Friday, June 27, 2014

Kerja siapa kalau bukan BN?

Kerja siapa kalau bukan BN?
Pendatang...IC...Bumiputra Melayu....Pengundi....Penganas !
Yang dua belum sempat dapat IC lagi.
Berapa ratus ribu lagi macam diorang ne?
MARI MARI UNDI BN LAGI AND MEET THE END !!

Add caption
Add caption

Muhyiddin tidak faham isu yang saya bawa - Rafizi


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli rasa agak terusik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak faham mengenai konsep penswastaan atau private finance initiatives(PFI).

Ini kerana menurut Muhyiddin ia banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM.

Malah, Muhyiddin memaklumkan bahawa kabinet telah menugaskan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI itu.

“Saya rasa Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan kabinet tidak faham dengan kritikan dan isu yang saya bawa,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, beliau bukanlah menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.

Rafizi berkata, beliau mempertikaikan perkara-perkara berikut:

1. Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?

2. Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini sehingga 5 kali ganda lebih mahal dari kos membina sendiri UiTM ini?

3. Berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?

“Oleh yang demikian, untuk memastikan saya dan rakyat kebiasaan lain faham dan boleh menilai kewajaran Barisan Nasional menswastakan kampus UiTM melalui konsep PFI ini, saya menyeru supaya Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah beliau dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti mana yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi yang lepas melibatkan penswastaan air dan lebuhraya.

Kata Rafizi, jika Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila beliau dan rakyat tidak akan faham kenapa Kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu. - HARAKAHDAILY 27/6/2014

Firdaus boleh keluar hospital dalam tempoh sebulan


  • Muhammad Firdaus Dullah

SEREMBAN - Selepas enam hari dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, tahap kesihatan Muhammad Firdaus Dullah,15, bertambah baik dan dijangka keluar dalam tempoh sebulan ini.

Pengarah hospital berkenaan, Datuk Dr Jaafar Che Mat berkata, Muhammad Firdaus kini sudah menunjukkan perkembangan yang sangat positif, malah tiada sebarang komplikasi berlaku terhadapnya.

Beliau berkata, berat badan remaja itu juga meningkat sebanyak setengah kilogram setiap hari.

“Jika dalam tempoh dua atau tiga minggu ini tahap kesihatannya semakin baik, kita akan benarkan dia keluar. Lagi cepat lagi bagus kerana kita boleh fokuskan kepada tahap perkembangan lain pula,” katanya ketika ditemui semasa lawatan isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin yang menyerahkan sumbangan kepada tabung Firdaus menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di hospital berkenaan, semalam.

Jaafar berkata, pihaknya juga kini menghadkan jumlah pelawat remaja berkenaan bagi mengelakkan proses pemulihan Muhammad Firadus terganggu.

“Jika bukan ahli keluarga, waris atau orang berkepentingan, mereka tidak dibenarkan melawat Firdaus.

“Kita tidak mahu, ada sebarang gangguan emosi yang lain terhadapnya memandangkan kita sedang berusaha membina elemen sosial dalam diri Firdaus agar tidak terlalu takut dengan orang, boleh berkomunikasi baik selain memberi tindak balas sepatutnya.

“Kita khuatir kalau ramai pihak luar datang melawatnya, fokusnya akan hilang,” katanya.

Perkasa cuba alih maksud 'pancung'


  • Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) dan Fahmi Fadzil di pekarangan Ibu Pejabat Polis Selangor, selepas membuat laporan polis terhadap pemimpin Perkasa hari ini. Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) dan Fahmi Fadzil di pekarangan Ibu Pejabat Polis Selangor, selepas membuat laporan polis terhadap pemimpin Perkasa hari ini.

SHAH ALAM - Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan, Ruslan Kassim yang enggan menarik balik kenyataan 'pancung kepalanya' sebelum ini didakwa cuba mengalihkan maksud ancaman itu.

Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sesiapa yang mendengar kenyataan Ruslan itu akan membuat kesimpulan sama iaitu ancaman berbentuk fizikal dan bukannya bermaksud menjatuhkan karier ahli Parlimen Pas.

"Kalau dia ingin memberi maksud lain (jatuhkan karier), dia sepatutnya menggunakan perkataan lain.

"Kenyataan dia supaya pemimpin Pas itu tutup mulut dan pancung itu jelas satu ancaman dan ia tidak bertanggungjawab," katanya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Selangor, selepas membuat laporan polis terhadap pemimpin Perkasa itu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ruslan berkata istilah 'pancung kepala' yang diucapkannya sebelum ini merujuk kepada pemimpin yang perlu dihukum oleh pengundi melalui cara demokratik.

