Thursday, June 21, 2012

Macam mana tarif air Johor punya la mahal nak mampus?

Macam mana tarif air Johor punya la mahal nak mampus?
Sebab banyak air mentah dari Johor disalurkan ke seberang tambak dengan harga murah, RM0.03 sen seliter dan disalurkan kembali dari Temasek dengan harga cekik darah selain pengguna yang liat nak bayar bil!
Itulah sebabnya kenapa Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai kos sara hidup tertinggi di Malaysia mengatasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur!
 

Assange mohon suaka politik di Equador



DUA anggota polis berkawal di luar Kedutaan Ecuador di London semalam.


SYDNEY, Australia - Usaha pengasas bersama laman web WikiLeaks, Julian Assange (gambar kecil) untuk mendapatkan suaka politik di Ecuador dilihat oleh ibunya sebagai usaha terdesaknya yang terakhir.
Tindakan itu dibuat berikutan Assange telah hilang keyakinan bahawa Australia akan melindunginya. Assange muncul di kedutaan Ecuador di London kelmarin bagi mengelak daripada diekstradisi ke Sweden berhubung dakwaan jenayah seksual.
Assange yang berasal dari Australia khuatir akan diserahkan kepada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) jika dia diekstradisi ke Sweden untuk berdepan tuduhan mengintip.
Ibunya, Christine memuji tindakan Assange dan berharap pemerintah Ecuador atau negara dunia ketiga lain akan memberi perlindungan kepada anaknya.
"Ini adalah usaha terdesak terakhir kerana dia (Assange) ialah seorang tahanan politik.
"Dia masih tidak didakwa dan disoal siasat terhadap satu jenayah yang benar-benar tidak mempunyai asas. Sudah tentu dia perlu memohon suaka politik," kata Christine, kepada pemberita. - AFP

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT..


DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT....KITA HANYALAH PENTADBIR YANG DIAMANAHKAN.....LA TAK BENDA MACAM TU PUN TAK FAHAM.....JADI JANGANLAH SYOK SENDIRI YER.....KUIKUIKUI
 

isu 3 Billion acc DSAI adalah tipu muslihat UMNO BN

mohon sebaran kepada rakan-rakan anda.
isu 3 Billion acc DSAI adalah tipu muslihat UMNO BN. Berita tahun 1998 di angkat balik untuk memburukan DSAI.

Adilnya BN....Ambil tanah sekolah beri kepada kroni...

Adilnya BN....Ambil tanah sekolah beri kepada kroni...

Amalan merampas tanah yang diberikan kerajaan PAS oleh BN ini sudah menjadi amalan biasa di Terengganu.

Selain isu Darul Bayan ini, beberapa kes lain membabitkan rampasan semula tanah di negeri itu sering berlaku selepas BN mengambil-alih pemerintahan daripada PAS pada 2004.

P/S : Rakyat Terengganu sudah tidak boleh mengharapkan apa-apa dari BN......sendiri fikirlah....

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

Spesis panda sudah hampir pupus

"Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita.

"(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib.-MK

Berani kerana benar, takut kerana salah

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tun tak perlu takut jika tidak bersalah dan tidak terlibat dengan apa-apa penyelewengan. Semoga dipanjangkan umur Mahathir..untuk menyaksikan sendiri jatuhnya empayar kerajaan BN yang zalim ini

P/S : shhhh...jangan banyak cakaplah tun ....makin banyak kau cakap makin menyampah org tgk...

Hutang cecah 100% pada tahun 2019

Hutang cecah 100% pada tahun 2019 dan negara akan bangkrup pada masa itu....dulu Idris Jala dah highlightkan isu ini....kini suara orang akademik pulak....ha ha ha sendiri mau ingatlah...kalau UMNO terus berkuasa.....

Leman Raja Lawak atau Sulaiman Ibrahim, 31 tahun, dari Kuala Nerang menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup


Teruja dengan perjuangan Islam yang dipelopori PAS, Leman Raja Lawak atau Sulaiman Ibrahim, 31 tahun, dari Kuala Nerang menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup sekali lagi kepada wakil Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob - juga Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin pada majlis Ceramah "Dari Rakyat Kepada Rakyat" di Padang Bola Taman Dato' Senu, Sentul, Kuala Lumpur, 11 Jun lalu
 

Punyalah kotor daftar pemilih SPR.

Punyalah kotor daftar pemilih SPR...huhuhu........Hehehe...bersangka baiklah...mungkin memang rumah dia kat kandang lembu kot.....ingat lembu ingat NFC...

