Friday, September 5, 2014

Debat Abu Hanifah Dengan Ilmuan Kafir

http://detikislam.blogspot.com/2014/04/debat-abu-hanifah-dengan-ilmuan-kafir.html

Terdapat seorang ilmuwan besar yang sangat terkenal. Sayangnya, ilmuwan berbangsa Rom ini adalah seorang atheis dan menolak mentah-mentah kewujudan Tuhan. Ketika itu,para ulama hanya berdiam diri dan tidak berusaha untuk menyedarkan si ilmuwan tersebut. Tentu sahaja tidak semua ulama yang berdiam diri, masih ada yang peduli dengan keadaan itu. Hal ini boleh mendatangkan bahaya jika membiarkan ilmuwan mempengaruhi akidah umat. Ulama yang dimaksudkan adalah guru Abu Hanifah yang bernama Hammad.

Pada suatu hari, orang ramai sudah berkumpul di sebuah masjid. Si ilmuwan naik ke mimbar dan menentang sesiapa sahaja yang mahu berdebat dengannya. Ada maksud tersembunyi di sebalik tentangan itu. Sesungguhnya,dia bermaksud menjatuhkan para ulama dengan perdebatan-perdebatan yang rasional.

Si ilmuwan semakin bongkak, apalagi setelah tentangannya tidak bersambut. Dia menyangka semua ulama itu pengecut sehingga tidak ada seorang pun yang berani menyambut tentangannya. Hal ini semakin diperkuat dengan suasana di dalam masjid yang tiba-tiba menjadi hening. Beberapa orang saling berpandangan, ada pula yang mengarahkan pandangan ke deretan paling hadapan di tempat duduk beberapa ulama.

Dari kebanyakan hadirin, ada seorang pemuda yang merasa meluat melihat kesombongan si saintis. Namun, dia berusaha menahan diri, barangkali ada ulama senior yang berani tampil menghadapi tentangan itu.

Sang pemuda menunggu lama. Setelah yakin tidak ada yang mahu tampil ke hadapan, barulah dia berdiri dan melangkah menuju ke mimbar.

"Saya Abu Hanifah, bersedia untuk berdebat denganmu, "kata sang pemuda sambil memperkenalkan diri.

Semua mata hadirin tertuju ke arah Abu Hanifah. Mereka merasa hairan melihat keberanian sang pemuda. Beberapa orang memberikan tabik kagum kepada Abu Hanifah, manakala si saintis sendiri merasa hairan melihat keberanian Abu Hanifah.Akan tetapi, kebanyakan hadirin bersikap sinis terhadap Abu Hanifah dan merendah-rendahkan kemampuannya. Ada pula yang mempersoalkan motif Abu Hanifah tampil ke depan. Apakah sekadar hanya menonjolkan diri atau mencari populariti?

Wajah Abu Hanifah tetap tenang. Beliau tidak terpengaruh oleh pelbagai bisikan yang ada, termasuk bernada sinis sekalipun. Sikap Abu Hanifah sangat rendah hati.Tanpa membuang masa,Abu Hanifah memulakan bicara.

"Silakan Tuan yang memulakan persoalan,"ujar Abu Hanifah memprsilakan ilmuwan itu dengan sopan.

"Baiklah, soalan pertama. Pada tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?"tanya ilmuwan kafir.

"Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan, "jawab Abu Hanifah.

"Hmm, masuk akal jika dikatakan Tuhan mu tidak melahirkan dan tidak pula di lahirkan.Lalu, pada tahun berapa Dia ada?"

"Dia ada sebelum segala sesuatu ada," tegas Abu Hanifah.

"Boleh berikan contoh yang konkrit mengenai hal ini?"

"Tuan tahu tentang perhitungan?" Abu Hanifah kembali bertanya.

"Ya, saya tahu."

"Apakah nombor sebelum nombor satu?"

"Ada Akan," jawab ilmuwan kafir.

"Tidak ada angka lain yang mendahului angka satu. Lalu mengapakah tuan hairan bahawa sebelum Allah itu tidak ada sesuatu pun yang mendahului-Nya?"

"Baiklah. Sekarang, di manakah Tuhan mu berada? Sesuatu yang wujud pasti memerlukan tempat, bukan?" lanjut si ilmuwan.

"Tuan tahu bentuk susu?" Tanya Abu Hanifah.

"Ya, saya tahu," jawab si saintis.

"Apakah di dalam susu terdapat keju?"

