Showing posts with label Pakistan. Show all posts
Showing posts with label Pakistan. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Pilihan raya Pakistan 11 Mei

Pilihan raya Pakistan 11 Mei
Pejalan kaki melintasi sepanduk dengan gambar Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan keluarga Bhutto. Semalam Asif mengumumkan bahawa pilihan raya negara itu akan diadakan pada 20 Mei. Islamabad: Pakistan akan mengadakan pilihan raya umum bersejarah pada 11 Mei, kata seorang jurucakap presiden semalam selepas kerajaan melengkapkan penggal penuh pertamanya dalam sejarah masalah negara itu.

Sebuah pentadbiran sementara akan mentadbir sehingga pilihan raya ketika negara itu berhadapan dengan keganasan Taliban, rusuhan perkauman, pemotongan bekalan kuasa kronik dan masalah ekonomi.
Amerika Syarikat, penderma bantuan utama walaupun ketegangan hubungan dengan Pakistan sejak beberapa tahun, akan memantau rapat pilihan raya di sebuah negara di mana dasar luar ditentukan tentera dengan bantuan agensi risikan.


Pakistan yang memiliki senjata nuklear adalah sekutu utama dalam tentangan Amerika Syarikat menentang militan Islam dan kerjasamanya adalah penting dalam usaha membawa kestabilan di negara jiran, Afghanistan.

Tarik balik gencatan senjata

Militan Taliban Pakistan menjalankan kempen ganas untuk menumbangkan kerajaan dan melaksanakan jenama Islam mereka. Mereka baru-baru ini menarik balik tawaran gencatan senjata bersyarat dan mengancam untuk menyerang perhimpunan pilihan raya parti pemerintah.

Washington berharap pilihan raya akan membawa kestabilan supaya Islamabad boleh membantu Afghanistan ketika tentera NATO diketuai Amerika Syarikat bersiap sedia untuk berundur akhir 2014. - REUTERS

Wednesday, March 13, 2013

3 askar maut letupan bom




12 Mac 2013
PARACHINAR - Seramai tiga askar Pakistan terbunuh selepas sebutir bom yang diletakkan di tepi jalan raya dekat sempadan Afghanistan meletup, semalam.

Pegawai kerajaan, Javed Khan berkata, seorang lagi askar bersama tiga rakannya sewaktu kejadian dilaporkan cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom selepas memasuki kampung Dogar, wilayah Kurram.

"Setakat ini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab. Kita mengesyaki ia dilakukan oleh militan tempatan kerana pasukan ketenteraan dan sekutu asing sering menjadi sasaran letupan bom mereka," kata Javed. - AP

Thursday, January 24, 2013

Seorang lagi ahli politik Pakistan mati ditembak


Karachi: Seorang ahli politik Pakistan ditembak mati di sini dalam pembunuhan kedua seperti itu dalam tempoh seminggu, kata polis semalam, menambah kebimbangan bahawa keganasan mungkin membayangi pilihan raya umum yang dijangka diadakan tahun ini.

Mian Taimur adalah seorang pemimpin di wilayah selatan Sindh untuk Liga-N Islam Pakistan, parti pembangkang utama negara itu diketuai bekas perdana menteri Nawaz Sharif.
“Mian Taimur dan bapanya maut apabila lelaki bersenjata menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka,” kata jurucakap polis, Imran Shaukat.

Serangan lewat kelmarin berlaku di sebuah kejiranan mewah di Defence. Taimur adalah timbalan setiausaha parti di Sindh, di mana Karachi menjadi ibu kotanya.

Jurucakap polis berkata sembilan lagi ditembak mati dalam kejadian pembunuhan di seluruh bandar itu 24 jam lalu.

Seorang pegawai keselamatan mengesahkan angka kematian dan berkata seorang doktor antara yang maut.

Khamis lalu, Manzar Imam, seorang pembuat dasar wilayah milik Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM), dibunuh bersama tiga pengawalnya di sini. - AFP
INFO: Ahli politik mati
* Mian Taimur adalah pemimpin Liga-N Islam Pakistan, parti pembangkang utama diketuai Nawaz Sharif
* 2,000 orang terbunuh dalam keganasan etnik dan politik di Karachi

Monday, January 21, 2013

Keluarga penyiasat kes rasuah PM Pakistan desak inkuiri khas

Raja Pervez Ashraf Raja Pervez Ashraf dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baru.
ISLAMABAD - Keluarga pegawai Pakistan yang menyiasat kes rasuah Perdana Menteri, Raja Pervez Ashraf, mendesak siasatan dilakukan ke atas kematian Kamran Faisal.

