Monday, June 8, 2015

Lelaki Terkejam


obama abbas netanyahu
3 ORANG lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.
Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua matanya dan darah keluar dari hidung dan telinga perempuan itu.
Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Lelaki pertama berpaling menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya, “Akulah orang yang PALING KEJAM!”
Tidak terima, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, memerkosanya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.n?
Dan dia berkata sambil membusungkan dada “Tidak ada siapa yang lebih KEJAM daripada aku!”
Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab: “AKULAH YANG PALING KEJAM… Aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah ADIK aku…”
SIAPA PEREMPUAN ITU?
Perempuan itu adalah Palestina/Syria/Rohingya/Mesir.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika serikat.
Lelaki ketiga pula ialah cerminan dari sebagian umat Islam (kita) yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi.
Berdiam diri dan melihat kekejaman di hadapan kita, itu saja yang mampu kita buat.
Maukah kita jadi sekejam lelaki ketiga? []

Mengapa Kapten San Jin Gu Memeluk Islam


314740_178646632216792_178384798909642_378416_498535849_n
KAPTEN San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11 SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Ini kejadian lama memang.
Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Saat bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa penasaran, ia mencoba menirukan seluruh gerakan sholat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktekan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.
Itulah sebabnya, gerakan-gerakan sholat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yabg ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan sholat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit-prajuritnya, ia berkata: “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.
Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya – untuk juga memeluk Islam. [sahabatstars]

Bayar RM8.8 juta untuk makan tengah hari

Bayar RM8.8 juta untuk makan tengah hari
Warren Buffet

SHANGHAI - CHINA. Pengerusi sebuah syarikat pembangunan permainan video Online China sanggup menghabiskan $2.3 juta (RM8.8juta) hanya untuk makan tengah hari bersama jutawan Warren Buffet.

Peluang makan tengah hari bersama jutawan itu diperoleh melalui satu bidaan amal yang dianjurkan Glide Foundation iaitu sebuah badan amal di San Francisco yang menyediakan makanan, rawatan kesihatan, pemulihan dan beberapa perkhidmatan lain kepada golongan miskin dan gelandangan.

Menurut laporan Shanghai Daily, persatuan itu berkata, Zhu Ye, Pengerusi Dalian Zeus Entertainment Co memenangi bidaan tertinggi daripada 79 bidaan yang dihantar di laman Ebay.

Sementara itu, Buffet yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hatahawal berkata, semasa makan tengah hari itu, dia akan bercakap mengenai apa sahaja termasuk kehidupan namun tidak akan bercakap mengenai urusan jual beli.

"Setiap tahun, ia adalah pengalaman menarik. Saya telah bertemu dengan ramai orang yang hebat dan menambah kenalan baru," katanya.

Pada tahun 2011, Zhao Danyang, pengurus dana pelaburan dari Hong Kong, menghabiskan $ 2.1juta (RM 7.89juta)  pada lelongan Glide Foundation untuk mendapatkan keistimewaan yang sama.

Puluhan ribu penduduk diberi kewarganegaraan

Puluhan ribu penduduk diberi kewarganegaraan
Penduduk yang tinggal di wilayah Lalmonirhat dekat sempadan Bangladesh diberi pilihan untuk menjadi warga India atau Bangladesh.

DHAKA - BANGLADESH. Selepas hampir 70 tahun tidak bernegara, lebih daripada 50,000 orang bakal mendapat kerakyatan dan semua faedah selepas perjanjian sempadan bersejarah antara India dan Bangladesh dimeterai, semalam.

Perjanjian yang telah diusahakan sejak 1974 itu akhirnya terlaksana selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi membuat lawatan pertama ke Dhaka, minggu lalu.

Menurut laporan al-Jazeera, dalam perjanjian itu, 11 penduduk yang tinggal di enklaf India bakal mendapat kewarganegaraan Bangladesh dan 51 orang yang tinggal di enklaf Bangladesh diberi kerakyatan India.

Manakala, puluhan ribu lagi diberi pilihan untuk memilih kewarganegaraan yang mereka suka.

"Ini merupakan kemuncak kepada perjuangan penduduk enklaf yang menuntut kewarganegaraan sejak beberapa dekad lalu. Pertukaran dan pemberian taraf kerakyatan ini juga menyaksikan era baharu kerjasama antara kedua-dua negara," menurut aktivis orang tidak bernegara, Diptiman Sengupta.

Difahamkan, ribuan penduduk itu terperangkap untuk menjadi rakyat India atau Bangladesh selepas satu peta yang kabur dihasilkan semasa tahun 1947.

Situasi itu menyebabkan penduduk tidak mendapat bantuan kerajaan, kemudahan kesihatan dan sekolah serta pergerakan terbatas akibat tiada pengenalan diri atau pasport.

Malah, mereka juga dinafikan hak untuk mengundi.