Wednesday, January 16, 2013

15 terkorban dalam letupan di Universiti Aleppo



BEIRUT 16 Jan. - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera selepas satu letupan berlaku di Universiti Aleppo, sebuah instuti pengajian tinggi terkenal di negara ini.
Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia, letupan itu berlaku di asrama yang menempatkan mahasiswa dan juga Fakulti Seni Bina.
“Sehingga kini 15 orang menjadi mangsa dan berpuluh-puluh lagi cedera,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130116/lu_09/15-terkorban-dalam-letupan-di-Universiti-Aleppo#ixzz2I9V026qg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PBB: Kemuka Syria ke mahkamah jenayah Antarabangsa



Pelarian Syria menaiki lori pikap untuk menyeberangi sempadan di Bab El-Hawa menuju ke Turki di pinggir bandar Idlib, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 15 Jan. - Gesaan masyarakat antarabangsa supaya siasatan jenayah antarabangsa dijalankan berhubung konflik di Syria semakin meningkat, selepas pemerhati melaporkan sekurang-kurangnya 26 orang kanak-kanak maut dalam keganasan terbaharu, di seluruh negara ini, semalam.
Laporan tentang kematian kanak-kanak itu dibuat ketika Human Rights Watch (HRW) menuduh Presiden Bashar al-Assad memperluaskan penggunaan bom berangkai.
Sekurang-kurangnya 57 negara menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merujuk konflik Syria ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas siasatan jenayah perang.
Switzerland menghantar satu petisyen memohon tindakan daripada Majlis Keselamatan yang dianggotai 15 negara itu, satu-satunya badan yang boleh membawa kes tersebut ke ICC kerana Syria bukan negara anggota.
Majlis Keselamatan, bagaimanapun tidak sependapat berhubung konflik berdarah di Syria yang telah berlarutan selama 22 bulan.
Antara negara yang menandatangani petisyen itu ialah kebanyakan negara Eropah, selain Libya dan Tunisia.
Gesaan itu dibuat selepas lapan orang kanak-kanak dan lima wanita maut dalam serangan udara di bandar Moadamiyat al-Sham, selatan Damsyik, menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Empat lagi kanak-kanak, termasuk dua adik-beradik terbunuh dalam serangan berasingan berhampiran ibu negara Syria, manakala 14 kanak-kanak lagi dilaporkan maut dalam keganasan di seluruh Syria, semalam.
Menurut PBB, lebih 3,500 kanak-kanak maut sejak konflik Syria tercetus pada Mac 2011. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130116/lu_03/PBB-Kemuka-Syria-ke-mahkamah-jenayah-Antarabangsa#ixzz2I9Uh3JuR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mali: PBB sokong campur tangan tentera asing



Sekumpulan askar Perancis tiba di Mali dari Ivory Coast untuk menyertai operasi menyekat kemaraan kumpulan militan Islam. - AGENSI
BAMAKO 15 Jan. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam menyatakan sokongan terhadap campur tangan tentera asing di Mali, ketika tentera Perancis mula mengerahkan tentera darat, selepas berjaya menggempur kubu kuat kumpulan pemberontak diketuai militan al-Qaeda di utara Mali melalui serangan udara.
Duta Perancis ke PBB, Gerard Aroud berkata, satu mesyuarat membabitkan 15 negara anggota Majlis Keselamatan telah diadakan semalam dan mereka turut menyatakan sokongan terhadap campur tangan tentera Perancis di Mali.
PBB berkata, lebih 30,000 orang penduduk telah melarikan diri ekoran pertempuran tersebut dan menuduh militan al-Qaeda menghalang beribu-ribu pelarian daripada meneruskan perjalanan ke kawasan selatan negara ini, yang dikuasai tentera kerajaan.
Kejayaan Perancis menggempur kubu kuat pemberontak di utara Mali semalam, tetapi dibalas semula oleh kumpulan militan yang kemudian berjaya menawan sebuah pekan kecil, Diabaly daripada tentera kerajaan Mali.
Menurut saksi, kira-kira 30 kereta kebal dan kenderaan pengangkut askar mula bergerak menyeberangi Ivory Coast, sebelum memasuki Mali, semalam dengan diiringi sebuah helikopter penggempur selepas pesawat tentera Perancis mengebom kubu militan berkenaan.
Kementerian Perancis berkata, serangan ke atas kubu kuat kumpulan pemberontak itu melibatkan penggunaan pesawat tempur Rafale dan helikopter penyerang.
Selain itu, kira-kira 650 askar Perancis telah tiba di Mali untuk menyekat kemaraan kumpulan militan itu.
Militan al-Qaeda pula mendakwa, mereka menggunakan 'taktik berundur' dari Timbuktu dan beberapa pekan lain yang mereka kuasai selama hampir 10 bulan.
Semalam, tentera Perancis mengebom Douentza terletak kira-kira 800 kilometer dari Bamako, ibu negara Mali, selepas kumpulan militan menawan pekan tersebut sejak September lalu.
Penduduk tempatan, bagaimanapun berkata, kebanyakan anggota militan terbabit telah meninggalkan pekan berkenaan sebelum pengemboman bermula. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130116/lu_02/Mali-PBB-sokong-campur-tangan-tentera-asing#ixzz2I9UKW7mI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pejuang Moro berunding dengan Abu Sayyaf



