Wednesday, January 1, 2014

Peledak di rumah Musharraf

Pervez Musharraf
Pervez Musharraf
1 Januari 2014

ISLAMABAD - PAKISTAN . Polis menjumpai bahan letupan di rumah bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf, dua hari sebelum beliau diminta hadir ke Mahkamah Tribunal.

Ketua Polis Pakistan Abdul Rauf Kayani berkata, pihaknya menjumpai bahan letupan seberat 2.5 kilogram (kg) dan dua peledak.

Selalu lalu, perbicaraan ditangguhkan berhubung kejadian sama, dipetik dari laporan  AFP.

Pertempuran di Sudan Selatan


JUBA 31 Dis. - Pemberontak di Sudan Selatan, hari ini melancarkan serangan ke atas tentera kerajaan untuk menguasai bandar Bor, sekali gus tidak mengendahkan usaha antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata.
"Pertempuran berlaku pada pagi tadi di Bor... kami sedang menunggu maklumat selanjutnya," kata jurucakap tentera, Philip Aguer kepada AFP.
Minggu lalu, tentera berjaya menawan semula bandar itu daripada pemberontak dalam pertempuran selama lebih dua minggu.
Beribu-ribu penduduk meninggalkan kawasan itu kerana bimbang pemberontak melancarkan serangan balas terhadap pasukan tentera.
Pertempuran ganas dilaporkan berlaku dalam kawasan strategik penghasilan minyak di ibu negeri wilayah Jonglei, kira-kira 200 kilometer dari utara Juba. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140101/lu_06/Pertempuran-di-Sudan-Selatan#ixzz2p6FBwgiT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyokong kerajaan, pembangkang bertempur


Penyokong Parti Liga Awami Bangladesh membawa kayu semasa menyertai perarakan bantahan di Dhaka, kelmarin. - AFP
DHAKA 31 Dis. - Penyokong parti pemerintah Bangladesh bertempur dengan penyokong pembangkang di sini semalam, sehari selepas pasukan keselamatan berjaya menggagalkan cubaan pembangkang untuk mengadakan perarakan bantahan.
Pertempuran itu turut menyaksikan penyokong kedua-dua belah pihak saling membaling batu antara satu sama lain, walaupun polis mengadakan kawalan ketat di ibu negara.
Selain itu, anggota wanita Parti Liga Awami turut bertempur dengan sekumpulan peguam yang setia kepada pembangkang iaitu Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) di hadapan Mahkamah Agung, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Keganasan mula tercetus Ahad lalu, selepas polis menghalang ketua pembangkang, Khaleda Zia daripada meninggalkan rumahnya untuk mengetuai tunjuk perasaan antikerajaan.
Zia yang pernah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, dijadual menyertai perarakan bantahan tersebut untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya membatalkan pilihan raya yang ditetapkan pada 5 Januari ini dan menyerahkan kuasa kepada kerajaan sementara untuk menyelia undi.
''Kerajaan sudah menyalahi undang-undang. Demokrasi di negara ini sudah mati,'' kata Zia kepada wartawan.
Zia bersama-sama sekutunya memulau pilihan raya tersebut kerana bimbang kerajaan akan memanipulasi keputusan pilihan raya.
Sekurang-kurangnya seorang aktivis pembangkang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan pada Ahad lalu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140101/lu_04/Penyokong-kerajaan-pembangkang-bertempur#ixzz2p6EPRrua
© Utusan Melayu (M) Bhd 

‘Dah tak boleh tukar’


Oleh Nazdy Harun

Kuala Terengganu: “Semuanya sudah terlambat, saya kini mahu menjadi lelaki semula, tetapi alat kelamin saya perempuan, saya menyesal, sangat menyesal, tetapi sudah tiada guna,” kata Lianti (bukan nama sebenar).

Dia yang kini berusia 26 tahun sanggup berhabis lebih RM100,000 untuk melakukan pembedahan membuang kemaluan lelaki dan menggantikannya dengan kemaluan wanita semata-mata mengikut naluri kewanitaan yang ada pada dirinya sejak remaja.



Selain itu dia mengakui mahu menjadi ‘wanita’ cantik yang mampu memikat mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan wang mudah.

Kata Lianti, keputusan melakukan pembedahan jantina dibuat pada 2003 dan sanggup terbang dan tinggal di Jepun untuk pembedahan dan rawatan susulan selama sebulan.
Foto
SUSUK paku bersadur emas yang dimasukkan di pipi.

Foto
AZMAN menunjukkan berlian yang digunakan pemakai susuk.

“Ketika itu apa yang saya fikirkan untuk menjadi wanita dan mencari duit mudah, saya ikutkan hati dan sanggup menempuh cabaran dan berhabis duit untuk mencapainya,” katanya kepada Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01

Paderi didesak mohon maaf


Shah Alam: Pengarang mingguan Katolik Herald Father Lawrence didesak memohon maaf kepada umat Islam berhubung kenyataannya yang bertegas mahu terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan gereja di Selangor.

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Ir Kamaruzzaman Johari berkata, kenyataan Herald pada 27 Disember lalu ibarat mencabar undang-undang negara ini selain mengingkari titah Sultan Selangor, sekali gus mencabar sensitiviti umat Islam.


Beliau berkata, tindakan paderi berkenaan jelas memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab dan memperlekehkan kedudukan undang-undang negara ini sedangkan ia sudah jelas termaktub dalam peruntukan Enakmen Agama Islam Selangor dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.



“Berikutan itu, kami mendesak supaya paderi berkenaan tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini kerana tindakannya itu yang mencabar sensitiviti orang Islam.


“Sekiranya dalam masa seminggu ini beliau tidak membuat permohonan maaf secara terbuka, kami akan membuat laporan polis supaya tindakan lanjut boleh diambil terhadapnya,” katanya.


Menurutnya, kenyataan paderi berkenaan seperti menderhaka kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai penggunaan kalimah Allah di negeri ini selain bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada Orang Islam) 1988.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01