Keluarga pegawai itu menegaskan, Kamran mungkin dibunuh berdasarkan mayatnya mempunyai tanda-tanda diseksa sekali gus menolak keputusan bedah siasat mengatakan dia membunuh diri.

“Laporan akhir forensik bakal keluar dalam satu  minggu lagi dan pada masa itu baru kita akan tahu sama ada Kamran mengambil sebarang ubat antitekanan sehingga dia membuat keputusan membunuh diri,” lapor sebuah akhbar semalam.

Kamran, Penolong Pengarah Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB), ditemui mati tergantung di kuarters kerajaan, Jumaat lalu.

Difahamkan Kamran menghadapi tekanan hebat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Dia telah mengambil bahagian dalam menyiasat kes rasuah melibatkan Perdana Menteri.

Selasa lalu, Mahkamah Agung mengarahkan Raja Pervez ditahan berhubung dakwaan menerima rasuah kerana meluluskan projek-projek jana kuasa pada tahun 2010.

Friday, January 18, 2013

Tak cukup bukti tahan PM Pakistan

Penyokong Tahirul Qadri menari ketika mengadakan tunjuk perasaan di Islamabad semalam.
Penyokong Tahirul Qadri menari ketika mengadakan tunjuk perasaan di Islamabad semalam. Islamabad: Ketua agensi antirasuah Pakistan memberitahu Mahkamah Agung semalam beliau tidak mempunyai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Raja Pervez Ashraf, dan 15 yang lain atas tuduhan rasuah.

Pengerusi Biro Akauntabiliti Negara (NAB), Fasih Bokhari, memberitahu Ketua Hakim Iftikhar Muhammad Chaudhry, siasatan mengenai dakwaan rasuah projek jana kuasa elektrik pada 2010 itu belum siap dan berkata ia mengambil masa untuk mencari bukti mendakwa mereka yang terbabit.

Kemas kini maklumat


Kelmarin, Chaudhry mengarahkan semua yang dituduh atas dakwaan rasuah dana itu ditahan selain meminta NAB me-ngemas kini maklumat kepada mahkamah mengapa ia tidak terjadi.

Pada Mac 2012, mahkamah mengarahkan prosiding perundangan terhadap Raja, yang ketika itu mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Asif Ali Zardari dan menyandang jawatan sebagai Menteri Air dan Elektrik ketika projek jana kuasa itu ditubuhkan.

Namun semalam, NAB memberitahu Mahkamah Agung ia adalah Mahkamah Perlembagaan dan tidak boleh menyiasat kes berkenaan.


Tunjuk perasaan
“Mandat kami adalah untuk memastikan penghakiman dilaksanakan,” kata Chaudhry.
Sementara itu seorang ulama, Tahir-ul Qadri, mengetuai berpuluh ribu penunjuk perasaan di luar Parlimen menuntut kerajaan meletak jawatan. - AFP

Wednesday, January 16, 2013

India putus hubungan dengan Pakistan



16/01/2013 2:53am

NEW DELHI 16 Jan. – Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam memberi amaran untuk tidak akan berurusan lagi dengan Pakistan ekoran tragedi kematian dua tentera di sempadan negara itu baru-baru ini.
“Tiada urusan rasmi lagi dengan Pakistan, apa yang berlaku tidak dapat kami terima,” katanya sambil merujuk kepada dua tentera yang dibunuh dan satu daripadanya telah di pancung.
Pakistan bagaimanapun menafikan tentera mereka terlibat dengan kejadian tersebut sehingga menyebabkan dua tentera India terbunuh. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2I6kCWONJ 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 14, 2013

