Thursday, January 3, 2013

'Saya bukan pendatang asing'



AZIZAN INCHE HARUN
3 Januari 2013
'Saya bukan pendatang asing'
Mariam menunjukkan sijil lahir Ida yang disimpan.
PASIR GUDANG – Hasrat seorang gadis mencari rezeki di sebuah kedai runcit di Rawang, Selangor sekitar 2009 bertukar episod hitam apabila dia mendakwa ditahan polis yang mengesyakinya warga Indonesia.

Faizada Aldam, 23, berkata, meskipun salinan sijil kelahiran dikemukakan, namun dia tetap dibawa ke pusat tahanan Imigresen kerana didakwa memiliki sijil kelahiran palsu.

Menurutnya, hidupnya gelap dan seperti orang sasau kerana terpaksa meringkuk di Penjara Kajang selama enam bulan selepas ditahan di pusat tahanan Imigresen selama 14 hari dan seterusnya dihantar ke Tanjung Pinang, Indonesia.

“Sudah kering air mata saya menangis dan merayu minta mereka percaya bahawa saya bukan orang Indonesia, tapi tiada seorang pun yang mahu mendengar rayuan saya.

“Bayangkan saya seorang diri dihantar ke negara asing hanya mampu menumpang teduh di masjid dan berdoa agar ada insan yang sudi menghulurkan bantuan.

“Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan seorang makcik yang kemudiannya membawa saya pulang ke Lombok dan mengahwinkan saya dengan salah seorang anak lelakinya untuk mengelakkan timbul masalah pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Faizada yang mesra disapa Ida berkata, hidupnya derita di tempat orang walaupun dilayan dengan baik oleh keluarga suami, malah bertambah sukar melalui kehidupan selepas melahirkan seorang anak perempuan.

Menurutnya, hatinya tidak pernah tenang meskipun sudah bersuami dan mempunyai anak kerana sering merindui ibu dan ayahnya serta keluarga di negara ini.

“Saya hidup susah di sana terpaksa menanam padi dan bercucuk tanam untuk mendapatkan sesuap nasi dan tak pernah kering dengan air mata kerana terlalu rindukan mak dan keluarga di sini.

“Melihat keadaan saya begitu, suami dan keluarga mentua membantu saya mengumpul wang sebanyak RM2,000 sedikit demi sedikit untuk membolehkan saya pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

Katanya, sepanjang perjalanan pulang, dia tidak pernah berhenti berdoa agar diselamatkan daripada segala kemungkinan memandangkan bot yang dinaiki memuatkan 40 hingga 50 penumpang.

“Saya hampir mati lemas ketika diarahkan turun di dalam laut separas dagu sekitar jam 2 pagi, tapi sempat diheret seorang lelaki yang melihat keadaan saya tercungap-cungap kelemasan.

“Akhirnya, saya selamat sampai dan dijemput adik di Stesen Bas Larkin walaupun masih terasa seperti bermimpi dapat menjejakkan kaki semula di negara kelahiran saya.

“Sebaik sampai di rumah, saya seperti nak pengsan kerana terlalu gembira dapat menatap wajah mak selepas kali terakhir dapat melihatnya ketika pulang berhari raya pada 2009,” katanya.

Ida selamat sampai ke pangkuan keluarga 16 Disember  lalu selepas didakwa dihantar pihak Imigresen ke Indonesia kerana dikatakan salinan sijil kelahirannya palsu.

Dalam pada itu, ibunya, Mariam Sarian, 48, berkata, kepulangan anak ketiganya itu merupakan satu kejutan dan seolah-olah masih bermimpi kerana doanya selama ini telah dimakbulkan ALLAH SWT.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dibuat termasuk memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk membawa pulang anaknya ke pangkuan keluarga, namun tidak membuahkan hasil.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana ALLAH SWT telah makbulkan doa saya selama ini selepas pelbagai usaha telah dibuat termasuk cubaan mendapat bantuan daripada pelbagai pihak tidak berjaya.

