Sunday, May 9, 2010

Tempah neraka

KUALA LUMPUR: “Mereka bukan saja derhaka kepada ibu tetapi juga Allah dan golongan ini secara terang menempah neraka,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berhubung tindakan segelintir anak mengasari dan mengabaikan ibu mereka.
“Perkara ini jelas dalam Islam iaitu setiap anak yang menderhaka kepada ibu serta bapanya akan ditempatkan di neraka jahanam,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas nasib menimpa Aminah yang kini di pusat penjagaan orang tua hanya kerana anaknya percaya dakwaan bomoh ibunya membela hantu raya, Noh berkata, anak wanita berkenaan membuat dua dosa dalam satu masa iaitu derhaka pada ibu dan syirik pada Allah.

“Dengan mempercayai sesuatu perkara tahyul, seseorang itu syirik dan setiap amalan serta amal ibadat mereka tidak akan diterima selama 40 hari, selain mati dalam keadaan tidak beriman jika tidak sempat bertaubat.

“Jadi kalau mereka terbabit dalam kedua-dua perkara itu, mereka memang dosa berganda-ganda dan hanya taubat serta pengampunan ibu boleh menyelamatkan mereka,” katanya.

Menurutnya, Islam melarang umatnya percaya kepada bomoh atau sebarang unsur menyesatkan sama ada mereka melakukannya secara serius atau sekadar suka-suka.

“Mereka perlu membuat taubat nasuha dan mengucap dua kalimah syahadah di samping berhenti melakukan perkara berkenaan dan memohon keampunan ibu,” katanya ketika dihubungi.

Noh berkata, dalam Islam, perbuatan meninggikan suara kepada insan bergelar ibu sudah jatuh hukum berdosa, apatah lagi mengasari dan menyingkir mereka.

Lindsay Lohan beraksi lucah





2010/05/09

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
LOS ANGELES: Aktres bermasalah, Lindsay Lohan akan memegang watak bintang lucah 1970-an, Linda Lovelace dalam satu filem biografi, menurut seorang produser.

Wali Razaqi berkata, Lohan sudah diambil berlakon dalam Inferno yang turut membabitkan kisah jutawan Playboy, Hugh Hefner.
“Kami semua setuju bahawa Lindsay pilihan terbaik buat masa ini, dan kami semua yakin beliau mampu lakukannya,” kata Razaqi kepada Los Angeles Times.
“Untuk sekurang-kurangnya setahun, pengarah dan saya bertungkus-lumus membayangkan betapa hebatnya lakonan yang boleh dipersembahkannya jika beliau berada dalam filem itu.”

Lovelace adalah bintang filem lucah terkenal pada 1972, Deep Throat yang meraih pulangan kasar lebih AS$600 juta (RM1.96 bilion).

Lovelace mulanya mendakwa ‘suka setiap saat’ pembuatan filem itu. Bagaimanapun, beliau kemudian menjadi seorang juru kempen antilucah dan berkata adalah satu jenayah bahawa Deep Throat masih ditayangkan.

Beliau memberi ceramah mengenai kejahatan industri filem lucah sehingga kematiannya pada 2002 pada usia 53 tahun.
Beberapa aktres termasuk Rose McGowan, Angelina Jolie dan Anna Faris, dikaitkan dengan watak itu. Razaqi berkata, Lohan adalah pemegang watak yang sesuai.

Aktres berusia 23 tahun itu memulakan kerjayanya sebagai bintang kanak-kanak Disney namun kini lebih terkenal dengan masalah di luar layar perak. – Agensi

waduh pak jangan tengok lama-lama


Namitha terbit filem 


2010/05/09

Namitha
Namitha
Kurang tawaran berlakon paksa aktres cari haluan baru 

CHENNAI: Aktres seksi dan jelita serta popular di rantau selatan India, Namitha, kini memberi tumpuan kepada bidang penerbitan filem di bawah syarikat sendiri.
“Beliau sedang berbincang dengan anggota keluarganya dan penyokong mengenai usaha barunya itu dan keputusan yang muktamad akan dibuat tidak lama lagi.
“Pada masa sama, Namitha juga menerima skrip pengeluar filem yang mahu beliau berlakon dalam filem terbitan mereka,” kata sumber. 

Aktres itu memulakan kerjaya filemnya dalam industri perfileman Tamil menerusi Engal Anna pada 2004 dan sepantas kilat menjadi ratu glamor di selatan India. 

Tidak cukup dengan itu, Namitha juga melakar rekod sebagai nama yang paling dicari di kalangan pelayar dunia siber menerusi laman Google. 

Meskipun pelik, ia dianggap berpunca daripada keadaan beliau semakin kurang menerima tawaran berlakon kebelakangan ini. 
Namitha mempunyai latar belakang lakonan yang pelbagai kerana pernah beraksi dalam filem berbahasa Tamil, Telugu, Kannada, Hindi, Malayalam dan Inggeris. 

Mungkin juga beliau menganggap dirinya memerlukan pembaharuan imej menyebabkannya pergi ke Mumbai untuk mengurangkan berat badan. 

Pada masa sama, Namitha tetap menunggu tawaran lakonan. Berbeza dengan aktres lain yang dianggap nama besar, Namitha tidak kisah jika pengarah memberi watak utama kepada aktres lain. 

Sumber rapat beliau berkata: “Namitha mahu watak utama jika pengarah yakin dengan kebolehannya. Jika tidak, beliau sedia mengambil aktres lain untuk berlakon dalam filem terbitannya.” 

