Wednesday, August 4, 2010


PEJUANG AMAL MAARUF & NAHIL MUNGKAR YANG PATUT GENERASI MUDA TAHU


Bekas Mufti Selangor tidak boleh lupakan bagaimana beliau dipecat

RAWANG, 23 Okt (Hrkh) - Walaupun sudah lebih lima tahun berlalu, bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom masih tidak melupakan bagaimana beliau boleh dipecat dari jawatan itu.

Ketika memberikan tazkirah Ramadhan di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri malam tadi, Dato' Ishak masih menceritakan peristiwa hitam itu

"Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada kerajaan negeri Selangor yang berbunyi 'Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan'," ceritanya kepada para hadirin.

Ia berlaku berikutan peristiwa beliau mengarahkan pihak penguatkuasa agama negeri Selangor bertindak ke atas tiga peserta pertandingan ratu cantik yang terdiri dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Saya bertindak begitu pula kerana saya masih ingat lagi kata-kata Tuanku Sultan Selangor, almarhum, ketika menyerahkan watikah perlantikan Mufti Selangor kepada saya.

"Baginda berkata, sekarang saya serahkan urusan agama negeri ini kepada Dato'. Jika Allah tanya saya di akhirat nanti apa-apa tentang agama, saya akan tunjukkan Dato' (sebagai orang yang bertanggungjawab). Saya pun jawablah kepada Tuanku Sultan, 'baiklah'," cerita Dato' Ishak kepada sidang hadirin.


Berdasarkan kepada itulah, katanya, beliau bertindak menangkap peserta ratu cantik yang sememangnya memakai pakaian tiga suku telanjang di depan beribu-ribu orang apabila memperagakan pakaian mandi dalam pertandingan itu.

Kerajaan negeri terima memo minta kerajaan negeri pecat saya," kata Dato' Ishak.

Beliau menyifatkan pemimpin negara yang ada sekarang lebih baik sedikit berbanding dengan pemimpin yang lalu.

"Apabila Mufti Perak berkata 'penganjur, penyanyi dan penonton konsert Sure Heboh berdosa kerana ia haram, saya dok ingat...tak lama lagi kenalah dia.

"Tetapi nampaknya pemimpin yang ada sekarang lebih baik sedikit. Dia tak arah pecat Mufti Perak. Cuma yang diarahkan jangan mainkan lagi isu itu. Semua media senyap sunyi tak main lagi isu itu. Kalau dia main lagi tentu mufti lain juga akan sokong Mufti Perak. Lagi susah dia," cerita Dato' Ishak.

Tazkirah Dato' Ishak malam itu mendapat sambutan luar biasa dari para hadirin.

Hampir kesemua mereka bangun dan pergi bersalam dengan Dato' Ishak sebaik sahaja selesai beliau memberikan tazkirah.

Soal pemecatan beliau bukanlah perkara utama dalam tazkirah itu tetapi peringatan kepada semua yang hadir betapa pentingnya mencari ilmu dan berusaha menjadi umat terbaik.

Umat terbaik pula adalah mereka yang menyeru kepada maaruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.

"Atas dasar mencegah kemungkaranlah dulu saya cuba menghalang pertandingan ratu cantik di Selangor," katanya. - ZS
sumber dari:
http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

SEJARAH TUN DIANIAYA, TUN HINA MAHKAMAH TAPI SELAMAT DAN TUN PENIPU



Tun Salleh Abas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1984. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada jawatannya kerana didakwa "salah laku". Tarikh 8 Ogos 1988, Tun Salleh dipecat menerusi perbicaraan sebuah Tribunal 6 orang yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung (Nota: selalunya jumlah hakim ialah ganjil: 3, 5 ,7 ,9 dll. Tapi kes ini special, lain dari yang lain). Dalam sejarah dunia moden, itulah satu-satu kes pemecatan seorang Ketua Hakim dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tidak pernah berlaku sebelumnya. Ada juga pemecatan pada tahun 1616 di mana Raja England murka kepada Ketua Hakim England. Tapi itu
dulu, zaman feudal. Zaman itu raja berkuasa mutlak. Tapi dalam kes Tun Salleh lain kerana zaman ini zaman moden. Kata orang zaman demokrasi, zaman kuasa rakyat mengatasi kuasa golongan pemimpin. Kata Mahathir di tengah-tengah krisis perlembagaan 1983, suara rakyat suara keramat!! Itu kata Mahathir, kita kena dengar.

Ada penambahan fakta di sini. Tun Salleh tidak keseorangan dipecat. Dua lagi Hakim Mahkamah Agung dipecat oleh sebuah Tribunal yang lain, iaitu Tan Sri Wan Suleiman dan Dato George Seah. Kesalahan mereka hampir sama. Agenda pemecatan pun tidak banyak berbeda. Orang yang terlibat menjadi dalang serupa …Mari kita kaji kenapa ketiga-tiga Hakim itu dipecat? Siapa yang memecat mereka? Bagaimana mereka dipecat? Siapa dalang di sebaliknya? Jawatan Hakim bukan sebarangan. Ia dilantik oleh Yang Dipertuan Agung. Dari segi tugas, seseorang Hakim tidak bertanggungjawab kepada Menteri atau Perdana Menteri. Institusi Kehakiman ialah sebuah badan bebas dan merupakan institusi penting dalam kerajaan moden untuk memastikan keadilan wujud dalam sesebuah masyarakat. KEADILAN, ha … itu terasnya. Di samping institusi Kehakiman, negara moden juga mempunyai institusi Legislatif dan Eksekutif.

