Showing posts with label china. Show all posts
Showing posts with label china. Show all posts

Monday, November 26, 2012

China berjaya jalani ujian


Gambar tanpa tarikh dikeluarkan agensi berita Xinhua merakamkan, jet pejuang J-15 selamat mendarat di atas kapal pengangkut pesawat Liaoning di lokasi yang tidak dinyatakan. - AGENSI
BEIJING 25 Nov. - China dilaporkan berjaya mengendalikan ujian pertama pendaratan jet pejuang di atas kapal pengangkut pesawat terbaharunya, sebagai langkah meningkatkan keupayaan Beijing di wilayah maritim yang menjadi pertikaian.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, pesawat buatan tempatan, J-15 berjaya melakukan pendaratan di atas geladak kapal pengangkut pesawat Liaoning yang dibeli dari Ukraine, semasa satu latihan baru-baru ini.
Kapal pengangkut Liaoning memulakan perkhidmatannya pada September lalu, sebagai simbolik China memperkuatkan pasukan tenteranya ketika Beijing berdepan isu pertikaian wilayah dengan beberapa negara jirannya.
China membeli kapal tersebuat dari Ukraine hampir 10 tahun lalu dan membaik pulih kapal berkenaan di pelabuhan Dalian, timur laut republik ini.
Menurut Kementerian Pertahanan, teknologi pendaratan yang menggunakan kabel teknikal berkeupayaan tinggi itu telah digunakan ketika latihan baru-baru ini.
"Pesawat J-15 juga berlepas dengan baik. Sejak Liaoning memulakan perkhidmatan, krew kapal telah menjalankan lebih 100 program latihan dan ujian," jelas kenyataan terbabit.
Kapal pengangkut pesawat terbaharu China itu dijangka tidak akan memulakan operasi secara sepenuhnya sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun lagi.
China juga dilapor sedang membina sekurang-kurangnya dua kapal pengangkut pesawat lagi yang dijangka siap menjelang 2020.
Isu pertikaian wilayah di Laut China Timur semakin tegang sejak beberapa bulan kebelakangan ini membabitkan perebutan antara China dan Jepun ke atas kepulauan Diaoyu, yang dikenali sebagai Senkaku oleh Tokyo.
Beijing turut terlibat dalam isu pertikaian wilayah dengan Vietnam dan Filipina di Laut China Selatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121126/lu_06/China-berjaya-jalani-ujian#ixzz2DKZgOjev
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ratusan ribu penduduk berebut 20,000 jawatan sektor awam




SEBAHAGIAN orang keluar dari dewan peperiksaan di sebuah sekolah di Beijing semalam.


BEIJING - Ratusan ribu penduduk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam di sejumlah sekolah dan universiti bagi mengisi kekosongan jawatan pentadbiran pemerintah China semalam.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1.5 juta rakyat China yang memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Bilangan itu menunjukkan peningkatan 30 kali ganda berbanding sedekad yang lalu bagi mengisi hanya 20,000 kekosongan jawatan di sektor awam.
Peningkatan yang mendadak itu didorong oleh persepsi bahawa bekerja di sektor awam menawarkan jaminan pekerjaan.
Kebanyakan calon yang menduduki peperiksaan tersebut terdiri daripada pelajar universiti yang merupakan sebahagian daripada tujuh juta lulusan baharu yang akan memasuki pasaran kerja China pada tahun ini.
Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Liu, 31, memberitahu bahawa beliau berharap dapat bekerja di dalam sektor awam kerana faedah yang lebih baik dan tidak perlu risau mengenai pencen dan insurans kesihatan.
Calon-calon yang lulus peperiksaan tersebut perlu menjalani proses temu duga sebelum dilantik bekerja dalam sektor awam. - AFP

Thursday, October 25, 2012

Kapal China dikesan memasuki perairan pulau Senkaku milik Jepun



TOKYO: Jepun berkata, kapal China memasuki perairan berhampiran gugusan pulau yang menjadi pertikaian di antara kedua-dua negara terbabit, pertama kali dalam tempoh tiga minggu.

