Tuesday, December 17, 2013

Tentera Australia tinggalkan Kabul


Tentera Australia tinggalkan Kabul17 Disember 2013
Tentera Australia tinggalkan Kabul 
Kira-kira 400 askar Australia kekal berada di Afghanistan untuk melatih pasukan keselamatan tempatan.

KABUL - AFGHANISTAN. Kontinjen terakhir Tentera Australia dilapor telah meninggalkan pangkalan di selatan Afghanistan, semalam sekali gus menamatkan campur tangan dalam konflik di negara itu sejak 12 tahun lalu.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengumumkan pangkalan tentera Tarin Kot di wilayah Uruzgan tersebut telah ditutup.

"Situasi keselamatan di Uruzgan semakin baik berbanding 10 tahun lalu dan pihak berkuasa tempatan juga sudah mampu mengawal keadaan di wilayah terbabit.

"Bagaimanapun, kira-kira 400 askar kekal berada di Kabul dan Kandahar yang ditugaskan untuk menjadi penasihat serta melatih pasukan keselamatan tempatan," katanya.

Oktober lalu, Abbott memaklumkan bahawa lebih 1,000 askar akan dipanggil pulang dari Afghanistan selepas kerajaan terdahulu yang dipimpin Parti Buruh memutuskan untuk menutup pangkalan tentera Tarin Kot tersebut menjelang akhir bulan ini.

Difahamkan, laporan dipetik dari AFP kebanyakan tentera antarabangsa juga dijangka meninggalkan negara itu pada akhir tahun depan.

Aktivis Saudi dipenjara 4 tahun, 300 sebatan


17 Disember 2013

RIYADH - ARAB SAUDI. Mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan 300 sebatan terhadap seorang aktivis selepas didapati bersalah kerana menuntut demokrasi di negara itu, menurut Persatuan Hak Asasi Awam dan Politik (ACPRA).

Jurucakap ACPRA memberitahu bahawa Omar al-Saeed yang tidak diwakili peguam ketika dibicarakan adalah ahli keempat persatuan itu yang dihukum penjara pada tahun ini.

Sementara itu, laporan dipetik dari Reuters, Pemerhati Hak Asasi Manusia di Timur Tengah, Adam Coogle menyifatkan ia sebagai satu lagi contoh keangkuhan pihak berkuasa Saudi.

"Mereka seperti tidak boleh menerima sebarang kritikan terhadap dasar negara atau pencabulan hak asasi manusia di negara tersebut," katanya.

Dua beradik dapat kerakyatan selepas 36 tahun menunggu


PUTRAJAYA 13 Dis. - Selepas menunggu hampir 36 tahun, dua beradik kelahiran India berjaya mendapat pengesahan kerakyatan Malaysia berserta sijil kelahiran dan MyKad selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan tiga pihak termasuk ayah kandung mereka.
Keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang bersidang bersama Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
R. Thirupathi, 38, dan adik perempuannya, Meena, 35, yang menetap di Tamil Nadu merupakan anak seorang pesara kerajaan, M. Ramanoojum, 83, hasil perkahwinan lelaki itu dengan warganegara India, N. Pushpam.
Kuorum itu membenarkan perintah mandamus yang dimohon agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan kerakyatan, sijil kelahiran dan MyKad selepas berpuas hati bahawa perayu-perayu mematuhi segala keperluan ketika menyerahkan permohonan bagi pengesahan kerakyatan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131213/ma_07/Dua-beradik-dapat-kerakyatan-selepas-36-tahun-menunggu#ixzz2njrKlkYm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PESAN AKHIR ASY SYAHID SYEIKH MULLA ABDUL KADIR



Adifa Cairo
Sebelum meninggal, Asyahid Sheikh Abdul Qadir Mulla sempat menulis sebuah pesan, berikut pesan yang ditulis Mulla dan diterbitkan oleh islam21c.com:

“Jika pemerintah ini membunuh saya dengan tidak adil, maka itu akan menjadi kesyahidan saya. Setelah kesyahidan saya, Allah akan memberi petunjuk bagi kalian. Dia adalah sebaik-baik pemberi petunjuk. Jadi kalian tidak punya alasan untuk khawatir.”

