Monday, December 16, 2013

Angola tidak iktiraf Islam: Benar atau palsu?

Angola tidak iktiraf Islam: Benar atau palsu?16 Disember 2013
MINGGU lalu, negara Afrika Selatan, Angola mengundang kritikan dunia selepas kebanyakan media antarabangsa melaporkan negara itu mengambil keputusan mengharamkan Islam. Jika benar, maka negara tersebut menjadi negara pertama di dunia memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.    

Bagaimana kerajaan Angola berani mengambil keputusan luar biasa dan boleh mengharamkan agama kedua terbesar dunia di zaman moden ini?

Selepas laporan itu tersebar, kerajaan mengeluarkan kenyataan negaranya tidak mengharamkan Islam tetapi belum mengharamkannya. Walaupun fakta itu mampu diputar belit namun secara logiknya, negara itu kini menjurus untuk mengurangkan pengaruh Islam. Ianya terbukti selepas lebih 60 masjid dirobohkan dan ratusan al-Quran dibakar.

Kenyataan presiden, menteri  

Presiden Jose Edurado dos Santos berkata, ini adalah tahun terakhir pengaruh Islam di negaranya.

“Islam perlu diharamkan kerana hanya terdapat satu peratus daripada 19 juta penduduk. Perkara ini sama seperti 194 mazhab lain yang telah diharamkan sebelum ini,” katanya.

Menteri Kebudayaan Rosa Cruz e Silva pula berkata, masjid-masjid di negara ini sebahagian besarnya akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Beliau menyifatkan Islam sebagai ‘mazhab’ yang akan diharamkan kerana bertentangan dengan adat dan budaya Angola.

“Amalan Islam belum diluluskan Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia dan masjid akan ditutup," katanya.

Pengarah Kementerian Institut Kebangsaan Kebudayaan Hal Ehwal Agama Angola, Manuel Fernando bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

“Tiada peperangan di Angola terhadap Islam atau mana-mana agama lain. Tiada keputusan rasmi menyasarkan kemusnahan atau penutupan tempat ibadat dari mana-mana agama sekalipun,” katanya.

Seorang duta Angola di Washington baru-baru ini turut menyangkal dakwaan amalan diskriminasi agama yang diamalkan di Angola.

Kenyataan ICA

Persatuan Masyarakat Islam Angola (ICA) melaporkan dalam satu kenyataan, umat Islam tidak boleh mengamalkan agama mereka secara bebas.

Masjid, sekolah dan pusat komuniti Islam ditutup atau dirobohkan.

Setakat ini, 78 masjid di Angola, kecuali di Luanda, telah ditutup.

Laporan turut menyebut majoriti rakyat Angola terdiri daripada Roman Katolik dan mazhab Kristian yang lain melihat Islam sebagai negatif.

Islam diisytiharkan sebagai ‘tidak diundang’ di Angola, dengan kata lain Islam dianggap tidak memenuhi nilai-nilai penduduk Angola.

Terdapat wanita Islam dipukul kerana mereka memakai hijab sehingga mereka takut keluar rumah,” menurut laporan itu.

Jelas daripada laporan ini, kebebasan agama Islam di Angola sedang dicabuli. Mereka tidak mampu untuk mengamalkan tuntutan agama tanpa campur tangan kerajaan.

Seorang ahli masjid yang dirahsiakan namanya berkata, pihak berkuasa wilayah Huambo, selatan Angola diarahkan tutup  sebuah masjid serta-merta dan ini merupakan masjid ke-60 yang ditutup di Angola.

“Kami berasa marah dengan penutupan tempat-tempat ibadat ini,” katanya.

Sementara itu, Mufti Mesir Shaqi Allam dalam satu kenyataan berkata, tindakan ini merupakan satu bentuk penganiayaan anti-Islam.

“Mereka bukan sahaja mencetuskan provokasi umat Islam Angola, malah kepada lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Perlembagaan

Islam pada hakikatnya tidak diiktiraf oleh Angola. Mengikut Perlembagaan negara itu, sesebuah pertubuhan agama perlu memohon pengiktirafan oleh kerajaan jika ingin menjalankan amalan dan aktiviti keagamaan. Status ini sekali gus membolehkan sesebuah agama itu membina sekolah dan tempat ibadat.

Perlembagaan Angola menetapkan, sebuah kumpulan agama mesti mempunyai 100,000 ahli dan perlu ada di 12 daripada 18 wilayah.

Bagaimanapun, mengikut laporan audit negara itu, hanya terdapat kira-kira 90,000 umat Islam daripada jumlah penduduk 19 juta orang. Maka itu, mereka gagal memenuhi syarat tersebut menyebabkan agama Islam tidak diiktiraf.