"Ya, sudah tentu."

"Kalau begitu, cuba tunjukkan di mana tempat keju itu sekarang?"

"Jelas tidak ada tempat yang khusus. Keju itu bercampur dengan susu di seluruh bahagiannya."jawab si ilmuwan dengan bersemangat.

"Sekarang, keju sahaja tidak mempunyai tempat yang khusus di dalam susu. Tuan tidak sepatutnya meminta saya untuk menunjukkan tempat di mana Allah berada."

"Tolong jelaskan zat Tuhan mu. Apakah wujud-Nya itu benda seperti batu, benda cair seperti susu ataukah seperti gas?"

"Tuan pernah mendampingi orang sakit yang akan meninggal dunia?"

"Pernah."

"Awalnya, bukankah orang sakit itu dapat berkata-kata dan dapat menggerakkan anggota badannya?"

"Ya, memang begitulah keadaannya."

"Tetapi, kenapa tiba-tiba orang sakit itu diam tidak bergerak? Apa yang menyebabkan hal itu?"

"Itu kerana roh orang tersebut telah terpisah dari tubuhnya."

"Sewaktu roh itu keluar, apakah tuan masih berada di sana?"

"Saya masih berada di sana."

"Cuba jelaskan, apakah roh orang tersebut adalah sesuatu benda yang padat, cair atau gas?"

"Wah,kalau soalan itu saya tidak tahu jawapannya."

"Tuan sendiri tidak dapat menerangkan bentuk roh, apalagi saya harus menerangkan Zat Allah yang menciptakan roh."

"Lazimnya, sesuatu itu mempunyai arah. Ke manakah Tuhan mu menghadapkan wajah-Nya sekarang?"tanya si ilmuwan lagi.

"Apabila tuan menyalakan lampu, ke arah manakah cahaya lampu itu menghadap?"

"Cahanya menghadap kesemua arah."

"Lampu yang buatan manusia sahaja seperti itu. Apalagi dengan Allah Sang Pencipta alam semesta. Allah adalah cahaya langit dan bumi."

"Ada awal dan ada akhir. Seseorang masuk syurga itu ada awalnya, tetapi kenapa tidak ada akhirnya? Mengapa syurga dan para penghuninya kekal abadi?"kata si ilmuwa melanjutkan pertanyaannya.

"Untuk hal itu, Tuan boleh membandingkannya dengan perhitungan angka. Angka itu ada awalnya tidak ada akhirnya."

"Jadi,bagaimana pula para penghuni syurga itu makan dan minum tanpa buang hajat?"

"Ini pernah tuan alami sewaktu di dalam rahim ibu. Selama sembilan bulan tuan makan dan minum tanpa pernah buang hajat. Tuan membuang air besar dan air kecil beberapa saat setelah di lahirkan di dunia."

"Tolong jelaskan, bagaimana kenikmatan syurga itu boleh terus bertambah tanpa ada habisnya!"

"Ada banyak perkara yang seperti itu di dunia. Misalnya, ilmu. Ilmu tidak akan habis atau berkurangan ketika dimanfaatkan, malah semakin bertambah."

"Jika segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, lalu apakah pekerjaan Tuhan mu sekarang?"

"Sejak tadi tuan menjawab soalan-soalan saya dari atas mimbar, sedangkan saya hanya menjawab dari atas lantai masjid ini. Kali ini untuk menjawab soalan Tuan, saya mohon tuan turun dari mimbar. Saya akan menjawab soalan tuan tadi di mimbar."

Kemudian, si ilmuwan turun dari mimbar sementara Abu Hanifah naik ke mimbar.

"Saudara-saudara, dari atas mimbar ini saya akan menjawab pertanyaan tadi. Boleh tuan ulangi pertanyaan tadi?"tutur Abu Hanifah setelah berada di atas mimbar masjid.

"Apakah pekerjaan Tuhan mu sekarang?" Kata si ilmuwan menyebut intipati pertanyaannya.

"Pekerjaan Allah tentu sahaja ada perkejaan dari pekerjaan makhluk. Ada pekerjaan-Nya yang dapat dijelaskan, dan ada pula yang tidak dapat dijelaskan. Pekerjaan Allah sekarang adalah menurunkan orang kafir seperti tuan dari atas mimbar, kemudian menaikkan seorang Mukmin ke atasnya. Seperti itulah gambaran pekerjaan Allah setiap waktu."

