Friday, July 11, 2014

Ok, jika Dr M hanya, kononnya, menolak hudud PAS dan tidak menolak hudud Islam; dalam erti kata lain, menerima hudud Islam; maka, dimanakah 'hudud Islam'nya tu...?

Demo Oleh Penduduk Kampung Selamat Berkaitan Kandang Babi, Say No To Pig







HEBAT !!! UNDANG-UNDANG RIMBA KERAJAAN BARISAN BERUK UMNO



JPJ akan mengkaji semula pemakaian cermat gelap.

Kereta KP JPJ ok.. Kereta rakyat tak boleh.. Ini namanya undang-undang kepalabana kerajaan umno! 

Haramjadah punya kerajaan barisan natang umno.. Kah..kah..kah

#LIKEjeneralYAKUZAogawa

-AP-
 

BERITA DARI NEGERI LAHIR NYA PERTUBUHAN KEBANGSAAN MENIPU MELAYU (UMNO)



Hidup melayu ! 

Hidup melayu ! 

Hidup melayu !

Dulu semasa krisis di perak, macai tuduh nizar jadi boneka DAP beri tanah pada cina. Sekarang berlaku di johor.. Apa komen macai keris terlanjang ?

Kalau berlaku di negeri dibawah pakatan rakyat, pasti kera-cadbury umno meroyan berdemo "pertahan hak melayu"

Kah..kah..kah..kah

Apa lagi ? Berdemo lah woit macam kera ! Kihkihkih

#umnoHAramJAdah

#LiKeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-

Mereka rompak kita dengan penuh perancangan...



Janji mereka jika menang tiada kenaikan harga barang & minyak, hanya pembohongan yang jelas.

Apa yang rakyat dapat mengundi umno/bn ? Dasarnya tetap korup & rakus. Sedarlah wahai rakyat... Kenapa lah disebabkan kebodohan segelintir rakyat (pencacai umno/bn) , kami yang turut serta menerima kesan nya...

#HaramJadahPunyaPencacaiUMNO

#LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-
 —

Berita panas !!! Pemandu bus rapidkl diberi surat tunjuk sebab kerana hanya memakai kopiah sewaktu berkerja ?



Lagi berita disini >>>> http://omakkau.blogspot.com/2014/07/seorang-pemandu-bas-rapid-diberi-surat.html

Surat tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada sahih atau tidak, tidak dapat dipastikan.. Mohon pihak berwajib memberi respon ~ 

#LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-
 

KETUA PEMUDA UMNO PERLIS LAGAK SAMSENG - MAJLIS PERBANDARAN KANGAR (MPK)



KETUA PEMUDA UMNO PERLIS DITAHAN POLIS

Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menumbuk muka seorang peniaga di bazar Ramadan Arau.

MPK bagaimanapun menafikannya.Menurut versi Syed Atif, tumbukan itu dilayangkan apabila peniaga yang kecewa barangnya diangkut bertempik menggelar penguatkuasa sebagai “kejam dan tidak bertimbang rasa”.

Penguatkuasa itu dikatakan datang ke bazar Ramadan pada Ahad untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak membayar sewa tapak.Selepas tumbukan itu, Syed Atif mendakwa, orang ramai yang marah kemudian melontar kenderaan MPK dengan tembikai.

Syed Atif berkata, beliau meminta pegawai MPK itu supaya menggunakan budi bicara kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dijadual melawat bazar itu.Dihubungi Malaysiakini hari ini, jurucakap MPK berkata, kejadian itu tidak pun berlaku.

“Pegawai kami tak ada menumbuk siapa-siapa."Dia buat tohmahan ini untuk tunjuk kuasa dia dan kejantanan dia sebagai ketua Pemuda Umno Perlis,” katanya.Menurut jurucakap yang enggan dinamakan itu, Syed Atif sebenarnya yang memulakan pertelingkahan itu.Jurucakap itu juga mendakwa pemimpin Umno itu sebenarnya cuba membuat provokasi dengan mengeluarkan tembikai itu daripada trak MPK.

Ekoran itu dakwanya orang ramai menendang trak sehingga menyebabkan kerosakan.Jurucakap itu juga menjelaskan, tindakan merampas barang-barang peniaga itu juga diambil setelah mengeluarkan amaran empat hari sebelum itu.