Kenapa Tun Salleh dipecat? Beliau dipecat kerana Mahathir murka dengan penghakiman yang dilakukan oleh beberapa orang Hakim kanan dalam beberapa kes mahkamah yang melibatkan UMNO dan Kerajaan. Dalam kes-kes itu, beberapa pihak tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh UMNO dan Kerajaan lalu dibawa ke mahkamah untuk pengadilan. KEADILAN! Sebahagian daripada keputusan penghakiman tersebut tidak memihak kepada UMNO dan Kerajaan.
Mari kita lihat beberapa contoh. Kes pertama ialah kes Berthelsen vs. Ketua Pengarah
Imigresen. Berthelsen ialah warga Amerika yang berkerja dengan akhbar Asian Wall Street Journal berpejabat di Kuala Lumpur. Dia diberi permit kerja selama 2 tahun yang berakhir pada 2 November 1986. Tetapi permit itu dibatalkan pada 26 September oleh pihak Imigresen menggunakan peruntukan Peraturan Imigresen 1963. Bertherlsen didakwa bersalah kerana menyiarkan laporan dan berita tentang Malaysia yang kurang menyenangkan Mahathir.
Bila kes ini dirujuk ke Mahkamah oleh Bertherlsen, Hakim Tan Sri Abdoolcader telah
memutuskan bahawa tindakan pihak Imigresen tidak sah dan Berthelsen boleh tinggal di
Malaysia sehingga permitnya tamat. Kes ini memurkakan Mahathir. Beliau telah dilaporkan membuat kenyataan berang yang tegas di Parlimen. Mahathir mendakwa bahawa pihak badan Kehakiman telah membatalkan keputusan badan Eksekutif, iaitu Menteri Dalam Negeri. Tak habis di situ. Mahathir turut menghentam Mahkamah. Mahathir mengeluarkan kenyataan yang menentang keputusan Mahkamah dan kenyataan itu tersiar dalam majalah Time (24 November 1986). Menggunakan kenyataan tersebut, Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mendakwa Mahathir di mahkamah atas kesalahan menghina keputusan Mahkamah. Tetapi dalam perbicaraan, Hakim Datuk Harun Hashim telah menolak permohonan Lim Kit Siang itu. Selamat Mahathir. Kalau tidak masuk penjara … Patut Mahathir bersyukur. Tapi Mahathir tak diam. Simpan dendam.
Kes kedua ialah kes pengharaman UMNO bila 11 ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti 1987 mengemukakan kepada Mahkamah bahawa terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di dalam mesyuarat Bahagian UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut ialah supaya Mahkamah membatalkan keputusan pemilihan pucuk pimpinan parti yang dimenangi oleh Team A. Ingat tak Mahathir menang hanya 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh. Itupun dengar cerita ada penipuan peti undi. Tapi tak apalah bukan di sini kita nak cerita bab itu. Nanti kemudian. Dengan menggunakan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah membuat keputusan bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah. Oleh itu pemilihan parti 1987 diisytiharkan batal dan tidak sah.
Lalu terkuburlah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu. Tapi Mahathir cepat bertindak

tubuhkan UMNO (Baru). Team B pun cuba buah rayuan ke mahkamah. Ketika itulah Mahathir semakin ketakutan lalu menganas terhadap badan Kehakiman dengan memecat Tun Salleh.
Tujuannya sebagai warning kepada Hakim-Hakim. Jangan pandai-pandai. Jangan buat sesuatu yang merugikan UMNO atau Kerajaan. Sebenarnya Mahathir takut Mahkamah akan membenarkan UMNO lama dikekalkan sedangkan UMNO (Baru) dah didaftarkan. Nanti ada dua UMNO pula!!!Ada lagi beberapa kes yang tidak memihak kepada UMNO atau Kerajaan seperti kes UEM yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang, kes Aliran, kes Papan, dan kes Karpal Singh yang dibebaskan oleh Mahkamah daripada tahanan ISA. Kesemua kes dan insiden ini membuatkan Mahathir murka terhadap perjalanan Mahkamah dan proses penghakiman. Mahathir mahu supaya badan Kehakiman tunduk dan patuh kepada badan Eksekutif. Kepada Mahathir, pendek cerita. Mahathir dilaporkan berkata: "since anyone can sue the government, the government can no longer decide on anything with certainty. Thus the government is no longer the executive. Other have taken over that function" (Far Eastern Economic Review : 14 January 1987). Jika kita kaji

kenyataan ini, sebenarnya Mahathir memberi signal bahawa beliau akan lawan badan Kehakiman habis-habisan.

