Showing posts with label bedah. Show all posts
Showing posts with label bedah. Show all posts

Friday, October 26, 2012

Wanita rela bedah untuk lebih jelita

Ratphila Chairungkit menunggu pelanggan di kedainya di pinggir Bangkok. Gambar atas, Ratphila sebelum menjalani pembedahan. - Foto APRatphila Chairungkit menunggu pelanggan di kedainya di pinggir Bangkok. Gambar atas, Ratphila sebelum menjalani pembedahan. - Foto AP Bangkok: Impiannya cuma mahu kelihatan lebih seperti pelakon dan penyanyi seksi, Jennifer Lopez, dan disebabkan keghairahan itu peniaga gerai makanan berusia 25 tahun mula melayari internet dan mencari tajuk Botox murah.

Ia menjadi permulaan kepada perubahan selama lima tahun bagi Ratphila Chairungkit yang termasuk dua pembedahan hidung, dua pembedahan melebarkan mata, membesarkan dagu, menipiskan bibir, memutihkan kulit dan berpuluh-pulih suntikan seperti Botox.
Matlamatnya cuma ingin membentuk semula keseluruhan wajahnya tetapi segala-galanya tidak menjadi seperti yang diingini.

Saya mula kelihatan seperti ahli sihir, katanya. Kelopak mata bahagian atas mengendur manakala di bawah kelihatan seperti benjol. Dagu jatuh dan hidungnya bengkak.

Selepas siri pembedahan kosmetik yang mahal dan menyakitkan, Ratphila kini berpuas hati dengan penampilannya walaupun tidak menyerupai idola pop Amerika Syarikat itu.

Thailand dibanjiri klinik kosmetik yang murah tetapi berisiko berikutan dua kuasa berpengaruh: harga yang ditawarkan untuk menarik golongan miskin dan masyarakat Thai mentakrif kecantikan sebagai putih dan berkulit halus.

Ia memandang rendah bentuk wajah etnik yang dikaitkan dengan kelas bawahan, hidung kembang dan kulit hitam, seperti kebanyakan rakyat negara itu.
Saya pernah kelihatan seperti pekerja kilang. Kini, apabila melihat cermin, saya gembira. Dengan wajah lebih cantik, anda mempunyai peluang lebih baik dalam hidup, kata Ratphila, kini berusia 30, tersengih kepada gambar lamanya yang tersenyum.

Keghairahannya untuk cantik pada harga murah adalah kesilapan menyakitkan. Pakar kecantikan palsu menyuntik silikon gred komersial ke dalam pipi, dagu dan di bawah mata; semua itu perlu dikikis keluar menerusi pembedahan. Beliau memperuntukkan 500,000 baht (RM48,000) selama lima tahun, jumlah besar bagi pekerjaannya, kebanyakannya untuk memperbaiki kecacatan yang dibuat pakar kecantikan palsu itu.

Saya bertuah kerana tidak mati, katanya, cuba senyum dengan wajahnya yang sudah diubah dengan pembedahan itu.

Langsung tidak menyesal, Ratphila berkata, pengalaman pahitnya menjadi peluang perniagaan dan beliau bercadang membuka klinik kosmetik sendiri lewat bulan ini.
AP 

Saturday, August 13, 2011

Pelajar bedah lidah fasih bahasa Korea

RHIANNON menunjukkan lidahnya selepas dibedah.
RHIANNON menunjukkan lidahnya selepas dibedah.

Jalani prosedur atasi masalah sebut abjad L

LONDON: Seorang pelajar, Rhiannon Brooksbank-Jones, 19, sanggup menjalani pembedahan memanjangkan lidah bagi membolehkan beliau mengusai dan mampu bertutur bahasa Korea dengan fasih berikutan minatnya yang mendalam terhadap budaya dan bahasa negara itu.
Rhiannon adalah pelajar yang berhasrat untuk bekerja di Korea berikutan tertarik dengan kebudayaan dan bahasa itu.
Saya belajar bahasa Korea selama dua tahun tetapi tahap penguasaan saya tak begitu baik. Saya terpaksa berusaha keras mengeluarkan bunyi tertentu supaya ia tak kedengaran pelik. - Rhiannon Brooksbank-Jones, Pelajar
“Saya belajar bahasa Korea selama dua tahun tetapi tahap penguasaan saya tidak begitu baik. Saya terpaksa berusaha keras mengeluarkan bunyi tertentu supaya ia tidak kedengaran pelik,” katanya kepada akhbar Daily Mail.

