Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Kes bunuh Sosilawati Lawiya sampai hari ni tak selesai..

Kes bunuh Sosilawati Lawiya sampai hari ni tak selesai.. rupa rupanya yg bersangkut dalam kes ni ialah beberapa muka YB umno dan sudah pasti kes ni LAMBAT selesai sebab suspek pembunuh itu adik pemimpin BN!!! —

Thursday, January 24, 2013

Keluarga Rizana maafkan hukuman dipancung

Keluarga Rizana maafkan hukuman dipancungPas kerja dikeluarkan ke atas Rizana Nafeek. - Foto ihsan BBC
COLOMBO - Ibu kepada seorang pembantu rumah Sri Lanka yang dikenakan hukuman dipancung kepala di Arab Saudi baru-baru ini berkata, keluarganya telah memaafkan mereka yang mahu dia dihukum mati.

Bagaimanapun, Rafeena Nafeek masih mempertahankan yang anaknya Rizana Nafeek tidak bersalah berhubung kematian seorang bayi pada tahun 2005.
Kerajaan Saudi tidak dapat mengampunkan Rizana kerana ibu bapa bayi mahu dia dijatuhkan hukuman.

Ketika bayi dilaporkan mati Rizana berusia 17 tahun tetapi dia dikatakan bekerja dengan mendakwa berusia 22 tahun.

"Tidak berguna untuk salahkan sesiapa. Rizana sudah tiada," katanya kepada BBC.

"Kami hanya tahu mengenai pelaksanaan hukuman menerusi media. Mereka (Kerajaan Arab Saudi) seharusnya memaklumkan kami.

"Malah, permintaan untuk membawa jenazah dia juga ditolak," katanya lagi.

Sehubungan itu, Rafeena meminta keluarga miskin di Sri Lanka tidak lagi menghantar anak mereka bekerja sebagai pembantu rumah di Saudi.

Rizana menjalani hukuman di Dawadmy, berhampiran Riyadh selepas disabitkan kesalahan membunuh seorang bayi pada 2005.

Rizana dihukum mati pada 2007 selepas dituduh mencekik bayi berusia empat bulan, selepas bergaduh dengan ibu bayi berkenaan.
Namun Rizana mendakwa dia tidak bersalah dan bayi itu meninggal dunia akibat tersedak susu.

Terdapat juga laporan bahawa dia tidak dibenarkan mendapatkan seorang peguam ketika perbicaraan berlangsung pada 2007.

Hukuman mati yang dijalankan ke atasnya itu turut mendapat kecaman daripada kerajaan Sri Lanka.

Tuesday, January 22, 2013

Sebar video digantung mati

Orang ramai menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua lelaki di Teheran.Orang ramai menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua lelaki di Teheran.
TEHERAN - Tindakan berani dua lelaki memuat naik rakaman video mereka menyerang seorang lelaki dengan sebilah parang dan merompak mangsa di sebatang jalan raya dekat sini, ke laman YouTube membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman gantung, kelmarin.

Hukuman berkenaan terpaksa dilaksanakan dengan pantas sejurus pegawai diarahkan melakukan siasatan disebabkan kemarahan orang awam yang menonton video itu.

"Video berkenaan disebarkan awal bulan lalu dan kemudian disiarkan pula oleh sebuah televisyen tempatan," kata pegawai.

Kedua-duanya, masing-masing berumur 24 tahun dituduh 'mencetuskan perang terhadap Tuhan', juga sebagai tindakan serangan kejam secara berkumpulan.

Sementara itu, agensi berita ISNA melaporkan pelaksanaan hukuman terhadap dua lelaki itu disaksikan hampir 300 orang awam di tengah bandar. - AP

Sunday, December 23, 2012

Jurukamera TV kerajaan ditembak ‘pengganas’

DAMSYIK: Seorang jurukamera yang bertugas untuk stesen televisyen kerajaan ditembak mati di luar rumahnya di Damsyik, lapor media semalam.

Kakitangan stesen Syrian Arab Television, Haidar al-Sumudi, diserang sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan kediaman di Kfar Sousa.


Stesen itu melaporkan, seorang itu dijalankan kumpulan “pengganas” tetapi tidak menyatakan secara jelas bila kejadian berlaku.

Sebelum ini sekurang-kurangnya 17 wartawan dan 44 wartawan sambilan dibunuh sejak Syria dilanda konflik Mac tahun lalu.


