Tuesday, May 19, 2015

Hadi Dedah Anwar, Nik Aziz Setuju Idea Kerajaan Perpaduan


Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 3:56 PM
Hadi hadir pada program Bicara Harakah yang diadakan di ibu negara pada Selasa.

DIKEMASKINI
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan semua komponen pakatan pembangkang pernah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).
Menurut Presiden PAS itu lagi, idea berkenaan turut dipersetujui bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah Hadi turut mengakui bahawa idea pembentukan kerajaan perpaduan adalah daripada PAS sendiri.
“Idea ini kita ketengahkan lepas berlaku krisis di Perak. Masa itu perebutan antara BN yang cuba nak pancing kita...terang-terang saya sebut nak pancing kita.
"Kita tidak mahu ulangi untuk sertai BN, biasanya sejarah politik tidak berulang. Dengan sebab itu kita kemukakan kerajaan perpaduan semua parti dalam kerajaan.
“Ini dipersetujui bersama pada pertemuan antara saya, Anwar  Ibrahim, arwah Datuk Nik Aziz dan bersetuju ketengahkan perkara ini. Kita juga kemukakan kepada DAP dan DAP pun bersetuju,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Bicara Harakah di MyHarakah Bazar di sini.
Hadi menjawab soalan peserta program itu yang dikenali sebagai Anaz dari Sepang yang mahu penjelasan berhubung persepsi  kononnya PAS mengkhianati kerjasama dalam Pakatan Rakyat ekoran idea penubuhan kerajaan perpaduan.
“Berdasarkan idea kerajaan perpaduan, selama ini digambarkan ia sebagai satu perkara khianat PAS kepada Pakatan Rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah benar persepsi umum itu atau ia adalah tohmahan kepada idea asal?” soal Anaz kepada Hadi.
Bagaimanapun menurut Hadi, idea berkenaan tidak dapat dilaksanakan berikutan wujud bantahan daripada BN.
“Tetapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak boleh terima, perkara itu sudah hilang, sudah luput daripada sejarah,” katanya.

Yusuf Al-Qaradawi Kecam Hukuman Mati


Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 10:47 AM
Yusuf al-Qaradawi
  (Ubah saiz teks)
DOHA: Ulama dan cendekiawan terkemuka, Yusuf al-Qaradawi mengecam hukuman mati ke atas dirinya, bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan 105 penyokong Ikhwanul Muslimin berhubungan dakwaan lari dari penjara pada 2011.
Dalam kenyataan video menerusi akaun Twitternya pada Ahad, Yusuf yang berpusat di Qatar dan juga pemimpin spiritual Ikhwan berkata, hukuman yang dijatuhkan mahkamah Mesir itu tidak boleh diterima dan bertentangan dangan undang-undang Islam.
“Keputusan itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan perintah Allah, berlawanan dengan undang-undang manusia. Tidak ada sesiapa yang akan menerimanya,” kata Yusuf dalam kenyataan yang disiarkan Al Jazeera di Qatar.
Keputusan hukuman mati yang diumumkan, pada Sabtu itu akan dirujuk kepada mufti besar Mesir.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang negara itu, kerajaan tidak terikat dengan pendapat mufti itu.
Keputusan muktamad dijangka diumumkan 2 Jun depan.
Tuduhan itu berkait dengan tindakan Mohamed melarikan diri dengan pemimpin Ikhwan lain dari penjara di utara Kaherah pada 2011 ketika kekacauan Kebangkitan Arab.
Yusuf menafikan terbabit dalam kejadian itu dan berkata, beliau berada di Qatar pada masa kejadian.

Pas kutuk hukuman mati Mursi

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Pas mengutuk sekeras-kerasnya hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas bekas Presiden Mesir, Mohammad Mursi serta 105 penyokong pergerakan Ikhwan Muslim oleh Mahkamah Mesir, Sabtu lalu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hukuman itu menonjolkan kezaliman kerajaan negara itu selepas kerajaan pimpinan Mursi digulingkan Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi.

“Selain Mursi, mereka yang juga dijatuhkan hukuman bunuh termasuklah Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr.Mohammad Badi’, pemimpin kanan, Khairat Shatir, Presiden Kebebasan dan Keadilaan (FJP), Dr Saad Katatni, Naib Presiden FJP, Dr Essam
Eryan, pemimpin Ikhwan Muslimin, Dr Mohammad Beltaji dan ulama dunia, Sheikh Dr Yusuf Qardhawi yang kini menetap di Qatar “ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, ini adalah salah satu bentuk kezaliman terhadap umat Islam di negara tersebut yang bersubahat dengan kudeta Mesir.

“Apakah dosa sebenar mereka? Ini tidak lain hanyalah dendam kesumat pemimpin kudeta yang gagal meredakan kemarahan rakyat meskipun rampasan kuasa sudah berlaku hampir dua tahun.

“Kita amat yakin saudara kita di Mesir sama sekali tidak akan tunduk kepada tekanan demi tekanan yang dilakukan. Sebaliknya, istiqamah mereka menjadi senjata ampuh lebih tajam dari senjata dimiliki musuh yang zalim,” katanya.

Digantung tugas kerana kenyataan anti-Islam

Robert Chardon
Chardon

PARIS - PERANCIS. Gara-gara mengeluarkan kenyataan provokasi anti-Islam di laman Twitter, seorang datuk bandar di Perancis menerima padah digantung tugas.

Kelmarin, akhbar The Independent melaporkan Datuk Bandar Venelles, Robert Chardon mendesak kerajaan mengharamkan Islam di negara itu dan mana-mana individu yang beragama Islam juga wajar dihantar ke sempadan.

Dalam satu kenyataan lain, Chardon turut mendakwa kononnya Islam akan diharamkan di negara itu menjelang 2027.

Susulan daripada itu, bekas Presiden, Nicolas Sarkozy bertindak mengkritik kenyataan biadab beliau.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Chardon dan beliau wajar menerima hukuman ini kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal. Perbuatannya telah memberi imej buruk kepada Parti Gerakan Popular Perpaduan (UMP)," tegasnya. - Press TV

Hutang negara RM596.8 bilion


KUALA LUMPUR – Jumlah hutang negara sehingga akhir Mac lalu adalah sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong. berkata, daripada jumlah itu, 97 peratus atau RM579.2 bilion adalah hutang domestik manakala baki sebanyak RM17.6 bilion (3 peratus) merupakan pinjaman luar pesisir.
Menurutnya, kedudukan hutang kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
“Kerajaan akan terus komited dalam memastikan paras hutang negara tidak melebihi daripada 55 peratus daripada KDNK,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang mahu pihak kementerian menyatakan jumlah hutang negara serta langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkannya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3aXFcytdT 
Hakcipta terpelihara 

Kurang waktu kerja rahsia kebahagiaan


Purata waktu kerja yang pendek kira-kira lima jam sehari membolehkan penduduk Belanda meluangkan lebih masa bersama keluarga, sekali gus dipercayai menjadi faktor Belanda dinobatkan sebagai negara paling membahagiakan di dunia. GAMBAR HIASAN
AMSTERDAM 18 Mei - Jika anda mencari kehidupan yang menggembirakan, Belanda adalah destinasi yang sesuai kerana kedudukannya yang terletak di ranking paling atas sebagai negara paling membahagiakan di dunia.
Baru-baru ini, akhbar mingguan The Economist melaporkan, rahsia di sebalik kejayaan Belanda sebagai negara paling gembira di dunia dipercayai disebabkan struktur pekerjaan di negara itu yang lebih fleksibel dan tidak membebankan.
Laporan berkenaan menyebut, berdasarkan statistik, sebanyak 26.8 peratus lelaki dan 76.6 peratus wanita Belanda menghabiskan waktu bekerja kurang daripada 36 jam seminggu atau secara purata­nya kira-kira lima jam sehari.
Jelas laporan itu, keadaan terbabit menunjukkan bahawa jumlah pendapatan isi rumah bukan faktor utama kebahagiaan rakyat Belanda sebaliknya, struktur pekerjaan mereka selain mengekalkan tradisi untuk lebih meluangkan masa di rumah bersama keluarga.
“Undang-undang Belanda juga menetapkan bahawa wanita mempunyai hak untuk mengurangkan waktu bekerja tanpa memerlukan kelulusan daripada majikan,” tambah laporan itu.
Belanda turut menduduki carta teratas 28 negara Eropah dalam ranking penduduk yang mempunyai lebih masa untuk melakukan senaman fizikal, sekali gus dipercayai mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap kegembiraan mereka.
Statistik berkenaan dikeluarkan oleh Yayasan Jantung Britain yang menunjukkan peratusan tinggi penduduk Belanda melakukan se­naman iaitu secara purata sekurang-kurangnya empat hari dalam tempoh seminggu.
Walaupun disebut sebagai spekulasi bahawa penduduk Belanda mempunyai lebih masa untuk bersenam disebabkan waktu kerja yang kurang, negara berkenaan secara konsisten dipilih sebagai negara paling gembira berdasarkan kajian dan statistik.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kurang-waktu-kerja-rahsia-kebahagiaan-1.93423#sthash.a1ycYinG.dpuf