Namitha mula dikenali selepas menang gelaran ‘Miss Surat’ pada 1998. Beliau mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Miss India 2001’ dan menduduki tempat ke-5. Celina Jaitley menang pertandingan itu. – Agensi

Calon Muslim catat sejarah

LONDON: Tiga Ahli Parlimen wanita Islam meraikan kejayaan mereka semalam selepas menang di kawasan masing-masing dalam pilihan raya umum terbaru Britain.

Rushanara Ali, wanita pertama keturunan Bangladesh yang terpilih menganggotai Parlimen British menang di timur London atas tiket Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Gordon Brown.
“Bagi berjuta-juta rakyat Bangladesh di seluruh dunia, kemenangan saya memberi erti yang amat besar kerana buat pertama kali, seorang yang sama latar belakang dengan mereka terpilih ke Parlimen di sebuah negara kuasa besar,” katanya.
Dua lagi calon Parti Buruh, Shahbana Mahmood dan Yasmin Qureshi turut terpilih ke Parlimen Britain. – AFP

Bank Air mani pun ada

Macam-macam: Bank air mani tolak bukan kulit putih


2010/05/09

GENEVA: Bank air mani Switzerland menolak tuduhan mengamalkan perkauman kerana mengharamkan sumbangan daripada penduduk minoriti etnik.

Ia berikutan pendedahan seorang penyiasat daripada jabatan pengguna yang menyamar sebagai imigran Turki dan tidak dibenarkan menemui doktor klinik air mani kerana identitinya ‘tidak cukup Swiis.’
Ketua klinik berkenaan, Peter Fehr berkata: Kami hanya menerima penderma dari kawasan Eropah Tengah. – Agensi

Ratu pondan pun ada

Nalada ratu pondan


2010/05/09

NALADA (tengah) diapit Chanya (kanan) dan Numpath selepas diisytiharkan pemenang pertama, kedua dan ketiga.
NALADA (tengah) diapit Chanya (kanan) dan Numpath selepas diisytiharkan pemenang pertama, kedua dan ketiga.
Menang pertandingan ‘Miss Tiffany Universe 2010’

PATTAYA: Pemuda ‘lembut’ berusia 19 tahun, Nalada Thamthanakorn, diumumkan sebagai pemenang Miss Tiffany Universe 2010 di sini, dalam pertandingan yang disiarkan secara langsung, semalam.
Dia menerima hadiah 100,000 baht (RM10,000) dan sebuah kereta baru, Honda Jazz. Tempat kedua dimenangi Chanya Denfanapapol dan ketiga, Numpath Prasochok dalam pertandingan menggunakan tema I Am What I Am.

Acara diadakan di Pentas Pattaya, kira-kira 150 kilometer di timur Bangkok dan dilaporkan sebagai pertandingan pondan paling sengit di Thailand setiap tahun.

Semua peserta mesti berusia antara 18 dan 25 tahun. Mereka diadili berdasarkan kelembutan, kejelitaan dan penampilan masing-masing.

Pertandingan itu disaksikan beratus-ratus orang dan menjadi antara tarikan pelancongan di Pattaya sejak dilancarkan pada 1998 dan turut membabitkan persembahan nyanyian.
Sebelum acara Miss Tiffany Universe 2010 bermula, ia terlebih dulu menyaksikan pertandingan kategori Miss Unlimited Sexy Star.

Kategori itu menyaksikan 28 peserta memakai bikini dan memperagakannya di atas pentas.

Meskipun gagal menjadi juara dalam pertandingan utama, Chanya muncul pemenang dalam kategori ini membolehkannya menang hadiah wang tunai 10,000 baht (RM1,000), lapor akhbar di sini. – Agensi

Awat tak bagi perabih dok sim pan buat apa


Kickdefella dakwa ada lagi bukti 
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2010/05/09

Pemimpin Pas sembunyi banyak rahsia isu peruntukan RM4j kepada GMC 

KUALA LUMPUR: Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella mendakwa masih banyak rahsia cuba disembunyikan pemimpin Pas yang perlu dibongkar dan didedahkan kepada umum.
Katanya, beliau pelik melihat tindakan pemimpin Pas yang marah apabila beliau mendedahkan mengenai peruntukan RM4 juta bagi tujuan gerak saraf dilakukan oleh Global Media Channel (GMC).
Syed Azidi turut menyifatkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim sebagai celupar serta cuba ‘cuci tangan’ dengan mengalih-kan kesilapan kepada pihak lain. 

“Cuma yang saya pelik bila saya dedahkan peruntukan RM4 juta pasal operasi gerak saraf, semua melompat, sedangkan saya tidak kata duit itu duit rasuah atau sebagainya. Itu yang buat saya cuak serta curiga bahawa ada yang mereka tahu tetapi orang lain tidak tahu. 

“Dua orang ini (Mohamad Zaki dan Ahmad Fadhli) celupar... sekarang mereka cuba cuci tangan dan tuding jari pada (Datuk) Husam Musa. Saya ingatkan mereka... jangan berhenti dulu, sekarang ‘menari’ tengah rancak,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. 

Akhbar semalam melaporkan Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, mengaku membayar lebih RM40,000 kepada GMC. 
Mengenai dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengetahui kewujudan GMC dan menyifatkan Kickdefella sebagai ‘tentera upahan’, Syed Azidi berkata, tuduhan itu tidak berintegriti. 

