RAMALLAH - Ribuan rakyat Palestin menyertai perhimpunan, anjuran Hamas, yang diadakan secara besar-besaran buat kali pertama di Tebing Barat sejak 2007.
Pertemuan diadakan di bandar Nablus sempena menyambut ulang tahun ke-25 Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza.
Ini merupakan kali pertama dalam tempoh lima tahun pihak berkuasa Palestin yang mentadbir Tebing Barat memberi kebenaran kepada Hamas untuk mengadakan perhimpunan.
Langkah ini dilihat sebagai satu permulaan baik dalam usaha perdamaian antara Hamas dan Fatah.
Sesetengah pemerhati mengatakan tanda-tanda ketegangan antara kumpulan saingan mula berkurangan selepas berlaku konflik bulan lepas antara Hamas dan Israel.
Minggu lepas, pemimpin Fatah turut menghadiri perhimpunan bersama pemimpin politik Hamas, Khaled Meshaal yang pertama kali melawat Gaza sejak 1967.
Minggu lepas, pemimpin Fatah turut menghadiri perhimpunan bersama pemimpin politik Hamas, Khaled Meshaal yang pertama kali melawat Gaza sejak 1967.
Dalam perhimpunan semalam, beribu-ribu penyokong Hamas membanjrii jalan-jalan sekitar Nablus dan membawa sepanduk yang berbunyi “Hamas merupakan senjata dan kami pula adalah peluru."
Pemimpin Fatah, Amin Makboul turut memuji tindakan Hamas yang cukup sabar dalam pertempuran terbaru dengan Israel.
“Kemenangan di Gaza adalah satu kemenangan besar bagi semua rakyat Palestin,” katanya pada perhimpunan semalam.
'via Blog this'