Tapi Tun Salleh dan majoriti Hakim di segenap peringkat mempertahankan hak supaya Institusi Kehakiman tidak dibayangi oleh mana-mana pihak luar. KEADILAN mesti ditegakkan tak mengira siapa yang terlibat. Kemuncak pada episod tersebut ialah apabila 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi (termasuk Tan Sri Hamid Omar sebagai Ketua Hakim Malaya) telah bermesyuarat pada 25 Mac 1988 di Kuala Lumpur untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan Eksekutif (terutamanya Mahathir). Dalam mesyuarat tersebut dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung untuk memaklumkan tentang adanya ketegangan antara badan Kehakiman dengan Eksekutif. Surat keramat itu bertarikh 26 Mac 1988 (Jumaat)Surat itu dijadikan alasan oleh Mahathir bahawa Tun Salleh telah "salah laku" sehingga konon-kononnya menyebabkan Yang Dipertuan Agung murka!! Menurut laporan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, pada 1 Mei – satu tarikh "misteri" yang menjadi tanda tanya kerana sepatutnya hari Ahad dan cuti Hari Buruh – selepas Mesyuarat Kabinet diadakan pada sebelah pagi maka Mahathir mengadap Yang Dipertuan Agung. Baginda bersetuju "untuk mengambil tindakan yang sepatutnya" terhadap Tun Salleh. Pada 25 Mei 1988, Mahathir menulis surat
kepada Yang Dipertuan Agung menasihatkan Baginda supaya Tun Salleh dipecat kerana "salah laku". Kemudian dicadangkan juga penubuhan sebuah Tribunal untuk membicarakan Tun Salleh.
Yang Dipertuan Agung bersetuju.Pada 27 Mei 1988 Tun Salleh dipanggil "mengadap" Mahathir di Pejabat PM. Dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Ghaffar Baba dan KSN Tan Sri Sallehuddin Mohammed hadir juga. Tapi hanya Mahathir yang bercakap memberitahu Tun Salleh bahawa Yang Dipertuan Agung murka dan telah bersetuju supaya Tun Salleh dibersarakan daripada jawatannya. Jika tidak, Tun Salleh akan dibicarakan menerusi sebuah Tribunal atas kesalahan "salah laku". Tun Salleh berkata dia tidak bersalah apa-apa dan sedia untuk dibicarakan. Ketika diugut lagi oleh Mahathir,

Tun Salleh menjawab: "I will not resign because if I do I cannot show my face to anyone and may as well die". Pada hari itu juga Tun Salleh menerima surat dari Mahathir yang dia digantung dari jawatannya berkuatkuasa 26 Mei 1988, iaitu hari sebelumnya. Mahathir Maha Kuasa!
Cerita ini makin suspen. Tapi ini betul telah berlaku, bukan fiksyen. Pada 28 Mei 1988 (Sabtu), Peguam Negara Tan Sri Abu Talib menemui Tun Salleh di pejabat Tun Salleh kira-kira jam 9.30 pagi. Tan Sri Abu Talib pernah berkerja di bawah Tun Salleh di Pejabat Peguam Negara pada tahun 1970-an. Tan Sri Abu Talib berkata Mahathir sebenarnya tak mahu memecat Tun Salleh. Kes di Tribunal akan memalukan Tun Salleh. Institusi Kehakiman pun aib nanti.
Oleh itu kalau Tun Salleh bersedia untuk bersara lebih baik. Nanti Mahathir akan tolong usahakan jawatan penting di Arab Saudi iaitu di International Islamic Development Bank, Jeddah. Akibat yakin dengan "ketulusan" Tan Sri Abu Talib maka Tun Salleh pun menulis surat untuk bersara kepada Perdana Menteri. Penulisan surat itu turut dibantu oleh Tan Sri Abu Talib berbunyi:
"Untuk mengelakkan daripada embarrasment all round saya telah memikirkan semula bahawa adalah baik bagi kepentingan negara bahawa saya mengambil keputusan untuk bersara sebaik sahaja habis cuti yang saya patut ambil, iaitu 96 hari dan cuti akan bermula pada hari ini".
Surat itu hantar ke Pejabat PM oleh Tan Sri Talib sendiri. Ketika itu waktu menghampiri jam 1 tengahari. Pejabat Tun Salleh tak juah dari JPM. Pada jam 1 tengahari, Tun Salleh mendapat surat jawaban daripada Mahathir bahawa beliau menerima permohonan bersara awal Tun Salleh dan dibenarkan bercuti 96 hari!! Waw, tak sampai 30 minit dah dapat jawaban!!!!! Bagaimana ya dalam tempuh yang begitu singkat Mahathir telah dapat menjawab surat Tun Salleh. Pada malam itu Tun Salleh tidak dapat tidur memikirkan misteri surat Mahathir dan peranan Tan Sri Talib siang tadi. Apa ini satu pakatan? Tun Salleh bangun bersembahyang dan membaca Quran
memohon petunjuk Ilahi.
Lagi suspen ni … Pada Ahad 29 Mei 1998, Tun Salleh menulis surat panjang kepada Mahathir memaklumkan beliau menarik balik surat persaraan awal pada 28 Mei dan bersedia untuk menghadapi Tribunal!! Petang itu jam 6 petang Tun Salleh membuat sidang akhbar mengumumkan keputusannya. Mahathir menjawab pada malam itu juga. Maka bermulalah Perang Sabil Mahathir-Salleh Abas!

