Showing posts with label Kuswadinata. Show all posts
Showing posts with label Kuswadinata. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Pak Kus meninggal

Ampang: Seniman veteran era 1950-an Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, jam 5.07 petang semalam.
Menurut anaknya, Irwan, 25, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Pak Kus menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan empat anaknya, Jasmine, 27, Hafsham, 26 serta Rizal, 23. “Jenazah ayah akan dibawa ke rumah keluarga di Jalan Rasmi 4, Taman Rasmi Jaya, Ampang. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang esok (hari ini) jam 11 pagi,” katanya yang sempat dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas.

Bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat arahan Tan Sri P Ramlee itu dimasukkan ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar dihidapinya empat tahun lalu. Allahyarham turut mengalami barah prostat dan masalah buah pinggang teruk sehingga menyukarkan buang air kecil secara normal.
Sepanjang terlantar di hospital, Allahyarham sempat dikunjungi pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Malah, Menteri Kebudayaan Dan Pelancongan Datuk Seri Dr Rais Yatim turut meluangkan masa memberi sumbangan daripada Tabung Kebajikan Artis kementerian.

Harian Metro semalam melaporkan, Allahyarham berhasrat membawa keluarga bercuti di Pulau Kapas.
Foto
ALLAHYARHAM Kuswadinata dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang.

Thursday, February 14, 2013

Kuswadinata kritikal selepas muntah darah

PELAKON veteran, Kuswadinata ketika dimasukkan Hospital Ampang, Selangor, Oktober tahun lalu. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PELAKON veteran, Kuswadinata ketika dimasukkan Hospital Ampang, Selangor, Oktober tahun lalu. - Foto Mohd Azren Jamaludin KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 9 Februari lalu.

Hari ini, bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat itu dikatakan tidak mampu bercakap selepas mengalami muntah darah sehari sebelumnya.
Isterinya, Kamariah Mohd Said, 58, berkata pelakon itu dimasukkan semula ke hospital akibat kesihatannya yang semakin meruncing.


“Sebelum ini dia perlu menjalani rawatan untuk melihat pendarahan dalaman, tetapi dia enggan berbuat demikian. Semalam, dia muntah darah, jadi doktor sarankan untuk meneruskan juga rawatan terbabit.

“Bagaimanapun, ia tidak dapat dilakukan apabila tiba-tiba tekanan darahnya semakin rendah. Jadi, kami perlu menunggu sehingga tekanan darahnya kembali stabil sebelum diteruskan dengan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.