“Saya mengalami masalah menyebut abjad Korea L yang lazimnya mempunyai bunyi lebih tinggi berbanding bahasa Inggeris L dan lidah saya terlalu pendek,” tambahnya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, beliau berjumpa doktor dan mendapati lidahnya terlalu pendek.

Walaupun tidak mempunyai masalah berbahasa Inggeris, Rhiannon tetap menjalani pembedahan untuk menguasai bahasa Korea.
Dalam pembedahan frenectomi bahasa, sebahagian tisu menghubungkan lidah dengan bahagian bawah mulut dipotong.

Pada 2002 akhbar Korean Herald melaporkan, beberapa kanak-kanak di Gangnam, Korea Selatan menjalani prosedur sama untuk membantu mereka berbahasa Inggeris.

Gadis itu berharap dapat mendalami pengajian Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Korea di Universiti Sheffield, sebelum memohon melanjutkan pengajian di Universiti Yonsei di Seoul.

“Orang Korea pemalu tetapi apabila kita mengenali mereka, mereka sangat mesra dan baik hati.

Mereka bersedia lakukan apa saja untuk anda,” katanya.

Beliau berkata, ibunya turut bangga dan mengalu-alukan minatnya terhadap kebudayaan negara lain di dunia. – Agensi , bharian

Tuesday, April 19, 2011

Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung



Siti Nor Haleeda Abdul Razak menunjukkan surat dari IJN berhubung pembedahan yang perlu dilaluinya di rumahnya di Kuala Kedah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 18 April - Seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Madrasah di Kuala Kedah di sini merayu bantuan orang ramai untuk membiayai pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei ini.
Pelajar terbabit, Siti Nor Haleeda Abdul Razak, 17, yang menderita saluran jantung tersumbat sejak 2001 memerlukan wang sebanyak RM3,000 untuk pembedahan tersebut.
Bapanya, Abdul Razak Awang Kechik, 54, yang bekerja sebagai nelayan memberitahu, dia tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana pendapatannya tidak seberapa.
Apatah lagi, dia terpaksa menanggung tujuh anak termasuk empat daripada mereka masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Kos yang dikenakan oleh IJN adalah RM45,000 tetapi setelah diberi subsidi anak saya hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM3,000.
"Tetapi bagi nelayan seperti saya, jumlah ini sangat tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, Siti Nor Haleeda, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah sering pengsan ekoran masalah kesihatan itu dan dia perlu ke IJN semula pada 30 Mei ini bagi pembedahan tersebut.
Siti Nor Haleeda yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, dia berharap untuk menjalani kehidupan seperti remaja biasa yang sihat.
"Saya cuma berharap untuk dapat belajar dan berjaya dalam pelajaran seterusnya berpeluang membantu keluarga," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu pelajar ini boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Agro Bank 1-00-5071-00004003-3 milik Abdul Razak Awang Kechik atau menelefonnya di talian 013-5374395.

Thursday, January 20, 2011

Mullah Omar kena bedah





2011/01/20

RISALAH diedarkan  tentera Amerika menunjukkan gambar Mullah Omar (kiri) bersama Osama   Laden (dua dari kiri) yang dikehendaki ditangkap atau dibunuh.
RISALAH diedarkan tentera Amerika menunjukkan gambar Mullah Omar (kiri) bersama Osama Laden (dua dari kiri) yang dikehendaki ditangkap atau dibunuh.
Pejuang Taliban masih dirawat 

WASHINGTON: Pemimpin pejuang Taliban di Afghanistan, Mullah Mohammed Omar, menjalani rawatan akibat serangan jantung di Pakistan dengan bantuan perkhidmatan perisikan negara itu, lapor akhbar Washington Post semalam.Akhbar itu yang memetik sumber perisikan persendirian dikendalikan bekas pegawai perisik Amerika, berkata, Mullah Omar yang melancarkan gerakan bawah tanah selepas pencerobohan tentera asing pada 2001, mengalami serangan jantung pada 7 Januari dan dibawa ke sebuah hospital berhampiran Karachi selama beberapa hari.Rangkaian perisikan dikenali The Eclipse Group yang dipercayai disokong Pentagon, berkata, sumbernya adalah seorang doktor di hospital berkenaan. 

“Walaupun saya tidak berada di bilik bedah, penilaian saya berdasarkan apa saya lihat dan dengar. Saya mengesahkan pesakit berkenaan ialah Mullah Omar. Beliau mengalami komplikasi jantung,” katanya. 

