Friday, May 18, 2012

7 tahanan ISA henti mogok lapar: SUHAKAM




2012/05/18

TAIPING: Mogok lapar oleh tujuh tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di Kamunting di sini sejak 12 Mei lalu berakhir hari ini selepas pertemuan dengan wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan agensi berkenaan.

Pesuruhjaya SUHAKAM, James Nayagam, berkata tahanan berkenaan melancarkan mogok lapar kerana tidak berpuas hati kerana masih belum dibebaskan walaupun ISA sudah dimansuhkan.
"Semua tahanan yang melancarkan mogok lapar itu membabitkan enam tahanan warga asing (India, Sri Lanka, Iraq dan Indonesia) dan seorang rakyat tempatan yang ditahan atas pelbagai kesalahan, dan (mereka) mengadakan mogok lapar kerana mahu pembebasan awal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan tahanan berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata, tindakan mogok lapar itu berakhir selepas pertemuan diadakan antara wakil SUHAKAM, Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis dan pengurusan Tempat Tahanan Perlindungan itu.

Katanya, pada awalnya mogok lapar itu membabitkan tujuh tahanan sebelum tiga daripada mereka menarik diri pada Selasa lalu yang kemudiannya disertai tiga tahanan lain.

"Semua tahanan berkenaan beranggapan semua individu yang ditahan di bawah ISA perlu dibebaskan berikutan akta itu telah digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata selepas SUHAKAM menerangkan bahawa terdapat satu klausa yang memerlukan mereka menghabiskan tempoh tahanan yang ditetapkan kerana akta baru itu digunakan untuk kes baru sahaja, mereka kemudiannya akur. 
"Selepas penerangan itu mereka menerima dengan positif lalu bersetuju menghentikan mogok tersebut," katanya.

Beliau berkata, SUHAKAM akan membawa perkara ini kepada pengetahuan KDN untuk melihat langkah terbaik bagi menanganinya.

"SUHAKAM akan membuat siasatan sewajarnya dan bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam masa terdekat," katanya.

Pada 9 Mei lalu, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Rang undang-undang yang dibahagikan kepada lapan bahagian itu dibentang berikutan pemansuhan ISA 1960 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada September tahun lalu. - BERNAMA

Protes burger dan thosai batal




18 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Anggota kumpulan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membatalkan hasrat untuk mengadakan protes di luar rumah Datuk S. Ambiga Sreenivasan di Bukit Damansara di sini pada 24 Mei ini.

Satu lagi kumpulan yang menggelar diri sebagai WargaAMAN, turut membatalkan hasrat membuka gerai thosai dan mengadakan demonstrasi membuat thosai di hadapan rumah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Ahad ini.

Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan 'protes burger' itu dibatalkan setelah pihaknya berpendapat berjaya 'mengajar' Ambiga yang mengetuai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

"Sehubungan itu, tidak akan ada satu lagi protes susulan. Kami tidak akan buka gerai di hadapan rumah Ambiga," katanya.

Pada 10 Mei lalu, beberapa ahli Ikhlas mengadakan 'protes burger' dengan mengedarkan burger daging percuma kepada orang ramai di luar rumah Ambiga setelah mendakwa mengalami kerugian pendapatan berjumlah RM200,000 berikutan perhimpunan Bersih 3.0.

Pengerusi WargaAMAN, A. Rajaretinam ketika dihubungi Bernama berkata: "Ya, kami akan batalkan setelah mengambil kira pandangan Ambiga dan beberapa pemimpin politik supaya tidak berbuat demikian." -- Bernama

Jenazah mualaf dikebumi cara Islam

GEORGETOWN - Jenazah seorang lelaki mualaf, Khoo Boo Soo yang sebelum ini ditempatkan di rumah mayat Leong San Tong , Ayer Hitam di sini selama empat hari selamat dikebumikan secara Islam di Tanah Perkuburan Islam Dato Keramat, Jalan Perak di sini kira-kira jam 3 pagi tadi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul  Malik Abul Kassim berkata, jenazah lelaki berkenaan dituntut sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang daripada keluarganya kira-kira jam 1.30 pagi sebelum dibawa ke Masjid Hashim Yahya,Jalan Perak untuk dimandi dan dikafan.

Menurutnya, urusan pengebumian jenazah dilakukan di kariah masjid berkenaan berjalan dengan lancar sambil disaksikan anak lelaki serta ahli keluarganya yang beragama Buddha.

"Tiada sebarang masalah yang timbul dan ahli keluarganya dengan rela hati menyerahkan jenazah itu untuk disempurnakan secara Islam.

"Mereka juga diberi kesempatan untuk melihat jenazah itu dimandi,dikafan dan dikebumikan mengikut cara Islam" katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kematian Boo Soo, 55, akibat sesak nafas Isnin lalu mencetuskan kontroversi apabila mayatnya diletakkan di sebuah tokong di Farlim,  Ayer Itam untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

Ahli keluarganya yang tidak tahu menahu tentang pertukaran agama Boo Soo terkejut apabila seorang lelaki yang juga bapa saudara isteri kedua Boo Soo datang untuk menuntut mayat bagi dikebumikan secara Islam.

Sebelum itu, si mati dikatakan memeluk Islam pada tiga tahun lalu di Indonesia dan mendirikan rumah tangga dengan wanita dari republik itu.

Status agama barunya bagaimanapun tidak dimaklumkan ahli keluarga termasuk tidak mendaftar perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berita ni anda TIDAK AKAN jumpa di TV dan surat khabar..


Berita ni anda TIDAK AKAN jumpa di TV dan surat khabar..

Ketua Menteri P. Pinang, Lim Guan Eng telah memberikan sebidang tanah berharga RM73 juta untuk membina bangunan kompleks Mahkamah Syariah setinggi 7 tingkat, bernilai RM36 juta di Jalan Scotland..

