Saturday, March 14, 2015

Paksa anak bogel, mengemis

Zhongshan (China): Seorang kanak-kanak dipaksa mengemis dalam keadaan berbogel di jalan raya di sini, semalam oleh ibunya sebagai cara untuk menghukumnya.
Dalam gambar yang menjadi viral dalam laman sosial China, ibu kanak-kanak itu dilihat berdiri di sebelahnya dengan berpakaian lengkap sambil memegang mangkuk.
Wanita itu juga merotan anaknya sekali atau dua dengan wayar yang dipungut di tepi jalan, menurut seorang pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian.
Orang ramai yang lalu di situ berusaha membantu kanak-kanak itu. Tetapi selepas didesak, si ibu membenarkan kanak-kanak itu memakai baju, tetapi mangsa tidak berani berdiri sehingga seorang lelaki datang mengangkatnya,
Menurut laporan, kanak-kanak itu dihukum selepas dia mencederakan rakan sekelasnya dalam satu pergaduhan.
Sebagai hukuman, dia dipaksa berbogel dan meminta sedekah untuk mendapatkan wang bagi membayar ganti rugi.
Sebahagian pengunjung laman sosial mengecam tindakan wanita itu dengan menyifatkannya sebagai kejam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 5:21 AM


GAMBAR menunjukkan mangsa ditelanjangkan sementara ibunya berdiri di sebelah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36827#sthash.SD6mBjnt.dpuf

Pengantin sengal


Agensi
New Delhi
Seorang pengantin perempuan meninggalkan majlis perkahwinannya selepas bakal suaminya gagal menyelesaikan soalan matematik paling mudah.
Wanita berkenaan menguji kemahiran matematik pengantin lelaki itu dan meninggalkan majlis berkenaan apabila dia tersilap memberi jawapan.
Soalan yang ditanya pengantin perempuan itu ialah: Berapa jawapan 15 campur enam?


Lelaki itu menjawab: 17.
Keluarga pengantin lelaki itu memujuk wanita berkenaan supaya meneruskan majlis itu, tetapi dia enggan.
Menurut wanita itu, dia ditipu lelaki itu mengenai tahap pelajarannya.
Polis terpaksa dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu dan kedua-dua pihak kemudian menyerahkan semula hantaran yang diberikan sebelum majlis berkenaan.
Kebanyakan perkahwinan di India diatur keluarga lelaki dan perempuan.
Pasangan biasanya tidak dapat mengenali lebih rapat sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36816#sthash.i6eLjuBL.dpuf

Korea Utara tembak misil lagi

Seoul: Korea Utara kelmarin mengadakan ujian menembak tujuh misil jarak dekat di pesisir pantai timur.
Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan semalam berkata, pihaknya percaya pemimpin Korea Utara, Kim Jung-Un turut menyaksikan ujian berkenaan.
Menurutnya, misil itu bagaimanapun jatuh ke laut.
“Kami percaya mereka mengadakan ujian menembak misil darat ke udara menggunakan pelbagai jenis misil dengan jarak paling jauh mencecah 200 kilometer,” kata pegawai itu.
Latihan itu diadakan sebaik Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan menamatkan satu daripada dua latihan tahunan ketenteraan berskala besar, ‘Key Resolve’ yang bermula awal bulan ini - Jumaat lalu.
Sementara itu, latihan ketenteraan lain dikenali sebagai ‘Foal Eagle’ akan bermula hari ini sehingga 24 April, menurut tentera AS.
Latihan itu menimbulkan kemarahan Korea Utara yang menganggapnya sebagai persediaan perang terhadapnya.
Korea Utara kerap menguji peluru berpandu bagi menunjukkan kekuatan pertahanan mereka ketika tentera AS dan Korea Selatan menjalani latihan setiap tahun.
Ia menembak dua misil jarak dekat pada hari pertama latihan berkenaan awal bulan ini sambil memberi amaran akan melakukan serangan tanpa belas kasihan terhadap Korea Utara dan AS.
Sementara itu, media Korea Utara melaporkan, Kim yang diiringi adik perempuannya Kim Yo Jong, mengadakan pemeriksaan unit tentera pulau di pantai timur negara itu, kelmarin. Bagaimanapun, ia tidak menyebut mengenai ujian misil itu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 5:20 AM