PM Najib mengatakan " Cuba bayangkan kita ada 5 tahun lagi "

PM Najib mengatakan " Cuba bayangkan kita ada 5 tahun lagi " huh macam-macam yang akan terjadi....cer tolong senaraikan..admin senaraikan sikit jer....++lah lagi

biar gambar berbicara...

Wakakaakakkkk...... biar gambar berbicara....jangan ingat benda ni tipu..kekekekek...kat Malaysia ni jer ada cth jelas....berniaga LEMBU pun boleh kaya raya tau....kuikuikui

P/S : Gambar seekor kerbau tapi itu kat luar negara...lembu cth kat Malaysia....

PINJAMAN KE SEWA ??????...

PINJAMAN KE SEWA ??????.....emmmm ingatkan cuma kena tanggung kos untuk bawa dan penjagaan jer....rupa-rupanya.....

cuba baca petikan berita ni

KUALA LUMPUR, 30 April [BERNAMA] : Malaysia masih berharap China akan meminjamkan ikonnya paling terkenal, beruang panda, sebagai tanda keakraban hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara yang menjalin hubungan diplomatik pada 1974.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Tan Sri Pheng Yin Hua berkata Malaysia adalah antara negara pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China dan kedua-dua negara telah menikmati hubungan diplomatik dan pertukaran perdagangan yang baik sejak sekian lama.

"Ia akan menjadi satu perkara yang amat bermakna jika China dapat meminjamkan beruang panda kepada Malaysia sebagai tanda simbolik hubungan akrab antara kedua-dua negara. Banyak negara telah mendapat manfaat daripada dasar diplomasi panda. Kami berharap China dapat meminjamkan panda kepada kami," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Beliau berharap kerajaan Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat China mengenai perkara itu supaya Malaysia mendapat peluang menyaksikan "khazanah kebangsaan" China itu akan berada di bumi Malaysia. "Ini yang diharapkan oleh rakyat negara ini dan mereka pasti amat menghargainya," katanya.

Beruang panda merupakan haiwan liar dan hadiah popular China yang dilihat telah mempereratkan hubungan diplomatik selepas negara itu memperkenalkan semula diplomasi panda pada 1950-an di mana antara 1958 hingga 1982, China memberikan 23 panda kepada sembilan negara.

Satu daripada peristiwa penting daripada diplomasi panda ialah kerajaan China menghadiahkan dua ekor panda, Ling-Ling dan Hsing-Hsing, kepada Amerika Syarikat pada 1972 selepas lawatan bersejarah Presiden Richard Nixon ke China dengan Presiden Nixon membalasnya dengan menghantar dua ekor lembu jantan.

Pada 1984, bagaimanapun, panda tidak lagi digunakan khusus sebagai ejen diplomasi berikutan China mula menawarkan panda kepada negara lain sebagai pinjaman selama 10 tahun, dengan terma pinjaman termasuk yuran sehingga US$1,000,000 (RM3 juta) setahun dan syarat anak panda dilahirkan sepanjang tempoh pinjaman itu adalah milik China.

Sebelum ini, terdapat cubaan untuk membawa panda ke Malaysia tetapi perkara itu tidak menjadi realiti kerana ia melibatkan proses yang amat rumit dan sukar yang termasuk kos tinggi bagi penyelenggaraan dan membabitkan perjanjian antara pemimpin kedua-dua negara.

P/S : Wakakakakkakakkkk....ada yg tersirat rupanya..kuikuikuikui..
PANDA DIDULUKAN....

JERUNG vs BILIS

JERUNG vs BILIS

Kes MB Negeri Sembilan dengan dakwaan PEMINDAHAN WANG HARAM RM10 juta ke luar negara. Bank Negara Malaysia telah BATALKAN Lesen Money Changer pada 29 September 2009. Maknanya Money Changer itu melakukan kesalahan...tetapi untuk Mb yang didakwa melakukan PEMINDAHAN WANG HARAM RM10 juta macam biasalah" JERUNG " tu SPRM jaga elok2. Kah Kah Kah...nampak sangat....kuikuikui

Kalau gambar yang disertakan tak berapa jelas boleh baca disini : Penyata Rasmi Parlimen

http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-13062012.pdf ]
 — with Ahmad Ikmal Sabudin.

"Siapa terbunuh, siapa dibunuh, tunggu saya di Johor," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak akan berganjak dengan keputusannya untuk balik bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, biarpun Umno mendakwa ianya sebagai 'tindakan bunuh diri', namun demi perjuangan katanya, beliau tidak akan berpatah balik.