“Saya masih terkejut dengan kepulangan Ida walaupun keadaannya kelihatan agak cengkung, kurus dan tidak terurus sehingga membuatkan saya menangis dengan penderitaan yang dialaminya,” katanya.

Mariam berkata, lima hari Ida terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada kaki dan masih trauma seolah-olah berada di negara asing.

Menurutnya, minggu depan, dia akan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguruskan MyKad Ida memandangkan hasil semakan beberapa bulan lalu, nombor MyKad anaknya sudah dikenal pasti.

BR1M

Dua Leftenan Kolonel dibenar pinda penyata tuntutan




3 Januari 2013
Raja Petra Raja Kamarudin
Raja Petra Raja Kamarudin
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan semalam membenarkan dua Leftenan Kolonel meminda penyata tuntutan mereka dalam saman fitnah yang difailkan terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin.

Panel hakim yang dianggotai hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, Datuk Mohtarudin Baki dan hakim Mahkamah Tinggi Datuk David Wong Dak Wah sebulat suara membenarkan Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan untuk mengemuka rayuan bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang tidak membenarkan mereka membuat pindaan terhadap penyata tuntutan.

Hakim Ramly memerintahkan mereka memfailkan penyata tuntutan dalam tempoh 14 hari mulai semalam dan membenarkan Raja Petra memfailkan penyataan tuntutan pindaannya dalam tempoh 14 hari mulai tarikh beliau menerima penyata tuntutan yang dipinda.

Pada 2008, Abdul Aziz dan Norhayati memfailkan saman terhadap Raja Petra dengan mendakwa penulis blog itu membuat perisytiharan berkanun yang mengaitkan mereka dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

Mereka mendakwa perisytiharan yang dibuat Raja Petra pada 18 Jun 2008 itu berunsur fitnah.

Mereka masing-masing menuntut ganti rugi RM1 juta dan ganti rugi teladan daripada Raja Petra serta memohon mendapatkan injuksi untuk menyekat penulis blog itu atau pekerjanya daripada mengulangi kenyataan berunsur memfitnah itu.

Pada 18 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk meminda penyata tuntutan berkenaan.

Abdul Aziz dan Norhayati memohon untuk membuat pindaan terhadap penyata tuntutan mereka dengan memasukkan beberapa fakta baru.

Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari mulai 21 Januari untuk mendengar saman mereka.

Abdul Aziz dan Norhayati diwakili peguam Sugandra Rao Naidu, manakala Raja Petra diwakili peguam J Chandra. - Bernama

Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo MP Jamaluddin Jarjis akan diroboh



HIDAYAH HAIROM
2 Januari 2013
Tragedi Bukit Setiawangsa: Banglo 2 MP mungkin diroboh
Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan giat dijalankan di Puncak Setiawangsa di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Banglo milik Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang terletak di kawasan tanah runtuh Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa di sini, akan diroboh 80 peratus.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd Taufik Haron berkata, belum ada sebarang keputusan untuk merobohkan kediaman Jamaluddin, namun pihak pemaju sedang menyediakan kertas cadangan ke arah itu.

"Apa yang saya boleh katakan, kemungkinan 80 peratus kediaman beliau perlu dirobohkan kerana telah sedikit terjejas berikutan terdapat pergerakan tanah yang berlaku, tambahan pula kita perlu buat zon penampan," katanya hari ini.

Langkah itu juga bagi memberi laluan kepada pembinaan zon penampan untuk mengukuhkan cerun bukit.

Katanya, kerja-kerja meroboh sebuah banglo mewah yang terjejas teruk akibat tragedi tanah runtuh di Puncak Setiawangsa berikutan dikhuatiri menjadi beban pada cerun sudah selesai sebanyak 80 peratus.

Bagaimanapun, kerja-kerja itu masih dilakukan dengan berhati-hati bimbang berlaku runtuhan yang tidak dijangkakan walaupun tiada pergerakan tanah direkodkan sejak malam hingga pagi tadi.

