Sunday, July 14, 2013

Keganasan selatan Thailand capai persefahaman

Keganasan selatan Thailand capai persefahamanTentera Thai dan pemberontak Islam digesa henti keganasan.
BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand dan pemberontak Islam mencapai kata sepakat bersetuju menghentikan keganasan sepanjang Ramadan di  wilayah selatan, Thailand.

Dipetik Bernama, pengantara Proses Dialog Damai Mengenai Selatan Thailand (JWG-PDP) Ahmad Zamzamin Hashim berkata, persetujuan tersebut dicapai melalui perjanjian Ramadan Bebas Keganasan selaras dengan semangat Ramadan dan membuktikan sikap saling percaya antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN).

“Di bawah perjanjian itu pasukan keselamatan Thai akan mengelakkan tindakan agresif manakala BRN tidak akan terlibat dalam serangan bersenjata, pengeboman dan serangan hendap terhadap tentera Thai dan orang ramai, “katanya.

Menurutnya, perjanjian itu adalah bagi  tempoh 40 hari dari 10 Julai-18 Ogos meliputi wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. -

AS mahu keruhkan lagi keadaan

AS mahu keruhkan lagi keadaan
Penyokong Mursi menggesa protes secara aman diadakan di beberapa kawasan di Kaherah, semalam.
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mahu meneruskan rancangan mereka untuk menghantar empat jet pejuang F-16 ke Mesir walaupun negara itu kini dilanda krisis politik yang meruncing.

Beberapa pihak berpendapat keputusan AS itu seperti sengaja mahu mengeruhkan lagi keadaan walaupun penghantaran tersebut adalah sebahagian daripada perjanjian  dipersetujui antara kedua-dua negara terbabit.

Lapan daripada jet pejuang itu telah dihantar ke Mesir pada Januari lalu.

Rabu lalu, waran tangkap dikeluarkan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie dan sembilan tokoh politik lain dalam gerakan itu atas kesalahan menghasut keganasan.

Menurut jurucakap Ikhwanul Muslimin, tentera telah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang mengadakan protes secara aman dan pihak berkuasa sementara sengaja melindungi tindakan tersebut.

Isnin lalu, Presiden sementara, Adly Mansour turut mengumumkan rancangan menubuhkan sebuah panel untuk meminda Perlembagaan dalam tempoh 15 hari, dipetik dari BBC.

Protes guling Mursi dirancang


Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Penggulingan Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi yang diperlihatkan rakyat menolak pimpinannya adalah lakonan ditaja negara sekular yang menolak parti gerakan Islam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, rakyat dipergunakan untuk berhimpun menyatakan bantahan kepada Mursi, malah ada yang turut dibayar.

“Protes dirancang dengan rapi dan tersembunyi oleh tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarnya. Protes ini hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam masa setahun pemerintahan Presiden Mursi.

“Satu lakonan menipu rakyat dan seluruh dunia. Kali ini, rakyat miskin dan bodoh dikerah dengan duit upah dan kenderaan percuma, yang disumbangkan oleh negara minyak Arab,” katanya.

Katanya, adalah tidak adil untuk menghukum Mursi yang baru memerintah selama setahun dan meletakkan bebanan ke atas bahunya sedangkan masalah yang berlaku di Mesir diwarisinya daripada rejim terdahulu.

Menurutnya, bertambah malang apabila wujud dalam kalangan ulama dan pemimpin dunia menyokong penggulingan Mursi.

“Ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini sebagai benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan Kaabah,” katanya.

Mapim: Krisis Mesir platform Israel serang Gaza

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid

SHAH ALAM - Rampasan kuasa di Mesir dilihat akan memberi ruang kepada Israel untuk melancarkan serangan ke atas Gaza memandangkan tanda-tandanya jelas kelihatan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tanda-tanda itu termasuk persiapan tentera Israel di sempadan dan operasi tinjauan udara.