Beliau membuat kenyataan itu semasa perhimpunan Perkasa di Shah Alam pada Isnin lalu yang merujuk kepada empat ahli Parlimen Pas Selangor selepas mereka menggesa kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihadkan.

Empat Ahli Parlimen tersebut ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan pemimpin Perkasa itu perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana ia didakwa boleh menggugat keharmonian masyarakat.

“Satu tindakan tegas perlu diambil dan pihak polis wajib memberikan makluman dan menyiasat secara menyeluruh dan cepat.

"Kita nampak ada trend yang berlaku hari ini di mana kenyataan-kenyataan yang cuba untuk menaikkan emosi dan cuba memecahbelahkan rakyat semakin menjadi-jadi.

"Kerajaan Malaysia perlu mengambil iktibar serta tidak membenarkan suara-suara ektremis ini berleluasa," katanya lagi.

Korea Utara janji balas tindakan filem Hollywood


  • Filem terbaru pelakon komedi Seth Rogen dan James Franco, dalam filem The Interview.Filem terbaru pelakon komedi Seth Rogen dan James Franco, dalam filem The Interview.

PEMIMPIN Korea Utara nampaknya tidak terhibur dengan filem terbaru pelakon komedi Seth Rogen dan James Franco, dalam filem The Interview.

Filem tersebut yang berkisar mengenai pembunuh upahan yang menyamar sebagai pembaca berita dalam misi untuk membunuh Presiden Korea Utara.

Ekoran penerbitan filem tersebut, jurucakap bagi Presiden Korea Utara, Kim Jong Un memberitahu, pemimpin negara itu filem tersebut sebagai 'tindakan perang'.

Korea Utara turut menegaskan, pihaknya menjanjikan 'balasan' jika filem tersebut ditayangkan.

Dalam satu kenyataan oleh agensi berita KCNA, seorang jurucakap berkata, pembikinan filem itu adalah hasil dari seorang pengarah yang bersifat samseng.

"Pembikinan dan tayangan filem ini berkisar tentang pembunuhan pemerintah tertinggi kami. Ini adalah tindakan perang dan ganas. Kami tidak akan bertolak-ansur," katanya.

Sementara itu, jurucakap tidak rasmi untuk Kim Jong Un memberitahu The Telegraph, filem itu menggambarkan tindakan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Iraq, Syria dan Ukraine.

Dalam perkembangan lain, Rogen berharap Jong Un akan terhibur dengan filem tersebut.

"Saya harap beliau suka," katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman twitter beliau.

DAH GILA APA YANG DAH KALAH 2 KALI DALAM PILIHANRAYA BOLEH JADI MENTERI !!!

DAH GILA APA YANG DAH KALAH 2 KALI DALAM PILIHANRAYA BOLEH JADI MENTERI !!!

Masih ingat kata2 Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff..

Penyokong Mahathir pon tak puas hati dgn perangai & tindakan Najib Cet Det nak kasik anak dia jadi TPM n pastu PM.. Tapi legasi Najib tak kasik... Kena smash la. Kah! Kah! Kah!

Agaknya PM kita ni lebih pentingkan KUANTITI BERBANDING KUALITI... JANJI DUIT RAKYAT BANYAK HANGUS..

BEGITULAH CERITANYA ....


MELAYU UMNO MAHU APA LAGI ?? DAH NAIKKAN LEPAS TU KUTUK BALIK?


UTAMAKAN PRODUK TEMPATAN 1 PAKISTAN ?????


BIAR GAMBAR YANG BERCERITA .....

Add caption

APA LAGI RAKYAT MAHU DARI UMNO/BN


APA SUDAH JADI?

APA SUDAH JADI?
INGATKAN DAH KAYA ... 
SOKONG GST, SOKONG AES, SOKONG CUKAI PINTU NAIK, SOKONG HARGA BARANG NAIK .... 

Fakta bukan auta

Maka ramailah umat Melayu berjihad.... yg muda berjihad di AF.. yang tua berjihad di Kilauan Emas.... 

Hasil 'KEBERKATAN' pentadbiran UMNO/BN selama hampir 57 tahun 

p/s: Perbandingan wang tunai sahaja..