Pertubuhan pemantau media antarabangsa, Reporters Without Borders, melaporkan angka itu adalah data terbaru. - AFP

Saturday, December 22, 2012

Tentera didapati bersalah bunuh remaja




         
BANGKOK: Mahkamah Jenayah Thai semalam memutuskan bahawa remaja lelaki berusia 14 tahun yang tidak menyokong mana-mana parti politik dibunuh oleh tentera pada 15 Mei, 2010.

Inkues itu memutuskan, Kunakorn Srisuwan ditembak mati oleh anggota tentera yang menjalankan operasi di bawah perintah Darurat.
Remaja itu ditembak di belakang dan peluru menembusi perutnya ketika tunjuk perasaan antikerajaan memuncak. - BP

Friday, December 21, 2012

Tentera AS bunuh 16 orang awam berdepan hukuman mati





         
LOS ANGELES: Pendakwa raya menuntut hukuman mati terhadap seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang dituduh membunuh 16 penduduk kampung di Afghanistan dalam satu daripada kekejaman perang paling buruk, kata tentera AS semalam.

Staf Sarjan Robert Bales berdepan 16 pertuduhan bunuh, enam tuduhan cubaan membunuh, tujuh tuduhan serangan dan dua tuduhan menggunakan dadah. Seramai 17 daripada 22 orang yang terbunuh atau cedera itu adalah wanita serta kanak-kanak dan semua mangsa ditembak di kepala.


Jika disabitkan dengan hukuman mati, Bales akan menjadi tentera AS pertama dihukum mati sejak lebih setengah abad dengan yang terakhir adalah pada 1961 apabila Prebet John Bennett dihukum gantung kerana pemerkosaan dan cubaan membunuh, menurut Pusat Maklumat Hukuman Bunuh. Bale, 39, berdepan kuasa mutlak mahkamah yang membolehkan hukuman mati maksimum dijatuhkan kerana tuduhan pembunuhan beramai-ramai Mac lalu, kata pihak berkuasa tentera negara itu. - AFP

Thursday, December 20, 2012

88 wartawan maut ketika buat liputan tahun ini



20 Disember 2012
NEW YORK - Seramai 88 wartawan maut ketika membuat liputan di zon perang, dihukum bunuh kerana rasuah, jenayah terancang seperti pengedaran dadah atau terlibat dengan kumpulan militan, demikian laporan tahunan Reporters Without Borders dikeluarkan semalam.

Kadar itu satu peningkatan sebanyak 33 peratus berbanding tahun lalu.

“Bilangan wartawan yang maut cukup tidak dijangka tahun ini terutamanya di zon perang di Syria, kekacauan di Somalia dan keganasan Taliban di Pakistan,” kata Setiausahanya, Christophe Deloire.

Di zon perang seperti Syria, wartawan profesional menghadapi kesukaran dalam membuat laporan dan terpaksa menggunakan telefon bombit atau menggunakan medium Twitter bagi menceritakan kisah perang di zon konflik.

Tuesday, November 27, 2012

4 didakwa bunuh suami diplomat AS

MANILA: Polis Filipina semalam berkata, mereka telah mendakwa empat lelaki kerana menikam suami diplomat Amerika Syarikat hingga mati dalam satu pergaduhan di luar satu kawasan eksklusif di sini.

Bapa kepada tiga anak itu sedang berjalan ketika ternampak pengawal keselamatan memeriksa kad identiti suspek yang berada dalam satu kenderaan utiliti sukan mewah, kata polis.
Ketua Polis Manila, Superintendan Kanan, Manuel Lukban berkata, mangsa ikut sama bercakap dengan suspek yang tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai pas untuk kawasan itu, menyebabkan mereka bertengkar dan akhirnya bergaduh.

“Keempat-empat lelaki itu mahu beredar apabila mangsa mengetuk cermin tingkap. Suspek kemudian turun dari kereta dan memukul lalu menikam mangsa di belakang dan dibahu,” katanya.


Lukban berkata, mangsa berbangsa Amerika Syarikat itu mati di hospital.

Penyerang cuba melarikan diri tetapi pengawal keselamatan segera memberitahu polis berdekatan dan berjaya menangkap mereka.

Sebilah pisau ala tentera dirampas dari penyerang.

Lukban berkata, semua suspek, tiga ahli perniagaan dan seorang pelajar universiti, berusia dalam 20-an dan mereka didakwa atas tuduhan membunuh.

Kedutaan AS di Manila mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan ringkas.

