Thursday, September 23, 2010
Hukuman mati hadiah hari lahir
SHAH ALAM – Mohd Fazli Azri Jamil menerima hadiah hari lahir ke 28 semalam dengan penuh tragis berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan supaya dia dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Syafiah Humaira Sahari, anak teman wanitanya dengan cara sadis, Februari lalu.
Suasana pilu menyelubungi kawasan mahkamah, dengan ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, meraung dan memeluk erat tubuh anaknya sebelum rebah di tepi kandang tertuduh.
Adik beradik dan saudara mara yang lain turut menangisi keputusan mahkamah itu, kecuali neneknya yang kelihatan tabah dan memujuk Nur Haziah supaya menerima takdir.
Dia didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira, 3 tahun, di padang bola Batu 30, Batang Kali, pada jam 6.30 petang, 25 Februari 2010.
Ketika membuat rayuan, Mohd Fazli, diwakili peguam Gurbachan Singh, berkata dia sedang lalok akibat ganja dan minuman keras Guiness Stout hingga tidak ingat insiden semasa kejadian itu, tetapi ditolak mahkamah.
Hakim, Datuk Wira Mohtarudin Baki berkata, pemandu teksi itu waras ketika melakukan perbuatan itu.
Berdasarkan keterangan empat saksi, mereka melihat Mohd Fazli melakukan pembunuhan itu dengan cara menendang dan memijak perut Syafiah Humaira menggunakan kasut bola yang mempunyai 'stud’ (paku).
Malahan, katanya, keterangan saksi tidak disoal balas peguam sekiranya perbuatan itu konsisten dengan perbuatan seseorang yang sedang mabuk atau lalok.
Menurutnya kegagalan soal balas tersebut dianggap sebagai menerima fakta.
“Tertuduh jelas waras. Faktanya, tertuduh boleh memandu teksi dari rumah pergi ke padang bola dan kemudian balik. Itu jelas tidak konsisten dengan keadaan orang mabuk,” kata Mohtarudin.
Mengenai dakwaan bahawa Syafiah Humaira cedera kerana jatuh motosikal yang terhentak bonggol jalan dan tidak memakai topi keledar, hakim berkata ia tidak konsisten dengan kecederaan akibat kemalangan berdasarkan keterangan pakar perubatan.
Dakwaan bahawa Syafiah Humaira cedera akibat jatuh di tandas pula, menurut Mohtarudin, tidak pernah diberitahu oleh Mohd Fazli kepada sesiapa yang dikenalinya.
Perihal hujahan peguam supaya pertuduhan bunuh dikurangkan kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat, beliau bersetuju dengan pendakwaan bahawa dalam kes ini Syafiah Humaira hanya seorang kanak-kanak yang mempunyai daya tahan berbeza dengan orang dewasa.
“Perbuatan tertuduh menghempas pintu teksi sehingga terkena kepala, menendang dan memijak perut Syafiah Humaira menggunakan kasut bola tidak boleh diterima dalam menunjukkan tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh,” kata Mohtarudin yang mensabitkan Mohd Fazli mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu hanya memperuntukkan satu hukuman, iaitu gantung sampai mati.
Walaupun tangisan ibu dan sanak saudara bergema, namun Mohd Fazli kelihatan tersenyum dengan ‘hadiah hari lahir’ yang diterimanya itu.
Dengan tenang dia kelihatan mencium dahi teman wanitanya, iaitu ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25.
Mohd Fazli, ketika dibawa keluar mahkamah, sempat melemparkan senyuman kepada wartawan sambil mengucapkan, “terima kasih wartawan semua”.
Kes arwah Syafiah Humaira mendapat liputan luas media berikutan dia menemui ajal akibat perbuatan teman lelaki ibunya sendiri.
“Saya tak tahu menahu” - Nik Aziz
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menyenaraihitamkan Syarikat I’Da World Group Sdn Bhd, yang mendakwa menyumbangkan RM4 bilion kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pas Kelantan untuk membangunkan negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu serta tidak mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit.
“Sebagai Menteri Besar, saya tidak ada sangkut paut langsung dengan cadangan syarikat itu dan tidak pernah melantik mana-mana pihak mewakili saya menerima replika cek bernilai RM4 bilion sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar semalam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berhubung sebuah syarikat yang dikenali sebagai I’Da World Group Sdn Bhd bermurah hati menderma kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion.
Akhbar kelmarin melaporkan replika cek berkenaan diterima wakil Menteri Besar daripada Pengerusi Eksekutif syarikat berkenaan, Abdul Rahim Abdul Wahab.
Difahamkan adik Nik Abdul Azizi iaitu Nik Din mengesahkan beliau terima replika cek berkenaan pada majlis itu, tetapi atas sifat peribadi dan bukan mewakili Kerajaan Negeri atau parti.
Sumbangan cek itu untuk membangunkan negeri ini, antara lain, termasuk projek pembangunan Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar yang membabitkan kos RM313.71 bilion.