Katanya, ada dua kemungkinan boleh dirumuskan berhubung dakwaan berkenaan, iaitu sama ada Mustafa menipu ataupun tidak mendapat maklumat lengkap dan berharap Setiausaha Agung Pas itu bersabar kerana selepas ini pendedahan mengenainya juga bakal menyusul. 

“Tok Guru (Nik Aziz) tahu mengenai GMC kerana beliau pernah datang ke GMC dan sewaktu ingin pulang, saya hantar beliau ke kereta dan beliau bertanya milik siapa GMC ini, saya cakap hak Tok Guru. 

“Malah sidang media yang besar membabitkan kerajaan Kelantan juga, GMC yang uruskan. Kepada Mustafa, saya minta beliau ambil giliran kerana selepas ini juga akan ada pendedahan mengenainya, masih banyak lagi perlu didedahkan” katanya.

siapa dalang itu


Cuepacs dakwa dalang hasut benci kerajaan


2010/05/09

SHAH ALAM: Presiden Cuepacs, Omar Osman mengakui ada pihak tertentu cuba menghasut kakitangan awam supaya membenci kerajaan dan menolak beberapa perubahan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Katanya, antara isu yang dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab itu ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Modul Ekonomi Baru (MEB) yang dituduh akan memberi kesan negatif kepada negara.
"Cuepacs menyedari perkara ini dan usaha sedang dilakukan untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awam berhubung dasar baru kerajaan itu dan barang apa yang akan dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai.
"Kita tidak mahu kakitangan awam keliru dan tidak dapat melihat kebaikan pelaksanaannya. Sekarang pun kita sudah memulakan jelajah ke seluruh negara untuk menyampai dan membetulkan sebarang kekeliruan yang timbul," katanya ketika dihubungi, di sini semalam. 

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan MEB dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, memperkenalkan GST dalam usaha meningkatkan hasil negara selain turut mencadangkan sembilan butiran barangan dan perkhidmatan dikecualikan GST. 

Antara barangan yang dikecualikan cukai itu ialah produk pertanian (padi dan sayuran segar); barangan makanan (beras, gula, garam, tepung dan minyak masak); ternakan dan daging (lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik); telur (telur masin) serta ikan, udang, kerang, sotong (dikering dan dimasin-kan). 

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, produktiviti dan kecekapan kakitangan awam di negara ini meningkat sebanyak 90 peratus berbanding tiga tahun lalu berikutan wujudnya skuad pemantau dan kotak aduan orang ramai yang diletakkan di semua kaunter jabatan kerajaan. 
"Sikap kakitangan awam akan terus dipantau dan kita juga ada menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan di kaunter. Jadi, kita tahu apa yang tidak kena dengan kakitangan awam. 

"Saya percaya produktiviti dan kecekapan kakitangan awam akan terus meningkat, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk melakukan transformasi dalam semua perkara. Produktiviti dan kecekapan kakitangan awam akan dapat dikekalkan jika unsur birokrasi jabatan kerajaan dapat diatasi,” katanya.

Melayu berasal dari Nabi Adam


Melayu perlu kenal asal usul: Rais
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2010/05/09

RAIS (dua dari kiri) melihat keranda bersadur emas yang diguna pakai oleh golongan hartawan 
di Pameran Keranda di Muzium Negara, semalam.
RAIS (dua dari kiri) melihat keranda bersadur emas yang diguna pakai oleh golongan hartawan di Pameran Keranda di Muzium Negara, semalam.
Elak pertikaian institusi diraja, istana 

KUALA LUMPUR: Orang Melayu perlu menyedari asal usul mereka dan sentiasa merujuk kepada Perlembagaan negara bagi mengelak tercetusnya pertikaian terhadap institusi diraja dan istana.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, sebaliknya, apa yang berlaku sekarang, orang Melayu sudah lupa asal usul mereka.
“Pokoknya orang Melayu sudah lupa asal usul dan dahan bergantungnya. Orang Melayu sendiri harus sedar, penjelmaan sejarah harus kita pegang dengan kukuh,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada agensi yang terbabit dalam Pameran Keranda: Tradisi dan Misteri di sini, semalam. 

Hadir sama, Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail. 

Beliau mengulas perkembangan semasa, termasuk tindakan segelintir rakyat yang semakin berani mempertikaikan titah Sultan dan Raja serta konflik dalam sistem beraja itu sendiri, seperti yang berlaku di Kelantan. 

Rais turut menegaskan, pihak istana bukanlah tidak boleh ditegur tetapi biarlah teguran itu dibuat secara berhemah. Malah, katanya, penguatkuasa undang-undang juga perlu mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang cuba mencabul dan mencaci institusi Raja-Raja. 
“Selama ini bukan tiada tindakan diambil jika institusi Raja, tetapi jarang tindakan segera diambil. Selalunya kes istana ini memerlukan dua penyelesaian iaitu di peringkat Persekutuan dan Negeri. Contohnya, seperti di Kelantan, kerajaan persekutuan tidak boleh campur tangan kerana ia ada undang-undang negeri. 

“Yang timbul sekarang adalah bagaimana kita dapat menjamin supaya Perkara 181, 153, 152 dan lain-lain (dalam Perlembagaan) yang berkaitan dengan kuasa Diraja termasuk Perkara 38 dan 43 di mana Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem beraja di negara ini,” katanya. 

