Thursday, June 20, 2013

Lagi serangan bom pemisahLetupan turut menyebabkan terbentuknya lubang sedalam satu meter
PATTANI - Seorang pegawai polis dan renjer dilaporkan terbunuh dalam dua serangan membabitkan letupan bom serta  tembakan di selatan Thailand, kelmarin.

Menurut pegawai, satu letupan bom berlaku di jalan raya Kron Penang-Ban Luemu kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan.

"Sejurus panggilan, sepasukan pemusnah bom dikerah ke lokasi kejadian tetapi hanya menemui kesan letupan seperti serpihan kuku mangsa dan sebuah lori pikap yang terbakar," katanya dipetik BangkokPost.

Kedua-dua mangsa kemudian ditemui dalam keadaan parah dan meninggal dunia sejurus tiba di hospital di Yala.

Beliau berkata, satu lubang sedalam satu meter dan dua meter lebar terbentuk sejurus bahan peledak yang disembunyikan di bawah salur paip bawah tanah meletup dan mengenai kenderaan mangsa.

"Kita tidak menolak serangan ini berkaitan dengan kumpulan pemisah," katanya.

Taliban akui bunuh 4 askar AS



Kabul: Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan yang membunuh empat anggota tentera Amerika Syarikat semalam, beberapa jam selepas Washington menyatakan kesediaan berunding dengan kumpulan itu bagi menamatkan perang yang kini berusia lebih sedekad.

Serangan roket itu mengenai Bagram yang menempatkan pangkalan terbesar tentera AS di utara Kabul.


Sebelum serangan itu, Presiden AS Barack Obama mengalu-alukan pelan rundingan di Qatar dan menganggapnya langkah pertama yang penting bagi mengatasi kemelut di Afghanistan.

Bagaimanapun, Obama mengingatkan jalan itu tidak mudah ketika tentera Nato memasuki fasa terakhir pengunduran selepas 12 tahun di Afghanistan. Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, serangan dua roket malam kelmarin dilancarkan pertubuhan itu dan mengenai sasaran ditetapkan. “Empat tentera maut dan enam lagi cedera.


“Roket itu juga menyebabkan kebakaran besar,” katanya. Taliban memutuskan hubungan dengan AS tahun lalu dan enggan berunding dengan Kabul. Kelmarin mereka menyatakan sebuah pejabat dibuka di Qatar untuk membolehkan “dialog di antara Taliban dan dunia” dijalankan.

Tunjuk protes cara baru


Ankara: Penentangan bentuk baru yang kini merebak di seluruh Turki mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Turki.

Menurut Bulent Arinc, protes beratus-ratus orang yang berdiri tidak bergerak-gerak selama beberapa jam di jalanan dan kawasan lapang itu adalah aman dan “pandangan yang menarik.” “Bagaimanapun, penunjuk perasaan perlu mengelak mengganggu lalu-lintas dan tidak membahayakan kesihatan sendiri,” katanya. Kenyataan Bulent itu adalah komen pertama dibuat pegawai kerajaan Turki setakat ini.


Protes besar-besaran secara unik itu dimulakan oleh seorang penunjuk perasaan yang juga seniman, Erdem Gunduz yang berdiri kaku selama lapan jam di Medan Taksim, Istanbul, kelmarin. Pada 31 Mei lalu polis mula mengusir pejuang alam sekitar dan aktivis lain dari Medan Taksim selepas mereka berkampung di kawasan itu sejak lebih dua minggu. - AP

Hentikan dron AS


Islamabad: Ahli politik Pakistan, Imran Khan semalam menggesa pemimpin kerajaan dan pegawai tentera merangka strategi bagi mengekang serangan dron Amerika Syarikat di barat laut negara itu.

Berucap di Parlimen selepas mengangkat sumpah, Imran berkata, pendekatan menyeluruh yang membabitkan panglima tentera perlu diambil segera bagi mengatasi masalah itu.


“Perdana Menteri, Ketua Tentera dan semua Ketua Menteri berkaitan perlu duduk bersama dan merangka dasar mengenai serangan dron ini,” katanya.

Imran, 60, sepatutnya mengangkat sumpah bersama ahli politik lain pada 1 Jun lalu, tetapi terpaksa menundanya kerana menjalani rawatan akibat kecederaan serius pada belakangnya kerana terjatuh ketika berkempen sehari sebelum pilihan raya. Imran yang mengetuai Parti Pakistan Tehreek-e-Insaaf adalah pengkritik tegar terhadap serangan misil AS yang menyasarkan militan Taliban serta al-Qaeda. Dalam ucapan itu Imran turut menggariskan polisi dan wawasannya untuk mempertanggungjawabkan kerajaan sambil memainkan peranan sebagai pembangkang. Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif telah mengkritik serangan dron sejak dilantik ke jawatan itu dan menggunakan ucapan sulungnya menggesa tindakan tentera AS itu dihentikan. Imran berkata, semua pihak perlu memastikan perang ke atas pengganas dikendalikan rakyat Pakistan sendiri.