Akhirnya,hadirin yang ada di dalam masjid merasa puas dengan jawapan-jawapan Abu Hanifah. Jelas,mudah,tegas,dan mudah difahami,bahkan oleh orang awam sekalipun.

Yahudi Marah Melihat Karya Seni Ini

http://detikislam.blogspot.com/2014/04/yahudi-marah-melihat-karya-seni-ini.html


Ada Seorang yahudi Tidak Suka melihat "seni" Jogja, Lalu Seorang nasrani bertanya:

"Kenapa Anda Tidak Suka .. ?? Padahal nasrani dan yahudi lenang di posisi Yang Paling Tinggi?

Orang Yahudi pun ITU menjawab:

"Kalau Umat Islam ITU Bangkit, Pasti Kita semua Akan JATUH"

Kamu all faham tak? Janji Allah ITU Benar !!!

Kredit: Lieutenantt J. O'c

* Sumber Masjid Suatuperjalananmaya.com

Akhir Zaman Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah


http://detikislam.blogspot.com/2014/04/akhir-zaman-penduduk-mekkah-akan.html

Golongan Mengerjakan Ibadat Haji
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda

Kelak apabila akhir zaman terdapat empat golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 

1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’, 
2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 
3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 
4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah
Dari Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda

Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya
(Hadis Riwayat Ahmad)

Umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi Dan Nasrani

http://detikislam.blogspot.com/2014/04/umat-islam-mengikuti-langkah-yahudi-dan.html

Umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi Dan Nasrani
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.

Sahabat bertanya,
Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?

Nabi SAW menjawab,
Siapa lagi kalau bukan mereka.
(Hadis Riwayat Muslim)

Penyakit Umat-umat Terdahulu
Dari Abu Hurairah r.a., RasuIullah SAW bersabda:

Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.
Sahabat bertanya,
Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?

Nabi SAW menjawab,
Penyakit-penyakit itu ialah

1-terlalu banyak seronok,
2-terlalu mewah,
3-menghimpun harta sebanyak mungkin,
4-tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
5-saling memarahi,
6-hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim.
(Hadis Riwayat al-Hakim)

Akhir Zaman: Ketiadaan Imam Untuk Solat Berjemaah

http://detikislam.blogspot.com/2014/04/akhir-zaman-ketiadaan-imam-untuk-solat.html


Ketiadaan Imam Untuk Solat Berjemaah
Dari Salamah binti al-Hurr r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan solat berjamaah kerana tidak ada seseorang yang layak menjadi imam
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Ulama Tidak Dipedulikan
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang amanah sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tiga golongan yang tidak risau tentang pengiraan amalan dan tidak akan merasai takut dengan suasana huru-hara di Akhirat kelak

http://forums.ozkorallah.com/imgcache/7282.png
Tiga golongan yang tidak risau tentang pengiraan amalan dan tidak akan merasai takut dengan suasana huru-hara di Akhirat kelak kerana mereka dilindungi oleh Allah SWT dan mereka ditempatkan di Bukit Kasturi, mereka adalah :

1- Seorang mengimamkan suatu kaum dalam solat dan kaumnya redha kepadanya.

2- Seorang yang melaungkan azan lima waktu dengan Ikhlas dan hanya mengharap Balasan serta Keredhaan daripada Allah SWT.

3- Seorang yang Taat kepada Allah SWT dan Taat kepada majikannya.

Kitab Tanbihul Ghafilin, Walid 1 & 2. M / S: 419.

* Sumber dari mengkarak.blogspot.com

Kisah Ulama Jahat


TAFSIR AYAT 175 HINGGA 177 SURAH AL A’RAAF

175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
177 Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

KISAH DARI AYAT

Nabi Muhammad SAW diperintahkan Allah menceritakan kisah seorang Ulama 'yang juga Wali Allah bernama Bal'am ibnu Ba'ura dari kalangan Bani Israel yang hidup di zaman Nabi Musa aliahissalam yang sangat mustajab doanya.

Dia termasuk salah seorang yang diberi ilmu tentang Ismul A'zham (Nama Allah Yang Paling Agung). Setiap kali menyampaikan kuliah, seramai 12 ribu ulama 'menimba ilmu agama darinya.

