Monday, May 27, 2013
PERSOALAN PERLAKSANAAN HUDUD DI NEGERI KELANTAN..
Kerana perlembagaan Negara Indonesia tidak membenarkan Aceh melaksakan Hukum Hudud...
Pernikahan unik pasangan OKU
NUR SHARIEZA ISMAIL
27 Mei 2013
27 Mei 2013
TAMPIN – Biarpun menggunakan bahasa isyarat, pasangan Mohd Saiful Izzuan Ahmad, 26, dan Hamzuriatul Akmarina Hamdan, 24, selamat diijab kabul oleh Imam 2 Masjid Jamek Tengku Besar Tampin, Abdul Ghani Kaeh di Surau, Kompleks Kediaman Anggota Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini, semalam.
Mohd Saiful Izzuan menggunakan bahasa isyarat bagi melafazkan akad “Aku terima nikahnya, Hamzuriatul Akmarina dengan mas kahwin RM220 tunai”.
Acara akad nikah bagi pasangan kedua mempelai telah dibantu oleh adik pengantin perempuan, merangkap jurubahasa isyarat, Hamzuriatul Akmarinie Hamdan.
Pernikahan pasangan kedua mempelai yang masing-masing merupakan OKU cacat pendengaran dan bisu telah dianggap hadirin sebagai pernikahan unik sekali.
Bagi saksi Imam Satu, Masjid Tunku Besar Tampin, Ustaz Saiful Islam Dol Hamid, sejak beliau dilantik menjadi imam dan dilantik menjadi juru nikah sejak tiga tahun lalu, inilah kali pertama dirinya menikahkan OKU.
“Pernikahan ini amat unik sekali kerana kedua-dua pasangan ini tidak boleh bertutur dan mendengar apa yang dicakapkan ,melainkan menggunakan bahasa isyarat,” katanya.
Sementara itu, pengantin perempuan, Hamzuriatul Akmarina yang dibantu adiknya sebagai jurubahasa isyarat berkata, dia dan suami telah berkenalan sejak enam tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam.
“Kemudian kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti, Selayang, Selangor dalam jurusan penyediaan makanan dan pengurusan hotel,” katanya.
Pasangan itu bersyukur semuanya selamat dan berdoa agar hubungan ini berkekalan.

Dua bekas tahanan ISA ditahan semula
27 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim yang dilepas serta dibebaskan Mahkamah Tinggi Jalan Duta 20 Mei lepas, ditahan semula hari ini.
Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman Datuk Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi Bernama, berkata kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan.
"Mereka ditahan pukul 7.40 pagi ini di Sungai Buloh dan Ampang," katanya yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahanan berkenaan.
Kedua-dua mereka serta seorang lagi sebelum ini dituduh terlibat dalam aktiviti menggalakkan keganasan di Syria.
Hakim Kamardin Hashim bagaimanapun melepas dan membebaskan ketiga-tiganya selepas membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi.
Yazid, 49, pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebelum ini berdepan pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria manakala rakannya, Halimah Hussein dan pembantu kafeteria Muhammad Hilmi didakwa bersubahat dengan Yazid melakukan kesalahan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu untuk memajukan suatu ideologi, dan perbuatan itu diniatkan bagi mengugut orang awam di Syria di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi pada 1 Ogos hingga 20 Okt 2012.- Bernama
Selatan Thailand terus bergolak
27 Mei 2013
NARATHIWAT - Seramai 13 orang termasuk 10 anggota keselamatan cedera dalam letupan bom di Yala dan Narathiwat semalam.
Di Yala, sebutir bom meletup di lebuh raya Yala-Ban Niang, daerah Muang ketika lapan anggota keselamatan dari unit pelupusan bom dalam perjalanan melakukan operasi pemusnahan bom.
Letupan itu mencederakan lima pegawai termasuk tiga orang awam.
Sementara itu, lima askar cedera dan seorang parah dalam serangan bom buatan sendiri di Tha Rua-Bandau, Narathiwat.
Pegawai keselamatan Chaiwat Kalong berkata, ketika serangan beliau dan anggota lain serang melakukan operasi di Batong.
“Bom diletakkan di dalam silinder gas dan disambung pada wayar,” katanya dipetik dari laporan Bangkok Post.
Dalam kejadian berasingan, sepasukan polis sempat menyelamatkan diri dalam serangan bom di daerah Sungai Padi.