Projek Mahkamah ini diberikan kepada Syarikat Melayu Islam, iaitu IHSARA Sdn Bhd..

ceramah


"PAK HABIB PERANG BIG MAMA?"




Jumaat, 19 Mei, 2012 - "PAK HABIB PERANG BIG MAMA?"


Pada 14hb Feb. 2012 pukul 7.30 pagi, dari kamar 332, Hotel Legrandeur Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia, saya menghalakan pandangan saya ke laut biru yang tenang lagi indah, Subhanallah segala puji bagi Allah, sambil bertafakur saya bermeditasi.

“Hadapkanlah wajahmu ke mana saja di situ ada Aku” saya teringat Tuhan Raja Sekian Alam. Banyak sejarah dalam Al-Quran mengenai laut yang boleh dijadikan contoh teladan kepada pemimpin yang angkuh, kejam dan zalim yang terlupa dengan kekuasaan Tuhan.

Di antaranya kisah Nabi Musa a.s. Macam tak masuk akal macam mana seorang manusia boleh melenyapkan Firaun dan sebuah empayar terbesar di zaman dulu ke dasar laut, tanpa askar atau bom nuklear. Allah kata “kun” binasa musnah kau di dasar laut.

Itulah satu-satunya bumi di laut yang pernah disentuh oleh sinar matahari. Anda akan kata itu cuma satu cerita, itu dulu. Apakah anda tak tengok apa yang berlaku di Acheh dan di Jepun akibat tsunami? Berpuluh ribu manusia kehilangan nyawa dan harta benda.

Sepatutnya Nabi Musa a.s. mati kerana Firaun membunuh setiap anak lelaki yang lahir setelah diramalkan oleh ahli sihir ada anak lelaki yang akan menjatuhkannya, inilah akibat lebih percaya cakap bomoh dari perintah Allah. Dia lupa pada qada’ dan qadar, Tuhan boleh buat apa yang dia suka terhadap hamba-hambanya yang menderhaka.

Berpantang ajal sebelum maut. Allah yang menghidupkan dan Allah juga yang mematikan. Bukan semua yang ditimpa tsunami mati, ada yang hidup, suka hati Tuhan siapa yang dia nak matikan biarpun tak masuk akal manusia.

Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh umatnya, tak hangus, Nabi Yunus a.s. hidup di dasar laut di dalam perut ikan paus, tak mati. Allah sebaik-baik penjaga. Saidina Ali Karamullah wajhah tidur di katil Nabi SAW ketika musuh mahu membunuh baginda, tak mati pun tetapi baginda Ali wafat semasa menjadi khalifah ketika mahu ke mesjid menunaikan solat subuh, baginda tahu siapa pembunuhnya.

Nabi Musa a.s. yang dihanyutkan ke sungai, dijumpai oleh Asiah, antara empat wanita yang termulia di dunia, selain Khadijah r.a., Mariam r.a ibu Nabi Isa a.s. dan Fatimah Az zaharah r.a. puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Berapa ramai umat Islam yang tahu siapa manusia istimewa ini melainkan mereka yang kenal dirinya maka mereka kenallah Tuhan yang nyata.

Kuasa seorang isteri AMAT BESAR, Firaun pun takut bini, apa hendak heran jika Najib dan para suami kepada ‘first lady’ yang menjadi Firaun moden.

Asiah mampu mengenepikan arahan Firaun dan ahli sihir supaya Musa dibunuh, Musa terselamat dan membesar di dalam istana Firaun. Ibunya baik, dapat mendidik anak yang baik.

Tafakurlah, takut apa pada manusia? Saya memotivasikan diri saya sendiri, saya mengingatkan diri saya Allah lebih dekat dari urat leher kita manusia. Katakan tempat di mana Tuhan tak ada! Jangan percaya kata-kata Nietzchi ahli falsafah Jerman yang mengatakan Tuhan sudah mati. “If God is your friend who is your enemy?”

Asiah bukan seperti isteri pemimpin yang percaya pada bomoh kerana emak atau keluarganya suka guna bomoh. Asiah tak mahu bersubahat membunuh anak yang tak berdosa dengar bisikan syaitan kepada bomoh, kenapa mesti dengar bisikan syaitan?

Kalau kita percaya pada Allah kenapa percaya pada ramalan ahli sihir? Inilah ajaran sesat lagi menyesatkan. Ramai pemimpin hari ini yang menyimpan bomoh seperti di zaman Firaun membela ahli sihir. Di situlah mula politik pancung memancung dan chah keting.

Akibat tidak mahu taat perintah yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. yang lebih percaya pada ahli sihir, Firaun dan rakyatnya ditenggelamkan. Inilah balasan kepada pemimpin seperti Hosni Mubarak, Ali Zainal Abidin Abdullah Saleh, Firaun Moden pemimpin di Timur Tengah yang angkuh, kejam dan zalim yang dipengaruhi oleh wanita pertama (syaitan yang nyata).

Mengucap bro... Lailahaillallah Muhammadarrasulullah. Astaghfirullahalazim. Berdosa cepat bertaubat, kalau sakit cari ubat.

Kalau Musa boleh belah laut dengan sebatang tongkat, apakah tidak mustahil penulis juga boleh membelah gelombang politik dengan sebatang pen, dengan ada kerjasama dari blogger, mereka yang ada Facebook, yang ada twitter?

Gua caya lu Brother, dengan hanya sekali klik sahaja Bro, lu dapat menenggelamkan para pemimpin yang angkuh dan zalim. Dan ini pernah terjadi dalam tsunami politik PR ke-12.