14 tentera Pakistan maut serangan bom



MIRANSHAH, Pakistan 14 Jan. - Sekurang-kurangnya 14 anggota tentera Pakistan terbunuh, manakala 25 yang lain cedera dalam satu insiden letupan bom tepi jalan di kawasan sempadan Afghanistan, semalam.
Menurut pegawai kanan tentera, letupan tersebut mengenai konvoi pasukan tentera di perkampungan Dosali di daerah Utara Waziristan.
Tiada sebarang pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130114/lu_09/14-tentera-Pakistan-maut-serangan-bom#ixzz2HxfKJzTt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, January 7, 2013

Pakistan, India bergaduh



GAMBAR yang dirakam pada 3 Jun, 1999, askar India mengambil bahagian dalam latihan ketinggian untuk menyediakan mereka berjuang di paras tinggi di Genting Zojilla di Srinagar - Leh, lebuh raya Kashmir, India. Seorang askar Pakistan terbunuh dan seorang lagi cedera, apabila tentera India menyerbu sebuah pos tentera di sempadan kedua-dua negara di Kashmir, tentera berkata. Ia berkata pertukaran kebakaran itu berterusan selepas serangan India di penanda sempadan di sektor Haji Pir, 80 kilometer utara Islamabad. - Foto AFP
   

GAMBAR yang dirakam pada 3 Jun, 1999, askar India mengambil bahagian dalam latihan ketinggian untuk menyediakan mereka berjuang di paras tinggi di Genting Zojilla di Srinagar - Leh, lebuh raya Kashmir, India. Seorang askar Pakistan terbunuh dan seorang lagi cedera, apabila tentera India menyerbu sebuah pos tentera di sempadan kedua-dua negara di Kashmir, tentera berkata. Ia berkata pertukaran kebakaran itu berterusan selepas serangan India di penanda sempadan di sektor Haji Pir, 80 kilometer utara Islamabad. - Foto AFP
Askar bertempur di sempadan Kashmir, seorang maut

Islamabad: Tentera Pakistan dan India semalam saling melepaskan tembakan ke arah kedudukan lawan dekat sempadan Kashmir menyebabkan seorang askar maut.
Pakistan menuduh askar India menyeberangi garisan sempadan sementara dipanggil ‘Garisan Kawalan’ sebelum menyerbu sebuah pos kawalan mereka, tuduhan yang ditolak tentera jirannya.
Askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra” - Kenyataan tentera Pakistan

Kenyataan tentera Pakistan memberitahu, askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra.

“Tentera Pakistan bertindak balas sewajarnya. Seorang askar Pakistan syahid manakala seorang lagi parah,” menurut kenyataan itu.

Ia juga mendakwa, askar India berundur hingga tertinggal selaras senjata dan pisau.

Tentera India nafi
Jurucakap tentera India di Srinagar, menafikan askarnya melintasi masuk ke seberang sempadan.

Kolonel Brijesh Pandey menuduh tentera Pakistan melancarkan serangan mortar ke sebuah kampung dalam kawalannya di daerah Uri bertentangan dengan Haji Pir.

“Pada 3.15 pagi kelmarin, askar Pakistan melancarkan serangan mortar menyasarkan perkampungan Uri,” katanya.

Kashmir yang didiami Muslim terletak di Himalaya dan menjadi dua punca peperangan di antara jiran itu yang merdek pada 1947.

Kedua-dua negara juga mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata sejak November 2003.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang mereka daripada bergaduh dari masa ke masa atau saling membuat tuduhan pihak lawan mencabul gencatan senjata itu.

Seorang lelaki maut

Bulan lalu, pegawai di Kashmir berkata, tembakan askar India menyebabkan seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera di dua kampung.

India juga sering menuduh Pakistan menghantar militan ke wilayah Kashmir kawalannya ketika kekacauan meletus seperti sekarang. - AFP

Friday, December 28, 2012

Pakistan kenang Benazir



Penyokong Parti Rakyat Pakistan (PPP)  berdoa ketika memperingati ulang tahun ke lima  kematian bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto di Rawalpindi semalam. - Foto AP
Penyokong Parti Rakyat Pakistan (PPP) berdoa ketika memperingati ulang tahun ke lima kematian bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto di Rawalpindi semalam. - Foto AP
Lebih 200,000 berhimpun di makam bekas perdana menteri

Larkana: Pakistan memperingati ulang tahun kelima pembunuhan bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto semalam, dengan anak lelakinya dijangka melancarkan kerjaya politik apabila menyampaikan ucapan di bandar asal keluarga itu.
Bhutto, dua kali dipilih sebagai perdana menteri, dibunuh dalam serangan senjata dan bunuh diri selepas satu perhimpunan pilihan raya di Rawalpindi, ibu pejabat tentera Pakistan pada 27 Disember 2007. Tiada siapa didakwa sehingga kini.

