (Surah An Nisaa' ayat 145)

JANGAN RAKYAT LUPA PERANGAI TEGAR UMNO ... SANGGUP PERALAT GURU UGUT IBU BAPA PELAJAR MISKIN UNDI BN... INGAT... gaji2 guru datang dari poket pemimpin2 UMNO ker...

HEBOH KATANYA KAK LONG CDM 25 PENYOKONG KUAT UMNO/BN DAN AHLI PUTERI UMNO ???



Heboh satu dunia kini wanita yang kini menjadi bahan utama kerana berlagak samseng membuli seorang warga emas sampai minta ganti rugi RM2,000 hanya kesalahan tidak disengajakan melanggar bahagian belakang keretanya yang TERCALAR SEDIKIT sambil menggunnakan 'STERENG LOCK' hentak kereta warga emas tersebut sambil maki hamun dengan KATA-KATA RASIS dipercayai seorang penyokong kuat UMNO/BN dan kemungkinan besar seorang ahli Puteri UMNO.

Mohon pihak yang berkenaan memberikan respon untuk pencerahan.

#CDM25
More: Suara Rakyat

BUKTI PERJUANGAN UMNO HANYA UNTUK KRONI.



Skandal Bank Rakyat: Bukti Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan Beri Arahan Selamatkan Deepak | Rafizi Ramli -http://rafiziramli.com/2014/07/skandal-bank-rakyat-bukti-menteri-perdagangan-dalam-negeri-koperasi-kepenggunaan-beri-arahan-selamatkan-deepak/

Malaysia patut henti hubungan dagang dengan Israel


NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF | .
1. Hari ini telah masuk hari ke-8 serangan bersepadu darat, laut dan udara Israel ke atas Gaza. Serangan udara dan tembakan meriam ke atas orang awam Gaza diteruskan sehingga mengakibatkan angka kematian meningkat secara mendadak mencecah 160 orang di samping lebih 1000 pula mengalami kecederaan sehingga semalam. Semalam juga Israel mengumumkan akan memperhebatkan serangan darat dengan “gempuran paling kuat” pada bila-bila masa sahaja.

2. Umat Islam di serata dunia telah menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza. Ribuan berhimpun di United Kingdom, Yaman dan juga di Israel sendiri. Dijangka menjelang hujung minggu ini lebih banyak negara akan mengadakan himpunan dan demonstrasi besar-besaran. Turki pula, melalui Perdana Menterinya, Erdogan telah mengumumkan bantuan segera kemanusian akan dihantar ke Semenanjung Gaza. Menariknya, misi bantuan kemanusian itu juga akan diiringi oleh beberapa buah kapal perang. Ini merupakan signal jelas kepada Israel bahawa Turki bersungguh besar terhadap isu yang melanda umat Islam Palestin.

3. Malangnya, pemimpin dan negara umat Islam sekitar yang lain masih membisu dalam isu ini dan jika ada pun hanya mengeluarkan kenyataan bantahan dan kecaman yang bersifat umum untuk publisiti media tanpa ada dilakukan suatu tindakan affirmatif untuk sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada Israel. Malah ada antara negara Islam yang mengecam dan mengkritik tindakan Hamas mempertahankan diri dari serangan Israel dan melabel tindakan itu sebagai bersifat keganasan terhadap Israel. Mesir juga menghalang bantuan perubatan dari Eropah yang cuba memasuki Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

4. Sikap tidak bersungguh kebanyakan negara dan pemimpin Islam ini juga turut diikuti oleh Malaysia. Malaysia sehingga setakat ini hanya baru mengeluarkan kenyataan bantahan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, mendesak OIC serta PBB untuk segera menghulurkan bantuan kemanusiaan dan melancarkan tabung kemanusian untuk Gaza di peringkat nasional. Namun sehingga ke hari ini belum ada tindakan agresif dari Malaysia untuk mendesak dunia menyekat kekuatan ekonomi Israel yang sudah tentu akan melumpuhkan operasi ketenteraan Israel. Malah Malaysia sendiri mempunyai hubungan dagang dengan Israel secara langsung.

5. Data yang dikeluarkan oleh Israel’s Central Bureau of Statistics menunjukkan bahawa pada tahun 2008, eksport Israel ke Malaysia mencecah $30.2 juta manakala barang import Israel bernilai $100.6 juta. Pada tahun 2009, Israel mengeksport $116.8 juta nilai barangan ke Malaysia dan mengimport barangan bernilai $68.5 juta. Pada 2010, nilai eksport Israel ke Malaysia meningkat kepada $798 juta dan import pula meningkat ke $85 juta. 2011 menyaksikan barangan eksport Israel ke Malaysia bernilai $716.4 juta dan barangan import bernilai $93.6 juta.

