Saturday, April 13, 2013

ubah jangan tak ubah

Ayuh kita berjuang sahabat sekalian!

Beriltizam dengansurah al-kahfi

Tawaran PAS untuk rakyat Terengganu

Tawarran pakatan rakyat

Manifesto PR : Pendidikan Percuma

“Jalan singkat untuk orang Islam murtad adalah apabila memisahkan agama & politk (sekularisme)”

“Jalan singkat untuk orang Islam murtad adalah apabila memisahkan agama & politk (sekularisme)”

Syeikhul Mustafa Sabri Efendi (1869-1954)
 

Jepun letak misil Patriot di Okinawa




Tentera Jepun memasang pemintas peluru berpandu PAC-3 dekat Kementerian Pertahanan ketika keadaan terus tegang berikutan amaran Korea Utara melancarkan serangan. - Foto AP
Tokyo: Jepun akan menempatkan peluru berpandu Patriot di Okinawa secara kekal mulai bulan ini sebagai sebahagian usaha meningkatkan keupayaan pertahanan berikutan kebimbangan ancaman peluru berpandu Korea Utara.

Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera, berkata pihaknya akan meletakkan kelengkapan sistem ‘Patriot Advanced Capability 3’ atau PAC-3 di dua pangkalan tentera di pulau selatan Jepun seawal April.
PAC-3 bertindak sebagai pemintas peluru berpandu. Kementerian itu sebelum ini merancang menghantarnya bermula Mac 2015.

“Kami menimbang untuk mempercepat pelan melindungi nyawa dan harta benda penduduk daripada serangan peluru berpandu balistik,” kata Onodera kepada media.

Kemungkinan perang

Negara itu masih berwaspada penuh menjelang kemungkinan pelancaran peluru berpandu jarak sederhana oleh Korea Utara.

Agensi perisikan Korea Selatan berkata, Korea Utara menyiapkan dua peluru berpandu jarak sederhana untuk dilancarkan segera di pantai timurnya meskipun diberi amaran oleh sekutunya China supaya mengelak melakukan provokasi.
Sebagai tambahan kepada PAC-3, kapal pemusnah Aegis dilengkapkan dengan pemintas peluru berpandu dihantar ke Laut Jepun.

Agensi perisikan tentera Amerika Syarikat menyatakan Pyongyang ada keupayaan untuk melancarkan senjata nuklear peluru berpandu antara benua.

Bagaimanapun, laporan Agensi Risikan Pertahanan (DIA) disangkal Jabatan Pertahanan yang menegaskan bahawa Korea Utara tidak mempunyai peluru berpandu nuklear.

Jurucakap Pentagon, George Little, berkata ia mungkin tidak tepat untuk mengatakan bahawa Korea Utara sudah membuat ujian penuh, membangun atau menunjukkan keupayaan nuklear seperti dinyatakan dalam laporan DIA.

Kenyataan itu dibuat selepas seorang ahli perundangan membaca laporan DIA yang menunjukkan perubahan pandangan Washington terhadap program nuklear Korea Utara.

DIA berkata, penganalisis Amerika yakin Korea Utara memiliki senjata nuklear yang berupaya menghantar peluru berpandu balistik, tetapi kewujudan senjata itu adalah ‘rendah’.

Laporan risikan itu menandakan kali pertama kerajaan Amerika memperakui Korea Utara berjaya untuk mengecilkan bom nuklear supaya boleh dimasukkan dalam peluru berpandu.

AFP

Haron Din nafi tinggal Pas, tanding di Arau

Haron DinTimbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din
KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din malam tadi menafikan khabar angin kononnya beliau telah keluar daripada Pas.

Haron yang kecewa dengan khabar angin itu, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan Pas.

Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.

Haron berkata demikian semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang di sini. - Bernama

14 maut bom letup luar masjid di utara Iraq




13 April 2013
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 40 yang lain cedera akibat letupan bom yang disasarkan ke atas jemaah selepas solat Jumaat, semalam.

Sepasang bom letup di luar sebuah masjid Sunni di Kanaan, yang terletak kira-kira 75 kilometer ke timur laut ibu negara, sekaligus meningkatkan lagi kebimbangan lebih banyak keganasan berlaku menjelang pilihan raya minggu depan.

Sebelum ini, bandar berdekatan Baquba turut menjadi tapak letupan bom terbesar minggu lalu.

Jemaah Masjid Al Fatah menangis...

Abu Musa,
12 Apr 2013

Allahurabbi..rata-rata jamaah Masjid Al-Fatah tadi menangis dengan pengisian khutbah yg disampaikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man:

1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk menangkan Islam.

2. Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.

3. Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.

4. Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..

5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!

6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai..yang jadi tangga jangan komplen kepada dinding..yang jadi tiang jangan komplen kepada tingkap..

Sekarang, kita di mana sebenarnya.
harakah

Kafe pakai nama Marilyn Monroe ditutup



Dubai: Sebuah kedai minuman yang mengambil nama legenda Hollywood, Marilyn Monroe di bandar Al-Jouf, Arab Saudi ditutup, lapor media semalam.

Pihak berkuasa kemudian menasihati pemilik premis itu supaya mengubah nama kedai berkenaan supaya lebih sesuai dengan budaya setempat.


Tindakan itu diambil hasil kempen penduduk setempat yang menggesa pihak berkuasa bertindak ke atas restoran berkenaan.

Menggunakan Internet, penduduk Al-Jouf di utara Arab Saudi berkata, mereka tidak mahu nama aktres Hollywood itu digunakan di bandar itu.


Mereka turut melancarkan kempen memboikot kedai berkenaan. Kempen itu dilancarkan melalui laman sesawang blog mikro dan rangkaian sosial.


Orang awam turut mengkritik pentadbiran pasar raya yang menempatkan premis itu kerana meluluskan nama berkenaan. Bagaimanapun, kempen itu tidak menyatakan alasan mengapa mereka menolak nama Marilyn digunakan, terutama kerana bukan sesuatu yang baru nama selebriti Barat digunakan untuk melariskan perniagaan. November tahun lalu, aktres Paris Hilton melebarkan rangkaian bisnesnya di Makkah dengan pembukaan kedai ke lima di Arab Saudi. - AFP

Pengasas Facebook lancar laman politik

Zuckerberg
Mark Zuckerberg ketika bercakap pada persidangan TechCrunch Disrupt di San Fransisco, semalam. - Foto ihsan abcnews
NEW YORK - Ketua pegawai eksekutif laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg bekerjasama dengan pemimpin di Silikon Valley, California melancarkan kumpulan politik di dalam laman sosial itu bertujuan menyusun semula dasar imigresen, meningkatkan taraf pendidikan dan menggalakkan pelaburan dalam penyelidikan saintifik.

Dipetik AP, Zuckerberg berkata, Amerika Syarikat memerlukan pendekatan baru kepada isu-isu ini sekiranya mahu mempunyai ekonomi mampan dan jitu.

“Pembangunan ekonomi dapat dicapai melalui penawaran tenaga mahir kepada pendatang dari mana-mana kewarganegaraan,” katanya.

Menurutnya, dasar dan rang undang-undang imigresen yang ada kini perlu diubah supaya lebih komprehensif.

Anonymous lancar Op Israel

Anonymous Anonymous didakwa melancarkan serangan siber besar-besaran ke atas Israel, semalam.
TEL AVIVI - Laman rasmi kerajaan Israel, semalam didakwa menjadi sasaran serangan siber yang dilancarkan kumpulan penggodam, Anonymous.

Biro Siber Kebangsaan, Yitzhak Ben Yisrael memaklumkan kononnya penggodam gagal untuk menutup laman sesawang utama.

Difahamkan, Anonymous telah memberi amaran awal bahawa mereka akan melancarkan serangan besar-besaran ke atas laman sesawang Israel di bawah 'operasi' digelar #OpIsrael.

"Kamu (Israel) jelas tidak menghormati undang-undang antarabangsa.

Oleh itu, kami (skuadron siber elit) dari seluruh dunia memutuskan untuk bersatu sebagai tanda perpaduan dengan penduduk Palestin, yang akan menjadi satu entiti untuk menjejaskan dan memadamkan Israel dari dunia maya," menurut kenyataan
sebahagian video yang dimuat naik oleh Anonymous di internet.

Media melaporkan beberapa laman digodam termasuk Kementerian Pendidikan dan Pertahanan, malam kelmarin.

Selain itu, akhbar Haaretz mendakwa hampir 19,000 akaun Facebook milik penduduk Israel turut menjadi sasaran penggodaman pada kali ini. - Al-Jazeera

Hadi nafi Haron Din tinggalkan Pas

hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan khabar angin kononnya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din telah keluar Pas.

Beliau sebaliknya menegaskan veteran parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rusila, Marang di sini, berhubung khabar angin itu. - Bernama

Mustafa Ali dakwa Umno terdesak, sanggup guna taktik kotor

Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
DUNGUN -  Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk
menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek di sini malam ini, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

"Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. - Bernama

Isu video seks: Hadi solat Hajat

Isu video seks: Hadi solat HajatAbdul Hadi bersalam dengan orang ramai termasuk kanak-kanak yang menunggu di luar Masjid Rusila selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, semalam.
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut kesal dengan amalan politik fitnah sebagai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerana rakyat perlu ditampilkan dengan pilihan politik sihat serta hujah-hujah politik rasional.

