Friday, June 20, 2014

‘Saya cuba mohon bayar RM100 sebulan kepada Anwar’



KUALA LUMPUR - "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
      
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
      
Katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
      
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
      
Shahid berkata, Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
      
Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
      
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
      
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama

Malaysia perlu cop haram bukan cop halal


  •  Dr Mohd Asri Zainul AbidinDr Mohd Asri Zainul Abidin

SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan label 'haram' berbanding menggunakan sijil halal.

Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.

"Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan.

"Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal," katanya ketika sesi wacana Sinar Harian kali siri ke-29 hari ini.

Sementara itu ketika menyentuh mengenai isu umat Islam yang termakan khinzir pula, Asri menegaskan bahawa Tuhan itu bersifat pemaaf, dan Tuhan tidak menghukum manusia yang melakukan perkara yang tidak disengajakan oleh mereka.

“Tidak perlu membersihkan darah.

“Kalau kita termakan khinzir, Tuhan tidak akan menghukum atas kesilapan tersebut,kerana Tuhan tidak menghukum manusia yang ‘tersilap’,” jelasnya.

Pancaroba

Pancaroba

Photo: Bank Negara yang cakap ...

Pancaroba

Photo: Membazir adalah kerja syaitan. Tetapi Kjaan Umno-BN saban tahun membazir, bocor dan rasuah. Audit hanya sekadar laporan tiada makna. Rakyat papa kedana, pemimpin bergelumang senang dgn duit rakyat. Amacam?

Pancaroba

Photo: Kroni kaya, macai tengok Panda pun kena bayar wkakaka

Pancaroba

MAS....Tak pernah UNTUNG rupanya??

RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT DENGAN RASUAH BEBAS?? Menteri jenis apa la nii....

Kenapa MEREKA diam... Benarkah DIAM tanda SETUJU??

Semoga menjadi pengajaran buat dia dan buat kita..

Terkini!


Mazlan Aliman added 4 new photos.
19 hrs · 
Terkini!
Kes masih di Mahkamah Tinggi, pagi tadi bekalan elektrik di Kg Chubadak Tambahan diputuskan. Bermula di jalan utama kampung.
Penduduk dan rakan2 Ngo telah mendesak agar disambung semula. Ini di Malaysia, bukan Palestin!!!



Meskipun kes Kg Chubadak Tambahan masih di peringkat Mahkamah Tinggi, kezaliman tidak terhenti. Terkini, bekalan api letrik ke Kg tersebut mula diputuskan.

Aktivis Ngo dan penduduk memaklumkan kepada saya, ia atas arahan pihak berkuasa DBKL. Kelmarin, Dato' Bandar KL, Ahmad Phesal mempertegaskan pendirian Kerajaan, pihaknya akan meneruskan tindakan 'meranapkan' rumah penduduk dan tidak tertakluk dengan injunksi yang diperolehi penduduk.

Kekejaman Kerajaan BN tiada taranya. Jom, hadir beramai2 dalam Himpunan Solidariti bersama Kg Chubadak Tambahan pada 23 jun ini jam 9.30 pagi di Dataran DBKL.

Tutup MAS hentikan amalan kontrak berat sebelah


  • Lim Guan EngLim Guan Eng

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Malaysia Airlines (MAS) didakwa hanya menjadi lubuk kepada kontraktor swasta untuk mengaut keuntungan sedangkan syarikat penerbangan negara itu saban tahun mencatatkan kerugian.

Lim Guan Eng (Bagan-DAP) berkata syor penutupan MAS wajar dilakukan segera bagi menghentikan segera amalan pemberian kontrak MAS secara berat sebelah tanpa melalui tender terbuka.

"Tidak masuk akal di kala MAS mencatatkan kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan, syarikat swasta pula terus mencatat keuntungan setiap tahun.

"Tidak wajar menyediakan pelan pemulihan kewangan MAS, tambahan pula selepas insiden MH370 syarikat penerbangan itu akan terus menerus mengalami kerugian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Guan Eng berkata demikian mengulas lanjut jawapan bertulis Menteri Kewangan di Dewan Rakyat semalam mengenai pertanyaan beliau tentang syor penutupan MAS yang mencatatkan kerugian sehingga RM4.1 bilion sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun jawapan menteri terbabit mengecewakan beliau apabila kebarangkalian MAS ditutup tidak timbul kerana hala tuju syarikat penerbangan itu masih belum diputuskan.