“"Harus ditetapkan penguatkuasaan undang-undang itu kalau dicabul saja institusi itu menerusi hasutan maka tindakan harus lekas diambil, ini pun satu hal yang seharusnya ditegur dan dijalankan tindakannya,” katanya. 

Rais berkata, imej istana juga mesti kental dan boleh dicontohi bagi mengelak rakyat kecewa dengan cara pentadbiran dalam institusi itu. 

Selain itu, Rais berkata, kerajaan akan memberi ganjaran sewajarnya termasuk pemotongan cukai kepada individu atau tokoh yang menyerahkan artifak atau dokumen penting dan bersejarah milik mereka kepada muzium bagi membolehkannya dikongsi bersama rakyat negara ini. 

“Nilai sebenar artifak atau dokumen yang diserahkan itu akan ditentukan oleh badan bebas dan ganjaran diberi menurut nilai yang ditetapkan. Muzium adalah milik orang awam dan sewajarnya artifak dan dokumen penting dipamerkan di sini untuk dikongsi bersama. Saya mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai dokumen bersejarah untuk menyerahkannya kepada pihak muzium,” katanya. 

Beliau mengulas tindakan dua anak bekas Menteri Kewangan pertama, Tun H S Lee, yang menyerahkan dokumen penting milik pengasas MCA itu kepada Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) di Singapura. 

Rais berkata, kerajaan tidak menentang tindakan itu walaupun mengaku agak kecewa kerana kehilangan dokumen penting yang mempunyai nilai sejarah tinggi. 

“Memang sedih mengenangkan dokumen yang begitu berharga terlepas daripada tangan kita tetapi mungkin disebabkan tiada institusi dalam negara yang mendekati mereka untuk mendapatkan bahan berharga berkenaan,” katanya. 

Terdahulu, Rais memuji kejayaan pameran keranda berkenaan yang setakat ini sudah menarik kunjungan 50,600 pelawat sejak dibuka 1 April lalu dan angka itu dijangka meningkat menjelang tarikh akhir pameran berkenaan pada 20 Jun ini iaitu hari terakhir cuti persekolahan. 

Rais berkata, kementeriannya juga akan menerbitkan sebuah buka mengenai keranda yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat negara ini.

Rasuah politik sudah bermula


PM lulus RM500,000 naik taraf jalan di Teku


2010/05/09

SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluluskan RM500,000 untuk menaik taraf empat jalan di Kampung Bahagia Jaya di Teku, di sini, semalam.
Empat jalan itu ialah Lorong Bahagia Tengah 2 sebanyak RM100,000; Lorong Bahagia Tengah 4 (RM100,000); naik taraf Lorong Tengah Bahagia 9A dan Lorong Tengah Bahagia 9B ( RM300,000).
Pengumuman peruntukan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia Jaya di sini. “Perdana Menteri baru luluskan peruntukan RM500,000 untuk Kampung Bahagia Jaya hari ini. Perdana Menteri minta saya umumkan perkara ini,” katanya sambil menegaskan kerajaan cuba melaksanakan projek itu secepat mungkin.

Mengenai masalah SK Bahagia Jaya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, penting untuk memastikan sekolah itu selamat.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang diminta meneliti keadaan sekolah berkenaan.

Katanya, tapak sekolah itu semakin mendap dan masalah patut dikenal pasti sebelum langkah perlu dilaksanakan.
Terdahulu ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di SK Abang Ali, Kampung Baru di sini, Muhyiddin mengingatkan pengundi membuat keputusan berdasarkan siapa dan parti mana yang mereka yakin mampu memikul tugas menguruskan nasib generasi sekarang dan akan datang.

Katanya, tidak kurang penting ialah parti dan bendera dibawa calon serta kemampuan memenuhi janji dibuat.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM1.2 juta untuk pelbagai projek di kawasan itu termasuk untuk SK Abang Ali.

Ini termasuk RM300,000 untuk memperbaiki perparitan dan simpang jalan; menggantikan parit terbuka kepada parit konkrit (RM200,000); membina tandas baru SK Abang Ali (RM300,000), menurap Jalan Nanas (RM107,000), menurap Jalan IIsau (121,000) dan menurap Jalan Masjid sebanyak RM94,500.

Lelaki mengaku rasul dipenjara setahun


Agensi
Mudah cetak
E-mel

9 Mei 2010

LUAR NEGARA

Lelaki mengaku rasul dipenjara setahun

LOMBOK (Indonesia): Seorang lelaki berusia 70 tahun yang mendakwa telah menziarah syurga sebanyak dua kali serta menerima wahyu, kelmarin menerima kejutan setelah menjejak ke alam nyata apabila dia menerima hukuman penjara setahun kerana mengingkari ajaran agama.Menurut satu laporan di laman berita Detik.com, Bakri Abdullah, yang juga dikenali sebagai 'Amaq Bakri' (gambar) ditangkap Oktober lalu selepas dia mencetuskan kemarahan penduduk kampungnya di timur Lombok dengan mendakwa dirinya sebagai seorang rasul.Dia mendakwa pernah diangkat ke syurga pada 1975 dan 1997 dari sebuah hutan di lereng Gunung Rinjani.Bakri mempunyai 29 pengikut, yang mengerjakan upacara penyembahannya di Gunung Rinjani tiap minggu. -- Agensi.