6. Satu laporan yang disusun oleh European Comission menunjukkan bahawa pada tahun 2010 Malaysia menduduki tempat ke-15 sebagai rakan dangan utama Israel dengan menyumbang kepada 0.8 peratus daripada perdagangan Israel pada tahun tersebut.

7. Oleh hal yang demikian saya mendesak Perdana Menteri Malaysia agar dengan segera mendesak agar Israel hentikan sebarang bentuk operasi ketenteraan atau hadapi potensi boikot besar-besaran dari Malaysia. Saya juga mendesak agar Malaysia sebagai anggota OIC mengajak seluruh Negara Islam yang menganggotai OIC agar melaksanakan sekatan ekonomi yang sama.

8. Saya juga ingin mempersoalkan sikap pilih kasih PBB atas sikap memilih konflik untuk bertindak. Sehingga ke hari ini apabila ia melibatkan kepentingan umat Islam, maka PBB akan membisu dan membutakan mata. Malaysia juga sebagai anggota PBB sepatutnya menyelar sikap pilih kasih ini dan mendesak agar tindakan segera oleh PBB. - HARAKAHDAILY 15/7/2014

Nurul Islam Mohamed Yusoff ialah Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Jangan ganggu Laut China Selatan: Beijing


Beijing: China semalam mengingatkan Amerika Syarikat (AS) supaya tidak mencampuri perbalahan berhubung wilayah yang dipertikaikan di kawasan Laut China Selatan sebaliknya membiarkan saja negara terbabit menyelesaikan masalah berkenaan.

Kementerian Luar China semalam menegaskan negara itu mempunyai kedaulatan terhadap Kepulauan Spratly - lokasi yang paling banyak tuntutan bertindih - selain terus menuntut supaya negara yang berada di kepulauan miliknya ‘secara haram’ supaya menarik balik pekerja serta peralatan yang ditempatkan di situ.
“Kami kesal dengan sesetengah negara yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin memperkukuhkan kedudukan mereka di situ melalui pembinaan struktur dan penambahan senjata,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, China akan terus mempertahankan hak maritim serta kedaulatannya dan tidak pernah menolak daripada mengadakan perbincangan secara langsung dengan negara terbabit demi “menghormati sejarah dan perundangan antarabangsa.”


Sementara itu, timbalan penolong setiausaha negara AS bagi strategi dan hal ehwal pelbagai hala Michael Fuchs berkata, tiada satu-satu negara yang bertanggungjawab sepenuhnya mengakibatkan ketegangan yang meningkat di rantau berkenaan.


Tegasnya, AS menganggap perlakuan ‘provokatif’ China menimbulkan tanda tanya terhadap kesediaan republik itu mematuhi peruntukan undang-undang antarabangsa.

China menuntut hak ketuanan di 90 peratus daripada Laut China Selatan yang dipercayai mengandungi minyak dan gas selain sumber perikanan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/16

Mati akhirnya


Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur di selatan Filipina itu sebelum ini disahkan mati di sebuah hospital Jumaat lalu akibat demam dan keluarganya segera membuat persiapan untuk mengebumikannya. 
Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dilapor bernafas semula ketika mayatnya diletakkan di sebuah gereja untuk upacara keagamaan sebelum dikebumikan. 

Detik dia bernafas semula itu dan ketika dikeluarkan dari keranda dirakam oleh seorang anggota keluarganya yang hadir pada majlis untuk menyiapkan pengebumiannya itu.
Foto
IBU kanak-kanak berkenaan mengangkat anaknya keluar dari keranda selepas dia dilihat bergerak ketika hendak dikebumikan Sabtu lalu.

Seorang jiran menyedari kepala kanak-kanak itu bergerak ketika menjenguk mayatnya.

Selepas dibawa keluar dari keranda, kanak-kanak berkenaan diberi minum dan dibawa ke hospital sebelum pulang bersama-sama ibu bapanya.

Bagaimanapun, laporan terbaru semalam menyatakan, umur kanak-kanak itu tidak panjang dan disahkan mati sekali lagi.

Ini bukan kes pertama orang yang diisytiharkan mati hidup semula ketika persiapan dilakukan untuk mengebumikan mereka.

Di Zimbabwe, orang ramai bertempiaran lari apabila Brighton Dama Zanthe, 34, dilihat bergerak di dalam kerandanya.

Di Lexington, Mississippi, Walter Williams bangkit ketika mayatnya hendak dikeluarkan dari beg mayat selepas diiystihar mati selepas alat perentak jantungnya terhenti.

Di Belem, utara Brazil pula, seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Kelvin Santos terjaga dan meminta segelas air ketika keluarganya bersiap untuk mengebumikannya. 

Bagaimanapun, dia baring semula dan disahkan mati untuk kali kedua.

Seorang pelayan di Mesir pula bangun sejurus sebelum dikebumikan apabila doktor mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/16