Beliau berkata, Omar juga berkemungkinan besar mengalami kerosakan otak dan sukar bercakap selepas pembedahan itu. 

Laporan menyatakan agensi Perkhidmatan Antara Perisikan Pakistan (ISI) ‘mengejarkan Mullah Omar ke hospital di Karachi di mana beliau diberi heparin untuk menghalang pembekuan darah sebelum pembedahan dijalankan’. 
“Selepas tiga atau empat hari dirawat di hospital, beliau sudah pun dibenarkan pulang dan diserahkan kepada ISI. Beliau kemudian diarahkan berehat sepenuhnya di rumah selama beberapa hari,” katanya. 

Walaupun Pakistan secara rasmi menjadi sekutu Washington untuk memerangi Taliban di Afghanistan, pegawai Amerika sejak sekian lama mendakwa ISI bersikap ‘talam dua muka’. 

ISI dilaporkan masih menjalinkan hubungan rapat dengan Omar yang disokong sebagai pemimpin rejim Taliban di Kabul pada 1996 hingga 2001. 

Pakistan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, manakala Duta Pakistan di Washington Husain Haqqani berkata laporan Eclipse ‘tidak berasas’. 

“Kadang kala laporan perisikan yang diterima profesional adalah salah dan cerita mengenai Mullah Omar, termasuk dalam kategori ini,” katanya. – AFP 

Saturday, December 4, 2010

Kerabat diraja mahu membantu

KUALA TERENGGANU: Penderitaan yang dialami keluarga mangsa simbahan asid mendapat simpati ramai apabila pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan kerabat diraja mula tampil menghulurkan bantuan.
Seorang kerabat diraja negeri ini yang tersentuh hati dengan penderitaan dua beradik yang cacat di muka selepas disimbah asid oleh bapa mereka Ogos lalu bersedia membantu mereka mendapat rawatan termasuk membuat pembedahan plastik.

Tekanan emosi dan penderitaan ditanggung dua kanak-kanak berkenaan, Nurul Dahyatul Mat Haizan, 8, dan adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, mendapat perhatian kerabat diraja berkenaan yang mahu kecacatan mereka dirawat segera.

Seorang pegawai kerabat diraja terbabit ketika menghubungi Harian Metro semalam memberitahu bantuan kepada keluarga itu sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya membantu anak negeri ini yang ditimpa musibah atau terhimpit dengan kesusahan.

“Tengku begitu prihatin dengan penderitaan kanak-kanak berkenaan dan mahu berjumpa keluarga itu serta berusaha membantu seberapa yang boleh dengan segera,” katanya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ketika dimaklumkan mengenai hasrat kerabat diraja berkenaan membantu mendapatkan rawatan termasuk pembedahan plastik untuk dua anaknya, teruja dan menyambutnya dengan lafaz syukur.

Che Ku Zaimah yang turut cedera akibat simbahan asid itu berkata, dia sedih dengan tekanan emosi ditanggung dua anaknya yang tersinggung dengan ejekan rakan hingga malu ke sekolah, justeru berharap ada kepastian segera mengenai langkah rawatan dan pemulihan. “Sepanjang kami berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan, belum ada kepastian daripada doktor sama ada pembedahan plastik akan dibuat. “Hendak membuat pemeriksaan di hospital swasta sudah tentu kami tidak mampu,” katanya yang kini tinggal di rumah ibunya di Kampung Sekayu, Kuala Berang, ketika dihubungi, semalam. Che Ku Zaimah berkata, Nurul Dahyatul paling mengalami kecacatan di muka paling teruk akibat simbahan asid itu, sebelum ini memakai topeng, tetapi kerana malu diejek rakan, dia tidak memakainya lagi menyebabkan lukanya bertambah parah kerana terdedah kepada panas matahari.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit menerusi pelbagai bantuan bersesuaian.

Beliau meminta keluarga berkenaan berjumpa doktor pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mendapatkan maklumat lanjut mengenai kecederaan dialami dan kos pembedahan diperlukan sebelum mengisi borang dan merujuk kepada pegawainya.

“Di bawah portfolio saya, terdapat Dana Khas Sosial Perubatan untuk membiayai kos perubatan mereka yang menghidap penyakit kronik dan jumlah bantuan sama ada separuh atau penuh ditentukan kemudian bergantung kepada keadaan ekonomi keluarga dan pertimbangan pegawai terbabit.