Biarpun Firaun Moden fikir mereka mahu jadi si luncai, menipu rakyat terjun kerana ada ratusan juta ringgit di bank luar negara. Apakah mereka boleh selamat? Hidup di dunia pun teruk inikan pula di akhirat. Pencuri tak lenyak tidurnya.

Jangan lupa Tuhan ada di mana-mana, begitu juga malaikat maut. Mereka akan diburu ketakutan oleh dosa-dosa sendiri. Cuba bayangkan siapa boleh terfikir Saddam Hussein dan Gadaffi boleh mati dengan cara yang amat dahsyat! Lu fikirlah Bro.

Pelik sungguh, pemimpin terlupa yang sejarah akan berulang, dulu dan hari ini itu juga manusianya, itu juga Tuhannya. Nama dan tempat saja yang berbeza.

Macbeth hasil penulisan Shakespeare, tidurnya tak nyenyak kerana telah membunuh. Di mana juga kamu bersembunyi ia tetap bumi Tuhan Yang Maha Kuasa. Allah tidak akan masukkan peristiwa Nabi-Nabi dalam Al-Quran jika ia tidak membawa makna dan pengajaran kepada umatNya manusia.

Ayat Al- Quran bukan sekadar tulisan dalam kitab untuk dibaca, disimpan di rumah atau dalam kereta, menunjuk-nunjuk akulah Islam. Pirahhh... Kenapa tidak mempelajari dan menghayati apa yang tersirat. Al-Quran harus hidup dalam diri kita, di mana juga kita berada.

Bukankah Nabi Muhammad SAW itu Al-Quran yang hidup, yang membawa rahmat kepada sekelian alam?

Kita mula baca Al Quran dengan Bismillah Hir Rahman nir Rahim. Dengan nama Allah yang amat pemurah dan amat mengasihani. Ada ke sifat Tuhan yang pemurah dan penyayang itu dalam diri?

Saya tidak merancang di hari berkasih sayang untuk berada di dalam hotel seorang diri, namun biarpun ribuan batu jauhnya dengan Malaysia itu tak bererti saya tidak boleh terfikir tentang Malaysia. Bukan saja kita boleh berfikir tetapi kita boleh melihat apa yang berlaku di seluruh dunia menggunakan telefon bimbit dalam gengaman kita.

Rosmah memang terkenal suka guna bomoh dan ahli sihir, ada orang kata Najib pun dua kali lima. Mengikut cerita kawan saya yang kenalkan dia dengan seorang bomoh sebab itu dia boleh jadi PM.

Saya ke Kalimantan untuk mendapat pengesahan betul ke Najib datang ke sini untuk bertemu Haji Mahiar. Tahu siapa Haji Mahiar. Mengikut cerita dari seorang intelligent, dia ada menyimpan tape perbualan Najib dengan Haji Mahiar, ada menteri yang sanggup bayar 10 juta ringgit Malaysia untuk rahsia yang disembunyikan oleh Najib selama ini.

Kalau cerita ini keluar macam missing link yang boleh menghidupkan gambar dalam jigsaw puzzle.

Mungkin Najib rasa yakin nyawa politiknya tidak akan mangkat kerana dia sudah berjumpa dengan Haji Mahiar di Kalimantan Timur.

Siapa yang tidak kenal dengan Haji Mahiar yang juga didatangi oleh Bambang Susilo, Taib Mahmud dan orang-orang terkenal lain. Mengikut cerita, Kiai ini untuk ‘the rich and famous’. Jangan lup a Arwah Suharto dulu kononnya ada 1000 bomoh, kiai dan ahli sihir, akhirnya mati di julang politik juga.

Saya berada di Kalimantan Timur kebetulan pada hari Valentine, Hari Berkasih Sayang. Apakah tidak ada lagi sifat kasih sayang di dalam diri para pemimpin kita?

Kalau tak ada, maknanya hati mereka sudah kering kontang. Mata hati mereka sudah buta. Mereka tak nampak penderitaan rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka.

Kerana kasih sayang Asiah terhadap seorang bayi, akhirnya Nabi Musa a.s. boleh terselamat dan membesar dalam rumah Firaun. Itulah pentingnya peranan ibu. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu.

Nak tengok perangai anak perempuan, tengok perangai ibunya. Ibunya borek anaknya rintik. Mustahil anak ular tak pandai membelit, anak jengking kala bila sudah besar tak pandai menyengat. Lu fikirlah Bro.

Kasih sayang itu amat penting. Loving, giving, caring, sharing and forgiving itu yang saya kongsikan dengan siapa saja yang datang ke University of Life.

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin akhirnya jadi papa kedana, nak makan pun tak ada kerana Tuhan yang sepatutnya berada dihati manusia puaka dalam diri yang bermaharajalela merompak, menyamun harta rakyat, tak puas-puas seperti orang yang kehausan terminum air laut.

Kenapa suasana sekarang ini amat berbeza sekali , siapa punca Ibu Mithali hingga para ibu hilang rasa kasih sayang terhadap anak yang baru lahir? Bukan kata ibu angkat atau ibu tiri, macam dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah, ibu kandung dalam masyarakat pun hilang kasih sayang. Anak dibuang dalam tong sampah dan dalam tandas.

Wanita Pertama Malaysia begitu angkuh dan kejam terhadap anak perempuannya sendiri bukan lagi satu rahsia, ada yang menggelarnya ‘Betina Puaka’, tak percaya tengok dalam internet.

Bila dia berkahwin dengan Najib, perangainya sudah jadi macam si Tanggang. Dulu si Tanggang yang menderhaka pada ibu tidak mahu mengaku wanita itu sebagainya ibunya. Ini ibu yang menderhaka pada anak, apakah balasannya akan diterima dari Allah kelak?

Sampai bila kita nak simpan Rosmah ‘BN’ Bini Najib ini sebagai ‘first lady’? Wahai orang UMNO, lu tak takut ke, kubur kena kencing dengan anak cucu lu nanti?

