Showing posts with label kdn. Show all posts
Showing posts with label kdn. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

KDN nafi polis manipulasi kadar indeks jenayah



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menolak tuduhan pihak tertentu kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanipulasi kadar indeks jenayah dengan mengklasifikasikan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.
Beliau berkata ini kerana statistik dengan jelas menunjukkan jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks adalah lebih besar berbanding jenayah bukan indeks.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) di Parlimen hari ini, yang hendak tahu adakah benar PDRM memanipulasi indeks jenayah dan juga jumlah kes yang diklasifikasikan di bawah jenayah indeks dan jenayah bukan indeks dari tahun 2007 hingga 2011.
Hishammuddin berkata dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 108,886 kes jenayah dilaporkan iaitu 101,313 merupakan jenayah indeks dan 7,573 jenayah bukan indeks.
"Pada tahun lepas jumlah besar kes jenayah ialah 229,997; 2010 (252,844), 200

Thursday, October 14, 2010

Abdul Rahman ditukar ke KDN


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Desas-desus yang mengatakan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, bakal 'ditukarkan' akhirnya terbukti benar apabila beliau hari ini mengesahkan menerima surat rasmi mengenai pertukaran jawatan itu.
Abdul Rahman, 53, ditukarkan sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa Jumaat ini.
Kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Abdul Rahman akan diisi oleh Datuk Alias Ahmad yang kini merupakan Setiausaha Bahagian Keselamatan di KDN.
Majlis penyerahan tugas dijangka diadakan pukul 9 pagi Jumaat ini.
Abdul Rahman yang dihubungi Utusan Malaysia di sini memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu surat yang dihantar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pagi ini.
"Saya tidak terkejut dengan perkara ini kerana sebelum ini pun saya sudah dimaklumkan mengenai pertukaran jawatan saya.
"Sebagai seorang pegawai kerajaan yang diberi amanah berkhidmat untuk negara, saya akur dengan setiap keputusan yang dibuat oleh menteri terbabit.
"Saya sentiasa mengamalkan keterbukaan, tidak pernah menyembunyikan apa-apa fakta dan memberi kerjasama sebaik mungkin demi kepentingan negara," katanya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Abdul Rahman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ogos lalu.
Beliau berkata, teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung perkara itu adalah berasas kerana insiden itu membabitkan maruah negara.
Abdul Rahman yang dilantik Ketua Pengarah Imigresen sejak 21 Julai 2008 pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (2003-2006).
Beliau sebelum ini pernah menjadi Pengarah, Bahagian Pekerja Asing, KDN (2006-2008).

Sunday, July 4, 2010

KDN pantau tabloid begitu 'bebas' esok





2010/07/04

KUALA LUMPUR: Akhbar tabloid yang selama ini begitu 'bebas' menyiarkan laporan sensasi hingga kerap melanggar syarat permit, kini menjadi sasaran pemantauan lebih agresif Kementerian Dalam negeri (KDN) dalam usaha membendung berita bersifat sensitif terhadap pemikiran rakyat hingga boleh menjejaskan keselamatan negara. 

Berikutan itu, mulai esok KDN memulakan langkah drastik itu bagi merapatkan jurang yang wujud dari segi pemantauan kementerian berkenaan terhadap akhbar tabloid dan akhbar arus perdana ketika ini.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata perubahan dilakukan itu bagi memastikan tiada lagi akhbar tabloid yang sering melanggar syarat permit apabila menyiarkan laporan sensasi dan memberi kesan kepada rakyat serta negara.
“Memang diakui selama ini, kami terlepas pandang penerbitan akhbar tabloid dan tiba masanya untuk lebih fokus dan teliti mulai sekarang,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Ketika ini, antara akhbar tabloid yang masih beroperasi ialah Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo, Harakah, Suara Perkasa dan The Malay Mail. 

Selain pemantauan harian, mingguan dan bulanan, pengarang akhbar itu turut dipanggil menghadiri sesi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, setiap tiga bulan. 

“Setakat ini, kita dapati kebanyakan akhbar tabloid masih tidak memahami syarat permit, termasuk mengemukakan lapan salinan akhbar setiap keluaran, selain tidak dibenarkan menyiarkan berita yang boleh menggemparkan fikiran rakyat dan menjejaskan keselamatan rakyat serta negara. 
“Sebagai permulaan, mulai minggu depan juga pengarang setiap akhbar terbabit akan dipanggil ke KDN untuk lebih mengenali satu sama lain dan memberi penjelasan dengan lebih terperinci berhubung syarat permit penerbitan akhbar berkenaan,” katanya. 

Baru-baru ini, KDN menggantung akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan berkuat kuasa 1 Julai lalu kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 

Kementerian itu dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan tabloid terbabit dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui. 

Sehubungan itu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, berkata mulai 1 Julai lalu, permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan. 

Selain itu, kementerian berkenaan juga memanggil editor Suara Perkasa bagi memberi penjelasan berhubung artikel bertajuk ‘Tahan Ka Siong Bawah ISA.’ 
Pertemuan hampir sejam itu bermula jam 5 petang kelmarin dan dihadiri Editor akhbar tabloid berkenaan, Amirudin Mohamad; Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dan Zaitun. 

Mahmood berkata, perubahan yang dilakukan KDN itu bagi memastikan tiada lagi akhbar tabloid yang sering melanggar syarat permit apabila menyiarkan laporan sensasi dan memberi kesan kepada rakyat serta negara. 

“Memang diakui selama ini, kami terlepas pandang penerbitan akhbar tabloid dan tiba masanya untuk lebih fokus dan teliti mulai sekarang,” katanya.

Friday, April 2, 2010

Rampas: Zunar cadang saman polis, KDN



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 April: Puteri Reformasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama aktivis Reformasi, Pak Amjal melancarkan buku kartun terbaru Zunar hari ini.

Buku bernama 'Isu Dalam Katak' dan tiga lagi karya kartunis Zunar dan rakan-rakannya itu dilancarkan di Restoran Amjal Jalan Pantai Baru, di sini pagi ini.

Ia disertai oleh para peminat kartun tanah air.

"Kami lancar di restoran hari ini untuk membolehkan rakyat marhain menyertai," kata Zunar di majlis itu.

Zunar ketika ditemui berkata, beliau sedang berbincang dengan peguam bagi menyaman polis dan kerajaan ekoran tindakan mereka merampas banyak buku dan majalahnya di merata-rata.

Ada empat buku dan majalah beliau yang dirampas oleh polis hingga kini.

Dua daripadanya berbentuk buku yang tidak memerlukan permit dan dua lagi majalah yang ada permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri.

"Saya sedang bincang dengan peguam dan harap dapat failkan saman dalam masa terdekat," kata Zunar.

Beliau bercadang menamakan polis, KDN dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam kes ini.

Ketika dirampas, kata Zunar, polis tidak memberikan sebarang sebab rampasan itu.

Katanya, ada juga yang dirampas tanpa sebarang rekod.