Khalid tewas tempat sendiri


2014/06/27 - 05:17:52

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pasukan yang dibentuknya di Cabang Kuala Selangor tewas pada pemilihan semula di cabang berkenaan, pada Sabtu lalu.

Menteri Besar Selangor itu tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam dengan majoriti 186 undi apabila sekadar memperoleh 515 undi dalam persaingan merebut jawatan ketua cabang. Difahamkan pasukan Khalid turut tewas bagi jawatan Ketua Wanita dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kuala Selangor.

Bagaimanapun Khalid menang bagi jawatan Timbalan Presiden apabila meraih 517 undi, meninggalkan penyandang jawatan itu, Mohamed Azmin Ali dengan 440 undi, manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sekadar memperoleh 50 undi.

Terkejut terima keputusan Manickavasagam yang mengakui terkejut dengan keputusan itu berkata, beliau boleh dianggap ‘giant killer’ kerana pernah dilabelkan sebagai calon bukan pilihan.

Beliau yakin kekalahan Khalid di cabang itu berpunca daripada kegagalan pemimpin berkenaan untuk turun padang meninjau permasalahan rakyat.

Katanya, Khalid bukan saja tewas bagi jawatan ketua cabang, malah pasukannya yang bertanding untuk beberapa jawatan turut menerima nasib sama.

“Kekalahan Menteri Besar Selangor di cabang ini kerana beliau tidak turun padang, macam mana hendak menang jika jarang melawat kawasan. Saya sudah cakap awal-awal, kalau wakil rakyat hendak memenangi hati penduduk, mereka perlu selalu turun padang.

Lagi jauh ke selatan


Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss berkata, kawasan tumpuan baru masih berada di lengkok ketujuh iaitu lokasi terakhir pesawat itu dikesan satelit.
"Fokus pencarian kini beralih ke kawasan lebih jauh ke selatan sepanjang lengkok itu," katanya.

Zon baru ini dikenal pasti berdasarkan analisis baru data satelit dan maklumat radar awal apabila pesawat itu tiba-tiba berpatah balik merentasi Semenanjung Malaysia menuju ke selatan Lautan Hindi.
Foto
PETA menunjukkan kawasan carian baru. FOTO EPA

"Pesawat itu berkemungkinan besar berada dalam mod 'autopilot'. Jika tidak, it tidak dapat mengikut laluan teratur yang dikenal pasti menerusi satelit," kata Truss.

Dua kapal iaitu satu dari China dan satu lagi daripada syarikat kejuruteraan Belanda Fugro sedang membuat kerja pemetaan dasar laut di sepanjang lingkungan itu di mana kedalaman boleh melebihi 5,000 meter.

Fasa baru pencarian dijangka bermula Ogos ini dan mengambil masa setahun.

Ia akan merangkumi kawasan seluas 60,000 kilometer persegi dengan jangkaan kos sekurang-kurangnya A$60 juta (RM182 juta).

Pesawat MH370 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke China hilang bersama 239 penumpang dan kru pada 8 Mac lalu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Penyanyi Nigeria tawar dara



GAMBAR rakaman video yang disiarkan pemberontak Boko Haram menunjukkan sebahagian pelajar perempuan yang diculik di Chibok pada April lalu. - AP


ABUJA - Seorang penyanyi Nigeria sanggup menawarkan daranya sebagai pertukaran untuk membebaskan lebih 200 pelajar perempuan yang diculik kumpulan militan Boko Haram, lapor akbar New York Daily News kelmarin.
Kumpulan pemberontak Boko Haram bergiat aktif di Nigeria sejak 2009.
Tawaran oleh penyanyi tersebut, Adokiye Kyrian, 23, didedahkan dalam satu temu bual bersama media tempatan.
"Mereka terlalu muda. Saya mahu menawarkan diri saya sebagai ganti," Adokiye memberitahu akhbar Vanguard.
Apabila seorang wartawan memberitahu penyanyi itu tentang tindakan yang akan dilakukan oleh kumpulan penculik itu ke atas dirinya, Adokiye masih enggan berganjak daripada keputusannya.
"Para pelajar itu berusia antara 12 hingga 15 tahun. Saya lebih tua dan berpengalaman. Walaupun terdapat 10 hingga 12 lelaki yang ingin meniduri saya pada setiap malam, saya tidak peduli. Saya mahu mereka membebaskan kesemua tebusan," jelasnya.
Namun, tawaran tersebut mendapat reaksi negatif ramai pengguna laman sosial yang berpendapat Adokiye cuba mencari publisiti murah.
"Adokiye memberitahu kita semua bahawa dia masih dara, saya tidak percaya," kata seorang pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama still_jimmy.
Kumpulan pengganas itu menculik lebih 300 pelajar perempuan di Chibok dua bulan lalu manakala kira-kira 176 mangsa telah berjaya melarikan diri. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz35nMihqiF 
Hakcipta terpelihara 

MH370 hampir pasti guna kawalan autopilot


GAMBAR fail pada 13 April lalu menunjukkan kapal tentera Australia HMAS Perth meronda di selatan Lautan Hindi untuk mencari serpihan MH370.