“Aku benar-benar tidak bersalah. Mereka membunuh saya hanya karena saya terlibat dengan gerakan Islam. Tidak semua orang beruntung untuk mendapatkan kesyahidan. Siapa pun yang diberkahi dengan kesyahidan oleh Allah adalah memang orang-orang yang beruntung. Jika saya menerima kesyahidan itu, maka itu akan menjadi pencapaian terbesar dalam hidup saya. Setiap tetes darah saya akan mempercepat kemajuan gerakan Islam dan akan menyebabkan kehancuran penindas. Saya tidak khawatir dengan diri saya sendiri. Saya prihatin tentang masa depan negara dan gerakan Islam. Seperti yang saya tahu, saya tidak pernah melakukan sesuatu yang salah. Saya telah mendedikasikan seluruh hidup untuk gerakan Islam bagi keselamatan ummat di Bangladesh. Allah adalah pemilik hidup. Hanya Allah yang akan memutuskan bagaimana saya akan mati. Kematianku tidak akan terjadi sesuai keputusan orang lain. Waktu dan cara kematianku akan terjadi hanya sesuai kehendak-Nya. Jadi, saya akan menerima semua keputusan Allah dengan senang hati.”

“Kalian harus sabar. Hanya dengan kesabaran dan toleransi kalian akan mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Bukan dunia, tapi akhirat yang menjadi tujuan saya. Saya meminta do’a kepada ummat Islam di seluruh negara agar Allah menerima kesyahidan saya. Salam saya untuk kalian semua.”

Abdul Qadir Mulla

Rahimahullah Asyahid Sheikh..
 —

APAKAH PERLU AKU TINGGALKAN ISLAM ATAU KELUARGAKU?



Ini adalah kisah seorang penganut kristian katolik sebelum dia mengucapkan kalimah syahadah bersama pasukan pendakwah. Dan sekarang ini beliau aktif bersama pasukan dakwah menyeru yang bukan Islam memeluk Islam.

Selepas mengucapkan syahadah, beliau pulang ke rumah memberitahu kepada ahli keluarganya yang dia sudah memeluk Islam. Setelah keluarganya mendengar berita tersebut, mereka mula menjauhkan diri, malah isteri beliau sendiri tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Dengan tenang beliau berkata " Tidak apalah jika ahli keluargaku meninggalkan aku, kerana aku merasakan ketenangan bersama Islam di mana ia tidak aku perolehi dari sesiapa walaupun dari kalangan keluargaku sendiri."

Semoga Allah swt memberi hidayah kepada keluarganya dan mengurniakan dia syurga yang tertinggi... Amin Ya Rabb

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." Surah Al-Baqarah, Ayat 155
 

Taktik baru kekang pengemis


Semarang: Majlis Perbandaran Semarang dijangka meluluskan undang-undang kecil bagi menangani masalah kesejahteraan sosial (PMKS) menjelang 2014.

Undang-undang kecil itu dilihat mampu menangani kes gelandangan termasuk kanak-kanak serta pengemis.


Antara lain, orang ramai berdepan denda jika memberi sedekah kepada pengemis atau kanak-kanak gelandangan.



Mereka yang menerima sedekah juga bakal menghadapi tindakan undang-undang.


Undang-undang kecil serupa sudah pun dilaksanakan di Jakarta. “Denda mungkin antara 500,000 rupiah (RM135) hingga sejuta rupiah (RM270),” kata ketua PMKS di Agensi Kesejahteraan Sosial, Kepemudaan dan Olahraga Semarang, Hengky Suherdiyono, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Penunjuk perasaan lontar bom ditembak


Dhaka: Lima lagi terbunuh dalam pertempuran yang berlaku berpunca daripada hukuman gantung ke atas seorang tokoh Islam Bangladesh.

Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk menyuraikan tunjuk perasaan terbaru yang meletus kerana membantah pelaksanaan hukuman itu.


Polis berkata, pertempuran tercetus di beberapa tempat di daerah tenggara Satkhira ekoran hukuman gantung yang dijalankan ke atas tokoh tertinggi parti Islam terbesar negara itu, Abdul Quader Molla minggu lalu.



Aktivis Parti Jamaat-e-Islami menggunakan senjata dan bom buatan sendiri, menyerang pasukan polis dan pengawal sempadan separa tentera, kata polis.


“Kami melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri,” kata timbalan ketua polis daerah, Moniruzzaman kepada media mengenai pertempuran yang berlaku awal pagi di Satkhira, kubu kuat parti itu.


Pegawai daerah Anwar Hossain memberitahu media, lima orang disahkan maut dalam pertempuran itu, manakala akhbar harian Bengali Prothom Alo memetik sumber tempatan sebagai berkata, mangsa ialah aktivis Jamaat. Keganasan terbaru itu berlaku ketika hari cuti awam di negara itu semalam bagi memperingati kemenangan terhadap Pakistan dalam perang menununtut kemerdekaan pada 1971. Setakat ini, lebih 30 orang mati apabila penyokong parti berkenaan memberontak untuk meluahkan kemarahan mereka kerana tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Abdul Quader. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17