Kalau kita baca buku-buku tentang krisis ini, banyak persoalan dan "ketidaktentuan" prosidur berlaku. Persoalan yang penting ialah: Siapa yang layak menganggotai Tribunal? Dari segi konvensional kehakiman, anggota Tribunal mestilah setaraf atau lebih tinggi daripada jawatan Hakim yang hendak dibicarakan. Tun Salleh Ketua Hakim. Maka ahli Tribunal mestilah di kalangan Ketua Hakim atau bekas Ketua Hakim. Kalau tidak ada di Malaysia, boleh dicari di negara Komanwel. Tetapi ahli Tribunal yang dilantik, ada hanya seorang sahaja yang setaraf itu pun baru dilantik menjadi Ketua Hakim Sri Lanka. Yang lain-lain semua junior dari segi kedudukan dalam badan Kehakiman. Pengerusi Tribunal ialah Tan Sri Hamid Omar, Pemangku Ketua Hakim. Beliau ada personal interest sebab jika Tun Salleh bersalah beliau dapat naik pangkat. Tan Sri hamid juga adalah salah seorang Hakim yang menghadiri mesyuarat pada 25 Mac
1988 kemudian bersetuju untuk Tun Salleh menulis surat kepada Yang Dipertuan Agung. Apalah macam main-main pondok aja … Kes Tribunal ini tak ubah seperti guru membicarakan guru besar, atau Kolonel membicarakan Jenderal. Empat orang anggota Tribunal dari Malaysia itu semuanya berasal atau dilahirkan di Kedah. Tiga orang bersekolah di Kolej Sultan Abdul Halim (rakan sepersekolahan Mahathir)! Peleknya hanya dua orang saja yang masih menjadi Hakim. Dua lagi iaitu Tan Sri Mohamed Zahir ialah Speaker Dewan Rakyat dan Tan Sri Abdul Aziz Zain ialah peguam! Aneh tetapi itulah realitinya. Peguam menjadi Hakim untuk bicarakan Ketua Hakim!!!

Wow … Itu undang-undang Mahathir ...sebab Mahathir Maha Bijaksana. Poodah!

Dalam pertudahan yang disediakan oleh Peguam Negara pada Tribunal pada 30 Jun 1988, Tan Sri Talib menulis:
"The practice in this country is that the Prime Minister normally has audience with the King on Wednesday i.e. the Cabinet Day when he briefs the King on Cabinet matters if the Agong is in the country and if the Agong wants that audience. In this case the Prime Minister had an audience with the King on the Wednesday morning i.e. on 1/5/88 at the Istana Negara. The King then showed him the letter which he received from Tun Salleh."

Kalau kita semak kalender 1988, tarikh 1 Mei itu jatuhnya pada hari Ahad. 1 Mei juga ialah Hari Buruh iaitu cuti am. Pernahkah ada mesyuarat kabinet pada hari Ahad? Hari cuti am pun mesyuarat? Ini sudah tipu tarikh. Takkanlah tarikh pun Peguam Negara tak ingat. Penipuan yang sama berlaku kepada surat Mahathir kepada Tribunal yang berjudul "Report of the Tribunal Established Under Article 125(3) and (4) of the Federal Constitution, Re: YAA Tun Hj Mohamed Salleh Abas, Lord President, Malaysia, Kuala Lumpur, 29th June 1988". Antara kandungan surat itu ialah:
"With all respect, I refer to your Majesty’s Command that appropriate action be taken against YAA Tun Dato’ Haji Mohd. Salleh bin Abas on account of his letter to your Majesty and to Their Royal Highnesses the Malay Rulers which was shown to me when I was in audience with Your Majesty on 1st May 1988 at the Istana Negara."