“Pihak kedutaan mengutuk serangan ganas ini. Mangsa adalah suami tersayang kepada staf kedutaan dan bapa kepada tiga anak,” kata jurucakap kedutaan, Tina Malone dalam kenyataan.

Kenyataan itu tidak mendedahkan nama mangsa dan butiran lanjut.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez berkata, pembunuhan itu adalah “kejadian terpencil” dan tidak disasarkan secara khusus kepada sesiapa. - MT

Wednesday, October 31, 2012

Imam, bapa kena bunuh



Moscow: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang imam, bapa dan saudara lelakinya ketika mereka dalam perjalanan menunaikan solat subuh di wilayah Dagestan yang bergolak di Russia kelmarin.

Imam itu ialah Karimulla Ibragimov, 49, dan ia serangan terbaru terhadap pemimpin agama di wilayah selatan itu berikutan ketegangan antara penduduk Islam berhaluan sederhana dan radikal.
Penyerang tidak dikenali itu menembak Ibragimov, saudara lelaki dan bapanya, kata Jawatankuasa Siasatan Russia dalam satu kenyataan. - Reuters

Friday, October 26, 2012

Dua lelaki serang ulama, dibunuh



MOSCOW 25 Okt. - Agensi Perisikan Rusia (FSB) berkata, dua lelaki yang terbunuh dalam operasi polis di wilayah Tatarstan yang kaya minyak, kelmarin terlibat dalam pembunuhan seorang ulama.
Kedua-dua suspek, Robert Valeyev dan Ruslan Kashapov merupakan dalang dalam serangan pada Julai lalu yang menyebabkan Mufti Tatarstan cedera dan timbalannya terbunuh.
Kedua-dua mereka merupakan pengkritik dan anggota kumpulan radikal yang menyokong kumpulan yang dikenali sebagai Salafisme.
Valeyev dan Kashapov dibunuh pada Rabu lalu dalam operasi polis di ibu negara wilayah itu, Kazan, yang turut mengorbankan seorang pegawai FSB.
FSB turut menyatakan bahawa kedua-dua lelaki itu merancang melakukan 'serangan besar' di Kazan semasa sambutan Aidiladha, esok. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121026/lu_07/Dua-lelaki-serang-ulama-dibunuh#ixzz2APn2K9Ty
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 3, 2012

Pakistan tawar ganjaran kedua bunuh penerbit Innocence of Muslims

ISLAMABAD - Untuk kali kedua dalam tempoh kurang dua minggu, Pakistan menawarkan ganjaran enam angka kepada sesiapa yang dapat membunuh penerbit filem Innocence of Muslims.

Menurut seorang pemimpin kanan kumpulan agama yang menganjurkan demonstrasi di Peshawar kelmarin, bekas anggota legislatif Pakistan, Ikramullah Shahid menawarkan AS$200,000 (RM600,000) kepada sesiapa yang berjaya membunuh pembikin filem berkenaan.

Menurut laporan CNN, sekurang-kurangnya 15,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam protes aman yang diadakan di Haroon Khan, Peshawar.

Minggu lalu, Menteri Urusan Kereta Api Pakistan, Ghulam Ahmad Bilour menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) kepada sesiapa yang berjaya membunuh pembikin filem terbabit, Nakoula Basseley Nakoula.

Ghulam Ahmad memberitahu CNN, ia adalah tawaran peribadi beliau dan bukannya kerajaan Pakistan.

Ditanya sama ada beliau bimbang menggalakkan jenayah selaku pegawai kerajaan, Ghulam Ahmad berkata, “saya seorang Muslim terdahulu, kemudian baru wakil kerajaan.”

Menurut Ghulam Ahmad, beliau turut dijemput Taliban dan al-Qaeda untuk melaksanakan misi itu.

Menurut jurucakap politiknya, Senator Zahid Khan, tindakan menteri itu juga bukan mewakili Parti Kebangsaan Awami.

“Kami tidak percaya pada keganasan. Bagaimana kita boleh membuat pengumuman itu?” ujar beliau.

"Pihak kami telah berjuang menentang militan dan ekstremisme selama bertahun-tahun. Bagaimana kita boleh menjemput Taliban dan al-Qaeda untuk membunuh seseorang?

“Taliban dan al-Qaeda adalah musuh kita yang telah membunuh orang tersayang kami,” tambah beliau.

Perdana Menteri Raja Pervez Ashraf juga mengutuk ganjaran  ditawarkan oleh Ghulam Ahmad, menurut jurucakapnya.