Kereta Sultan diserbu kumpulan bersenjata



TENGKU MUHAMMAD FAKHRY: Tengku Temenggong Kelantan ini berkata senjata diacu ke arah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid. - Foto THE STAR
Mudah cetak
E-mel

9 Mei 2010

LUAR NEGARA

Kereta Sultan diserbu kumpulan bersenjata

Soalan: Apakah yang menghalang Sultan Ismail Petra dirawat seterusnya di Singapura?


KUALA LUMPUR: Kereta yang membawa Sultan dan Raja Perempuan Kelantan telah diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata hanya beberapa meter dari istana diraja negeri itu, dengan senjata-senjata itu diacu ke arah kepala pemandunya, demikian lapor sebuah akhbar Malaysia semalam.
Dalam satu dakwaan yang memeranjatkan melalui afidavit yang difailkan di mahkamah kelmarin, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata pemandu itu telah dipaksa dan diheret keluar dari kereta oleh sekumpulan lelaki itu, yang memakai balaclava dan bersenjatakan senjata separuh automatik.Melalui afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan habeas corpus, atau hak bersuara atau membela diri, Tengku Muhd Fakhry berkata senjata-senjata itu juga telah diacu ke arah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid, dan para penumpang kereta-kereta lain dalam rombongan pengiringnya yang mahu bertolak ke lapangan terbang pada kira-kira 7.20 petang Selasa lalu.'Apabila Raja Perempuan enggan meninggalkan Duli Yang Maha Mulia (Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra) dalam kenderaan itu sendirian, beberapa lelaki bersenjata itu cuba menarik beliau keluar dari kereta itu tetapi beliau enggan berganjak,' dakwa Tengku Fakhry dalam afidavitnya itu.Mendedahkan versinya mengenai apa yang terjadi sebaik sahaja Sultan Ismail Petra mahu berangkat untuk menaiki penerbangan komersial ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulannya, beliau berkata kereta itu telah ditahan kira-kira 30 meter dari istana oleh beberapa kenderaan yang membawa anggota polis bersenjata dari Unit Tindakan Khas (UTK).'Kira-kira 30 hingga 40 lelaki berpakaian balaclava, kebanyakannya bersenjatakan senapang separuh automatik, kemudian menyerbu ke arah kereta Duli Yang Maha Mulia,' kata beliau, sambil menambah bahawa selepas pemandunya dipaksa keluar, pasangan diraja itu kemudian dipandu oleh salah seorang lelaki bersenjata itu ke hospital di Kubang Kerian.Sambil memberikan maklumat yang dikatakan telah diberikan kepada beliau oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, putera ketiga Sultan Kelantan itu berkata ayahnya 'takut dan enggan dipandu' oleh lelaki bersenjata itu.'Duli Yang Mulia tidak, pada sebarang masa, bersetuju dibawa ke Hospital Kubang Kerian. Beliau amat bersusah hati dengan tindakan lelaki bersejata itu,' katanya dalam afidavit setebal 15 muka surat itu.Tengku Muhd Fakhry juga mendakwa lelaki bersenjata itu menolak Tengku Anis keluar dari lif hospital apabila Raja Perempuan itu cuba mengikut suaminya tetapi beliau berupaya melepaskan diri selepas berlakunya pergelutan.Tengku Muhd Fakhry juga mendakwa bahawa ayahnya telah memberitahu ibunya dan beberapa anggota polis bahawa beliau tidak mahu tinggal di hospital dan mahu pulang ke istana tetapi mereka dicegah daripada meninggalkan hospital itu untuk mengikuti rawatan susulannya di Singapura.Sementara itu, Peguam Negara (A-G), Tan Sri Abdul Gani Patail, berjanji untuk memberi jawapan kepada kandungan afidavit yang difailkan oleh sekumpulan peguam dalam permohonan habeas corpus mereka bagi 'membebaskan' Sultan Kelantan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di Kelantan.Tan Sri Abdul Gani, bagaimanapun, enggan mengulas perkara tersebut ketika ini. 'Tetapi, saya akan menjawab kepada permohonan habeas corpus itu di mahkamah,' katanya.Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan, yang turut enggan mengulas kandungan afidavit itu, berkata beliau 'akan menyerahkannya kepada A-G untuk memutuskan tindakan selanjutnya'.


Apa dah jadi ni? Boleh siapa-siapa beritahu apa sebab nya jadi begini?

Kenapa sekarang baru nak salur kenapa tidak sebelum ini.


BN salur peruntukan, bukan tabur duit - Shafie

SIBU 8 Mei - Barisan Nasional (BN) menyalurkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat dan bukan menabur duit semasa berkempen pada pilihan raya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan-peruntukan yang diumumkan di Sibu ketika ini sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, peruntukan-peruntukan itu juga memang telah sedia ada dan ia bukan semata-mata untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
''Peruntukan yang diumumkan bukan hari ini sahaja dan saya sendiri telah banyak kali datang ke negeri ini untuk menyalurkan peruntukan kepada rakyat yang memerlukan pembangunan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Jeriah di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan pihak pembangkang yang menuduh BN menggunakan taktik kotor iaitu menabur wang untuk menang pada pilihan raya.
Hadir sama Ketua Pemuda BN Sarawak yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusuf.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie memberitahu, beliau yakin dengan sokongan masyarakat di Sibu meskipun bukan sesuatu perkara yang mudah bagi BN untuk mengekalkan kerusi Parlimen Sibu.
Katanya, jentera parti harus bekerja keras bagi memastikan BN mampu menambat hati semua kaum termasuk Cina, Melayu, Iban, Orang Ulu dan sebagainya.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mohd. Shafie mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk menaiktaraf jalan raya di Kampung Jeriah dan RM30,000 lagi bagi pembinaan dewan, manakala sejumlah RM5,000 sumbangan peribadi beliau kepada masjid di kampung terbabit.