GAMBAR fail yang dirakam tahun lalu menunjukkan misil milik Korea Utara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36824#sthash.zsBvUGz7.dpuf

Potong kemaluan mahu jauhi maksiat


Shandong: Seorang pelajar di sini yang memutuskan untuk hidup tanpa dosa dan maksiat, memotong sendiri kemaluannya di rumah, sebagai cara menghapuskan kemahuan seks.
Menurut akhbar Minnan Online, pelajar itu tiba di sebuah hospital minggu lalu dengan kecederaan teruk pada kemaluannya dan mengaku dia melakukannya sendiri.
Pelajar berkenaan yang namanya tidak didedahkan berkata, dia mengguna pisau untuk memotong kemaluannya itu dan menjahit lukanya.
Apabila tidak dapat lagi menanggung kesakitan beberapa jam selepas itu, dia mengambil keputusan untuk ke hospital berhampiran.
Memandangkan jarak masa yang lama antara dia mula memotong kemaluannya dan ketibaannya di hospital, pihak berkuasa berkata, alat sulitnya tidak boleh disambung semula.
Ini bukan kali pertama kejadian membedah diri sendiri berlaku di China.
Pada 2013, seorang lelaki Hong Kong memotong kemaluannya kerana mahu menjadi wanita.
Tahun lalu, seorang petani di Anhui memotong sendiri kakinya yang dijangkiti kuman kesan daripada luka beku kerana tidak mampu membayar kos pembedahan di hospital. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36815#sthash.5h5ZELZb.dpuf

Tiada pencabar jawatan presiden PAS setakat ini - Mustafa Ali



Datuk Mustafa Ali
KOTA BHARU: Setakat ini tidak ada ahli PAS yang menyatakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata mengikut perlembagaan parti itu, semua jawatan daripada presiden dan ke bawah terbuka untuk dipertandingkan dan ahli yang mendapat minimum dua pencalonan layak untuk menjadi calon.
"Pencalonan masih terbuka, kita tunggu pencalonan dari PAS kawasan-kawasan yang akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Bulanan PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Semalam, Abdul Hadi menegaskan beliau bersedia dicabar dalam pemilihan parti itu pada muktamar berkenaan dan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2002.
- BERNAMA

Samseng dalam UMNO perlu dihapuskan - Najib



Oleh Adha Ghazali

NAJIB bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyaksikan persembahan silat ketika hadir merasmikan Konvensyen Umno Kedah di Hotel TH,Titi Gajah. - Foto Amran Hamid
ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak mahu golongan yang digambarkan sebagai 'jemuan', dalam loghat utara membawa maksud samseng atau individu tidak berapa elok perangainya, dihapuskan dalam UMNO.
Saranan itu disuarakan Presiden UMNO itu di hadapan 1,200 perwakilan Konvensyen UMNO Kedah 2014 yang berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, di sini, mengambil kira sikap jemuan yang dianggap berisiko menjejaskan peluang parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Jemuan ini perangainya lebih teruk dari tukang kipas... dia dok keliling dan mengadu domba.. perselisihan faham hak kecil pun dia dok perbesar sehingga menggugat kesepakatan kita.
"Saya percaya kalau tak ada jemuan-jemuan ini, pasti UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan menang semula di negeri ini (dalam PRU-14)," katanya.
Terdahulu, beliau turut meminta supaya jemuan yang merosakkan parti ini dicari dan ketika bertanya sama ada jemuan wujud dalam UMNO Kedah, para perwakilan beramai-ramai menyahut 'ada'.
Sementara itu, Najib ketika berucap menggesa UMNO Kedah tidak terlalu bersikap selesa dengan kemenangan dicapai dalam PRU-13 lalu, kerana kemenangan dicapai di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) rata-ratanya masih kecil majoritinya.
Justeru, beliau menggesa UMNO Kedah meneliti kepada faktor penolak dan penarik dalam menganalisis keputusan PRU-13 lalu sebagai panduan untuk memastikan bukan saja kemenangan parti dalam PRU-14 dikekalkan, tetapi dapat dipertingkatkan jumlah majoritinya.
Dalam PRU-13 lalu, BN Kedah menang di 10 daripada 15 kerusi Parlimen, manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, BN menang 21 daripada 36 kerusi.
Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, ketika berucap menggesa semua perwakilan mengutamakan aspek kesepakatan yang menjadi teras utama kepada kejayaan parti mengambil alih semula pentadbiran negeri daripada PAS Kedah dalam PRU-13 lalu.