Taufik berkata, proses pembersihan banglo itu bermula semula kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Walaupun tinggal 20 peratus lagi, kita tidak boleh jangka bila ia akan mengambil masa yang lama mahupun singkat  kerana ia masih bergantung kepada keadaan dan beberapa faktor berkaitan termasuk pergerakan tanah," katanya.

Kerja-kerja merobohkan sebuah banglo mewah yang terjejas berikutan tragedi tanah runtuh yang berlaku pada malam 29 Disember lalu telah bermula sejak tiga hari lalu.

Semalam pihak pemaju membentangkan tempoh kerja-kerja penyelesaian untuk menstabilkan cerun yang dijangka siap pada 31 Januari ini.

Proses meroboh banglo itu dijadualkan mengambil masa tujuh hari.

Hina Presiden: Pengacara TV Mesir disiasat




3 Januari 2013
Bassem Youssef
Bassem Youssef
KAHERAH - Seorang pengacara program komedi tempatan disiasat selepas dipercayai menghina Presiden Mohammed Mursi, semalam.

Peguam, Ramadan Abdul Hamid Al-Oqsori berkata, Bassem Youssef didakwa menghina Mursi dengan meletakkan imej pemimpin Islam itu pada sebiji bantal dan mengejeknya.

Siasatan terhadap Youssef menguatkan lagi andaian media berhaluan kiri dan wartawan bebas mengenai kebebasan akhbar di bawah perlembagaan Mursi.

Sementara itu, akhbar harian bebas terkenal di Mesir, Al-Masry Al-Youm juga bakal disaman selepas menyiarkan berita palsu yang dianggap mampu menggugat keamanan dan keselamatan awam.

Bagaimanapun, beberapa kes personaliti media mengkritik Mursi telah digugurkan dakwaan.

"Pejabat presiden percaya kritikan media tidak ada kaitan dengan prosedur guaman," kata pegawai. 

Perogol gadis India cuba larikan diri




3 Januari 2013
Perogol gadis India cuba larikan diri
Rakyat India bertegas mahu penjenayah yang memperkosa mangsa dihukum mati.
NEW DELHI - Kumpulan lelaki yang memperkosa pelajar perubatan berumur 23 tahun di dalam bas bulan lalu, dipercayai cuba melarikan diri dengan sebuah kenderaan sejurus menyerang.

Menurut polis, selepas hampir sejam memperkosa mangsa secara bergilir-gilir dan memukul teman lelakinya, kedua-dua mereka dibuang ke tepi jalan.

"Mangsa dan teman lelakinya dibogelkan kemudian ditinggalkan di tepi jalan," menurut laporan akhbar India Express.

Mangsa yang juga pelajar perubatan kolej tempatan meninggal dunia sewaktu dirawat di sebuah hospital di Singapura minggu lalu.

Doktor mengesahkan, mangsa mengalami pendarahan teruk pada bahagian organ dalaman badan dan hanya sempat menjalani tiga pembedahan utama.

Setakat ini, lima suspek telah ditahan dan akan dibicarakan hari ini atas pertuduhan membunuh serta memperkosa.

Suspek keenam pula merupakan remaja berumur 17 tahun dan dijangka melalui perbicaraan di mahkamah juvana.  - Al-Jazeera

Serangan bom motosikal Pakistan, 7 maut




3 Januari 2013
Serangan bom motosikal Pakistan, 7 maut
Serangan mengejut itu dipercayai dilakukan kumpulan anti-polio.
KARACHI - Seramai tujuh penumpang bas termasuk dua petugas sukarela Pakistan maut dalam nahas melibatkan serangan bom motosikal lewat malam kelmarin.

Insiden yang berlaku di Karachi itu turut mencederakan sekurang-kurangnya enam penumpang lain yang sedang dalam perjalanan pulang dari perhimpunan parti anjuran sebuah parti politik, Pergerakan Muttahida Qaumi.

"Bom berkenaan dilekatkan pada motosikal yang melanggar bas mangsa," kata jurucakap pegawai kanan polis, Imran Shokat.