“Dan ia tidak boleh menjadi perang kita kecuali serangan dron itu dihentikan,” katanya. Menurut data Biro Kewartawanan Siasatan Britain, sejak 2004, dianggarkan seramai 3,587 orang terbunuh di Pakistan akibat serangan dron. - AFP

Kes Yazid, Muhammad Hilmi dikembalikan ke Mahkamah Tinggi


Yazid Sufaat (kiri) dan Muhammad Hilmi Hasim.
PUTRAJAYA 18 Jun - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kes terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan rakannya, Muhammad Hilmi Hasim berkaitan tuduhan melibatkan keganasan, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.
Sehubungan itu, kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Mei lalu yang melepas dan membebaskan Yazid, 49, daripada tuduhan itu dan Muhammad Hilmi, 33, daripada tuduhan bersubahat.
Mahkamah memerintahkan Yazid (responden pertama) dan Muhammad Hilmi (responden ketiga) direman sementara menunggu kes itu disebut di Mahkamah Tinggi pada 24 Jun ini.
Hakim Abu Samah ketika membacakan keputusan itu menyatakan, tuduhan terhadap kedua-duanya tertakluk dalam ruang lingkup dan skop pemakaian Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Pada hemat panel itu, hakim bicara tersalah tafsir Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di bawah Perkara 149 apabila membuat keputusan berhubung ancaman keganasan.
Hakim Kamardin Hashim dalam keputusannya menyatakan, SOSMA di bawah Perkara 149 hanya terpakai bagi ancaman keganasan yang dituju kepada keselamatan dalam negeri oleh orang atau sekumpulan orang yang berada di dalam dan di luar Malaysia.
Hakim Kamardin berkata, oleh kerana pertuduhan terhadap mereka melibatkan keganasan di Syria, maka ia tidak tertakluk dalam ruang lingkup Perkara 149.
Keputusan hari ini bagaimanapun tidak melibatkan seorang lagi rakan Yazid, Halimah Hussien, 52, yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat kerana rayuan itu didengar tanpa kehadirannya.
Pada 31 Mei lalu, mahkamah sama mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita tersebut kerana gagal hadir pada prosiding rayuan pendakwa raya.
Mahkamah menetapkan kes terhadap Halimah disebut untuk pengurusan kes pada satu tarikh lain.
Selepas keputusan diumumkan, peguam Amer Hamzah Arshad yang mengetuai barisan pembelaan memohon agar semua prosiding berkaitan perbicaraan dan permohonan interlokutori oleh pihak pendakwaan ditangguhkan sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Hakim Abu Samah membenarkan permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memaklumkan pihaknya tiada bantahan.
Amer Hamzah turut memohon kebenaran mahkamah agar pihak pembelaan diberi peluang mengadakan pertemuan dengan kedua-dua responden selepas mahkamah bersidang dengan kehadiran isteri responden pertama dan ibu responden ketiga yang turut hadir hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130619/ma_03/Kes-Yazid-Muhammad-Hilmi-dikembalikan-ke-Mahkamah-Tinggi#ixzz2WhwOkhe4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera wanita AS akan dibenar berada di barisan hadapan


WASHINGTON 19 Jun - Pentagon semalam mendedahkan rancangan untuk membenarkan wanita berada di barisan hadapan peperangan selepas 12 tahun kaum itu terlibat dalam perang di Afghanistan dan Iraq namun tidak terlibat dalam pasukan tempur.
Rancangan tersebut yang memerlukan wanita memanjat tembok dan membawa peluru kereta kebal seberat 25 kilogram, masih memerlukan penilaian, kajian dan latihan selama beberapa tahun sebelum kaum itu dibenarkan berkhidmat dalam pasukan tempur.
``Saya rasa kunci bagi melaksanakan rancangan ini ialah memberikan mereka masa untuk melakukan perkara ini dengan cara yang betul,’’ kata Pengarah Pengurusan Kakitangan dan Pegawai Pentagon, Juliet Beyler. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130619/lu_09/Tentera-wanita-AS-akan-dibenar-berada-di-barisan-hadapan#ixzz2Wht0TTVA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bangunan PBB di Somalia diserang, 15 maut