Nik Abdul Aziz berkata, tiada sebarang rundingan dibuat antara Kerajaan Negeri dan syarikat itu untuk membantu negeri ini dalam melaksanakan projek pembangunan di Kelantan, malah tiada sebarang persetujuan dibuat.
“Akhbar yang menyiarkan gambar wakil saya menerima replika cek itu tidak benar, kerana saya tidak pernah menghantarkan mana-mana pihak menerima cek (replika) itu bagi pihak saya,... mengarut jah!..” katanya.
Pemuda rayu pampasan
JOHOR BAHRU – Seorang pemuda dari Skudai Kiri, di sini, masih mengharapkan belas ihsan dari sebuah syarikat untuk membayar pampasan selepas mengalami kecederaan teruk pada anggota badannya ketika sedang bekerja.
Mohd Faizul Abu Bakar, 29, yang bekerja sebagai kontraktor perumahan terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan ketika sedang memasang atap dipercayai kerana hilang keseimbangan dalam kejadian pada awal bulan Januari lalu.
Akibat daripada kejadian itu, beliau terpaksa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, bagi mendapat rawatan segera berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, patah tangan kiri, usus perut membengkak dan tulang punggung retak.
Beliau kini terlantar di Pusat Jagaan Warga Emas Islam Nur Ehsan yang sanggup memberinya tempat tinggal bermula 5 Syawal lalu, selain menjaga keperluannya sebagai pesakit kronik.
Anak keenam daripada tujuh adik beradik itu ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Jagaan Warga Emas Islam Nur Ehsan, Kempas Baru, di sini, melahirkan rasa syukur kerana masih mampu hidup walaupun mengalami kecederaan serius akibat kecelakaan berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Faizul tetap berharap syarikat yang mengupahnya untuk kerja membina dan menyelenggara bangunan terbabit di salah sebuah kawasan sekitar Pasir Gudang dapat membayar pampasan untuknya bagi menjelaskan bil rawatan hospital dan perubatan.
Suami mithali
KUANTAN - “Beginilah keadaan isteri saya sejak sembilan tahun yang lalu, tidak bergerak-gerak malah langsung tidak berikan tindak balas,” kata bekas tentera, Salleh Daud, 54, suami kepada Rusminah Mahusin, 50, yang masih tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) membuang ketumbuhan dalam otak pada 14 Disember 2001.
Salleh berkata, ketika kejadian, bahagian kiri badan isterinya lumpuh manakala bahagian kanan masih boleh bergerak sebelum Rusminah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun, Rusminah kemudian terpaksa dipindahkan ke HKL untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesan terdapat ketumbuhan dalam otak sebesar dua sentimeter menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan.
Menceritakan semula, Salleh berkata, selepas selesai menjalani pembedahan, keadaan isterinya tidak ubah seperti `mayat hidup’ apabila masih tidak sedarkan diri serta mampu bergerak dengan bebas.
Menurutnya, berikutan itu, dia terpaksa bekerja lebih gigih demi menyara kos kehidupan isterinya yang memerlukan lampin pakai buang setiap bulan, susu selain menanggung anak bongsunya, Mohd Farish Aiman, 10.
Salleh yang berasal dari Kelantan dan tinggal di Felda Panching Utara, di sini, berkata, waktu siang dia terpaksa bergelar `ibu’ untuk menyiapkan Mohd Farish ke sekolah manakala waktu malam dia bertugas pula di Sekolah Integrasi Indera Mahkota di sini sebagai pengawal keselamatan.
”Begitulah kehidupan saya selama sembilan tahun untuk menguruskan rumah tangga tetapi saya tidak pernah merungut kerana saya sayangkan keluarga biarpun terpaksa menempuh kehidupan yang amat menyeksakan.
”Sudah berpuluh-puluh khidmat pengamal perubatan tradisional digunakan demi memulihkan keadaan isteri tersayang namun sehingga kini masih gagal,” katanya.
Perkahwinan Salleh dan Rusminah yang hampir mencecah 23 tahun dikurniakan empat cahaya mata yang berumur antara 10 hingga 21 tahun dan kesemua mereka masih belajar lagi.
Salleh yang pernah berkhidmat dengan Tentera Darat Malaysia, berkata Rusminah mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang serta empat tin susu dalam tempoh sebulan.
”Saya reda dan akan setia menjaga isteri sampai akhir hayat. Saya terlalu sayangkannya kerana dia (isteri) seorang yang baik serta bertanggungjawab dalam hal menguruskan rumah tangga dan anak-anak sepanjang dia sihat,walau apa pun terjadi kepadanya selepas ini saya pasrah,” katanya.
