Friday, June 17, 2011

Abu Bakar kena penjara 15 tahun

JAKARTA: Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir dijatuhi hukuman penjara 15 tahun semalam atas pembabitan beliau dalam sebuah kumpulan yang menyasarkan untuk membunuh presiden negara itu.

Hukuman penjara Abu Bakar dilihat sebagai satu langkah penting dalam usaha kerajaan Indonesia untuk melemahkan kumpulan pengganas tetapi ia mungkin tidak akan mengurangkan ancaman serangan di negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia itu ketika yang lain cuba mendesak satu agenda Islam.
Abu Bakar tidak mendapat sokongan meluas di Indonesia tetapi penganalisis berkata sabit kesalahan boleh mencetuskan kemarahan penyokong Islam kuat, di mana ada yang berikrar bangkit selepas pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.
Dengan menyatakan risiko itu, satu mesej teks yang disebarkan di ibu negara itu minggu ini memberi amaran 36 letupan bom akan berlaku di seluruh negara sebaik saja hakim mengumumkan keputusan di mahkamah selatan Jakarta.

“Lebih berat hukuman lebih baik, kerana ia satu langkah mengekang radikal di kalangan penduduk lebih muda.

“Jika beliau dipenjarakan ia tidak memberi kesan kepada risiko keselamatan, tetapi ia masih lebih baik untuk mengelak beliau daripada menyampaikan ucapan kebencian,” kata ketua agensi memerangi pengganas di negara itu, Ansyaad Mbai. – Reuters Berita Harian Online | Abu Bakar kena penjara 15 tahun

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah




DARI kiri, Mohd. Nor, Shaheizy, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana, Nurul Hidayah, dan Aizat selepas majlis penyertaan Askar Wataniah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air semalam menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Tujuh selebriti lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt. (B) Mohd. Nor Bon, penerbit filem, David Teo, penyanyi, Ana Raffali dan Aizat Amdan serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadandi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi.
Berikutan penyertaan itu, mereka dijadual menjalani latihan ketenteraan selama 39 jam, namun tarikh mula latihan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jadual masing-masing.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau yakin penyertaan itu memberi peluang kepadanya membina jati diri serta memperoleh pengalaman baru.
"Saya pernah menjalani latihan seumpama ini dan boleh mengagak bentuk latihan yang akan diberikan kepada kami yang menyertainya.
"Saya teruja dan tidak sabar untuk belajar perkara baharu seperti cara mengendalikan senjata," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai Rejimen Askar Wataniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara