Thursday, August 8, 2013

Para demonstran di Medan Nahdhah menyambut para jemaah solat hari raya yang datang dari luar Medan dengan menjamu mereka kuih raya yang dibuat di Medan Nahdhah sendiri.

Para demonstran di Medan Nahdhah menyambut para jemaah solat hari raya yang datang dari luar Medan dengan menjamu mereka kuih raya yang dibuat di Medan Nahdhah sendiri.

Sumber : انت عيل اخونجى
‪#‎mesirkini‬

Pembangkang Thailand anjur protes

BANGKOK, 7 Ogos - Kira-kira 2,000 penyokong parti pembangkang daripada Parti Demokrat, mengadakan tunjuk perasaan dekat bangunan Parlimen, di sini hari ini, bagi membantah undang-undang kontroversi yang memberi pengampunan kepada keganasan politik di negara ini.
Tunjuk perasaan itu turut disertai bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan beberapa anggota Parlimen.
Beratus-ratus polis antirusuhan dilengkapi penghadang dan cota, ditempatkan di laluan ke Parlimen serta memasang penghadang konkrit dan dawai bagi menghalang penunjuk perasaan memasuki kawasan berkenaan.
Seorang wartawan AFP melaporkan, tiga buah trak meriam air dan sejumlah besar van polis turut ditempatkan di sekitar kawasan berkenaan.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berhadapan protes sejak beberapa hari lalu, sekali gus meningkatkan kebimbangan keganasan politik terbaharu ketika anggota Parlimen akan membahaskan rang undang-undang kontroversi itu lewat tengah hari ini. - AFP/BERNAMA
Penunjuk perasan daripada Parti Demokrat membantah undang-undang berkenaan yang memberi pengampunan kepada individu yang terlibat dalam keganasan politik sejak rampasan kuasa yang menggulingkan bekas Perdana Menteri, Thaksin Sinawatra, kira-kira tujuh tahun lalu.
Undang-undang itu juga akan membatalkan dakwaan terhadap penunjuk perasaan yang terlibat dalam insiden rampasan kuasa pada September 2006 sehingga Mei 2012.
Kumpulan antikerajaan bimbang undang-undang tersebut akan dimanipulasi oleh parti pemerintah, Parti Peau Thai untuk mengenepikan dakwaan terhadap Thaksin.
Sementara itu, Yingluck semalam menolak khabar angin tentang plot oleh penunjuk perasaan anti-pengampunan untuk menculik beliau.
Katanya, beliau tidak percaya penunjuk perasaan merancang untuk menangkap beliau dan menegaskan beliau akan tetap berulang-alik seperti biasa dari rumahnya ke pejabat di Rumah Kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita di sini semalam. - AFP/BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130808/lu_03/Pembangkang-Thailand-anjur-protes#ixzz2bSzsJ1Ji
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandangan di Medan Rabiatul Adawiyah dari ruang udara pada pagi tadi dalam perhimpunan 'Jutaan Hari Raya Kemenangan ke atas Bantahan Rampasan Kuasa.

Pemandangan di Medan Rabiatul Adawiyah dari ruang udara pada pagi tadi dalam perhimpunan 'Jutaan Hari Raya Kemenangan ke atas Bantahan Rampasan Kuasa.

Sumber : RNN
‪#‎mesirkini‬

17 terkorban keganasan terbaru di Iraq


TIKRIT (Iraq): Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dan letupan bom di ibu negara Iraq hari ini, kata pegawai tempatan.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam gelombang keganasan di bulan Ramadan, dengan lebih 800 orang terkorban di seluruh negara bulan ini.
Militan mensasarkan kedai makan di mana rakyat Iraq berkumpul selepas berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawih sepanjang Ramadan.

Serangan dasyat itu melanda Tikrit, utara Baghdad, di mana militan bersenjata menembak mati seorang anggota polis dengan senjata automatik.

Sejurus kemudian, satu bom kereta meletup, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 35.

