Thursday, January 14, 2016

Oman kurang subsidi minyak


gambar bertarikh 11 Januari lalu merakamkan pemandu sanggup berbaris panjang bagi mengisi minyak sebelum harga minyak baharu dikuatkuasakan di Bahrain. REUTERS
MUSCAT 13 Jan. – Oman bercadang mengurangkan subsidi petrol Jumaat ini dengan harga minyak dijangka meningkat sebanyak 33 peratus untuk bahan api premium dan 23 peratus untuk bahan api biasa.
Langkah itu dilakukan ekoran harga bahan mentah itu ditutup pada AS$31.41 (RM 137.96) setong di New York Mercantile Exchange, terendah dalam tempoh 12 tahun.
Pada Selasa lalu, harga petrol di stesen minyak meningkat sehingga 60 peratus di Bahrain, naik kepada AS$1.25 segelen (RM5.49 segelen) atau 125 isian per liter untuk minyak biasa dan AS$1.60 segelen (RM7.02 segelen) atau (165 isian perliter) untuk minyak premium.
Ratusan pengguna sanggup berbaris panjang di stesen minyak sehari lebih awal untuk mengisi minyak kereta mereka sebelum harga baharu mula dikuatkuasakan.
Sementara itu, pada persidangan Parlimen di Bahrain, berlaku kekecohan semalam apabila beberapa anggota Parlimen berang berikutan kenaikan harga minyak.
Penentangan terhadap dasar kerajaan jarang berlaku di Bahrain.
“Keputusan itu akan menyebabkan golongan miskin bertambah miskin.
“Kami meminta satu penambahbaikan terhadap tahap kehidupan rakyat dan apa yang kerajaan lakukan semalam tidak akan dapat dicapai hari ini,” kata seorang anggota Parlimen, Jamal Dawood, se­perti dipetik portal Arab News.
“Keputusan kerajaan itu me­nunjukkan kerajaan menafikan wujudnya Parlimen (di negara ini). Kami sepatutnya meletakkan jawatan,” kata seorang lagi anggota Parlimen, Mohammed Alamadi.
Sementara itu, kira-kira 20 orang mengadakan tunjuk perasaan di sebuah stesen minyak di perkampungan Jidhafs, di barat pusat bandar Manama, sambil membawa sepanduk menentang kenaikan harga minyak.
Menteri Penerangan, Isa Abdulrahman berkata, kerajaan akan mengambil perhatian terhadap kebimbangan anggota-anggota Parlimen itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/oman-kurang-subsidi-minyak-1.179383#sthash.L4WoTvsB.dpuf

Tiada pengganas gila dihukum mati


Waleed al-Samaani

JEDDAH - ARAB SAUDI. Menteri Kehakiman Arab Saudi, Waleed al-Samaani menolak laporan mendakwa beberapa pengganas yang dihukum mati di negara itu minggu lalu mengalami penyakit mental.
Al-Samaani dengan nada tegas berkata badan kehakiman Saudi adalah cekap, profesional dan membuat keputusan berdasarkan bukti termasuk laporan perubatan rasmi.
Katanya lagi, mahkamah jenayah di Saudi turut membenarkan defendan membela diri selepas pertuduhan diumumkan.
"40 peratus daripada semua defendan yang dibicarakan di Mahkamah Jenayah Khas mempunyai peguam yang kami sediakan dengan semu kos ditanggung kementerian," katanya yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Kehakiman.
Tambahnya proses perbicaraan di Saudi adalah telus, adil dan jelas sejajar dengan tuntutan syariah. - Arab New
s