Tuesday, June 2, 2015

Polis, askar kawal majlis kahwin anak Jokowi

Solo: Persiapan majlis perkahwinan putera sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada minggu depan berjalan lancar.
Majlis perkahwinan Putera Jokowi, Gibran Rakabuming Raka dan pasangannya, Selvi Ananda dijadualkan pada 11 Jun ini.
Majlis akan diadakan di dewan Graha Saba Buana dan dua hari sebelum majlis berlangsung lebih 1,000 anggota polis serta tentera Indonesia dikerahkan untuk menjaga keselamatan.
Ketua polis Solo, Ahmad Lutfi berkata, pihak berkuasa mengetatkan kawalan kerana tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika majlis berlangsung.
“Kawalan keselamatan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sumarno hinggalah ke lokasi perkahwinan.
“Beberapa lokasi lain termasuk pasar raya dan hotel turut dikawal ketat.
“Seramai 1,863 anggota keselamatan yang akan bertugas sepanjang majlis itu berlangsung,” katanya.
Menurutnya, 633 anggota keselamatan ditempatkan di lokasi tetap iaitu tempat majlis perkahwinan diadakan.
“Selebihnya akan dihantar mengawasi beberapa lokasi popular di bandar ini bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 10:07 AM

Gibran dan Selvi

YB tonton video lucah di Parlimen

Brasilia: Seorang anggota Parlimen Brazil semalam dirakam menonton video lucah ketika Dewan bersidang.
Lebih menarik lagi, dia menontonnya ketika Parlimen sibuk membahaskan usul membaharui sistem pilihan raya.
Joao Rodrigues juga membenarkan anggota Parlimen lain di belakangnya menonton video itu.
Rakaman dibuat seorang anggota Dewan menunjukkan Rodrigues dari Parti Demokratik Sosial menonton video itu menerusi telefon bimbitnya di bawah mejanya.
Dia kadang kala berkongsinya dengan anggota lain ketika mereka menghampiri tempat duduknya.
Rodrigues menjelaskan menerusi Facebooknya, dia menerima video itu menerusi kumpulan WhatsApp dan berhasrat memadamkannya.
“Saya mempunyai hampir 100 kumpulan WhatsApp. Saya menemui filem berkenaan daripada satu daripada kumpulan itu. Saya cuba memadamkannya apabila ada anggota lain di belakang merakam saat itu,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:12 AM


RODRIGUES dirakam menonton filem lucah menerusi telefon bimbit di bawah mejanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54657#sthash.2NhUKZcP.dpuf

Beijing tolak desakan AS


Singapura: China semalam menolak desakan Amerika Syarikat supaya menghentikan kerja penambakan di Laut China Selatan.
Timbalan Ketua Turus tentera negara itu Laksamana Sun Jianguo berkata, China hanya melaksanakan tanggungjawab kedaulatannya dan menggunakan pangkalannya di kawasan itu bagi memenuhi tanggungjawab antarabangsa.
Bercakap di satu sidang kemuncak mengenai keselamatan di Singapura, Jianguo juga berkata, keadaan di Laut China Selatan secara keseluruhanya aman dan stabil.
“Tidak ada isu mengenai kebebasan untuk belayar. China melakukan pembinaan di Laut China Selatan semata-mata untuk meningkatkan peranan pulau dan terumbu karang berhampiran selain menambah baik keadaan kehidupan anggotanya yang ditempatkan di situ,” kata Jianguo.
Dia berkata demikian sebagai mengulas desakan Amerika Syarikat supaya China menghentikan semua kerja penambakan laut di kawasan perairan berkenaan.
China menuntut hak kedaulatan terhadap hampir seluruh Laut China Selatan, kawasan laluan perkapalan penting dunia yang dipercayai mempunyai simpanan minyak dan gas.
Bagaimanapaun, beberapa negara yang turut menuntut hak terhadap sebahagian kawasan itu menuduhnya menjalankan dasar peluasan wilayah. - AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54840#sthash.zOvErD02.dpuf

Kembali bersekolah

Kathmandu: Ribuan kanak-kanak sekolah di Nepal, sebahagian besarnya masih trauma kerana kehilangan anggota keluarga dan kediaman, mula bersekolah semula semalam, beberapa minggu selepas gempa bumi melanda negara itu, menyebabkan lebih 8,600 orang terbunuh.
Di kebanyakan kawasan, kanak-kanak yang berpakaian seragam sekolah berjalan merentasi runtuhan bangunan untuk ke sekolah dan belajar di bilik darjah sementara yang dibuat dari buluh atau di dalam khemah yang didirikan di kawasan lapang selepas sekolah mereka musnah atau rosak teruk dalam gempa bumi yang melanda 25 April lalu.
“Gegaran selepas gempa masih berlaku. Ia menyebabkan ramai kanak-kanak masih trauma. Sukar untuk meyakinkan mereka bahawa keadaan sudah selamat,” kata seorang penduduk Mina Shrestha.
Ada juga pelajar yang belajar di bangunan yang sudah diperiksa dan ditanda ‘selamat’ oleh jurutera.
Gempa bumi 7.8 magnitud itu merosakkan hampir 8.000 sekolah. Di kawasan paling teruk terjejas seperti Gorkha, Singupalchowk dan Nuwakot, 90 peratus bangunan sekolah musnah.
Penggal baru persekolahan di negara itu sepatutnya bermula 17 Mei lalu, tetapi ditunda selepas satu lagi gempa berukuran 7.4 magnitud menggegarkan Nepal pada 12 Mei.
Bagaimanapun, beberapa sekolah masih ditutup kerana bilik darjah sementara masih dibina di samping kebimbangan yang masih berterusan mengenai keselamatan dan ketiadaan ruang. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 9:12 AM