Bangladesh ke arah sekular
Dr Azman Ibrahim
Bangladesh dengan lebih 155 juta jiwa di mana hampir 90 peratus penduduknya beragama Islam adalah antara negara dengan dengan jumlah ummat Islam terbesar di dunia di mana jumlah ummat Islam di Bangladesh meliputi kira satu persepuluh dari populasi ummat Islam seluruh dunia. Negara yang didiami satu satu bangsa dan satu bahasa tidak menghadapi suasana kepelbagaian kemajmukan sebagaimana sebahagian negara lain. Dahulunya Bangladesh sebahagian dari Pakistan yang terdiri dari dua wilayah, Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Bangladesh dikenali sebagai Pakistan Timur dan berpisah sepenuhnya dengan Pakistan selepas perang 13 hari pada Disember 1971 yang memberikan Bangladesh kemerdekaannya.
Sinonim sebagai antara negara paling miskin di Asia Barat dan banyak bergantung kepada bantuan antarabangsa, Bangladesh juga tidak pernah sepi dari pergolakkan politik walaupun agak kurang diberikan liputan antarabangsa. Walaupun miskin dari segi ekonomi, Bangladesh kaya dengan sumber semulajadi dan bahan galian, serta dengan jumlah ummat Islam yang ramai ianya tetap menjanjikan suatu masa depan yang gemilang untuk Islam.
Merungkap situasi terkini di Negara Asia Selatan ini, satu mesyuarat bertajuk Meeting On The Persecution Of Islamic Political Parties/Activist And Marginalisation Of Islam In Bangladesh anjuran Citizen Internationaltelah diadakan bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang pada Isnin, 21 September lepas yang turut dihadiri oleh Saudara Abdul Razzaq, Penolong Setiausaha Agung Jamaat el Islami Bangladesh untuk menerangkan situasi terkini gerakan Islam Bangladesh pimpinan Jamaat el Islami menghadapi usaha jahat kerajaan sekular pimpinan Liga Awami. Mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil parti politik dan NGOs antarabangsa serta tempatan antaranya dari London, India, Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Saya hadir mewakili Asian Federation of Muslim Youth (AFMY). Antara beberapa tokoh tempatan yang hadir, SM Mohd Idris, Cikgu Azmi Hamid, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Dr Kamaruzzaman Yusof, Dr Siddiq Fadhil.
Beberapa isu besar yang telah dibincangkan.
Antaranya, penangkapan pimpinan-pimpinan Jamaat el Islami untuk dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang kononnya pemimpin-pemimpin Jamaat el Islami ini bersekongkol dan bersubahat menyokong Pakistan serta menentang kemerdekaan Bangladesh semasa era perang Pakistan-Bangladesh, 1971. Pimpinan Jamaat el Islami di label sebagai pengkhianat negara. Abdul Razzaq memaklumkan tuduhan dan penangkapan ini merupakan satu fitnah jahat kerana semasa era perang Pakistan-Bangladesh, pimpinan Jamaat el Islami sekarang ini masih lagi berada di alam pengajian. Tambahan pula Jamaat el Islami sendiri diasaskan pada akhir 1978 dan mula beroperasi pada awal 1979. Usaha ini tidak lain dari strategi jahat untuk melumpuhkan gerakan Islam yang semakin maju mendapat dokongan masyarakat Islam pada ketika kerajaan Liga Awami dengan imej korupsi yang parah semakin membarah kelihatan terdesak untuk meraih simpati rakyat dan negara penderma antarabangsa.
Penangkapan secara zalim ini berlaku pada 29 Jun 2010 di mana tiga pemimpin tertinggi Jamaat terdiri dari Amir, Maulana Motiur Rahman Nizami, Timbalan Amir, Allama Delwar Hossein Sayadee dan Setiausaha Agong, Ali Ehsan Mujahid telah ditahan. Tuduhan yang dihadapi, menghasut rakyat dengan sentiment agama. Pada 13 Julai 2010 dua orang Penolong Setiausaha Agong Jamaat el Islami pula ditangkap, Mr. Muhammad Kamaruzzaman dan Mr. Abdul Quader Mullah. Di samping menghadapi tuduhan menghasut rakyat dengan sentimen agama mereka juga dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang 1971. Tuduhan ini sangat berat dan mereka boleh berhadapan dengan hukuman mati. Sedangkan daripada lima pemimpin tertinggi Jamaat el Islami ini, empat daripadanya masih merupakan pelajar pada 1971 dan tidak terlibat dengan sebarang konflik ketika perang Pakistan Bangladesh 1971. Pejabat-pejabat Jamaat diserbu pihak polis dan aktivis-aktivis ditangkap. Saudara Abdul Razzaq memaklumkan setakat ini kira-kira 3,550 telah ditahan. Sebarang penganjuran acara termasuk mesyuarat tertutup parti sekalipun tidak dibenarkan.
Penangkapan pemimpin gerakan Islam ini sebahagian dari langkah penting untuk dalam usaha kerajaan Liga Awami untuk mensekularkan negara dengan majoriti 90 peratus Islam serta memisahkan Islam dari kehidupan masyarakat. Objektif utama mereka adalah untuk mengembalikan perlembagaan negara tahun 1972 yang menyatakan parti-parti politik berteraskan agama tidak dibenarkan beroperas! Buku-buku karangan Abu Ala’ Maududi dikhabarkan mula diharamkan daripada dijual.