Menolak keras budaya buruk itu, Abdul Hadi berkata, perkara seumpama itu bukan sahaja tidak elok dan juga berdosa, malah bukan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam.

“Budaya fitnah ini bukan satu cara ajaran kita. Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam pengedaran video cakera padat itu, tetapi termasuklah semua pihak.

“Dua-dua pihak jangan (melakukan politik kotor). Jangan ambil peribadi orang,” katanya ketika ditemui selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, semalam

Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain perlu dibuat ketika ini.

“Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu).

“Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,” katanya.

Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut menyifatkan cerita Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din keluar parti sebagai khabar angin dan menegaskan, veteran Pas itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada PRU13 ini.

12 maut dalam serangan bom terhadap pengikut Sunnah di Iraq



13/04/2013 4:03am

BAQUBA - Beberapa serangan bom terhadap pengikut Sunnah di Baghdad dan utara ibu kota Iraq itu menyebabkan 12 orang terbunuh, kata beberapa pegawai semalam.
Pengeboman tersebut merupakan keganasan terbaharu menjelang pilihan raya wilayah pada minggu depan.
Seorang kolonel polis dan doktor berkata, serangan paling berdarah melibatkan sebutir bom tepi jalan yang meletup selepas orang ramai selesai solat Jumaat di Masjid Omar bin Abdul Aziz di bandar Kanaan, dalam wilayah Diyala.
Mereka memberitahu, seramai 12 orang terbunuh ma nakala 30 yang lain cedera.
Dua lagi serangan bom yang berlaku di Baghdad dan bandar bandar Diyala juga meletup ketika orang ramai pulang daripada solat Jumaat. Serangan berkembar itu itu menyebabkan tujuh orang cedera.
Iraq akan mengadakan pilihan raya wilayah pada 20 April ini yang merupakan pilihan raya pertama sejak 2010. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2QI3r8o3g 
Hakcipta terpelihara 

Lagi pengganas Sulu didakwa



PASUKAN keselamatan mengawal ketat pengganas Sulu yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Tawau semalam.


TAWAU – Tiga beranak merupakan antara 11 individu warga Filipina yang berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup selepas mereka didakwa di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Salib Akhmad Emali bersama dua anaknya, Binhar dan Anwar, dituduh mengikut Seksyen 121/130KA Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong serta menjadi ahli kumpulan pengganas.
Salib turut didakwa di bawah Seksyen 130E Kanun Keseksaan kerana melindungi dan merekrut orang lain menjadi pengganas. Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Pertuduhan yang diterjemah ke dalam bahasa Bajau dan Suluk itu dibaca di hadapan Hakim P. Ravinthran.
Selain tiga beranak itu, turut didakwa mengikut seksyen yang sama ialah Masir Aidin, Ismail Yasin, Tani Lahad Dahi, Wazir Osman @ Abdul, Abd. Hadi Mawan, Julham Rashid, Virgilio Nemar Patulad @ Mohammad Alam Patulada dan Aiman Darie.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.
Abd. Hadi merupakan satu-satunya tertuduh yang bercakap selepas pertuduhan dibacakan apabila berkata dalam bahasa Bajau: “Ini semua tidak betul.”
Kesemua tertuduh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012.
Sementara itu di mahkamah sama, seorang anggota polis berpangkat Koperal, Hassan Ali Basari mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2QI2eprLL 
Hakcipta terpelihara 

Bekalan air pulih berperingkat




BEBERAPA kakitangan Syabas membaiki kerosakan paip pecah di Batu Caves, Gombak, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mengalami masalah ketiadaan air di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak tidak perlu panik kerana gangguan bekalan yang berlaku sejak kelmarin dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh seminggu.
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas), Priscilla Alfred berkata, pihaknya giat melakukan kerja-kerja membaiki paip pecah yang berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak pada Rabu lalu.
Menurutnya, hujan lebat sejak petang kelmarin menyebabkan paras sungai meningkat dan mengakibatkan pihak kontraktor Syabas terpaksa menangguhkan kerja-kerja pembaikan paip tersebut.
“Kerja-kerja penyelenggaraan telah disambung semula pada pukul 2.30 pagi tadi (semalam) setelah hujan berhenti dan ia siap awal pagi esok (hari ini).
“Tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat pula dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara empat hingga lima hari selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah siap sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2QI2Jny8n 
Hakcipta terpelihara