Menurut ulama tafsir yang diambil dari 'Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu' Abbas radhiyallahu 'anhuma, beliau mengisahkan :,
Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam datang ke Kan’aan bersama para pengikutnya, para kerabat dan sepupu Bal’am datang menemui Bal’am lalu berkata: “Musa itu orang yang tiada tolak ansur dan mempunyai pasukan yang besar. Kalau dia menang tentulah dia akan memusnahkan kita. Maka doakanlah kepada Allah agar Dia menjauhkan Musa beserta pasukannya.”
Kata Bal’am: “Sesungguhnya, jika aku berdoa kepada Allah agar menghalau Musa dan orang-orang yang bersamanya, tentulah dunia dan akhiratku hilang.”

Tapi mereka terus menerus memujuknya sehingga dia pun menuruti permintaan mereka. Dikisahkan, setiap kali dia mendoakan keburukan terhadap Nabi Musa dan pasukannya, maka doa itu menimpa Bal'am dan orang-orang yang memujuknya.Begitulah seterusnya, wallahu a'lam.

Menyedari hal itu, mereka pun menegurnya, mengapa dia mendoakan keburukan terhadap mereka?
"Begitulah, setiap aku mendoakan keburukan buat mereka (Musa dan pengikutnya) tidak dikabulkan doaku. Tapi aku akan tunjukkan kepada kamu satu perkara yang semoga saja dapat menjadi sebab kebinasaan mereka. Sesungguhnya Allah membenci perzinaan, dan kalau mereka jatuh dalam perbuatan zina, nescaya mereka pasti binasa, dan aku berharap Allah menghancurkan mereka. Maka keluarkanlah para wanita menemui mereka. Kerana mereka itu para musafir, mudah-mudahan mereka terjerumus dalam perzinaan lalu binasa. "

Setelah sebahagian besar mereka terjerumus dalam perbuatan zina, Allah Subhanahu wa Ta’ala kirimkan wabak tha’un sehingga menewaskan 70 ribu orang dari mereka.

Pendek cerita, Bal’am pun tersungkur di pintu syurga dek diperdaya oleh syaitan walaupun berilmu tinggi.

PERUMPAMAAN ULAMA’ JAHAT DENGAN ANJING

As suddi berkata bahawa ayat itu merujuk kepada Bal’am yang ‘menjelir lidahnya’ selepas kesesatan beliau sebagaimana menjelirnya anjing. Dan tafsiran perumpamaan ini di sisi kebanyakan ahli ilmu tafsir secara umumnya merujuk kepada setiap orang yang mengetahui al Qur’an tetapi tidak beramal dengannya. Sesetengah pendapat(lemah) merujuk kepada orang munafik. Pendapat yang pertama lebih benar.

Begitu juga pendapat Mujahid tentang ayat ini; “Begitulah keadaan sesiapa yang membaca al Qur’an tetapi tidak beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.” Sesetengah ulama pula menyebutkan bahawa ; “Inilah seburuk-buruk perumpamaan. Kerana sesungguhnya Allah menyamakan orang sebegitu yakni yang dikalahkan oleh hawa nafsunya sehingga ia tidak mampu mengawal dirinya daripada mendapat mudarat mahupun manfaat dengan seekor anjing yang sentiasa menjelir lidah.”

Allah membuat perumpamaan orang-orang yang mengambil ‘rasuah’ dalam agama dengan anjing yang sentiasa menjelir lidahnya. Betapa hinanya perlakuan mereka yang tahu ayat Allah tetapi sanggup menggadaikannya dengan mata benda dunia yang sedikit. Harta, pangkat, kedudukan dan wang ringgit yang mereka ambil daripada penguasa yang zalim tidak bernilai sedikitpun di sisi Allah. Mereka menjadi golongan yang hina sehina-hinanya kerana menyembunyikan kebenaran al Qur’an.

* Sumber Masjid ibnuabbas.wordpress.com

Adab dan Tertib Melaksanakan Azan Menurut Bagaimana pendapat Jumhur Ulama

http://detikislam.blogspot.com/2014/04/adab-dan-tertib-melaksanakan-azan.html

Menurut Bagaimana pendapat jumhur ulama ', Terdapat Beberapa adab dan tertib Dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:

1. mu'azzin hendaklah Tidak menerima upah apabila melaksanakan tugasnya.

2. mu'azzin Harus suci lagi daripada hadath Kecil, Besar hadath dan najis.

3. mu'azzin hendaklah menghadap qiblat dan dipulangkan mengumandangkan azan.

4. dan dipulangkan membaca "hayya` ala as-solat", mu'azzin hendaklah menghadapkan Muka dan dadanya ke sebelah Kanan dan dipulangkan membaca "Hayya 'ala al-Falah" menghadapkan Muka dan dadanya ke sebelah Kiri.