Ketua Polis Jenayah Kittisan Herkkhunthod, serangan berhampiran Pejabat Perbandaran Paluru itu bagaimanapun tidak mencederakan penduduk awam.

Sami Buddha mati akibat bakar diri
27 Mei 2013
SRI LANKA - Seorang sami Buddha rela menjadikan dirinya sebagai korban kerana membantah penyembelihan lembu dan penukaran agama Buddha kepada agama minoriti di negara ini.
Bowatte Indarathana meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badannya.
Dia membakar dirinya sendiri pada hari Sabtu lalu di luar kuil Gigi di tengah bandar Kandy.
Kerajaan turut mengutuk tindakan media yang memaparkan video yang menunjukkan keadaan sami yang sedang terbakar itu kepada masyarakat umum.
Dilaporkan, ramai Sami Buddha di negara itu yang mengorbankan diri dengan kaedah sama tetapi kebanyakan di atas sebab politik.

Pemimpin Kongres India dibunuh pemberontak
27 Mei 2013
KIRA-kira 200 pemberontak Maoist disyaki melepaskan tembakan ke arah sebuah konvoi yang membawa pemimpin dan penyokong Parti Kongres India di timur India.
Pegawai kanan polis M Gupta berkata, kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 24 yang lain cedera parah dalam kejadian di selatan Raipur, Chhattisgarh.
“Dua pemimpin parti dan lima pegawai polis antara yang maut dan selebihnya adalah penyokong parti,” katanya menurut laporan AP.
Sementara itu, Presiden Parti Kongres Sonia Gandhi mengecam perbuatan itu yang disifatkan sebagai serangan pengecut.
“Kami cabar mereka untuk tampil dan kita akan selesaikan mengikut cara perundangan sejajar dengan demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya.
Pemberontak Maoist yang dikenali sebagai Naxalites dipercayai melakukan serangan itu kerana mendakwa kerajaan tidak menjaga kebajikan mereka yang rata-ratanya dari golongan petani dan miskin.

‘geli’
SHAH ALAM..
Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.
“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.
“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.
Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.
“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.
“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak...saya minta RM100,” katanya.
Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.

Polis bertempur dengan penunjuk perasaan
BERNE, Switzerland 26 Mei - Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi bermotifkan politik di bandar Berne di sini, semalam.
Polis anti-rusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan yang kebanyakan mereka memakai topeng 'Blok Hitam' setelah mereka bertindak memecahkan penghadang yang didirikan polis untuk melindungi kawasan Parlimen di Alpine.
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang bertindak ganas di Bundesplatz dan dataran Parlimen.
Penunjuk perasaan itu mewakili kumpulan minoriti yang dianjurkan oleh sebuah kumpulan yang menyebarkan hasutan menerusi laman sosial Facebook.
Ia merupakan tunjuk perasaan masuk tahun ketiga, walaupun penganjur tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa.
Penganjur menggunakan laman sosial Facebook, sehari sebelum tunjuk perasaan itu berlangsung bagi menghasut orang ramai menyertai perhimpunan itu.
Tahun lalu, tunjuk perasaan tersebut berjaya mengumpulkan kira-kira 20,000 orang untuk menyertai tunjuk perasaan di bandar Berne.
Mereka bertindak menyembur cat pada bangunan Parlimen dan tahun ini pihak berkuasa bertindak tegas apabila menempatkan anggota polis di tempat-tempat strategik di seluruh daerah Old Town. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_09/Polis-bertempur-dengan-penunjuk-perasaan#ixzz2US54aWkZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Golongan anti-gay lancar protes
PARIS 26 Mei - Polis menahan kira-kira 50 orang penentang perkahwinan sejenis di Paris lewat semalam, sehari sebelum satu demonstrasi besar-besaran diadakan bagi membantah undang-undang baru yang membenarkan pasangan gay untuk berkahwin di Perancis.
Tunjuk perasaan tersebut diadakan di Champs-Elysees, seminggu selepas Perancis menjadi negara ke-14 meluluskan undang-undang itu membenarkan perkahwinan sejenis.
Penunjuk perasaan bertindak merantai diri mereka di tembok sekatan diperbuat daripada besi yang diletakkan di tengah-tengah bandar Champs-Elysees, malam tadi.