"Selain itu, baru-baru ini laporan media Israel secara terbuka mengatakan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Azmi berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) wajar mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak banyak lagi nyawa tidak berdosa menjadi korban akibat daripada penutupan sempadan Rafah ini.

Sempadan Rafah ditutup 3 Julai lalu oleh tentera Mesir ekoran krisis yang melanda negara itu.

Mengulas perkara sama, Mapim turut mengecam tindakan Mesir menutup sempadan Rafah kerana ia akan mengancam kelangsungan hidup penduduk Gaza.

Mohd Azmi menambah, sejak pintu sempadan Rafah telah ditutup hampir seminggu lalu, ia telah menyukarkan hidup penduduk Gaza.

“Sempadan Rafah merupakan sumber pembekalan asas seharian yang masih sukar diperolehi seperti makanan, air bersih, ubat-ubatan, peralatan rawatan dan minyak.

“Penutupan pintu Rafah sejak 3 Julai lalu adalah atas arahan tentera Mesir telah menghalang keluar masuk barang dan manusia dari Mesir ke Gaza.

"Tindakan ini telah mendedahkan penduduk Rafah kepada keperitan dan penderitaan yang lebih teruk,” katanya.

Justeru itu, Mohd Azmi mengesa agensi antarabangsa agar mendesak pihak berkuasa Mesir  membuka sempadan Rafah untuk mengelak Gaza sekali lagi menjadi medan penjara terbuka.

“Kepada seluruh komuniti antarabangsa, penutupan Rafah sebagai satu-satunya jalan keluar masuk Gaza ke dunia luar.

"Penutupan ini adalah proses pemangsaan ke atas Gaza dan juga membuktikan kolaborasi  antara Mesir dan Israel,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut meluahkan kekecewaan apabila puak Fatah telah mengguna kesempatan sempadan Rafah yang ditutup dengan propaganda untuk menghasut penduduk Gaza menolak kerajaan Hamas.

“ Ini adalah sangat memalukan orang Palestin dan satu penghinaan yang berniat jahat untuk mengambil alih Gaza,”katanya.

Mereka yang menzalimi muslim dan kemudian mereka melabel muslim sebagai pengganas. Mereka akan tewas juga akhirnya.

BERITA YANG TIDAK AKAN DI SIARKAN DI KACA TV ANDA :MUJAHIDIN IIA TEMBAK JATUH HELIKOPTER AS,27 TENTERA TEWAS.



BAGHLAN – Allahu Akbar, Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (IIA) menembak jatuh sebuah pesawat helikopter chinook milik tentera penjajah AS di daerah Burka, provinsi Baghlan pada Khamis (11/7/2013) beberapa minggu lalu, menewaskan para tentera di dalamnya.

Buletin Shahamat melaporkan bahawa helikopter tersebut diserang ketika sedang berusaha menyerang pasukan Mujahidin. Mujahidin menembaknya menggunakan rudal, menyebabkan helikopter musuh itu terbakar di udara dan jatuh.

lebih dari 27 tentera dan anak pesawat tewas. Sementara Mujahidin yang berada di daerah tersebut meninggalkan area dengan selamat.

BULETIN MUJAHIDIN IIA :SHAHAMAT

Gambar salah seorang yang syahid tersenyum di akhir kematiannya

Gambar salah seorang yang syahid tersenyum di akhir kematiannya. As Syahid terkorban selepas serangan yang dilakukan oleh Polis Ketenteraan di sekitar Bangunan Pengawal Republik. 

Beliau syahid ketika sedang menunaikan solat Subuh. Subhaanallah!

Sumber : شبكة نبض الاخوان

WAHAI UMAT ISLAM!!! DI MANA KAMU!!!

Beliau adalah ibu kepada 4 orang anaknya yang telah syahid. Seorang kakak kepada adik yang telah syahid. Nenek kepada 3 cucu yang telah syahid. Ibu saudara kepada dua orang anak saudara yang juga telah syahid. Beliau juga berjuang di jalan Allah menentang tentera-tentera kuffar. Beliau adalah Ibu Tua Syria. Ibu Tua yang lebih percayakan janji Allah dari anak-anak muda yang masih hanyut.