MOGADISHU 19 Jun - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam satu serangan yang dilancarkan kumpulan militan al-Shabaab di bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di sini hari ini.
Menteri Dalam Negeri Somalia, Abdikarim Husien Gulled berkata, empat kakitangan PBB warga asing, empat anggota keselamatan warga tempatan dan tujuh anggota al-Shabaab antara yang maut dalam serangan itu.
Al-Shaabab yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu menyifatkan PBB sebagai 'pasukan kuasa syaitan'.
Seorang daripada anggota kumpulan militan itu turut dipercayai meletupkan dirinya di hadapan pintu masuk bangunan tersebut ketika serangan bermula. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130619/lu_10/Bangunan-PBB-di-Somalia-diserang-15-maut#ixzz2WhsKMnE1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keadaan di Istanbul kembali tenang

GAMBAR kelmarin menunjukkan seorang wanita melakukan protes senyap dengan berdiri seperti patung di Dataran Kizilay di Ankara, Turki.- AP


ISTANBUL - Polis pencegah rusuhan Turki semalam bertempur seketika dengan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan di dua bandar di negara itu.
Namun, keadaan dilaporkan tenang di bandar raya ini apabila sejumlah penunjuk perasaan membuat protes senyap susulan penggunaan kekerasan oleh pasukan keselamatan untuk menyuraikan mereka.
Di Dataran Taksim di sini, berpuluh-puluh penunjuk perasaan berdiri kaku sambil berdiam diri sebagai tanda bantahan semalam.
Perkembangan itu berlaku sehari selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mendakwa berjaya menamatkan tunjuk perasaan itu yang tercetus hampir tiga minggu lalu.
Bilangan anggota polis di dataran ini juga telah dikurangkan berbanding beberapa hari lalu dengan lokasi tersebut mula dikunjungi pelancong malah, sistem pengangkutan awam turut beroperasi seperti biasa.
Protes senyap yang dimulakan oleh seorang pereka tari di Istanbul pada Isnin lalu itu turut merebak ke ibu kota Turki, Ankara serta bandar raya Adana dan Izmir.
Sementara itu, media tempatan melaporkan pertempuran semalam hanya berlaku di Ankara dan bandar Eskisehir apabila polis menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan.
Protes anti-Erdogan semakin lemah sejak polis menggempur Taman Gezi di Istanbul pada Sabtu lepas yang menjadi tumpuan penunjuk perasaan.
Pihak berkuasa juga berjaya mengusir beribu-ribu penunjuk perasaan dari kawasan itu.
Taman Gezi yang terletak berhampiran Dataran Taksim di sini masih ditutup oleh polis setakat semalam.
Protes antipemerintah itu bermula apabila sekumpulan aktivis alam sekitar mengadakan bantahan terhadap projek pembangunan semula Taman Gezi pada 31 Mei lalu.
Tunjuk perasaan itu kemudian menjadi semakin meluas selepas Erdogan enggan menarik balik rancangan berkenaan.
Seramai empat orang maut dalam protes tersebut dan lebih 7,500 orang turut cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran itu.
Beratus-ratus orang turut ditahan di seluruh negara berhubung kejadian terbabit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2WhonL3g3 
Hakcipta terpelihara 

Khilafah Islamiyah Segera Tegak, Para Peneliti Barat Mulai Ketakutan, Allahu Akbar!



oleh: Ustadz M Fachry

JAKARTA-Alhamdulillah, Maha Benar Allah SWT., dengan firmanNya dan nubuwah RasulNya yang memastikan akan segera tegak kembali Khilafah (sistem kenegaraan Islam) yang bermanhaj mengikuti Nabi SAW. Allahu Akbar!

Melalui sebuah tayangan video yang dirilis youtube, The Daily Caller Video, menampilkan sebuah siaran media kafir Fox News dengan pembawa acara, Glenn Beck, dengan tema : The New Islamic Caliphate? Atau Khilafah Baru Islam?

Glenn Beck dalam video tersebut memaparkan prediksi akan munculnya kembali Khilafah Islamiyah yang luas kekuasaannya akan membentang mulai dari Indonesia hingga Inggris. Allahu Akbar!

Beck mengawali dengan membahas Somalia yang menurutnya kini telah dikuasai oleh kalangan Islam dan menerapkan syariat Islam. Kemudian Sudan, dan berlanjut ke Al Jazair. Beck menyatakan bahwa di Al Jazair Al Qaeda eksis di sana. Beck sangat mengkhawatirkan aktivis yang dilakukan Al Qaeda, termasuk di Libya, kemudian Maroko, dan akhirnya Irak.

Beck juga membahas Turki, sebagai lokasi Khilafah yang terakhir, lalu Saudi Arabia, hingga Pakistan, dan Indonesia. Akhirnya, Beck tercengang, daerah hijau yang diarsir dalam peta dunia menggambarkan prediksi wilayah kekuasaan Khilafah Islam yang akan tegak, membentang dari Inggris di benua Eropa hingga Indonesia di Asia. Semoga waktu itu akan segera tiba, Allahu Akbar!

Sumber & Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=3mXMtLmhQ74&sns=fb