Sejumlah penunjuk perasaan turut melepaskan bom asap sebelum polis menyerbu dan menangkap mereka.
Pada masa sama, berpuluh-puluh penunjuk perasaan lain berkumpul di ruang pejalan kaki sambil mengibarkan bendera,
Polis berkata, kira-kira 50 orang ditahan dan sebuah van membawa topeng, kain rentang dan bom asap turut dirampas.
Dalam pada itu, polis menjangka kira-kira 200,000 orang akan menyertai demonstrasi besar-besaran bagi membantah undang-undang tersebut, hari ini.
Presiden, Francois Hollande menandatangani rang undang-undang perkahwinan sejenis pada 18 Mei lalu selepas perdebatan hangat dan demonstrasi selama beberapa bulan.
Walaupun kumpulan hak asasi manusia memuji pelaksanaan undang-undang tersebut, tetapi mereka yang membantah undang-undang tersebut berikrar untuk meneruskan penentangan mereka. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_06/Golongan-anti-gay-lancar-protes#ixzz2US4ifYee
© Utusan Melayu (M) Bhd
28 terbunuh di timur India
NEW DELHI 26 Mei - Sebanyak 28 orang terbunuh dan 24 lagi cedera, selepas kira-kira 200 suspek pemberontak Mao menyerang konvoi kereta yang membawa pemimpin dan penyokong parti pemerintah, Parti Kongres India di timur India, semalam
Pegawai Kanan Polis, M. Gupta berkata, pemberontak bertindak meletupkan periuk api dan melepaskan tembakan ke arah konvoi itu di Sukma, kira-kira 345 kilometer di selatan Raipur, ibu negeri Chhattisgarh.
Menurut pegawai polis negeri, Ram Niwas, konvoi diserang di kawasan hutan ketika anggota Parti Kongres dalam perjalanan pulang ke ibu negeri selepas menghadiri perhimpunan parti.
Seorang lagi pegawai polis, RK Vij berkata, kedua-dua pemimpin Parti Kongres negeri dan lima pegawai polis adalah antara mereka yang terbunuh, termasuk pemimpin Kongres negeri Chhatisgarh, Mahendra Karma, yang mengasaskan sebuah pertubuhan tempatan, Salwa Judum, untuk memerangi pemberontak Mao.
"Pemberontak turut menculik seorang pemimpin parti itu, Nand Kumar Patel dan anaknya," katanya.
Vij berkata, pemberontak disyaki meletupkan periuk api pada salah sebuah kereta terbabit sebelum menembak pemimpin dan penyokong parti tersebut dan kemudian melarikan diri.
Berdasarkan laporan agensi berita India, The Press Trust, pemberontak telah bertindak menyekat jalan tersebut dengan menebang pokok.
Parti Kongres merupakan parti pembangkang utama di negeri itu dan mengadakan kempen untuk pilihan raya negeri yang bakal diadakan pada Disember ini.
Pemberontak yang dikenali sebagai Naxalites, telah menentang kerajaan pusat selama lebih empat dekad bagi menuntut tanah dan pekerjaan untuk golongan petani dan golongan miskin.
Perdana Menteri, Manmohan Singh berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pemberontak terbabit. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130527/lu_04/28-terbunuh-di-timur-India#ixzz2US3bmyos
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kempen jangan bayar bil elektrik di Mesir
Kaherah: Kerana sering berdepan dengan bekalan elektrik yang terputus, satu kempen besar-besaran dilancarkan di Mesir, mendesak pengguna supaya tidak membayar bil elektrik mereka.
Kempen berkenaan diadakan menerusi laman Facebook dengan gambar yang dimuatnaikkan menunjukkan penduduk meletakkan nota pada pintu mereka berbunyi: “Pemungut bil elektrik yang dihormati. Sila hormati diri anda dan jangan mengetuk pintu ini. Sila ambil wang bekalan elektrik yang kami tidak gunakan daripada mereka yang memutuskan bekalan tenaga elektrik.”
Pengendali kumpulan itu, Hassan Nassar memberitahu wartawan, ia adalah ‘cara aman’ untuk membantah Kementerian Bekalan Tenaga.
“Kami tidak menerima perkhidmatan mereka. Mengapa perlu kami membayar,” katanya ketika ditemui.
Bekalan elektrik terputus antara tiga hingga lima jam setiap hari di beberapa daerah di Kaherah.