Manila: Pejuang Islam yang menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Filipina pada 1996 berkata, mereka menghantar wakil untuk berunding dengan kumpulan Abu Sayyaf bagi mendapatkan pembebasan tebusan warga asing serta tempatan di Pulau Jolo.

Komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Khabir Malik berkata, kira-kira 10 komander pertubuhan itu dihantar ke kawasan hutan tempat persembunyian Abu Sayyaf bagi meyakinkan kumpulan militan terbabit supaya membebaskan tahanan mereka. “Misi itu diberi tempoh tiga hari untuk berunding,” katanya. Menurut Khabir, dia bersama beratus-ratus pejuang bersenjata menunggu perkembangan terbaru di bandar Patikul di wilayah Sulu itu. Bagaimanapun, Khabir enggan menyatakan apa tindakan MNLF jika militan Abu Sayyaf enggan membebaskan tebusan itu.


Maklumat polis menyatakan, antara tebusan yang ditahan Abu Sayyaf ialah seorang wartawan Jordan dan dua peminat burung warga Eropah. Menurut Khabir, MNLF mengambil inisiatif mengadakan rundingan selepas pemimpin kanannya berunding untuk membantu kerajaan, tentera dan polis membersihkan Sulu daripada imej buruk. - AP

India putus hubungan dengan Pakistan



16/01/2013 2:53am

NEW DELHI 16 Jan. – Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam memberi amaran untuk tidak akan berurusan lagi dengan Pakistan ekoran tragedi kematian dua tentera di sempadan negara itu baru-baru ini.
“Tiada urusan rasmi lagi dengan Pakistan, apa yang berlaku tidak dapat kami terima,” katanya sambil merujuk kepada dua tentera yang dibunuh dan satu daripadanya telah di pancung.
Pakistan bagaimanapun menafikan tentera mereka terlibat dengan kejadian tersebut sehingga menyebabkan dua tentera India terbunuh. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2I6kCWONJ 
Hakcipta terpelihara 

JAUH BERBEZA.



Gambar kiri menunjukkan tentera rejim Basyar yang sedang mabuk arak dan gambar kanan pula menunjukkan mujahidin Syria sedang solat berjemaah memohon pertolongan Allah.

Masih ada lagi ke yang mengatakan mujahidin tali barut Barat? Semoga Allah membukakan hati mereka kepada kebenaran.

LISTEN..LISTEN..LISTEN.

LISTEN..LISTEN..LISTEN..A.PRESIDEN KIMMA PUN MALU NAK MENGAKU SHARIFAH ZOHRAH AHLI KIMMA WALAUPUN BUKTI JELAS YANG BELIAU SEORANG BERTARAF BEKAS TIMBALAN KETUA WANITA KIMMA KEBANGSAAN!!!!!..JENIS PEREMPUAN LIAR KATANYA!!!!!
http://omakkau.blogspot.com/2013/01/listenlistenlistenpresiden-kimma-pun.html

DOAKAN MUJAHIDIN.

DOAKAN MUJAHIDIN.

Tanpa mempedulikan kecederaan yang dialami, mujahidin Syria ini tetap semangat untuk terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Moga semangat mereka melangalir ke dalam jasad setiap ummah.

We Are All Bawani!

Kami mahasiswa UKM menggesa Pn. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, Presiden Suara Wanita 1 Malaysia(SW1M) meminta maaf secara terbuka kepada saudari Bawani, siswi UUM kerana bertindak secara tidak profesional memberhentikan ruang bicara siswi tersebut.

We Are All Bawani!

Terima kasih BN