SEORANG wanita menemani anaknya ke sekolah dengan melintasi runtuhan bangunan di Kathmandu, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54844#sthash.CcP2gHVf.dpuf

Himpunan hina Islam

Phoenix: Lebih 250 penunjuk perasaan, sebahagiannya bersenjata, menyertai perhimpunan untuk mencetuskan provokasi dengan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di luar sebuah masjid, di sini, semalam (Jumaat waktu tempatan).
Mereka bagaimanapun ditentang oleh kumpulan penduduk yang sama banyak yang melaungkan slogan ‘Baliklah, Nazi.’
Perhimpunan itu diadakan eminggu selepas acara
anti-Islam di Texas diserang dua lelaki bersenjata.
Acara anti-Islam di luar Pusat Komuniti Islam Phoenix itu dianjurkan seorang veteran perang Iraq yang memakai kemeja-T dengan slogan menghina Islam sambil mengibarkan bendera Amerika Syarikat (AS).
Polis yang lengkap dengan peralatan antirusuhan memisahkan dua kumpulan itu dengan berdiri di tengah-tengah.
Jon Rotzheimer menganjurkan perhimpunan berkenaan menerusi Facebooknya beberapa hari lalu dengan menjadikan masjid itu sasaran kerana kedua-dua lelaki yang menyerang acara melukis kartun menghina Rasulullah SAW minggu lalu sering bersolat di masjid itu.
Kira-kira 20 penunjuk perasaan anti-Islam itu berpakaian tentera dan membawa senjata separuh automatik.
Ada yang melaungkan slogan Islam ‘agama pembunuh,’ sementara yang lain membawa karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW yang dilukis di Texas, minggu lalu.
Masjid itu ialah bekas gereja yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix. Terdapat puluhan ribu masyarakat Islam tinggal di bandar raya itu.
Dalam kejadian semalam, walaupun beberapa peserta yang hadir menentang tunjuk perasaan itu bertindak balas dengan mencerca penyokong anti-Islam terbabit, ada yang mengikut nasihat jawatankuasa masjid dengan bersikap lebih lembut sambil melaungkan slogan ‘Sayangi jiran anda.’
Semua penunjuk perasaan itu bersurai menjelang malam tanpa berlaku keganasan atau tangkapan.
Kumpulan antiIslam di Amerika Syarikat semakin aktif sejak kebelakangan ini, termasuk membeli iklan dan mengadakan tunjuk perasaan untuk menggambarkan Islam agama keganasan dengan merujuk kepada kegiatan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.
Dalam kejadian 3 Mei lalu, dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan berhampiran Dallas ketika satu pameran lukisan karikatur menghina Rasulullah (SAW) diadakan.
Mereka bagaimanapun ditembak mati oleh polis.
Aktivis anti-Islam Pamela Geller yang menganjurkan acara di Texas itu berkata, dia tidak terbabit dengan tunjuk perasaan di Phoenix.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 5:10 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54642#sthash.kfRHaufe.dpuf

Pakai tudung hanya di Aceh

Surabaya: Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Moeldoko memberitahu hanya anggota tentera wanita yang bertugas di wilayah Aceh dibenarkan memakai tudung.
“Pemakaian tudung hanya diperuntukkan bagi anggota wanita yang bertugas di Aceh.
“Tiada larangan, tetapi kalau mahu memakai tudung sila pindah ke Aceh, selesai masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang anggota tentera wanita dalam satu perjumpaan di sini, kelmarin.
Katanya, persoalan itu tidak perlu ditimbulkan lagi kerana sudah termaktub dalam peraturan TNI.
“Secara prinsipnya kita memberi kelonggaran untuk tentera wanita di Aceh sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pusat Bidang Seni Budaya Majlis Ulama Indonesia, Cholil Ridwan menyelar Moeldoko dan berkata, TNI sepatutnya meniru jabatan polis negara itu yang memberi kebebasan kepada anggotanya untuk bertudung.
“Hak bertudung dilindungi undang-undang dan polis Indonesia juga memberikan hak berkenaan.
“Apa bezanya anggota TNI dengan polis,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 9:17 AM


ASKAR wanita Indonesia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54849#sthash.ZsGsWyXK.dpuf

Beijing kuat kuasa larangan merokok paling ketat



AFP - KAIN RENTANG amaran larangan merokok digantung di Stadium Sarang Burung di Beijing kelmarin.