Pyongyang lancar ujian peluru berpandu


14 Mac 2015


SEOUL - KOREA . Korea Utara melancarkan tujuh ujian peluru berpandu ke dalam laut di perairan pantai timur negara itu, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, semalam.

Difahamkan, ujian tersebut adalah tindak balas Pyongyang terhadap latihan tahunan ketenteraan Amerika Syarikat dan Seoul yang dilihat sebagai latihan untuk serangan.

"Kami melihat ini sebagai tindakan kekerasan seterusnya dari Korea Utara berkaitan latihan itu," katanya.

Tujuh ujian peluru berpandu berkenaan dilancarkan sekitar pukul 6 hingga 7 petang (waktu tempatan), kelmarin. - AFP

White House sokong bebaskan Anwar


White House
KUALA LUMPUR - White House semalam mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung petisyen 'Bebaskan Anwar' yang diwujudkan dalam web We The People milik negara Uncle Sam itu.

“Amerika Syarikat sangat kecewa dengan keputusan mahkamah berkaitan Anwar yang pada mulanya didapati tidak bersalah namun keputusan bertukar sebaliknya selepas kerajaan Malaysia mengemukakan rayuan.

“Kami telah menjelaskan berkenaan perkara ini melalui kenyataan kepada kerajaan Malaysia dan kami akan terus berbuat demikian,” kata kenyataan itu.

Setakat semalam, petisyen itu telah mengumpul 113,830 tandatangan, melebihi 100,000 tandatangan pada awal dimuat naik ke laman web We The People selepas Anwar dihukum lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Washington berkata, keputusan akhir Anwar yang berbeza dengan keputusan awal telah membangkitkan kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia.

Menurutnya, kebimbangan itu ditambah lagi dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan dan memperluaskan lagi penguatkuasaan Akta Hasutan.

“Amerika Syarikat dan Malaysia telah membina satu hubungan yang baik dan kami akan kekal komited untuk memperluaskan kerjasama kami melibatkan cabaran ekonomi dan keselamatan negara berdasarkan kepentingan di Asia dan di seluruh dunia.

“Pada masa sama, kita akan terus mendesak kerajaan Malaysia untuk melaksanakan undang-undang secara adil dan telus bagi meyakinkan Malaysia mengamalkan demokrasi, keadilan dan juga ekonomi," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu berkata, sejarah telah membuktikan mana-mana negara yang menekankan hak asasi manusia terhadap rakyatnya, tanpa memikirkan kecenderungan politik, etnik, bangsa, agama ataupun orientasi seks, adalah lebih harmoni dan juga stabil.

Petisyen ‘Bebaskan Anwar’  dimulakan oleh bekas Duta AS di Kuala Lumpur, John Mallot pada 10 Februari lalu, iaitu hari sama keputusan kes liwat Anwar diumumkan Mahkamah Persekutuan.

Pada Isnin lalu, kerajaan Amerika Syarikat mengakui membuat kesilapan apabila membuang petisyen menuntut pembebasan ketua pembangkang itu daripada laman web White House.

Menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur, petisyen yang mahu dibuang sebenarnya adalah petisyen yang menuntut AS menghormati kedaulatan Malaysia, selepas pemeriksaan  mengesan penipuan dilakukan White House mendapati tandatangan yang menyokong petisyen kedua itu mempunyai ‘kejanggalan’.