Berhubung lawatan Shahidan, jurucakap itu berkata, pegawai mereka tidak tahu bahawa bekas menteri besar itu akan datang.Akibat kejadian itu, Syed Ali ditahan apabila beliau pergi ke ibu pejabat polis daerah di Arau untuk kenyataannya dirakamkan.Beliau dituduh mengganggu tugas penjawat awam

ADMIN :

Admin pecaya pada pegawai penguatkuasa MPK tu. Mereka tidak akan sesuka hati menumbuk orang awam. sebaliknya pemuda umno perlis and the geng lah yang belagak samseng.

Nasib baik perkara ini berlaku dinegeri diperintah ketuanan umno, jika berlaku diselangor atau pulau pinang, tv3 dan media regime zionis umno akan melaporkan "perniaga melayu ditindas"

Isu ini akan jadi isu perkauman. Cina DAP tindas melayu. Melayu dihina. Melayu diperlekeh blaa blaa blaa.. nasib baik benda nih berlaku Di negeri ketuanan umno menipu.

Mana slogan malays help malays ? Kah kah kah kah

Hidupp umnooo hidupp meloyooo!!!! Kih3x

#LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-
 

ITU DIA ! KETUA PENDEKAR GAGAH BERANI MELOYO UMNO BERSUARA !!! HIDUPPPP UMNOOOO !



Kah..kah..kah

Malaysia dibawah kerajaan umno mengkritik tindakan tentera Israel yang melancarkan serangan bertalu talu Di gaza ! 

TAHNIAH !!! Tapi Berani di twetter saja !

Kah..kah..kah

Depan yahudi jilat cium tangan. Kenapa tidak sasarkan kritikan itu kepada PBB ? Marah israel konon...Kapal dagang israel diberi kebenaran berlabuh Di pelabuhan klang. Tidak ingatkah kita ?

1 malaysia telah ditipu ... baik punya wayang beb ! Kah3

#prayforGAZA

#LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-

HEBAT !!! PEMIMPIN UMNO PERTAHAN KHALID SEBAGAI MB SELANNGOR ?



hati hati !!! bila musuh sokong kita, pasti ada yang tak kena !!!

aku bukan nak bincang soal siapa yang layak memegang jawatan MB tu. cuma aku nak kerajaan negeri selangor pas/pkr/dap duduk semeja berbincang mengenai prestasi kerajaan negeri dibawah MB khalid. 

aku nak ingatkan kepada ahli politik dalam kerajaan negeri selangor, rajin menjenguk masalah rakyat dibawah. jangan terlalu leka berpolitikus sepanjang masa. jangan berfikir selangor simpanan kekal untuk pakatan rakyat.

tidak mustahil jika pertadbiran kerajaan selangor hanya bijak mengumpul kekayaan negeri, tetapi tidak pandai menjaga rakyat, selangor akan tewas pada pru akan datang.

pemimpin umno sudah nampak kelemahan ini... sila tumpukan pada kebajikan rakyat. jangan cakap tak serupa bikin..

#aku bukan kaki ampu pemimpin politikus.. siapa nak jadi pengampu silakan....

#LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-
 

Siapa tuh? MB siapa tu?



Kah..kah..kah..kah

Jangan leka sangat.. bantu rakyat dibawah nih.. tak guna MB pandai kumpul rizab negeri, tetapi bila rakyat pergi majlis (PBT) untuk minta baikpulih infrastructure jalan,longkang, dll, majlis kata peruntukan tak ada. 

Jadi CEO rakyat bukan seperti jadi CEO syarikat sendirian berhad. Masa untuk melakukan perubahan. Jangan nak berdegar degar ubah putrajaya, tetapi pertadbiran negeri pun berserabut.

Hidup umno! Hidup MBku cayang ... kah3

#LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages

-AP-
 

Sambutan Ramadhan di China. MasyaAllah.

Syabas Melayu Felda bakal berboskan India

Doa buat Shalwati


Kuala Lumpur: "Alhamdulillah dia (isteri) nampak sihat, tak sakit dan boleh berpuasa dengan baik. Gembira bila dapat tengok dia dan berbual selepas kali terakhir berjumpa ketika hukuman dijatuhkan.
"Dia juga sempat tinggalkan pesan kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh, jaga diri, doakan dia sihat dan dapat pulang ke Malaysia," kata Azizul Raheem Awalludin selepas bertemu isterinya Shalwati Norshal di penjara Hinseberg di Frovi, Sweden. 
Dalam pertemuan selama satu jam yang diaturkan kedutaan Malaysia di sana, mereka sempat bertanya khabar masing-masing dengan Azizul diiringi dua pegawai penjara yang turut sama dalam pertemuan itu. 