Apa juga kemelut atau pendedahan, persoalannya terdapat dua kenyataan bercanggah. Apakah benar ajaran Islam diharamkan atau ianya sekadar tidak diiktiraf di Angola kerana pengamalnya hanya penduduk minoriti.-SH

Qatada nafi tuduhan ganas


Amman: Seorang pendakwah radikal yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan dihantar pulang dari Britain mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan keganasan dikenakan ke atasnya pada permulaan perbicaraan semalam.

Abu Qatada, 53, dituduh merancang serangan terhadap rakyat Israel, Amerika dan warga Barat lain di Jordan dalam dua percubaan yang digagalkan pada 1999 dan 2000.

Dalam kedua-dua kes, Abu Qatada yang berada di luar negara ketika itu, disabitkan sewaktu ketiadaannya dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.


Namun, ketika penghantaran pulang ke tanah air pada Julai, hukuman itu digantung dan dia perlu dibicarakan semula mengikut undang-undang Jordan.

Abu Qatada yang nama sebenarnya Omar Mahmoud Mohammed Othman disifatkan oleh mahkamah Britain dan Sepanyol sebagai tokoh kanan al-Qaeda di Eropah yang mempunyai hubungan rapat dengan Osama bin Laden.


Britain menuduhnya mempunyai kaitan dengan Zacarias Moussaoui, satu-satunya individu yang didakwa di Amerika Syarikat terhadap serangan pengganas pada 11 September 2001, di samping pengebom kasut Richard Reid.


Rakaman audio beberapa dakwah ulama itu yang ditemui di apartmennya di Hamburg, Jerman digunakan oleh beberapa penyerang 11 September.

Abu Qatada tiba di Britain menggunakan pasport palsu pada 1993 selepas melarikan diri dari buruan kerajaan Jordan.

Dia diberikan suaka politik di Britain setahun kemudian, tetapi akhirnya mensia-siakan suaka itu kerana disyaki terbabit dengan aktiviti militan, termasuk mengutip dana bagi membiayai rancangan keganasan di Jordan.- AP

Perjalanan 1,200 km cari keluarga


16 Disember 2013

KARACHI - PAKISTAN. Kira-kira 24 keluarga memulakan perjalanan dari pelabuhan Karachi ke Islamabad untuk mencari saudara mara yang hilang ketika konflik di wilayah Baluchistan, barat Pakistan yang tercetus pada 2004.

Perjalanan sejauh 1,200 kilometer itu bakal mengambil masa tiga minggu.

Menurut AFP, pencarian mereka turut melibatkan laluan sepanjang Laut Arab hingga ke kaki gunung Himalaya.

Ketika konflik itu, ratusan penduduk diarah berpindah oleh pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan menjadi mangsa serangan

Suami, isteri terbunuh di Yala


16 Disember 2013


YALA - THAILAND. Sepasang suami isteri maut selepas ditembak kumpulan pemisah di daerah Raman, wilayah Yala, selatan Thailand, semalam.

Polis tempatan berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Phan Prasarnsri, 65, dan isterinya Sukanya, 60, merupakan penduduk dari daerah Rueso wilayah Narathiwat.

“Ketika kejadian, pasangan itu dalam perjalanan ke estet getah di Tambon Haba Tindak. Mangsa ditembak pembonceng motosikal sebelum melarikan diri,” katanya dipetik Bangkok Post.

Menurutnya, mangsa ditembak di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Padah mahu bunuh Mufti Besar


Riyadh: Mahkamah Jenayah Khas di sini menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah merancang pembunuhan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh.

Dia juga dikenakan larangan perjalanan untuk tempoh sama selain 40 sebatan.

Tertuduh didapati bersalah atas 13 tuduhan termasuk ideologi takfiri (menuduh orang lain sebagai kafir); menyertai al-Qaeda; merekrut militan untuk membunuh Mufti Besar dan beberapa pemimpin agama serta pegawai Biro Siasatan dan Pendakwaan; merekrut pengganas untuk menggempur penjara biro siasatan untuk membebaskan tahanan; merancang meletupkan pelantar minyak dan membabitkan diri dalam perang di Iraq.



- Agensi.

Bapa saudara Kim jalani hukuman mati

Pyongyang: Korea Utara semalam berkata, Jang Song Thaek -bapa saudara pemimpin negara itu, Kim Jong-un sudah dihukum mati.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkait dengan pelaksanaan hukuman itu, pihak berkuasa Korea Utara menggelar bekas mentor pemimpin terbabit sebagai pengkhianat yang cuba merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan. 
Pengumuman mengejutkan itu dibuat hanya beberapa hari selepas Jang - yang dianggap orang nombor dua di negara itu - disingkirkan daripada semua jawatan kerana pelbagai tuduhan, termasuk rasuah, penggunaan dadah, berjudi dan kaki perempuan.