Kelantan Mahu Masukkan 14 Persoalan Dalam Perbicaraan Saman Royalti Minyak


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 8:06 PM
- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memasukkan 14 persoalan dan isu undang-undang dalam pendengaran samannya terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang didakwa melanggar kontrak berhubung royalti minyak.

Antara persoalan berkenaan ialah hak yang dimiliki kerajaan Kelantan terhadap petroleum di kawasan daratan dan luar pantai Kelantan sebelum Akta Pembangunan Petroleum 1974 dikuatkuasakan pada 1 Okt 1974 serta  pelaksanaan Perjanjian Kelantan dan Geran Kelantan pada 9 Mei 1975.

Isu lain ialah sama ada dengan keengganannya menjelaskan bayaran secara tunai kepada Kelantan bagi petroleum yang didapatkan dan diperoleh di luar pesisir Kelantan tanpa membayarnya, Petronas melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub menetapkan 10 April sebagai tarikh bagi memberi keputusan mengenai permohonan kerajaan Kelantan kerana beliau memerlukan masa untuk meneliti hujah peguam Tommy Thomas yang mewakili Kerajaan Kelantan.

Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas manakala peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Kerajaan Malaysia.

Petronas dan Kerajaan Malaysia mengemukakan enam persoalan dan isu undang-undang, yang akan didengar mahkamah pada perbicaran yang akan ditetapkan kemudian.

Rosnaini meminta pihak terbabit supaya membincangkan tarikh pendengaran itu dan mencadangkannya kepada mahkamah pada hari berkenaan (10 April).

Pada 2 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan supaya saman itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memutuskan mengenai persoalan undang-undang, tanpa perbicaran penuh mengikut Perintah 14A Peraturan-peraturan Mahkamah 2012.

Dalam keputusannya, panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata tidak ada pertikaian terhadap fakta yang memerlukan mahkamah memanggil saksi untuk memberi keterangan.

Mahkamah tertinggi itu memberi keputusan itu setelah menolak rayuan Kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 April 2012, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan agar saman sivil itu hanya diputuskan berdasarkan persoalan undang-undang.

Pada 30 Ogos 2010, Kerajaan Kelantan memfailkan saman itu terhadap Petronas, dengan menuntut Petronas menjelaskan bayaran tertunggak dan bayaran tunai hadapan bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti terkandung dalam perjanjian cari gali petroleum antara mereka.

Dalam kenyataan tuntutannya, Kerajaan Kelantan juga menuntut pampasan dan kos.

Bagaimanapun, ia tidak menyebut jumlah yang dituntut daripada Petronas.

Dalam saman itu, Kerajaan Kelantan berkata Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 dengan jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar secara tunai hasil minyak sebanyak lima peratus, sama ada bagi hasil cari gali di daratan atau luar pantau.

Satu fasal dalam perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran perlu dibuat dalam bentuk tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac dan pada atau sebelum 1 September.

Kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai satu-satunya defendan.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan berjaya dalam permohonannya sebagai pencelah untuk dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman itu.

MacBook terbaru Apple mungkin kurang sambutan


MacBook terbaru Apple mungkin kurang sambutan
MacBook terbaru keluaran Apple - Foto Reuters
SYARIKAT komputer gergasi dunia, Apple baru- baru ini telah melancarkan MacBook terbaru yang lebih nipis dan ringan.

Ming Chi-Kuo dari KGI Securities meramalkan bahawa produk terbaru Apple tersebut hanya akan berjaya menjual 450,000 unit pada separuh pertama tahun ini.

"Walaupun ia kedengaran agak banyak, namun jika dilihat dari prestasi yang ditunjukkan syarikat itu dalam menjual berjuta-juta Mac setiap tahun ia adalah suatu jumlah yang sedikit," katanya dipetik Business Insider.

Menurutnya lagi, pelanggan kemungkinan enggan membeli keluaran terbaru ini kerana ia hanya dilengkapi satu port yang berfungsi sebagai USB, HDMI, VGA, Display Port, tempat pengecas.