"Kami berbual pada jarak yang terhad. Namun itu sudah cukup kerana yang penting saya nampak dia sihat, emosi pun bagus.
Foto
AZIZUL tiba di tempat letak kereta penjara Hinseberg di Frovi, Sweden untuk bertemu isterinya sebelum pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Foto
AZIZUL berdiri di luar pintu pagar penjara ketika dia dibebaskan, baru-baru ini.

"Kes ini sudah selesi dan saya akan pulang bertemu anak-anak di tanah air. Doakan kami dapat menempuhinya dengan tabah dan dipermudahkan segalanya," katanya menerusi panggilan telefon kepada Harian Metro.

Azizul dibebaskan daripada penjara di Sweden kelmarin selepas menjalani hukuman atas kesalahan memukul empat orang anaknya.

Bagaimanapun, Shalwati hanya akan dibebaskan September ini atas kesalahan sama. 

Pada 28 Mac lalu, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm di Sweden menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap Shalwati bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka. 

Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia hasil kerjasama Wisma Putra dan pihak berkuasa Sweden.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

Selangor kaji sampel tulang


2014/07/10

Ladang ternakan ikan di Batu Arang, Kuang dipantau

Shah Alam: Tulang dipercayai dari haiwan yang ditemui di dua ladang ternakan ikan keli dan patin tidak berdaftar di negeri ini, masing-masing di Batu Arang dan Kuang, sudah dihantar untuk ujian makmal.

Pengarah Perikanan Selangor, Mohd Sufian Sulaiman, berkata tulang terbabit ditemui pihaknya selepas menjalankan pemeriksaan di sekitar dua lokasi itu, kelmarin.

“Kami jumpa tulang, tapi perlu jalankan kajian untuk memastikan ia tulang haiwan apa. Pada masa ini, kami sedang menunggu keputusan ujian DNA terhadap tulang yang ditemui itu.


Beri amaran

“Kami juga sudah memberi amaran kepada penternak supaya tidak melakukan kesalahan dan sekiranya amaran tidak diendahkan, tindakan tegas akan diambil termasuk menyita ladang mereka,” katanya kepada BH, semalam.

Mohd Sufian berkata, di Selangor, terdapat lebih 10,000 kolam ternakan ikan yang berdaftar dan pihaknya akan terus membuat pemantauan ke atas semua kolam terbabit dengan lebih terperinci bagi memastikan ternakan yang diberi makan bangkai babi, tidak dijual kepada umum.
“Kami juga sedang mengenalpasti semula kolam ternakan yang ada di Selangor termasuk yang tidak berdaftar dan akan membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, penternak perlu mematuhi Akta Makanan 1983, yang bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan menggunakan makanan serta perkara yang berkaitan dengannya demi memastikan hasil ternakan tiada unsur babi.

Pantau generasi muda sertai jihad


2014/07/10

Putrajaya: Generasi muda negara ini yang mahu bersama kumpulan militan, kononnya untuk ‘berjihad’ di negara Islam bergolak, perlu diyakinkan bahawa keputusan mereka itu bukan langkah terbaik.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata golongan itu perlu diyakinkan bahawa keputusan menyertai perjuangan militan bukan caranya untuk meneruskan pemahaman yang mereka ada mengenai Islam.

“Pergi berperang atau jihad bukan satu penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peserta Program Felo Perdana (PFP) kepada Menteri-Menteri Kabinet, di sini, semalam.

Ditanya punca yang mungkin menarik minat golongan tertentu menyertai kumpulan terbabit, Khairy berkata, kebanyakan mereka melihat jihad sebagai cara menyumbang kepada Islam.


Memperkasa ekonomi

“Justeru, kita perlu memberitahu mereka bahawa ada pelbagai lagi cara untuk memberi sumbangan kepada Islam, termasuk menerusi pendidikan atau memperkasa ekonomi, yang mana adalah lebih penting.
“Jihad tidak sepatutnya dilihat hanya terbabit dalam keganasan atau peperangan, sebaliknya lebih kepada jihad dalam memperkasa ekonomi, pendidikan dan pembinaan keupayaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan terhadap kegiatan kumpulan tertentu yang cuba merekrut anak muda negara menyertai pergerakan mereka.

“Ini adalah ancaman serius kerana kita sudah melihat beberapa rakyat kita menyertai pergerakan seumpama ini termasuk bersama kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL). Kita sentiasa berwaspada dengan usaha pihak tertentu cuba merekrut anak muda Malaysia menyertai gerakan radikal,” katanya.