Shokat turut mengesahkan, motosikal penyerang itu diletakkan di tengah-tengah laluan sesak bandar Aisha Manzil.

Pengarah sukarelawan Pakistan memaklumkan, pihaknya percaya insiden tersebut adalah serangan terbaru kumpulan anti-polio yang sebelum ini menembak mati sembilan petugas yang lain.  - Al-Jazeera

Hujan mortar pembuka tirai 2013 Syria




3 Januari 2013
Hujan mortar pembuka tirai 2013 Syria
Penduduk Syria melarikan diri dari terkena bedilan mortar yang dilancarkan tentera Assad dan pemberontak.
ALEPPO - Majoriti penduduk Syria menyambut tahun baru dengan dentuman bom dan mortar oleh tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad sejak dua hari lalu.

Menurut pegawai, lapangan terbang antarabangsa wilayah Aleppo yang sebelum ini ditawan kumpulan pemberontak terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas tentera kerajaan melancarkan serangan ke atas pemberontak dan kawasan ditawan.

"Kita menjangkakan pemberontak akan terus menembak pesawat udara awam yang menyebabkan satu bencana kemanusiaan," kata pegawai lapangan terbang.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menafikan berita tersebut dengan berkata lapangan terbang berkenaan ditutup kerana kerja penyelenggaraan landasan dan beberapa kemudahan lain.

Setakat ini, wilayah Aleppo masih digenggam tentera pembebasan Syria sejak Julai tahun lalu, susulan serangan secara besar-besaran yang dilancarkan mereka.

Kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria melaporkan, seramai 160 orang terbunuh pada hari terakhir 2012 termasuk sekurang-kurang 37 tentera kerajaan.

"Kira-kira 45,000 orang telah terkorban sejak pemberontakan tercetus di Syria pada awal 2011 lalu," katanya.  - Al-Jazeera

Sudan Selatan tarik balik tentera




2 Januari 2013
Sudan Selatan
Penghasilan minyak merupakan kegiatan yang amat penting buat ekonomi kedua-dua negara itu.
JUBA - Sudan Selatan bersetuju menarik balik tenteranya yang mengawal sempadan bergolak dengan Sudan, semalam.

Presiden Salva Kiir berkata, pengumuman itu merupakan sebahagian tolak ansur dalam perbincangan dengan kerajaan Sudan.

Pada September lalu, Kiir dan pemimpin Sudan, Omar Hassan Al-Bashir mengadakan persetujuan menarik balik askar mereka yang bertugas di sempadan negara sebagai satu prasyarat menyambung semula eksport minyak dari Sedan Selatan melalui Sudan.

Sehingga kini, kedua-dua negara itu masih mempunyai askar yang ditempatkan di 10 kilometer dekat sempadan negara.

Kiir dan Bashir dijadual mengadakan pertemuan pada bulan ini dalam sidang kemuncak pembrokeran anjuran Kesatuan Afrika. - AP

Tentera Israel buru pejuang Islam




3 Januari 2013
Tentera Israel buru pejuang Islam
Pemuda Palestin terpaksa membaling batu ke arah tentera rejim untuk mempertahankan diri.
TAMOUN - Tindakan penyamaran dan penangkapan tentera Israel terhadap sekumpulan pemborong sayur di utara Tebing Barat, kelmarin mencetuskan pertempuran dan menyebabkan 10 penduduk tempatan cedera.

Menurut aktivis, tentera rejim menyerbu masuk ke kawasan Palestin kemudian menahan beberapa aktivis dan pejuang tempatan secara mengejut.

"Penduduk yang terkejut dengan tindakan tentera Zionis terus membaling batu sebagai mempertahankan diri dan meluahkan rasa tidak puas hati," katanya.

Susulan itu, tentera rejim bertindak melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan hidup dengan alasan diserang penduduk Palestin.

Penduduk kampung, Fari Bisharat berkata, seramai 10 lelaki tempatan cedera selepas terkena tembakan peluru hidup.