Macam mana rakyat hendak berkasih sayang sedangkan pemimpin atasan pun tidak berkasih sayang. Hari-hari pemimpin dengan pemimpin bergaduh. Inikah contoh pemimpin yang baik, yang kita boleh jadikan ‘role model’?

Kasih sayang Rosmah yang kita nampak terhadap anak masyarakat sekadar kasih sayang kosmetik. Rosmah sana sini sibuk dengan program Permata dengan kanak-kanak, sana sini buat majlis yang menunjukkan dia mempunyai kasih sayang melimpah ruah tetapi adakah secara realitinya begitu? Lu fikirlah Bro!

Ada berita yang sampai tergolek depan mata saya mengatakan Rosmah tidak mahu rakyat tahu yang sebelum dia kahwin dengan Najib dia sudah ada anak yang besar, dia dulu janda tetapi bukan Janda Baik.

Majlis perkahwinannya dan tetamu VIP dilarang menghadiri dan berbagai peristiwa sedih lagi. Kilk kat internet, semua londeh Bro. Sementara majlis pertunangan anak Najib pula seperti majlis tilawah Al-Quran meriahnya.

Anak Najib dari Tengku Putri bersanding, Najib tak dibenarkan naik merenjis. Yang dia pandai memboroskan wang rakyat berbelanja sesuka hatiya. Orang UMNO ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut mengumpat kat belakang, apa sudah jadi terkena sihir dengan kertas gambar kepala Agung ke?

Adakah kasih sayang itu berkasta-kasta? Sedarkah kita yang “cinta Rasulullah SAW terhadap umat Islam? Ummati ummati (umatku umatku) itulah ungkapan Rasulullah SAW disaat nazak kewafatannya selain disaksikan oleh Jibrail a.s. dikelilingi oleh Fatimah Az-Zaharah, Imam Ali dan cucu baginda, Hassan dan Hussein. Ketua Pemuda di syurga.

Berapa ramai pemimpin yang sentiasa mengingati rakyatnya dan berkata “rakyatku rakyatku? Kalau Rosmah dan Najib, anak sendiri pun mereka tak peduli, inikan pula anak bangsa dan bangsa Melayu. Ke mana Najib hendak bawa Melayu?

Dengan adanya 1Malaysia, hidup Melayu mula merapu tak menentu dalam Tanah Melayu yang ditinggalkan oleh tok nenek mereka dulu. Itulah akibat hidupnya pun mengikut nafsu serakah Rosmah.

Kasihan UMNO, bahtera ada dua nakhoda, ahlinya membisu seribu bahasa, akhirnya akan ditolak oleh rakyat yang tahu mereka tidak lagi boleh bernaung dibawah payung BN.

Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW penghulu segala rasul tidak boleh dipisahkan, seperti roh dan jasad, dunia dan akhirat. Bila teringatkan Allah di mana juga saya berada, saya akan berselawat.

Kerana Allah dan para malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Muhammad SAW ‘role model’ untuk seluruh umat manusia. Hanya manusia yang bakhil tidak berselawat bila disebut Nabi Muhammad SAW.

Mereka yang beriman saja yang akan sentiasa berselawat ke atas Muhammad SAW kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah mereka yang bernama Melayu, boleh jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Besar, jadi Raja dan Sultan.

Apakah ahli UMNO kita nanti mati semata-mata untuk mengkekalkan dua nakhoda yang bermaharajalela atas bahtera UMNO? Lu Fikirlah Bro.


Al-Attas University of Life.blogspot.com
[Read the rest of this article by getting my book at:
Pustaka Mukmin
141 & 143, Jln Tungku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 03-26932364, 26936557]
 

Ganti Majlis Peguam gimik Umno - Aziz Bari


Tarmizi Mohd Jam,18 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Umno-BN makin terdesak apabila membangkitkan isu penubuhan akademi undang-undang bagi menggantikan Majlis Peguam yang mencetuskan pandangan tidak menyebelahi mereka mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0.

Tegas pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, isu ini telah banyak kali dibangkitkan tetapi ia hanya menjadi gimik Umno sahaja.

"Mereka melihat badan seperti itu hanya sebagai satu lagi institusi untuk menempatkan para pengampu dan kroni Umno sama seperti kebanyakan agensi termasuk universiti dan IPTA", ujarnya.

Apa pun, tambah Aziz, institusi seperti akademi undang-undang mempunyai peranan dan fungsi yang tertentu yang berbeza dengan fungsi Majlis Peguam.

"Majlis Peguam, sama seperti MMA dalam konteks doktor perubatan atau Lembaga Arkitek mempunyai peranan dan kuasa memantau profesyen berkenaan," katanya.

Beliau berasa hairan mengapa menteri-menteri Umno, termasuk yang berkelayakan sebagai peguam, boleh mengarut dan setuju dengan cadangan menubuhkan majlis peguam yang baru.

"Mungkin itu sebabnya mengapa menteri-menteri Umno yang berkelayakan sebagai peguam sering merepek dan bercakap tidak berdasarkan undang-undang," ujarnya sinis.

Bagi beliau, tidak perlu ada Majlis Peguam yang baru hanya kerana Umno-BN tidak senang dengan yang ada sekarang kerana isu ini bukan perkara baru.

"Ia telah berulang kali dibangkitkan oleh Umno, khususnya apabila Majlis Peguam mengambil pendirian yang tidak mereka sukai.

"Tetapi nanti apabila majlis mengeluarkan pendapat yang Umno suka parti itu akan berdiam diri dan isu itu akan mati begitu sahaja," tambah mantan profesor undang-undang UIAM itu.

Aziz berkata, Majlis Peguam bukanlah Badan Bukan Kerajaan atau NGO, sebaliknya, jelas beliau, ia adalah sebuah badan berkanun yang diwujudkan melalui akta parlimen.