Lebih 200,000 berkumpul di makam keluarga itu di wilayah selatan Sindh dan Bilawal Bhutto Zardari, anak lelaki Benazir dan Presiden Asif Ali Zardari, akan membuat ucapan awam pertamanya.

Keluarga Bhutto menjadi tonggak politik Pakistan dalam sejarah hampir 65 tahun negara itu.

Bapa Benazir, Zulfikar Ali Bhutto menerajui negara itu dari 1971 sebelum disingkir dalam rampasan tentera pada 1977. Beliau dihukum gantung pada 1979 selepas disabitkan mengarahkan pembunuhan seorang pembangkang politik.

Perkenal generasi ketiga
Dengan pilihan raya umum dijangka diadakan pada musim bunga, penganalisis berkata Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang memerintah tidak sabar memperkenalkan generasi ketiga dinasti itu.

“Jelasnya ia adalah pelancaran rasmi Bilawal Bhutto Zardari ke dalam politik,” kata penganalisis politik Hasan Askari kepada AFP.

“Bilawal mempunyai nilai simbolik kepada keluarga Bhutto dan Zardari mahukan kaitan ini digunakan sebagai simbol dalam pilihan raya.” katanya. - AFP

Monday, December 24, 2012

Menteri kanan maut



Mangsa yang cedera dalam letupan berani mati, dirawat di sebuah hospital di Peshawar, Pakistan, kelmarin. - Agensi
PESHAWAR 23 Dis. - Sekurang-kurangnya sembilan termasuk seorang menteri kanan wilayah maut, selepas seorang pengebom berani mati bertindak meletupkan dirinya di barat laut Pakistan, semalam.
Serangan itu berlaku ketika kira-kira 100 orang termasuk kepemimpinan wilayah bagi Parti Kebangsaan Awami (ANP) menghadiri satu mesyuarat di Peshawar, ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Bashir Bilour yang terkorban, merupakan pemimpin kanan wilayah itu selepas Ketua Menteri Peshawar dan beliau juga adalah penentang utama militan Taliban Pakistan.
Bilour, 69, cedera parah dalam serangan itu dan meninggal dunia di hospital, kata menteri Kabinet wilayah, Arbab Ayub Jan.
Sebanyak 17 lagi cedera dalam serangan itu, katanya.
Minggu lalu, sebutir bom kereta meletup dan militan yang bersenjatakan roket bertindak menyerang lapangan terbang Peshawar, menyebabkan lima terkorban.
Sehari selepas itu, polis dan tentera bertempur selama enam jam dengan militan Taliban yang lari selepas melancarkan serangan di lapangan terbang di Peshawar dan menyembunyikan diri dalam sebuah bangunan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121224/lu_03/Menteri-kanan-maut#ixzz2FwSdsW59
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, December 23, 2012

Lelaki didakwa senda al-Quran dibakar di lokap polis

Lelaki didakwa senda al-Quran dibakar di lokap polisKes bakar al-Quran melibatkan Rimsha Masih, 14, digugurkan bulan lalu selepas budaya pop pada masa ini . - Reuters mahkamah menilai laporan kesihatan mentalnya. Foto: AP
HYDERABAD, Pakistan – Kumpulan perusuh memecah masuk sebuah balai polis Pakistan dan membakar seorang lelaki yang dituduh mempersenda al-Quran, semalam.

Menurut imam kampung Seeta, Sindh, Maulvi Memon, lelaki itu, seorang pengembara, telah bermalam di sebuah masjid Khamis lalu dan senaskhah al-Quran ditemui hangus keesokan harinya.

"Dia bersendirian di masjid pada waktu malam. Tidak ada seorang pun yang sanggup melakukan perkara yang dahsyat seperti itu," kata Maulvi.

Orang kampung memukul lelaki itu dan kemudiannya menyerahkan dia kepada pihak polis.