Pengawal Perairan Jepun berkata, empat kapal pengawasan China ditemui di wilayah yang dianggap sebagai milik Jepun, awal pagi tadi. Sementara itu, pegawai tentera Jepun berkata, terdapat serangan udara dari China mengakibatkan jet pejuang Jepun berada dalam keadaan kecemasan.
Aktiviti laut berdekatan pulau tidak berpenghuni dipanggil Senkaku di Japun dan Diaoyu di China dikesan selepas pegawai dari Jepun dan China mengadakan rundingan minggu lalu di Shanghai bagi membincangkan pertikaian yang masih berlarutan.

Pertikaian itu meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini. - AP

Friday, October 5, 2012

Kapal China belum undur

Tokyo: Tiga kapal maritim China masuk ke perairan yang dikawal oleh Jepun berdekatan Pulau Senkaku sejak dua hari lalu.

Jurucakap Pengawal Pantai Jepun berkata: “Kapal (China) itu tidak mengendahkan amaran dari kapal peronda sebelum memasuki perairan Jepun’ yang berlaku kira-kira jam 12:30 tengah malam.
“Kapal peronda kami meminta mereka meninggalkan perairan negara Jepun menggunakan radio tetapi tiada jawapan diberi dari kapal Haijians” kata jurucakap yang merujuk kepada nama kapal dari China itu.

Kapal itu berlayar dari Kubashima, salah satu pulau yang dikenali sebahagian kepulauan Senkaku oleh Jepun dan Kepulauan Diaoyu oleh China.

Kapal dari negara China antara empat kapal yang berada di perairan pulau itu selama enam jam, meskipun di arahkan oleh Pengawal Pantai Jepun supaya keluar.

Perbalahan antara dua negara ini membabitkan kepulauan yang menjadi laluan perkapalan utama di Laut China Timur dan kaya dengan hasil tangkapan laut, telah berlanjutan selama beberapa bulan. Pulau itu juga dikatakan menyimpan mineral yang berharga.

Diplomat dari China dan Jepun bertindak menghina sesama sendiri pada perjumpaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu lalu. Demonstrasi ganas dilaporkan turut meletus di bandaraya sekitar China menyebabkan perniagaan orang Jepun terjejas.
Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, dalam satu wawancara yang diterbitkan Rabu lalu menyuarakan kebimbangan berkenaan konflik dua negara itu.

Beliau juga menegaskan dunia tidak memerlukan dua gergasi Asia berbalah sesama sendiri dalam keadaan ekonomi yang goyah sekarang. - AFP

Wednesday, October 3, 2012

Kapal China kembali dekati pulau Senkaku

TOKYO 2 Okt. - Kapal maritim China kembali dilihat berada berdekatan perairan wilayah maritim yang dipertikaikan di Laut China Timur, hari ini, seminggu selepas ia meninggalkan kawasan itu dan beberapa hari selepas China dan Jepun bertikam lidah semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA), di New York.
Menurut pengawal pantai Jepun, empat buah bot peronda maritim China memasuki perairan pulau yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China, selepas pukul 12.30 tengah hari ini (waktu tempatan).
"Kapal peronda kami meminta mereka berada di luar kawasan perairan milik kami. Namun, tiada sebarang tindak balas daripada kapal China itu," kata pengawal tersebut.
Dalam kenyataan berasingan, pasukan itu mendakwa, dua buah lagi kapal milik China turut dilihat belayar berdekatan pulau utama di kepulauan itu, namun bukan di kawasan yang didakwa milik Jepun.
Ini merupakan kali pertama dalam masa seminggu kapal milik China memasuki perairan tersebut, selepas tercetus pertikaman lidah antara diplomat kedua-dua negara yang menghadiri UNGA.
Kapal-kapal China berulangkali dilihat belayar di perairan tersebut sehingga Isnin minggu lalu, walaupun diberi amaran oleh pengawal pantai Jepun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121003/lu_03/Kapal-China-kembali-dekati-pulau-Senkaku#ixzz28F8iJzth
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, September 6, 2012