Dalam pengumuman terperinci yang luar biasa, agensi berita kerajaan KCNA berkata, Jang cuba melakukan “jenayah tersembunyi untuk cuba menggulingkan kerajaan menerusi rancangan jahat dan keji dengan cita-cita untuk merampas kuasa tertinggi parti dan negara”.
Foto
JANG dibawa untuk menjalani perbicaraan di tribunal khas tentera di Pyongyang, Korea Utara kelmarin.

Kerajaan Korea Utara menggelarnya “pengkhianat kepada semua peringkat masyarakat di negara berkenaan” dan “lebih buruk daripada anjing”.

Jong-un menyelia pengusiran berprofil tinggi sejak mengambil alih kuasa selepas kematian bapanya, Kim Jong II dua tahun lalu. Namun, tiada seorang pun yang disingkirkan itu diumumkan kepada rakyat sebagaimana tindakan ke atas Jang yang sebelum ini dilihat membantu Jong-un menggabungkan kuasa.

Penganalisis berkata, Jong-un bertindak melulu tanpa belas ihsan untuk mengukuh dan menunjukkan kuasanya, tetapi terdapat kebimbangan di Seoul bahawa penyingkiran Jang dan pengikutnya akan menyebabkan ketidakstabilan atau salah percaturan atau serangan ke atas Korea Selatan.

Jang dilihat oleh kuasa asing sebagai penyokong utama pembaharuan ekonomi ala China. - Agensi

Raja Jordan tolak kereta terkandas


RAJA ABDULLAH II dilihat bersama beberapa pengguna jalan raya membantu menolak sebuah kereta yang tersangkut di dalam salji di Amman, Jordan kelmarin.- Agensi


AMMAN - Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II bin Al-Hussein mengejutkan rakyat jelata kelmarin apabila baginda dilihat membantu menolak sebuah kereta yang tersangkut di dalam salji di sebatang jalan raya di sini.
Kereta milik sebuah keluarga itu tersangkut selepas negara padang pasir tersebut dilanda ribut salji kelmarin.
Raja Abdullah II menolak kereta itu bersama beberapa pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, baginda melawat kawasan tersebut bagi memeriksa perkembangan terkini kerja-kerja membersihkan salji di jalan raya.
Peristiwa itu yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya telah dimuat naik ke laman web perkongsian video YouTube. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2ncvmPmvG 
Hakcipta terpelihara 

UMNO dan Yahudi tiada jauh bezanya.. !!



Cuma yang berbeza Yahudi mendakwa mereka sebagai pengikut Syariat Nabi Allah Musa a.s sedangkan UMNO pula mengaku kononnya mereka mengikut Syariat Nabi Muhamad s.a.w walaupun UMNO menolak sebahagian Hadith Rasulullah s.a.w tentang hukum Hudud, Assobiiyah / Kebangsaan, Judi, Arak, Penutupan Aurat . Rasuah, Riba dan lain2nya...

Dari segi gerak kerja nereka tetap sama tiada sebarang perbezaan..
Kekuatan kedua-duanya adalah kepada Doktrin Ketuanan Bangsa iaitu Ketuanan Yahudi dan Ketuanan Melayu..

Yahudi mendakwa mereka keturunan Nabi Ibrahim a.s dan dari kalangan mereka lahirnya ramai para Rasul Allah...

Melayu UMNO mendaklwa mereka dari keturunan Nabi Ibrahim dan Isterinya Siti Khaturah yang digelar sebagai Bani Jawi sedangkan tiada sebarang fakta soleh yang mampu membuktikan semua dakwaan tersebut melainkan hanya dikutip dari Kitab-kitab lama tulisan para Imam Syiah dari Tanah Yaman pada zaman dahulu yang telah datang menjalankan misi dakwah dan takiah mereka di seluruh kepulauan melayu ini..


Munculnya kembali kesah Bani Jawi dari kitab2 sesat tulisan para Imam syiah ini adalah selepas Penharaman UMNO yg dilakukan oleh Tun Mahather.. Ketika Mahather mengwujudkan UMNO Baru maka beliau telah berjumpa dgn para Ulama UMNO dan mengarahkan agar dikembalikan kekuatan dan semangat bangsa melayu kerana bagi beliau melayu dalam UMNO Baru perlu dinilai tambahkan kekuatannya agar tampak lebih hebat.. maka muncullah kitab2 karangan para imam Syiah yang mendewa2kan bangsa melayu sebagai Bani Jawi yang berasal dari Nabi Ibrahim dan Siti Khaturah.. Tetapi usaha bagi mengiktiraf kesahihan kesah bani jawi tersebut telah ditolak mentah2 oleh para ulama dunia islam, sejarawan, dan ilmuan islam seluruh dunia...

Note : Sebahagian besar Melayu UMNO mendakwa dalam tubuh badan bangsa melayu mengalirnya darah Yahudi kerana mereka datangnya dari keturunan Nabi Ibrahim...

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan Negara.