Banyaklah lagilah penipuan, pemalsuan dan pembohongan yang dilakukan oleh Mahathir, KSN, Peguam Negara dan pegawai kerajaan lain sebagaimana yang diperihalkan dalam buku-buku
tentang isu ini dengan panjang lebarnya. Penulis tak ada banyak masa untuk cerita semua.
Akhirat nanti kita boleh saksikan sekali lagi episod ini di hadapan Allah Yang Maha Adil ketika semua manusia di hadapakan di Mahkamah-Nya. Anda juga boleh membaca buku serta makalah tersebut (lihat senarai rujukan) yang terdapat di kedai-kedai buku dan perpustakaan.
Kita baca dan kita saksikan bagaimana Mahathir memperbodoh dan memperkudakan instrumen Kerajaan. Beliau mengguna apa cara dan kaedah untuk terus berkuasa. KUASA. KUASA. KUASA.
Siapa menentang akan dipecat, dibenam dan dimatikan. Mahathir Maha Kuasa Maha Bijaksana Maha Segalanya … Sebab itulah Menteri, Timbalan Menteri, pegawai Kerajaan termasuk Ketua Polis Negara dan Peguam Negara kecut perut bila Mahathir beri arahan. Kalau tak buat apa yang disuruh naya mereka. Mampus dikerjakan nanti macam Anwar Ibrahim dan Tun Salleh. Sebenarnya ramai lagi yang jadi mangsa kezaliman Mahathir. Bacalah buku Datuk Dr. Rais Yatim. Datuk Rasi juga salah seorangmangsa Mahathir. Buku Datuk Rais itu yang paling autentik sebab merupakan tesis Ph.D. di Universiti London. Tak bias. Tak sentimental. Bukunya objektif sesuai dengan sifatnya sebagai tesis kedoktoran. Buku itu tentang bagaimana kuasa eksekutif bermarajalela di tangan Mahathir. Tesis itu hebat. Sebab itulah beliau mendaftar sebagai pelajar M.Phil. (sarjana) tetapi dianugerahkan Ph.D. Tentu hebat. Mari baca tuan-tuan dan puan-puan. Mari kita jadi Masyarakat membaca sebagaimana yang selalu dilaung-laungkan oleh
Mahathir. Masyarakat celek huruf, masyarakat rajin membaca dan sukakan IT dan Internet!!!
Baca Internet mesti hari-hari. Jangan lupa … Banyak berita sensasi akan disiarkan. Tak macam RTM dan TV3 yang menyiarkan berita basi dan laporan anti reformasi!!
Dalam kes Tun Salleh ini kita dapat lihat bagaimana Mahathir menggunakan instrumen
perundangan untuk memalu dan memecat Ketua Hakim Negara. Kalau tidak ada bukti, palsukan bukti. Kalau tidak ada data, reka data. Kalau tidak ada tarikh, tenguk kalender cari tarikh (malang tersilap pula pada 1 Mei 1988 Hari Rabu!! Tersilap tak apa. Apa yang rakyat boleh buat?). Itu Mahathir. Cekap, bersih, licik dalam soal tipu menipu. Nombor satu dalam soal duniawi. Sedarlah anda semua jika ini berterusan, Malaysia akan hancur lebur.
Sekarang Mahathir sedang cuba sekali lagi untuk memperbodohkan kita sekali lagi dalam usahanya menjatuhkan Anwar Ibrahim. Anwar terkenal warak dan berimej Islam. Tak pernah main perempuan, liwat lagilah jauh sekali. Ini fakta. Tenguk zaman mudanya di UM dan semasa dalam ABIM. Jumpa perempuan pun kecut. Tak macam … Opp STOP. Tapi itulah yang dilakukan oleh Mahathir. Cari wanita sundal kemudian upah. Syarat sebelum dapat duit – mengaku ada hubungan seks dengan Anwar. Cari lelaki kemudian dera sampai setengah mati. Kalau nak hidup, mengaku pernah berliwat dengan Anwar. Itulah Mahathir tuan-tuan. M-A-H-A-thir. (Silap nama. M-A-H-A itu menyebabkan dia jadi ego macam Firaun. Patutnya dulu Pak Cik Mohammad Iskandar namakan dia Tompel, Kenit, Rabu atau Jambul). Bacalah buku bagaimana beliau menjatuhkan Tun Salleh.
Buku-buku ini ceritakan fakta sebenar. Ini bukan buku 50 Dalil yang tak ada autentisiti. Ini buku-buku ilmiah dan separa ilmiah yang ditulis menggunakan fakta dan bukti. Pengarangnya ternama dan mempunyai reputasi tinggi. Bukan penulis upahan.
Sampai ke hari ini Mahathir tak berani haramkan buku-buku tersebut. Bawalah ke Mahkamah kalau Mahathir berani! Dakwa penulis-penulis buku itu cuba nak fitnah dia. Itu fakta yang Mahathir sendiri terpaksa terima. Fakta itu tuan-tuan dan puan-puan ialah Mahathir penipu.
Mahathir pembohong. Mahathir penfitnah. Mahathir durjana. Mahathir lebih dari Raja Bersiong.
Mahathir lebih kejam dari Marcos. Mahathir samseng politik seperti Idi Amin. Mahathir hipokrit.

Rujukan:
Tun Salleh Abas & K. Das: May Day For Justice, Magnus Book, Kuala Lumpur, 1990.
Hkoo Boo Teik: Paradoxes of Mahathirism, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.
H.P. Lee: Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1995.
Rais Yatim: Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy.
Endowment, Kuala Lumpur, 1995.
Peter Alderidge Williams : Judicial Misconduct. Pelanduk, Kuala Lumpur, 1990.
Gordon P. Means ; Malaysian Politics – The Second Generation, Oxford University Press, 1991.
Sumber
http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

Kes PKFZ : Mahader Akan Disapina


Perbicaraan Ling: Dr M sedia beri keterangan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian.

"Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak," kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini.

Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling.

"Saya tidak tahu sama ada dia memperdayakan kabinet atau tidak. Dia hanya telah didakwa, sama ada bersalah atau tidak, tidak tahu," katanya.

Mahathir juga agak keberatan bila ditanya sama ada langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi memastikan jemaah menteri tidak begitu mudah diperdayakan.

"Banyak perkara yang berlaku tanpa pengetahuan kabinet," katanya sambil melemparkan senyuman sinis.