Beberapa jam kemudian, sekitar 200 orang menyerbu balai polis dan mengheret lelaki itu keluar lalu membakarnya, kata Penguasa Kanan Polis Daerah Dadu, Usman Ghani.

Menurut Usman, dalam kejadian kira-kira 30 orang telah ditangkap kerana membunuh dan tujuh polis ditahan atas kecuaian.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan, sekurang-kurangnya 53 orang telah terbunuh di Pakistan sejak 1990 atas tuduhan kekufuran dan tuduhan-tuduhan lain yang lebih kerap.

Di Pakistan, hukuman bagi kufur adalah hukuman mati tetapi ia tidak ditakrif secara khusus oleh undang-undang.

Kes terbaru menyaksikan perhatian antarabangsa tertumpu kepada kes Rimsha Masih, seorang remaja Kristian yang dituduh membakar beberapa muka surat al-Quran dalam beg yang dibawanya.

Bagaimanapun, kes itu telah ditolak bulan lalu selepas jiran gadis itu memberitahu mahkamah bahawa Rimsha dianiaya.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, dua pegawai kanan Pakistan telah mencadangkan pembaharuan undang-undang telah ditembak mati. Salah seorang daripada mereka telah ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri.

Peguam yang mewakili kes berkenaan telah disalahkan manakala hakim yang mensabitkan dia bersalah terpaksa melarikan diri ke luar negara.

Thursday, December 20, 2012

Militan sasar petugas kempen antipolio

SEORANG kakitangan kesihatan diberikan rawatan kecemasan selepas cedera parah akibat diserang militan di Peshawar, semalam.
SEORANG kakitangan kesihatan diberikan rawatan kecemasan selepas cedera parah akibat diserang militan di Peshawar, semalam.
PESHAWAR: Penyerang bersenjata meningkatkan serangan baru ke atas pekerja kesihatan yang membawa vaksin polio, semalam, menjadikan korban keganasan itu meningkat kepada sembilan orang.
Kejadian terbaru itu turut mendorong Unicef dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung kempen yang dibantah Taliban itu. Serangan semalam membabitkan seorang petugas wanita dan pemandunya yang ditembak mati di Charsadda, dekat Peshawar.

Pegawai polis Peshawar, Wajid Khan, berkata sebelum itu, seorang lagi pekerja kesihatan dalam keadaan kritikal selepas ditembak ketika memberikan titisan vaksin polio kepada orang awam “Dua lagi pasukan penyedia vaksin dijadikan sasaran di bandar Nowshera dan Charsadda, tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pakistan adalah satu daripada tiga negara di dunia yang masih berdepan wabak polio, tetapi usaha mengekang penyakit itu selalu diganggu akibat bantahan Taliban.

Beberapa kawasan yang dikuasai militan itu mengharamkan vaksin berkenaan diberi kepada orang awam. Sejak kempen disokong PBB dijalankan di seluruh Pakistan Isnin lalu, sembilan orang pekerja kesihatan terbunuh dalam serangan yang berlaku setiap hari. Seorang kakitangan maut ditembak di Karachi pada Isnin dan empat lagi dibunuh di bandar itu kelmarin.

Seorang lagi mangsa dibunuh di Peshawar. Khabar angin kononnya vaksin polio itu adalah taktik Barat meracuni umat Islam menghalang usaha mengatasi wabak berkenaan di Pakistan.


Kecurigaan program itu semakin menebal apabila seorang doktor membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengesan Osama bin Laden dengan berselindung di sebalik kempen membasmi hepatitis pada 2011. Kes polio menurun kepada 28 pada 2005 tetapi meningkat ketara kepada 198 pada 2011 - angka tertinggi sepanjang tempoh lebih sedekad. - AFP

Tuesday, November 27, 2012

Penyerang sembunyi bom dalam simen




27 November 2012
KARACHI - Sebutir bom yang disembunyikan dalam blok simen meletup dan membunuh seorang penduduk Pakistan, semalam.

Insiden yang dianggap serangan berpuak di bandar Karachi itu turut mencederakan empat orang.

Pegawai kanan polis, Farooq Awan berkata, bom berkenaan mengandungi 1 kilogram bahan peledak dan diletupkan dengan telefon bimbit.

Sementara itu, semua jenis perkhidmatan telefon mudah alih dalam diharamkan bermula Sabtu lalu.