Jagalah aurat anda


diceritakan oleh Saidina Ali k.w. dalam satu riwayat: “Suatu hari aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati Baginda sedang menangis. Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, apa yang membuatkan tuan menangis?" Baginda menjawab: “Wahai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku diseksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat." Saidina Ali k.w. bertanya: “Apa yang anda lihat, wahai Rasulullah?” Rasululah SAW bersabda: “Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya, sedang api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya dan aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak kepalanya dan aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dua kakinya dalam keadaan terikat dan dilumurkan minyak tanah pada seluruh badanya lalu dituangkan air panas pada lehernya……”

Anakandanya Siti Fatimah r.a. berkata: “Khabarkan kepadaku apa yang menyebabkan mereka diseksa?” Baginda bersabda: “Adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan air panas dituangkan ke dalam lehernya itu kerana dia sering menyakiti hati suaminya. Sementara perempuan yang tergantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak kepalanya adalah disebabkan dia tidak mahu menutup aurat (rambut) daripada lelaki lain. Adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya itu adalah disebabkan dia keluar rumah tanpa izin suaminya….”

Bapa Kafir: NST disaman RM1 juta


Harakahdaily,18 Mei 2012

(Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapak kafir)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi(gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.

Muzakarah: 'Alhamdulillah', kata Nik Aziz



MOHD ZAILANI ABD RAHMAM
18 Mei 2012
Kronologi Muzakarah Pas
Kronologi Muzakarah Pas
KOTA BHARU - "Alhamdulillah." Itu reaksi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat susulan respons Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam yang menyahut kesediaan parti itu untuk mengadakan muzakarah.

Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuan itu memang ditunggu-tunggu dan bentuk perbincangan boleh ditentukan selepas persetujuan itu dibuat.

"Terbukanya pintu hati pemimpin untuk muzakarah itu adalah perkara yang baik, soal skop perbincangan boleh ditentukan kemudian," kata beliau kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, pagi ini.

Ketika ditanya sikap segelintir ahli Pas yang menolak pertemuan ini, Nik Aziz berkata, beliau tidak kisah dengan pandangan seumpama itu.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa pertemuan itu penting demi menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Semalam, Muhyiddin berkata, Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Nik Abdul Aziz.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya.

Cubaan pecah masuk pejabat Ambiga



Pejabat Ambiga beroperasi seperti biasa walaupun ada cubaan pecah masuk pagi semalam
Pejabat Ambiga beroperasi seperti biasa walaupun ada cubaan pecah masuk
pagi semalam
KUALA LUMPUR - Pejabat Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dipecah masuk hari ini.

Kejadian itu disedari seorang kakitangannya kira-kira jam 8 pagi apabila terlihat kotak kawalan akses dipecahkan.

Seorang kakitangannya yang enggan dikenali berkata, peti keselamatan tersebut dirosakkan tetapi pencuri tidak berjaya untuk masuk ke dalam pejabat.

Menurutnya, pekerja yang terakhir meninggalkan premis tersebut kira-kira jam 8 malam semalam.

“Ketika itu, tiada kejadian yang mencurigakan dan pejabat ditutup dengan baik.

“Pencuri merosakkan peti keselamatan yang digunakan untuk akses kad keselamatan,” katanya.

Ambiga sudah membuat laporan di Balai Polis Travers berikutan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mengesahkan menerima laporan tersebut dan masih dalam siasatan.

Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu



Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu
A. Samad Said
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0.

A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya.

Hudud: Pas tidak akan 'menyerah kalah'



Datuk Harun Taib
Datuk Harun Taib
SHAH ALAM - Pas akan terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara tersebut.

“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR.

“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang.

“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Pas tidak pernah ‘tutup buku’ atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam.

“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar,” katanya.

Inilah jawapan yang selalu di sebut kerajaan BN/UMNO apabila di tanya oleh rakyat...



Inilah jawapan yang selalu di sebut kerajaan BN/UMNO apabila di tanya oleh rakyat...

Mereka sering berhujah menolak PR kerana wujudnya DAP


Ustaz Nik Mohamad Abduh. 

Mereka sering berhujah menolak PR kerana wujudnya DAP. Apakah mereka memejam mata bahawa; 

1) Sebuah kerajaan tanpa penglibatan non-muslim di negara kita adalah mustahil?

2) MCA lebih jelas menolak Islam berbanding DAP yang lebih sedia mendengar?

3) Hubungan PAS-DAP yang berprinsipkan hak kebebasan dan kesamarataan ada...lah lebih KUKUH dan ADIL berbanding hubungan UMNO-MCA yang berasaskan perkauman dan persetujuan bersama menolak ugama dalam politik?

4) Suara ulama dalam PAS lebih dihormati oleh DAP berbanding suara ulama UMNO oleh MCA, malah oleh pemimpin UMNO sendiri?

5) PKR terus setia menjadi jambatan yang menghubungkan dan merapatkan selisih pandangan di antara PAS dan DAP?

6) DAP di Pulau Pinang jauh meninggalkan GERAKAN di dalam membantu pentadbiran Islam melalui peruntukan kewangan dan sokongan?

7) PAS terus konsisten mempertahankan hak perlaksanaan Islam di bumi Malaysia walaupun dihujah oleh DAP, sedang UMNO hanya bisu dan dibisukan oleh MCA?

8) Gejala murtad menjadi-jadi sejak puluhan tahun dulu dan bukan bermula sedari tempoh 4 tahun pemerintahan PR di negeri-negerinya?

9) PAS memiliki suara non-muslim di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyokong perlaksanaan syariah untuk umat Islam. Dalam UMNO mana ada?