Pegawai AS sebelum ini menyebut, Nakoula adalah individu di sebalik pembikinan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu.

Nakoula ditahan minggu lalu di California dan dituduh melanggar percubaan beliau pada suatu sabitan penipuan bank. Beliau diarahkan ditahan tanpa ikat jamin pada Khamis.

Saturday, September 29, 2012

Dua penoreh getah warga emas ditembak mati

YALA: Dua penoreh getah ditembak mati di sebuah ladang getah di daerah Raman di sini, semalam.

Mereka dikenali sebagai Mudor Malee, 60, dan isterinya, Sama Sohsu, 61, penduduk tambon Balor di daerah Raman.
Saksi memberitahu polis, mereka mendengar bunyi tembakan di dalam kebun getah dekat kampung awal pagi semalam tetapi tiada siapa yang berani pergi untuk melihat apa yang berlaku.

Polis percaya pasangan itu sedang menoreh getah apabila penyerang menembak mereka menggunakan pistol 9mm dan .22 kaliber. Penyerang itu kemudian melarikan diri.



Mereka menuduh ia dilakukan oleh militan pemisah Islam.


Sejak pemberontakan yang bermula pada Januari 2004, terdapat kira-kira 11,000 kejadian keganasan oleh puak pemisah di wilayah berpenduduk majoriti Islam paling selatan, Yala, Pattani, Narathiwat di mana hampir 5,000 orang terbunuh dan 8,000 cedera. - BP

Wednesday, September 26, 2012

'Saya tidak dapat memaafkan pembunuh suami saya'

Zanariah Mat Ramli
Zanariah Mat Ramli

KAMUNTING – "Saya tidak dapat memaafkan pembunuh yang telah menembak suami saya. Saya mahu pihak berkuasa mengenakan hukuman yang sewajarnya ke atas suspek yang telah menembak suami saya," luahan isteri mangsa tembak pegawai keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28.
Zanariah Mat Ramli, 27, berkata, beliau tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa arwah suaminya.
“Kini saya perlu terima ketentuanNya dengan tabah dan meneruskan hidup seperti biasa walaupun arwah telah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Kampung Sungai Relong, di sini semalam.
Beliau berkata, walaupun kini telah mengetahui enam suspek yang terlibat dalam kejadian itu berjaya ditahan pihak polis, namun hatinya masih tidak tenang kerana suspek utama masih belum dikesan.
“Saya memang harap sangat individu yang terlibat dan bertanggungjawab di atas kematian arwah segera diberkas supaya hukuman yang sepatutnya dijatuhkan kepadanya,” katanya.
Tambah beliau lagi, sejak kejadian itu berlaku, beliau banyak mendapat sokongan dan nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan termasuk ibu mertua.
“Saya juga bersyukur kerana walaupun setelah ketiadaan arwah, ahli keluarga dan orang sekeliling sentiasa ada memberikan dorongan dan semangat supaya saya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Malah ibu mertua juga sentiasa memberikan nasihat supaya selepas ini dapat menjaga diri dengan baik,” katanya.
Sementara itu, bapa beliau, Mat Ramli Abd Hamid, 60, berkata, beliau bersyukur kerana telah ada suspek yang berjaya ditahan.
“Terima kasih kepada pihak polis kerana cepat menjalankan siasatan sehingga berjaya menahan enam suspek yang terlibat dalam kes tembakan Hasnol,” katanya.
Walaupun enam suspek yang terlibat telah ditahan, namun beliau tetap mahu suspek utama yang terlibat dalam kes tembakan menantunya 18 September lalu dihadapkan kemuka pengadilan.
“Saya rasa sangat tidak berpuas hati disebabkan kejadian itu kami sekeluarga telah kehilangan arwah buat selama-lamanya.
“Arwah juga adalah menantu lelaki pertama dalam keluarga dan kehilangannya memang begitu terasa,” katanya.
Mat Ramli berkata, beliau sekeluarga amat berharap agar pihak polis dapat meneruskan usaha mengesan suspek.

Sunday, September 9, 2012

Penyelia lombong bijih besi mati ditikam rakan



RANTAU PANJANG - Seorang penyelia kualiti bijih besi maut selepas dipercayai ditikam seorang pekerja di hadapan sebuah kantin berhampiran tapak lombong Kampung Rahmat, Lubok Stol di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, Mohd. Yusoff Zakaria, 41, disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang akibat cedera parah di dada kiri.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, kejadian berlaku selepas mereka dikatakan bertengkar sebelum suspek yang berusia 37 tahun bertindak menikam mangsa dengan sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter.
Menurutnya, tikaman pertama terkena tangan kiri mangsa yang cuba mempertahankan diri tetapi tikaman kedua terkena dada kiri menyebabkan mangsa rebah.