"Mereka sebenarnya mahu menahan dan menghapuskan semua pejuang jihad Islam yang dianggap menjadi penghalang kepada kebangkitan kerajaan Israel," katanya.  - AP

Pertempuran berlarutan di sekitar Aleppo, Idlib



 
Damsyik: Pertempuran antara askar kerajaan dan pemberontak sejak Isnin lalu memaksa penutupan lapangan terbang Aleppo.

Pertempuran juga meletus di markas tentera udara Taftanaz, Idlib, selain kawasan pinggir ibu negara Damsyik.
Pertempuran di markas tentera udara Aleppo menunjukkan pemberontak semakin mara ke kota utama Syria.

Bagaimanapun, tidak diketahui berapa ramai askar atau pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Idlib, kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Pemberontak pada awalnya berkata mahu menyasarkan pesawat awam kerana ia digunakan untuk menghantar senjata dan askar tambahan ke lokasi tentera kerajaan.

Aktivis berkata, lebih 46,000 orang terbunuh dalam konflik bersenjata 22 bulan itu.

Di daerah Daraya, pinggir Damsyik, pertempuran sengit meletus dan jet pejuang mengebom kedudukan pemberontak.
Kawasan itu strategik kerana berdekatan dengan daerah Mezzah yang menempatkan sebuah markas tentera udara selain Kfar Sousseh yang banyak menempatkan kemudahan kerajaan termasuk perisikan.

“Tiada ucapan Selamat Tahun Baru untuk kamu,” kata Moaz al-Shami, aktivis pembangkang yang tinggal di daerah Mezzah.

Ketika banyak pihak meramalkan Presiden Bashar al-Assad sukar bertahan lama, ada yang menasihatkan mereka supaya tidak menaruh harapan tinggi.

Pemantau Syria, Joshua Landis memberitahu NPR bahawa Bashar akan terus selamat hingga 2013.

“Saya tidak fikir beliau dapat mempertahankan Damsyik sampai bila-bila. Ia akan lebih sukar daripada apa yang diramalkan,” katanya. - Agensi

7 mati ditembak penyerang

Penduduk membawa keranda pekerja bantuan, Lubna Mahmood, 26, yang maut ditembak untuk dikebumikan di Swabi.
Penduduk membawa keranda pekerja bantuan, Lubna Mahmood, 26, yang maut ditembak untuk dikebumikan di Swabi.
Islamabad: Lima guru dan dua pekerja bantuan sebuah pusat kebajikan maut kelmarin selepas beberapa penyerang bersenjata bermotosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah van membawa mereka.

Pemandu van yang cedera dalam serangan di daerah Swabi itu memberitahu penyiasat, penyerang mulanya menahannya dan membawa keluar seorang budak lelaki daripada kenderaan itu sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu, kata pegawai polis, Fazal Malik.
“Saya segera berkejar ke sana. Sebaik tiba, saya nampak mereka sudah mati tetapi budak lelaki itu duduk dengan seseorang,” kata suami salah seorang mangsa, Zain ul Hadi.

Ketua Polis Swabi, Abdur Rasheed berkata, wanita yang dibunuh berusia 20 dan 22 tahun.

Empat penyerang bersenjata menggunakan dua motosikal lari selepas itu dan belum ditahan.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) menjalankan program pendidikan dan kesihatan selain menguruskan pusat kebajikan ‘Support With Working Solution’ di Swabi sejak 1992.

Pusat itu dibiayai Program Membanteras Kemiskinan Pakistan dan sebuah pertubuhan Jerman, kata pengarahnya, Javed Akhtar.
Javed berkata, ia serangan terbaru terhadap pihak yang terbabit dalam kempen memerangi polio di Pakistan.

Ada militan menentang kempen suntikan vaksin itu dengan menuduh pekerja kesihatan bekerja sebagai perisik Amerika Syarikat dan menuduh vaksin berkenaan menyebabkan anak mereka mandul.

Bulan lalu, sembilan orang yang bekerja dalam kempen kesihatan itu ditembak mati, empat di timur laut tempat lokasi keganasan terbaru.