Menurut beliau, Perdana Menteri lazimnya terpaksa menanggung segala keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri.

"Tetapi ada had terhadap tanggungjawab ini kerana ada banyak perkara yang perdana menteri tidak tahu," katanya.

Jika berbuat demikian, ini bukan kali pertama Mahathir akan memberi keterangan di mahkamah.

Kali terakhir, beliau tampil ialah pada tahun 2008 ketika inkuiri suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pita video VK Lingam. Namun bekas perdana menteri itu banyak mengelakkan diri daripada menjawap.

Alasan beliau ialah tidak ingat atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk menjawap soalan berkenaan.

Justice For All: Kes PKFZ : Mahader Akan Disapina

Gempar !! Spekulasi & Gambar Kematian Bekas Adun UMNO & P.A Wanitanya


Banyak spekulasi yang timbul. Ada yang kata kes rompakan, dan juga kes aniaya. Kes cemburu turut timbul dan mungkin ada pergaduhan sebelum tembakan dilepaskan...

Bahkan ada spekulasi yang wujud penumpang ke-3 yang menembak kedua-dua mereka ini. Sebab tiada cermin yang pecah.

Jelas ini kes berprofail tinggi. Semoga polis dapat menyiasat kes dengan baik. Memang haru biru betul Najib jadi pm. Tembak orang macam tembak gagak. Macam negara koboi lah pulak. Mungkin terpengaruh dengan kes Althantuya.

Apun takziah kepada kedua-dua keluarga arwah semoga pembunuh mereka dapat ditangkap dan jika mereka ni bunuh diri..nauzubillah, semoga jadi pengajaran buat kita bersama.

Gambar-gambar kejadian gempar semalam..

 


Justice For All: Gempar !! Spekulasi & Gambar Kematian Bekas Adun UMNO & P.A Wanitanya

Hero Prancis ini Islam?

pas sembrong (bangkit membuat perubahan): Hero Prancis ini Islam?: "Napoleon Bonaparte Ternyata Seorang Muslim.??? Siapa yang tidak mengenal Napoleon Bonaparte, seorang Jendral dan Kaisar Prancis yan..."

Akarnya dari Bangla?

pas sembrong (bangkit membuat perubahan): Akarnya dari Bangla?: "Apakah Mahathir dari Chittagong? Disaat ini saya di Dhaka, melakukan latihan untuk Jabatan Alam Sekitar Bangladesh. Kami baru saja me..."

Kes Bekas ADUN UMNO dan Pembantu : Gambar-gambar dari tempat kejadian


Berikut adalah sedikit gambar dari tempat kejadian untuk dikongsikan bersama..


Sebelum itu…

Kes ini telah dikategorikan oleh pihak Polis sebagai kejadian ‘Bunuh dan Bunuh Diri’ bagaimanapun belum dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.

Dalam kejadian pagi tadi, Bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh.

Kedua-dua mayat telah ditemui didalam sebuah Toyota Caldina berwarna putih yang dimiliki oleh Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu oleh Abdul Aziz.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.

Khalid berkata hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Siti Rohana ialah Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang dan juga Ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang.- berita penuh sila baca di SINI


Caldina Putih melanggar divider




Dua mayat kelihatan


Mayat Siti Rohana


Mayat Datuk Abdul Aziz



Mayat dibungkus dengan plastik hitam


Dipindahkan dari tempat kejadian


Sumber gambar : ondscene

Cacat penglihatan bukan halangan




AL AFIZAH (kiri) berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan selepas sesi kedua Konvokesyen UM ke-49 di Kuala Lumpur semalam


KUALA LUMPUR - Keinginan untuk bersaing dengan insan normal mendorong Al Afizah Mohd. Shafie, 30, yang cacat penglihatan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) hingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Syariah.
Dia merupakan antara 920 graduan yang menerima sarjana masing-masing pada sesi kedua Konvokesyen Universiti Malaya (UM) ke-49 yang disempurnakan oleh Pro Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah yang juga Raja Muda Perak di Dewan Tunku Canselor di sini semalam.
Menurut Al Afizah, melalui pengalamannya, orang kurang upaya (OKU) sepertinya susah mendapat pekerjaan, jadi untuk bersaing dengan orang normal perlu ada ilmu sebagai kelebihan.
"Kini saya membuktikan bahawa OKU seperti saya mampu bersaing untuk berjaya dalam pengajian," katanya ketika ditemui.

Penderitaan ibu tunggal lima anak dapat perhatian



ABD. RAHIM (dua dari kanan) ketika melawat keluarga Hasnah di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Seorang ibu tunggal, Hasnah Ali, 46, terpaksa tinggal di sebuah rumah usang bersama lima anaknya di Kampung Mengkuang Titi di sini selepas berpisah dengan suaminya lapan tahun lalu.
Anak-anaknya berumur di antara lapan hingga 20 tahun dan kesemuanya masih belajar.
Keadaan rumah berusia lebih 40 tahun itu yang bocor sana sini menyebabkan keluarga tersebut tinggal dalam keadaan tidak selesa dan terpaksa memasang plastik bagi mengelak dimasuki air ketika hujan.
Bagaimanapun, nasib Hasnah sekeluarga mendapat perhatian daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Abd. Rahim Man semalam.
Hasil inisiatif beliau serta perbincangan dengan pengurusan Pusat Giat Mara Permatang Pauh, sekumpulan pelatih pusat itu dibawa bagi membaiki kerosakan rumah Hasnah.
Menurut Abd. Rahim, peruntukan untuk membaiki rumah itu disediakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM11,000.