Pergolakan ini membawa kepada memburuknya situasi hak asasi manusia. Sepanjang 2009 sahaja konflik politik ini telah menyebabkan 251 orang terbunuh, 15559 orang cedera dan 250 orang ditangkap. Sementara sehingga Julai 2010, 119 orang telah terbunuh, 9632 orang cedera dan 3435 orang ditahan.
Saudara Abdul Razzaq mengakhiri bicaranya dengan harapan. “Kami berada jauh di selatan Asia, secara geografi terpisah dari dunia Islam lain. Ummat Islam di kawasan Delta Bangladesh sedang menghadapi waktu-waktu sukar, saudara Islam di seluruh dunia berkewajipan membantu kami. Kita adalah ummat yang bersaudara.”
sumber dari harakah
sumber dari harakah
Hentikan kritikan terhadap individu bertanding
Harakah
Yahya Sahri
Yahya Sahri
Presiden parti KEADILAN di gesa supaya segera mengeluarkan arahan agar jangan ada sesiapa dari kalangan ahli parti baik yang bertanding ataupun tidak; baik yang berjawatan atau tidak ; mengeluarkan kenyataan dalam apa jua media khususnya menyentuh personaliti calon-calon yang bertanding merebut jawatan dalam parti bulan November akan datang.
Hal ini amat penting bagi menjaga keharmonian kempen masing-masing. Jika pun mereka mahu memberikan komen, maka ia harus dilakukan dalam kerangka atau platfom parti.
Jangan gunakan media atau jangan respon terhadap media jika ada isu yang berkaitan dengan personaliti seseorang. Tidak wajar seseorang memberi komentar terhadap prestasi seseorang yang lain dalam media yang boleh memberikan pelbagai tafsiran kepada umum. Tindakan sedemian serupa dengan membuka pekung di dada. Ia tidak ubah seperti membuka pintu rumah seluas-luasnya untuk pencuri masuk.
Semua ahli termasuk pimpinan tertinggi parti harus sedar bahawa yang bertanding dalam pemilihan adalah ahli parti yang sering berikrar untuk memperjuangkan parti. Sebelum ini semua orang-orang ini telah bersama-sama berkerja dalam satu pasukan untuk memenangkan parti. Sebelum ini kita sering mendakwa pemimpin KEADILAN semuanya satu hati satu jiwa; semuanya ikhlas mahu berjuang.
Sebelum ini kita kata semua ahli parti kita komited dengan perjuangan. Sebab itu kebanyakan dari mereka di beri tugas dan jawatan dalam parti. Sebaliknya bila tiba musim pemilihan lain pula komentar kita terhadap ahli yang bertanding tersebut. Hal seperti ini tidak baik dan tidak wajar berlaku malahan tidak boleh dibenarkan berlaku dalam parti.
Malah organ parti juga tidak harus digunakan untuk mengherdik, mencela atau mengkritik mana-mana ahli yang bertanding. Yang bertanding adalah ahli yang telah membuktikan kesetiaan mereka bersama parti ini, paling tidak buat masa ini. Di masa hadapan kita tidak tahu. Setakat yang dia menunjukkan kesetiaan kepada parti maka kita tidak harus melayani mereka seperti pengkhianat ataupun musuh.
Paling tidak mereka ini tampak setia bekerja atau berkhidmat dalam parti. Semua yang menawarkan diri untuk bertanding memegang jawatan penting dalam parti mempunyai rekod khidmat dan sumbangan terhadap parti, baik dari segi masa, tenaga atau wang ringgit, yang beza hanyalah “tahap” atau “degree” sumbangan itu sahaja dan tidak mungkin semua orang mempunyai “degree sumbangan” yang sama. Jadi biarlah ahli yang menilainya.
Ada yang baru masuk dan mereka tentunya belum boleh berbuat banyak untuk parti kerana belum diberi tanggungjawab yang besar dalam parti. Ada yang sudah lama dalam parti dan memegang jawatan besar dalam parti. Jadi tentu mereka ini lebih banyak dilihat berjasa dalam parti. Jadi tidak adil untuk kita mengukur sumbangan seperti itu dalam menilai ketokohan seseorang.
Jangan juga kita ingat semua yang lama dalam parti itu semestinya banyak sumbangan. Tidak sedikit di antara pemimpin lama yang dilantik sebelum ini pun hanya duduk dalam mesyuarat barisan kepemimpinan sahaja. Datang mesyuarat, bercakap sepatah dua dan angguk-angguk. Yang mampu setakat itu sahaja pun ada. Kalau setakat itu sahaja dia mampu buat maka kita raikanlah sahaja kemampuannya itu. Kalau kita dapat yang lebih baik kita berilah tempat padanya. Jangan pula kita memperlekeh yang tidak mampu menyumbang seperti yang lain.