Tuesday, July 31, 2012

Polis sahkan Eksekutif TV9 mati dijerut bukannya gantung diri..

Monday, July 30, 2012



Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama


Posted by Anak Sungai Derhaka
 —

Monday, July 30, 2012

Terjawab: Polis Sahkan Eksekutif TV9 Mati Dijerut

Terjawab: Polis Sahkan Eksekutif TV9 Mati Dijerut, Suspek Direman Petang Ini -updated
Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.


Bilik dimana Syaleza ditemui

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama/Posted By Greenboc

Tuesday, March 13, 2012

Nik Aziz: 'Pihak bunuh Dirang lebih kejam dari binatang'



MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
13 Mac 2012
Nurul Nadirah Abdullah
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan individu yang melakukan pembunuhan terhadap Nurul Nadirah Abdullah,5, atau yang dikenali sebagai Dirang, lebih kejam daripada binatang.
“Lembu pun tak bunuh semasa sendiri, tetapi manusia sanggup melakukan, mungkin budak itu hendak bagi tahu kejahatan yang dilakukan, sebab itu dia dibunuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan orang kurang upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan, di Hotel Raudah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembunuhan adik Dirang selepas polis mengesahkan serpihan rangka manusia ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, sama dengan sampel ibunya, Roselyn Alan, 25.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jenayah yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini termasuk kes bunuh dan zina berpunca dari sikap sesetengah masyarakat yang tidak pentingkan agama dalam kehidupan.
Malah lebih memburukkan keadaan, katanya, Kerajaan Pusat tidak memberikan keutamaan Islam sebagai asas pentadbiran sekali gus menyebabkan gejala sosial terus berleluasa.
“Punca kejadian adalah kerana tidak ada takwa kepada ALLAH SWT, ia adalah jentera untuk menyekat keganasan nafsu, benda begini bukan sekarang sahaja berlaku malah zaman Jahiliah lagi, tetapi jika ingat kita ingat azab kubur, ia tidak berlaku,” katanya.
Ditanya sama ada undang-undang yang ada kini tidak berjaya menghalang jenayah, Nik Abdul Aziz berkata, undang-undang saja tidak cukup untuk menghalang perkara negatif, sebaliknya penekanan agama perlu diterapkan dalam kehidupan.
Dalam pada itu, beliau  menasihatkan golongan OKU tidak merendah diri kerana ganjaran yang besar menanti di sisi ALLAH SWT jika kekurangan yang ada dihadapi dengan reda dan tabah.

Siasatan kes bunuh Dirang siap waktu terdekat




13 Mac 2012
Siasatan kes bunuh Dirang siap waktu terdekat
PASIR GUDANG - Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Beliau berkata, polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.

"Saya telah pun mengarahkan timbalan saya Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

Dalam kunjungan yang turut disertai oleh isterinya, Datin Bibi Zakiah Meraslam itu, Mohd Mokhtar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian tragis dan menyayat hati itu.
 Beliau berkata kejadian itu harus dijadikan iktibar dan masyarakat digesa supaya mengawasi anak-anak supaya tidak terdedah kepada ancaman keselamatan.

"Saya juga minta masyarakat berwaspada jika terlihat karektor mencurigakan," katanya.

Mengenai panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima oleh ibu mangsa, Roselyn Alan, 25 daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan semalam, Mohd Mokhtar berkata pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya. - Bernama

Thursday, October 20, 2011

‘Sepatutnya mereka ditangkap, bukan terus dibunuh’