Berdekatan Dhuluiyah, utara Bahgdad, letupan bom meragut tiga nyawa anggota polis, manakala satu bom yang diletakkan di sebuah bas membunuh seorang rakyat tempatan dan mencederakan dua yang lain. - AFP

Gambar seorang samseng pembunuh, Sayyed Al Esawi pembunuh saudara-saudara perempuan kita di Mansurah.

[Laknat Ke Atas Si Pembunuh]

Gambar seorang samseng pembunuh, Sayyed Al Esawi pembunuh saudara-saudara perempuan kita di Mansurah.

Allah telah menimpakan ke atasnya dengan kelumpuhan separuh badan dan limpanya perlu dibuang ekoran terkena tiga tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja (silap tembak) oleh rakan-rakan samsengnya ketika mereka melakukan serangan ke atas perarakan pro demokrasi kedua di Mansurah.

Laknat darah Asy Syahidah Halah Mohamed Abu She'sha dan saudara-saudara permpuan kita yang dibunuh ditangan mereka.

Adakah berguna perisai dan senjatamu ?

Allahu akbar, benarlah janji Allah "Dia melegakan hati orang-orang yang beriman"

Sumber : Mohamed Niazy
‪#‎mesirkini‬
..........

Ikuti kisah tragedi serangan terhadap wanita di Mansurah boleh di sini :
http://on.fb.me/11Odcd3
http://on.fb.me/19508lE
Unlike 

42 orang terluka, ketika konvoi pendukung Mursi di Alexandria diserang

mesirkini

Alaa Shadiq: Penguasa kudeta takkan punya rakyat utk dipimpin. Media takkan punya pemirsa utk ditipu ‪#‎SaveEgypt‬

Gambar kemeriahan suasana Solat Hari Raya Aidilfitri

Gambar kemeriahan suasana Solat Hari Raya Aidilfitri di Medan-medan tempat berkumpul penyokong demokrasi dan legitimasi Dr Muhammad Mursi.

Allahuakbar walillahilhamd!

Sumber : حزب الحرية و العدالة بالإسكندرية
‪#‎mesirkini‬

Suasana di Medan Nahdhah sebentar tadi.

Suasana di Medan Nahdhah sebentar tadi.

Sumber : شبكة نبض الاخوان
‪#‎mesirkini‬

Medan Nahdhah dari pandangan atas ketika Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah tadi.

Medan Nahdhah dari pandangan atas ketika Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah tadi.

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

Al Beblawi

Al Beblawi :Tiada tolak ansur bagi peleraian perhimpunan di Medan Rabiatul Adawiyah dan Medan Nahdhah, dan kami memberi amaran kepada mereka yang terus menghasut untuk meneruskan perhimpunan.


Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

Penunjuk perasaan di Medan Rabiatul Adawiyah meyambut demonstran dengan bunga

Penunjuk perasaan di Medan Rabiatul Adawiyah meyambut demonstran dengan bunga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumber : Rabaa Today
‪#‎mesirkini‬

patut kata pada diri sendiri...

Presiden sementara, Adly Mansour telah muncul di televisyen beberapa jam yang lepas, mengatakan rakyat Mesir harus mengetepikan perselisihan dan kepentingan peribadi mereka .

"Pemerintah tidak akan membuat perundingan, hala tuju politik sedang bergerak maju. Keretapi untuk masa depan telah meninggalkan stesen, siapa yang tetap berada di belakang harus bertanggung jawab" kata Mansour.

Sementara itu, pendukung demokrasi dan legitimasi masih meneruskan demonstrasi mereka di Madinah Nasr.

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

ucapan Adly Mansour tidak akan mengubah apa yang penunjuk perasaan sedang lakukan.

Wartawan Al Jazeera Rory Challands berkata, ucapan Adly Mansour tidak akan mengubah apa yang penunjuk perasaan sedang lakukan.