"Siapa terbunuh, siapa dibunuh, tunggu saya di Johor," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan bil perbekalan tambahan

Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan bil perbekalan tambahan, meminta parlimen meluluskan sejumlah RM13.8 bilion lagi untuk dihabiskan tahun ini, mencetuskan kebimbangan pentadbiran Najib tidak akan dapat mengurangkan defisit dan melanggar had hutang berkanun sebanyak 55 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

P/S : Perbekalan tambahan bermaksud meminta tambahan kewangan...dahlah budject 2012 budject defisit....maksud defesit tu hutang iaitu perbelanjaan melebihi kemampuan...adoiiii
 

UMNO KINI BERGANTUNG KEPADA 3 TALIAN HAYAT

UMNO KINI BERGANTUNG KEPADA 3 TALIAN HAYAT

Talian hayat tersebut ialah 3R iaitu race (kaum), religion (agama) dan royal (raja) yang sekarang digunakan sepenuhnya oleh UMNO.

Talian hayat pertama race (bangsa) adalah di mana UMNO giat menakut-nakutkan orang Melayu jika UMNO kalah maka orang Melayu akan susah. Sedangkan selama ini UMNOlah yang menindas bangsa mereka sendiri.kuikuikui

Talian hayat kedua ialah religion (agama) yang juga dakyah UMNO menyatakan bahawa jika UMNO kalah dan PR menang, agama Islam akan terpinggir. wakakakakk tak pernah pula dengar kerajaan DAP P. Pinang robohkan surau @ masjid tambahan lagi peruntukan untuk agama islam bertambah berkali ganda berbeza dengan zaman UMNO....teringat kisah masjid kg bujal...

Talian hayat terakhir iaitu royal (raja), UMNO telah menggunakan talian hayat royal (raja) untuk mengaut simpati orang Melayu kepada perjuangan sia-sia mereka. Mereka (UMNO) lupa sebenarnya yang mereka telah lama menggugat institusi raja-raja Melayu...kahkahkah....EPIC FAIL

P/S : Ketiga-tiga talian hayat sudah digunakan secara maksimal....dan lepas ni UMNO bolehlah pulang awal...kahkahkah
 

LOGIK AKAL....BILA TOLAK PKR & PAS MAKA HANYA TINGGAL UMNO...

LOGIK AKAL....BILA TOLAK PKR & PAS MAKA HANYA TINGGAL UMNO...XKAN JATI KOT SEBAB JATI TAK BERTANDING.....X KAN ASAN ALI NAK SURUH PILIH DAP,MCA,MIC DLL...MESTILAH UMNO..KANKANKAN.....KAHKAHKAH SEMAKIN LAMA SEMAKIN JELAS SAPA YANG JADI PARASIT PHD....KUIKUIKUI

'Tiada rekod peguam kes Scorpene dilarang masuk'

Insyaallah jika ditakdirkan PR menang

Insyaallah jika ditakdirkan PR menang, kita boleh lantik TGNA menerajui Jawatankuasa Majlis fatwa kebangsaan bersama pemimpin-pemimpin golongan berilmu yang tiada berkepentingan atau yang menjadi hamba wang dan pangkat seperti sekarang. Setiap pagi ki tayang di semua TV-TV tazkirah TGNA dari Kelantan Live!, setiap malam sebelum berita perdana kita buat pogram "anda tanya UAI jawab" di semua stesen TV juga. 

Sebulan sekali kita tayang live debat PM dan Ketua Pembangkang.

Anda bila lagi?

Defisit & Surplus

Biar data dan laporan yang berbicara...cakap lebih-lebih pun tak guna....lihat sendiri kemudian pikiqlah sendiri...antara MADU dan RACUN

Sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah mengalami kerugian dan defisit yang teruk iaitu sebanyak RM230 juta dalam tempoh lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2007.

“ Hanya apabila kerajaan negeri PR memerintah barulah defisit ditukar menjadi lebihan buat kali pertamanya pada 2008,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Majlis Angkat Sumpah Pemangku Yang Dipertua MPSP di Dewan Kenangan.

Keuntungan di kira setelah ditolak perbelanjaan dan tanggungan MPSP, MPSP masih lagi mempunyai lebihan pendapatan atau ”surplus”

Defisit & Surplus

laporan audit: http://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=121&Itemid=82&lang=ms
 

NIK AZIZ menjawab fitnah dan cercaan terhadapnya.