10) Rakyat, samada Melayu dan bukan Melayu yang semakin terbuka dan celik politik jelas menerima politik baru yang diperjuangkan oleh PR?

Jom, tukar dan ubah!
TOLAK BN/UMNO PRU 13 NANTI.

Peratusan rakyat luar dapat status warganegara naik mendadak!


 "1. Pada tahun 2000 - 2007 = 390 purata bagi tiap2 tahun.

2. Pada tahun 2008 = meningkat sebanyak 300%. Mungkin purata 390 x 300% kot.

3. Pada tahun 2009 = meningkat sebanyak 1225%. Buat macam kira2 di atas neh.

4. Pada tahun 2010 = meningkat sebanyak 3892%.

Semua neh berlaku selepas 2008, selepas pru - 12 yang mana bien kalah lima negeri kepada pembangkang. Ini sesuatu yang membimbangkan. Korang rasa tak apa yang aku rasa? "

'via Blog this'

Laungan keramat 3 pemimpin.

Skandal Taib Mahmud, Musa Aman Mula Di Bongkar Di Parlimen Switzerland


18 Mei, 2012 - Skandal Taib Mahmud, Musa Aman Mula Di Bongkar Di Parlimen Switzerland - by Addin 


Cubaan Malaysia menyembunyikan skandal penyelewengan wang hasil rasuah pembalakan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, kini mulai dibongkar. Berikutan pendedahan yang kami lakukan ke atas beberapa dokumen yang digunakan untuk menuduh itu, beberapa badan antarabangsa telah mula meneliti bahan-bahan bukti itu. 

Bahan-bukti seperti itulah yang dinafikan oleh Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail. Secara khususnya, fokus kini bertumpu kepada peranan yang dimainkan oleh bank Switzerland terbesar iaitu bank UBS, yang telah mengendalikan suatu jaringan akaun yang kompleks bagi pihak Musa Aman dan rakan sejenayahnya.

Hanya kurang seratus juta dollar telahpun disalurkan menerusi akaun-akaun UBS ke destinasi terakhirnya, iaitu akaun bank di Zurich di bawah nama Musa Aman. Turut menggunakan wang haram itu adalah anak-anak lelakinya yang menuntut di Australia.

Persoalan-persoalan yang kembali menghantui UBS

UBS telah berperanan berkhidmat untuk Musa Aman dengan membantu rakan-rakan politiknya dalam BN menutupi salah-laku tersebut.

Pada hari ini MP Carlo Sommaruga telah membangkitkan beberapa siri persoalan dalam Dewan Parlimen Swiss di Berne, setelah dia menyatakan kerisauannya terhadap penglibatan bank Swiss terbesar dalam transaksi kewangan yang penuh skandal itu.

Menurut Bruno Manser Fund (BMF), beliau telah menuntut diperjelaskan butir-butir pertuduhan yang terlibat, berikutan pendedahan dari Pejabat Peguam Negara Swiss yang telah bekerjasama dengan pihak berkuasa di Hong Kong yang telah meminta maklumat selanjutnya mengenai kes Musa Aman.

Dia juga bertanya sama ada kerajaan Swiss telah didatangi oleh penguatkuasa undang-undang dari Malaysia berkenaan perkara itu dan sama ada Switzerland akan membantu di segi bantuan perundangan kepada Malaysia.


Bekukan Aset-Aset Taib

Tambahan pula, menurut BMF, Carlo Sommaruga sedang mendesak kerajaan Swiss untuk membekukan aset-aset milik Musa Aman dan rakan sejenayahnya, Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga ahli-ahli keluarganya.

Beliau juga meminta diperjelaskan apakah jenis perlindungan yang dijangka dalam Perjanjian Perdagangan Bebas antara Persatuan Perdagangan Bebas Eropah, dan Malaysia yang akan menghalang hasil rasuah Malaysia daripada mengalir ke Switzerland.

Pakar undang-undang kini meneliti perkara ini dan Musa Aman, yang telah menuduh Sarawak Report memfitnahnya, dan UBS harus merasa lebih bimbang tentang bagaimana mereka akan menjelaskan bagaimana wang berjuta-juta dolar yang telah berangkaian di seluruh dunia dalam perjalanan ke Zurich, termasuk ke Amerika Syarikat. 