“Selain itu, keluarga berkenaan juga boleh memohon bantuan menerusi Tabung Darul Iman yang diluluskan peruntukan RM10 juta oleh kerajaan negeri bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terlalu awal menentukan kos pembedahan plastik dan jumlah bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga terbabit kerana perlu mengambil kira pelbagai faktor seperti rawatan susulan dan tempoh masa.

Begitupun Dr A Rahman memberi jaminan memberi bantuan berdasarkan latar belakang ibu mangsa yang tidak bekerja selain Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri memberitahu kerajaan negeri memberi apa saja bantuan diperlukan kepada keluarga terbabit ketika melawat mereka di HSNZ, Ogos lalu.

Kisah malang kanak-kanak malang berkenaan berlaku apabila kedua-dua ibu bapa mereka menghadapi krisis rumah tangga dan di ambang untuk berpisah.

Dalam kejadian pada jam 1.45 pagi 15 Ogos lalu, bapa kanak-kanak berkenaan, Mat Haizan Mat Yassin, 32, memecah masuk rumah mentuanya, Minah Omar, 56, dan menyimbah cuka getah yang dibawanya dalam bungkusan plastik dan menyimbah ke arah Che Ku Zaimah tetapi terkena Nurul Dahyatul, Muhammad Irfan dan Minah.

Bapa kanak-kanak berkenaan bertindak demikian kerana marah dengan tindakan Che Ku Zaimah yang meminta cerai.

Bagaimanapun, bapa mereka mendapat balasan atas perbuatannya dan menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan kerana mengaku salah menyimbah asid kepada Che Ku Zaimah.

Rabu lalu, Mahkamah Sesyen di sini turut menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kerana menyimbah asid kepada Nurul Dahyatul dan penjara dua tahun kerana mencederakan Muhammad Irfan Firdaus. Bagaimanapun, kedua-dua hukuman itu berjalan serentak setelah mahkamah mengambil kira pengakuan salah tertuduh.

Friday, December 3, 2010

Raja Arab Saudi jalani beberapa lagi pembedahan di AS





2010/12/03

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, 86, dijadual menjalani beberapa lagi pembedahan di bahagian belakang badannya di Amerika Syarikat hari ini. 

“Raja Abdullah akan kembali untuk menjalani pembedahan untuk membaiki tulang belakangnya sebagai rawatan susulan sebelum ini.
"Ia adalah sebahagian rawatan yang perlu dijalani yang ditetapkan pasukan perubatannya," kata satu kenyataan istana yang disiarkan agensi berita SPA.
Raja Abdullah berangkat ke Bandaraya New York pada 22 November lalu dan menjalani pembedahan dua hari selepas itu di Hospital Presbyterian. - AFP

Wednesday, August 11, 2010

Rayu cepat pembedahan anak

Rayu cepat pembedahan anak
MUAR: Seorang ibu merayu Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru mempercepatkan prosedur pembedahan usus anaknya yang berada di luar abdomen kerana tidak sanggup melihat penderitaan kanak-kanak berusia empat tahun itu.

KASIH IBU...Mardiana memakai bengkung kepada Khalid.
KASIH IBU...Mardiana memakai bengkung kepada Khalid.

Mardiana Abu Bakar, 40, berkata, usus anaknya, Muhammad Khalid Kamarullzaman makin membesar, sedangkan doktor merawatnya pernah menyatakan bahawa pembedahan dilakukan ketika kanak-kanak itu berusia setahun.

“Tetapi pembedahan itu ditangguhkan ketika usianya tiga tahun dan sekali lagi gagal dilakukan ketika dia berusia empat tahun.

“Saya memohon supaya pembedahan Muhammad dipercepatkan kerana saya tidak sampai hati melihat penderitaannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Kepong, semalam.

Menurutnya, sejak Muhammad masih bayi sehinggalah bersekolah tahun depan, doktor tidak memberi kepastian bila pembedahan dilakukan.

“Anak saya pasti malu hendak bersekolah tahun depan memandangkan ususnya ketara di luar tubuh dan keadaan itu bakal menjadi perhatian atau bahan ejekan.
Menurut Mardiana, ketika Muhammad bayi, saiz ususnya sebesar telur goreng dan kini membesar sehingga lima kali ganda menyebabkan pergerakannya terbatas.

“Tarikh akhir pemeriksaan rawatan susulan dilakukan pada Disember lalu di HSA dan kedua-dua pihak, HSA serta Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak memberi kata putus,” katanya.