NIK AZIZ menjawab fitnah dan cercaan terhadapnya. 

Nik Aziz: "Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya. Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan".

Ujarnya lagi: "Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua di hisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya kasihan belas kepada mereka dan ibu bapa mereka", itu saja, sambil beliau mengesat air matanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
 

MINTA PENCERAHAN SIKIT....

MINTA PENCERAHAN SIKIT....SAPA-SAPALAH YG ADA KERJA DGN MAYBANK @ BANK-BANK LAIN....APAKAH SAHAM INI DIJUAL SECARA TERBUKA DAN SESIAPA PUN BOLEH MEMBELINYA.....

KALAU NAK JADI AYAM JAGUH JADILAH AYAM LAGA JANGAN JADI AYAM KATIK...

Rakyat sudah tak tahan lagi pada Umno BN...

Enough is Enough !!!!!
Rakyat sudah tak tahan lagi pada Umno BN.....

P/S : Mereka ambil bilion wang rakyat, ambil kontrak secara rundingan terus dan terpaksa lulus macam-macam perkara dan membuat macam-macam keputusan flip-flop serta gagal menangani pembaziran dalam menguruskan negara. Media-media utama hanya digunakan untuk mengampu, sentiasa melaporkan berita-berita yang berat sebelah.

Apa komen anda???

Mari kita baca laporan akhbar pencacai UMNO ini bukan UTUSAN tapi media apa tah..huhuhu....LIDAH SAMPAH
Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan ‘gerila’ sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, Modus Operandi Anwar adalah membawa masuk barisan muda itu dan memastikan mereka belajar selok-belok cara berkomunikasi, berucap, berdebat, menulis, berdepan masyarakat dan pelbagai lagi skop untuk diperlajari supaya mudah menjadi ‘perisik’ atau ‘agen’ apabila diterima bertugas di perkhidmatan awam.“Sebab itu, tidak pelik mengapa banyak sangat rahsia kerajaan diperolehi dengan mudah oleh Anwar. Dikatakan ada sebilangan besar kakitangan awam pernah mendapat didikan di Utan Kayu. Semua ini dibuat untuk kepentingan Anwar.

Apa komen anda???

P/S : Komen admin wargkahkahkahkahkahkahkahakhakahkahkah....admin ni agen 007 tau...adoiiii
 

.Ini bukan kandang


Ini FAKTA.......Jangan salah sangka yer....Ini bukan kandang tapi inilah sekolah kerajaan di Sabah....INI KALI BAH
 

SEMENTARA KUASA DIDALAM TANGAN SEMUANYA DIPERKUDAKAN.

SEMENTARA KUASA DIDALAM TANGAN SEMUANYA DIPERKUDAKAN. 

Ketika para pakar undang-undang bersetuju bahawa Menteri besar tidak boleh disingkirkan, Umno berjaya menyingkir Menteri Besar dengan memperkudakan Sultan.Ketika para pengamal undang-undang mengatakan bahawa Speaker tidak boleh disingkirkan, Umno mengheret Speaker dengan memperkudakan polis.

Sekarang, seorang rakyat biasa mahu menuntut keadilan dengan mengharapkan mahkamah tetapi Umno mempersetankan arahan mahkamah.

Apakah yang boleh diharapkan lagi?

Umno?

Sultan?

Mahkamah?

Polis?

Tak ada siapa yang boleh diharapkan lagi…kecuali kita sendiri yang perlu bangun menuntut dan mendapatkan hak kita.

jualan Utusan Malaysia merundum lebih daripada 50 peratus daripada tahap 350,000 ke 170,558 naskhah sehari

Merujuk kepada data daripada Biro Audit Pengedaran (ABC), jualan Utusan Malaysia merundum lebih daripada 50 peratus daripada tahap 350,000 ke 170,558 naskhah sehari dan penjualannya terus merundum dari sehari ke sehari...kerana rakyat Malaysia lebih mempercayai kandungan akhbar alternatif berbanding akhbar utusan yang dilihat lebih menabur fitnah daripada reality yang sebenar.

P/S : Kandungan sampah hanya layak dipersampahkan aje...

Mesir sudah! Malaysia bila nak tumbangkang HosJib Mubazak?