~sarawakreport

Bantahan awal Sri Wani ditolak, peguam dituntut minta maaf



BAHROM Sanugi dan isterinya cuba mengelak lensa jurukamera ketika keluar dari bilik bicara di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 17 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membatalkan permohonan injunksi oleh pengusaha kecantikan yang jantinanya dipertikaikan oleh suami, Sri Wani Choo Abdullah ke atas dua madunya dan bantahan awal terhadap permohonan faraq oleh suaminya.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memutuskan demikian selepas Sri Wani gagal hadir pada prosiding hari ini.
Keputusan itu sekali gus membenarkan permohonan Dr. Bahrom Sanugi untuk membatalkan permohonan Sri Wani mengikut Seksyen 121 (1)(c) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
Peguam syarie, Muhammad Hafiz Ab. Rashid yang mewakili Bahrom menyatakan, Sri Wani selaku plaintif sepatutnya menyerahkan satu salinan permohonan injunksi sama ada yang asal atau telah dipinda kepadanya pada 19 April lalu namun sehingga hari ini beliau tidak menerima sebarang dokumen.
Beliau turut menyatakan, plaintif gagal menyerahkan dokumen berhubung bantahan awal yang dibuat terhadap permohonan faraq yang difailkan anak guamnya sebaliknya hanya memberikan sehelai kertas merupakan muka surat kedua dokumen terbabit.
''Kami tidak tahu apa agenda pihak plaintif hanya menyerahkan sehelai kertas iaitu muka surat kedua bantahan awal kepada kami. Malah kami juga tidak tahu mengenai alasan ketidakhadirannya hari ini,'' katanya yang turut menyatakan tindakan tersebut merupakan satu penyampaian yang tidak teratur.
Pada prosiding hari ini, tiada peguam syarie yang hadir mewakili Sri Wani.
Bahrom, 61, memfailkan permohonan faraq (dipisahkan perkahwinan) pada 17 Januari tahun lalu dan pada awal tahun ini, beliau memohon perintah mahkamah agar isteri ketiganya itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.
Permohonan menjalani ujian DNA itu dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
Pasangan tersebut berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2008.
Sementara itu, sebelum prosiding bermula, Bahrom tiba-tiba meluru ke arah jurukameraUtusan Malaysia, Amin Farij Hasan selepas menyedari gambarnya dirakam.
Sambil memegang kamera jurugambar terbabit, beliau berulang kali meminta agar gambarnya dipadamkan namun diminta dengan tenang oleh Amin agar bekas dekan itu melepaskan kameranya.
Selepas tamat prosiding pula, Bahrom dan salah seorang isterinya cuba mengelak daripada terus dirakam wajah mereka oleh jurugambar namun selepas dipujuk oleh Muhammad Hafiz, kedua-duanya kemudian meninggalkan ruang legar mahkamah.
Namun sebelum beredar, isteri bekas dekan itu dengan selamba menempelak pihak media dengan kata-kata 'pemberita kurang ajar'.
Muhammad Hafiz ketika memberi penjelasan selepas selesai prosiding memberitahu, Sri Wani dalam helaian kertas yang diserahkan kepadanya pada 28 April lalu, menyatakan permohonan faraq oleh suaminya tidak boleh diteruskan kerana beliau telah bercerai dan surat cerai telah diterima daripada Majlis Agama Narathiwat, Thailand.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Hafiz memaklumkan, dia telah menerima sepucuk surat tuntutan maaf dan ganti rugi sebanyak RM1 juta daripada peguam Sri Wani.
Surat bertarikh 1 Mei itu dan diterimanya pada 15 Mei lalu mendakwa peguam syarie terbabit telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di akhbar tempatan yang turut disiarkan di laman web Youtube.
"Saya akan menjawab surat tuntutan ini. Tapi sebelum itu saya ingin nyatakan, saya tidak pernah memfitnahnya atau mana-mana pihak. Saya cuma memberikan ulasan atas prosiding mahkamah dan tiada satu tuduhan pun saya buat terhadap Sri Wani,'' jelasnya.
Ujarnya lagi, menurut surat itu, beliau diberi tempoh selama 14 hari untuk menjawab semua dakwaan terbabit.

Salahuddin sahkan akan bertanding di Johor



KUALA TERENGGANU 18 Mei - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sebaliknya beralih ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Pada masa yang sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen di negeri kelahirannya itu.
"Kami (Pas) telah buat keputusan bahawa saya akan bertanding sebagai calon di Johor pada PRU-13 akan datang. Mungkin dua kerusi, DUN dan Parlimen.
"Buat masa ini, kita sedang tunggu kawasan mana, ia mungkin di Tanjung Piai, Batu Pahat, Muar atau Kulai," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah pakatan pembangkang di Dataran Pas di Kuala Ibai dekat sini malam semalam.
Salahuddin seterusnya yakin dengan kepulangannya ke Johor akan dapat membantu barisan kepimpinan Pas serta pembangkang di negeri itu dalam usaha mencipta satu sejarah pada pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya beliau menyifatkan Johor merupakan sebuah negeri yang "subur" bagi Pas dan diyakini mampu melakukan suatu perubahan selepas PRU-13.
"Saya bersedia menawarkan diri untuk memberi perkhidmatan di Johor berdasarkan pengalaman yang ada," katanya.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serkat, Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum 2004 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2008.
Sebelum ini, beliau turut disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) selain di Johor pada PRU-13.
Salahuddin mengekalkan jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu. - BERNAMA

Perdana Menteri Perancis bentuk Kabinet



Menteri Kesihatan Perancis, Marisol Touraine (kanan) bersalaman dengan penggantinya, Xavier Bertrand sejurus beliau tiba di Kementerian Kesihatan di Paris bagi menghadiri majlis penyerahan tugas, semalam. - AFP
PARIS 17 Mei - Perdana Menteri baru Perancis, yang dilantik semalam, Jean-Marc Ayrault membentuk Kabinetnya hari ini dengan separuh daripada mereka terdiri daripada tokoh wanita.
Presiden, Francois Hollande meluluskan pembentukan Kabinet itu yang terdiri daripada sekutu, tokoh veteran dan muka baru bagi mengisi 34 portfolio.
Kedua-dua pemimpin Perancis itu, tidak pernah mempunyai pengalaman mentadbir negara, namun Ayrault menafikan ia akan menjadi halangan ketika beberapa persidangan dunia akan berlangsung termasuk sidang kumpulan negara G8 dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Bekas Perdana Menteri, Laurent Fabies dinamakan sebagai Menteri Luar baru menggantikan Alain Juppe.
Ayrault yang juga merupakan anggota Parti Sosialis turut melantik muka baru, Jean-Yves Le Drian untuk mengetuai Kementerian Pertahanan.
Le Drian akan melaksanakan ikrar Hollande untuk mengundurkan tentera Perancis dari Afghanistan menjelang hujung tahun ini.
Pengarah kempen Hollande dalam pilihan raya Presiden lalu, Pierre Mscovici yang sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Eropah dinamakan sebagai Menteri Kewangan menggantikan Francois Baroin, ketika negara-negara Eropah cuba bangkit daripada krisis kewangan.
Barisan Kabinet baru itu termasuk jawatan-jawatan yang diberi perhatian oleh Presiden kepada mereka yang diketepikan oleh bekas Presiden, Nicolas Sarkozy daripada parti konservatif.
Ia termasuk pembentukan kementerian baru untuk warga emas dan bergantung kepada menteri kanan wanita, diketuai jurucakap kempen Hollande ketika pilihan raya Presiden lalu, Najat Vallaud-Belkacem, selain bertindak sebagai jurucakap kerajaan. - AGENSI

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. 