Romario mahu Ketua Gabungan Bola Sepak Brazil dipenjarakan



Romario


BRASILIA - Legenda bola sepak Brazil, Romario yang kini merupakan seorang wakil rakyat kelmarin menyatakan, Ketua Gabungan Bola Sepak Brazil (CBF), Jose Maria perlu dipenjarakan selepas Jerman menewaskan skuad negara ini dengan keputusan 7-1.
Menurutnya, timbalan Maria, Marco Polo del Nero yang sepatutnya mengambil alih jawatan Ketua CBF juga perlu dipenjarakan ekoran kekalahan memalukan itu,
Sehari sebelum perlawanan peringkat separuh akhir tersebut berlangsung, legenda bola sepak itu menyatakan, CBF dijangkiti rasuah kerana kelab-kelab gabungannya telah memilih pemimpin yang sama sejak bertahun-tahun lalu.
"Prestasi bola sepak kita telah merosot sejak bertahun-tahun lalu. Ia disebabkan para pemimpin yang tidak mempunyai bakat (untuk mentadbir badan bola sepak)," kata- nya.
"Mereka (para pemimpin bola sepak Brazil) tinggal di dalam bilik korporat yang mewah dan menikmati jutaan dolar wang yang masuk ke dalam akaun mereka," kata- nya yang pernah mewakili skuad bola sepak Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994.
Bekas penyerang Brazil itu menyatakan, para pemain dan jurulatih tidak boleh diper- salahkan berhubung kemerosotan prestasi skuad negara itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz376r3iCsj 
Hakcipta terpelihara 

Video pemuda mengaji dalam penjara disiasat


KUALA LUMPUR 10 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen sedang menyiasat rakaman video yang memaparkan seorang pemuda sedang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran dipercayai dari dalam lokap atau penjara.
Difahamkan, siasatan berkenaan untuk menentukan sama ada video berkenaan dirakam di Malaysia atau di luar negara.
Setakat ini, kedua-dua agensi berkenaan juga dikatakan sedang menyemak rekod orang kena tahan bagi mengenal pasti identiti sebenar pemuda dalam rakaman video tersebut.
Menerusi rakaman amatur berdurasi 2 minit 29 saat itu, pemuda yang tidak memakai baju dan hanya berseluar berwarna jingga (dipercayai pakaian lokap) membaca beberapa potong ayat al-Quran sambil dirakam oleh seseorang.
Rakaman itu dikatakan dibuat di dalam penjara berdasarkan beberapa tirai besi yang dapat dilihat dalam video terbabit.
Video berkenaan menjadi viral di laman-laman sosial seperti Facebook ekoran ramai yang memuji kelunakan suara pemuda berkenaan.
Ada antara pengguna Facebook mendakwa, pemuda itu berasal dari Myanmar dan belajar di sebuah pusat pengajian Islam, Miftahul Ulum yang terletak di Sri Petaling.
Dia kemudian didakwa telah ditahan kerana tinggal lebih masa di Malaysia.
Ekoran ‘penahan’ itu, ramai pihak dikesan cuba menghentam pihak berkuasa khususnya polis kerana beranggapan pemuda yang mampu mengalunkan ayat al-Quran tidak sepatutnya dipenjara.
Sementara itu, jurucakap Miftahul Ulum ketika dihubungi Utusan Malaysia mendakwa, pihaknya tidak dapat mengenal pasti identiti pelajar terbabit dan tiada bukti kukuh yang mendakwa lelaki itu merupakan pelajar pusat pengajian Islam itu.
"Berdasarkan rakaman dan wajah pemuda itu, kami tidak kenal dan tidak pernah melihat pemuda itu belajar di sini. Namun begitu, kami sedang menyemak tentang profil pelajar kami ekoran dakwaan yang mengaitkan madrasah kami.
"Ingin kami tegaskan, setiap pelajar asing di Miftahul Ulum mempunyai dokumen perjalanan yang sah kerana kami mempunyai pegawai yang akan memeriksa dan menguruskan perkara itu. Walaupun benar dakwaan itu, pihak berkenaan silalah datang berjumpa kami bagi mengelakkan perkara lain timbul," katanya.
Katanya, Miftahul Ulum ketika ini mempunyai 330 pelajar di situ namun masjid di pusat pengajian tersebut sering dikunjungi ribuan pendakwah pelbagai negara untuk berdakwah dan menumpang rehat setiap hujung minggu.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat berkata, pihaknya sedang menyiasat kewujudan video itu dan perkembangan lanjut akan dikongsi kepada orang ramai nanti.
"Secara umumnya, setiap penahanan yang dilakukan Jabatan Imigresen adalah berdasarkan undang-undang dan penahanan mengikut Akta Imigresen tidak mengira agama, pangkat atau kebolehan seseorang.
"Saya nasihati jangan sensasikan sebab melihat rakaman orang di dalam penjara, semak dahulu dan ketahui tentang perkara sebenar. Penguat kuasa tidak menahan seseorang tanpa melibatkan kesalahan," katanya.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah memberitahu, tiada penahanan yang menyamai individu dalam video berkenaan.
"Saya telah mengarahkan balai khususnya di Sri Petaling untuk membuat semakan dan setakat tiada yang menyerupai dia. Semakan sama turut dibuat di sekitar balai di ibu negara," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140711/je_07/Video-pemuda-mengaji-dalam-penjara-disiasat#ixzz376pFDK6S
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Fitnah: TV3 diperintah bayar ganti rugi RM80,000