Raja Azura, Adzim bergolak?



RAJA Azura dan Adzmin Tan Sri Osman ketika pernikahan mereka pada Mac 2001.


SHAH ALAM 3 Ogos - Apakah benar pelakon, pengacara dan penyampai radio, Raja Azura atau lebih mesra dipanggil Kak Engku sedang menghadapi masalah rumah tangga?
Setakat ini ia masih menjadi tanda tanya. Raja Azura, 38, atau suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, dikatakan telah memfailkan permohonan berkaitan perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini baru-baru ini.
Wartawan yang bergegas ke Mahkamah Rendah Syariah petang ini setelah mendengar khabar kes Raja Azura akan disebut di hadapan hakim, bagaimanapun turut gagal mendapatkan sebarang pengesahan.
Kelibat pasangan tersebut juga tidak kelihatan di mahkamah.
Difahamkan permohonan membabitkan pasangan berkenaan telah disebut di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat di kamar beliau pagi ini.
Setakat ini tidak diketahui bentuk permohonan yang telah dikemukakan di mahkamah tersebut.
Seorang peguam syarie yang dikatakan mewakili Raja Azura ketika dihubungi juga enggan mengesahkan mewakili artis itu.
Sementara itu, Raja Azura yang merupakan penyampai radio Sinar FM ketika dihubungi Utusan Malaysia kira-kira pukul 9 malam semalam memberitahu, khabar angin itu tidak benar.
''(Semua itu) tiada apa yang berlaku, itu hanya cakap-cakap orang bahkan awak bukan orang pertama bertanyakan pasal isu ini kepada saya,'' katanya.
Raja Azura menambah, dia ketika itu sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk makan malam bersama suaminya.
Usaha untuk menghubungi semula Raja Azura hari ini gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan telefon manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas.
Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, berkahwin dengan Adzmin iaitu anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada Mac 2001.
Pasangan tersebut mempunyai dua anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7, dan seorang anak perempuan, Puteri Mia Maizura, 4.

10 Ogos tarikh lihat anak bulan Ramadan



KUALA LUMPUR 3 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 10 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan.
Lokasi berkenaan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah).
Turut menjadi lokasi Bukit Besar, Bukit Kemuning, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA (Terengganu); Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling dan Menara Bangunan SEDC (Kelantan).
Lokasi lain adalah Tanjong Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni di Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat (Perlis) turut menjadi lokasi melihat anak bulan.
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.
Pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu.

Kadar zakat fitrah di Kelantan tahun ini RM7



KOTA BHARU 3 Ogos - Kadar zakat fitrah di negeri ini pada tahun ini ditetapkan RM7, meningkat 10 sen berbanding RM6.90 tahun lalu.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.
Beliau berkata, bagi tujuan itu Maik telah melantik seramai 571 amil terdiri daripada para imam, bilal dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis serta pusat tahanan.
"Kita menjangkakan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM7.5 juta berbanding RM7.3 juta pada tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Kamaruddin turut mengumumkan kadar nisab zakat wang simpanan iaitu sebanyak RM10,200.
Mengenai zakat harta pula, katanya, umat Islam boleh menunaikan kewajipan mereka dengan membayar zakat harta di kaunter Maik, Balai Islam Lundang di sini yang beroperasi tujuh hari seminggu sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8 pagi hingga 4.45 petang.
Selain itu katanya, pembayaran zakat harta juga boleh dibuat melalui ejen-ejen Maik yang dilantik seperti Bank Islam, CIMB, RHB, Ambank, Maybank dan pejabat pos.
"Pada tahun ini, pembayaran zakat harta juga boleh dibuat di tiga buah masjid iaitu di Masjid Bandar Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas," katanya.
Kamaruddin berkata, secara keseluruhannya, Maik menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM70 juta tahun ini berbanding RM66.5 juta tahun lalu.
Beliau berkata, pembayaran zakat oleh umat Islam terus meningkat setiap tahun dan perkembangan tersebut menunjukkan kegawatan ekonomi sebenarnya tidak menjejaskan pendapatan mereka dalam menunaikan ibadat tersebut, malah semakin mendapat keberkatan.
Tambahnya, bagi menggalakkan umat Islam menunaikan kewajipan tersebut, Maik turut memperkenalkan sistem waad iaitu mengembalikan sebanyak 25 peratus wang zakat yang dibayar untuk diagih-agihkan sendiri oleh pembayar zakat kepada golongan asnaf di kawasan mereka.
Katanya, pelaksanaan sistem tersebut dibuat berikutan terdapat pandangan daripada pembayar zakat mengenai ada golongan fakir dan miskin di kawasan mereka yang perlu dibantu.
Jelasnya, Maik telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta setahun bagi tujuan pembayaran balik wang zakat di bawah sistem waad yang mula diperkenalkan sejak 2006.
"Program ini bertujuan menggalak dan menarik umat Islam supaya membayar zakat," katanya.
Mengenai program Maik, Kamaruddin berkata, antara tumpuan pihak majlis ialah menyediakan rumah bagi golongan fakir dan miskin berharga kira-kira RM30,000 sebuah.
Beliau memberitahu, Maik sejak 2004 telah pun membina 501 buah rumah untuk golongan asnaf di seluruh negeri yang melibatkan peruntukan lebih RM15 juta.