5. mu'azzin memasukkan doa anak jarinya ke Dalam kedua telinganya.

6 Suara mu'azzin hendaklah nyaring.

7. mu'azzin Tidak Boleh bercakap dan dipulangkan mengumandangkan azan.

8 orang-orang Yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara berpuak perlahan-lahan Dengan lafaz Yang diucapkan oleh Yang mu'azzin, kecuali Pada lafaz "hayya` ala as-solat" dan "Hayya 'ala al-Falah". Kedua-duanya disahut Dengan "la haula wala quwwata illa bi Allah" yang bermaksud "Dan tiada daya dan kekuatan kecuali lagi daripada Allah".

9 Setelah selesai azan, mu'azzin dan Yang mendengar azan hendaklah berdoa: "Allahumma Rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa as-salati al-qa'imah, ati Muhammadan al-Wasilah wa al-Fadhilah wab`athhu maqaman mahmudan allzi wa`adtah "yang bermaksud" wahai Allah, Yang Menguasai Siak Seruan Yang Sempurna Jogja dan solat Yang Sedang didirikan, berikanlah Penyengat Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan Serta kedudukan Yang terpuji YANG TELAH Engkau janjikan untuknya "(Riwayat Bukhari).

10 Panduan Membentuk Anak Soleh Dan Solehah

Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat pernah berkata, ”Sesungguhnya, setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci (fitrah, Islam). Namun, kerana kedua orang ibu bapa itulah, anak itu akan menjadi seorang yang beragama Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”


Membentuk Anak Soleh

Penjelasan ini menegaskan bahawa sesungguhnya setiap anak yang dilahirkan itu laksana sebuah kertas putih yang polos dan bersih. Ia tidak mempunyai dosa dan kesalahan serta keburukan yang boleh membuatkan kertas itu menjadi hitam.

Walau bagaimanapun, yang putih itu boleh menjadi kotor andai ibu bapa salah dalam mendidik anak. Berperangai buruk, tidak taat kepada kedua ibu bapa, dan ingkar terhadap suruhan Allah SWT.

Untuk mengetahui apakah tip-tip mendidik anak menurut kaca mata Islam, beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan.

1. Memilih calon isteri yang baik, seperti mana hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud, “ Lihatlah agama calon isteri supaya engkau tidak celaka” [Muttafaqun alaihi]

2. Suami dan isteri hendaklah sentiasa berdoa dan merendahkan diri kepada Allah SWT agar berkenan diberikan rezeki anak yang soleh.

3. Salah satu hak anak yang wajib ditunaikan oleh seorang ayah adalah memberikan mereka nama yang baik. Nama yang paling dicintai oleh Allah adalah: Abdullah, Abdurrahman. Dan nama yang paling benar adalah, Hammam dan Harits.

4. Ibu bapa adalah guru dan contoh yang terbaik bagi anak. Maka, adalah wajar bagi setiap ibu bapa itu menunjukkan akhlak yang bersih, serta jauh daripada hal-hal yang boleh merubah fitrah. Kerana sesungguhnya perbuatan yang merubah fitrah itu akan memberikan pengaruh terhadap kejiwaan anak. Fitrah seorang anak adalah beriman kepada Allah, dan membenci kekafiran, kedustaan dan penipuan. Dalam hatinya tersembunyi cahaya fitrah yang sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran.

5. Setiap anak itu wajib dididik dan dibesarkan dalam persekitaran islamik. Serta jauhkan mereka daripada perbuatan-perbuatan syirik, sesat, bidaah, maksiat, dan hawa nafsu.

6. Perintahkan anak-anak bersolat andai mereka sudah berumur 7 tahun, dan pukullah mereka sekiranya tidak mengerjakan solat pada saat mereka berumur 10 tahun.

7. Pisahkan tempat tidur anak-anak anda, jangan satukan mereka andai anak anda itu lelaki dan perempuan.

8. Biasakan anak-anak bersikap jujur, menepati janji dan berakhlak mulia.

9. Cegah dan larang anak-anak menonton rancangan televisyen yang terkandung perkara-perkara yang haram dan campur baur lelaki dan perempuan. Serta hindari mereka melihat drama-drama atau filem yang mengisahkan tentang pembunuhan, kejahatan, pencurian dan pengkhianatan.

10. Bersikap adil dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Janganlah melampaui batas dan jangan pula terlalu lemah, janganlah berlebih-lebihan dalam memukul anak dan jangan pula membiarkan mereka tanpa teguran.