Kempen itu mendapat sambutan, khususnya di daerah El Marg, timur laut Kaherah. - Agensi
Peperiksaan sekolah dalam talian
Jakarta: Kementerian Pendidikan Dan Kebudayaan mempertimbangkan cadangan menukar peperiksaan sekolah tinggi Indonesia daripada kaedah konvensional kepada dalam talian.
Idea itu dikemukakan selepas peperiksaan tahun ini dicemari dengan masalah kelewatan serta soalan bocor.
Timbalan Menteri, Musliar Kasim berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan kerana kementerian itu mampu mengendalikannya.
“Sebelum ini ujian untuk guru dijalankan secara dalam talian.
“Justeru, peperiksaan untuk sekolah tinggi juga boleh dilaksanakan melalui kaedah itu, sekali gus dapat mengurangkan kos,” katanya kepada media semalam.
Menurut Musliar, pelaksanaan ujian secara dalam talian itu boleh dimulakan tahu depan.
Untuk permulaan, katanya, Kementerian Pendidikan Dan Kebudayaan akan menguji sistem itu untuk peperiksaan pertengahan semester penuntut sekolah tinggi tahun ini. - AP
Wanita Islam jadi mangsa tentera Thai
Bangkok: Pejuang hak asasi untuk penduduk Islam Thai, Angkhana Neelaphaijit menyuarakan kebimbangan mengenai serangan seksual berterusan terhadap wanita Islam oleh anggota keselamatan di Yala, Pattani dan Narathiwat.
Angkhana, isteri peguam yang diculik, Somchai Neelaphaijit, yang menyediakan bantuan guaman kepada suspek Muslim di tiga wilayah paling selatan Thai itu berkata demikian pada sidang akhbar oleh Amnesty International untuk melancarkan laporan tahunannya, kelmarin.
Menurutnya, wanita Islam yang diperkosa oleh tentera Thai dibayar Bt200,000 (RM20,000) dan dipaksa merahsiakan hal itu atau dipaksa berkahwin dengan tentera terbabit yang kemudian tidak didakwa.
“Tiada anggota keselamatan yang melakukan pencabulan hak asasi didakwa. Apabila mereka mengakhiri tugasan di selatan, mereka akan dipindahkan ke tempat lain.
“Wanita Islam itu akan dibawa bersama. Tetapi kebanyakan perkahwinan itu berakhir dengan perceraian kerana mangsa tidak boleh menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat tempat baru,” katanya.
Angkhana berkata, penduduk Islam termuda yang dirogol sehingga hamil ialah kanak-kanak berusia 10 tahun dari Yala.
Meskipun jumlah pencabulan hak asasi, termasuk penderaan, penculikan dan pembunuhan berkurangan, tindakan membunuh oleh anggota tentera terhadap suspek yang dibebaskan mahkamah semakin meningkat.
Angkhana juga berkata, penduduk tempatan tidak lagi mempercayai sistem kehakiman kerana penyiasat sering gagal mencari bukti untuk mendakwa anggota tentera yang terbabit dengan jenayah sehingga membolehkan mereka dibebaskan.
Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan membayar wang sebagai ganti rugi kepada mangsa.
“Wang tidak boleh mengganti nilai dan maruah manusia. Masyarakat yang tidak diberi keadilan tidak akan mencapai keamanan,” katanya. - The Nation
Jurugambar akhbar South Florida Sun Sentinel, Emily Robinson memilih Amy sebagai subjek fotografinya kerana menyedari wanita terbabit mempunyai sejarah mudah bersalin.
Tallahassee (Florida): Amy Beth Cavaretta dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak kedua apabila bayi itu ‘tidak sabar’ menunggu lebih lama, memaksa proses itu berlangsung hanya di atas kerusi roda di luar hospital.
Justeru, Emily menemani Amy dan suaminya, Joe Cavaretta, dari rumah ke hospital.
Sebelum mereka sempat masuk ke hospital, Amy bersalin dengan bantuan bidan, Laurie Ross-Berke, yang memang sedia menunggu di luar bangunan.
Sebelum mereka sempat masuk ke hospital, Amy bersalin dengan bantuan bidan, Laurie Ross-Berke, yang memang sedia menunggu di luar bangunan.
Cavaretta meletakkan Amy di atas kerusi roda dan anak mereka, Sienna, disambut Laurie di kaki lima depan hospital.