‘Sepatutnya mereka ditangkap, bukan terus dibunuh’:
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ibu mangsa salah seorang daripada tiga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam November tahun lalu hari ini mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) membawa kes itu ke mahkamah bagi membuktikan pihak polis bertindak mengikut peraturan.
Norhafizah Mohd Razali, ibu kepada Allahyarham Muhammad Syamil Hafiz Shapiei yang kecewa dengan sikap lepas tangan KDN mahu kematian Syamil dan dua rakannya diadili mengikut siasatan yang menyeluruh.
"Saya sangat kecewa dan marah dengan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri kerana kes ini diperkotak-katikkan.
"Saya minta menteri KDN lihat semula laporan bedah siasat ketiga-tiga anak ini dan saya cabar menteri bawa kes ini ke mahkamah kalau betul mereka di pihak yang benar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Hari ini merupakan kali kedua Norhafizah dan ahli keluarga mangsa hadir ke Parlimen ditemani Peguam Lawyer for Liberty  (LFL) setelah memorandum dan rayuan mereka agar kes ini diadili mengikut saluran perundangan tidak diendahkan.
Norhafizah buat kesekian kalinya menekankan bahawa beliau tidak berpihak kepada anaknya namun kecewa apabila melihat laporan bedah siasat yang mendapati ketiga-tiga mangsa ditembak dalam keadaan mereka sudah melutut, bukan dalam keadaan menyerang seperti yang didakwa polis.
"Berapa kali saya katakan saya terima kalau anak saya benar-benar bersalah tapi sepatutnya mereka ditangkap, bukan terus dibunuh," katanya sambil menahan sebak dan marah.
Jawapan menteri sambil lewa
Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pada sidang media sama menyifatkan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin  Hussein bahawa hasil siasatan mendapati tindakan polis melepaskan tembakan tersebut adalah mengikut lunas undang-undang sebagai longgar dan tidak bertanggungjawab.
Hishammuddin dalam jawapan bertulis kepada soalan Gobind di Dewan Rakyat Isnin lalu berkata, pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan berhubung kes ini.
"Bagaimana kes yang mendapat liputan meluas di seluruh negara, setahun keluarga minta penjelasan daripada polis dan menteri, dan saya sebagai seorang ahli Parlimen tanya soalan secara serius.
"Tapi jawapan menteri hanya satu perenggan, berkata tindakan mengikut lunas undang-undang.Mana faktanya? Mana hujah membantah laporan bedah siasat?" soalnya.
Berasa lucu dengan jawapan tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar berkata Hishammuddin memesongkan Dewan Rakyat apabila berkata kes tersebut ialah cubaan membunuh sedangkan kesemua mangsa mati ditembak.
"Menteri wajib bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat dalam Dewan Rakyat.
"Budaya terlepas daripada hukuman dan menembak sembarangan di kalangan sebahagian daripada anggota pasukan polis dibenarkan berikutan sikap Menteri KDN yang melulu mempertahankan polis walaupu mereka melakukan jenayah," katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kepercayaan terhadap polis semakin terhakis jika kes ini tidak diadili sewajarnya.
"Polis termasuk menteri harus lebih bertanggungjawablah. Jangan bagi jawapan lepas itu lepas tangan. Kalau begini sikap yang ditunjukkan, imej polis akan terus buruk," katanya.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Peguam N. Surendran, Hamidah Kadir, ibu kepada Mohd Khairul Nizam dan Noriah Darus, ibu kepada Mohd Hanafi Omar dan beberapa ahli keluarga terdekat mangsa.
Ketiga-tiganya ditembak kira-kira jam 4.45 pagi kerana disyaki terlibat dengan rompakan stesen minyak.

'via Blog this'

Monday, September 12, 2011

Filipina bunuh 3 anggota Abu Sayyaf

ZAMBOANGA: Tentera Filipina semalam menembak mati tiga anggota pelampau yang ada hubungan dengan Al-Qaeda.
Ia berlaku dalam pertempuran di Pulau Basilan, selatan Filipina.

Pertempuran dengan anggota Abu Sayyaf, militan tempatan di pulau ini menjadi bukti usaha berterusan pihak berkuasa negara itu memerangi keganasan walaupun 10 tahun selepas peristiwa 9/11, kata jurucakap tentera, Kolonel Alexander Macario.

“Ini menunjukkan kami tidak pernah berhenti daripada memerangi keganasan di negara ini,” katanya.

Dalam kejadian semalam, pasukan khas antikeganasan Filipina menjejaki militan Abu Sayyaf dan membunuh tiga anggota kumpulan itu serta memaksa yang lain melarikan diri.

Menurut Macario, kumpulan yang terbabit dalam pertempuran dengan tentera itu mempunyai kaitan dengan beberapa siri penculikan di selatan negara itu sejak beberapa tahun lalu.


Antara mangsa mereka ialah aktivis keamanan Sri Lanka yang diculik pada 2009.

Abu Sayyaf ialah kumpulan militan kecil yang diasaskan pada 1990 dengan pembiayaan al-Qaeda dan didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan terburuk di negara itu, termasuk pengeboman sebuah feri yang meragut lebih 100 nyawa pada 2004. - AP