Yang kurang menyumbang dalam parti sebenarnya kita semua bukan satu dua orang. Ini kerana parti ini milik semua dan semua orang sebenarnya boleh memberikan sumbangan kepada parti meskipun tanpa jawatan. Apatah lagi yang berjawatan. Jadi jangan kita saling menuduh dan menunjuk antara satu dengan lain. Tunjuki diri sendiri kerana kita sebenarnya gagal bekerja lebih kuat memperkasa parti. Banyak perkara yang belum kita buat dalam parti jadi pemimpin yang telah lama jangan mendabik dada telah melakukan banyak kerja dalam parti..
Dan kalau pun sudah banyak berjasa dalam parti tak perlulah nak heboh-heboh kerana jika buat kerja kerana nakkan pujian, maka sumbangan seperti itu pun tak ada makna yang besar kepada parti. Kita juga jangan lupa kepada orang lain yang juga turut menyumbang kepda parti tetapi tak mahu di kenang atau di sebat-sebut. Tidak sedikit yang tak mahu memegang apa-apa jawatan dalam parti tetapi tetap bekerja siang malam dalam parti. Semua mereka juga ada berjasa dan barangkali mereka lebih banyak berjasa dari mereka yang berada lama barisan kepemimpinan parti.
Oleh itu jangan kita menjadi terlalu pandai nak ukur sumbangan seseorang berdasarkan pemerhatian luaran sahaja. Ada sumbangan yang dibuat secara peribadi tetapi banyak membantu parti dan itu mungkin kita tidak tahu. Jadi bagaimana kita boleh secara rambang membuat penilaian tertentu terhadap seseorang.
Oleh yang demikian semua pihak harus kembali berpegang kepada prinsip beramal dalam pasukan atau prinsip berjamaah. Dalam semua agama kita di ajar supaya berpegang kuat dengan semangat berjamaah dan jangan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan jamaah.
Dalam Islam umatnya di ajarkan supaya menghayati perumpamaan kekuatan sesebuah jamaah yang diumpamakan sebagai sebuah binaan atau bangunan. Kita semua harus sedar bahawa kita hanya dapat membangunkan bangunan dari himpunan dan ikatan batu yang kasar, kerikil yang kecil dan juga pepasir yang halus. Jika batu besar mengatakan kerikil dan pasir tidak penting dan tidak berguna, tentunya sesebuah bangunan yang teguh tidak dapat dibangun dan ditegakkan.
Kita juga di ajarkan supaya menghayati semangat jamaah yang diibaratkan sebagai sebatang tubuh, yang mana jika ada salah satu anggota yang sakit, maka seluruh tubuh akan turut merana kesakitan.
Bila kita memberikan komentar negatif terhadap sesama kita , kita harus ingat bahawa ada sesorang di kalangan kita yang tentunya sakit dan jika kita tidak dapat merasai kesakitan tersebut maka sesungguhnya semangat sebenar jamaah itu tidak ada dalam diri kita. Bagaiman kemenangan akan menyebelahi kita jika semangat seperti itu tidak tertancap di dalam jiwa kita semua.
Oleh itu Presiden dan pimpinan tertingggi harus segera berusaha mencari jalan mengelakkan fenomena yang tidak sihat ini berkembang dalam parti. Lembaga Disiplin parti atau Jawatankuasa Pemilihan Parti harus segera mengeluarkan arahan yang jelas dan tindakan harus di ambil terhadap mana-mana pihak yang menggunakan media untuk mencela dan memberikan komentar negatif terhadap calon yang lain.
Lagi pun parti KEADILAN ini masih muda umurnya dan tentunya banyak kelemahan yang akan timbul di kalangan ahli dan juga dalam parti. Jadi janganlah sampai semua pihak membuka pintu seluasnya kepada musuh untuk masuk melihat kelemahan kita semua. Jika seorang membuka satu pintu dan pihak yang lain membuka satu pintu lagi, maka habislah rahsia rumah tangga kita diketahui orang dan mudahlah musuh mengalahkan kita kerana kelemahan kita sudah ditangan mereka. Dan yang lebih bahaya dari itu adalah “Jangan sampai rakyat bosan dengan kebobrokan politicking pemimpin parti KEADILAN”

- Penulis adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan
sumber harakah
sumber harakah
Timbalan: Tian Chua akan umum selepas 3 Oktober
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tian Chua, seorang lagi calon yang layak bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR memaklumkan bahawa beliau akan membuat pengumuman untuk bertanding atau tidak selepas selesai proses pencalonan.
"Saya sendiri akan membuat keputusan selepas habis semua mesyuarat agung (peringkat cabang).
"3 Oktober habis kesemuanya, lebih kurang dua tiga hari kemudian, saya akan buat keputusan," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi Harakahdaily.
Sambil menyuarakan rasa terharu kerana mendapat pencalonan daripada akar umbi parti, beliau berkata, adalah lebih baik baginya untuk mencermati sistem 'satu anggota satu undi' yang pertama kali diperkenalkan dalam Pemilihan PKR 2010 ini.
Ini kerana, katanya proses pemilihan adalah pelantar ujian yang penting bagi PKR sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Kata Pengarah Strategi PKR itu lagi, partinya mahu melakukan pertunjukan sistem demokrasi yang sebenar kepada negara dan rakyat.