PUTRAJAYA 10 Julai - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), dan empat yang lain membayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul dan suaminya, berhubung tuntutan saman kerana menyiarkan gambaran visual bersifat fitnah dalam rancangan Melodi pada 2011.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan demikian selepas membenarkan sebahagian rayuan perayu-perayu terhadap jumlah ganti rugi.
Kuorum berkenaan mengurangkannya daripada jumlah RM250,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 21 Disember 2013.
Panel itu bagaimanapun menolak rayuan kelima-limanya terhadap liabiliti.
Mahkamah Tinggi membenarkan saman Nurul atau Nurullah Zawawi, 32, dan suaminya Mohd. Munzil Muhamad, 31, yang dikemukakan terhadap TV3; penerbit rancangan Melodi, Azman Abd Ghafar; wartawannya Michelle Wee Lili; syarikat Alt Media Sdn. Bhd., dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.
Mahkamah juga memutuskan kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing dalam kes saman itu.
Pada 5 September 2011, Nurul dan suaminya memfailkan saman terhadap kesemua defendan selepas rancangan Melodi pada 26 Jun 2011, menyiarkan kenyataan berhubung isu perkahwinan mereka yang didakwa berunsur fitnah berserta gambar visual yang merujuk kepada pasangan itu.
Mereka juga mendakwa perkataan serta gambar visual yang disiarkan dalam rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun berpuas hati bahawa perkahwinan Nurul dan suaminya adalah sah mengikut perintah Mahkamah Syariah Hulu Langat yang mengesahkan pernikahan pasangan itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140711/ma_01/Fitnah-TV3-diperintah-bayar-ganti-rugi-RM80000#ixzz376nmk9CM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Data telefon bimbit boleh diakses semula


DATA dalam telefon menggunakan sistem pemprosesan Android masih boleh diakses kembali walaupun sebelum ini ia telah dipadam.
LONDON 10 Julai - Satu kajian mendapati data termasuk gambar, mesej teks, e-mel telefon yang menggunakan sistem pemprosesan Android masih boleh diperolehi semula walaupun ia telah dipadam.
Sebuah firma keselamatan internet di Prague, Avast Software mendedahkan perkara itu selepas membeli 20 telefon terpakai di laman web jualan eBay dan berjaya mendapatkan semula data dalam telefon-telefon berkenaan.
Avast yang menggunakan program yang sedia ada di pasaran termasuk program pengimejan, FTK Imager dan program pengurusan aplikasi, SuperSU mendapati mereka boleh mengakses data pemilik asal telefon tersebut yang menggunakan perkhidmatan padam semua data atau ‘factory reset’ yang ada di dalam telefon itu.
Presiden Mudah Alih firma tersebut, Jude McColgan berkata, mereka boleh mendapatkan semula puluhan ribu gambar, emel, mesej teks dan pelbagai perkara lagi daripada telefon tersebut.
"Dalam satu contoh, kami berjaya mendapatkan mesej yang dipadamkan daripada satu perbualan di laman web Facebook dalam sebuah telefon HTC Sensation.
"Kami menemui semula semuanya termasuk borang pinjaman bank yang telah diisi, selain 250 gambar selfie," katanya.
Penemuan tersebut mendedahkan bahawa pelbagai data peribadi boleh diperolehi semula daripada sejumlah kecil telefon terpakai dan mencadangkan pemilik telefon mengambil tindakan lebih berhati-hati jika merancang menjual telefon mereka bagi menghalang data peribadi mereka diakses oleh orang lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_15/Data-telefon-bimbit-boleh-diakses-semula#ixzz376n7qP4h
© Utusan Melayu (M) Bhd