Teguran saya ikhlas – Musa





BUKIT MERTAJAM 8 Mei – Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir menjelaskan, tegurannya mengenai kaedah pelantikan jawatan tertinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dibuat secara ikhlas dan tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
Musa menegaskan, beliau membangkitkan perkara itu atas dasar kepentingan awam bagi memastikan setiap GLC diurus secara fokus dan bertanggungjawab sekali gus mengelakkan berlaku kerugian seperti yang dialami Pos Malaysia Bhd.
‘‘Saya hanya membangkitkan soal kewajaran ada tokoh korporat yang menjawat jawatan di dua syarikat GLC sekali gus dan kita tanya sama ada mereka mampu untuk menguruskan kedua-duanya.
‘‘Kita juga tanya adakah negara sudah ketandusan bijak pandai sehingga GLC diuruskan sedemikian? Sebab itu, kita minta Kementerian Kewangan kaji balik kaedah pelantikan dalam GLC.
‘‘Teguran ini ikhlas, bukan hendak menjatuhkan sesiapa. Kalau kita lihat apa yang terjadi kepada Pos Malaysia, saya fikir teguran begini wajar kerana ia membabitkan kepentingan awam,” katanya di sini hari ini.
Khamis lalu, Musa menyarankan Kementerian Kewangan mengkaji latar belakang para CEO GLC sama ada pelantikan mereka dibuat atas kepakaran yang dimiliki atau kerana rapat dengan pemimpin tertentu.
Musa membangkitkan perkara itu ketika pelbagai pihak mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua menjelaskan kerugian sebanyak RM546 juta yang dialami Pos Malaysia.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang turut membuat desakan itu juga meminta Nor Mohamed menjelaskan pelantikan lapan individu daripada Dana Harta Berhad sebagai CEO dalam GLC.
Zahrain mempersoalkan sama ada motif pelantikan CEO terbabit berdasarkan kelayakan atau ada sejarah hubungan dengan Nor Mohamed.
Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Nor Mohamed yang menafikan penglibatannya dalam sebarang keputusan sehingga menyebabkan Pos Malaysia mengalami kerugian.
Nor Mohamed menjelaskan, beliau tampil membuat penjelasan kerana menyifatkan serangan terhadapnya berhubung isu tersebut semakin fokus dan seolah-olah ada agenda tersembunyi yang diatur pihak tertentu.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Dana Harta Berhad tetapi menegaskan pelantikan individu terbabit sebagai CEO GLC dibuat atas dasar kemampuan serta kepintaran mereka.

Penjelasan Rais isu Limbang





RAIS Yatim melawat Pameran Keranda selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian pada pameran tersebut di Muzium Negara, semalam.


PUTRAJAYA 8 Mei - Rakyat tidak perlu bimbang dengan isu kedudukan Limbang yang dijamin akan selesai dengan sendirinya setelah lima perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan dan Brunei antara 1920 hingga 1939 diakhiri dengan kerjakerja mengukur sempadan.
Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil membuat penjelasan itu ekoran 'kontroversi' penyerahan dua kawasan blok minyak, blok L dan M kepada Brunei baru-baru ini kerana terlibat secara langsung selaku Menteri Luar pada Mac 2009 bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam rundingan dan proses diplomasi dengan kerajaan Brunei.
Malah, kata beliau, persefahaman yang dicapai hasil Pertukaran Surat yang ditandatangani kerajaan dengan Brunei pada Mac 2009 sebenarnya turut menyebabkan Brunei kehilangan 5,165 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya.
Kawasan maritim negara kesultanan itu menguncup berbanding sebelum 1984.
''Saya dengar (dibangkitkan di Sibu dan diungkit pelbagai pihak termasuk akhbar pembangkang) seolah-olah Malaysia bodoh serahkan seluruh hak wilayah kita sedangkan ia (blok L dan blok M) tidak pernah menjadi milik kita.
''Silapnya pada tahun 1979, pemeta kita sekadar memasukkan tanggapan itu padahal ia terletak dalam Pelantar Benua Brunei dan diiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
''Begitupun Pertukaran Surat ini ada imbasannya (kaitan) pada Limbang. Apabila lima perjanjian berkenaan diselesaikan kehendak pengukurannya, soal Limbang tidak timbul lagi dan berhasil bagi Malaysia," kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Lima perjanjian berkenaan ialah:
i. Perjanjian Mengenai Sungai Pandaruan dan daerahnya pada 4 Februari 1920.
ii. Perjanjian Sempadan Sungai Belait dan Sungai Baram 25 Ogos 1931.
iii. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Trusan dan Temburong.
iv. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Sempadan Limbang dan Brunei dari Pantai ke Bukit Gadong 24 Februari 1933.
v. Perjanjian 4 November 1939 antara kedua-dua pihak.
Kelima-lima perjanjian inilah meletakkan Limbang dan dipersetujui bahawa terusan-terusan Pagalayan hingga ke Bukit Traja ditentukan oleh perjanjian tersebut.
Rais yang kini menyandang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, dakyah kononnya Malaysia kehilangan wilayahnya telah dibangkitkan menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini dan justeru beliau terpanggil untuk menerangkan beberapa aspek justifikasi demi kenegaraan dan hubungan diplomasi dengan Brunei.
"Brunei dengan rela hati bersetuju bahawa kawasan maritimnya menguncup selepas Pertukaran Surat 2009. Ini keikhlasan tidak ternilai dan Malaysia tahu jika dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (di The Hague, Belanda) kemungkinan kita beroleh hasil lebih positif lebih jauh kes Batuan Tengah di Batu Putih," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini perairan di blok L dan M dikenali CA1 dan CA2 mengeluarkan hasil minyak dan hidrokarbon digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari nafkah dan berniaga.
Namun secara tiba-tiba Petronas menganggap ia perairan negara dan mewujudkan kerjasama carigali dengan Murphy Oil di Sabah.
"Bagaimanapun Brunei dalam perbincangannya bersetuju untuk berusahasama dalam kedua-dua petak komersial tadi termasuk minyak di bawah tajuk Perolehan Kerajaan untuk Malaysia bagi tempoh 40 tahun bermula dari tarikh Production Sharing Contract (PSC).
"Juga dipersetujui oleh Brunei tentang hak laluan kekal bagi rakyat Malaysia dan Sarawak melintas dan menggunakan perairan itu untuk mendarat atau pergi ke kawasan sempadan Sarawak dan Brunei. Pendek kata, ia tidak boleh ditarik balik...berterusan," kata beliau.
Pada masa sama Malaysia diberi 10 peratus faedah melalui kontraktor yang dipilih sendiri (iaitu Petronas) dalam hak dan obligasi yang sama.
Seterusnya Malaysia juga akan beroleh melalui Petronas 75 peratus dari hal dan obligasi