Beliau berkata terdapat kebimbangan mengenai langkah yang mungkin akan datang daripada kerajaan tetapi penyokong demokrasi dan legitimasi bersedia untuk menentang pemerintahan tentera dan 'berkorban'.

"Senario yang paling mungkin adalah kerajaan akan membuat beberapa jenis kepungan di sekitar kawasan penginapan mereka. Mereka mungkin menghalang pintu masuk, memotong bekalan air dan makanan. Tiada siapa yang menjangka mandi darah di sini." wartawan itu berkata.

Sumber: AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

Solat Isya' di Medan Nahdhah tadi.

Solat Isya' di Medan Nahdhah tadi.

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

Raya paling manis di Medan Rabiatul Adawiyah.

Raya paling manis di Medan Rabiatul Adawiyah.

Sertai kami dalam Jutaan Solat Eidulfitri pada hari Khamis, 1 Syawal 1434 bersamaan 8 Ogos 2013.

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

Konvoi terpanjang (450 Km) di Sinai tolak kudeta ‪#‎SaveEgypt‬

[Kerajaan Sementara Berkata Fasa Diplomasi Sudah Tamat]



Perdana Menteri memberi amaran bahawa Kerajaan Sementara sudah "hilang sabar" dengan demonstrasi Pro Demokrasi yang terus berjalan di Kaherah.

Usaha dari duta-duta asing untuk menyelesaikan krisis di Mesir telah gagal dan Ikhwan Muslimin yang bertanggungjawab, kata Kerajaan Sementara.

Presiden telah mengumumkan bahawa pada hari Rabu menandakan berakhirnya fasa pertama percubaan diplomatik untuk menyelesaikan kemelut yang semakin menjadi-jadi sejak 3 Julai apabila presiden Muhammad Mursi digulingkan oleh tentera.

Dalam satu kenyataan yang dijalankan di agensi berita negeri MENA, beliau berkata :"Hari ini berakhirlah fasa usaha diplomatik, yang telah bermula lebih daripada 10 hari yang lalu".

"Keadaan Mesir ... Ikhwan Muslimin bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan usaha-usaha [oleh duta-duta asing] dan apa yang mungkin terjadi akibat kegagalan ini."

Perdana Menteri memberi amaran, keputusan kerajaan untuk membersihkan protes pro-legitimasi yang berterusan adalah yang "terakhir", dan menggesa penunjuk perasaan untuk bersurai, dan berkata mereka telah "melanggar segala batas-batas kedamaian".

"Kesabaran kerajaan untuk menanggung hampir tamat," katanya, sambil menambah bahawa sebarang penggunaan senjata terhadap polis atau rakyat "akan berhadapan dengan pihak berkuasa dan ketegasan".

Kenyataan tersebut berikutan panggilan dari Menteri Luar Qatar, Khaled Al Attiya, agar melepaskan ahli-ahli Ikhwan Muslimin dari penjara, dan dalam pada itu telah datang senator Amerika Syarikat John McCain dan Lindsey Graham untuk lawatan ke Kaherah.

"Pada dasarnya, ini adalah kali pertama kita mendengar daripada pegawai-pegawai Mesir mengenai hasil daripada usaha pengantaraan," kata Al Jazeera Rawya Rageh, melaporkan dari Kaherah.

"Terdapat banyak kebimbangan mengenai gangguan keselamatan yang mungkin berlaku. Pembersihan perhimpunan dengan kekerasan boleh menyebabkan bilangan kematian yang besar yang menyebabkan pihak berkuasa perlu membuat keputusan untuk turun ke laluan tersebut."

Duta-duta asing dari Amerika, Eropah, Afrika dan beberapa negara Teluk Arab telah melawat Mesir pada bulan lepas, dengan sedikit kejayaan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan pro Legitimasi telah berkhemah di Kaherah, menuntut pengembalian semula pemimpin, dan menolak cadangan dari kepimpinan sementara.

Mereka mengatakan bahawa beberapa pemimpin politik mereka telah ditahan secara tidak sah, termasuk Mursi sendiri.