SYDNEY - Penerbangan Malaysia MH370 hampir pasti menggunakan sistem kawalan autopilot apabila ia kehabisan bahan api dan terhempas, kata beberapa pegawai Australia semalam.
Fungsi autopilot merupakan kaedah penerbangan menggunakan sistem komputer pesawat.
Para penyiasat belum dapat merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu walaupun menghabiskan masa berbulan-bulan meneroka Lautan Hindi.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, berdasarkan analisis keseluruhan maklumat oleh kumpulan pakar penerbangan itu, mereka yakin MH370 menggunakan fungsi autopilot apabila ia terhempas.
"Jika tidak, pesawat itu tidak akan terbang mengikuti laluan teratur seperti yang dikesan oleh beberapa buah satelit," katanya kepada pemberita. Pendapat beliau disokong oleh komisioner Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan.
"Jelas pesawat itu terbang lurus dalam laluan di Lautan Hindi secara autopilot sehingga MH370 kehabisan bahan api," katanya.
Pesawat itu terbang dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing apabila ia mengubah laluan dan hilang sekali gus mengejutkan dunia.
Bangkai atau serpihan kapal terbang itu masih belum ditemui di sebalik operasi mencari besar-besaran di laut dan udara yang diketuai oleh Australia.
Sehingga kini, terdapat pelbagai teori bagi menjelaskan kehilangan MH370 termasuk pesawat itu dirampas, perbuatan juruterbang dan kegagalan mekanikal.
Sementara itu, semakan data mengenal pasti satu kawasan seluas 60,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi sebagai lokasi pencarian MH370 seterusnya
Fasa baharu pencarian pesawat berkenaan akan bermula pada Ogos depan dan dijangka memakan masa sehingga 12 bulan.
"Kami kini mengubah tumpuan ke satu kawasan yang lebih jauh ke selatan berdasarkan analisis yang dilakukan," kata Truss.
Menurutnya, zon pencarian baharu itu terletak sekitar 1,800 kilometer ke barat bandar raya Perth. Kawasan itu pernah menjadi zon pencarian udara MH370 tetapi gagal menemui sebarang serpihan.
Sebanyak dua kapal iaitu Fugro Equator dan Zhu Kezhen mula meninjau kawasan tersebut sebelum pencarian di dasar laut dilakukan secara intensif bagi mencari kapal terbang hilang itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz35nMHEaai 
Hakcipta terpelihara 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tidak faham konsep penswastaan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila mengkritik konsesi berkenaan.

* Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tidak faham konsep penswastaan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila mengkritik konsesi berkenaan.

** Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman.

Ini bukan pertama kali bekas menteri pembangunan wanita dan keluarga dan masyarakat itu terpalit dengan kontroversi kerana sebelum ini dikaitkan dengan skandal ternakan lembut Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang juga didedahkan oleh Rafizi.

Rafizi berkata, Tentu Selesa yang memiliki pegangan 29% saham bersama syarikat Menang Development M Sdn Bhd dan Menang Industries M Sdn Bhd yang bernaung di sebuah syarikat Inovatif Mewah Sdn Bhd.

Katanya, tambah mengejutkan apabila Tentu Selesa yang dimiliki oleh adik bekas menteri itu merupakan sebuah syarikat dengan terbitan saham sebanyak RM2 sahaja.

"Dua pemegang saham RM2 ini merupakan Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman di mana ia turut digunakan dalam pelbagai urusniaga kontroversi termasuk cadangan pengambil alihan KFC dan Plus,” katanya.

Rafizi berkata, Shahrir pernah digantung selama 3 tahun oleh Lembaga Displin Umno kerana kesalahan mengamalkan politik wang pada 2005 turut dinamakan sebagai pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, projek konsesi yang diberikan kepada kroni Umno tersebut adalah daripada agensi kerajaan yang tidak melibatkan tender terbuka.