Serangan itu adalah satu peringatan daripada militan kepada guru wanita dan pekerja bantuan.

Kawasan berkenaan juga menjadi lokasi serangan terhadap aktivis remaja, Malala Yousufzai, 15, yang cedera parah kena tembakan Oktober lalu. - A

Ulama terlepas hukuman mati



 
ABU BAKAR bercakap kepada pemberita daripada lokap sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Jakarta, semalam.
ABU BAKAR bercakap kepada pemberita daripada lokap sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Jakarta, semalam.
Pendakwa Indonesia gugur tuduhan keganasan terhadap Abu Bakar

JAKARTA: Pendakwa Indonesia semalam menggugurkan tuduhan keganasan paling serius terhadap guru agama Abu Bakar Bashir kerana kekurangan bukti, menyebabkan beliau berhadapan dengan kemungkinan penjara seumur hidup berbanding hukuman mati. Pendakwa pada perbicaraan yang diadakan di Jakarta berkata dakwaan terhadap menyediakan senjata api dan bahan letupan bagi perbuatan ganas, yang mungkin menyebabkan guru agama berusia 72 tahun itu boleh dihukum mati, tidak dapat dibuktikan.
Dakwaan menghasut perbuatan ganas juga digugurkan menyebabkan hanya dakwaan menyediakan bantuan kewangan lebih AS$62,000 (RM186,000) bagi sebuah kumpulan pengganas di mana pendakwa mahu satu hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap beliau.

Beratus-ratus pengikut Abu Bakar melaungkan kalimah AllahuAkbar sebagai menyokong lelaki terbabit yang disifatkan sebagai pemimpin jihad di Asia Tenggara.

Abu Bakar memberitahu AFP beliau menolak semua tuduhan terhadap dirinya dan mengutuk pendakwa sebagai ‘rakan iblis’. “Rakan kepada iblis sentiasa begitu, sentiasa cuba menentang orang yang cuba mempertahankan Islam,” katanya.

“Sungguh biadap. Mereka ini perlu dipanggil pengganas, hanya Allah yang dapat membalas mereka.”
Katanya, semua dakwaan terhadap beliau adalah palsu. “Saya sepatutnya dibebaskan,” katanya.

Kira-kira 2,500 polis dilengkapi kenderaan perisai berkawal di mahkamah Jakarta terbabit ketika guru agama yang sering muncul mengenakan jubah putih itu sepatutnya dijatuhkan hukuman semalam.

Beliau memberitahu pemberita sebelum perbicaraan bahawa beliau menjangkakan pendakwa akan memohon hukuman mati terhadapnya.

“Jika dikenakan hukuman mati saya akan bertukar menjadi ikon sama seperti Osama,” katanya yang merujuk kepada pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang dibunuh pasukan tentera elit khas Amerika Syarikat di Pakistan minggu lalu.

Beliau memuji Osama sebagai seorang ‘wira suci’ yang akan menerima balasan di syurga dan memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan menyesal atau menjadi ‘anjing di syurga’. – AFP

Rain disiasat tentera Korea Selatan




AFP
GAMBAR yang dirakamkan dari laman majalah Dispatch semalam menunjukkan Rain (kanan) dan Tae-hee (kiri) memasuki sebuah kereta.


SEOUL - Bintang pop Korea Selatan, Rain disiasat oleh pihak tentera selepas beberapa gambar paparazi menunjukkan dia keluar temu janji bersama seorang aktres terkenal di sini.
Kementerian Pertahanan semalam menyatakan, pihaknya kini menyiasat sama ada Rain melanggar undang-undang tentera kerana menemui aktres Kim Tae-hee ketika penyanyi berkenaan sedang bertugas.
Rain kini berkhidmat sebagai penghibur pasukan tentera kerana dia memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat negara ini dengan menyertai sistem kerahan tenaga yang diwajibkan ke atas setiap lelaki Korea Selatan.