WAHAI UMAT ISLAM!!! DI MANA KAMU!!!

asSisi berdiri 'disisi' Dajjal dan Amerika laknatullah. Laknat Allah keatas kamu wahai asSisi.

SEKITAR HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH RAMPASAN KUASA DAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI RAKYAT MESIR

SEKITAR HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH RAMPASAN KUASA DAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI RAKYAT MESIR

Peserta Demonstrasi di Jalan Ampang Hilir menuju ke Pejabat Kedutaan Mesir.

AYUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, NYATAKAN SOKONGAN PENUH TERHADAP MURSI

Dr. El-Gawady : Kemelut dalaman Pimpinan Tentera menunjukkan ada kemungkinan kuasa presiden akan dapat dikembalikan.

Dr. El-Gawady : Kemelut dalaman Pimpinan Tentera menunjukkan ada kemungkinan kuasa presiden akan dapat dikembalikan.

Pengkaji politik Dr El-Gawady menegaskan bahawa ada kemungkinan kuasa presiden Dr Mursi yang dipilih rakyat akan dapat dikembalikan dengan syarat penyokongnya dapat bertahan dalam perhimpunan di medan-medan utama.

Menurut kenyataan beliau kepada AlJazeera.net, sejarah membuktikan perpecahan dalaman tentera seperti yang pernah berlaku di Venezuela akhirnya membolehkan pengembalian kuasa kepada presiden yang dipilih rakyat. Beliau juga menyifatkan bahawa terdapat perpecahan dalaman tentera melihat kepada beberapa kenyataan tentera.

Beliau menjangkakan tentera akan berundur sekiranya penunjuk perasaan pro-Mursi dapat terus bertahan.

Sumber : IkhwanOnline

Allahu Akbar! Doakan Frankie Boyle diberikan hidayah oleh Allah. Terbaekkk!!!

SUBHANALLAH



Ribuan warga Turki melaksanakan solat jenazah ghaib dibeberapa bandar untuk para syuhada pembunuhan beramai-ramai di Mesir yang berlaku pagi semalam.

Senyummmmmmm

Tentera Uthmaniyah bergerak ke barisan depan sewaktu perang dunia Pertama. Ketika ini Empayar Uthmaniyah berada di penghujung kegemilangannya.

Sebahagian dari kamu ada yang merebut dunia, manakala sebahagian yang lain pula merebut akhirat.

Senyummmmm

Mujahidin As Syabaab Somalia

SAUDI, UAE DAN KUWAIT BANTU MESIR LEPAS RAMPASAN KUASA



Hanya dalam tempoh dua hari bermula Selasa dan hari ini Rabu, Mesir telah dijanjikan oleh tiga buah negara Arab bantuan bagi menjana ekonomi negara itu, seminggu selepas berlaku rampasan kuasa.

Negara-negara berkenaan iaitu Saudi, UAE dan Kuwait yang kesemuanya berjumlah USD 12 billion, bantuan kewangan yang terbesar pernah diterima oleh Mesir dalam sejarah negara itu.
Saudi dan UAE telah menjanjikan sumbangan kewangan berjumlah USD 8 billion.

SESUATU YANG PELIK BAGI UMAT ISLAM. SAUDI, UAE DAN KUWAIT SANGAT MEMALUKAN

Rakaman di hari pertama Ramadan di China. Setiap Muslim berbangga dengan agamanya... Alhamdulillah

Pemerintah terakhir empayar Uthmaniah, Sultan Mehmed VI

Iftar di Masjid Nabawi..


Iftar  di Masjid Nabawi.... Doakan semoga kita semua berkesempatan ke sini suatu hari nanti, InsyaAllah

Sekeluarga warga Norway telah memeluk Islam


ALLAHU AKBAR! ALHAMDULILLAH Sekeluarga warga Norway telah memeluk Islam dihari pertama Ramadhan sewaktu mereka melancong ke Turki.