“Bagaimanapun anda perlu mendapatkan penyesuai untuk mendapatkan menggunakan semua fungsi itu dalam satu masa,” katanya.

Selain itu, antara faktor lain ialah harga yang terlalu tinggi iaitu kira-kira RM4,795 iaitu jauh lebih mahal daripada MacBook Air.

"Faktor-faktor ini mungkin akan mempengaruhi belian terhadap produk ini, walaupun ia mungkin berubah pada masa hadapan," kata Steve Kovach yang juga dari KGI Securities.

Contohnya, semasa pelacaran MacBook Air's yang diperkenalkan pada tahun 2008, pada mulanya ia  diramal tidak akan mendapat sambutan kerana harganya yang tinggi mahal dari MacBook Pro, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia berkembang menjadi salah satu daripada komputer riba terbaik.

Bekas teman wanita rasa diri hodoh, tak selamat


Bekas teman wanita rasa diri hodoh, tak selamat
Cristiano Ronaldo, Irina Shayk
"SAYA berasa hodoh dan tidak selamat bila berada di sampingnya", kata bekas teman wanita penyerang sensari, Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Menurut Irina Shayk yang juga model Rusia, Cristiano Ronaldo bukanlah manusia yang sempurna.

"Pada mulanya, saya fikir dia adalah lelaki yang sempurna, tetapi tidak... Saya berfikir seorang wanita berasa hodoh apabila dia mempunyai lelaki yang salah. Saya rasa hodoh dan tidak selamat bila bersama dengannya.

"Jika anda berada dalam hubungan, ia perlu menjadi baik.  Jika tidak, perpisahan adalah yang terbaik.

"Hubungan percintaan itu sukar, jadi seseorang itu mestilah jelas tentang jenis lelaki yang anda mahu berada disamping anda, nilai dan adakah ia penting dalam hidup anda ," katanya dipetik Goal.com

Menurutnya lagi, jika bercinta dengan seseorang, seseorang itu haruslah berjalan dalam arah yang sama dan melihat perkara yang sama. Kedua-dua mesti berkongsi konsep yang sama.

"Saya mahu orang yang setia dan jujur. Seorang lelaki yang tahu bagaimana untuk menghormati wanita. Saya tidak percaya dengan lelaki yang membuatkan kita jatuh dan tidak gembira kerana itu bukan tindakan seorang lelaki tetapi tindakan seorang kanak-kanak," katanya lagi.

Pasangan itu berpisah Januari lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.

chedet.cc pulih, artikel 'kontroversi' masih ada


chedet.cc pulih, artikel 'kontroversi' masih ada
Blog chedet.cc
BLOG chedet.cc yang tidak boleh diakses petang tadi sudah boleh dikunjungi malam ini.

Tinjauan Sinar Online ke blog tersebut sebentar tadi mendapati ia sudah boleh diakses dan artikel 'kontroversi' yang dikatakan menjadi 'punca' blog itu digantung masih dipaparkan.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, pengendali blog chedet.cc, Sufi Yusof berkata, blog berkenaan tidak boleh diakses siang tadi kerana sedang dalam proses pemulihan semula.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang melakukan ‘pembersihan yang diperlukan pada sistem komputer pelayan’.

“Kami mengesan aktiviti trafik yang luar biasa pada blog ini dan kini sedang melakukan apa yang patut untuk membetulkannya. Sejurus segalanya selesai, kami berharap blog ini akan kembali sedia dikunjungi seperti sediia kala,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sufi bagaimanapun berkata, pihaknya tidak merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara tersebut.

“Kami akan menguruskan hal ini sendiri terlebih dahulu,” ujarnya.

SKMM dilaporkan berkata, pihaknya tiada sebarang kaitan dengan blog yang disekat itu.

"Setakat yang diketahui, kita tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya. Saya cadangkan supaya anda periksa dengan pemilik blog tentang mengapa laman web itu tidak boleh diakses," ujar Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman.