"Mungkin inilah 'persembahan' yang kita nak tunjuk pada orang ramai, bagaimana demokrasi dapat dilakukan dalam sebuah parti dan boleh ikut.
"Kalau Pakatan Rakyat memerintah kelak, 'persembahan' begini yang kita nak cadangkan untuk Malaysia kerana parti sudah ada pengalaman," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Batu.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli parti kerana begitu komited dalam menilai kredibiliti dan faham politik Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, yang masing-masing telahpun mengesahkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
"Mula-mula parti mahu memperkenalkan sistem ini, saya pun bimbang tetapi ahli telah membuktikan komitmen masing-masing (dalam) menilai pendirian dan politik kedua-dua calon ini," beliau menambah.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa kepemimpin tertinggi parti pada musim ini adalah kepemimpinan yang dinamik kerana dipilih secara langsung oleh ahli-ahli parti.
Dalam perkembangan berkaitan, Mustaffa Kamil Ayub turut diumumkan sebagai seorang lagi calon yang layak bertanding untuk kerusi nombor 2 parti itu.
Namun, Harakahdaily gagal menghubungi pemidato mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagi mendapatkan maklum balas lanjut.
Pun begitu, seorang anggota Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dari Perak memberitahu Harakahdaily bahawa Mustaffa sebenarnya sedang membuat tinjauan akhir dari akar umbi parti.
"Mus (Mustafa) seorang yang sederhana dan berhati-hati, mungkin Mus sedang lihat apa kata anggota-anggota parti," ujarnya ketika dihubungi kemudian.
Sekiranya Tian dan Mustafa masing-masing menyatakan kesudian untuk bertanding, bermakna kerusi Timbalan Presiden PKR bakal menyaksikan pertarungan empat penjuru yang sudah tentu lebih sengit kelak.
Nurul Izzah tanding Naib Presiden PKR
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Nurul Izzah Anwar petang ini mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam Pemilihan 2010 Oktober ini.
"Atas semangat reformasi dan demokrasi, saya ingin mengumumkan kesediaan bertanding jawatan Naib Presiden parti," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, sistem 'satu ahli satu undi' yang diperkenalkan pada pemilihan kali ini akan mengangkat 'suara ahli' sebagai 'suara parti' yang sebenar.
Atas maksud itu, beliau turut tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon lain sebagaimana yang pernah dilakukan oleh beberapa Ahli Parlimen dan Adun tertentu sebelum ini.
"Saya juga ingin menjelaskan yang saya tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana mereka (ahli) bebas untuk membuat pencalonan.
"Saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka," ujarnya.
Beliau yang dikenali sebagai Puteri Reformasi pada era Reformasi 12 tahun yang lalu turut mengajak ahli-ahli melakukan sekali lagi reformasi dalam parti dengan memilih calon berasaskan pada politik informasi, bukannya personaliti semata-mata.
Beliau turut mencadangkan semua calon menurunkan tandatangan secara terbuka pada Deklarasi Kempen Adil dan Bebas bagi menggalakkan lagi amalan berkempen secara beretika, adil, bebas dan demokratik.
"Demi masa depan negara, saya mencadangkan calon-calon supaya tandatangan secara terbuka Deklarasi Kempen Adil dan Bebas minggu depan.
"Saya percaya parti ini adalah penentu masa depan negara kelak," ujarnya.
Daripada 15 calon yang diumumkan layak bertanding, N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) sebelum ini turut membuat pengesahan untuk bertanding bagi mengisi empat kerusi Naib Presiden.
Manakala, tiga kerusi berbaki bakal diisi secara selektif sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti.
First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu.
Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.
"Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.
"Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.
Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara.
"Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita.
"Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara.
"Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong.
"Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya.
Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya.
Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.
Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia.
Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Ketua Polis Selangor profesional dalam menjalankan siasatan terhadapnya berkait kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya.
Shamsul dalam satu kenyataan balas kepada Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis harus mengikut prosedur yang betul jika mahu memanggil beliau untuk memberikan keterangan.
"Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media (investigation through media).
"Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis," kata Shamsul.
Menurut Shamsul, beliau akan menghantar satu salinan kenyataan rasminya ke laman sosial Facebook Khalid dan turut mengarahkan peguamnya, Yusmadi Mohd Yusoff untuk berurusan dengan pihak polis.
"Saya juga akan menghantar sesalinan respons rasmi saya ke laman sosial Facebook Datuk Khalid memandangkan "kaedah Facebook" ini merupakan kegemaran beliau," katanya.
Beliau juga akan mengadakan satu sidang media selepas bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 3 petang esok bagi menjelaskan pendiriannya kepada umum.
Khalid sebelum ini mendakwa Shamsul gagal dihubungi bagi mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau mengenai kes pembunuhan Sosilawati.
Khalid berkata, kegagalan Shamsul berkerjasama dengan pihak polis itu memungkinkan waran tangkap dikeluarkan kepada beliau.
