Friday, April 27, 2012

Dedah akaun bank: NFCorp mahu saman Rafizi

Dedah akaun bank: NFCorp mahu saman Rafizi - Sinar Harian:


Mohd Rafizi Ramli
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - National Feedlot Corporation (NFCorp) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan sebuah bank yang didakwa membocor dan mendedahkan maklumat sulit akaun bank syarikat itu baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh mendakwa, Mohd Rafizi mengedarkan maklumat perbankan dan penilaian kredit NFCorp serta empat syarikat berkaitan iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd.

Katanya, Mohd Rafizi juga didakwa mendedahkan butir peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat tanpa keizinan mereka.

Mohd Salleh mendakwa, maklumat sulit itu diedarkan kepada wartawan dalam sidang media yang dibuat Mohd Rafizi, di Ibu Pejabat PKR, 7 Mac lalu.

“NFCorp menggesa polis dan Bank Negara untuk menyiasat perkara ini kerana ia merupakan kesalahan di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia),” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Mohd Salleh berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Damansara berhubung tindakan Mohd Rafizi.

Dalam pada itu katanya, beliau turut membuat laporan polis terhadap Mohd Rafizi yang didakwa membuat fitnah berhubung pembelian hartanah KL Eco City di Kuala Lumpur.

"Mohd Rafizi sengaja memperdayakan media dan orang ramai dengan memutarbelitkan fakta. Tiada sebarang pinjaman dibuat untuk pelaburan KL Eco City," katanya.

Mohd Salleh berkata, peguamnya akan mengambil tindakan terhadap Mohd Rafizi berhubung penyebaran maklumat salah terhadap NFCorp dan syarikat-syarikat berkaitan.

Nizar bohong

Berita Harian Online | Nizar bohong:pix_gal0
Dakwa PM minta tentera buat sesuatu jika BN kalah PRU-13

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan.
“Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin. 

“Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu... jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)... itu terserah,” katanya. 
Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.

Ceramah Mohamad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.

Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

“Kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara. 
Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajaan dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung Perlembagaan dan bersikap profesional.

Tarikh siap LPT ditunda lagi

Kosmo! Online - Negara:



AHMAD (kanan) melihat kerja-kerja pembinaan LPT fasa kedua di Dungun semalam.


DUNGUN – Tarikh akhir siap Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) fasa dua yang dijangka siap pada tahun 2014 mungkin dipinda lagi ekoran dua pakej dalam pembinaan lebuh raya itu masih belum ditender semula.
Selepas diumumkan pembinaannya pada tahun 2005, projek sepanjang 182.6 kilometer menghubungkan Jabor, Pahang hingga Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu dikatakan akan siap pada tahun 2007.
Namun oleh kerana beberapa masalah timbul ia diubah beberapa kali dan terbaru, tarikh akhir dijangka siap pada tahun 2014.
Dua pakej yang masih belum ditender semula itu membabitkan pakej empat melibatkan laluan sepanjang 7.3 kilometer menghubungkan Stesen Mardi di Kampung Pasir Gajah ke Ibok, Kemaman.
Turut mengalami nasib sama ialah pakej tujuh sepanjang 13.5 kilometer yang menghubungkan Paka ke Air Jernih, Kemaman selepas kedua-dua kontrak asal pakej itu ditamatkan ekoran beberapa masalah yang timbul.

ATM nafi tuduhan Nizar

Kosmo! Online - Negara:



NIZAR


KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menyifatkan tuduhan tidak berasas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini sebagai berbaur hasutan.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Zulkifeli berkata, kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

Zahida hantar surat saman kepada Zuraida

Kosmo! Online - Negara:



zuraida


KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi, Zahida Mohamed Rafik yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Zahida bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tindakan samannya itu sebaliknya menyatakan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk menguruskan perkara tersebut.
Zuraida sebelum ini didakwa pernah mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Shafie Apdal.