Gaji Presiden, menteri Perancis dipotong 30%



PARIS 18 Mei - Pemimpin Perancis yang baru dari kerajaan Sosialis, Francois Hollande mengarahkan 30 peratus gaji Presiden dan menteri negara ini dipotong sebanyak 30 peratus, selepas beliau mengadakan satu mesyuarat Kabinet semalam, kata beberapa menteri.
Perdana Menteri, Jean-Marc Ayrault sebelum itu berkata, agenda utama mesyuarat berkenaan adalah mengenai potongan gaji yang menjadi salah satu janji pilihan raya sekali gus menjadi contoh kepada Perancis.
Tindakan itu dipercayai bertujuan bagi menunjukkan perbezaan di antara gaji yang diterima Hollande dan bekas Presiden, Nicolas Sarkozy yang sebelum ini menerima pendapatan 19,000 euro (RM75,241) sebulan. -AFP

Fasha Sandha sedih kehamilannya dipertikai



Fasha Sandha
KUALA LUMPUR 17 Mei - Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak termasuk mendakwa dia telah berkahwin di luar negara sebelum ini.
Fasha, 28, yang mengesahkan dia 'bunting pelamin' baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.
"Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?
"Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.
"Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu," katanya tegas ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Fasha dan Rizal Ashram atau Jejai, 36, dinikahkan oleh bapanya, Hassan Mohideen pada majlis persandingan di sebuah hotel di sini pada 27 April lalu.
Pada 14 Mei lalu, Fasha dalam akaun Twitter berkongsi berita kegembiraan tentang kehamilannya (bunting pelamin) dengan para peminat.
"Rezeki dari Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur, alhamdulillah," katanya di laman sosialnya itu.

Perbanyakan selawat

Cari ilmu insyaallah dimudahkan masuk syurga

Pangkah jangan tak pangkah

Kuliah Ustaz Budak

Berapakah tahap HUTANG NEGARA ?


Berapakah tahap HUTANG NEGARA ? mengapa menteri kewangan merangkap perdana menteri buat tak kesah?

KITA TELAH SALAH MEMILIH PEMIMPIN UNTUK MEMIMPIN NEGARA KITA!

Kelebihan berselawat

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya ...


Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya ...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya ...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena ...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan ...

"Jangan HINA permulaan seseorang.Kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya ..."

''Jangan tunggu esok@lusa untuk berubah. Bertindaklah sekarang .. Ajal@maut tidak menunggu kita ia datang pada bila2 masa bila diperintahkan''

PATUT LAH NAJIB TANGGUH LAGI PRU 13 !


Jumaat, 19 Mei, 2012 - PATUT LAH NAJIB TANGGUH LAGI PRU 13 !


Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa. 

Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, yang mana situasi ini akan menyebabkan BN tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku ‘Hung Parliament’ ataupun Parlimen Tergantung. 

Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit untuk BN.

Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13

Pertama, pada bulan lepas, Mahkamah Perancis mendedahkan telah memperolehi bukti bahawa Najib, semasa menjadi Menteri Pertahanan, telah meminta bayaran sebanyak AS $ 1 bilion untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, kroni beliau.

"Jika Perdana Menteri mempunyai integriti dan mahu dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kemuliaan dan moral, beliau harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua keperluan undang-undang," kata naib presiden PAS.

Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

Akhbar di Kanada yang mempersoalkan Najib dalam kes terbaru melibatkan Altantuya

Tribunal berterusan di Paris telah menyenaraikan beberapa pegawai tertinggi Malaysia, termasuk Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini mempersoalkan kuasa tribunal untuk mengeluarkan sepina dan menggunakan Interpol untuk membantu jika saksi enggan hadir.

"Siapa mereka untuk mengeluarkan waran tangkap? Kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis", Zahid berkata.

Bersih 2.0

Kedua, sudah tentu akibat Perhimpunan Bersih 3.0 yang menyaksikan Rakyat berbilang kaum dari segenap lapisan seramai lebih 250,000 Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyatakan kebenaran dan menyatakan sokongan menentang kerajaan yang korup, penipu dan zalim.



Lebih menakutkan Najib dan UmnoBn adalah yang hadir itu datang dengan wang saku mereka sendiri, walaupun dari golongan miskin Rakyat Malaysia.

Ketiga, acara Perhimpunan Raksaksa 500,000 ahli Umno bagi meraikan Ulangtahun UMNO yang dirancang oleh Najib tidak hanya untuk memperingati ulang tahun ke-66 parti itu, tetapi ia juga adalah untuk menyediakan platform untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13.


Semasa kehadiran Najib Rosmah
Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran yang amat mengecewakan dengan jumlah kurang 50,000 orang, telah dibuat perbandingan dengan Perhimpunan pada 28 April Bersih 3.0, di mana seramai 250,000 rakyat Malaysia berkumpul hadir secara sukarela di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Nampaknya keadaan ini telah memberikan kedua-dua pemimpin Umno ini, Najib dan Mahathir berfikir dua kali untuk melaksanakan PRU13.

Minggu lepas, Mahathir menasihatkan Najib untuk mengadakan PRU13 hanya selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri, berbeza dengan gesaan beliau pada awal bulan April, yang mengatakan ia adalah masa yang sesuai untuk Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin…

Lagi lama ditangguh… lagi parah UmnoBn…!!!

Orang-orang Umno dah mula benci dengan Najib ni… tengok la nanti….