BEIJING – Undang-undang anti-merokok paling ketat dalam sejarah China mula berkuat kuasa di Beijing semalam dengan denda dan talian hotline disediakan untuk melaporkan pesalah susulan kebimbangan penguatkuasaan yang lemah
Undang-undang itu melarang merokok di pejabat, restoran, hotel dan hospital dengan premis yang melanggarnya boleh didenda sehingga 10,000 yuan (RM5,887).
Lesen premis yang berulang kali melanggar undang-undang itu pula boleh dibatalkan, manakala individu yang ditangkap merokok di kawasan yang dliarang boleh didenda sebanyak 100 yuan (RM59).
Selain merokok di tempat tertutup, peraturan tersebut turut melarang merokok di kawasan terbuka berhampiran sekolah, hospital dan fasiliti sukan.
Undang-undang berkenaan yang terhad di ibu kota China, Beijing, bukan pertama kali dikuat kuasa oleh pemerintah.
Usaha serupa pernah dilakukan di seluruh China pada 2011 tetapi pelaksanaannya kurang berhasil.
Undang-undang alam sekitar dan keselamatan China kerap dilanggar ekoran bilangan penguatkuasa yang terhad dan tarikan rasuah.
Harga rokok kekal rendah di China dengan sekotak rokok biasanya dijual pada harga kurang 10 yuan (RM5.90). – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3bqovAb2L 
Hakcipta terpelihara 

Layang-layang gergasi terjunam


Empat penonton termasuk warga emas cedera

KOMBINASI gambar menunjukkan sebuah layang-layang gergasi seberat
KOMBINASI gambar menunjukkan sebuah layang-layang gergasi seberat 700 kilogram, terjunam semasa Festival Layang-Layang Gergasi berlangsung di sebuah taman di Higashiomi, tengah Jepun, kelmarin. AGENSI
TOKYO 1 Jun - Empat individu termasuk seorang lelaki tua cedera, selepas sebuah layang-layang gergasi seberat 700 kilogram terjunam ketika berada pada ketinggian 200 meter di udara, semalam.
Pegawai polis berkata, kejadian berlaku semasa Festival Layang-Layang Gergasi berlangsung di sebuah taman di Higashiomi, tengah Jepun.
Menurut laporan media tempatan, layang-layang berbingkai buluh berukuran 13 meter panjang dan 12 meter lebar itu diterbangkan oleh sekumpulan besar pengunjung ketika insiden berlaku.
Warga emas lelaki berusia 73 tahun yang cedera, masih tidak sedarkan diri di hospital.
Seorang lagi mangsa yang cedera adalah kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun.
Polis telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti sama ada insiden berkenaan berpunca daripada kelalaian.
Pada tahun 2004, lapan orang cedera apabila sebuah layang-layang seberat satu tan terjunam dari udara merempuh orang ramai di bandar Kanagawa berhampiran Tokyo. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/layang-layang-gergasi-terjunam-1.98235#sthash.M2dvS4AU.dpuf

Pemilik kereta sorong kena saman


Saman dilekatkan di tepi kereta sorong

Saman dilekatkan di tepi kereta sorong
LONDON 1 Jun – Seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Leeds bertindak pelik apabila mengeluarkan notis saman kepada pemilik sebuah kereta sorong yang ditinggalkan di tepi jalan di bandar Leeds, di sini, kelmarin.
Malah, aksinya sempat dirakam dan dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama @Geezajay2013 bersama keterangan berbunyi ‘Majlis Perbandaran Leeds memberi notis saman kepada kereta sorong. Saya tidak percaya apa yang saya lihat’.
Gambar itu kemudian menjadi viral di laman sosial.
Menurut Daily Mail, beberapa keping gambar menunjukkan penguatkuasa tersebut menulis notis saman sebelum melekatkannya di sisi kereta sorong berkenaan.
Tindakan itu mengundang pelbagai persoalan dari pengguna Internet antaranya adakah kereta sorong dikira sebagai kenderaan dan kesalahan trafik apakah yang dikenakan kepada pemilik kereta sorong tersebut.
Pengguna bernama Chris Rhodes membalas tweet itu dengan menyatakan ‘Penguatkuasa ini hanya berlakon’.
Jurucakap Majlis Perbandaran Leeds berkata, pihaknya tidak pasti dengan kesahihan insiden itu dan jika benar, penguatkuasa terlibat disifatkan agak berlebih-lebihan dalam menjalankan tugas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemilik-kereta-sorong-kena-saman-1.98233#sthash.igaDcIWo.dpuf