Di sebalik kemelut istana


Di sebalik kemelut istana

KEMELUT Istana Kelantan yang semakin memburuk perlu diselesaikan segera.


TERTANYA- tanya. Memang rakyat terus tertanya-tanya namun versi jawapan juga berbeza-beza mengikut siapa yang memberikan penjelasan dan media mana yang memberikan laporan.
Ia kisah konflik dalam keluarga, namun mereka bukanlah keluarga biasa, tetapi keluarga istana, keluarga yang ditempatkan tinggi, ditatang penuh kemuliaan dan penghormatan di sisi rakyat.
Konflik yang membahagi dua keluarga dan kerabat istana ketika hak pewarisan takhta dan kuasa, juga kedaulatan seakan saling cuba dinafikan.
Sukar untuk memendamkan sahaja laporan begini dalam keadaan dunia hari ini dan sukar pula untuk sentiasa menyatakan dengan jelas apa yang berlaku agar tidak mencemarkan institusi tonggak pemerintahan itu.
Konflik dalam keluarga istana Kelantan sudah lama berlarutan, dari satu episod ke satu episod yang lain dan bahang itu makin meruap-ruap yang mula turut terasa di kalangan rakyat.
Bermula dengan kegeringan Sultan Kelantan seiring dengan pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra 24 Mei tahun lalu sebagai Pemangku Raja, hampir genap setahun segala sengketa.
Tempoh selepas 12 bulan ketika tahap kesihatan Tuanku Ismail Petra masih menjadi persoalan tentang keupayaan untuk baginda kembali memerintah mungkin menjadi perhitungan jika rentetan peristiwa sengaja dirancang.
Mungkinkah kerana tempoh itu makin hampir yang boleh menjadi penyelesaian pemutus kedudukan Tengku Muhamad Faris mengikut perlembagaan.
Justeru khabar angin dan khabar nyata kedengaran di mana-mana dengan pelbagai kisah termasuk saman menyaman di mahkamah, laporan-laporan polis dan penahanan oleh pihak berkuasa.
Peristiwa pengawal peribadi Pemangku Raja parah ditembak penyerang tidak dikenali awal bulan ini secara tidak langsung turut memberi gambaran lebih membimbang tentang keselamatan keluarga istana.
Langkah anggota keluarga untuk sekali lagi membawa Sultan Kelantan ke Hospital Mount Elizabeth Singapura Selasa lalu, begitu juga dengan tindakan tegas pihak berkuasa menghalang usaha itu yang agak menggemparkan mengundang lebih banyak tanda-tanya.
Pada masa yang sama ia mencetuskan lebih banyak persepi mereka berkait dengan rentetan insiden dalam konflik keluarga makin mendukacita dan membimbangkan itu yang terarah kepada soal kuasa dan kedudukan dalam pemerintahan.
Tahap kesihatan Tuanku Ismail Petra seolah-olah masih menjadi percaturan utama dan pastinya semakin berlarutan dengan penglibatan peranan para peguam untuk merujuk kepastian soal batas kuasa melalui mahkamah.
Apakah motif di sebalik usaha untuk menerbangkan baginda ke Singapura ketika baginda sebelum ini digambarkan semakin pulih dan sekadar memerlukan rawatan susulan fisioterapi di Istana Mahkota, Kubang Kerian?
Malah keadaan 'makin pulih' baginda itu turut cuba digambarkan melalui pertemuan dengan rakyat di samping mempelawa wakil-wakil media utama dari Kuala Lumpur dalam majlis minum teh di samping foto-foto baginda dibawa bersiar-siar mengelilingi bandar ini.
Pemeriksaan
Kalangan yang rapat dengan pihak istana mempersoalkan mengapa doktor-doktor dari Singapura yang pernah merawat baginda tidak diterbangkan ke sini jika sekadar memerlukan pemeriksaan susulan melainkan keadaan baginda kembali meruncing.
''Pasti ada suatu yang terus cuba disembunyikan dan dielak daripada terdedah sekembalinya baginda ke Kelantan pada 4 Mac lalu setelah menerima rawatan di negara itu sejak 24 Mei tahun lalu," ujar seorang yang mempunyai hubungan dengan pentadbiran istana.
Ada yang mengaitkannya dengan kehadiran Tan Sri Abdul Gani Patail yang menziarahi baginda 23 April lalu dengan andaian Peguam Negara itu mungkin menyampaikan sesuatu kepada pihak-pihak tertentu ekoran kegeringan tuanku yang berpanjangan dan tindak-tanduk mereka.
Telahan itu benar agaknya kerana Jumaat lalu Ghani dilaporkan telah meminta Raja Perempuan Kelantan untuk membenarkan panel doktor menjalankan pemeriksaan bagi mengelak tindakan perundangan.