TAE-HEE


Dia tidak dibenarkan mengadakan pertemuan peribadi untuk tujuan rakaman dan persembahan di luar pangkalannya di sini ketika masih bertugas.
Mengulas insiden tersebut, pihak kementerian berkenaan menyatakan Rain mungkin dikenakan hukuman penjara berhubung kesalahan itu.
Sebuah agensi yang menguruskan Tae-hee mengesahkan bahawa mereka keluar bersama sejak sebulan lalu.
Pihak pengurusan Rain pula enggan menafikan atau mengesahkan berita tersebut.
Bintang drama popular Full House itu memasuki tentera pada Oktober 2011.
Rain dijadual menamatkan khidmat kerahan tenaga pada Julai depan. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2Gridh8DU 
Hakcipta terpelihara 

syria

Salah seorang shabiha syiah Basyar laknatullah yang menyiksa mayat Mujahideen sunni dalam satu video terdahulu dan kini dia telah ditangkap dalam satu operasi Mujahideen. Shabiha tersebut bernama Abu memakai baju belang bersama seluar dalam wanita.

VIDEO: http://bit.ly/YI51cU

73 pelarian Rohingya dari Myanmar bakal diusir dari Thailand




AFP
SEBUAH bot yang membawa 73 pelarian Rohingya diapit dua bot pihak berkuasa Thailand di Phuket kelmarin. - AP


PHUKET, Thailand - Beberapa pegawai berkata, 73 orang pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditemui menaiki sebuah bot di Laut Andaman dekat pulau peranginan di sini akan dihantar pulang ke negara mereka.
Gabenor Phuket, Maitri Inthusut semalam berkata, semua pelarian tersebut memberitahu, mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke Malaysia kerana keletihan dan takut sesuatu yang buruk akan berlaku ketika berada di laut.
Maitri berkata, 73 orang pelarian termasuk 12 orang kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke Myanmar dengan menggunakan pengangkutan darat yang disediakan oleh polis imigresen negara ini.
Pihak berkuasa Thailand memberikan para pelarian Rohingya itu ubat-ubatan, makanan dan minyak selepas mereka ditemui kelmarin.
Dasar kerajaan Thailand adalah tidak menerima pelarian tetapi akan membantu mereka untuk memasuki negara ketiga. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2GrgtURbn 
Hakcipta terpelihara 

Ya Allah ... Musnahkanlah Musuh-musuh Islam

Ya Allah ... Musnahkanlah Musuh-musuh Islam,
Zahir =Yahudi 
Dan 
Batin = Syiah

syria

Daripada FB "Ra'id Salah" Pemimpin HAMAS

"383 Syahid di Syria hari ini oleh tangan Kafir Najis Zionis Iran

Musuh kita nombor 1 saat ini adalah Iran dan yang menyokongnya. Dan Orang bodoh yang bersimpati dengan Iran, maka ia adalah Zionis sepertinya.

Adakah kita termasuk kumpulan sektarian?

Saya bersumpah kepada Allah kami tidak akan membenarkan satupun anjing Iran di negara kami ataupun yang bersimpati kepada mereka"

Ra'id Salah - HAMAS

LINK: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152377635850527&set=a.10150573903430527.669308.282387665526&type=1&theater

syria

Daripada FB "Ra'id Shalah" pemimpin HAMAS

"Mereka yang melakukan jenayah (Assad dan tentera syiahnya) membunuh lebih banyak rakyat Palestin yang tinggal di Syria daripada rakyat Palestin yang syahid ditangan Zionis selama 20 tahun terakhir ini.

Siapa yang mahu melihat Syiah MATI sila klik "LIKE
Kami mahu seluruh DUNIA tahu bahawa musuh kita seterusnya sesudah Yahudi adalah mereka (SYIAH)."