Ketua Hal Ehwal Luar EU Catherine Ashton dan wakil Kesatuan Afrika, bekas presiden Mali, Alpha Oumar Konare, kedua-duanya berjaya mendapatkan pertemuan dengan Mursi dan dilaporkan dia berada dalam keadaan yang baik.

Pada 1 Ogos, kepimpinan sementara yang pertama memberi amaran kepada mereka yang membantah bahawa ia telah diberi kuasa polis untuk menyuraikan perhimpunan dalam "langkah yang beransur-ansur."

Gambar : Barisan kepimpinan Kerajaan Sementara
Sumber : AlJazeera

Raya kami di Syurga



Antara gambar para Syuhada' dalam kalangan kanak-kanak dan belia dalam beberapa siri tragedi berdarah akibat serangan Pihak tentera, polis dan samseng.

Sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية
‪#‎mesirkini‬

Perarakan Malam Raya Menolak Kudeta









Saat ini utusan parlemen Inggris bertemu koalisi di Rab'ah Adawiya

Perarakan Malam Raya Menolak Kudeta

Mujur sangat UMNO BN Selangor di bawah pimpinan Najib gagal untuk merampas Selangor di dalam PRU13 yang lalu

Mujur sangat UMNO BN Selangor di bawah pimpinan Najib gagal untuk merampas Selangor di dalam PRU13 yang lalu. Jika tidak, habis disapunya dan lunyailah wang rezab Selangor yang 3 billion itu.

Walaupun Menteri Besar S'ngor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang yang gagap & kedekut duit tetapi beliau telah berjaya menguruskan kewangan negeri di tahap yg terbaik & beramanah.

Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan bukannya spt puok2 UMNO-BN.


p/s: Pasti puok2 UMNO S'ngor khususnya & KERAjaan-NAJIB amnya 'MELELEH AIR LIUR' sampai ke lantai kerana gagal merampas balik negeri S'ngor.

http://www.selangorku.com/?p=32384
 

Selamat Hari Raya buat Tuan Presiden. Yang haq pasti tertegak, yang batil akan hancur binasa. Doa kami sentiasa bersamamu Mursi

Perarakan Malam Raya Menolak Kudeta

Sami Tibet bakar diri sebagai tanda protes

GAMBAR fail penunjuk perasaan Tibet semasa kejadian di Katmandu pada 13 Februari lalu.


KATMANDU - Seorang sami Tibet membakar dirinya di sini semalam, yang dipercayai sebagai protes terbaharu terhadap pemerintahan China di negara mereka.
Jurucakap polis, Manoj Chetri berkata, lelaki terbabit melakukan aksi ngeri itu berhampiran stupa Boudhanath di pinggir timur laut Katmandu.
Dia kemudian dibawa ke Hospital Universiti Tribhuwan dalam keadaan kritikal dan hampir keseluruhan tubuhnya terbakar.
Sami itu dilapor membakar dirinya di sebuah lorong jauh daripada orang ramai.
Anggota polis dan penduduk tempatan memadamkan api dengan alat pemadam api dan membawanya ke hospital.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.
Insiden berkenaan merupakan kejadian bakar diri kedua melibatkan rakyat Tibet di Nepal pada tahun ini.
Seorang penunjuk perasaan rakyat Tibet yang membakar dirinya pada Februari lalu telah meninggal dunia.
Beribu-ribu pelarian Tibet tinggal di Nepal dan kebanyakan mereka menetap sekitar Boudhanath yang dikelilingi biara Buddha.
Lebih 100 penduduk Tibet telah membakar diri sejak 2011 bagi menentang pemerintahan China atau mendesak pemimpin Tibet dalam buangan, Dalai Lama kembali ke Tibet.
China mendakwa Dalai Lama sebagai penghasut beberapa siri bantahan. Namun, beliau menafikan tuduhan tersebut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2bKNqggSF 
Hakcipta terpelihara