Bentuk bangunan di China dikritik



Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur (kiri) di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang, sementara Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing (kanan), dikatakan menyamai bentuk puding dan donut. - AGENSI
BEIJING 5 Sept. - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding.
Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion).
Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang.
Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'.
Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.
Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain.
Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan.
Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI

Thursday, August 2, 2012

Cina larang kaum Muslim di Xinjiang puasa Ramadhan


Dicatat oleh ustazcyber di 5:15:00 AM

BEIJING - Pihak berkuasa Cina di wilayah timur laut, Xinjiang, telah melarang para pegawai dan pelajar Muslim untuk menunaikan puasa sepanjang bulan suci Ramadhan, dan mendorong sejumlah kumpulan Hak Asasi Manusia memperingatkan kemunculan kekerasan baru di Cina.
posting di website pemerintah ini meminta para pemimpin Parti Komunis untuk membatasi kegiatan muslim selama bulan suci, termasuk puasa dan mengunjungi masjid.
Xinjiang adalah daerah bagi sekitar sembilan juta orang Uighur, yang berbahasa Turki yang, etnik minoriti sebahagian besar Muslim. Banyak dari mereka menuduh para penguasa Cina melakukan penganiayaan agama dan politik.(Arrahmah.com)

Thursday, August 11, 2011

China uji kapal perang pengangkut



GAMBAR bertarikh 5 Ogos lalu menunjukkan kapal perang pengangkut pesawat China, sedang dalam proses penambahbaikan di pelabuhan Dalian, provinsi Liaoning province. Semalam, ia dilaporkan memulakan ujian pelayaran di laut. - AP


BEIJING 10 Ogos - Kapal perang pengangkut pertama China memulakan ujian di laut hari ini, dalam satu langkah yang boleh menimbulkan kebimbangan berhubung cita-cita negara itu berkenaan perselisihan wilayah maritim di Laut China Selatan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, kapal tersebut meninggalkan pelabuhan Dalian di timur laut wilayah Liaoning awal hari ini.
Laporan Xinhua yang memetik sumber ketenteraan itu menyatakan, ujian tersebut dilaksanakan mengikut jadual pembinaan semula kapal tersebut yang dibeli China dari Ukraine lebih 10 tahun lalu.
China dua minggu lalu secara rasmi mengakui ia sedang membina semula kapal pengangkut itu yang akan digunakan untuk penyelidikan dan latihan, satu isyarat kuat yang menekankan rancangan negara komunis ini untuk membina sendiri kapal pengangkutnya.
Hasrat China untuk membina kapal tersebut mencetuskan kebimbangan negara-negara jiran di sebalik ketegangan tuntutan wilayah maritim di sekitar Taiwan dan Laut China Selatan.
China sejak beberapa tahun lalu dilihat sengaja menyemarakkan isu tuntutan wilayah maritim dengan Jepun, Filipina dan Vietnam yang menyaksikan hubungannya tegang dengan Korea Selatan.
Isu itu kemudian dikemukakan China kepada Washington bagi mendapat sokongan.
Xinhua melaporkan, kerja-kerja menguji serta membaik pulih kapal itu akan diteruskan sebaik ia pulang daripada menjalani ujian pendek tersebut.
Kapal pengangkut Varyag, yang masih belum dinamakan secara rasmi ditunda dari Ukraine tanpa enjin, sistem senjata atau kelengkapan penting lain.
Pakar pertahanan berkata, China berhasrat membina empat buah kapal pengangkut, yang mana perancangannya kini sedang giat dilakukan di limbungan Shanghai. - Agensi, utusan