Ra'id Shalah - HAMAS

LINK: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152378962550527&set=a.10150573903430527.669308.282387665526&type=1&theater

syria

"Burung pun tidak mampu hidup angkara Syiah. 
Apakah jenis binatang kau ini Syiah? 
Binatang yang paling bernajis pun tidak melakukan seperti yang engkau lakukan di Syria"

Ra'aid Salah - HAMAS

LINK: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152375346910527&set=a.10150573903430527.669308.282387665526&type=1&theater

Syria

Mak Limah Malaysia & ibu-ibu Indonesia ada berani?

VIDEO: http://bit.ly/Uxrsmi

Rayuan dan tangisan seorang ibu kepada dunia bersama AK-47 ditangan menangisi kehilangan 5 orang anak kesayanganya.

Versi Indonesian: http://on.fb.me/12YToCy

syria

-
 423 Terbunuh semalam di Syria, Semuanya SUNNAH.
- FSA semakin maju di Damascus dan mengambil alih satu lagi pangkalan Syiah di Halab.
- Assad mula menggunakan "advanced vaccume, cluster larangan dan phsphorious bom." 
- Tentera Assad mengepung bandar Homs.
- Bashar Assad "Terima aku sebagai presiden semasa hayat kamu atau aku akan tunjukkan kepada kepada kamu semua cara baru untuk membunuh di Homs".

-Sumber AlJazeera

Link1: http://www.aljazeera.net/news/pages/1325feb8-c9b7-4fb0-b40a-ec6fb88d0f06?GoogleStatID=24

Link2: http://www.aljazeera.net/programs/pages/db4a7256-c4f2-44f1-be80-3da790089a17?GoogleStatID=24

Link3: http://www.aljazeera.net/news/pages/74cef582-a6b0-4792-a068-b9fbe81d8c08?GoogleStatID=1

Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni

Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni memberikan nasihat dan muhasabah di masjid Markas Besar Polisi Republik Indonesia (Mabes Polri) Jakarta. Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai tinggi polis dan polis-polis sekitar ibukota.

Dalam pertemuan ini, Syaikh mengingatkan kepada para polis bahwa:

1. Mereka telah diberi amanah untuk mengurus kepentingan dan urusan kaum muslimin.
2. Kewajiban mentaati perintah Allah dan RasulNya.
3. Kewajipan untuk bermuamalah dengan masyarakat dengan cara yang baik.
4. Membantu kesulitan-kesulitan masyarakat dan memanfaatkan semua potensi diri untuk melayani apa yang termampu.

Lalu Syaikh menutup ucapannya dengan memberitahu makna jihad yang sebenar iaitu berjihad kepada diri sendiri, berjihad untuk melaksanakan perintah Allah dan RasulNya serta menjauhi segala sesuatu yang haram dimana-mana dan pada bila-bila masa sekalipun”.

Credit: Syria Care Indonesia http://on.fb.me/RoEXoD

Saudara dan Saudari.. Apa yang Anda akan katakan sekiranya Syiah mengetuk pintu rumah kita?

syria

365

Ini bukanlah jumlah hari dalam setahun.
Ini adalah jumlah Muslimin yang dibunuh Syiah hanya pada hari ini.
· December 30, 2012

APAKAH ANDA TAHU SIAPA INI?



Ini adalah "Raja Faishal yang pertama" Dia adalah Hasyimi (keturunan Bani Hasyim / satu nasab dengan Rasulullah), dari Ahlul Bait (keturunan Rasulullah saw).
Raja pertama dari kerajaan yang menguasai Iraq hingga ke Jordan saat ini, Ia adalah musuh nombor 1 Syiah Rafidhah.

Lihat apa yang dilakukan rejim Syiah di Baghdad (budak Iran) kepadanya.
(Kertas dibawahnya = Kami akan memotong setiap tangan yang mencapai bendera Hussain dan akan dipermalukan seperti kita mempermalukan Saddam)

Mereka orang-orang Syiah menutup mata patung Raja Faishal, meletakkan bendera Syiah padanya, dan menggantung gambar AyatulMutah diatasnya!!!

Orang-orang Syiah menyatakan cinta kepada Ahlul Bait, tetapi mereka melakukan segala hal untuk memalukan Ahlul Bait mulai dari Hassan ra!!!