Shamsul bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya melontarkan pertanyaan kemungkinan wujud sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting.
Ianya ekoran kegagalan pihak polis bertindak dalam beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.
Menurutnya, kes-kes berkenaan hanya dibuka semula selepas terbongkarnya kes pembunuhan Sosilawati.
Beliau juga menegaskan, sehingga hari ini beliau tidak pernah dimaklumkan menurut kaedah-kaedah dan amalan undang-undang seperti yang diperincikan di dalam Kanun Acara Jenayah di dalam hal yang bersabit dengan prosedur memberikan sebarang kenyataan untuk membantu siasatan polis.
"Justeru adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa saya gagal dihubungi sedangkan tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan," katanya.

Khalid akan putuskan 5 Oktober nanti
Harakahdaily
SHAH ALAM, 23 Sept: Dengan tinggal tidak sampai dua minggu tarikh tutup pencalonan kepimpinan PKR, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi membisu dan tidak menunjukkan sebarang petunjuk beliau akan bertanding merebut mana-mana jawatan.
Menurut sumber yang rapat dengan beliau, para pegawai kanan beliau sendiri tidak tahu apakah Khalid mahu bertanding mana-mana jawatan atau tidak dalam pemilihan kali ini.
"Tan Sri ini tau buat kerja je, tak pernah fikir mahu memegang jawatan atau tidak. Kalau orang bagi amanah, dia akan pikul dengan baik," kata seorang pegawai kanan beliau kepada Harakahdaily.
Beliau difahamkan, Khalid hanya akan mengumumkan keputusannya pada 5 Oktober ini iaitu hari di mana beliau perlu mengisi borang penerima pencalonan dan dihantarkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.
Khalid termasuk dalam senarai 15 calon yang layak bertanding jawatan naib presiden PKR sehingga kini. Beliau juga dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Sehingga kini, Nurul Izzah Anwar, anggota Parlimen Lembah Pantai, bersama N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) membuat pengesahan untuk bertanding bagi mengisi empat kerusi naib presiden.
Untuk jawatan timbalan presiden, tiga nama mendapat pencalonan terbanyak iaitu Azmi Ali (anggota Parlimen Gombak), Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat) dan Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden). Tian Chuan, anggota Parlimen Batu turut mendapat pencalonan.

NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Sept: “Soal saudara lompat dan meninggal rakan seperjuangan itu adalah hak saudara, tetapi janganlah mengorbankan prinsip perjuangan, biarlah kita mati daripada hidup bercerminkan bangkai,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau menujukan kata-kata sinis itu kepada Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Mohd Zahid Md Arip yang mendakwa Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari cenderung kepada pembangkang.
Justeru, tegasnya PAS menyokong penuh pendirian Hata untuk mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik.
Sebagai menjawab dakwaan itu, Hata dilaporkan berkata, NUJ merupakan organisasi bebas dan tidak menyokong mana-mana parti politik.
Sebaliknya, ia memperjuangkan etika kewartawanan bagi memastikan para wartawan mampu menjalankan tugas secara profesional tanpa berat sebelah, sekali gus memastikan laporan tepat dan telus.
Sebagai presiden NUJ, beliau menegakkan prinsip tersebut, di samping memperjuangkan lebih dari sekadar kewartawanan beretika.
Beliau menegaskan, perjuangannya adalah untuk melihat akhbar di negara ini bebas daripada cengkaman tuan politik sama ada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat atau pemimpin politik lain.
“Sebenarnya inilah yang sepatutnya dipegang dalam etika kewartawanan, dengan melaporkan secara jujur dan bertanggungjawab,” ujar Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadi mangsa kepada media perdana di negara ini yang melaporkan berita fitnah dan bohong yang jauh menyimpang dari etika kewartawanan.
Beliau menambah, menjadi lumrah sebagai manusia, wartawan tidak sunyi daripada kesilapan tetapi jika perkara itu berlaku sepatutnya dengan segera memohon kemaafan dan membetulkan kembali sebarang kesilapan.
Apa yang berlaku pada hari ini, ujarnya media yang pro Barisan Nasional tidak berpegang dengan etika itu.
Katanya, mereka sanggup membiarkan perkara itu berlegar dan melekat dalam pemikiran pembaca walaupun ianya bohong dan fitnah.
“Contoh yang terbaru ialah kes khatib membaca khutbah di Pulau Pinang dilaporkan Lim Guan Eng menggantikan Yang di-Pertuan Agong dalam doa,” ujarnya.
Begitu juga, katanya Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching difitnah bertazkirah dan memberi bantuan kepada ahli PAS di Surau Al-Huda, Kajang Sentral.
“Walaupun penjelasan diberi mereka masih meneruskan laporan fitnah ini, sikap yang ditunjukkan oleh media ini tidak menggambarkan sikap yang profesional,” katanya lagi.
Apa yang penting kepada mereka, ujarnya ialah dapat memenuhi agenda politik jahat tuan mereka.