Tuesday, August 9, 2011

China janji tiada belas ihsan pada militan Uighur



BEIJING 8 Ogos - Pegawai tertinggi China di wilayah Xinjiang mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap 'pengganas dan pelampau agama' berikutan beberapa serangan maut, baru-baru ini.
Ketua Parti Komunis China di Xinjiang, Zhang Chunxian adalah pegawai kanan yang berikrar tiada belas kasihan akan ditunjukkan terhadap pencetus kekacauan di wilayah barat China itu.
Pegawai kerajaan menuduh puak militan Uighur melancarkan dua serangan maut pada akhir bulan lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 42 lagi cedera di bandar Kashgar.
"Bagi membendung serangan pengganas baru-baru ini, kita perlu mengenakan tekanan paling hebat ke atas mereka," kata Chunxian ketika berucap kepada anggota parti itu pada Jumaat lalu, menurut laman web kerajaan wilayah.
Beliau turut menggesa sekatan dikenakan terhadap 'kegiatan agama yang menyalahi undang-undang' dan tumpuan diberikan kepada usaha memelihara kestabilan.
Ketua polis China, Meng Jianzhu juga mengeluarkan kenyataan serupa dengan berkata, China tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang menjalankan kegiatan pengganas.
Pada awal bulan ini, pasukan keselamatan dikerahkan ke seluruh kawasan utama di Kashgar, beberapa hari selepas meletus keganasan yang menonjolkan ketegangan etnik di wilayah yang diduduki penduduk Uighur beragama Islam itu.
Dalam serangan itu, penyerang etnik Uighur menggempur sebuah restoran, membunuh pemiliknya dan seorang pelayan, sebelum menetak empat orang sampai mati di sebatang jalan berdekatan. - Reuters. utusan

Friday, July 1, 2011

Latihan tentera di Laut China Selatan rutin




BEIJING 30 Jun - China menyifatkan siri latihan tentera lautnya, baru-baru ini sebagai 'rutin' dan tidak ada kaitan dengan ketegangan yang berlarutan di Laut China Selatan, melibatkan beberapa negara jiran dalam tuntutan wilayah bertindih.Jurucakap Kementerian Pertahanan, Yang Yujun menggesa media supaya tidak membuat spekulasi mengenai tujuan latihan itu apabila beliau ditanya mengenai enam latihan yang dijalankan oleh tentera laut China pada bulan ini, termasuk latihan bersama Vietnam di Teluk Tonkin."China berharap semua pihak akan melihat latihan rutin yang dijalankan oleh tentera laut China secara objektif dan rasional," kata Yujun, yang dilapor oleh agensi berita Xinhua, semalam.Katanya, China berharap semua negara yang terlibat dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan 'mengutamakan keamanan dan kestabilan rantau ini dan meningkatkan sumbangan' ke arah mencapai matlamat itu.China, Filipina, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindih ke atas beberapa bahagian wilayah di Laut China Selatan, yang dipercayai kaya dengan sumber minyak dan gas dan menjadi laluan perkapalan penting bagi perdagangan global.Filipina dan AS, kelmarin melancarkan latihan bersama tentera laut selama 11 hari di perairan Filipina berhampiran Laut China Selatan.Di Manila semalam, kerajaan Filipina mengumumkan akan mengeluarkan lebih banyak permit kepada syarikat swasta untuk mencari gali minyak dan gas di laut tersebut.Sejumlah 15 kontrak cari gali akan ditawarkan hari ini, kebanyakannya untuk blok luar pesisir di perairan Pulau Palawan, barat Filipina, menurut Jabatan Tenaga dalam satu kenyataan.Jabatan itu tidak memberikan butir lanjut selain berkata, blok-blok itu termasuk Palawan Timur iaitu bahagian di dasar Laut China Selatan, serta Palawan Barat Laut dan lembangan Laut Sulu."Pemberian kontrak itu dijangka menarik pelaburan dalam aktiviti cari gali minyak dan gas yang akan menyumbang kepada pencapaian sasaran negara ini untuk memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaganya," menurut jabatan itu. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara