| CEO,pengerusi,pegawai exsekutif... semua bacul2 .. jaga periuk nasi sendiri.. yg mana tentang kena pecat,arah letak jwatan.. semuanya demi nak PENUHKAN KANTUNG KRONY2 IPP,,, Kerajaan celaka umno BN jika di biarkan terus memerintah.. agaknya apa lagi mereka rancang nak KENAKAN rakyat? Tidak adakah manusia yang berani menegur regim umno ni agar sedar supaya jangan tindas rakyat? kalau rumah sederhana.. pasang lampu/kipas angin. econ pon tak ada.. bil lektrik taw2 rm250 ! ini bukan ,...eehhh kang gua maki hamun kang taw lahh.. grrhhhhh!!! |
Showing posts with label letrik. Show all posts
Showing posts with label letrik. Show all posts
Tuesday, October 2, 2012
BIL LETRIK NAIK SENYAP-SENYAP
Saturday, September 29, 2012
40 tahun dambakan elektrik
| Baharuddin (tengah) bersama Mat Nasir (kanan) menunjukkan dan dua mesin janakuasa elektrik digunakan dan surat rayuan kepada pihak terlibat sambil diiringi Ramli (berdiri, kiri |
Situasi ini dialami kira-kira lima keluarga menetap di Kampung Matang 36, dekat Jalan Kerian yang terpaksa hidup tanpa kemudahan bekalan itu sejak 40 tahun lalu.
Salah seorang penduduk, Baharuddin Arip, 57, mendakwa, beliau sudah beberapa kali membuat permohonan mendapatkan bekalan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian tetapi tidak berjaya dengan alasan penduduk kampung tidak mencukupi untuk menyalurkan bekalan itu.
“Kami dimaklumkan kos membina pencawang elektrik sangat tinggi dan pihak berkenaan tidak mempunyai peruntukan secukupnya bagi menyediakan kemudahan elektrik kepada kami.
“Akibatnya, setiap penghuni rumah terpaksa bergantung kepada dua mesin jana kuasa elektrik dan sebuah pam air untuk mendapatkan bekalan bagi tempoh terhad,” katanya.
Katanya, lebih membebankan, penduduk terpaksa memperuntukkan kos bahan api lebih RM300 sebulan semata-mata untuk memastikan rumah mereka mendapat bekalan elektrik bermula jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.
Seorang lagi penduduk, Mat Nasir Ahmad, 80, berkata, pihaknya menghantar surat rayuan kepada PDT Kerian pada bulan November 2006 untuk memohon kelulusan pembinaan infrastruktur jalan raya, penyediaan bekalan elektrik dan air kerana mereka terpaksa melalui jalan kebun untuk keluar ke pekan.
Menurutnya, susulan pembinaan bangunan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Matang Timbul terletak berdekatan kampung itu, pihak berkenaan membina jalan berturap selain Kementerian Kesihatan menyediakan dua punca air bersih dari telaga asli.
“Bagaimanapun, usaha penyambungan bekalan elektrik gagal diselesaikan pada masa itu dan tidak diteruskanhingga kini.
“Sudah puas kami mengadu, permohonan kami ditolak ke sana dan ke mari ibarat seperti bola dengan alasan jumlah penduduk di kampung ini tidak cukup.
“Saya kesal kerana kampung yang dikelilingi kawasan yang pesat membangun masih terpinggir daripada kemudahan asas,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semanggol, Ramli Tusin menggesa pihak bertanggungjawab tidak meminggirkan kawasan kampung di pedalaman, lebih-lebih lagi ada bangunan PLKN berdekatan kampung itu.
Menurutnya, kesemua pemilik rumah berkenaan memiliki geran tanah dan inisiatif meluluskan penyaluran bekalan elektrik tidak seharusnya menjadi sukar.
“Saya akan mengemukakan masalah ini terhadap pihak berkenaan memandangkan ia melibatkan keperluan asas rakyat.
“Agak menghairankan tiada inisiatif diambil dan perkara ini perlu diselesaikan segera memandangkan semua rakyat berhak mendapat kemudahan asas daripada kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dun Semanggol, Zaini Cha menegaskan usaha pemasangan bekalan elektrik di kampung Matang 36 agak sukar disebabkan pihak terlibat perlu mendapatkan keizinan puluhan tuan tanah bagi membolehkan pemasangan tiang elektrik dibuat.
Menurutnya, jarak kampung sejauh 3.2 kilometer dari kampung berdekatan turut menyebabkan kos pemasangan bekalan elektrik sangat tinggi.
“Justeru, kami mungkin mencadangkan penggunaan panel solar yang lebih menjimatkan kos kepada lima keluarga terlibat bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan bekalan elektrik seperti orang lain,” katanya.
Tuesday, May 4, 2010
Masih ada lagi yang tak dapat bekalan letrik selepas 50 tahun merdeka
30 kampung akan dapat elektrik
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my
zaid.adnan@utusan.com.my
LIMBANG 3 Mei - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) membabitkan 30 buah kampung di kawasan Batu Danau di sini.
Menteri Muda Kemudahan Awam, Sylvester Entri Muran berkata, sebanyak 2,406 buah rumah dijangka mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek BELB itu yang dijadual siap pada 2012.
Beliau berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan lebih banyak pembangunan dinikmati penduduk di kawasan pedalaman.
''Kerajaan berusaha membawa banyak kemajuan di kawasan pedalaman terutamanya menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
''Pelaksanaan projek-projek ini membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyat di kawasan pedalaman daripada menikmati hidup yang selesa sama seperti penduduk di kawasan bandar," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Karnival Makanan dan Permainan Tradisional Dayak di pekan Medamit di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Residen Limbang, Maria Hasman.
Entri memberitahu, kerajaan menerusi pendekatan 'gotong-royong' akan meneruskan usaha pembangunan kepada penduduk di negeri ini hasil daripada kestabilan politik yang dinikmati ketika ini.
Ujar beliau, selepas proses persempadanan semula kawasan di bahagian itu, pekan Medamit telah berubah wajah dan menerima pelbagai kemajuan hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN).
''Atas dasar itu, kerajaan akan meneruskan usaha secara lebih serius untuk membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan khasnya di kawasan-kawasan terpencil.
''Hasilnya, penduduk di Medamit kini dapat menikmati perubahan dalam tempoh lima tahun hasil usaha kerajaan BN yang menyaksikan lebih banyak kemajuan dilaksanakan," jelas beliau.
Sementara itu, Entri turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM15,000 bagi program berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)