Larangan berkenaan dikuatkuasakan bagi menghalang berlakunya serangan terhadap komuniti Syiah yang meraikan hari Asyura dalam bulan Muharram.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam letupan bom sejak minggu lalu.

Pakistan merupakan negara yang memiliki sejarah pertelingkahan berdarah di antara puak Sunni dan Syiah. - AP

Monday, November 26, 2012

Lima terbunuh di barat laut Pakistan




PESHAWAR 26 Nov. - Sebutir bom meletup menyebabkan lima orang terbunuh semalam, ketika satu perarakan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Letupan itu berlaku ketika pengikut Syiah berdepan dengan serangan besar-besaran daripada puak Sunnah sempena Hari Asyura, yang jatuh pada 10 Muharam mengikut kalendar Islam.

“Lima orang terbunuh manakala 83 yang lain cedera dalam letupan bom tersebut,’ ’kata jurucakap polis, Shafeerulla Khan. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121126/lu_12/Lima-terbunuh-di-barat-laut-Pakistan#ixzz2DKRbBzEk
© Utusan Melayu (M) Bhd

syiah bodoh

Pakistan# this is what the Rafidah Shias in Pakistan do on Ashura! lahawla wala quwata ela bellah!!
THIS IS NOT ISLAM!!! THIS IS THE DOINGS OF THE DEVILS CALLED SHIAS!!

Lima terbunuh di barat laut Pakistan



PESHAWAR, Pakistan 26 Nov. - Sebutir bom meletup menyebabkan lima orang terbunuh semalam, ketika satu perarakan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Letupan itu berlaku ketika pengikut Syiah berdepan dengan serangan besar-besaran daripada puak Sunnah sempena Hari Asyura, yang jatuh pada 10 Muharam mengikut kalendar Islam.
“Lima orang terbunuh manakala 83 yang lain cedera dalam letupan bom tersebut,’ ’kata jurucakap polis, Shafeerulla Khan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121126/lu_12/Lima-terbunuh-di-barat-laut-Pakistan#ixzz2DH7XIDLc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, November 25, 2012

4 kanak-kanak maut dalam letupan Hari Asyura




         
PESHAWAR: Empat kanak-kanak terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila sebutir bom meletup dekat perarakan keagamaan hari Asyura, di barat laut Pakistan, semalam.

Pegawai polis, Ghulam Ahmed berkata, bom tepi jalan itu diletakkan di laluan perarakan komuniti minoriti Syiah di daerah Dra Ismail Khan.
Letupan itu berlaku ketika penganut agama Syiah berkumpul untuk berarak mengingati ulang tahun kematian cucu Nabi Muhammad, Imam Hussain pada tahun 680. Keselamatan di seluruh negara diperketatkan senmalam untuk mengelakkan serangan seperti yang berlaku itu.

“Bom itu diletakkan di dalam tong sampah dan letupannya sungguh kuat hingga boleh didengari beberapa kilometer jauhnya,” kata Ghulam.


Ketua Polis Peshawar, Khalid Suhail berkata, semua mangsa yang maut adalah kanak-kanak lelaki berusia antara enam dan 11 tahun.


“Sekurang-kurangnya 30 orang cedera termasuk dua anggota polis,” katanya dan menambah, lima daripada mereka dalam kaadaan parah. - AFP

Taliban Pakistan mahu 'balas dendam'




24 November 2012
ISLAMABAD - Puak Taliban di Pakistan berikrar akan melancarkan serangan ke atas India bagi membalas dendam kerana menggantung seorang warganegara atas kesalahan mengebom Mumbai empat tahun lalu.

Mohammed Ajmal Kasab menjalani hukuman gantung di Pune kelmarin, sebuah bandar tenggara Mumbai, kerana terlibat dalam serangan pengganas.

Serangan di ibu kota kewangan India pada November 2008 mengorbankan lebih 160 nyawa.

Jurucakap Taliban Pakistan, Ihsanullah Ihsan berkata, kumpulan militan akan menjalankan pelbagai serangan ke atas India sebagai tindak balas kepada pelaksanaan hukuman itu.

Taliban Pakistan, yang berkait rapat dengan kumpulan sama di Afghanistan dan al-Qaeda, beroperasi di kawasan tidak terkawal yang terletak di sempadan Pakistan dan Afghanistan.

