Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

#Bajet2013 : BONUS - Kakitangan Kerajaan kena Kelentong



"Kalau begitu, lebih baik kalau beliau campurkan semua bonus-bonus sejak merdeka sampai kini, barulah rakyat terbeliak biji mata melihat slogan Janji 55 tahun sudah ditepati. " - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

CUEPAC tuntut dua bulan bonus utk kakitgn kjaan. Dlm bajet najib baru2 ni diumumkan satu bulan setengah bonus.

Ertinya, peruntukan bonus satu bulan setengah itu perlu diluluskan terlebih dahulu kerana bajet ini adalah utk tahun 2013. 

Apa yg peliknya, najib sebut bonus satu bulan setengah itu dicamporkan dgn yg telah diberi pd tahun ini iaitu pd bulan ogos dan disember baru2 ini. Hanya baki akan dibayar pd januari 2013. 
kita mahu bertanya, bonus yg telah diberi pada bulan ogos dan disember baru2 ni tu diambil dari peruntukan tahun bila? Sedangkan ianya baru dimasukkan dlm bajet 2013 yg baru najib bentangkan dan masih dlm perbahasan lagi. 

Kakitgn kjaan mungkin terasa dikelentong bulat2. CUEPAC pula sehingga kini mendiamkan diri. Najib tidak perlu takut utk umumkan bonus sebenar utk kakitgn kjaan asalkan beliau tidak menipu. 

Jika mahu dilihat beliau bagus kerana beri bonus yg banyak, lebih baik beliau camporkan jumlah yg telah kjaan beri semenjak merdeka lagi...tentu terbeliak biji mata kita. 

takkan dgn kakitgn kjaan yg telah byk membantu kjaan pun najib sanggup lakukan penipuan? Tidak cukupkah warga felda selama ini menjadi mangsa? - Wfauzdin Ns 

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/10/bajet2013-bonus-kakitangan-kerajaan.html

Thursday, August 11, 2011

Tujuh negeri ikut jejak Pusat beri bonus RM500





2011/08/11

Guru al-Quran, Fardu Ain di Melaka dapat manfaat 

KUALA LUMPUR: Tujuh negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor mengikut langkah Kerajaan Pusat dengan membayar bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri.
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM12 juta untuk membayar bonus kepada 16,000 kakitangan awam dan badan berkanun negeri yang akan diberikan sebelum Aidilfitri.
Di IPOH, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan seramai 7,776 kakitangan awam negeri akan menerima bonus membabitkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta. 

Di AYER KEROH, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata seramai 4,844 pegawai dan kakitangan awam negeri akan menerima bonus mereka pada 18 Ogos ini serentak dengan gaji bulan ini. 

“Pemberian bonus sebanyak RM3.2 juta yang turut meliputi guru kelas al-Quran dan Fardu Ain, adalah bukti sikap prihatin dan pemurah kerajaan negeri dalam menghargai jasa kakitangan awam selain mengiktiraf sumbangan mereka terhadap pembangunan Melaka,” katanya. 

Di SEREMBAN, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lebih 4,000 kakitangan awam termasuk agensi kerajaan negeri akan menerima bonus membabitkan peruntukan sebanyak RM4.8 juta. 
Di KUANTAN, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri akan membayar bonus kepada 12,570 kakitangan negerinya pada pertengahan bulan ini. 

Di KOTA BHARU, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata kira-kira 6,000 kakitangan awam akan menikmati bonus yang dijangka membabitkan peruntukan RM5 juta. 

Di SHAH ALAM, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan mengikut langkah Kerajaan Pusat membayar bonus setengah bulan gaji dan menarik balik keputusannya pada 3 Ogos lalu untuk memberi bonus RM500 kepada semua kakitangan Gred 54 ke bawah. 

“Ia bukan bermakna kakitangan awam negeri akan dibayar dua kali bonus, tetapi hanya memberi mereka setengah bulan gaji seperti Kerajaan Pusat,” katanya. bharian

Friday, December 31, 2010

'RM25,000 setiap pemain'


Oleh Jumiaty Rosly dan Harris Rajahdin 
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/31

DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi  di KLIA, petang semalam.
DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi di KLIA, petang semalam.
Bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi: Azzuddin 

BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan.
“Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno. 

Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini. 

Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global. 

Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan. 

Wednesday, December 15, 2010

Pegawai Pulau Pinang RM1,300, pusat hanya RM500


IPOH, 15 Dis: Pakatan Rakyat Perak menyokong penuh usaha Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berulangkali memberi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terkini melibatkan semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

“Pemberian elaun tambahan dari kerajaan negeri ini merupakan insentif galakan yang bakal memacu lagi moral kerja bermutu di kalangan kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya lagi, seluruh kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa jabatan menikmati tambahan pendapatan mereka, ini adalah hasil dari keputusan bijak rakyat negeri Pulau Pinang yang memilih pemimpin mereka dengan betul, syabas beliau ucapkan.

Sebelum ini bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu, kata beliau lagi.

Sedangkan hanya RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan, katanya

“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini

“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.

“Tindakan ini dikira suatu yang amat wajar, kerajaan yang mempunyai kakitangan yang bermotivasi akan akan memberi impak positif terhadap mutu kerja untuk memenuhi keperluan serta tuntutan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Kerajaan Pusat sepatutnya mencontohi tindakan kerajaan Pulau Pinang dalam soal menjaga kebajikan seluruh kakitangannya, ini adalah suatu tindakan yang amat wajar, malangnya, rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga barang.

“Saya menyarankan agar negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, khususnya negeri lain di bawah Pakatan Rakyat turut mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang yang memberi berbagai bantuan kepada kakitangannya, ” katanya.

“Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng lebih efisyen daripada Kerajaan Persekutuan dalam soal menjaga kebajikan kakitangan, rakyat sepatutnya memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti kerana UBN gagal setelah setengah abad memerintah," ujarnya.