Manakala implikasi kewangan kepada kerajaan pula adalah berdasarkan keputusan yang akan ditentukan kelak.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, bagi mengatasi masalah kerugian berlarutan itu, beliau mencadangkan agar MAS ditutup dan digantikan dengan sebuah syarikat penerbangan baharu.

"Syarikat baharu itu perlu membuat tender terbuka dalam memberikan kerja-kerja operasi penerbangannya, tidak boleh lagi rundingan terus.

"Malah pekerja MAS juga boleh dipindahkan ke syarikat baharu ini agar kebajikan mereka terjaga daripada kehilangan pekerjaaan," katanya lagi.

Lokasi sebenar MH370 di mana?


Sebahagian besar operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Australia kekal bertumpu di koridor Selatan Lautan Hindi. 
Kehilangan pesawat itu kekal misteri selepas Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pada 29 Mei lalu menolak empat kedudukan isyarat yang dirakam Bluefin-21 sebagai kawasan kemungkinan pesawat itu berada. 

Penerbangan MH370 ke Beijing, China, pada 8 Mac lalu, putus hubungan dengan menara kawalan sejam selepas berlepas.
Foto
LAUTAN Hindi menjadi tempat pencarian pesawat MH370 selepas dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu.

Mencari pesawat itu di lautan ketiga terbesar di dunia bukan satu yang mudah. Apa lagi, timbul persoalan sama ada pihak berkuasa mencari di tempat yang betul?

Penganalisis CNN bagi Bidang Penerbangan, Jeff Wise, yang juga wartawan sains berkata, kebanyakan data disediakan Inmarsat berdasarkan pada ‘ping’ yang dirakam satelit. 

Wartawan dari New York, Amerika Syarikat itu berkata, ping elektronik yang diterima satelit itu sepatutnya diketahui Inmarsat. 

“Mereka dapat menghuraikan percanggahan itu kerana orbit satelit itu berubah. 

“Orbit satelit yang berubah ini turut mengubah frekuensi penghantaran isyarat yang menunjukkan pesawat itu berada di hemisfera selatan dan bukan di hemisfera utara,” katanya. 

Wise berkata, cara mudah memahami ciri data Inmarsat adalah menggunakan analogi seorang lelaki mabuk memandu bot mengelilingi sebuah kolam dalam keadaan diselubungi kabus tebal. 

Anda berdiri di tepi kolam dan ingin tahu di mana beliau berada. Anda mempunyai hon kabus dan setiap kali anda membunyikannya, dia membalas balik dengan segera menggunakan hon kabus. 

Bunyi hon kabus itu menunjukkan dua perkara. Pertamanya, dengan mengetahui kelajuan bunyi dan tempoh masa reaksi lelaki itu, kedudukannya boleh ditentukan berdasarkan kepada tempoh yang diambil untuk anda mendengar bunyi hon kabus. 

“Anda tidak akan tahu lokasi tepatnya, tetapi tahu dalam lingkungan di mana dia berada,” katanya. 

Katanya, petunjuk kedua daripada hon kabus lelaki itu adalah frekuensi bunyi yang akan menunjukkan sama ada dia bergerak menjauhi tebing atau mendekati tebing. 

Ini katanya, dikenali sebagai Kesan Doppler, fenomena sama yang menyebabkan bunyi semboyan kereta api kedengaran kuat semasa kereta api menghampiri pemerhati, tetapi berkurang selepas melepasi pemerhati. 

“Jika anda tahu frekuensi asal hon kabus lelaki itu, perbezaan antara frekuensi hon kabus itu dan frekuensi bunyi yang anda dengar membolehkan anda menentukan kelajuan botnya,” katanya. 

Menurutnya, selepas pesawat hilang daripada radar, ralat mengenai kedudukan pesawat akan menyebabkan frekuensi penghantaran isyarat sebuah pesawat yang menghala ke utara menjadi terlalu tinggi, dan selepas itu ralat kelajuan satelit menjadikannya terlalu rendah. 

Dalam tempoh selepas kapal terbang itu hilang daripada radar, katanya ralat kedudukan (position error) ini menyebabkan frekuensi pesawat yang menghala ke selatan menurun terlalu rendah, tetapi ralat kelajuan satelit meningkat secara berperingkat. 

“Oleh kerana ralat kelajuan satelit terlalu dominan di akhir penerbangan itu dan berubah dengan ketara mengikut ketinggian pesawat itu berada, nilai BFO menunjukkan pesawat itu sepanjang ‘lingkungan ping’ terakhir apabila penerbangan itu berakhir. 

“Dan, atas sebab inilah, pihak berkuasa menjalankan kerja mencari di bahagian lautan itu,” katanya. 

Oleh itu, dengan data yang sedia ada dan untuk sementara waktu, koridor Selatan Lautan Hindi adalah tempat pencarian yang wajar. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/20

Piala Dunia: Cuti sakit laris di China



AP
RAKYAT China menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia di sebuah bar di Beijing.


BEIJING - Perbezaan masa 11 jam antara China dan Brazil membuka peluang perniagaan lumayan kepada sebahagian individu untuk menjual sijil cuti sakit palsu kepada peminat bola sepak yang berjaga sepanjang malam kerana menonton perlawanan Piala Dunia.
Hasil carian oleh agensi berita AFP untuk kata carian 'Beijing' dan 'cuti sakit' menerusi enjin carian China, Baidu semalam menampilkan 49,000 keputusan termasuk mengenai vendor yang menjual salinan sijil sakit hospital, lengkap dengan cop rasmi dan tandatangan doktor.
Namun, platform dalam talian terbesar di China, Taobao melarang kata carian untuk Piala Dunia dan sijil sakit selepas berlaku peningkatan mendadak dalam penawaran sijil haram itu baru-baru ini.
Perkembangan tersebut menyebabkan penjual-penjual cuti sakit di China beralih pada laman web jaringan sosial seperti Sina Weibo untuk mengiklan produk mereka.
"Jarak masa yang besar mungkin menjejaskan peminat China menonton semua perlawanan Piala Dunia. Saya dengan ini melancarkan perkhidmatan jualan sijil sakit untuk memenuhi permintaan orang ramai," kata seorang penjual sijil haram itu, Guitarist Playing a Ukulele di laman jaringan sosial Sina Weibo.
Penonton perlawanan Piala Dunia yang lesu untuk ke pejabat boleh memilih pelbagai penyakit seperti demam, keguguran dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) untuk dituliskan pada sijil sakit mereka.
"Saya menguruskan perniagaan ini secara jujur dan tidak akan mendedahkan pesanan anda," kata penjual tersebut.
Satu sijil cuti sakit rata-rata dijual pada harga sekitar 20 yuan (RM10) di laman sosial negara itu.
Seorang penjual sijil sakit di China pula menyatakan, dia dapat menjual purata sebanyak 30 surat tersebut pada setiap hari. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3585QwJQM 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki didakwa terbit penerbitan hasutan hina Allah, Nabi Muhammad


KLANG 19 Jun - Seorang pembantu kejuruteraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbit penerbitan menghasut mengenai Allah dan Nabi Muhammad di laman sosial Facebook, dua tahun lalu.
J. Gopinath, 28, didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat No. 14. Ground Floor Jalan Jasmin 8, Botanik Walk East, Bandar Botanik, di sini pukul 6 petang, 25 September 2012. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140619/ma_13/Lelaki-didakwa-terbit-penerbitan-hasutan-hina-Allah-Nabi-Muhammad#ixzz3584AyeX5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki sabit kes bunuh wanita Mongolia ditangkap khalwat


SEPANG 19 Jun - Bekas pegawai polis berusia 38 tahun yang dibebaskan daripada sabitan hukuman mati terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapan tahun lalu ditangkap khalwat bersama isteri orang yang juga seorang anggota polis di sini awal pagi ini.
Lelaki itu yang sebelum ini bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, ditangkap bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang juga ibu kepada tiga orang anak di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada pukul 1.20 pagi.
Menurut sumber, suami wanita berkenaan yang juga seorang anggota polis telah menangkap sendiri pasangan terbabit semasa beliau pulang bertugas dari IPD Subang Jaya.
"Selepas sampai ke rumah, suami wanita berkenaan mendapati pintu rumahnya berkunci dari dalam, mengesyaki sesuatu yang tidak kena dia mengetuk pintu berkali-kali sebelum wanita berkenaan menyahut agar dia tunggu sekejap.
"Selepas pintu dibuka, suami wanita berkenaan mendapati isterinya berada dalam keadaan kelam-kabut dan terdapat selimut dan juga bantal yang berselerak di ruang tamu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut sumber itu lagi, si suami telah melakukan pemeriksaan di seluruh bahagian rumah dan hasil pemeriksaan dia berjaya menemui seorang lelaki sedang bersembunyi dengan berbaring di antara lipatan baju di tepi katil di bilik tengah kuarters berkenaan.
"Selepas mengesahkan apa yang berlaku anggota polis berkenaan telah membawa isterinya dan bekas pegawai polis itu ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140620/je_06/Lelaki-sabit-kes-bunuh-wanita-Mongolia-ditangkap-khalwat#ixzz3581wEQmQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 lelaki mengaku tidak salah ceroboh DUN Pulau Pinang


Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzil (depan, kiri) turut hadir memberi sokongan moral kepada 15 lelaki yang hadir ke mahkamah atas tuduhan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Mei lalu di Mahkamah Majistret, Pulau Pinang, semalam. - utusan/AZMAN ASMAYATIM
PULAU PINANG 19 Jun - Seramai 15 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menceroboh Dewan Undangan Negeri(DUN) Pulau Pinang, Mei lalu.
Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Nurul Rashidah Md. Akit.
Mereka yang dituduh ialah Datuk Mohd. Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd. Noor, 36, Rosesarwandi Saad @ Yaacob, 33, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd. Nashrol Hisham Abdullah, 38, dan Azmeal Abu Bakar, 42.
Yang turut didakwa ialah Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof, 34, Mohamad Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd. Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51, dan Mohamed Ibrahim A. Siahoo, 31.
Mereka bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa menceroboh DUN kira-kira pukul 1.30 petang, 21 Mei lalu dengan niat hendak menggusarkan Setiausaha Dewan, M. Maheswari.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani dan Siti Fatimah Talib, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Abu Bakar As-Sidek.
Ketika prosiding, Razali memohon agar kesemua tertuduh diikat jamin RM6,000 setiap seorang selain pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sementara menunggu sebutan semula kes.
Abu Bakar pula yang meminta agar jaminan minimum dikenakan serta pasport tertuduh-tertuduh tidak diserahkan kepada mahkamah kerana ada di antara mereka yang mempunyai urusan di luar negara dalam masa terdekat.
Nurul Rashidah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini sebutan semula kes dan serahan dokumen.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140620/ma_02/15-lelaki-mengaku-tidak-salah-ceroboh-DUN-Pulau-Pinang#ixzz3581CINn8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sukar dapat isyarat


Penduduk di beberapa kampung terpaksa mendaki bukit sejauh 800 meter pada setiap hari semata-mata mahu mendapatkan isyarat telefon. - AGENSI
ISTANBUL 19 Jun - Penduduk di beberapa kampung terpencil di timur Turki mungkin boleh berbangga kerana berpeluang menikmati panorama yang cantik, tetapi hakikatnya mereka terpaksa mendaki bukit sejauh 800 meter pada setiap hari semata-mata mahu mendapatkan isyarat telefon.
Kawasan perkampungan tersebut yang terletak di daerah Baskale berhampiran sempadan Iran, kira-kira 112 kilometer daripada bandar terdekat, menyebabkan penduduk sukar menghubungi orang yang mereka sayangi pada setiap hari.
Malah, mereka perlu berada di kawasan tertentu di atas bukit termasuk sebuah menara tangki air untuk membuat panggilan, sekali gus menimbulkan kebimbangan bagi mendapatkan bantuan jika berlaku perkara tidak diingini.
Seorang jurugambar tempatan yang bekerja di bandar Van, Ozkan Bilgin sempat merakamkan rutin harian penduduk tempatan berpusu-pusu mendaki bukit dan berkumpul di lokasi tertentu untuk mendapatkan isyarat telefon.
Katanya kepada Mail Online, setiap kali musim salji, hujan atau ribut, penduduk akan terasing daripada dunia luar kerana tidak mendapat isyarat telefon dari rumah masing-masing.
"Situasi tersebut menyebabkan kira-kira 15 daripada 50 penduduk telah berpindah ke kawasan bandar atau wilayah lain untuk mendapatkan kemudahan yang lebih baik," katanya.
Syarikat operator telekomunikasi Turki dilapor telah mengadakan perbincangan dengan wakil se-tiap kampung berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dalam tempoh terdekat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140620/lu_12/Sukar-dapat-isyarat#ixzz3580iL2y8
© Utusan Melayu (M) Bhd