"Masalah dengan konsesi ini ialah ia dilantik oleh agensi kerajaan secara terus tanpa memerlukan tender terbuka dan apabila ia berlaku maka pemaju itu tertakluk di bawah. akta kerahsiaan yang tidak boleh didedahkan.

"Ini yang berlaku kepada kebanyakan projek seperti Plus dan pembinaan lebuh raya lain di bawah akta kerahsiaan, kita memang tidak boleh buat apa-apa," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PKR memandang berat sistem pelaksanaan yang digunakan kerajaan.

"Sebuah syarikat bermodal RM2 diberi pegangan sehingga 29% dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh Umno.

"Sistem itu sendiri perlu diubah, kita tidak boleh selamanya begini kerana akhirnya menjadi beban rakyat," katanya.

Selain itu, Rafizi berkata akan merujuk perkara tersebut kepada Ketua Audit Negara bagi saranan tindakan.

"Saya lebih percaya kepada Ketua Audit Negara daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau kita bawa kepada agensi itu mereka akan menyatakan tidak ada kes kerana tidak ada transaksi," katanya.
 

Tiga bebas, 10 kekal sabitan perhimpunan haram


Sebahagian yang dituduh dalam kes merusuh dan menyertai perhimpunan di Bukit Chandan Kuala Kangsar lima tahun lalu berdoa setelah Mahkamah Tinggi Taiping mengetepikan hukuman penjara di Taiping, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS
TAIPING 26 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan 10 daripada 13 individu bagi mengetepikan sabitan berhubung kesalahan merusuh serta terlibat dengan perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, lima tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin dalam penghakimannya membatalkan hukuman penjara dua tahun dan hanya mengekalkan denda RM5,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen terhadap 10 perayu terbabit.
"Selepas mengambil kira latar belakang perayu, mahkamah mendapati keputusan yang dibuat sebelum ini adalah tidak sewajarnya.
"Oleh itu, mahkamah memutuskan hukuman penjara dua tahun yang dihadapi perayu-perayu dibatalkan tetapi denda RM5,000 dikekalkan. Bagi tiga individu yang dibebaskan pula, sekiranya telah membayar denda, perlulah dipulangkan (wang denda)," kata beliau.
Sepuluh perayu yang dikekalkan sabitan bersalah ialah Bad Latif Mansor, 48, Suhana Abdullah, 50; Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd. Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd. Hasri Ismail, 40; dan Mohamed Ismail S.M. Abdul Kadir, 48.
Tiga perayu yang dilepas dan dibebaskan pula ialah Idris Mohd. Thaib, 47, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 39, dan Yusoff Jaafar, 49.
Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Nasfy berkata, tiga individu itu dilepas dan dibebaskan setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.
"Bagi bakinya pula, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, mereka didapati bersalah," kata beliau.
Hakim Ahmad Nasfy membuat keputusan tersebut selepas mendengar rayuan untuk mengetepikan hukuman penjara dua tahun serta denda RM5,000 terhadap kesemua 13 perayu berkenaan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 13 September tahun lalu.
Kesemua mereka didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang satu proses perundangan upacara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di bawah Perkara XV1(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut selepas solat Jumaat, 6 Februari 2009 di Jalan Istana, Bukit Chandan di Kuala Kangsar.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud manakala kesemua tertuduh diwakili empat peguam yang diketuai oleh Aminuddin Zulkipli.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140627/ma_01/Tiga-bebas-10-kekal-sabitan-perhimpunan-haram#ixzz35n3dUkc0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kabinet Najib bertambah, gaji dari poket rakyat


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pengumuman perlantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baru daripada MCA dan Gerakan semalam oleh Perdana Menteri menjadikan Kabinet Malaysia kini diperbesar menjadi 62 orang anggota dengan 35 menteri dan 27 timbalan menteri.

Berikutan itu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini bertambah kepada 10 orang berbanding hanya 8 orang sebelum daripada ini dan secara purata tidak pernah mencecah angka 8 pada zaman Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir Mohamed.

"Implikasi langsung pertambahan ini ialah bertambahnya belanja mengurus negara sebanyak RM166,563 sebulan dan jumlah keseluruhan bagi menggaji anggota kabinet mencecah hampir RM10 juta sebulan," ujar Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan

Katanya, duit bagi menggaji kesemua anggota kabinet ini pasti sekali dari poket rakyat.