“PAS sedar banyak juga wartawan jujur dalam laporan, tetapi dikhianati oleh ketua pengarang mereka untuk memenuhi citarasa golongan penindas rakyat di negara ini,” katanya.
PAS, katanya bukan minta dipuji, tetapi laporlah yang benar dan tidak kecil hati kalau berita mengenai PAS tidak dilaporkan tetapi tidak rela berita mengenai perjuangannya difitnah sehingga mengelirukan rakyat di negara ini.
Tambahnya, kemampuan untuk menjernihkan tanggapan fitnah kepada PAS adalah terbatas melalui media Harakah yang dikenakan dengan syarat-syarat yang ketat, sedangkan berita fitnah disebarkan oleh media BN ke pelosok kampung.
“PAS ingin mengingatkan Zahid Md Arip , bukankah dulu kita sama-sama menentang laporan media yang berat sebelah terhadap pembangkang ketika kita sama-sama menuntut keadilan dalam sebuah negara demokrasi.
“Kalau pun saudara sudah menyeberang di sana, janganlah lupa perjuangan kita semasa berada di atas pentas untuk menuntut hak sebuah parti politik di negara ini,” ujarnya.
Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng penglipurlara
Abd Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara menyumbang derma RM4 bilion, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.
"Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus," kata beliau sambil merujuk gesaan supaya 'derma' RM4 bilion itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga laporan polis mengenainya.
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggesa SPRM menyiasat sumbangan RM4 bilion yang didakwanya diterima oleh PAS daripada sebuah syarikat.
Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menjadi bahan tertawaan ramai apabila membuat laporan di balai polis Kota Bharu berhubung 'sumbangan' itu.
"Tidak menghairankan jika Umno begitu teruja dan percaya habis-habisan cerita-cerita penglipurlara seperti itu kerana memang itulah pemikiran mereka.
"Sama seperti mereka mempercayai dongeng sumbangan derma itu, seperti itulah juga mereka mahu rakyat mempercayai penglipurlara ETP.
"Bila rakyat mempercayai penglipurlara ETP sama seperti yang mereka percayai, Umno berharap senanglah mereka hendak memperdayakan rakyat supaya terus mengundi Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.
Bagi Mahfuz, kisah derma RM4 bilion adalah kisah ahli perniagaan yang berangan-angan banyak duit kononnya sehingga US$2.7 trilion yang tidak banyak bezanya kisah Umno yang berangan-angan panjang hendak mencipta pendapatan negara sehingga RM1.258 trilion dengan projek-projek ETP menjelang 2020 ketika Merrill Lynch melaporkan bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang paling tidak digemari pelabur di kawasan Asia Pasifik.
"Tidak pula ditunjukkan dengan jelas dari mana datangnya duit untuk melaksanakan projek-projek penglipurlara ETP itu.
"Persoalannya, adakah cerita penglipurlara ETP itu sengaja dibuat untuk mewajarkan lebih banyak lagi pembantaian duit Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) misalnya?" beliau mempersoalkan.

MCA cuba tutup kelemahan sendiri
Mohd Ali Hashim
ALOR SETAR, 23 Sept: Kepimpinan MCA Kedah diingatkan supaya tidak menimbulkan pelbagai isu negatif mengenai kerajaan negeri semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri.
Menteri Besar, kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, MCA sebenarnya sudah kehilangan taring setelah tidak lagi mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina.
Beliau menyatakan demikian sebagai menolak dakwaan Pengerusi MCA negeri, Datuk Chong Itt Chew kononnya ekonomi negeri sedang berada pada tahap yang membimbangkan.
Katanya, masalah dalaman yang dihadapi oleh parti itu sendiri membuatkan masyarakat sudah tidak memberi kepercayaan kepada mereka lagi.
Beliau menambah, setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang berjaya dicapai oleh PR Kedah, maka pemimpin MCA menimbulkan pelbagai isu supaya sokongan beralih semula kepada parti itu.
"Ini termasuklah mendakwa ekonomi negeri Kedah telah menguncup sehingga 30 peratus. Pada hakikat sebenarnya fakta tersebut adalah menyimpang dan tidak betul.
“Kenyataan yang mereka buat ini adalah kerana peratusan pemilih baru yang berdaftar mencatatkan DAP mempunyai peratusan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain," ujarnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, peratusan itu membuktikan masyarakat Cina sudah beralih sokongan kepada DAP dan PKR.
Tambahnya lagi, MCA kini sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang serius setelah kepimpinan parti mereka terlibat dalam pelbagai isu yang kontroversi.
Katanya lagi, dakwaan terhadap mantan Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik terhadap penyelewengan yang berlaku adalah satu tamparan hebat kepada parti tersebut.
Di samping itu, kata beliau terpalitnya presiden yang ada kini, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam isu skandal seks juga mencalar imej parti tersebut.
"Oleh kerana situasi yang terdesak itu, maka MCA akan melakukan apa jua cara bagi mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap mereka, walaupun menyedari pengaruh mereka semakin menurun jika dibandingkan dengan sokongan yang diberikan kepada DAP," tegasnya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)