Zakat fitrah di Melaka RM6.50



MOHD. Ali Rustam membelek buku mengenai masjid di Melaka yang dilancarkan pada Seminar Penghayatan Ramadan dan Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah di Kompleks Masjid Al-Azim, Melaka, semalam.


MELAKA 3 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menetapkan kadar zakat fitrah sebanyak RM6.50 meningkat 20 sen berbanding RM6.30 tahun lalu.
Pengerusi MAIM, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penetapan kadar itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka dengan mengambil kira harga semasa beras dan tanggungjawab terhadap fakir miskin di negeri ini.
Menurutnya, bagi tujuan tersebut MAIM telah melantik seramai 891 amil yang mana 711 daripada jumlah tersebut adalah daripada pegawai syarak manakala 180 lagi bukan daripada pegawai berkenaan.
''Para amil yang dilantik perlulah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah serta dedikasi.
''Amil adalah sebahagian daripada institusi agama yang diberi kepercayaan oleh masyarakat Islam dalam konteks pelunasan kewajipan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian sempena Seminar Penghayatan Ramadan, Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah dan pelancaran Buku Masjid Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al- Azim di sini hari ini.
Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri menambah, MAIM menyasarkan kutipan RM3.2 juta dengan jangkaan seramai 513,638 akan membayar zakat fitrah untuk tahun ini.
Menurutnya, bagi jumlah kutipan zakat fitrah tahun lalu, MAIM memperolehi sebanyak RM2.9 juta dengan 489,179 orang menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh umat Islam di negeri ini untuk menunaikan tanggungjawab kerana ia akan dapat diagih-agihkan kepada fakir miskin seperti yang ditetapkan oleh syarak.
''Melalui pembayaran zakat fitrah ia dapat membersihkan diri dan jiwa seseorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata-mata," katanya.
Mengenai pelancaran buku Masjid Negeri Melaka, Mohd. Ali berkata, buku tersebut menerangkan seni bina dan reka bentuk masjid-masjid di negeri ini.
Justeru katanya, masjid-masjid yang baru dibina kebanyakannya menggunakan kubah bagi menggantikan reka bentuk mahkota pada bahagian bumbung.
Namun begitu katanya, pembinaan itu tidak menjejaskan reka bentuk asal terutama bagi masjid lama yang masih mengekalkan identiti seni bina yang unik.
''Buku ini diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada seluruh umat Islam di negeri ini khususnya ahli seni bina dan pelajar," katanya.
Buku tersebut dihasilkan oleh Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri.

46 kes curi air di Negeri Sembilan





SEREMBAN 3 Ogos - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) mengesan 46 kes kecurian air di negeri ini termasuk 15 kes yang telah diambil tindakan penguatkuasaan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporatnya, Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya turut menerima sebanyak 605 aduan kecurian air melibatkan 467 kes domestik dan 138 kes komersial dalam tempoh sama.
"Pengguna yang mendapat bekalan air terawat secara membuat penyambungan paip air tidak sah daripada sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan boleh diambil tindakan.
"Mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) yang jika sabit kesalahan pemilik atau penghuni premis boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azlan menambah, mana-mana pemilik premis yang telah dipotong bekalan air oleh Sains dan didapati menyambung semula bekalan tanpa kebenaran boleh didakwa di bawah Seksyen 89 AIPA dan dikenakan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
"Selain pendakwaan oleh SPAN, Sains akan melaksanakan tuntutan sivil untuk menuntut gantirugi penggunaan air yang tidak sah daripada pemilik premis yang didapati mencuri bekalan air. Jumlah tuntutan sehingga akhir Jun tahun ini adalah sebanyak RM422,000,'' katanya.
Sehubungan itu, katanya, Sains berharap pengguna yang mendapat bekalan air secara tidak sah dan membuat penyambungan paip agar mengambil peluang dalam tempoh pemutihan Sains untuk berbuat demikian.
Jelas beliau lagi, Sains kini mengadakan tempoh pemutihan bermula 2 hingga 31 Ogos ini bagi membolehkan pengguna bekalan air tidak sah mendaftar sebelum tindakan undang-undang diambil.
"Sains akan mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan selepas tempoh pemutihan ini di seluruh negeri dan dengan penambahan kakitangan serta peralatan bagi unit penguatkuasaan," katanya.
Tambahnya, Sains juga meningkatkan kerjasama dengan ketua-ketua masyarakat untuk mengatasi masalah berkaitan kes curi bekalan air ini.