Baginya, keanggotaan JPM dengan 10 menteri dan seorang timbalan menteri membuktikan ketidakupayaan Najib untuk berperanan secara efektif sebagai PM dan tidak fokus menjalankan tugasnya.

Lebih mengecewakan, ujarnya perlantikan dua menteri di JPM dibuat terlebih dahulu tanpa ada portfolio khusus yang ditentukan.

Menurutnya, jawapan "akan diumumkan kemudian" oleh PM semalam memperlihatkan bahawa perlantikan yang baru dibuat itu bukan atas faktor keperluan dan kelayakan, hanya sebagai menunaikan janji politik.

Sepatutnya, kata beliau susun atur semula kabinet ketika ini perlu dibuat secara menyeluruh mengambil kira saiz kabinet yang sepadan dengan perbelanjaan negara dan keperluan semasa serta prestasi Menteri dan Timbalan Menteri sedia ada termasuk PM dan TPM sendiri.

"Jika tidak, perubahan kabinet itu tidak akan memberi apa-apa kesan positif terhadap urus tadbir negara dan semakin menambah beban masalah dan kewangan kepada negara dan rakyat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Peralat Melayu & Bumiputera untuk kayakan kroni


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR:Siasatan yang dilakukan terhadap projek konsesi pembinaan kampus UiTM mendapati, wujud syarikat Bumiputera yang bukan sahaja mempunyai 'kepakaran' dalam rundingan konsesi dengan kerajaan malah menyerahkan pula projek yang diperolehi kepada syarikat bukan Bumiputera.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kaedah rundingan terus yang digunakan pentadbiran Najib dengan berselindung di sebalik “private finance initiatives” (PFI) begitu mudah disalahgunakan dan terdedah kepada amalan rasuah.
"Melalui kaedah rundingan terus ini, ahli perniagaan yang mempunyai akses dengan pimpinan Umno dan pegawai tinggi kerajaan berpeluang mendapat konsesi-konsesi yang diikat dalam tempoh yang lama dan boleh merugikan rakyat," ujarnya.
Beliau memberi contoh syarikat yang diberi konsesi membina kampus UiTM Kota Samarahan iaitu Rekajaya Projek Sdn Bhd yang turut dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) melalui satu konsortium.
Syarikat-syarikat yang dikuasai ahli perniagaan ini, tambahnya boleh diibaratkan sebagai "pakar perunding konsesi" yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun ujar beliau, sebaik berjaya mendapatkan konsesi-konsesi pembinaan, projek pembinaan diberikan pula kepada syarikat bukan Bumiputera sama ada melalui perkongsian (joint venture) atau sub-kontrak.

"Di dalam kes pembinaan Lebuhraya LATAR dan UiTM cawangan Kota Samarahan, pembinaannya dikendalikan oleh Binapuri Holdings Berhad, sebuah syarikat pembinaan bukan Bumiputera yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur," dedah beliau.
Rafizi menambah, semakan mendapati kos pembinaan dua projek konsesi itu dibiayai melalui pinjaman dengan Bank Pembangunan Berhad, sebuah bank milik penuh kerajaan.

"Saya mengambil contoh konsesi penswastaan UiTM cawangan Kota Samarahan ini untuk menunjukkan bagaimana kaedah PFI yang dijadikan alasan untuk memberi anugerah konsesi kepada ahli-ahli politik Umno dan rakan perniagaan mereka sebenarnya samalah dengan Kerajaan Persekutuan menanggung sendiri kos pembiayaan tanpa perlu diikat dengan perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan rakyat," ujarnya.
Beliau berkata, alasan kononnya kontraktor Bumiputera berpeluang dianugerahkan projek melalui program konsesi juga diragui kerana jelas projek yang diperolehi diserahkan pula kepada syarikat bukan Bumiputera.
Rafizi turut mempertikaikan pembiayaan projek melalui Bank Pembangunan, sebuah bank milik penuh Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, jika kampus-kampus tersebut dibina sendiri kerajaan dengan meminjam dari Bank Pembangunan, pasti kos yang ditanggung adalah jauh lebih murah.

"Siri penswastaan UiTM menjadi bukti bagaimana nama Melayu dan Bumiputera disalahgunakan untuk mengkayakan kroni Umno.
"Saya akan terus bersuara mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan di dalam kaedah PFI supaya Umno tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan konsesi yang akan membebankan rakyat kelak," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 26/6/2014