Sepanjang dirawat di Singapura sejak 24 Mei tahun lalu, tiada sebarang pengesahan yang jelas mengenai status kesihatan baginda setelah panel perubatan yang dilantik oleh kerajaan negeri tidak dibenarkan menemui baginda.
Malah permohonan pihak berkuasa negeri awal tahun untuk mendapatkan laporan perubatan ditolak atas alasan baginda yang dikatakan berkeupayaan membuat keputusan sendiri, tidak memberi kebenaran.
Sekembalinya baginda ke tanah air, bagi menyakinkan lagi, Kementerian Kesihatan telah memasukkan empat lagi pakar perubatan dalam senarai panel yang dipersoalkan, namun mereka juga berhadapan halangan.
Bagi kalangan tertentu pula melihat pembentukan panel pakar perubatan ini tidak lebih daripada usaha untuk menyisihkan tuanku lebih awal dari tampuk kuasa.
Insiden yang berlaku petang Selasa lalu memperlihatkan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra mula bertindak tegas dengan kuasa yang ada setelah kesabaran yang berpanjangan walaupun terhadap anggota keluarganya.
Baginda mungkin mahu mengakhiri segera kemelut ini walaupun terpaksa agak keras berdepan keluarga sendiri apabila Tuanku Ismail Petra dihalang daripada dibawa ke Singapura setelah segala persiapan diatur, lalu dihalakan ke Hospital Universiti Sains (HUSM) Kubang Krian.
Ia sekali gus memberi ruang pemeriksaan dilakukan dan memastikan rawatan susulan terbaik buat baginda, khidmat guaman digunakan untuk mengeluarkan baginda dari hospital setelah didakwa ditegah daripada dibawa pulang.
Namun insiden itu boleh memberi persepsi tidak menyenangkan dengan ada yang menyifatkan baginda tidak sepatutnya berbuat sedemikian cara terhadap ayah dan bonda baginda, berdasarkan cara bertindak pasukan keselamatan.
Pejabat istana bagaimanapun telah memberi jawapannya bahawa ia seperti terpaksa dilakukan demi kerana kasih dan sayang baginda terhadap mereka bagi membetulkan keadaan yang kian menyimpang. Juga bagi menjamin kesihatan dan keselamatan Tuanku Ismail Petra diberi perhatian sebaik-baiknya.
Justeru peluang panel perubatan yang dilantik menjalankan pemeriksaan dan pemantauan dapat membantu memberikan jalan keluar yang lebih pasti.
Sultan sememangnya bukan sekadar milik istana, ia milik rakyat dan mereka harus mengetahui apa yang terbaik untuk baginda lalui dalam keadaan sebegini dan berhak mengharap sengketa keluarga ini dipadamkan segera.
Namun ramai yang yakin ada hikmah di sebalik semua ini yang akan memberikan rahmat kepada istana dan juga rakyat. Sampai bila mereka harus menunggu?

Nota pencuri kereta: 'Sorry PDRM tesilap sapu'



SUNGAI BULOH 8 Mei - Penjenayah yang mencuri kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pagi kelmarin meninggalkan sekeping nota bertulis 'Sorry PDRM tesilap sapu' semasa 'memulangkan' kereta tersebut hari ini.
Kereta jenis Perdana V6 yang dilaporkan hilang di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9, Shah Alam, ditemui semula di tepi jalan kawasan Prima Damansara di sini pagi ini.
Penjenayah terbabit dipercayai bertindak meninggalkan kenderaan itu bersama nota meminta maaf selepas mengetahui kenderaan yang dicuri adalah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, kereta itu ditemui oleh tiga anggota polis dari Balai Polis Damansara Damai yang menjalankan operasi untuk mengesan kenderaan terbabit pada pukul 8.35 pagi.
Menurutnya, kereta terbabit ditemui dalam keadaan baik dan tiada kehilangan barang-barang milik Ketua Polis Selangor dalam kenderaan itu.
Katanya, penjenayah dipercayai mencuri kenderaan itu selepas mengumpil pintu depan sebelah kiri untuk masuk sebelum memotong alat penggera bagi mengelak perbuatannya dikesan.
"Apabila diperiksa, kita menemui sekeping kertas tertulis nota berbunyi 'Sorry PDRM tesilap sapu' yang diletakkan di atas papan pemuka kereta," katanya di tempat kereta itu ditemui di sini hari ini.
Kok Chin berkata, suspek juga tidak menukar nombor pendaftaran WSY 6751 kereta tersebut dan semua barang dalam kereta itu selamat.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.