Satu daripada gambar dirakam Emily menunjukkan Cavaretta begitu emosi menyambut kedatangan Sienna. - AP
14 askar dan militan Abu Sayyaf maut pertempuran di Sulu
MANILA - Sekurang-kurangnya 14 askar marin Filipina dan militan Abu Sayyaf maut dalam pertempuran susulan operasi menyelamat enam tebusan warga asing dan tempatan di selatan negara itu, kata seorang komander tentera semalam.
Komander tersebut, Kolonel Jose Cenabre berkata, operasi tentera yang disokong Amerika Syarikat itu turut bertujuan untuk menghalang Abu Sayyaf daripada melakukan lebih banyak penculikan di selatan Filipina.
Beliau berkata, tujuh askar marin dan tujuh militan Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran selama sejam itu kelmarin,
Pertempuran itu berlaku di sebuah kampung dekat bandar Patikul, dalam wilayah Sulu di Pulau Jolo.
Menurutnya, enam lagi askar marin dan 10 militan Abu Sayyaf cedera dalam kejadian itu.
Kata Cenabre, dibantu beberapa helikopter tempur, operasi ketenteraan itu dilancarkan bagi memburu sekumpulan militan Abu Sayyaf yang di melarikan diri.
Kumpulan tersebut diketuai komander Abu Sayyaf, Jul-Aswan Sawadjaan, dituduh menculik seorang wartawan Jordan dan dua peminat burung dari Eropah.
Ketiga-tiga mangsa yang diculik pada tahun lalu dipercayai masih ditahan kumpulan tersebut.
Tentera Filipina memulakan operasi pada minggu lalu untuk membebaskan mereka bersama tiga warga tempatan yang diculik secara berasingan beberapa minggu lalu. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2URh6T33A
Hakcipta terpelihara
Gerila Maoist bunuh 17 orang
|
NEW DELHI - Sejumlah 200 gerila Maoist meletupkan periuk api dan menembak satu konvoi kenderaan yang membawa beberapa pemimpin tempatan dan penyokong Parti Kongres di timur India, kata polis.
Pihak berkuasa memberitahu, serangan ke atas konvoi parti pemerintah tersebut menyebabkan 17 orang terbunuh manakala 24 yang lain cedera.
Pegawai kanan polis, M. Gupta berkata, serangan berlaku kelmarin di kawasan Sukma, sekitar 345 kilometer ke selatan ibu negeri Chhattisgarh, Raipur.
Konvoi itu diserang di kawasan hutan ketika pemimpin-pemimpin Parti Kongres itu dalam perjalanan pulang ke Raipur selepas menghadiri satu perhimpunan parti.
Seorang lagi pegawai polis, R. K. Vij memberitahu, dua pemimpin parti negeri dan lima anggota polis antara yang terbunuh dalam insiden tersebut.
Menurutnya, mangsa-mangsa yang lain merupakan penyokong Parti Kongres.
"Kami sedih dan terkejut," kata Presiden Parti Kongres, Sonia Gandhi yang mengecam serangan tersebut.
Mengulas mengenainya, Perdana Menteri India, Manmohan Singh berkata, pemerintah akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Polis mengenal pasti seorang pemimpin parti yang maut itu sebagai Mahendra Karma.
Mangsa merupakan ketua Parti Kongres di negeri Chhattisgarh yang menubuhkan militia tempatan, Salwa Judum bagi memerangi gerila Maoist.
Kumpulan gerila tersebut yang juga dikenali sebagai Naxalite telah memerangi pemerintah selama lebih empat dekad kerana menuntut tanah dan pekerjaan untuk petani dan golongan miskin.
Nama itu diambil sempena kampung Naxalbari dalam wilayah Bengal Barat di mana gerakan menentang pemerintah India bermula pada 1967.
Gerila-gerila berkenaan mendapat inspirasi daripada pemimpin revolusi komunis China, Mao Zedong.
Manmohan menyifatkan kumpulan gerila itu sebagai ancaman terbesar ke atas keselamatan dalam negara.
Beribu-ribu gerila Maoist kini berada dalam 20 daripada 28 buah negeri di India.
Pada 2010, gerila Maoist membunuh 20 anggota tentera dalam satu serang hendap di hutan tebal di daerah Narayanpur, dalam negeri Chhattisgarh. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0527&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2URaqH09V
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)