Sumber: Majalah-i.karangkraf.com (link)


Read more: http://www.sentiasapanas.com/2014/09/10-panduan-membentuk-anak-soleh-dan.html#ixzz3CROy8oSc

David Orok Mengaku Tak Bersalah Hina Islam!



David Orok Hina Islam

Kenyataan biadap itu sememangnya berbunyi terlalu teruk dan menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh negara.

Menurut laporan akhbar The Star, Orok didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh menyebabkan Orok didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara maksium tiga tahun.

Orok mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat kenyataan itu. Dia tidak diwakili peguam dan telah diberikan ikat jamin RM7,000.

Mahkamah kemudian memerintahkan Orok untuk menyerahkan pasport antarabangsanya ke Mahkamamah dan dia perlu melaporkan diri di Balai Polis Tuaran sekali dalam seminggu sehingga perbicaraan kes berkenaan.

(Baca: PANAS! David Orok, Calon Parti STAR Hina Islam!)

Tiada tarikh lagi bagaimanapun yang ditetapkan untuk perbicaraan kes itu.

Orok dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Roun, Jalan Labuaya, di Tuaran.

Status berkenaan yang secara jelas menghina Nabi Muhammad telah disebarkan secara meluas di laman sosial Facebook, Twitter dan blog.

Seperti kebiasaan, Orok telah pun memohon maaf tetapi kemudiannya menyalahkan pula umat Islam kembali.

Orok bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas sebagai calon di Parlimen Sulaman.

Status Facebook beliau itu mencetuskan kemarahan rakyat Islam Sabah khususnya dari parti UMNO dan PAS di negeri itu.

David Orok Hina Islam [2]

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Negeri Sabah Hamid Ismail turut mendesak tindakan ke atas Orok sejak Julai lepas.

“Pandangan PAS di Sabah berkenaan komen David Orok adalah menghina kepada Nabi Muhammad dan Islam,” menurut PAS Sabah.

Laporan polis kemudiannya dibuat ke atas kenyataan Orok oleh Pemuda UMNO Bahagian Sepanggar dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah.

Sumber: Mynewshub.cc (link)


Read more: http://www.sentiasapanas.com/2014/09/david-orok-mengaku-tak-bersalah-hina.html#ixzz3CRPfySmv

Kenal tak ?

kenal ke sapa dalam gambar ni 󾌰

GAMBAR: Mislina ‘Gelandangan’ Sudah Terlalu Jauh

GAMBAR: Mislina ‘Gelandangan’ Sudah Terlalu Jauh

Berlakon dalam filem adaptasi kehidupan Zaiton Sameon. beberapa saudara seagama Mislina di tanah air cuba menyedarkan dirinya di ruangan komen termasuk menerusi sindiran pedas. Baca http://www.oomedianetwork.com/2014/09/gambar-mislina-gelandangan-sudah.html

-MN-
Berlakon dalam filem adaptasi kehidupan Zaiton Sameon. beberapa saudara seagama Mislina di tanah air cuba menyedarkan dirinya di ruangan komen termasuk menerusi sindiran pedas. Bacahttp://www.oomedianetwork.com/2014/09/gambar-mislina-gelandangan-sudah.html

Bawa tilam setiap kali dia ke dewan kuliah

Columbia University student Emma Sulkowicz yang menjadi mangsa rogol oleh pelajar di Univ yg sama..2 tahun lepas.. berazam membawa tilam setiap kali dia ke dewan kuliah sehingga pelajar yang melakukan serangan seksual dibuang oleh pihak Univ.....

Ayat gadis ini dlm (bahasa Inggeris) benar benar memberi inspirasi dan penuh ketabahan yg luarbiasa....

'“A mattress is the perfect size for me to just be able to carry it enough that I can continue with my day, but also heavy enough so that I have to continually struggle with it."

Columbia University student Emma Sulkowicz yang menjadi mangsa rogol oleh pelajar di Univ yg sama..2 tahun lepas.. berazam membawa tilam setiap kali dia ke dewan kuliah sehingga pelajar yang melakukan serangan seksual dibuang oleh pihak Univ.....
Ayat gadis ini dalam (bahasa Inggeris) benar benar memberi inspirasi dan penuh ketabahan yang luarbiasa....
'“A mattress is the perfect size for me to just be able to carry it enough that I can continue with my day, but also heavy enough so that I have to continually struggle with it."