Blog Dr Mahathir itu tidak dapat diakses kira-kira jam 2.30 petang tadi selepas memuatnaik artikel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Posting terbaru itu lantang mempertikaikan tentang hutang berbillion ringgit yang dibelanjakan oleh 1MDB.

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja.

"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta ringgit," tulis Dr Mahathir.

Mahkamah Jerman benarkan guru Islam pakai tudung


GURU wanita Islam di Jerman kini dibenarkan memakai tudung selepas Mahkamah Perlembagaan menarik balik larangan memakai tudung yang dibuat pada 2003.


BERLIN, Jerman – Mahkamah di sini membuat keputusan membenarkan guru wanita beragama Islam memakai tudung di dalam kelas selagi tidak menyebabkan gangguan di sekolah.
Keputusan itu dilihat boleh mencetuskan perdebatan dalam kalangan kumpulan nasionalis yang menyifatkan keputusan itu sebagai suatu proses Islamisasi.
Mahkamah Perlembagaan dalam keputusan itu menarik balik pengharaman tudung dalam kalangan guru-guru yang dibuat pada 2003.
Pengharaman itu menyebabkan guru-guru Islam dilarang memakai tudung di sekolah, namun membenarkan penggunaan simbol-simbol Kristian seperti salib dan biarawati.
Mahkamah di Karlsruhe itu membuat keputusan ke atas satu kes yang dibawa oleh seorang wanita Islam yang disekat daripada tugasnya sebagai guru kerana dia memakai tudung.
Dalam keputusannya, mahkamah menetapkan simbol keagamaan hanya boleh disekat apabila membawa risiko gangguan di sekolah dan larangan berkenaan tidak selari dengan perlembagaan negara.
“Ini merupakan hari yang terbaik untuk kebebasan beragama,” kata Volker Beck, seorang Ahli Parlimen daripada parti pembangkang, Greens.
Beck berkata, penutup kepala yang dipakai oleh wanita Islam, Yahudi atau Kristian bukan satu ancaman kepada masyarakat Jerman.
Bagaimanapun, akhbar harian Berlin, TAZ memberi amaran bahawa Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (Pegida) yang sebelum ini melakukan perhimpunan di Jerman akan meneruskan ke negara lain.
“Pegida akan meraikannya,” kata TAZ di ruangan muka depan yang disertai gambar tudung kepala berwarna-warni di tingkap kedai di Berlin.
Canselor Jerman, Angela Merkel telah menuduh Pegida menganjurkan penyebaran kebencian ke atas imigran. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3UJ5PsUsx 
Hakcipta terpelihara 

Disney umum penerbitan Frozen 2

Walt Disney mengumumkan penerbitan sekuel filem Frozen selepas
Walt Disney mengumumkan penerbitan sekuel filem Frozen selepas kejayaan dicatat filem pertamanya. – AGENSI
NEW YORK 13 Mac – Berikutan kejayaan dicatatkan filem animasi popular Frozen, firma Walt Disney Co. (Walt Disney) me­ngumumkan rancangan untuk menerbitkan se­kuel filem ber­kenaan, semalam.
Pengarah filem itu, Jennifer Lee dan Chris Buck dilapor sedang membuat persiapan awal bersama penerbitnya, Peter Del Vecho selepas filem tersebut meraih Anugerah Oscar baru-baru ini menerusi kategori Filem Animasi Terbaik.
Namun, tarikh tayangan serta butiran lain tidak didedahkan oleh Walt Disney.
Pengumuman penerbitan Frozen 2 itu dibuat oleh Ketua Pegawai Kreatif Walt Disney dan Pixar Animation Studios, John Lasseter bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Walt Disney, Bob Iger serta aktor, Josh Gad.
Filem Frozen berjaya meraih kutipan sebanyak AS$1.3 billion (RM3.6 bilion) di seluruh dunia, sekali gus menewaskan filem animasi klasik, The Lion King.
Terkenal dengan lagu Let It Go, filem itu turut memperoleh keuntungan daripada penjualan barang­an bertemakan Frozen.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/disney-umum-penerbitan-frozen-2-1.69140#sthash.kHQWTiJm.dpuf