Showing posts with label jambatan. Show all posts
Showing posts with label jambatan. Show all posts
Thursday, December 20, 2012
Tuesday, November 23, 2010
Mahu pembinaan jambatan diterus
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Ismail Ibrahim ketika hadir pada sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-52 di Istana Besar, Johor Bahru semalam. – BERNAMA |
JOHOR BAHRU 22 Nov. – Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.
Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 hari ini, Sultan Ibrahim bertitah pembinaan jambatan berkenaan bukan sahaja memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura malah menjadi kemudahan untuk rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.
“Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah rakyat. Namun begitu, masih ada hasrat rakyat Johor yang masih belum dapat dipenuhi iaitu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor,” titah baginda di Istana Besar di sini.
Baginda bertitah ketiadaan Tambak Johor akan membolehkan air di Selat Tebrau bebas mengalir sekaligus memberi kesan yang baik terhadap alam sekitar di sekelilingnya.
Berangkat ke istiadat berkenaan ialah permaisuri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Yang Dipertua Jumaah Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dan kerabat-kerabat di raja lain.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Prof Datin Jamilah Ariffin, barisan exco kerajaan negeri, anggota Dewan Undangan Negeri serta pegawai kanan kerajaan.
Sultan Ibrahim turut meminta rakyat di Johor supaya hidup secara bertolak ansur, bersederhana dan hormat-menghormati tanpa mengira kaum selaras dengan motto kerajaan Johor “Muafakat Itu Berkat” bagi mengekalkan kesejahteraan negeri.
Baginda mahu semua pemimpin masyarakat sentiasa berusaha menyatupadukan masyarakat yang dipimpin serta mengutamakan kepentingan ramai berbanding kepentingan individu mahupun politik.
“Di Johor, tidak kira apa jua kaum, Melayu, India, Cina, mereka semua adalah rakyat negeri saya. Hak dan kepentingan semua akan dijaga. Oleh itu, jangan diungkit apa yang telah berlaku supaya terhindar rasa tidak puas hati dan buruk sangka,” titah baginda.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan seluruh rakyat Johor supaya merebut peluang daripada pembangunan pesat negeri termasuk pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.
Dalam titah berkenaan, baginda turut mengisytiharkan penubuhan Yayasan Sultan Ibrahim yang bertujuan memberikan bantuan pendidikan, kebajikan, biasiswa kepada pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya.
Menurut Sultan Ibrahim, dana untuk yayasan berkenaan disumbangkan daripada semua elaun diraja yang diterima baginda.
Sultan Ibrahim pada istiadat berkenan turut berkenan mengurniakan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia’ kepada Raja Zarith Sofiah dan gelaran ‘Yang Amat Mulia Enche Besar’ kepada bonda baginda, Hajah Khalsom Abdullah.
Baginda turut mengurniakan Darjah Kerabat Pangkat Pertama (DK I) yang merupakan darjah tertinggi bagi Johor kepada Hajah Khalsom dan Pangkat Pertama Datuk Seri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) kepada Tunku Ismail. – BERNAMA
Monday, August 2, 2010
Penduduk tagih janji wakil rakyat siapkan jambatan
Abdul Halim Omar (tengah) bersama sebahagian penduduk menyuarakan bantahan berikutan kegagalan wakil rakyat menunaikan janji di Kampung Pengkalan Cina, Bachok, semalam. |
BACHOK 1 Ogos - Janji pemimpin Pas yang dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 untuk menyiapkan jambatan yang lebih selamat di Kampung Pengkalan Cina ke pusat bandar di sini kini dituntut penduduk kampung itu dengan mengadakan perhimpunan secara aman, semalam.
Seramai 300 penduduk berhimpun untuk mengingatkan kembali pemimpin tertentu yang dikhuatiri sudah lupa janji-janji yang mereka buat ketika memancing undi rakyat kira-kira tiga tahun lalu.
Ketiadaan kemudahan itu menyebabkan penduduk di kampung berkenaan sukar untuk berulang-alik ke pusat bandar, kecuali menggunakan jambatan rakit yang dibina sendiri oleh penduduk di kampung berdekatan iaitu Kampung Jelujur.
Kini yang kelihatan adalah papan tanda pembinaan jambatan yang tertulis 'siap pada 2010' tetapi hanya terdapat besi dan kerangka di tebing sungai berkenaan.
Penyelia Pembangunan Mukim (PPM), Abdul Halim Omar berkata, wakil rakyat terbabit sepatutnya melawat ke kawasan berkenaan untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk termasuk mengemukakan semula permohonan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, peruntukan bagi pembinaan jambatan itu adalah RM2.5 juta dan telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang waktu itu tetapi projek pembinaannya masih terbengkalai.
"Bagaiamanapun yang peliknya, bekas Ahli Parlimen Bachok ketika itu, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin telah meluluskan pembinaan jambatan yang sama bernilai RM250,000 tetapi disekat pula oleh kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata, tindakan penduduk mengadakan perhimpunan adalah untuk menagih simpati dan merayu kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan supaya membina semula jambatan itu.
Seorang penduduk, Ali Mahmood, 53, berkata, jambatan itu adalah keperluan utama penduduk termasuk pelajar yang berulang-alik ke sekolah dan ia adalah satu-satunya projek pembangunan bagi masyarakat kampung berkenaan.
"Kalau berjanji biarlah tunai janji itu dan bukannya bertujuan memancing undi ketika pilihan raya. Rakyat ingat setiap janji yang dilafazkan. Papan tanda pembinaan tercacak di situ tetapi projeknya tidak dilaksanakan," katanya kesal.
Azizah Abdul Kadir, 49, pula berkata, ketiadaan jambatan itu menyebabkan ibu bapa terpaksa menggunakan jalan alternatif dalam jarak yang jauh untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
"Ada juga beberapa kemalangan yang berlaku termasuk pengguna jambatan rakit yang terjatuh ke dalam sungai tetapi berjaya diselamatkan. Bagaimana kalau pengguna itu mati lemas dalam kemalangan yang tidak dapat diduga, siapa yang patut dipersalahkan?" soalnya.
Azizah berkata, adalah lebih baik Kerajaan Persekutuan mengambil-alih projek berkenaan demi keselesaan rakyat dan penduduk tidak perlu lagi menunggu dan berharap pada janji manis yang ditaburkan pada waktu tertentu sahaja.
Katanya, sekiranya kerajaan negeri tidak berkemampuan untuk membina jambatan itu, ia perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan memandangkan tempoh siap pembinaannya sudah melebihi tarikh sebenar.
"Hakikatnya, projek pembinaan jambatan itu hanya mampu dilihat dengan mata sahaja tetapi sampai bila ia boleh digunakan. Mungkinkah projek ini akan disambung semula menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)