TAHNIAH KEPADA CALON PRESIDEN MESIR YANG BARU DARI PARTI FREEDOM AND JUSTICE (CALON IKHWANUL MUSLIMIN) YG BERJAYA MEMENANGI PILIHANRAYA BAGI MEMILIH PRESIDEN MESIR YG BARU! TAKBIRR! ALLAHUAKBAR!
------------------------------------------------------------------
Keputusan rasmi pilihanraya yang baru diumumkan menunjukkan calon Freedom and Justice Party (FJP), Dr Mohammed Mursi mendahului dengan meraih 24.4% bersamaan 5 764 952 undi manakala calon Pro-Mubarak, Ahmed Shafiq mendapat 23.3% undi. Ia diikuti dengan tokoh sosialis, Hamdin Sabahi daripada Parti al Karamah yang mendapat 23.3% undi manakala calon bebas yang juga merupakan bekas ahli Ikhwanul Muslimin, Abdul Moneim Aboul Futuh pula memperoleh 17.2% undi.

Mesir sudah! Malaysia bila nak tumbangkang HosJib Mubazak?

Sidang media Dr Muhammad Mursi buat pertama kalinya selepas disahkan menang sebagai Presiden Mesir

Sidang media Dr Muhammad Mursi buat pertama kalinya selepas disahkan menang sebagai Presiden Mesir. Alhamdulillah, syukran lillah, moga Allah permudahkan beliau memimpin Mesir baru. Tahniah rakyat Mesir !
-Hamdi Razali

-Tuduhan Hosjib Mubarazak mengatakan Ikhwanulmuslimin itu pengganas adalah senada dengan Amerika..

PANAS2....NAJIB DEMAM PANASLAH DENGAR BERITA INI...

PANAS2....NAJIB DEMAM PANASLAH DENGAR BERITA INI...KUIKUIKUI....KALI INI AHLI PARLIMEN BEUFORT, DS LAJIM HAJI UKIM meletak jawatan sebagai Ketua cawangan UMNO Kerambai Kebatu sebentar tadi-

lapor newssabahtimes.com!

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/59653

P/S : Walau apa pun alasannya ini memberikan political millage kepada PR di Sabah....dan kemungkinan besar ini adalah petanda tsunami Sabah akan melanda...INI KALILAH
 

Alhamdulillah....Lagi golongan profesional sertai PAS

Alhamdulillah....Lagi golongan profesional sertai PAS

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

kepada MB PERAK

Foto ini dirakamkan di RR Tapah pada 18hb Jun 2012. Tak faham apa yang dimaksudkannya...tapi ayat itu di tujukan kepada MB PERAK yang Haram iaitu Zamberi....kesian sungguh nasib rakyat Perak yer.

Pusat Khimat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang didatangi Polis dari Johor

Pusat Khimat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang didatangi Polis dari Johor

18 June 2012 - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi beberapa anggota polis di negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu. Dipercayai berkaitan dengan isu twitter Dato Seri Nizar mengenai plat WWW1 yang menjadi konterversi baru-baru ini.

Soalsiasat serta mengambil bahan gambar sumber berlansung dengan harmoni berikutan kerjasama yang diberikan pihak staf pusat khidmat ini dengan pihak polis yang mengambil masa hanya sekitar 45minit.

Menurut sumber disini menyatakan tiada sebarang bahan bukit dirampas atau dibawa keluar dari pejabat pusat khidmat kepunyaan PAS Bukit Gantang disini tadi.

P/S : Suka hati kaulah LABU....kalau berkenaan tweet apa kena mengenanya dengan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang...hu hu hu.....bertindaklah secara profesional bukan bertindak mengikut arahan....kuikuikui...pejabat akhbar kosmo bila pulak kau nak geledah

kerajaan persekutuan telah meminjam dari KWSP sebanyak RM144.5b..

Sedarkah anda kerajaan persekutuan telah meminjam dari KWSP sebanyak RM144.5b....hmmm..sapa yang nak bayar tu nanti yer...??? apakah jaminan wang tersebut akan dibayar semula...

P/S : Gali lubang sini tutup lubang sana......KWSP tu duit rakyat jangan suka-suka sedut...kuikuikui
 

kenapa tak sampai2 lagi yer

Tetiba teringat pulak tentang enjin jet yang hilang dulu....senyap sepi jer kisahnya....katanya dah jumpa enjin tersebut kat URUGUAY....tapi kenapa tak sampai2 lagi yer

KERA DIHUTAN DISUSUKAN....ANAK KAT RUMAH MATI KELAPARAN..

KERA DIHUTAN DISUSUKAN....ANAK KAT RUMAH MATI KELAPARAN....HU HU HU...

P/S : SAPALAH YANG NAK BAYARKAN KOS-KOS TERSEBUT...INI JUMLAH HANYA DI SABAH