India telah meminta perlindungan tambahan daripada diplomat di Pakistan berikutan pelaksanaan itu, kata JP Singh, seorang pegawai di Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Beliau berkata kementerian tidak mempunyai komen segera terhadap ancaman dari Taliban.

Jurucakap Taliban menuntut supaya jenazah Mohammed Ajmal dikembalikan ke Pakistan untuk upacara pengebumian.
Dia mengkritik kerajaan Pakistan sambil berkata telah gagal kerana tidak memohon supaya jenazah Mohammed Ajmal dibawa pulang.

Taliban Pakistan mahu 'balas dendam'




24 November 2012
ISLAMABAD - Puak Taliban di Pakistan berikrar akan melancarkan serangan ke atas India bagi membalas dendam kerana menggantung seorang warganegara atas kesalahan mengebom Mumbai empat tahun lalu.

Mohammed Ajmal Kasab menjalani hukuman gantung di Pune kelmarin, sebuah bandar tenggara Mumbai, kerana terlibat dalam serangan pengganas.

Serangan di ibu kota kewangan India pada November 2008 mengorbankan lebih 160 nyawa.

Jurucakap Taliban Pakistan, Ihsanullah Ihsan berkata, kumpulan militan akan menjalankan pelbagai serangan ke atas India sebagai tindak balas kepada pelaksanaan hukuman itu.

Taliban Pakistan, yang berkait rapat dengan kumpulan sama di Afghanistan dan al-Qaeda, beroperasi di kawasan tidak terkawal yang terletak di sempadan Pakistan dan Afghanistan.

India telah meminta perlindungan tambahan daripada diplomat di Pakistan berikutan pelaksanaan itu, kata JP Singh, seorang pegawai di Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Beliau berkata kementerian tidak mempunyai komen segera terhadap ancaman dari Taliban.

Jurucakap Taliban menuntut supaya jenazah Mohammed Ajmal dikembalikan ke Pakistan untuk upacara pengebumian.
Dia mengkritik kerajaan Pakistan sambil berkata telah gagal kerana tidak memohon supaya jenazah Mohammed Ajmal dibawa pulang.

Friday, November 23, 2012

Taliban Pakistan mahu balas dendam



Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan mengancam menyerang sasaran India bagi membalas dendam terhadap hukuman bunuh ka atas Mohammad Ajmal Kasab, yang terselamat dalam serangan di Mumbai pada 2008.

Kasab digantung secara rahsia kelmarin berikutan masalah sensitiviti politik selepas serangan pada 26 November 2008 itu yang masih menjejaskan hubungan antara kedua negara kuasa nuklear itu.
Kami memutuskan untuk menyasarkan India bagi membalas dendam pembunuhan Ajmal Kasab, kata jurucakap Taliban, Ehsanullah Ehsan melalui telefon dari sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Ehsan menuntut supaya India memulangkan mayat Kasab.

Jika mereka tidak mengembalikan mayat Kasab kepada kami atau keluarganya, kami akan menangkap rakyat India dan tidak akan memulangkan mayat mereka, katanya sambil menambah bahawa Taliban juga akan menyerang sasaran India di mana-mana saja.

Taliban yang dikaitkan dengan al-Qaeda dilihat satu daripada ancaman keselamatan terbesar Pakistan dan dipersalahkan dalam beberapa pengeboman bunuh diri di seluruh negara. Mereka tidak menjalankan serangan besar di luar negara.

Kasab didakwa dengan 86 kesalahan termasuk membunuh dan melancarkan perang terhadap India, dalam kertas dakwaan yang dikatakan melebihi 11,000 muka surat.
Ia adalah kali pertama pelaksanaan hukuman bunuh dijalankan di India sejak 2004. Hukuman itu diraikan di kebanyakan penduduk di Mumbai dan bandar raya lain sebaik saja berita pelaksanaannya tersebar tetapi kumpulan militan di Pakistan bertindak marah seperti juga penduduk di kampung halaman mangsa, Faridkot.

Penduduk memasang bunga api dan memberikan manisan di kebanyakan bandaraya di India. Beberapa orang lain turut membawa gambar Kasab yang diletakkan tali gantung di kepalanya.
Agensi